You are on page 1of 2

NURUL IZZAH BINTI NOR HISHAM (L20222013613)

KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR


FORUM 2
Huraikan satu aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk murid yang mempunyai konsep
kendiri yang rendah.

Aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk murid yang mempunyai konsep kendiri yang
rendah adalah aktiviti berasaskan pengalaman praktikal. Aktiviti ini penting untuk
memberikan peluang kepada murid untuk memahami dan mempraktikkan konsep dengan
cara yang nyata. Ia juga dapat membantu memperkuatkan konsep abstrak yang mungkin
sukar bagi murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah. Antara aktiviti yang sesuai
adalah mencipta model kenderaan mesra alam dalam subjek Sejarah Tahun 4 bertajuk Zaman
Prasejarah.

Pertama, persediaan awal di mana guru perlu memastikan murid telah menyediakan
bahan-bahan seperti botol plastik, penutup botol, belon, penyedut minuman, lidi, gunting dan
pita pelekat. Seterusnya, penerangan dan demonstrasi pula, guru perlu memberikan
penerangan yang jelas tentang apa yang perlu dilakukan oleh murid-murid. Guru boleh
mendemonstrasikan langkah-langkah asas dalam menyusun dan memasang model kenderaan
mesra alam, termasuk menebuk lubang, memotong, melekat dan menyusun bahan-bahan
tersebut satu-persatu. Seterusnya, kerja berkumpulan antara murid-murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan kecil dan diberikan tanggungjawab untuk menyusun dan memasang
model kenderaan. Guru boleh memberi arahan tambahan kepada setiap kumpulan mengikut
tahap pemahaman mereka, dan mereka juga boleh memberi bantuan kepada murid yang
memerlukan. Selanjutnya, pemantauan dan sokongan guru perlu memantau setiap kumpulan
dan memberikan sokongan tambahan kepada murid yang menghadapi kesulitan atau
mempunyai konsep kendiri yang rendah. Mereka juga boleh mengajukan soalan-soalan
pembimbing untuk membantu murid berfikir secara kritis tentang proses pemasangan
kenderaan tersebut. Akhir sekali, pameran dan perbincangan selepas selesai aktiviti, guru
boleh mengatur pameran di kelas di mana setiap kumpulan mempamerkan model kenderaan
mesra alam mereka. Ini adalah peluang untuk berbincang tentang proses pemasangan,
mengenali kesilapan dan pengajaran yang dipelajari, dan merungkai konsep saintifik yang
terlibat dalam aktiviti ini.

Aktiviti seperti ini adalah salah satu cara yang berkesan untuk membantu murid yang
mempunyai konsep kendiri yang rendah untuk meningkatkan pemahaman mereka tentang
konsep-konsep akademik dalam bentuk yang mudah difahami. Hal ini di mana, mereka boleh
melihat hubungan antara konsep abstrak dan aplikasi dalam kehidupan sebenar. Tambahan
NURUL IZZAH BINTI NOR HISHAM (L20222013613)
KPD 4033 PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
FORUM 2
lagi, bekerjasama dalam kumpulan membolehkan murid yang mempunyai konsep kendiri
yang rendah belajar dari rakan-rakan mereka dan mendapatkan sokongan sosial.

You might also like