You are on page 1of 2

NURUL ADILAH BINTI ABD MANAN

NURUL FARIHAH NAJWA BINTI ANNUAR

PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (KONSTRUKTIVISME) DALAM IBADAH, AKHLAK DAN JAWI

Konstruktivisme didefinisikan sebagai kaedah pembelajaran di mana murid membina ilmu


pengetahuan baharu berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang lepas secara sendirinya. Jika
di sekolah, murid akan mencari sendiri ilmu pengetahuan baharu mereka berdasarkan pengetahuan
lepas mereka sambil dibantu oleh guru yang berfungsi sebagai fasilitator. Terdapat pelbagai cara
untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran ini termasuklah pembelajaran secara main peranan,
perbincangan dan lain-lain.

Bidang Ibadah

Cara untuk mengaplikasikan kaedah ini termasuklah teknik penyelesaian masalah. Guru boleh
membentangkan permasalahan yang berlaku di dalam bidang ibadah seperti soalan mengenai
bagaimana orang yang sakit kaki menunaikan solat. Kemudian, murid akan dibahagikan kepada
beberapa kumpulan untuk menjalani aktiviti kolaboratif untuk saling berkongsi pengetahuan mereka
untuk menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru. Perbincangan bersama di antara murid-murid
yang mempunyai pengetahuan yang berbeza boleh menambahkan pengetahuan baru mereka.

Bidang Akhlak

Cara untuk mengaplikasikan konstruktivisme dalam bidang akhlak ialah guru boleh menggunakan
kaedah main peranan.Guru boleh memberikan situasi atau gambaran kepada murid agar mereka
melakonkan situasi seperti adab-adab menziarahi orang sakit.Murid akan membina sendiri
pengetahuan baharu berdasrkan daripada pengetahuan lepas dan melakonkan mengikut situasi
yang diberi.Murid dengan sendirinya akan mencari maklumat bagaimana adab untuk menziarahi
orang sakit.

Bidang Jawi

Cara untuk mengaplikasikan konstruktivisime dalam bidang jawi ialah guru boleh membahagikan
murid dalam beberapa kumpulan dan memberikan sub sub topik dalam bidang jawi kepada
kumpulan murid untuk mereka melakukan perbincangan dan perbentangan melalui Gallery Walk
dimana murid mencari maklumat sendiri di internet atau melalui buku-buku. Sebagai guru kita
hendaklah menyediakan kemudahan untuk murid mencari maklumat sendiri dan bertindak sebagai
fasilitator.Murid akan membentangkan melalui gallery walk.Contohnya dalam tajuk rangkai kata
murid diminta untuk mencari sendiri rangkai kata dan menjawikan rangkai kata tersebut.

You might also like