You are on page 1of 19

MANUAL PENGGUNA

SISTEM SALAHLAKU
DISIPLIN MURID
BERASASKAN WEB
(SSDM)
MODUL SEKOLAH

Unit Aplikasi Pengurusan Pendidikan (UAPD),


Bahagian Pengurusan Maklumat,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Cara Masuk Sistem 3

3.0 Modul Sekolah 4

3.1.1 – Menu Maklumat Murid 4

3.1.2 – Menu Kemaskini MaklumatSekolah 6

3.1.3 – Menu Carian Murid 7

3.1.4 – Menu Laporan 11

3.1.5 – Menu Muat Turun 17

3.1.6 – Menu Pengesahan (Sek Tiada Kes) 18

1
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

1.0 PENGENALAN

Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) berasaskan web bertujuan untuk


merekod maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang
mudah dan berkesan. SSDM dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif
dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu pengurusan di semua
peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid
dengan lebih teratur, baik dan berkesan.

SSDM terdiri daripada 4 tahap pengguna, iaitu:


i) Sekolah
ii) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
iii) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
iv) Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)

Modul ini dapat melaksanakan beberapa tugas seperti:

i) Merekod kes-kes salahlaku murid


ii) Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
iii) Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku
iv) Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap

2
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

2.0 CARA MASUK SISTEM

2.1 Untuk masuk ke SSDM, anda perlu taip url ini: http://apps.moe.gov.my/ssdm/.
Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) versi 7 ke atas
dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel.

2.2 Rajah 2.1 memaparkan muka depan atau antaramuka daftar masuk.

Masukkan ID

Masukkan Katalaluan

Klik

Emel
aduan/bantuan

Rajah 2.1: Antaramuka Utama iaitu Daftar Masuk

2.3 Masukkan ID dan katalaluan dan klik

Penerangan yang seterusnya akan dijelaskan mengikut modul-modul pengguna.

3
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

3.0 MODUL SEKOLAH

Nama sekolah
pengguna
dipaparkan

Menu-menu
pengguna
Sekolah

Rajah 3.1: Antaramuka utama bagi pengguna Sekolah

3.1 Rajah 3.1 menunjukkan paparan utama bagi pengguna tahap Sekolah berserta
menu-menu yang disediakan.

3.1.1 MENU MAKLUMAT MURID

3.1.1.1 Rajah 3.2 menunjukkan 3 submenu yang terdapat pada menu Maklumat
Murid iaitu i) Tambah Murid Baru, ii) Murid Semasa, iii) Carian Murid.
3.1.1.2 Untuk menambah maklumat murid yang baru, klik submenu ‘Murid Baru’
dimana Rajah 3.3 akan dipapar. Setelah maklumat berkenaan murid
selesai diisi, Klik butang ‘Kemaskini.
3.1.1.3 Untuk mencari senarai Murid yang berada di sekolah kilik submenu
‘Murid Semasa’.
3.1.1.4 Untuk mengemaskini atau menghapus maklumat murid, klik submenu
‘Carian Murid’ dan Rajah 3.4 akan dipapar. Nama murid yang
maklumatnya hendak dikemaskini atau hapus perlu dicari terlebih dahulu
dengan mengisi no kad pengenalan carian pada A ATAU mengisi nama
carian pada B, kemudian klik butang .

4
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

3 pilihan submenu

Rajah 3.2: Antaramuka dan submenu bagi menu Maklumat Murid

Rajah 3.3: Antaramuka bagi submenu Murid Baru

3.1.1.5 Rajah 3.4 menunjukkan hasil carian dimana senarai nama, no. kad
pengenalan murid yang dicari dipapar bersama set tindakan seperti di
bawah;

5
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
Tiada rekod kes setakat ini

Backup data murid A Ada rekod kes, klik utk papar


yang berpindah
B Masukkan/tambah kes

Cari rekod murid


melalui nama/nokp
C
A Papar senarai
nama yang
mengandungi
nama yang
dicari

Rajah 3.4: Hasil carian murid di submenu Carian Murid

3.1.1.6 Sila klik untuk hapus maklumat murid. Kekotak dialog akan muncul
untuk pengesahan padam/hapus seperti di bawah;

Sekiranya, murid tersebut tiada rekod kes salahlaku maka maklumat


murid tersebut boleh terus dihapuskan. Jika murid tersebut mempunyai
rekod salahlaku, paparan di bawah akan dipaparkan.

Rekod tersebut perlu dipadam terlebih dahulu di menu ’Rekod Kes’.

6
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

3.1.2 MENU KEMASKINI MAKLUMAT SEKOLAH

3.1.2.1 Maklumat berkenaan sekolah boleh dikemaskini seperti di Rajah 3.5.


Kategori sekolah mengikut kawasan penempatan sekolah berkenaan
boleh ditentukan dengan membuat pilihan seperti di paparan A,
manakala jenis kategori sekolah menyenaraikan pilihan kawasan yang
yang lebih spesifik seperti di paparan B.

B
A

Rajah 3.5: Antaramuka Pengemaskinian Maklumat Sekolah

3.1.2.2 Kemudian, butang ‘Kemaskini’ diklik untuk pengesahan pengemaskinian


yang telah dibuat.

7
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

3.1.3 MENU MAKLUMAT MURID

Cari rekod murid


melalui nama/nokp

Rajah 3.6: Antaramuka bagi submenu carian murid

3.1.3.1 Rajah 3.6 menunjukkan paparan bagi menu ‘Maklumat Murid’. Carian
rekod salahlaku murid dilakukan bagi sekolah tersebut sahaja.
Masukkan nama murid ATAU no kad pengenalan murid dan klik

.
3.1.3.2 Senarai nama, no. kad pengenalan murid yang dicari dipapar bersama
set tindakan seperti di bawah;

3.1.3.3 Butang ‘Papar Kes’ @ akan memaparkan senarai kes-kes


kesalahan yang telah dilakukan murid tersebut dilengkapi dengan
perincian kesalahan dan tarikh kesalahan dibuat serta fungsi hapus
seperti di Rajah 3.7.

8
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

3.1.3.4 Butang akan menghapuskan rekod kesalahan tersebut, selepas klik

kotak pengesahan bagi proses padam akan dipapar seperti di Rajah


3.8.

Klik pada jenis kesalahan untuk


mendapatkan maklumat kesalahan

Rajah 3.7: Antaramuka Paparan Rekod Kesalahan Murid

Rajah 3.8: Antaramuka kotak dialog pengesahan proses padam/hapus

3.1.3.5 Maklumat kesalahan akan dipapar apabila pautan jenis kesalahan


dipilih. Misalnya pautan di bawah diklik maka, Rajah 3.9 akan dipapar.

9
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

Klik untuk pengemaskinian


terhadap maklumat tersebut

Rajah 3.9: Antaramuka Maklumat Kesalahan yang telah dipilih

3.1.3.6 Pengemaskinian maklumat kesalahan akan memaparkan Rajah 3.10.


Klik pada Kategori Kes untuk menukar kepada kategori lain.
3.1.3.7 Selepas kes dipilih ‘Perincian Kesalahan’ akan mengeluarkan senarai
seperti A.
3.1.3.8 Mengikut jenis perincian kesalahan, senarai maklumat yang lebih
terperinci akan dipapar seperti contoh B.
3.1.3.9 Sekiranya ‘Siaran Media’ dipilih ‘YA’, maka C akan dipapar.

B
A

C
c

Rajah 3.10: Antaramuka Pengemaskinian Maklumat Kesalahan

10
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

3.1.3.11 Butang ‘Seterusnya’ diklik dan Rajah 3.11 akan dipapar untuk
menunjukkan bahawa maklumat bagi kesalahan murid tadi telah
dikemaskini.

Rajah 3.11: Antaramuka Pengesahan Pengemaskinian

3.1.3.12 Melalui butang ‘Tambah Kes’ di Rajah 3.6, pengguna boleh menambah
kes kesalahan murid tersebut iaitu seperti di Rajah 3.12. Kategori kes
menyediakan pilihan kategori salahlaku seperti A yang kemudiannya
memaparkan perincian kesalahan mengikuit kategori salahlaku yang
telah dipilih seperti di B.

11
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

B
A

Klik untuk penambahan


rekod kes tersebut

Rajah 3.12: Antaramuka Tambah Kes Kesalahan

3.1.4 MENU LAPORAN

Masukkan tarikh
laporan yang
dikehendaki dengan
Pilih jenis laporan memilih tarikh dari
yang hendak dijana kalendar

Rajah 3.13: Antaramuka Laporan Salahlaku Murid

12
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

3.1.4.1 Laporan salahlaku murid menyediakan pelbagai jenis laporan seperti di


Rajah 3.13. Pastikan butang pilihan dan tarikh laporan yang dikehendaki
dipilih terlebih dahulu sebelum menekan butang ‘Seterusnya’ untuk
menjana laporan tersebut. Bagi pilihan laporan “Laporan Senarai
Salahlaku Murid Mengikut Kategori dan Perincian Kesalahan”, Rajah
3.14 dipapar untuk cetakan.
3.1.4.2 Bagi pilihan laporan salahlaku mengikut Kategori, antaramuka seperti
Rajah 3.15 dipaparkan untuk pilihan yang seterusnya iaitu Kategori
Kesalahan.

Rajah 3.14: Laporan senarai salahlaku murid mengikut kategori dan perincian
kesalahan

3.1.4.3 Apabila pilihan bagi kategori kesalahan ‘Vandalisme’ dipilih, laporan


seperti di Rajah 3.16 akan dipapar iaitu laporan kesalahan bagi
kesalahan ‘Vandalisme’ sahaja.

13
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

Contoh pilihan
kesalahan vandalisme
maka klik pada pilihan
ini

Rajah 3.15: Antaramuka pilihan bagi kategori kesalahan yang ingin dipaparkan

Rajah 3.16: Laporan salahlaku mengikut kategori kesalahan Vandalisme

3.1.5 MENU MUAT TURUN

14
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

Rajah 3.21: Antaramuka Muat Turun

3.1.5.1 Fungsi muat turun ini adalah untuk kegunaan pihak sekolah sekiranya
mereka ingin memuat turun maklumat kesalahan bagi semua murid di
sekolah mereka dalam format lain iaitu format EXCEL (.xls). Pilih tempoh
maklumat kesalahan yang ingin dimuat turun melalui pilihan tarikh dari
ikon kalendar yang disediakan, dan kemudian klik butang ‘Seterusnya’.
3.1.5.2 Paparan seperti Rajah 3.22 akan dipapar sebelum mencetak atau muat
turun ke format excel (.xls). Pengguna boleh muat turun fail tersebut
dengan menamakan fail tersebut dan menyimpan ke direktori yang
diingini seperti Rajah 3.23.

15
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

Rajah 3.22: Antaramuka maklumat kesalahan murid-murid sekolah

2
1 Tetingkap untuk menyimpan fail muncul

3
2 Simpan fail dalam
1 format excel (.xls)
pada direktori pilihan

1 Klik untuk salin


ke format excel

Rajah 3.23: Antaramuka penyimpanan salinan kes salahlaku ke dalam format excel
(.xls)

16
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

3.1.6 MENU PENGESAHAN

Rajah 3.24: Antaramuka Pengesahan

3.1.6.1 Menu pengesahan berfungsi bagi pihak sekolah sekiranya tiada kes
salahlaku yang dicatatkan oleh murid-murid sekolah tersebut bagi satu
tempoh masa. Bagi mengesahkan penggunaan SSDM oleh sekolah dan
sebagai pengesahan untuk sekolah yang tiada kes
3.1.6.2 Pilih tempoh masa dari calendar kemudian klik ‘Seterusnya’ untuk
paparan seperti Rajah 3.24. Untuk mengakui pengesahan mengikut
tempoh masa yang dinyatakan, sila klik di Rajah 3.25.
3.1.6.3 Sekiranya pengesahan telah dibuat dalam linkungan tempoh masa
sebelumnya, maka paparan Rajah 3.26 akan dipaparkan.

17
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web

Rajah 3.25: Antaramuka pengesahan baru

Rajah 3.26: Antaramuka pengesahan telah dilaksanakan

18
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like