You are on page 1of 23

SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN

KEMAHIRAN BAHASA SPM

1. BINA AYAT
2. SINTAKSIS
3. KESALAHAN EJAAN DAN KESALAHAN
IMBUHAN
4. KESALAHAN KATA/ ISTILAH DAN
KESALAHAN TATABAHASA
5. PERIBAHASA

1
SET 1

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan
bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

(i) simpang-perenang

(ii) simpang-siur

(iii) keluh-kesah

(iv) kumat-kamit

(v) licin-licau

(vi) lekak-lekuk

(b) Baca ayat-ayat berikut dengan teliti, kemudian cerakinkan ayat-ayat tersebut
mengikut subjek dan predikat.

(i) Kerajaan telah menyarankan agar golongan muda menyertai pasukan


keselamatan negara.

(ii) Pada masa ini, institusi pengajian tinggi di Malaysia semakin bersedia
untuk menghadapi cabaran globalisasi.

(iii) Hendaklah kamu sertai kegiatan kokurikulum untuk mengasah bakat


kepemimpinan.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
semula ayat itu semula.

(i) Sampah-sarap yang dibuang dengan sesuka hati oleh penduduk


disebabkan longkang tersumbat.

(ii) Kaum wanita yang berhasrat untuk mengambil pekej rawatan kecantikan
muka dinasihatkan agar berjumpa dengan pakar kosmetik yang
berkelayakan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

(iii) Golongan belia haruslah mempunyai penahanan diri yang kental demi
mengikis gejala negatif yang boleh mengkucar-kacirkan masa depan
mereka.

roosezah@yahoo.com 2
LATIHAN SOALAN 3 SPM
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) David Beckham telah diserahkan kad kuning oleh pengadil dalam perlawanan
bola sepak persahabatan antara England dan Perancis.

(ii) Empat sekeluarga warga Singapura maut apabila kenderaan serba guna
yang mereka naiki terbabas di kilometer 150.6 Lebuh Raya Utara Selatan.

(iii) Encik Zainal telah membuat temu janji dengan pegawai bank untuk
menyelesaikan masalah rumahnya yang hendak dijual oleh pihak bank
kerana gagal menyelesaikan bayaran balik pinjaman bank.

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i) Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan


masak-masak kesannya terlebih dahulu.

(ii) Seseorang yang semakin berilmu atau semakin berpangkat maka dia
akan menjadi rendah diri dan tidak sombong.

(iii) Orang yang ahli atau mahir dalam sesuatu bidang sahaja yang
mengetahui bidang tersebut.

roosezah@yahoo.com 3
LATIHAN SOALAN 3 SPM
SET 2

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan
bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa dan kata nama khas.

(i) menjunjung

(ii) mengelek

(iii) membimbit

(iv) menatang

(v) menandu

(vi) mendukung

(b) Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan dan maksud asalnya.

“Anak, boleh pak cik tahu, mana jalan ke Kampung Tanjung Dawai?”
tanya Pak Cik Samad.
“Er... saya pun tidak pasti, pak cik,” kata Zamri.
“Saya pun baru saja tinggal di sini,” tambah Zamri lagi.
“Kalau begitu, tak apalah,” kata Pak Cik Samad.
“Pak cik tunggu di sini. Biar saya tanya pemuda di kedai tu. Mungkin
pemuda itu tahu,” balas Zamri.
“Baiklah.”
“Pak cik tunggu di sini, ya.”
“Yalah.”

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
semula ayat itu semula.

(i) Pihak polis telah berjaya menemui kereta yang ditinggalkan oleh
perompak-perompak itu ditepi sebuah estet kelapa sawit.

(ii) Pasaran saham tempatan mencatatkan kejatuhan besar apabila Indek


Komposit Kuala Lumpur menyusut sebanyak 123.11 mata semalam.

(iii) Walaupun jumlah pemilik kenderaan persendirian didapati semakin


bertambah, namun pengangkutan awam masih dijadikan pilihan
utama kepada sebahagian besar rakyat di negara kita samada yang
tinggal di kota ataupun desa.

roosezah@yahoo.com 4
LATIHAN SOALAN 3 SPM
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Majlis Perbandaran Pulau Pinang menubuhkan satu jawatankuasa


khas bagi menahan kegiatan yang tidak bermoral di siber kafe.

(ii) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah mengunci 55 buah


kenderaan dan mengeluarkan sebanyak 930 saman bagi pelbagai
kesalahan trafik di dalam operasi bersepadu yang diadakan selamat
tiga hari.

(iii) Sikap tidak bertanggungjawab penternak lembu yang sering


membiarkan ternakan mereka berlegar-legar di lebuh raya boleh
mengundang bahaya pada orang ramai yang menggunakan lebuh
raya tersebut.

(e) Beri peribahasa yang mempunyai maksud yang sama untuk setiap
peribahasa berikut.

(i) Seperti cincin dengan permata

(ii) Bagaimana acuan begitulah kuihnya

(iii) Bumi mana tidak ditimpa hujan

roosezah@yahoo.com 5
LATIHAN SOALAN 3 SPM
SET 3

(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah ini supaya jelas
menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama
khas.

(i) seluruh - seloroh

(ii) gejala - jelaga

(iii) tepuk - tepok

(b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa
mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut.

Rasuah merupakan penyakit masyarakat. Rasuah dianggap penyakit yang


serius. Rasuah perlu dihapuskan. Penghapusan rasuah perlu dilakukan
seberapa segera yang boleh. Dengan terhapusnya rasuah, keharmonian
masyarakat akan terjamin. Ketenteraman negara akan turut terjamin. Imej
negara dapat ditingkatkan dengan terhapusnya rasuah. Pembanterasan
rasuah perlu dilakukan dari peringkat awal lagi. Rasuah banyak
mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Ekonomi negara akan
lumpuh jika rasuah tidak dihapuskan.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
semula ayat itu semula.

(i) Kesesakan lalulintas yang agak teruk telah berlaku pada waktu
puncak di Kuala Lumpur ekoran tertutup terowong SMART.

(ii) Yang Di-pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengingatkan


semua penguat kuasa menjalani tugas dengan penuh amanah
dan dedikasi.

(iii) Murtabak yang terjual di pasar malam boleh didapati dengan harga
yang murah.

roosezah@yahoo.com 6
LATIHAN SOALAN 3 SPM
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ayam yang disembelih oleh Pak Ali mengeletar beberapa ketika
sebelum ia mati.

(ii) Banyak pejalan kaki lebih gemar melintas jalan raya tanpa
menggunakan jambatan dan hal ini mendedahkan mereka pada
risiko kemalangan.

(iii) Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, tiga gerabak


terbalik apabila kereta api barang itu terbabas dari landasan.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
atau kata- kata hikmat yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat
dalam petikan ini.

(i) Oleh sebab tamak akan kekayaan, Sazali meninggalkan kerja


tetapnya, tetapi kerja baru yang dipohonnya pula tidak berjaya dimiliki.

(ii) Dengan hanya berkelulusan Penilaian Menengah Rendah, Zaki


mencuba nasibnya di ibu kota untuk memohon pekerjaan yang boleh
mendatangkan pendapatan yang lumayan. Oleh sebab kekurangan
ilmu dan berpendidikan rendah, dia menemukan kegagalan dan
pulang semula ke kampung.

(iii) Zaidi dinasihati oleh gurunya agar tidak menyertai ekspedisi mendaki
Gunung Tahan jika dia takut menghadapi cabaran dan rintangan.

roosezah@yahoo.com 7
LATIHAN SOALAN 3 SPM
SET 4

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan
bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

(i) hidup-hidup

(ii) hampir-hampir

(iii) bulat-bulat

(iv) mentah-mentah

(v) comel-comel

(vi) oleh-oleh

(b) Tukar ayat-ayat di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa
mengubah maksud asalnya.

(i) Majalah lama itu diberi kepada kawannya untuk disimpan di dalam
stor.

(ii) Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup


kencang.

(iii) Penduduk kampung berlari ke tepi pantai untuk melihat ikan paus
yang terdampar di situ.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

(i) Pesisiran pantai atau kawasan tanah tinggi yang menyajikan


keindahan alam semula jadi dan landskap yang menarik ialah lokasi
paling sesuai untuk beristirehat sambil menenangkan fikiran.

(ii) Hasrat tiga orang lelaki untuk melarikan sebuah kereta milik seorang
pengurus besar tidak tersampai apabila kenderaan yang dilengkapi
dengan sistem keselamatan berfekuensi radio itu dimatikan di tepi
jalan berhampiran dengan Plaza Tol Sungai Buloh.

(iii) Kerja-kerja penglebaran Jambatan Pulau Pinang dilakukan untuk


mengurangkan masalah kesesakkan lalu lintas.

roosezah@yahoo.com 8
LATIHAN SOALAN 3 SPM
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksud asalnya.

(i) Banyak negara Afrika pada masa kini mengalami ketidakamanan


politik.

(ii) Kerosakan lampu besar di Stadium Darul Aman menyebabkan


perlawanan bola sepak yang sedang berlangsung di antara pasukan
Pulau Pinang dengan pasukan Kedah terpaksa ditangguhkan.

(iii) Misteri kehilangan adik Sharlinie Mohd Nasar masih menjadi


perbualan panas dalam kalangan penduduk hingga ke hari ini.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa
atau kata- kata hikmat yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat
dalam petikan ini.

Masyarakat Malaysia merangkumi orang awam, pihak sekolah, kakitangan


awam dan swasta haruslah bersatu padu dan bekerjasama secara bersungguh-
sungguh tatkala mencuba menyelesaikan masalah perpaduan dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Para ibu bapa tidak boleh
memandang enteng dalam hal ini. Mereka sewajarnya mendidik anak-anak
mereka bergaul dengan semua kaum tanpa memilih warna kulit dan darjat.
Masyarakat pula tidak harus mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri
tanpa mempedulikan persekitaran mereka. Sekiranya tiada pihak yang
mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri, maka usaha memupuk semangat
muhibah dan perpaduan, sudah tentu akan menjadi realiti.

roosezah@yahoo.com 9
LATIHAN SOALAN 3 SPM
SET 5

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

(i) urus setia

(ii) urus niaga

(iii) surat layang

(iv) surat khabar

(v) rumah tangga

(vi) rumah api

(b) Kenal pasti ayat-ayat di bawah dan tentukan sama ada ayat tersebut ayat
penyata, ayat perintah, ayat seruan atau ayat tanya.

(i) Bangunan masjid itu masih kukuh walaupun pernah dilanda ombak
tsunami.

(ii) Kasut saya telah dicuri semalam.

(iii) “Tolong jahitkan baju saya,” kata Ismail kepada isterinya.

(iv) Aduh, sakitnya kakiku!

(v) Bilakah dia akan datang ke tempat kita?

(vi) Jangan membuat bising di dalam dewan sekolah.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. And tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Dalam tempuh beliau memegang jawatan tersebut, kedua-dua akhbar


tulisan jawi itu diberi nafas baru.

roosezah@yahoo.com 10
LATIHAN SOALAN 3 SPM
(ii) Sila layari Intenet dan senaraikanlah sekurang-kurangnya 10 destinasi
perlancongan yang terkenal di negara ini.

(iii) Kini, aktiviti sukan lasak seperti kembara mendaki gunung dan lumba
basikal bukit dapat tarik minat orang ramai, terutama gulungan remaja
di negara ini.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kemudahan canggih berdasarkan teknologi yang terdapat di KLIA


dapat dibanggakan oleh kita.

(ii) Akibat kekurangan masa, mereka tidak sempat membincangkan lain-


lain perkara dalam mesyuarat pada hari ini.

(iii) Para-para ilmuan itu sedang bersidang di dalam dewan seminar itu.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam
petikan ini.

Kini sudah tiga bulan aku berada di rantau orang. Namun begitu, aku tetap
tidak melupakanmu dan sahabat kita yang lain di tanah air. Di sini aku
memperoleh berbagai pengalaman, terutama dari segi pergaulan. Aku
terpaksa menyesuaikan diriku dengan kehidupan masyarakat di sini yang
lebih berdisiplin. Aku juga mula berdikari bukan sahaja untuk menimba ilmu
tetapi juga melakukan aktiviti yang lain.

roosezah@yahoo.com 11
LATIHAN SOALAN 3 SPM
SET 6

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) duduk

(ii) laku

(iii) tentang

(b) Tukarkan ayat-ayat cakap ajuk berikut supaya menjadi susunan ayat cakap
pindah yang betul tanpa mengubah maksud asal ayat berkenaan.

(i) “Lalitha, awak boleh berjaya jika awak rajin berusaha,” terang Devi
dengan nada tegas.
(ii) “Jangan bermain di tepi lombong yang terbiar itu,”kata ayah kepada
Mat dan adiknya berulang kali.
(iii) “Jangan ganggu adik kamu. Dia baru saja tidur,” pesan emak kepada
Lili.
(iv) Cikgu Raju bertanya kepada Mei Ling, “Mengapakah awak tidak hadir
semalam?”
(v) “Pergilah berjumpa pengetua untuk memohon cuti sambilan, “kata
Cikgu Razak kepada rakannya.
(vi) “Apa rancangan kau selepas SPM nanti, Sani?” tanya Robert.

(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Penduduk kampung itu menanggap bahawa projek itu akan


membawa banyak manafaat kepada mereka.

(ii) Kolesterol yang berlebihan akan menyebabkan kandongan lemak


dalam saluran darah bertambah dan mempersempitkan saluran
darah.

(iii) Semua pehak mestilah memainkan peranan penting untuk mengelak


penularan penyakit berjangkit yang merbahaya.

roosezah@yahoo.com 12
LATIHAN SOALAN 3 SPM
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksudnya.

(i) Banyak pelancung asing tertarik dengan keindahan semula jadi di


Pulau Redang Terengganu.

(ii) Berita penurunan jawatan pengerusi syarikat multinasional itu telah


diumumkan tengahari tadi.

(iii) Kita perlu perpaduan supaya mewujudkan sebuah masyarakat yang


harmoni.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Anita dan Daniel merupakan dua orang adik beradik yatim piatu. Ibu
mereka meninggal dunia tiga tahun yang lalu akibat menghidap penyakit
buah pinggang. Pada bulan lalu pula ayah mereka pula mengikut jejak ibu
mereka apabila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ayah mereka telah
meninggalkan harta yang banyak. Malangnya, kebanyakan harta tersebut
hanya dibolot oleh Daniel seorang sahaja. Alasannya ialah dialah satu-satu
anak lelaki dalam keluarga mereka. Anita hanya mendapat sebuah kedai
runcit yang kecil untuk diusahakan. Setelah memperoleh kemewahan, Daniel
telah meninggalkan Anita. Akibat tidak pandai menguruskan harta, di
samping sikapnya yang boros Daniel telah jatuh muflis. Anita pula telah
berusaha untuk memajukan perniagaannya daripada sebuah kedai runcit
yang kecil kini telah menjadi sebuah pasar raya. Setelah muflis, barulah
Daniel kembali menemui Anita dan meminta bantuan Anita. Disebabkan
mereka ialah adik-beradik, Anita telah memaafkan Daniel dan mereka
kembali hidup bersama-sama.

roosezah@yahoo.com 13
LATIHAN SOALAN 3 SPM
SET 7

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) lebat

(ii) anggota

(iii) pincang

(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat yang gramatis
dengan mengekalkan maksud ayat yang asal.

Kabinet telah bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol. Kadar tol ini akan
diputuskan kemudian. Penangguhan ini dibuat atas pertimbangan kerajaan.
Kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan pemberian subsidi tol.
Penangguhan ini meringankan beban rakyat. Sesetengah penduduk
diberhentikan kerja. Pihak kerajaan menyeru rakyat berbelanja secara
berhemah. Rakyat membeli barangan yang perlu sahaja. Negara sedang
menghadapi krisis.

(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga
kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula

Skuad bola sepak bimbingan Rajagobal memperoleh peluang terbaik pada


minit ke 16 melalui sepakan percuma Badrul, namun dapat menepis oleh
penjaga gol, Hamsani. Rentak permainan semakin terjadi apabila rimbatan
cubaan Zakuan dalam petak penalti mengenai tiang gol lawan. Rajagopal
melakukan petukaran dengan memasukkan Aidil dan akhirnya Aidil
menandok bola hantaran lintang Shukor ke gawang lawan.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan
maksudnya.

(i) Masyarakat yang prihatin perlu melaporkan kes kebanjiran pendatang


tanpa izin pada pihak berkuasa tentang lokasi pendaratan mereka.

roosezah@yahoo.com 14
LATIHAN SOALAN 3 SPM
(ii) Makanan yang disediakan oleh chef itu semuanya pedas-pedas yang
menyebabkan para pelawat hotel itu mencari makanan di gerai yang
berdekatan.

(iii) Syarikat Azami Maju akan mengimport sebanyak 50,000 ekor kambing
dari Mynmar untuk menjana keperluan daging kambing di negara ini.

(e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas
menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i) Indah khabar dari rupa

(ii) Tiada rotan akar pun berguna

(iii) Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

roosezah@yahoo.com 15
LATIHAN SOALAN 3 SPM
SET 8

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata akronim di bawah untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) tabika

(ii) purata

(iii) cikgu

(iv) hakis

(v) jaluran

(vi) kugiran

(b) Tulis petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

“Perlukah saya menyalin nota ini, cikgu?” kata Saiful kepada Cikgu
Rosmawati. “Saiful, nota ini penting untuk kamu mengulang kaji nanti.” kata
Cikgu Rosmawati. “Cikgu, boleh saya gunakan buku tatabahasa? Saya
terlupa membawa buku nota.” Kata Saiful. “Mengapa tidak, asalkan kamu
buat catatan.” Kata cikgunya. “Oh, panjangnya nota ini cikgu!” Kata Saiful.
“Sudahlah tu, Saiful, salin sahaja cepat sebelum loceng berbunyi untuk
rehat.” Kata Cikgu Rosmawati.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i) Setiap murid mesti membaca sekurang-kurangnya senaskah surat


khabar untuk menimba maklumat dan meluasi ilmu.

(ii) Kerajaan mahu mesin pengimbas di semua Komplek Kastam dibaiki


segera bagi memastikan tahap keselamatan negara ini sentiasa
dijamin daripada aktiviti penyeludupan.

(iii) Perdana Menteri mengajak rakyat menitik beratkan kerjasama dan


perpaduan kaum dalam pembentukkan sebuah negara yang aman
dan harmoni.

roosezah@yahoo.com 16
LATIHAN SOALAN 3 SPM
(d) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan
kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
petikan itu semula.

Pemakanan yang sihat dengan terkawal amat penting untuk memupuk


kesihatan tubuh badan. Pengetahuan kandungan nutrisi makanan
mempengaruhi tumbesaran kesihatan manusia. Banyak perkara yang terjadi
melibatkan kanak-kanak yang mengalami obesiti atau kekurangan zat
makanan kerana tidak mendapat didikan tentang pemakanan yang perlu
diberi perhatian oleh kita.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Yaakob berasal daripada keluarga yang sederhana. Adik-beradiknya


ramai dan menyukarkan ibu bapanya menanggung keluarga mereka. Perkara
ini menyebabkan Yaakob bertekad untuk mengubah kehidupan keluarganya.
Walaupun menghadapi pelbagai halangan, dia tetap berusaha dengan
bersungguhsungguh. Dia memulakan perniagaan secara kecilkecilan untuk
mengumpulkan modal. Akhirnya Yaakob berjaya membina jaringan
perniagaan perubatan tradisional yang diimpikannya. Setelah kehidupannya
mewah, Yaakob telah lupa diri. Dia melupakan ahli keluarganya yang telah
banyak memberikan sokongan kepadanya. Ketika berlaku kemelesetan
ekonomi, perniagaan Yaakob telah muflis. Yaakob menyesal kerana
mengabaikan keluarganya, tetapi semuanya sudah terlambat.

roosezah@yahoo.com 17
LATIHAN SOALAN 3 SPM
SET 9

(a) Tulis satu ayat daripada setiap rangkai kata di bawah supaya jelas
menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) jika begitu

(ii) kalaupun

(iii) dengan itu

(iv) oleh sebab

(v) di samping itu

(vi) sungguhpun demikian

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian sambungkan menjadi tiga
ayat tanpa mengubah maksud asalnya.

Industri jualan langsung terus menerima keyakinan daripada orang ramai.


Negara sedang mengharungi kegawatan ekonomi. Industri ini dapat menarik
minat pelbagai lapisan masyarakat. Risiko jualan langsung pula sangat
minimum. Perniagaan tersebut memiliki kelebihan tersendiri. Jualan langsung
boleh dijalankan secara sambilan. Keadaan ini secara tidak langsung
membuka peluang pekerjaan. Industri ini dapat meningkatkan pendapatan
individu. Kadar pengangguran dapat dikurangkan.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i) Pak Hassan menyandar tubuhnya pada perdu pokok manga itu
kerana kepenatan membajak di sawah.

(ii) Ibu bapa wajib bersabar dan tenang dengan keranah anak-anak
terutama semasa beli-belah di pasar raya.

(iii) Pasukan penyokong bola itu melompat-lompat gembira apabila


pasukan kesayangan mereka menjaringkan goal pada saat-saat akhir
masa tambahan.

roosezah@yahoo.com 18
LATIHAN SOALAN 3 SPM
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i) Ketika pemandu motosikal itu hendak membelok ke kiri brek


motosikalnya tidak berfungsi dan dia melanggar tembok jalan besar
itu.

(ii) Pada pagi itu ibu menyediakan goreng nasi untuk sarapan anak-
anaknya yang akan bersekolah bidang pagi.

(iii) Kerajaan Negeri Perak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk


memperbaik taraf iktisad golongan bumiputera selain menunjukkan
amalan pertanian moden di luar bandar.

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan.

Setelah tamat pengajian dalam jurusan perniagaan, Jalil dan Halim


membuka sebuah kedai runcit. Mereka tidak mengabaikan apa-apa juga
masalah yang timbul dalam perniagaan. Mereka sering bermuafakat cara
terbaik untuk membesarkan kedai runcit tersebut. Mereka yakin jika berusaha
bersungguh-sungguh nescaya impian mereka akan tercapai. Masalah
mereka ialah penduduk di situ suka berhutang. Malah ada penghutang yang
langsung menghilangkan diri. Mulalah timbul perbalahan antara mereka.
Perkara yang kecil dibesar-besarkan. Akhirnya mereka bersetuju untuk
menutup kedai kerana mereka percaya bahawa daripada menanggung
kerugian yang banyak, lebih baik rugi sedikit.

roosezah@yahoo.com 19
LATIHAN SOALAN 3 SPM
SET 10

(a) Tulis satu ayat daripada setiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas
menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) mencerap - mencurah

(ii) menyabung - menyarung

(iii) menghentak - menghempap

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tukar ke ayat songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.

Salman sangat rajin berusaha dalam perniagaan. Baru-baru ini


Salman membuka pasar mini di kampungnya. Semua keperluan dapur ada di
pasar mininya. Salman telah mengupah dua orang pekerja tempatan. Pada
setiap akhir tahun Salman akan menyumbang ke rumah anak-anak yatim.
Salman telah bercadang untuk membuka sebuah lagi pasar mini di Kampung
Temiang pada tahun depan.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i) Setiap pelajar perlu membeli senaskah surat khabar sebagai bahan
tambahan untuk memperlengkapi diri dengan isu-isu semasa.

(ii) Pihak sekolah telah menghadiahkan Jasmin sebuah basikal lumba


kerana menjadi peserta terbaik dalam Kejohanan Olah Raga Daerah
Kinta Utara.

(iii) Semasa perhimpunan pagi tadi Penolong Kanan Hal-Ehwal Pelajar


telah menyampaikan memaklumkan tentang pentingnya semangat
patriotik dalam kalangan pelajar.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i) Anjing liar bersepah di sekitar kawasan perumahan itu meningkatkan


semula kebimbangan penduduk sekitar.

roosezah@yahoo.com 20
LATIHAN SOALAN 3 SPM
(ii) Kami sangat berbesar hati benar-benar kepada pihak kerajaan yang
telah memberi bantuan subsidi benih padi dan baja pada zaman
penanaman padi tahun ini.

(iii) Orang kaya itu telah mengagihkan sebahagian hartanya untuk orang-
orang tua yang tinggal di Rumah Kebajikan di seluruh negara sebagai
himpunan peribadinya pada tahun lepas.

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa
yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

(i) Jasmin telah berfikir secara mendalam untuk tidak meneruskan


berfoya-foya pada waktu malam dengan kawan-kawannya sebaliknya
dia hendak menumpukan pelajaran sampai tamat demi masa
depannya.Sikap Jasmin dikatakan ............................................

(ii) Amrin cuma mendengar segala nasihat dan teguran ibu bapanya
tetapi tidak mengamalkannya sungguhpun dia masih dibangku
sekolah dan akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
pada akhir tahun ini. Sikapnya itu
dikatakan ..........................................

(iii) Anak-anak Mak Limah sangat rajin bekerja di ladang kelapa sawit
tinggalan arwah bapa mereka kerana mereka tahu perbelanjaan untuk
sara hidup dan pelajaran pada masa ini sangat mahal. Kerajinan
mereka itu dikatakan ............................................................................

roosezah@yahoo.com 21
LATIHAN SOALAN 3 SPM
SET 11

(a) Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas
menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) teguh

(ii) lapuk

(iii) gentar

(iv) empuk

(v) kuncup

(vi) condong

(b) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tukar cakap ajuk di bawah
kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
.
Faris, marilah kita bermain hoki di padang Taman Kesumat pada
petang ini.. .Maaflah Mimi, saya terpaksa menghabiskan kerja sekolah yang
diberi oleh cikgu Sejarah tadi.. kata Faris. .Oh, ya, saya pun terlupa tentang
latihan itu! Kalau begitu saya batalkan latihan hoki dan kita buat latihan
Sejarah bersama-sama. Boleh Faris?. Eh, tentu boleh dan itu lebih baik!. kata
Faris. Kata Faris, .Tolong bawa buku nota Rahim petang ini kerana nota
tentang Sejarah Islamnya lengkap? . .Boleh, saya jumpa di rumah kamu
petang ini?. Kata Mimi.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu
dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i) Setiap gambar yang dipancarkan melalui setelit kurang jelas terutama
sewaktu Amerika mengebom Iraq berapa tahun dahulu.

(ii) Hashim terpaksa berkerja keras membuat parit supaya air dapat
mengalir ke sawahnya yang kering kontang sejak empat bulan lalu.

(iii) Hassan cuba menyakinkan anak muridnya agar beriktiar untuk


mencari pekerjaan di bandar daripada membuang masa melepak di
kedai kopi.

roosezah@yahoo.com 22
LATIHAN SOALAN 3 SPM
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksudnya.

(i) Buah durian yang mulai jatuh di Kampung Kepayang memberikan


semula pendapatan kepada penduduk yang hidup sederhana itu.

(ii) Peniaga runcit itu melakukan kesalahan daripada segi undang-


undang dan peraturan perniagaan yang ditulis oleh pihak Majlis
Tempatan.

(iii) Beberapa pelajar dari Sekolah Menengah Tok Megah telah terpilih
untuk mewakili daerah dalam pertandingan bola baling di zon
kebangsaan yang akan diadakan minggu depan.

(e) Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan
maksudnya dan penggunaannya..

(i) patah kandar

(ii) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

(iii) kalau kail panjang sejengkal, lautan yang dalam jangan diduga

**SELAMAT MENJAWAB**

roosezah@yahoo.com 23
LATIHAN SOALAN 3 SPM

You might also like