You are on page 1of 6

SMK TANAH MERAH,

KM. 8, JALAN SEPANG, CHUAH,


71960 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TEL.&FAKS.: 06-6581570

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami :
Tarikh: 14.11.2011
Kepada,
Semua Guru: Bahasa Melayu

Tuan,
Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Keempat, 2011

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali keempat akan diadakan
seperti berikut:
Tarikh: 15.11.2011
Masa:8.00 pagi
Tempat:Bilik Guru
Pengerusi:Pn. Wan Khairun Nisak ( Ketua Panitia)

3. Tuan / Puan diwajibkan hadir. Kerjasama tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Agenda Mesyuarat:
1. Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat ( Ketua Panitia )
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.
3. Perkara-perkara berbangkit.
4. Post-Mortem peperiksaan akhir tahun.
5. Pembahagian Tugas Tahun 2012.
6. Hal-hal lain

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Yang menjalankan tugas,

………………………………..
( )
SMK Tanah Merah

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Keempat2011

Tarikh : 15 November 2011 (Selasa)

Masa : 8.00 pagi

Tempat: Bilik SALC

Pengerusi : Puan Wan Khairun Nisak ( Ketua Panitia)

Kehadiran:

Bil. Nama Guru Jawatan

01. Pn. Normala Bt Hashim Ketua Bidang Bahasa


02. Pn. Wan Khairun Nisak Bt Wan Abdullah Ketua Panitia
03. Cik Roslina Bt Ujang Setiausaha
04. Pn. Maizatul Akma Bt Aziz Guru Mata Pelajaran
05. Pn. Vishnu Praya Guru Mata Pelajaran
06. En. Ong Chee Keong Guru Mata Pelajaran
07. Pn. Hasniwati Bt Osthman Guru Mata Pelajaran
08. Pn.Rahimah Guru Mata Pelajaran
09. Pn.Nik Hasmazalila Guru Mata Pelajaran
10. En.Khairul Anwar B. Nasution Guru Mata Pelajaran

Tidak hadir bersebab:

Bil. Nama Guru Jawatan

1. Pn. Mariam Bt Habesah Guru Mata Pelajaran – Cuti bersalin

2. Pn. Arina Bt Ariffin Guru Mata Pelajaran

3. Pn. Lim Lai Ching Guru Mata Pelajaran

4. En. Ayappan A/l Muniappan Guru Mata Pelajaran


Minit Mesyuarat

1.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi Mesyuarat

1.1 Puan Wan Khairun selaku pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas
kehadiran semua guru dalam Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Keempat bagi tahun
2011.
Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu:


Dicadang : Pn. Maizatul Akma
Disokong : Pn. Hasniwati
Tindakan : Makluman

3.0 Perkara-perkara Berbangkit:


Tiada perkara berbangkit
4.0 Post Mortem Keputusan Peperiksaan Setengah Tahun

4.1 Tingkatan 4 – Target sekolah - Lulus – 47.77% Gred purata- 7.48%


Target lulus – 82.86% -6.55%
4.1.1 Tidak mencapai target
4.1.2 Sebab target tidak tercapai;
a) pelajara lemah soalan karangan
b) pelajar tidak menjawab semua soalan
c) pelajar tidak tahu menguraikan isi
4.1.3 Cara-cara mengatasi:
a) minta pelajar cuba hafal contoh-contoh karang dan komsas.
b) bagi kelas depan perlu banyak membuat latih tubi secara berterusan.
c) pelajar yang lemah perlu diberi fokus.

4.2 Tingkatan 2 – Target sekolah - Lulus – 56.59% Gred purata- 3.71%


Target lulus – 87.3% - 2.98%
4.2.1 Tidak mencapai target
4.2.2 Sebab target tidak tercapai;
a) pelajar lemah dalam BM kertas 1 dan kertas 2.
b) pelajar lemah dalam penguasaan BM
c) pelajar tidak faham kehendak soalan.
d) pelajar kelas belakang malas menjawab soalan.
4.2.3 Cara-cara mengatasi:
a) guru digalakkan membawa kamus pelajar masuk ke dalam kelas untuk
membolehkan pelajar mencari makna perkataan yang mereka tidak tahu.
4.3 Tingkatan 1 – Target sekolah - Lulus – 58.19% Gred purata- 3.58%
Target lulus – 84.70% - 3.20%
4.3.1 Tidak mencapai target
4.3.2 Sebab target tidak tercapai;
a) pelajar kelas belakang lemah dalam menghurai isi.
b) pelajar tidak memahami kehendak soalan.
d) pelajar tidak mempunyai kemahiran berbahasa.
4.3.3 Cara-cara mengatasi:
a) guru dikehendaki mengajar pelajar membuat pengenalan terlebih dahulu
selama sebulan untuk karangan dan rumusan.
b) pelajar yang lemah perlu diberi fokus.
c) guru digalakkan membawa kamus pelajar masuk ke dalam kelas untuk
membolehkan pelajar mencari makna perkataan yang mereka tidak tahu.

4.4 Tingkatan DP – Target sekolah - Lulus – 81.25% Gred purata- 2.56%


Target lulus – 70.59% - 3.82%
4.4.1 Mencapai target
4.4.2 Sebab tidak tercapai;
a) pelajar tidak membaca soalan sebelum menjawab soalan.
b) pelajar tidak mempunyai kemahiran berbahasa
c) pelajar tidak faham kehendak soalan
d) tidak membuat ulangkaji soalan yang elah diberi oleh guru
4.4.3 Cara-cara mengatasi:
a) pelajar yang lemah perlu diberi fokus
. b) banyakkan latihan

4.5 Tingkatan DP – Target sekolah - Lulus – 47.06% Gred purata- 3.82%


(ABM) Target lulus – 41.18% - 4.35%
4.5.1 Mencapai target
4.5.2 Sebab target tercapai:
a) pelajar tidak membaca soalan sebelum menjawab soalan.
b) pelajar tidak mempunyai kemahiran berbahasa
c) pelajar tidak faham kehendak soalan
d) tidak membuat ulangkaji soalan yang telah diberi oleh guru
4.5.3 Cara-cara mengatasi:
a) pelajar yang lemah perlu diberi fokus
. b) banyakkan latihan

5.0 Pembahagian Tugas Bagi Tahun 2012


5.0.1 Jadual waktu mengajar 2012
- akan ditetapkan oleh GPK 1
- guru yang mengajar pada tahun 2011 akan mengajar tingkatan yang sama
pada tahun 2012.

5.0.2 Program di bawah pengelolaan JPNS /PPD


- Beberapa program yg akan dilaksanakan pada tahun hadapan ialah:
a) Sayambara – Pn. Maizatul
b) Puisi – Pn. Mariam
c) Pidato – Pn. Hasniwati
d) Forum Remaja – Pn. Vishnu Priya
e) Bahas ala Parlimen – Pn. Lim Lai Ching

5.0.3 Penggubalan soalan peperiksaan bagi tahun 2012


-akan ditetapkan oleh ketua bidang dan akan dimaklumkan dalam
mesyuarat panitian pertama 2012.

5.0.4 Bil latihan


-mengikut minggu, minumam 2 karangan sebulan
-kelas elit dan peperiksaan jumlah latihan karangan sekurang-kurangnya
dua karangan atau lebih.
-semua guru dikehendaki menggunakan buku teks sekali seminggu.
-buku latihan yang digunakan untuk menengah rendah dan atas ialah 7
buah buku latihan.

Menengah rendah Menengah atas


1) karangan (latihan) 1) karangan (latihan)
2) karangan (salin contoh karangan) 2) karangan (salin contoh
karangan)
3) rumusan 3) ringkasan
4) pemahaman (buku teks) 4) pemahaman (buku teks)
5) cerpen/antologi 5)cerpen/antologi
6) novel 6) novel
7)tatabahasa 7)tatabahasa

6 Hal-hal lain
6.0.1 Pn. Maizatul mencadangkan supaya membeli Bahan Bantu Mengajar untuk
bahagian komsas mebbunakan perisian berbentuk animasi.
6.0.2 Cik Roslina mencadangkan supaya membeli Bahan Bantu Mengajar(BBM)
untuk kelas peralihan.
6.0.3 Pada tahun hadapan, semua guru BM dikehendaki menggunakan Netsupport
School ketika sesi P&P.
6.0.4 Pn. Vishnu mencadangkan supaya setiap pelajar menggariskan perkataan yang
mereka tidak tahu dan mencari perkataan tersebut menggunakan kamus yang
diberi oleh guru.
6.0.5 Semua guru digalakkan membawa kamus pelajar ke dalam kelas untuk
digunakan sebagai rujukan oleh pelajar semasa sesi P&P. Pelajar kelas depan
dikehendaki kongsi membeli kamus dengan rakan-rakan mereka.
6.0.6 Ada cikgu mencadangkan supaya membawa pelajar ke perpustakaan
mengikut jadual yang telah ditetapkan untuk program NILAM.
6.0.7 Pentaksir Berasaskan Sekolah- Guru-guru boleh memulangkan buku ULBS
kepada Pn. Noramala bagi menengah atas dan Pn. Hasniwati bagi menengah
rendah.
6.0.8 Modul PROBIM dan PROBIM Mutiara dikelalkan.
6.0.9 Baki kewangan panitia yang tingggal berakhir 31 Oktober bagi 2011 ialah RM
1,417.25.
6.10 Pn.Normala mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah
menjayakan semua program BM dan telah berusaha mengajar dengan
bersungguh-sungguh.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan oleh,

………………… ……………………….. ……………………..


(Roslina Bt Ujang) ( Wan Khairun Nisak) (Pn. Normala Bt Hashim)

Setiausaha Ketua Panitia Bahasa Melayu Ketua Bidang Bahasa

You might also like