You are on page 1of 2

PRAKTIS BESTARI SUBJEK EKONOMI

LATIHAN CUTI SEKOLAH

BAB 1

1. Kemasukan Iran ke dalam pasaran dunia Petroleum menyebabkan komoditi itu


ke paras terendah dalam tempoh 13 tahun. Bagi Malaysia, kerajaan
melaporkan akan kehilangan pengurangan pendapatan akibat daripada
kejatuhan harga minyak dunia daripada USD48 setong kepada USD29 setong.

Kerajaan Malaysia berada dalam dilemma kerana terdapat empat projek yang
perlu dilaksanakan. Antara projek mengikut keutamaan seperti Lebuh Raya
Pantai Barat dari Taiping ke Banting, pembinaan landasan berkembar elektrik
dari Subang Jaya ke Sri Subang, pembelian 10 set kereta api elektrik, dan
menaik taraf lapangan terbang Kota Kinabalu.

Bagaimanakah kerajaan membuat keputusan terhadap masalah ekonomi


tersebut? [6 markah]

2. Perbualan yang berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi dua buah negara.

Amir : Irfan, aku dengar kau membuka kilang kasut di negara X. Banyak
dapat untung?
Irfan : Tak seberapa la, cukup untuk makan dan bayaran cukai.
Amir : Oh, jadi kau buat apa di Negara Y ni?
Irfan : Aku bawa keluarga datang bercuti disini. Aku dengar pendapatan
kau lumayan sekarang. Maknanya banyaklah yang kau perlu bayar zakat?
Amir : Mana ada zakat di sini. Rakyat di sini bebas menggunakan semua
pendapatannya.

(a) Nyatakan sistem ekonomi Negara X dan Negara Y [2 markah]


(b) Beri empat perbezaan ciri antara sistem ekonomi Negara X dan Negara Y.
[8 markah]
BAB 2

1. Maklumat berikut berkaitan dengan permintaan minyak.

Jika negara Arab Saudi mengurangkan penawaran minyak dan


harga minyak mula meningkat. Pengguna berasa bimbang bahawa
harga minyak pada masa depan akan meningkat, jadi pengguna
mula membeli minyak dnegan banyak.

Adakah anda bersetuju bahawa pernyataan tersebut bercanggah dengan


hukum permintaan? Beri alasan anda. [5 markah]

2. Petikan yang berikut berkaitan dengan suatu fenomena alam.

PETALING JAYA: Panas terik El Nino dijangka akan menjejaskan pengeluaran


makanan tempatan. Petani padi di bahagian utara mengeluh mengenai hasil tuaian
mereka mungkin akan berkurangan sebanyak 50 peratus.

Penanaman sayur di kawasan tanah rendah, terutama Johor juga telah diberi
amaran untuk mencari sumber air alternative yang dijangkakan akan melihat
pengurangan hujan sebanyak 20 hingga 60 peratus.

Sumber : www.mstar.com.my, 11 Januari 2016.

(a) Lakarkan keluk yang menunjukkan perubahan penawaran padi tersebut.


[3 markah]
(b) Jelaskan faktor-faktor lain yang menyebabkan perubahan penawaran sayur.
[4 markah]

3. Maklumat yang berikut berkaitan dengan dasar kerajaan.

 Kerajaan menurunkan cukai jualan


 Kerajaan menghapuskan subsidi kepada pengeluar

Wajarkah pengeluar akan menambahkan penawaran barang?


Berikan alasan anda. [9 markah]

You might also like