You are on page 1of 2

Tatabahasa : Imbuhan juru-, pra-, tata-, -man, -wan, -wati 14 MAC 2014

NOTA

1. Imbuhan juru-, pra-, tata-, -man, -wan, -wati digunakan untuk membentuk kata nama terbitan.
2. Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
3. Imbuhan juru-, pra-, dan tata- dikenali juga sebagai awalan kerana terletak di depan kata
dasar.
Imbuhan -man, -wan dan -wati dikenali sebagai akhiran kerana letaknya di akhir kata dasar.
Contoh-contoh kata yang menggunakan awalan juru-, pra-, dan tata-.
Awalan Kata Dasar Awalan + Kata Dasar
Juru- rawat jururawat
teknik juruteknik
bahasa jurubahasa
latih jurulataih
selam juruselam

Awalan Kata Dasar Awalan + Kata Dasar


Pra- sejarah prasejarah
sangka prasangka
kata prakata
syarat prasyarat
sekolah prasekolah

Awalan Kata Dasar Awalan + Kata Dasar


Tata- buku tatabuku
bahasa tatabahasa
cara tatacara
tertib tatatertib
kerja tatakerja
Contoh-contoh kata yang menggunakan akhiran –man dan -wati
Akhiran Kata Dasar Kata Dasar + Akhiran
-man seni seniman
budi budiman

Akhiran Kata Dasar Kata Dasar + Akhiran


-wan harta hartawan
usaha usahawan
cendekia cendekiawan
budaya budayawan
juta jutawan

Akhiran Kata Dasar Awalan + Kata Dasar


-wati seni seniwati
drama dramawati
olahraga olahragawati
peraga peragawati
biara biarawati
* Akhiran -wati menyatakan makna bahawa orangnya ialah perempuan atau wanita.
LATIHAN

Berikan imbuhan yang tepat pada kata di dalam kurungan.

1. Filem klasik ____________ (seni) Bujang Lapok


mempunyai unsur sindiran sosial.
2. Ahmad bercita-cita menjadi seorang _________(ukur)
bahan.
3. ``Cuba jauhi ___________(sangka) buruk terhadap
kawan-kawan kamu,’’ kata Cikgu Zainal Abidin.
4. ____________ (seni) Sarimah Ahmad kini menetap di
Brunei Darussalam.
5. Buku yang tebal biasanya didahului dengan
___________. (kata)
6. Semua murid perlu mematuhi _________(laku) yang
diperuntukkan dalam buku disiplin sekolah.
7. Orang ________(budi) sentiasa dikenang sehingga ke
akhir hayat.
8. Bantuan itu disumbangkan oleh para ____________
(derma) tanah air.
9. Sebagai seorang _________(wang) di pusat membeli
belah, Aminah mesti jujur dan mengutamakan
pelanggan.
10. Ibu bapa perlu menitikberatkan pendidikan
_____________ (sekolah) bagi anak-anak mereka.

You might also like