You are on page 1of 12

TRANSFORMER

ALATUBAH

8.1 PENGERTIAN DAN FUNGSI ALATUBAH

Alatubah ( Transfomer ) adalah satu alat yang digunakan bagi menaik serta menurunkan
voltan arus ulang alik ( AC ) . Alat ini dipasang di pencawang pembahagian untuk memperolehi
tahap voltan yang diperlukan oleh penguna bagi menyalurkan bekalan elektrik kepada pengguna
mengikut kehendak yang dimohon . Alatubah berfungsi bagi menaikkan atau menurunkan voltan
mengikut kehendak ataupun keperluan bagi sesuatu sistem .

Bagi alatubah yang menaikkan voltan selalunya digunakan pada sistem penghantaran di
mana penyaluran tenaga menggunakan voltan yang rendah bagi jarak yang jauh akan
menyebabkan banyak kehilangan tenaga dalam proses penghantaran . Oleh itu , alatubah ini
digunakan dalam proses penghantaran . Sebagai contoh , dari janakuasa elektrik yang
mengeluarkan 6.6kV akan dinaikkan kepada 132kV bagi tujuan penghantaran tenaga ke kawasan
– kawasan yang jauh dari punca bekalan yang dijanakan tadi . Kemudian ianya , akan disalurkan
kepada Pencawang Masuk Utama .

Manakala bagi alatubah yang menurunkan voltan pula adalah dalam proses pembahagian
yang paling akhir sekali iaitu pembekalan elektrik kepada pengguna . Misalnya alatubah
11/0.433kV berfungsi untuk menurunkan paras voltan daripada 11kV kepada 433kV , iaitu
bekalan yang disalurkan melalui kabel ataupun sesalur atas yang membawa voltan 11kV atau
diturunkan kepada 433V . Dengan ini bekalan elektrik dapat diagihkan kepada pengguna melalui
sistem voltan rendah sama ada menggunakan kabel bawah tanah ataupun sesalur voltan rendah .
Kepada pengguna yang mengambil bekalan satu fasa ataupun tiga fasa , voltan bagi satu fasa
adalah 240V dan tiga fasa adalah 415V .

Alatubah dalam sistem pembahagian Tenaga Nasional Berhad terbahagi kepada dua
kategori iaitu alatubah pembahagian dan alatubah kuasa .

http://abmutara.wordpress.com Page 1
8.2 ALATUBAH PEMBAHAGIAN

8.2.1 PENGENALAN

Alatubah pembahagian ialah satu perkakasan elektrik yang boleh mengubah voltan dari
voltan tinggi ke voltan rendah atau dari voltan rendah ke voltan tinggi . Alatubah yang biasa
digunakan untuk sistem pembahagian ialah alatubah yang mengubah voltan dari voltan tinggi ke
voltan rendah bagi disalurkan kepada pengguna . Voltan yang dikeluarkan oleh alatubah
pembahagian ialah 415V sistem tiga fasa . Biasanya alatubah yang digunakan bagi sistem
pembahagian mempunyai kumpulan vektor Dy11 iaitu DELTA – STAR . Di antara jenama –
jenama alatubah pembahagian yang biasa digunapakai oleh Tenaga Nasional Berhad adalah dari
jenis MTM , EPE WILSON , BONAR LONG , CROMPTON PARKINSON , GRESHAM ,
SAVIGLIANO , DENIS FERRANTI dan SGB . Alatubah pembahagian terbahagi kepada dua
jenis iaitu jenis HERMATICALLY SEALED dan jenis KONSERVATOR.

8.2.2 KOMPONEN – KOMPONEN UTAMA YANG TERDAPAT

PADA ALATUBAH JENIS KONSERVATOR

KOMPONEN

FUNGSI

PETI KABEL

Tempat dimana kabel voltan tinggi disambung .

GEBOK PUTUSAN VOLTAN TINGGI

Digunakan bagi sambungan lilitan alatubah ditangki utama dengan peti kebal .

http://abmutara.wordpress.com Page 2
TANGKI KONSERVATOR

Adalah ruang untuk menyimpan minyak . Ianya menentukan paras minyak tangki utama . Tangki

konservator memastikan tangki utama dipenuhi minyak dan juga mengurangkan luas permukaan
minyak bertemu dengan udara dan menyediakan ruang untuk minyak mengembang apabila
panas .

RUANG JANGKA SUHU

Ruang berupa silinder yang diisi dengan minyak alatubah dimana suhu minyak ditangki dapat
diukur .

INJAB

Aliran minyak dari tangki konservator ke tangki utama dikawal .

DEHYDRATING BREATHER

Didalam breather diisikan dengan gel silica ke paras tengah dan dibawahnya diisikan dengan
aliran alatubah . Breather bertugas sebagai system pernafasan alatubah . Apabila minyak didalam
tangki panas dan mengembang , udara dari alatubah akan keluar melaluinya dan semasa minyak
menyejuk , udara akan masuk melalui breather . Gel silica didalam breather ialah untuk
mengeringkan udara lembap yang melaluinya dan masuk ke dalam alatubah . Begitu juga dengan
kegunaan minyak iaitu berfungsi sebagai medium yang menghalang udara yang mengandungi air
dan habuk memasuki ke dalam tangki utama alatubah . Warna gas silica akan bertukar dari biru
ke merah samar setelah beberapa lama digunakan kerana udara mengandungi lembapan .
Penukaran warna akan bermula daripada bawah baling ke atas .

TOLOK PARAS MINYAK

Menunjukkan paras minyak di tangki konservator

SUIS PENUKAR TAP

Meninggi ataupun merendahkan voltan yang keluar dari alatubah . Suis ini hanya boleh
dikendalikan apabila alatubah telah dimatikan .

http://abmutara.wordpress.com Page 3
PLAT KADAR

Menunjukkan rajah skematik alatubah serta data - data berkenaan alatubah .

PENGELAK HABA

Digunakan untuk menyejuk minyak didalam alatubah dengan cara menyediakan permukaan yang
lebih luas untuk mengalirkan haba .

PILI SARING MINYAK

Tempat dimana contoh minyak boleh diambil untuk menjalankan ujian penebatan dielektrik
minyak alatubah .

INJAP PENGERING MINYAK

Saluran dimana minyak dikeluarkan semasa menukar atau menggantikan minyak lama dengan
minyak baru .

BUSHING VOLTAN RENDAH

Bekalan voltan rendah 415V tiga fasa dikeluarkan dan dibekalkan kepada pengguna . Ianya
mempunyai tiga punca fasa dan satu punca neutral . Kabel voltan rendah disambung kepada
papan pembahagian voltan rendah ( PPVR ) .

HV DISCONNECT CHAMBER

Ruangan ini adalah untuk sambungan lilitan alatubah ditangki utama dengan peti kabel .

AIR RELEASE PLUG

Plug melepaskan tekanan berlebihan .

http://abmutara.wordpress.com Page 4
LIFT HOOK FOR COMPLETE UNIT

Tempat untuk menyangkut hook dengan crane semasa pemasangan .

HV CABLE BOX

Punca masuk kabel 11kV .

FILTER VALVE

Tempat dimana minyak alatubah dari konservator tank ke tangki utama dikawal .

JACKING PAD

Tempat untuk jacking semasa pemasangan alatubah .

TANK COVER LIFTING LUG

Pemegang untuk mengangkat penutup tangki utama alatubah .

TAPAK ALATUBAH ( SKID BASE )

Tapak bawah alatubah untuk menampung alatubah dan merupakan tapak tahan licin .

HAULAGE HOLES

Digunakan untuk menjalankan alatubah dari satu tempat ke tempat yang lain .

PUNCA PEMBUMIAN

Disambung ke sistem pembumian di pencawang .

http://abmutara.wordpress.com Page 5
MINYAK ALATUBAH

Digunakan sebagai bahan penebat diantara lilitan dan juga badan alatubah . Minyak ini juga
berfungsi sebagai bahan untuk penyejukkan alatubah .

8.2.3 KOMPONEN – KOMPONEN UTAMA YANG TERDAPAT

PADA ALATUBAH JENIS HERMITICALLY SEALED

KOMPONEN

FUNGSI

OIL SAMPLING DEVICE

Tidak berkaitan dilarang membuka kerana jenis ini adalah jenis yang telah disealedkan Cuma
mengikut acuan yang lama jenis konservator .

JACKING PAD

Tempat untuk jacking semasa pemasangan alatubah .

HIGH VOLTAGE BUSHING

Tempat punca voltan tinggi masuk .

PRESSURE RELIEF DEVICE

Untuk melepaskan tekanan berlebihan . Jika tekanan berlebihan maka valve cap akan serta merta
berfungsi dan melepaskan tekanan berlebihan tersebut .Tujuannya adalah untuk melindungi
alatubah daripada rosak .

http://abmutara.wordpress.com Page 6
OIL LEVEL GAUGE

Fungsinya adalah untuk mewujudkan paras kapasiti minyak alatubah . Jika paras minyak berada
dibawah garisan yang telah ditetapkan , minyak alatubah perlu ditambah .

LOW VOLTAGE BUSHING

Tempat voltan rendah keluar .

FINWALLS

Temapat penyejukkan minyak alatubah dengan cara menyediakan permukaan yang lebih luas
untuk mengalirkan haba .

EARTHING TERMINAL

Bahagian yang perlu dibumikan .

SKID BASE

Tapak jenis tahan licin .

OFF LOAD TAP CHANGER

Untuk mengekalkan output voltage walaupun input voltage berubah . Tap changer ini hanya
boleh dilaraskan semasa alatubah dimatikan dan diasingkan daripada punca bekalan sama ada
high voltage atau low voltage .

LIFTING HOOK FOR COMLETE UNIT

Tempat untuk menyangkut hook dengan crane semasa pemasangan .

http://abmutara.wordpress.com Page 7
THERMOMETER POCKET

Untuk menyukat suhu .

RATING AND DIAGRAM PLATE

Data – data berkenaan alatubah .

MINYAK ALATUBAH

Sebagai bahan penebat diantara lilitan dan juga badan alatubah . Selain itu , ianya juga berfungsi
sebagai bahan penyejuk alatubah .

8 . 4 : Diagram dan Plat Kadar

JENIS DATA

PENERANGAN

kVA RATING

Menunjukkan keupayaan alatubah sama ada 100kVA , 300kVA , 500kVA , 750kVA , 1000kVA
.

RATED VOLTAGE

Menunujukkan paras voltan pada sebelah HV biasanya 11kV dan sebelah LV biasanya 0.433kV

http://abmutara.wordpress.com Page 8
RATED CURRENT

Kadar arus yang ditetapkan oleh kilang .

FREQUENCY

50Hz

PHASE

3 Fasa

WINDINGS

Samaada STAR CONNECTED atau DELTA CONNECTED .

TYPE OF COOLING

Cara penyejukan samaada ONAN atau ONAF

IMPEDANCE

Dalam unit Ohm

VECTOR GROUP

Dy 11

CORE AND WINDING WEIGHT

Dalam unit kilogram atau tonne matrik

http://abmutara.wordpress.com Page 9
OIL WEIGHT

MAX TEMP RISE

TAP CHANGER POSITION

Tap 1 – 11 550 V

Tap 2 – 11 275 V

Tap 3 – 11 000 V

Tap 4 – 10 725 V

Tap 5 – 10 450 V

8.3 ALATUBAH KUASA ( POWER TRANSFOMER )

8.3.1 KOMPONEN UTAMA DAN FUNGSI

Ianya adalah sama dengan komponen – komponen alatubah pembahagian cuma ianya
dikawal dengan baik dengan menggunakan relay ataupun geganti iaitu di panggil transformer
guard di mana jika terdapat kerosakkan ataupun masalah dengan alatubah jenis ini , satu
mekanisma yang dibuat akan mematikan alatubah ini sendiri secara sistematik bagi mengelakkan
daripada mengalami kerosakkan yang serius .

Ianya adalah dibuat sedemikian kerana harga alatubah ini adalah sangat mahal sehingga
ada yang mencecah berjuta ringgit jika dibandingkan dengan alatubah pembahagian yang lain .
Jadi ianya perlu dijaga dengan baik walaupun terpaksa menambah dengan kawalan yang canggih
agar ianya boleh bertahan dengan lebih lama . Transfomer Guard yang biasa digunakan adalah
Buchholz Relay , Pressure Relief , Winding Temperature , Oil Temperature dan Low Oil Level
.

http://abmutara.wordpress.com Page 10
8.4 JENIS TRANSFOMER GUARD

8.4.1 BULCHHOLZ RELAY

Alat ini adalah disambung diantara paip tangki utama transformer dan konservator tank
dimana satu alat dipasang bagi memantau situasi keadaan dikawasan ini . Alat ini akan berfungsi
ataupun memberi amaran jika salah satu keadaan berlaku antaranya kebocoran minyak sehingga
menyebabkan kehilangan yang banyak , kerosakkan teruk pada winding sama ada kebumi
ataupun antara fasa . Gas yang dilepaskan melalui Bulchholz ini juga boleh dianalisa bagi
membuat postmortem kerosakkan yang berlaku .

8.4.2 PRESSURE RELIEF DEVICE

Alat ini bertindak untuk melepaskan tekanan gas yang berlaku jika ianya melebihi
daripada tekanan normal . Tekanan yang berlebihan ini terhasil sekiranya terdapat kerosakkan
didalam alatubah dimana tekanan yang berlebihan daripada gas – gas yang dihasilkan
daripada kerosakkan didalam transformer dapat dikeluarkan bagi menstabilkan sesuatu alatubah
daripada meletup dan seterusnya transformer akan terbakar .

8.4.3 TEMPERATURE INDICATORS

Alat ini adalah penunjuk kepada keadaan suhu didalam sesuatu alatubah . Suhu didalam
alatubah akan meningkat sekiranya jumlah beban yang diambil bertambah dan jika terdapat
kerosakkan pada sesuatu alatubah . Alat ini bertindak sebagai penghantar maklumat kepada
bahagian kawalan mengenai mengenai keadaan suhu pada sesuatu alatubah . Suhu minyak di
dalam alatubah ini bergantug pada suhu minyak itu sendiri dan suhu pada winding di dalam
alatubah itu sendiri .

http://abmutara.wordpress.com Page 11
8.4.4 OIL LEVEL INDICATOR

Minyak di dalam tangki akan berkembang sekiranya suhu meningkat dan kuantitinya
akan berkurangan sekiranya suhu menurun . Alat ini akan menjadi penunjuk bagi memastikan
tahap minyak berada di antara paras minima dan maksima . Oil Level Indicator berada pada
tangki konservator kerana di tangki inilah paras minyak dapat dipantau .

8.4.5 ON LOAD TAP CHANGER ( OLTC )

OLTC boleh beroperasi secara automatik . Fungsinya adalah sama seperti Off Load Tap
Changer pada alatubah pembahagian iaitu mengelakkan ‘ outpur voltage ’ walaupun ‘ incoming
voltage ’ berubah – ubah . Perbezaan antara alatubah pembahagian adalah ianya boleh
dioperasikan di dalam keadaan hidup . Ianya beroperasi sekiranya terdapat perubahan pada ‘
incomer voltage ’. Ini selalunya terjadi pada waktu ‘ peak load ’ dan ‘ off peak ’ di mana ianya
bergantung pada beban yang diambil pada waktu tersebut .

Ianya berfungsi berpandukan pada voltan keluaran yang telah ditetapkan seperti 11.3kV
iaitu bagi menetapkan voltan keluaran yang akan disalurkan kepada alatubah pembahagian yang
lain . Ianya perlu kerana di bawah alatubah kuasa ini terdapat berpuluh – puluh alatubah
pembahagian dan sekiranya voltan keluaran ini tidak ditetapkan maka pihak maka pihak daerah
perlulah selalu menukar tap di alatubah pembahagian tersebut mengikut waktu ‘ peak load ’ dan
‘ off peak ’. Memandangkan kuantiti yang banyak dikawal oleh alatubah ini maka fasiliti ini di
tambah bagi menstabilkan voltan disistem pembahagian . Dengan hanya satu tap changer yang
beroperasi dapat mengawal selia berpuluh – puluh alatubah yang lain . Perbezaan ketara tap
changer alatubah kuasa dengan alatubah pembahagian adalah operasinya boleh dijalankan
semasa hidup dan Off Load Tap Changer hanya boleh di buat semasa alatubah dimatikan .

http://abmutara.wordpress.com Page 12

You might also like