You are on page 1of 13

ALATUBAH

8.1

PENGERTIAN DAN FUNGSI ALATUBAH

Alatubah ( Transfomer ) adalah satu alat yang digunakan bagi menaik serta
menurunkan voltan arus ulang alik ( AC ) . Alat ini dipasang di pencawang
pembahagian untuk memperolehi tahap voltan yang diperlukan oleh penguna bagi
menyalurkan bekalan elektrik kepada pengguna mengikut kehendak yang
dimohon . Alatubah berfungsi bagi menaikkan atau menurunkan voltan mengikut
kehendak ataupun keperluan bagi sesuatu sistem .

Bagi alatubah yang menaikkan voltan selalunya digunakan pada sistem


penghantaran di mana penyaluran tenaga menggunakan voltan yang rendah bagi
jarak yang jauh akan menyebabkan banyak kehilangan tenaga dalam proses
penghantaran . Oleh itu , alatubah ini digunakan dalam proses penghantaran .
Sebagai contoh , dari janakuasa elektrik yang mengeluarkan 6.6kV akan dinaikkan
kepada 132kV bagi tujuan penghantaran tenaga ke kawasan kawasan yang jauh
dari punca bekalan yang dijanakan tadi . Kemudian ianya , akan disalurkan kepada
Pencawang Masuk Utama .

Manakala bagi alatubah yang menurunkan voltan pula adalah dalam proses
pembahagian yang paling akhir sekali iaitu pembekalan elektrik kepada pengguna .
Misalnya alatubah 11/0.433kV berfungsi untuk menurunkan paras voltan daripada
11kV kepada 433kV , iaitu bekalan yang disalurkan melalui kabel ataupun sesalur
atas yang membawa voltan 11kV atau diturunkan kepada 433V . Dengan ini
bekalan elektrik dapat diagihkan kepada pengguna melalui sistem voltan rendah
sama ada menggunakan kabel bawah tanah ataupun sesalur voltan rendah .
Kepada pengguna yang mengambil bekalan satu fasa ataupun tiga fasa , voltan
bagi satu fasa adalah 240V dan tiga fasa adalah 415V .

Alatubah dalam sistem pembahagian Tenaga Nasional Berhad terbahagi


kepada dua kategori iaitu alatubah pembahagian dan alatubah kuasa .

8.2

ALATUBAH PEMBAHAGIAN

8.2.1

PENGENALAN

Alatubah pembahagian ialah satu perkakasan elektrik yang boleh


mengubah voltan dari voltan tinggi ke voltan rendah atau dari voltan rendah ke
voltan tinggi . Alatubah yang biasa digunakan untuk sistem pembahagian ialah
alatubah yang mengubah voltan dari voltan tinggi ke voltan rendah bagi disalurkan
kepada pengguna . Voltan yang dikeluarkan oleh alatubah pembahagian ialah 415V
sistem tiga fasa . Biasanya alatubah yang digunakan bagi sistem pembahagian
mempunyai kumpulan vektor Dy11 iaitu DELTA STAR . Di antara jenama jenama
alatubah pembahagian yang biasa digunapakai oleh Tenaga Nasional Berhad adalah
dari jenis MTM , EPE WILSON , BONAR LONG , CROMPTON PARKINSON , GRESHAM ,
SAVIGLIANO , DENIS FERRANTI dan SGB . Alatubah pembahagian terbahagi kepada
dua jenis iaitu jenis HERMATICALLY SEALED dan jenis KONSERVATOR.

8.2.2

KOMPONEN KOMPONEN UTAMA YANG TERDAPAT


PADA ALATUBAH JENIS KONSERVATOR

KOMPONEN

FUNGSI

PETI KABEL
Tempat dimana kabel voltan tinggi disambung .

GEBOK PUTUSAN VOLTAN TINGGI


Digunakan bagi sambungan lilitan alatubah ditangki utama dengan peti kebal .

TANGKI KONSERVATOR

Adalah ruang untuk menyimpan minyak . Ianya menentukan paras minyak tangki
utama . Tangki
konservator memastikan tangki utama dipenuhi minyak dan juga mengurangkan
luas permukaan minyak bertemu dengan udara dan menyediakan ruang untuk
minyak mengembang apabila panas .
RUANG JANGKA SUHU
Ruang berupa silinder yang diisi dengan minyak alatubah dimana suhu minyak
ditangki dapat diukur .

INJAB
Aliran minyak dari tangki konservator ke tangki utama dikawal .

DEHYDRATING BREATHER
Didalam breather diisikan dengan gel silica ke paras tengah dan dibawahnya
diisikan dengan aliran alatubah . Breather bertugas sebagai system pernafasan
alatubah . Apabila minyak didalam tangki panas dan mengembang , udara dari
alatubah akan keluar melaluinya dan semasa minyak menyejuk , udara akan masuk
melalui breather . Gel silica didalam breather ialah untuk mengeringkan udara
lembap yang melaluinya dan masuk ke dalam alatubah . Begitu juga dengan
kegunaan minyak iaitu berfungsi sebagai medium yang menghalang udara yang
mengandungi air dan habuk memasuki ke dalam tangki utama alatubah . Warna gas
silica akan bertukar dari biru ke merah samar setelah beberapa lama digunakan
kerana udara mengandungi lembapan . Penukaran warna akan bermula daripada
bawah baling ke atas .

TOLOK PARAS MINYAK


Menunjukkan paras minyak di tangki konservator

SUIS PENUKAR TAP


Meninggi ataupun merendahkan voltan yang keluar dari alatubah . Suis ini hanya
boleh dikendalikan apabila alatubah telah dimatikan .

PLAT KADAR
Menunjukkan rajah skematik alatubah serta data - data berkenaan alatubah .

PENGELAK HABA
Digunakan untuk menyejuk minyak didalam alatubah dengan cara menyediakan
permukaan yang lebih luas untuk mengalirkan haba .

PILI SARING MINYAK


Tempat dimana contoh minyak boleh diambil untuk menjalankan ujian penebatan
dielektrik minyak alatubah .

INJAP PENGERING MINYAK


Saluran dimana minyak dikeluarkan semasa menukar atau menggantikan minyak
lama dengan minyak baru .

BUSHING VOLTAN RENDAH


Bekalan voltan rendah 415V tiga fasa dikeluarkan dan dibekalkan kepada pengguna
. Ianya mempunyai tiga punca fasa dan satu punca neutral . Kabel voltan rendah
disambung kepada papan pembahagian voltan rendah ( PPVR ) .

HV DISCONNECT CHAMBER
Ruangan ini adalah untuk sambungan lilitan alatubah ditangki utama dengan peti
kabel .

AIR RELEASE PLUG


Plug melepaskan tekanan berlebihan .

LIFT HOOK FOR COMPLETE UNIT


Tempat untuk menyangkut hook dengan crane semasa pemasangan .

HV CABLE BOX
Punca masuk kabel 11kV .

FILTER VALVE
Tempat dimana minyak alatubah dari konservator tank ke tangki utama dikawal .

JACKING PAD
Tempat untuk jacking semasa pemasangan alatubah .

TANK COVER LIFTING LUG


Pemegang untuk mengangkat penutup tangki utama alatubah .

TAPAK ALATUBAH ( SKID BASE )


Tapak bawah alatubah untuk menampung alatubah dan merupakan tapak tahan
licin .

HAULAGE HOLES
Digunakan untuk menjalankan alatubah dari satu tempat ke tempat yang lain .

PUNCA PEMBUMIAN
Disambung ke sistem pembumian di pencawang .

MINYAK ALATUBAH
Digunakan sebagai bahan penebat diantara lilitan dan juga badan alatubah . Minyak
ini juga berfungsi sebagai bahan untuk penyejukkan alatubah .

8.2.3
TERDAPAT

KOMPONEN KOMPONEN UTAMA YANG


PADA ALATUBAH JENIS HERMITICALLY SEALED

KOMPONEN

FUNGSI

OIL SAMPLING DEVICE


Tidak berkaitan dilarang membuka kerana jenis ini adalah jenis yang telah
disealedkan Cuma mengikut acuan yang lama jenis konservator .

JACKING PAD
Tempat untuk jacking semasa pemasangan alatubah .

HIGH VOLTAGE BUSHING


Tempat punca voltan tinggi masuk .

PRESSURE RELIEF DEVICE


Untuk melepaskan tekanan berlebihan . Jika tekanan berlebihan maka valve cap
akan serta merta berfungsi dan melepaskan tekanan berlebihan tersebut .Tujuannya
adalah untuk melindungi alatubah daripada rosak .

OIL LEVEL GAUGE


Fungsinya adalah untuk mewujudkan paras kapasiti minyak alatubah . Jika paras
minyak berada dibawah garisan yang telah ditetapkan , minyak alatubah perlu
ditambah .

LOW VOLTAGE BUSHING


Tempat voltan rendah keluar .

FINWALLS
Temapat penyejukkan minyak alatubah dengan cara menyediakan permukaan yang
lebih luas untuk mengalirkan haba .

EARTHING TERMINAL
Bahagian yang perlu dibumikan .

SKID BASE
Tapak jenis tahan licin .

OFF LOAD TAP CHANGER


Untuk mengekalkan output voltage walaupun input voltage berubah . Tap changer
ini hanya boleh dilaraskan semasa alatubah dimatikan dan diasingkan daripada
punca bekalan sama ada high voltage atau low voltage .

LIFTING HOOK FOR COMLETE UNIT


Tempat untuk menyangkut hook dengan crane semasa pemasangan .

THERMOMETER POCKET
Untuk menyukat suhu .

RATING AND DIAGRAM PLATE


Data data berkenaan alatubah .

MINYAK ALATUBAH
Sebagai bahan penebat diantara lilitan dan juga badan alatubah . Selain itu , ianya
juga berfungsi sebagai bahan penyejuk alatubah .

8 . 4 : Diagram dan Plat Kadar

JENIS DATA

PENERANGAN

kVA RATING
Menunjukkan keupayaan alatubah sama ada 100kVA , 300kVA , 500kVA , 750kVA ,
1000kVA .

RATED VOLTAGE
Menunujukkan paras voltan pada sebelah HV biasanya 11kV dan sebelah LV
biasanya 0.433kV

RATED CURRENT
Kadar arus yang ditetapkan oleh kilang .

FREQUENCY
50Hz

PHASE
3 Fasa

WINDINGS
Samaada STAR CONNECTED atau DELTA CONNECTED .

TYPE OF COOLING
Cara penyejukan samaada ONAN atau ONAF

IMPEDANCE
Dalam unit Ohm

VECTOR GROUP
Dy 11

CORE AND WINDING WEIGHT


Dalam unit kilogram atau tonne matrik

OIL WEIGHT

MAX TEMP RISE

TAP CHANGER POSITION

Tap 1 11 550 V
Tap 2 11 275 V
Tap 3 11 000 V
Tap 4 10 725 V
Tap 5 10 450 V

8.3

ALATUBAH KUASA ( POWER TRANSFOMER )

8.3.1

KOMPONEN UTAMA DAN FUNGSI

Ianya adalah sama dengan komponen komponen alatubah pembahagian


cuma ianya dikawal dengan baik dengan menggunakan relay ataupun geganti iaitu
di panggil transformer guard di mana jika terdapat kerosakkan ataupun masalah
dengan alatubah jenis ini , satu mekanisma yang dibuat akan mematikan alatubah
ini sendiri secara sistematik bagi mengelakkan daripada mengalami kerosakkan
yang serius .

Ianya adalah dibuat sedemikian kerana harga alatubah ini adalah sangat
mahal sehingga ada yang mencecah berjuta ringgit jika dibandingkan dengan
alatubah pembahagian yang lain . Jadi ianya perlu dijaga dengan baik walaupun
terpaksa menambah dengan kawalan yang canggih agar ianya boleh bertahan
dengan lebih lama . Transfomer Guard yang biasa digunakan adalah Buchholz
Relay , Pressure Relief , Winding Temperature , Oil Temperature dan Low Oil Level .

8.4

JENIS TRANSFOMER GUARD

8.4.1

BULCHHOLZ RELAY

Alat ini adalah disambung diantara paip tangki utama transformer dan
konservator tank dimana satu alat dipasang bagi memantau situasi keadaan
dikawasan ini . Alat ini akan berfungsi ataupun memberi amaran jika salah satu
keadaan berlaku antaranya kebocoran minyak sehingga menyebabkan kehilangan
yang banyak , kerosakkan teruk pada winding sama ada kebumi ataupun antara
fasa . Gas yang dilepaskan melalui Bulchholz ini juga boleh dianalisa bagi membuat
postmortem kerosakkan yang berlaku .

8.4.2

PRESSURE RELIEF DEVICE

Alat ini bertindak untuk melepaskan tekanan gas yang berlaku jika ianya
melebihi daripada tekanan normal . Tekanan yang berlebihan ini terhasil sekiranya
terdapat kerosakkan didalam alatubah dimana tekanan yang berlebihan
daripada
gas gas yang dihasilkan daripada kerosakkan didalam
transformer dapat dikeluarkan bagi menstabilkan sesuatu alatubah daripada
meletup dan seterusnya transformer akan terbakar .

8.4.3

TEMPERATURE INDICATORS

Alat ini adalah penunjuk kepada keadaan suhu didalam sesuatu alatubah .
Suhu didalam alatubah akan meningkat sekiranya jumlah beban yang diambil
bertambah dan jika terdapat kerosakkan pada sesuatu alatubah . Alat ini bertindak
sebagai penghantar maklumat kepada bahagian kawalan mengenai mengenai

keadaan suhu pada sesuatu alatubah . Suhu minyak di dalam alatubah ini
bergantug pada suhu minyak itu sendiri dan suhu pada winding di dalam alatubah
itu sendiri .

8.4.4

OIL LEVEL INDICATOR

Minyak di dalam tangki akan berkembang sekiranya suhu meningkat dan


kuantitinya akan berkurangan sekiranya suhu menurun . Alat ini akan menjadi
penunjuk bagi memastikan tahap minyak berada di antara paras minima dan
maksima . Oil Level Indicator berada pada tangki konservator kerana di tangki inilah
paras minyak dapat dipantau .

8.4.5

ON LOAD TAP CHANGER ( OLTC )

OLTC boleh beroperasi secara automatik . Fungsinya adalah sama seperti


Off Load Tap Changer pada alatubah pembahagian iaitu mengelakkan outpur
voltage walaupun incoming voltage berubah ubah . Perbezaan antara alatubah
pembahagian adalah ianya boleh dioperasikan di dalam keadaan hidup . Ianya
beroperasi sekiranya terdapat perubahan pada incomer voltage . Ini selalunya
terjadi pada waktu peak load dan off peak di mana ianya bergantung pada
beban yang diambil pada waktu tersebut .

Ianya berfungsi berpandukan pada voltan keluaran yang telah ditetapkan


seperti 11.3kV iaitu bagi menetapkan voltan keluaran yang akan disalurkan kepada
alatubah pembahagian yang lain . Ianya perlu kerana di bawah alatubah kuasa ini
terdapat berpuluh puluh alatubah pembahagian dan sekiranya voltan keluaran ini
tidak ditetapkan maka pihak maka pihak daerah perlulah selalu menukar tap di
alatubah pembahagian tersebut mengikut waktu peak load dan off peak .
Memandangkan kuantiti yang banyak dikawal oleh alatubah ini maka fasiliti ini di
tambah bagi menstabilkan voltan disistem pembahagian . Dengan hanya satu tap
changer yang beroperasi dapat mengawal selia berpuluh puluh alatubah yang lain
. Perbezaan ketara tap changer alatubah kuasa dengan alatubah pembahagian
adalah operasinya boleh dijalankan semasa hidup dan Off Load Tap Changer hanya
boleh di buat semasa alatubah dimatikan .

Pengubah Elektris
Kini sudah banyak alat-alat ukur yang cara kerjanya menggunakan
sistem elektronik, di samping alat-alat ukur yang dioperasikan secara
manual. Prinsip kelistrikan yang digunakan dalam pengubah elektris ini
mempunyai fungsi untuk mengubah semua isyarat yang diterima oleh alat
ukur (besaran yang tidak bersifat elektris) menjadi suatu besaran yang
bersifat elektris. Dengan adanya prinsip kelistrikan maka besaran yang
bersifat kelistrikan tersebut diolah dan diubah menjadi lebih jelas
sehingga perubahan ini dapat dibaca pada skala alat ukur. Salah satu
contoh dari pengubah elektris ini adalah pengubah yang bekerjanya
dengan prinsip kapasitor.
Timbulnya kapasitor karena adanya dua buah pelat metal yang
berpenampang sama diletakkan berdekatan dengan jarak . Besarnya
kapasitas tergantung pada jarak . Makin jauh jarak pelat maka
kapasitasnya akan menjadi turun, sebaliknya makin dekat jarak pelat
kapasitasnya makin naik. Bila silinder sensor menyentuh obyek ukur
tentu terjadi perubahan jarak antara pelat metal karena diubah oleh
silinder tadi. Prinsip perubahan inilah yang digunakan oleh alat-alat ukur
yang mempunyai pengubah mengikuti sistem elektris.

You might also like