You are on page 1of 16

Mentol lampu

Pada 138 tahun yang lalu, ahli saintis terkenal, Thomas Alva Edison berjaya menghasilkan
sebuah penemuan yang mengubah sejarah dunia. Pada 22 Oktober 1879, beliau akhirnya
menyalakan seutas karbon di dalam tabung hampa selama 13.5 jam setelah melalui banyak
kegagalan (Bulbs.com, 2017). Beliau memperbaiki penemuannya supaya dapat bertahan
1200 jam. Sejak penemuan besar itu, lampu minyak secara perlahan-lahan digantikan
dengan bola lampu pijar. Mentol lampu merupakan sebuah sumber cahaya buatan yang
amat diperlukan dalam kehidupan seharian manusia.

Gambar 1 Lukisan Thomas Edison dalam pembuatan lampu pijar

Sumber: http://www.edisonmuckers.org/thomas-edison-lightbulb/

Gambar 2: Ciptaan lampu pijar Thomas Edison yang menggunakan filament karbon

Sumber: http://www.edisonmuckers.org/thomas-edison-lightbulb/
2.0 Lampu pijar

Lamp pijar merupakan jenis lampu yang dicipta oleh pakar ahli sains Thomas Alfa Edisaon
dan paling biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Cahaya jenis lampu ini dihasilkan
melalui penyaluran elektrik untuk memanaskan filamen dan menghasilkan cahaya (Empson,
n.d). Lampu pijar terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu bola lampu yang
berbentuk bulat dan filamen Tungsten untuk arus elektrik mengalir melaluinya. Kawat
filamen diletakkan di atas kawat penyagga filamen yang ditanamkan dalam batang kaca.
Sebanyak 97% gas argon dan 7% gas nitrogen mengisi bola lampu pijar.

Filamen
Bola lampu

Wayar penyangga
Tapak kaki lampu

Rajah 3: Bahagian-bahagian lampu pijar

Sumber: https://www.google.com/search?q=lampu+pijar

3.0 Bahagian-bahagian dan unsur penghasilan lampu pijar


3.1 Bola lampu – Kaca borosilikat
Rajah 4: Bola lampu kaca borosilikat
Sumber: https://indonesian.alibaba.com/promotion/promotion_fix-light-covers-
promotion-list.html
Bola lampu merupakan kaca yang menutupi filamen suatu lampu pijar. Bahan yang
digunakan untuk membuat kaca bola lampu ialah kaca borosilikat. Kaca borosilikat
dihasilkan apabila boron oksida,𝐵2 𝑂3 , dicampurkan kepada silika lebur. Kaca jenis ini
terdiri daripada 60-80% silika dan 10-25% boron oksida serta sedikit natrium oksida,
𝑁𝑎2 𝑂 serta aluminium oksida, 𝐴𝑙2 𝑂3 (Bouras, Madjoubi, Kolli, Benterki, &
Hamidouche, 2009). Kaca ini tahan panas kerana cuma akan mengembang atau
mengecup sedikit sahaja jika suhu berubah. Kaca borosilikat mempunyai takat lebur
yang tinggi mampu bertahan lama bawah suhu yang tinggi sehingga 8000 ℃. Kaca
ini juga tidak dihakis oleh bahan kimia. Kaca ini adalah lutsinar kepada cahaya
nampak dan sinar infa merah. Bola lampu ini amat penting untuk menghalang udara
atmosfera berhubungan dengan filamen panas supaya tidak berlaku pengoksidaan.
3.1.1 Boron

Unsur boron
Sumber: http://www.wikiwand.com/ms/Kumpulan_boron
3.1.1.1 Sifat fizik
Unsur boron merupakan satu siri unsur dalam kumpulan 13 dan kala 2
dalam jadual berkala unsur. Simbol boron ialah B. Unsur boron
mempunyai 5 atom. Boron berada dalam Blok p, konfigurasi elektron bagi
Boron ialah [𝐻𝑒]2𝑠 2 2𝑝1 . Unsur boron dikategorikan sebagai metalloid.
Boron mempunyai 3 elektron valens dalam petala terluar elektron. Jisim
boron ialah 10.811. Ketumpatan boron ialah 2.08 𝑔/𝑐𝑚3 . Dalam suhu
bilik, boron berada dalam keadaan pepejal. Takat lebur dan takat didih
atom argon ialah 2076℃ dan 3927℃ masing-masing. Haba peleburan
dan haba pengewapan atom argon ialah 50.2 kJ/mol dan 480 kJ/mol
masing-masing.

3.1.1.2 Sifat kimia


Boron dapat bertindak balas dengan udara dan gas
halogen. Sebahagian besar boron tidak akan bereaksi dengan udara
pada suhu bilik. Namun pada suhu tinggi yang lebih tinggi, boron akan
bereaksi dengan udara berdasarkan persamaan reaksi:
4B + 3O2(g) → 2B2O3(s). Boron oksida yang dihasilkan ini luas digunakan
dalam industri kaca terutamanya kaca borosilikat. Dengan adanya
tambahan boron oksida, kaca borosilikat menjadi lebih tahan panas dan
kuat serta tahan kepada hakisan bahan kimia.
Boron juga dapat bereaksi dengan halogen dan fluorine F2, klorin, dan
blromin, untuk membentuk trihalida, contohnya; Boron(III) Fluoride 𝐵𝐹3 ,
Boron (III) Bromida 𝐵𝐵𝑟3 .
3.1.2 Silika
Silikon dioksida, juga dikenali sebagai silika (daripada Latin, silex), ialah
sejenis sebatian kimia yang merupakan salah satu oksida
bagi silikon dengan formula SiO2. Unsur utama dalam silicon dioksida
ialah silicon. Silikon merupakan unsur kimia dalam jadual berkala yang
mempunyai simbol Si dan nombor atom 14. Silikon adalah sejenis
metaloid tetravalen yang kurang reaktif berbanding dengan analog
kimianya, karbon. Ia merupakan unsur kedua paling banyak dalam
kerak Bumi iaitu mencapai hampir 25.7% mengikut berat. Ia wujud
dalam tanah liat, feldspar, granit, kuartza dan pasir dalam bentuk silikon
dioksida atau dalam bentuk silikat iaitu jenis sebatian yang mengandungi
silikon, oksigen dan satu atau pelbagai jenis logam lain. Silikon berwarna
kelabu gelap dengan adanya kilauan logam.
3.1.2.1 Sifat fizik
Unsur silikon merupakan satu siri unsur dalam kumpulan 14 dan kala 3
dalam jadual berkala unsur. Simbol silikon ialah Si. Unsur silikon
mempunyai 14 atom. Boron berada dalam Blok p, konfigurasi elektron
bagi Boron ialah [Ne]3𝑠 2 3𝑝2 . Unsur silikon juga dikategorikan sebagai
metalloid. Silikon mempunyai 4 elektron valens dalam petala terluar
elektron. Jisim silikon ialah 28.0855𝑔/𝑚𝑜𝑙. Ketumpatan silikon ialah 2.33
𝑔/𝑐𝑚3 sekitar suhu bilik. Silikon berada dalam keadaan pepejal pada
suhu bilik. Takat lebur dan takat didih atom argon ialah 1687 𝐾 dan
3538𝐾 masing-masing. Haba pelakuran dan haba pengewapan atom
argon ialah 50.21 kJ/mol dan 359 kJ/mol masing-masing.

3.1.2.2 Sifat kimia

3.2 Filamen – Tungsten

Rajah 5: Filamen tungsten


Sumber: http://www.periodictable.com/Samples/074.54/s13.JPG
Filamen merupakan komponen utama dalam lampu pijar. Pada mula-mulanya, lampu
pijar menggunakan filamen yang diperbuat daripada karbon tetapi didapati bahawa
karbon tidak mampu bertahan lama pada suhu tinggi. Karbon akan menguap pada
suhu yang lebih tinggi daripada 1.8266 𝐾 dan memendekkan hayat lampu tersebut.
Oleh hal demikian, Wolfram atau lebih dikenali sebagai tungsten merupakan unsur
terpilih untuk pembuatan filamen dalam lampu pijar.
3.2.1 Sifat fizik

Berdasarkan Chemicool. Com (2017), tungsten merupakan unsur kimia yang


terkandung dalam kumpulan 6 dalam jadual berkala unsur.Tungsten merupakan
sejenis unsur logam bersimbol W dan nombor atom 74. Ia juga ialah logam transisi
yang sangat keras dan berwarna putih berkilauan serta bersinar. Tungsten
mempunyai takat lebur dan takat tinggi yang amat tinggi iaitu 3695 K (3422 °C) dan
5828 K (5555 °C). Aliran arus elektrik yang mengalirkan filamen tungsten mencapai
suhu antara 1727 °C hingga 2027 °C, iaitu di bawah titik lebur. Dalam 60-watt mentol
lampu, filamen Tungsten yang digunakan sepanjang 2 meter tetapi hanya ditempa
1
dalam bentuk lingkaran yang hanya setebal 100 inci.

3.3 Gas pengisi – Argon atau nitrogen


Bola lampu diisi dengan gas mulia bertekanan rendah seperti argon, neon,
krypton dan xenon atau gas yang bersifat reaktif seperti nitrogen. Namun,
sebahagian besar lampu pijar menggunakan gas argon sebagai gas pengisi.

3.3.1 Argon
3.3.1.1 Sifat fizik
Argon merupakan sejenis gas adi yang tergolong dalam Kumpulan 18 dalam
jadual berkala. Simbol argon ialah Ar. Argon merupakan unsur yang kelapan
belas dalam Jadual Berkala. Argon merupakan unsur dalam kumpulan 18 dan
kala ketiga. Argon berada dalam Blok p, konfigurasi elektron bagi Argon ialah
1𝑠 2 2𝑠 2 2𝑝6 3𝑠 2 3𝑝6 atau [𝑁𝑒]3𝑠 2 3𝑝6 . Atom argon mempunyai 8 elektron valens,
dan dikenali sebagai oktet. Nombor atom argon ialah 18, manakala jisim atom
ialah 39.948. Ketumpatan atom argon ialah 1.784 g/l. Dalam suhu bilik, argon
berada dalam keadaan gas. Gas argon ialah monoatomic. Gas argon merupakan
gas yang tiada warna. Takat lebur dan takat didih atom argon ialah −189.3℃ dan
−185.8℃ masing-masing. Haba pelakuran dan haba pengewapan atom argon
ialah 1.18 kJ/mol dan 6.5 kJ/mol masing-masing. Gas argon adalah gas ketiga
paling banyak dalam atmosfera Bumi iaitu 0.934% isipadu dan 1.28% jisim
atmosfera bumi.
3.3.1.2 Sifat kimia
Gas ini mempunyai sifat lengai, tidak reaktif, tidak berwarna, tidak berbau dan
tidak bertindak balas dengan bahan kimia lain. Hal ini dikatakan demikian kerana
kestabilan susunan octet atom gas adi adalah sangat stabil dan tidak akan
menerima atau membuang elektron.

3.3.2 Nitrogen
3.3.2.1 Sifat fizik
Simbol nitrogen ialah N. Nitrogen merupakan unsur yang ketujuh dalam Jadual
Berkala. Nitrogen merupakan unsur yang berada dalam kumpulan 15 dan kala
kedua. Nitrogen berada dalam Blok p, konfigurasi elektron bagi nitrogen ialah
1𝑠 2 2𝑠 2 3𝑝3 atau [𝐻𝑒]2𝑠 2 3𝑝3. Nombor atom nitrogen ialah 7, manakala jisim atom
nitrogen ialah 14.0067. Ketumpatan atom nitrogen 1.251 g/l. Dalam suhu bilik,
nitrogen juga berada dalam keadaan gas. Gas nitrogen merupakan diatomic.
Gas nitrogen merupakan gas yang tiada warna. Takat lebur dan takat didih atom
nitrogen ialah −210.1℃ dan −195.79℃ masing-masing. Haba pelakuran dan
haba pengewapan atom nitrogen ialah 0.36 kJ/mol dan 2.79 kJ/mol.

3.3.2.2 Sifat kimia

Dalam suhu bilik, gas nitrogen merupakan gas yang lengai. Gas nitrogen tidak
akan bertindak balas dengan oksigen, hidrogen atau kebanyakan unsur lain.
Namun, nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran
kilat atau percikan api. Konfigurasi petala valens nitrogen ialah 2𝑠 2 3𝑝3. Oleh itu,
nitrogen boleh mengeluarkan 5 elektron ataupun menerima 3 elektron. Keadaan
pengoksidaan yang lazim bagi nitrogen ialah -3, +3 dan +5.

3.4 Wayar penyangga – Plumbum


3.4.1 Sifat fizik
Simbol plumbum ialah Pb. Plumbum merupakan unsur yang berada
dalam kumpulan 14 dan kala enam. Plumbum terletak dalam Blok p,
konfigurasi elektron bagi plumbum ialah [𝑋𝑒]4𝑓 14 5𝑑10 6𝑠 2 6𝑝2 . Atom
plumbum mempunyai 4 elektron valens. Nombor atom plumbum ialah 82,
manakala jisim atom ialah 207.2. Ketumpatan plumbum pepejal ialah
11.34𝑔/𝑐𝑚3 manakala ketumpatan plumbum cecair ialah 10.66𝑔/𝑐𝑚3 .
Dalam suhu bilik, plumbum berada dalam keadaan pepejal. Warna
plumbum ialah kelabu. Takat lebur dan takat didih plumbum ialah
327.46℃ dan 1749℃ masing-masing. Haba pelakuran dan haba
pengewapan plumbum ialah 4.77 kJ/mol dan 178 kJ/mol masing-masing.
3.4.2 Sifat kimia
Plumbum merupakan logam sederhana aktif. Plumbum akan larut dalam
air dan asid yang paling sejuk secara perlahan-lahan, manakala
plumbum akan bertindak balas dengan asid panas dalam kadar yang
lebih cepat. Plumbum tidak akan mudah bertindak balas dengan oksigen
yang terdapat dalam udara dan plumbum tidak akan terbakar.
3.5 Tapak lampu pijar – Aluminium
Tapak lampu pijar mempunyai 4 fungsi yang utama. Tugas pertama tapak ini
adalah untuk memegang bola lampu pada unit sumber elektrik dengan selamat,
seperti lampu atau pemasangan lampu. Tugas kedua adalah untuk
memindahkan tenaga elektrik dari sumber elektrik utama ke bahagian dalam
lampu pijar. Salah satu fungsi tapak lampu pijar ini adalah untuk melindungi
penebat dalaman yang menghalang elektrik daripada backfiring. Fungsi yang
terakhir tapak lampu pijar adalah untuk melindungi bola lampu dan semua
komponennya, dan mewujudkan sumber cahaya yang semula jadi.
3.5.1 Sifat fizik
Simbol aluminium ialah Al. Aluminum merupakan unsur yang berada
dalam kumpulan 13 dan kala tiga. Aluminum terletak dalam Blok p,
konfigurasi elektron bagi aluminum ialah [Ne]3s^2 〖 3p 〗 ^1. Atom
aluminum mempunyai 3 elektron valens. Nombor atom plumbum ialah 13,
manakala jisim atom ialah 26.98. Ketumpatan atam plumbum ialah
〖 2.7g/cm 〗 ^3. Dalam suhu bilik, aluminum berada dalam keadaan
pepejal. Warna aluminum ialah perak. Takat lebur dan takat didih
aluminum ialah 660.32℃ dan 2519℃ masing-masing. Haba pelakuran
dan haba pengewapan aluminum ialah 10.7 kJ/mol dan 293 kJ/mol
masing-masing.
3.5.2 Sifat kimia
Aluminum merupakan logam yang agak aktif. Aluminum akan bertindak
balas dengan banyak asid yang panas. Aluminum juga akan bertindak
balas dengan alkali. Aluminum merupakan logam yang luar biasa kerana
boleh bertindak dengan kedua-dua asid dan alkali. Unsur ini dikenali
sebagai amfoterik. Aluminum juga bertindak balas dengan air panas
dalam kadar yang cepat. Dalam bentuk serbuk, aluminum akan terbakar
dengan cepat apabila terdedah kepada api. Dalam udara lembap,
aluminum akan bergabung dengan oksigen dengan perlahan dan
membentuk aluminum aksida. Lapisan aluminum oksida ini sangat nipis
dan berwarna putih, ada pada permukaan aluminum. Lapisan ini telah
menghalang aluminum daripada terus bertindak balas dengan oksigen
dan melindungi logam daripada berlaku hakisan lagi – berkarat.

4.0 Perspektif daripada 6 topi berfikir


Enam topi berfikir ini diperkenalkan oleh Edward de Bono, seorang pemikir dan penulis
terkemuka Barat. Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan
perspektif, melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan ,
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang terbaik. setiap pemikiran
dianologikan kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah,
hitam, kuning, hijau dan biru. Topi putih melambangkan pemikiran neutral dan objektif
yang mementingkan fakta dan perkara objektif semata-mata. Topi merah pula
melambangkan pemikiran emosi dan berlandaskan perasaan dan intuisi. Topi hitam
melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan
kekacacatan. Topi kuning melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan,
keistimewaan dan manfaat. Topi hijau melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu
mampu menjana idea-idea baru yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada,
sama ada secara logic atau sebaliknya. Akhir sekali, topi biru melambangkan pemikiran
kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan sesuatu perkara termasuk topi-topi lain.
Unsur-unsur penghasilan lampu pijar akan dianalisis dari perspektif 6 topi berfikir.

4.1 Topi putih


4.3.1 Kaca borosilikat
Kaca biasa megandungi komposisi silikon dioksida, natrium oksida dan kalsium
oksida. Kaca borosilikat pula mengandungi tambahan sekurang-kurangnya 5%
boron oksida. Pertambahan boron oksida ke dalam pembuatan kaca ditemui oleh
Otto Schott, seorang pembuat kaca pada abad 19 (Bouras, Madjoubi, Kolli,
Benterki, & Hamidouche, 2009).

4.3.2 Tungsten
Tungsten ditemukan oleh Juan José dan Fausto Elhuyar, ahli kimia Spanyol
pada tahun 1783 dalam sampel dari mineral wolframite ((Fe, Mn) WO4). Hari ini,
tungsten terutama diperoleh dari wolframite dan scheelite (CaWO4)
menggunakan cara sama yang dikembangkan oleh José dan Elhuyar. Bijih
tungsten yang hancur dibersihkan dan dirawat dengan alkali untuk membentuk
tungsten trioksida (WO3). Tungsten trioksida kemudian dipanaskan dengan
karbon atau gas hidrogen (H2), membentuk logam tungsten dan karbon dioksida
(CO2) atau logam tungsten dan wap air (H2O) (Gagnon, n.d).

4.3.3 Gas pengisi


Menurut Lenntech (2017), kewujudan argon pertama kali diramalkan pada tahun
1785 oleh seorang bernama Henry Cavendish tetapi tidak pernah diasingkan.
Pada tahun 1894, Lord Rayleigh dan William Ramsay di Scotland terlibat dalam
suatu uji kaji yang mengasingkan kesemua oksigen, karbon dioksida, air
dan nitrogen daripada satu sampel udara bersih. Mereka menyimpulkan yang
ada satu lagi gas di dalam udara yang bercampur dengan nitrogen. Argon juga
telah ditemui pada tahun 1882 melalui kajian persendirian oleh H. F. Newall dan
W. N. Hartley. Argon menjadi unsur gas adi yang pertama
ditemui. Nama argon berasal dari bahasa Yunani αργον yang bermaksud
"malas" atau "tidak aktif". Unsur ini hampir tidak pernah mengalami tindak balas
kimia. Hal ini demikian kerana unsur ini mencapai oktet di petala terluar elektron.
Argon adalah gas mulia terbanyak di dalam kerak bumi. Ia merangkumi 0.934%
isipadu dan 1.28% jisim atmosfera Bumi. Argon dihasilkan dalam peringkat
industri dengan penyulingan berperingkat udara cecair. Ia merupakan satu
proses yang mengasingkan nitrogen cecair yang mendidih pada 77.3 K, daripada
argon yang mendidih pada 87.3 K dan oksigen cecair yang mendidih pada 90.2 K.
Kira-kira 700,000 ton argon dihasilkan di seluruh dunia setiap tahun.

4.3.4 Plumbum
Plumbum merupakan elemen yang hanya membentuk kira-kira 0.0013 peratus
daripada kerak bumi. Plumbum telah digunakan sejak zaman purba untuk beribu-
ribu tahun. Hal ini demikian kerana plumbum mudah diekstrak daripada bijih.
Simbol kimia bagi plumbum ialah Pb, yang berasal dari perkataan Latin –
plumbum, yang bermaksud “kerja air” yang merujuk kembali ke zaman purba
apabila plumbum telah digunakan secara meluas dalam pembinaan paip air.
Penduduk Rom purba telah mengguna plumbum untuk membuat paip dan
digunakan sebagai pin penyambung untuk blok bangunan batu kapur. Plumbum
agak popular dalam kalangan ahli alkimia Rom. Dalam alkimia purba, plumbum
dianggap sebagai bahan prima.
4.3.5 Aluminium
Pada tahun 1825, seorang ahli kimia Denmark, Hans Christian Orsted telah yang
berjaya mengeluarkan aluminium daripada tawas. Pada suatu masa dahulu,
aluminium lebih berharga berbanding emas dan perak. Sebelum penemuan
proses Bayer dan Hall Heroult, aluminium merupakan logam yang lebih mahal
berbanding emas atau perak. Napoleon III telah menghidangkan makan malam
kepada tetamu terhormat dengan menggunakan pinggan dan kulteri aluminium.
Aluminium merupakan logam yang boleh dikitar semula serratus peratus dan
tanpa mengalami kehilangan kualitinya.
4.2 Topi merah
Dalam pembuatan lampu pijar, pengguna akan berasa selamat sekiranya unsur-
unsur dalam pembuatan lampu pijar seperti kaca borosilikat sebagai bola lampu,
tungsten sebagai filamen lampu, gas argon atau nitrogen sebagai gas pengisi
dan plumbum sebagai wayar penyagga serta aluminium sebagai tapak lampu
adalah dipilih secara berhati-hati dan teliti. Kaca borosilikat dipilih kerana sifat
yang bertahan suhu tinggi serta tidak mudah pecah. Tungsten digunakan secara
meluas dalam pembuatan filamen kerana mempunyai takat keleburan yang tinggi.
Ia tidak melebur apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Seterusnya, gas argon
dan nitrogen amat sesuai sebagai gas pengisi disebabkan oleh sifat lengainya.
Gas adi ini tidak mudah bertindak balas dengan bahan kimia yang lain. Justeru,
gas ini membentuk satu ruangan lengai dalam bola lampu supuya tungsten tidak
bertindak balas dalam unsur lain dalam ruangan tersebut dan menyebabkan
letupan. Plumbum telah dipilih untuk menghasilkan wayar penyangga. Hal ini
demikian kerana wayar penyangga plumbum berfungsi untuk menyambungkan
arus elektrik kepada filamen bersama-sama dengan komponen meterai kaca-
logam. Pengguna tidak akan mengalami kejutan elektrik kerana plumbum
merupakan konduktor elektrik yang baik. Aluminum merupakan haba dan elektrik
konduktor yang baik. Aluminium merupkan logam yang sangat ringan dengan
2.7 𝑔/𝑐𝑚3 . Hal ini telah mengurangkan berat mentol. Aluminium amat sesuai
dalam menghasilkan tapak lampur mentol. Jelaslah di sini bahawa ahli saintis
memilih dan menggunakan unsur-unsur yang paling sesuai supaya setiap
bahagian lampu pijar dimanfaatkan ke tahap optimum.
4.3 Topi kuning
4.3.1 Kaca Borosilikat
Kaca borosilikat dipilih sebagai kaca bola lampu kerana ia mempunyai
koefisien ekspansi termal yang rendah, lebih tahan terhadap kejutan dan
mempunyai stabiliti kimia yang tinggi serta tahan terhadap arus elektrik
tinggi (Rayotek Scientific, 2014). Kaca jenis ini dapat tidak mudah pecah
pada suhu yang amat tinggi. Hal ini demikian kerana kaca borosilikat
memiliki ekspansi termal yang rendah iaitu 3 × 10−6 K−1 at 20 °C.
Ketumpatan borosilikat juga lebih rendah jika berbanding dengan kaca
soda lime kerana boron mempunyai jisim atom yang rendah. Bola lampu
yang diperbuat daripada kaca borosilikat dapat menutupi filamen
tungsten iaitu dalam keadaan vakuum. Hai ini demikian adalah untuk
menghalang kemasukan oksigen dari atmosfera dan bertindak balas
dengan tungsten. Kesannya, tungsten akan membakar. Namun demikian,
didapati juga bahawa hayat lampu mentol amat pendek sekiranya bola
lampu adalah secara vakuum.
4.3.2 Tungsten
Tungsten merupakan unsur yang paling sesuai sebagai filamen lampu
pijar. Hal ini demikian kerana tiga sifat utamanya iaitu takat lebur yang
tinggi, koefisien termal ekspansi yang rendah, dan mudah dibentuk.
Tungsten memiliki takat lebur yang amat tinggi iaitu 3422℃ (Lenntech,
2017). Sesuatu logam perlu dapat dipanaskan sehingga suhu ekstrem
tertentu supaya dapat menyalakan cahaya. Kebanyakan logam akan
melebur kerana ikatan antara atom diatasi oleh vibrasi yang kuat semasa
kenaikan suhu. Unsur ini sebagai filamen tidak mudah lebur apabila
pemanasan filamen mencapai suhu tinggi dalam mentol lampu. Selain itu,
apabila tungsten dalam bentuk lingkaran, luas permukaan meningkat dan
lebih berupaya untuk menahan panas, Unsur ini mempunyai tensil yang
tinggi. Ia dapat dibentuk menjadi bentuk lingkaran supaya dapat
memuatkan ke dalam ruangan yang kecil dalam lampu pijar. Walapun ia
dibentuk menjadi saiz kecil, luas permukaan bertambah. Oleh hal yang
demikian, tungsten merupakan unsur yang paling sesuai untuk dijadikan
sebagai filamen lampu.
4.3.3 Gas pengisi
Argon digunakan untuk melindungi pijar bola lampu kerana sifat alamnya
yang memang tidak reaktif sehingga memungkinkan argon untuk dapat
menahan panas dari cahaya lampu. Argon bersifat lengai secara kimia
dalam kebanyakan keadaan dan tidak membentuk sebarang sebatian
stabil dalam suhu bilik. Selain itu, gas argon tidal mahal kerana ia wujud
secara semula jadi dalam atmosfera. Ia merupakan bahan sampingan
penghasilan oksigen cecair dan nitrogen cecair yang dihasilkan dalam
skala besar.
4.3.4 Plumbum
Plumbum digunakan untuk menghasilkan wayar penyangga kerana
plumbum merupakan logam yang mudah dibentuk dan tahan lama.
Dengan sifat plumbum yang mudah dibentuk dan tahan lama, ia amat
sesuai digunakan untuk menghasilkan wayar penyangga. Selain itu,
plumbum juga tahan panas dan tidak akan terbakar jika suhu wayar itu
terlalu tinggi. Oleh itu, plumbum amat sesuai digunakan untuk
menghasilkan wayar penyangga dalam mentol lampu.
4.3.5 Aluminium
Aluminium merupakan logam yang agak aktif. Aluminium akan bertindak
balas dengan oksigen yang ada dalam udara dengan perlahan. Tindak
balas aluminium dengan oksigen akan menghasilkan satu lapisan putih
yang ada pada permukaan aluminium. Lapisan aluminium oksida ini akan
menghalang aluminium daripada terus bertindak balas dengan oksigen
dan melindungi aluminium daripada berlaku hakisan yang seterusnya,
iaitu berkarat. Oleh hal demikian, jika aluminium berkarat, mentol lampu
tidak akan berfungsi kerana tidak dapat mengalirkan arus elektrik ke
dalam filamen mentol lampu.

4.4 Topi hitam


4.4.1 Kaca borosilikat
Kaca borosilikat dapat bertahan suhu yang tinggi iaitu 1648℃. Oleh hal
demikian, kita tidak boleh menyentuh bola lampu sesuka hati.
Pemanasan filamen mengeluarkan banyak tenaga haba sehingga
permukaan bola lampu menjadi panas. Justeru, satu langkah berhati-hati
ialah kita perlu menunggu sekiranya ingin menggantikan lampu pijar yang
rosak dengan yang baru untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
4.4.2 Tungsten
Tunsgsten memiliki hayat hidup yang pendek sahaja iaitu selama 2 bulan.
Apabila tungsten dipanaskan secara keterlaluan, ia akan membakar dan
tidak berfungsi lagi. Selain itu, tungsten memerlukan banyak tenaga
untuk memanaskannya dalam pemancaran cahaya. Oleh hal demikian,
penggunaan tungsten dikatakan tidak hemat tenaga.
4.4.3 Gas pengisi
Gas pengisi seperti gas argon, nitrogen dan krypton adalah bahaya
kepada kesihatan manusia sekiranya dihisap dalam kuantiti besar.
Walaupun gas lengai ini tidak bertoksik, ia akan membahayakan manusia
kerana manusia akan kekurang okigen apabila konsentrasi gas ini
terlampau. Oleh hal demikian, kita harus berhati-hati apabila
mengendalikan gas mulia ini.
4.4.4 Plumbum
Plumbum merupakan logam yang bertoksik. Toksik ini akan
membahayakan manusia. Jika bola lampu terpecah, manusia tersentuh
dengan plumbum yang ada pada wayar penyangga, Jika kanak-kanak
yang tersentuh bahan tersebut, plumbum akan menyebabkan kesan
kesihatan yang serius dalam jangka masa yang panjang. Bagi orang
dewasa, jika orang itu tersentuh dengan plumbum untuk berkali-kali,
orang dewasa juga akan menghadapi masalah kesihatan yang tenat.
4.4.5 Aluminium
Aluminium merupakan logam yang agak aktif. Aluminium akan bertindak
balas dengan udara yang lembap. Apabila bertindak balas dengan
oksigen yang ada dalam udara, pengoksidaan telah berlaku. Sebagai
logam yang agak aktif, aluminium akan muda bertindak dengan bahan-
bahan yang lain. Hal ini akan menyebabkan tapak mentol itu tidak dapat
berfungsi selepas aluminium bertindak bals dengan elemen-elemen yang
lain.
4.5 Topi hijau
Dalam topi ini, idea baru yang dicadangkan ialah penggunaan lampu LED. LED
atau dikenali sebagai Light Emitting Diode merupakan semikonduktor yang
menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya (EnergyStar, 2017).
Bebanding dengan lampu pijar, LED tidak menggunakan filamen yang
apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Sebab ini menjadikan lampu LED lebih
bertahan untuk masa yang panjang. Hayat tungsten amat pendek iaitu sekitar
1200 jam manakala hayat hidup untuk lampu LED ialah 50000 jam atau kira-kira
5 tahun.
Lampu LED menggunakan jumlah tenaga yang kecil untuk berfungsi. LED
dengan kuasa 10 watt memberikan jumlah cahaya yang sama manakala lampu
pijar memerlukan kuasa 60 watt untuk mengeluarkan cahaya yang sama terang
(EnergyStar, 2017). Perbandingan ini menunjukkan bahawa lampu LED lebih
menjimatkan tenaga berbanding dengan lampu pijar.
Seterusnya, lampu LED tidak menghasilkan cahaya yang panas (Scientific
American, 2017). Pemanasan filamen dalam lampu pijar mengeluarkan banyak
tenaga haba dan memanaskan lagi ruangan di rumah. Sebaliknya lampu LED
kurang panas dan lebih sesuai dipasang untuk kegunaan di rumah. Lampu LED
juga lebih selamat kerana ia tidak panas dan tidak akan mencederakan
pengguna.
Selain itu, lampu LED juga tidak menghasilkan sinar Ultraviolet (UV) yang
akan membahayakan kesihatan manusia. Menurut EnergyStar (2017), lampu
LED merupakan lampu bentuk monokromatik. Ini bermaksud lampu LED hanya
memancarkan cahaya yang mengandungi warna yang sepadan. Sebaliknya,
lampu pijar menghasilkan sinaran UV. Jumlah sinaran UV bertambah apabila
pemanasan filamen meningkat. Pendedahan masa panjang kepada sinaran UV
boleh mengurangkan sistem imuniti badan dan mengakibatkan kanser kulit.
Kesimpulannya, lampu LED merupakan satu pilihan yang lebih baik daripada
lampu pijar kerana mempunyai kelebihan dari segi penjimatan tenaga elektrik
dan pencahayaan yang kuat.
4.6 Topi biru
Sebagai konklusi, setiap unsur dalam penghasilan lampu pijar adalah melalui
penelitian dan eksperimen yang cermat. Kaca borosilikat yang dapat bertahan
suhu yang tinggi amat sesuai digunakan dalam menghasilkan bola lampu yang
akan membebaskan suhu haba yang tinggi. Sifat tungsten yang memiliki takat
lebur yang tinggi, koefisien termal ekspansi yang rendah, dan mudah dibentuk
telah mendorong ahli saintis untuk memilih tungsten sebagai bahan penghasilan
lampu pijar. Gas pengisi yang sesuai, argon dan nitrogen juga sesuai digunakan
dalam penghasilan lampu pijar. Sifat gas argon yang lengai ini menunjukkan
kestabilan gas ini dan tidak akan menghasilkan sebatian yang lain. Plumbum
telah digunakan dalam penghasilan wayar penyangga yang boleh tahan haba
yang tinggi. Aluminium yang tidak akan berkarat juga amat sesuai dipilih untuk
menjadi tapak lampu pijar.

5.0 Kesimpulan
Secara keseluruhan, lampu pijar terdiri daripada beberapa bahagian utama yang
dihasilkan dengan unsur-unsur yang berbeza bergantung kepada kelebihan unsur
tersebut. Bola lampu menggunakan kaca borosilikat manakala tungsten digunakan
dalam pembuatan filament lampu. Gas pengisi bola lampu menggunakan gas yang
lengai iaitu gas argon atau nitrogen. Wayar penyangga menggunakan plumbum dan
tapak lampu pijar menggunakan aluminium dalam penghasilan itu.

You might also like