You are on page 1of 12

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

DEFINISI

Maksud definisi menurut kamus dewan edisi ke 3 ialah kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan
konsep atau makna sesuatu kata, frasa dan lain-lain takrif. Dalam topik ini akan membincangkan definisi
kanak-kanak berkeperluan khas dan definisi masalah bahasa dan komunikasi.

Kanak-kanak berkeperluan khas

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan
penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada
kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku
dan emosi dan ciri-ciri fizikal.

Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza
dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental

keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku

sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia
memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia
boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau
deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas
memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan
khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai
seperti kanak-kanak normal.

McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan
tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang
lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan gangguan tingkah
laku.

Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di bawah;
"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due
to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require
educational programs customized to their unique needs."

Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu dikatakan memerlukan
keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran yang memerlukan
peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan menghadapi masalah dalam aspek
pembelajaran jika mereka:

1. mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak sebaya dengannya,

2. mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang digunakan


oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya.

3. Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di atas.

Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang
memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid
berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan
bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).

Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan batasan
keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana
had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).

Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-kanak yang


mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa.

Masalah bahasa dan komunikasi

Masalah bahasa ialah kelemahan lisan dan tulisan. Ia juga melibatkan kelemahan dalam bentuk bahasa,
kandungan bahasa dan pragmatik bahasa.

Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain.

Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan

dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.


Komunikasi normal biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan ialah kemampuan
mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Bahasa pula merupakan apa yang
orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk simbolik seperti
perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin berpunca dariada
masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun keduanya sekali.

Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan atau dihasilkan oleh alat-alat artikulasi dan
dapat diungkapkan dengan sempurna. Ia berlaku pada peringkat penglahiran atau produktif level. Ia
berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang diperdengarkan.
Individu lebih banyak bertutur melalui pengalaman daripada kecergasan otak

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan,
serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.
Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang
menggunakan tatabahasa yang sesuai. Namun begitu, murid berkeperluan khas mengalami masalah
bahasa.

Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap bunyi yang dikeluarkan.
Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak dapat difahami
oleh orang lain yang mendengar. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini juga mengalami
masalah lain seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran. Antara ciri-ciri
kecacatan ini ialah :

1. Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakan bunyi dalam perkataan disebabkan
masalah artikulasi ataupun fonologi.

2. Mempunyai suara yang kasar.

3. Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap.

4. Bunyi sengaun ataupun bunyi dengungan walaupun kanak-kanak tidak menghadapi penyakit lain.

5. Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapa kali.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan keperluan, kehendak dan
perassan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan pembelajaran dan interaksi mereka
dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak tidak memahami apa yang mereka sampaikan, mereka
akan merasa kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku yang agresif. Biasanya kanak-kanak yang
mengalami masalah pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana diabaikan rakan-rakan yang
lain kerana tidak faham apa yang mereka tuturkan. Keadaan ini seterusnya membuatkan perkembangan
bahasa kanak-kanak lambat terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang untuk mereka
berinteraksi terhad.

Masalah perkembangan bahasa pula mungkin terjadi dalam bahasa reseptif iaitu kemampuan memahami
dan mengingat apa yang dikatakan oleh orang lain atau dalam bahasa ekspresif iaitu kemampuan untuk
menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol. Masalah dalam aspek bahasa terbahagi kepada dua
iaitu :

1. Perkembangan lambat: melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang lambat
tetapi dalam urutan normal bagi aspek bahasa seperti pembentukan perkataan, ayat dan perbualan.
Keadaan persekitaran rumah yang tidak menyumbang kepada masalah perkembangan bahasa
meruapakan salah satu faktor lewat perkembangan bahasa.

2. Kecacatan bahasa. Ia dapat dikesan semasa aktivti pengajaran dijalankan. Kanak-kank ini dapat dikesan
dengan tanda-tanda seperti ayat yang digunakan tidak berkaitan dengan perbualan misalnya memberi
jawapan yang tidak sesuai dengan soalan. Mereka juga tidak menggunakan tatabahasa yang tidak tepat,
sukar mengingat sesuatu nama dan percakapan mereka terganggu kerana tidak mengetahui perkataan
untuk disebut.

BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Terdapat 4 kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu bermasalah pendengaran, bermasalah


penglihatan, bermasalah pembelajaran dan pelajar berbakat atau pintar cerdas.

i) Bermasalah pendengaran

Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya tidak jelas dan
memerlukan alat bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah ini perkembangan pertuturan dan
bahasanya akan terganggu dan lambat. Kanak-kanak tidak langsung dapat mendengar pula akan juga tidak
dapat bercakap (bisu).

• Mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas ( Bee H.
1995).
• Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran bermakna kehilangan atau
kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau kedua-keduanya kekurangan atau kehilangan daya
pendengaran.

ii) Bermasalah penglihatan

Kanak-kanak bermasalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta yang langsung tidak dapat
melihat dan separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak-kanak ini belajar melalui deria sentuhan,
pendengaran, menghidu dan merasa. Mereka menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkot
untuk bergerak ke sesuatu tempat. Dapat disimpulkan bahawa:

Ø Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang
memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan

Ø Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan
kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka(Barrage 1992)

iii) Bermasalah pembelajaran

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang tekah dikenal pasti dan disahkan oleh
pakar-pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kanak-kanak
ini mengalami masalah seperti berikut:

• lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi

• lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan

• menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira.

Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap
masalah yan mereka hadapi supaya dapat menjalani kehidupan seharian bersama orang lain.

iv) Pintar cerdas

Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-kanak pintar cerdas
ialah kanak-kanak yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan boleh menerima pelajaran lebih awal
atau lebih cepat daripada pelajar normal. Kanak-kanak ini dianggap mempunyai kebolehan luar biasa.

Dalam topik ini akan membincangkan mengenai dua kategori kanak-kanak berkeperluan khas di bawah
masalah pembelajaran iaitu kanak-kanak yang mengalami sindrom down dan juga lembam. Antara yang
akan dibincangkan termasuklah punca berlaku sindrom down dan lembam, ciri-ciri yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak ini, masalah bahasa dan komunikasi, masalah lain yang dihadapi mereka dan lain-lain lagi.

Sindrom down

Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu
penyakit. Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down iaitu orang
pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866. Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada
setiap 800 kelahiran. Berdasarkan kajian, risiko melahirkan anak sindrom down menjadi tinggi dilahirkan
oleh ibu yang berumur 35 tahun ke atas.

Sindrom Down berlaku adalah disebabkan oleh keadaan kromosom yang abnormal. Sindrom Down ialah
penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat
pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 terdapat dalam setiap satu sel yang biasanya
hanya mempunnyai dua salinan. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21.

Kanak-kanak sindrom down dapat dikesan sejak lahir kerana ciri-ciri fizikal mereka jelas menunjukkan
kategori ini. Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas, belahan kelopak
mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka leper, kepala lebih kecil daripada
kebiasaan, bentuk leher lebih pendek dan lain-lain lagi. Biasanya kanak-kanak ini cenderung menjadi
gemuk dan lebih rendah berbanding rakan sebaya mereka.

Dari segi emosi, kanak-kanak ini mengalami terencat akal sama ada ringan, sederhana, teruk dan sangat
teruk. Kanak-kanak sindrom down ringan masih boleh dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-
kanak ini dan mereka juga mempunyai masalah pendengaran. Kanak-kanak sindrom down merupakan
kanak-kanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai
masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005).

Masalah bahasa kanak-kanak Sindrom Down.

Kanak-kanak SD menghadapi masalah memproses dan mengingati maklumat verbal. Pada hakikatnya,
kebolehan belajar untuk berkomunikasi menggunakan bahasa mempunyai impak terhadap
perkembangan kanak-kanak termasuklah perkembangan sosial dan emosi, serta kebolehan kognitif. Kita
menggunakan kata untuk membina pengetahuan, berfikir, menaakul, mengingati, dan berkomunikasi
dengan dunia di sekitar kita. Terdapat dua jenis pemerolehan bahasa, iaitu pertama, menggunakan kata
(bahasa ekspresif) dan kedua, memahami kata (bahasa reseptif).
Kajian ini mendapati kanak-kanak Sindrom Down merupakan pelajar visual (lihat) daripada pelajar auditori
(dengar). Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa perkembangan kemahiran bahasa verbal disokong oleh
penggunaan bahasa bukan verbal seperti gerak badan, bahasa isyarat, tanda, gambar postur dan
sebagainya supaya dapat memperkembang bahasa kanak-kanak tersebut.

Lembam (Slow Learner)

Brennan (1974) mendefinisikan murid lembam sebagai murid yang gagal melaksanakan kerja normal
sekolah seperti kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dikatakan disebabkan oleh
kecacatan. Murid lembam selalunya kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai kegiatan pelajaran
di dalam bilik darjah.

Jamila (2005) menyatakan kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan
pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah
mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan. Walau
bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal
perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana
permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan
permasalahan mereka dapat dikesan.

Kanak - kanak ini tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas atau kurikulum atau belajar di sekolah biasa.
Mereka ini terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka
pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah.

Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan intelektual kanak-kanak ini
berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka
juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang
diterima di dalam ingatan mereka.

Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat
kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam
mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang
digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005).
Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan lain-
lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam
sering mengganggu rakan-rakan.

Ciri–ciri kanak –kanak lembam adalah

pencapaian pelajaran atau akedemik berbeza. Kanak-kanak ini pendiam, tidak aktif dan tidak banyak
cakap dan sukar menerima arahan. Mereka tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak
biasa. Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat dan salah dan selalu bertukar-tukar huruf. Ketika membaca
dan menulis, mereka akan meninggalkan huruf,sukukata atau perkataan dan kerap melakukan kesalahan
dalam ejaan dan tanda bacaan. Tulisan kanak-kanak lembam selalunya buruk dan sukar dibaca apabila
mereka menulis tanpa ketetapan sama ada menaik dan menurun, menulis huruf terbalik atau turutan dan
arah yang salah. Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

Punca berlakunya masalah pembelajaran.

Punca ini boleh pdibahagikan kepada dua kategori iaitu punca biologi yang merangkumi faktor-faktor baka
dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu
kelahiran , lembam lapisan otak dan sawan yang berpanjangan disfungsi urat saraf. kandungan plumbum
yang tinggi dalam darah seseorang kanak -kanak wujudnya masalah pembelajaran. Kedua ialah punca
psikososial Pengaruh sekitaran yang tidak sihat kurang rangsangan dan kurang perhatian ibu bapa kepada
kanak-kanak dan juga kemiskinan hidup

Masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran

Dari segi fonologi, kanak-kanak bermasalah bahasa ini mengalami masalah untuk mengeluarkan kata.
Menghadapi masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal. Juga mengalami
masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Menggunakan bacaan bibir untuk
memahami pertuturan .

Bagi morfologi, mereka tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam
pertuturan seharian mereka. Mereka mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut
kata-kata. Selain itu, menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana penambahan
purata panjang ujarannya amat lemah. Mereka juga mengalami masalah kelewatan di dalam
pemerolehan bentuk kata kerja yang betul.
Dalam sintaksis, kanak-kanak bermasalah pembelajaran gagal memberitahu maklumat yang dikehendaki.
Mereka jarang sekali bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut sekiranya tidak memhami
sesuatu. Mereka lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan.

Dari segi sematik, kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut
kategori, kuantiti, ruang, dan masa yang diajarkan kepada ereka. Oleh sebab itu mereka mengambll masa
yang panjang untuk memahami sesuatu makna. Mreka juga mempunyai masalah kekurangan
perbendaharaan kata secara kualitatif dan kuantitatif.

Dalam bidang pragmatik pula, mereka menghadapi kesukaran dalam menentukan giliran di dalam
perbualan mereka. Oleh sebab itu, mereka akan bercakap bila-bila masa sahaja tanpa menunggu giliran
mereka untuk bercakap.

KAEDAH INTERVENSI

Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan
mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka.

Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan
berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah.
Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004).

Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas
antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan
intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes,
individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu,
kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya.

Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti
perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa,
perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa
dan pertuturan.

Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan
membentuk tingkah laku muridnya. Oleh itu guru perlu bijak menyusun teknik dan strategi untuk
membentuk tingkah laku positif dari murid-murid berkeperluan khas ini.

Dari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi fonologi,langkah intervensi yang
boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup belon, meniup ke dalam air
dengan menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan lidah, menjilat ais krim serta pernafasan iaitu
dengan menahan nafas di dalam air. Teknik ini secara tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan
otot mulut.

Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira kecerdasan dan masalah
tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa kanak-kanak yang lambat
adalah dengan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan alat bantu
mengajar yang pelbagai. Antara kaedah intervensi untuk morfologi adalah:

1. Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang digunakan untuk
memperkayakan perkembangan pembentukan kata.

2. Kaedah ‘reformulate’. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan perkataan kadang-kadang,


semalam, esok dan sekarang mengikut situasi dan konteks yang betul supaya murid boleh menceritakan
sesuatu berdasarkanmasa.

3. Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi penekanan agar murid dapat
menggunakan penambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contoh: imbuhan
‘mem’ dan ‘an’. Saya membeli makanan ... Saya membeli makanan di kantin.

Dari segi sintaksis pula intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan perubahan daripada
belajar secara individu kepada pembelajaran kumpulan. Fokus pengajaran di sini guru perlulah
melebihkan tumpuan kepada aspek pembinaan perkataan, membaca dan menulis ayat yang mudah.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru kepada murid-murid ini adalah dengan penggunaan
perkataan di dalam permainan bahasa.

Bagi semantik pula, langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan memberi penekanan kepada aspek
kofnitif, linguistik, logik, persekitaran dan motivasi kepada murid. Aktiviti yang membantu ialah mengajar
perkataan di dalam pertuturan dialek harian serta bahasa kiasan yang sering digunakan kerana perkataan
tersebut tidak ditemui di dalam kamus.
Intervensi yang boleh dijalankan untuk komponen pragmatik ialah dengan menjalankan penilaian dan
pemulihan khusus. Pemulihan yang dijalankan merangkumi aspek tingkah laku, psikolonguistik dan
interaksi sosial untuk menggalakkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan penggunaan konteks
bahasa yang betul. Contoh: latihan komunikasi melalui aktiviti lakonan. Latihan teknik penyoalan perlu
ditekan untuk membimbing murid mengemukakan dan memahami soalan apabila diterangkan oleh guru.

Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran bertutur
di kalangan murid ialah mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang
telah dikenal pasti. Perbualan secara terpimpin, dialog dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi
peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan malu, takut, dan bosan. Guru juga boleh
mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh murid
sendiri. Guru dan murid boleh membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang isi yang
terdapat dalam satu gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem atau slaid yang telah
diperlihatkan.

Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan.
Ini amat penting untuk pelarasan bagi membolehkan seseorang menulis. Kanak-kanak sewaktu berumur
dua tahun telah boleh menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng dan membuat gambar
mengikut tanggapan mereka. Latihan peringkat rendah menekankan aktiviti seperti melakukan latihan
pergerakan tangan. Kemudian meggalakkan murid menguasai gerak tangan yang bebas suapaya mereka
boleh menulis dengan selesa dan sempurna.

Dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSR, kemahiran menulis merupakan objektif untuk melihat
keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta
bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan
yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan kepada setiap murid. Hasil
pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana,
mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan membuat
ulasan.

Latihan atau aktiviti yang boleh dilakukan untuk kemahiran menulis ini ialah aktiviti seperti membuat
corak, menekap dan membentuk huruf. Latihan menulis ini dikenali sebagai kemahiran menulis secara
mekani kemahiran ini perlu dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang
kemas dan mudah dibaca oleh orang lain. Ini dapat membantu murid menguasai kemahiran selanjutnya.

RUMUSAN

Terdapat banyak kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang
dilakukan kanak-kanak berkeperluan khas sememangnya menghadapi masalah dalam bahasa dan
komunikasi disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran. Kekurangan yang terdapat
pada diri mereka mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi
berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain.

Bagi kanak-kanak Sindrom Down, ciri- ciri fizikal yang dihadapi tidak boleh diubah lagi namun masalah
pembelajaran yang dihadapi masih boleh dibaiki. Ciri-ciri fizikal yang dialami disebabkan oleh faktor
genetik iaitu mempunyai tiga pasang kromosom pada pasangan kormosom ke 21. Ini memberikan ciri-ciri
yang telah dibincangkan di atas tadi seperti bertubuh pendek, kepala kecil, mata sepet dan lain-lain lagi.

Bagi masalah lembam pula terjadi disebabkan faktor baka dan juga persekitran. Baka yang diperoleh dari
keturunan yang mempunyai masalah lembam akan diperturunkan kepada anak-anak. Faktor persekitaran
pula memberi kesan kepada kanak-kanak menjadi lembam kerana tidak ada perhatian dan komunikasi
daripada ibu bapa menyebabkan anak kurang terdedah dengan perkataan dan interaksi dengan orang
lain.

Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini bukanlah untuk menjadikan mereka
bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi pendidikan yang diberikan adalah
untuk memastikan kanak-kanak ini boleh menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada
orang lain. Pendidikan ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah sepatut semua
pihak perlu memberi sumbangan dan galakan kepada kanak-kanak istimewa ini.

You might also like