You are on page 1of 15

GMGA1024

POLITIK & PENTADBIRAN

1.0 Pengenalan
Perbincangan berkaitan tajuk demokrasi merupakan sebahagian dari
perbincangan mengenai sistem politik. Sistem politik adalah suatu sistem
yang kompleks kerana ia melibatkan pelbagai kategori dan
kadang-kadang berkait antara satu sistem dengan sistem yang lain. Sistem
politik biasanya merujuk kepada cara bagaimana pemerintahan itu dijalankan
dalam negara termasuk dari segi pemilihan kerajaan dan pemimpin yang
akan meneraju pemerintahan negara tersebut samada dalam sistem
demokrasi, monarki, sosialis, autokrasi dan sebagainya. Sistem politik
merupakan satu elemen utama yang melaksanakan fungsi pembentukan
dasar sebuah negara. Kerajaan yang memerintah sesebuah negara pula
adalah elemen asas dalam perbincangan sistem politik dimana kerajaan
merupakan satu set institusi-institusi yang akan melaksanakan pentadbiran
dan pengurusan dalam pemerintahan sesebuah negara. Terdapat pelbagai
bentuk dan jenis kerajaan yang wujud dalam negara moden hari ini samada
negara republik, monarki, demokrasi ataupun autokrasi. Sistem politik yang
diamalkan juga berbeza mengikut negara. Contohnya negara kita Malaysia
adalah sebuah kerajaan perseketuan yang mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Kepelbagaian inilah yang
mewujudkan pengkelasan dalam sistem politik. Contoh demokrasi liberal,
demokrasi sosialis dan autokrasi autoritarian merupakan sebahagian dari
cara dan kaedah pengkelasan sistem politik.

1.1 Demokrasi

Demokrasi adalah salah satu sistem pemerintahan yang paling banyak


diamalkan oleh kebanyakan negara-negara moden pada hari ini.
Pemerintahan negara yang mengandungi ciri-ciri dan prinsip-prinsip
demokrasi adalah dikatakan sebuah negara berdemokratik. Di zaman moden
ini, hampir seluruh negara di dunia merujuk kerajaan mereka sebagai
kerajaan yang demokratik kecuali Arab Saudi dan Brunei Darussalam yang
masih mengamalkan sistem monarki. Demokrasi merupakan sebuah sistem
pemerintahan yang melibatkan penyertaan rakyat dalam arus pentadbiran
negara. Konsep demokrasi sudah mula digunakan sejak tahun 508 S.M lagi.
Demokrasi bermula di zaman Greek kuno. Ia dipraktikkan dalam sistem

1 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

pemerintahan di Negara Kota di Athens dan Sparta. Sistem ini diamalkan


dengan semua rakyatnya menjadi anggota dewan. Mereka akan berbincang,
berbahas, melantik ketua waima menetapkan hukuman dalam dewan
tersebut. Namun sistem ini hanya sesuai dalam negara yang kecil dan semua
rakyatnya terdidik. Seterusnya apabila berkembangnya kerajaan Rom dan
masuknya agama Kristian ke benua Eropah, sistem ini terhapus namun kekal
sebagai sebuah pemikiran yang akhirnya membawa kepada kejatuhan sistem
monarki Rom pada tahun 500 M dan tertubuhnya Republik Rom. Pada masa
ini muncul satu bentuk demokrasi yang baru yang bukan dijalankan secara
langsung oleh rakyat tetapi melalui wakil-wakil mereka.

1.2 Definisi Demokrasi

Istilah demokrasi adalah berasal dari bahasa Yunani (Greek). Ia terdiri dari 2
perkataan iaitu demos dan kratos. Demos bermaksud 'bangsa' atau 'rakyat'
manakala kratos bermaksud 'kekuasaan'. Definisi yang diberi oleh Kamus
Dewan pula ialah pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam
pilihanraya. Dengan itu secara mudahnya istilah demokrasi boleh ditakrifkan
sebagai pemerintahan oleh rakyat. Maksudnya rakyat berkuasa dalam
menentukan siapa yang berhak untuk memerintah dan bagaimana
pemerintahan negara harus dilaksanakan. Pelbagai definisi yang diberikan
oleh para sarjana barat tentang istilah demokrasi. Namun yang paling
tersohor ialah definisi yang diberikan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat,
Abraham Lincoln iaitu demokrasi adalah “Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk
rakyat”. Abraham Lincoln juga digelar sebagai Bapa Demokrasi kerana
komitmennya dalam menjulang demokrasi. Definisi yang diberikan Abraham
Lincoln sangat popular kerana ia berkaitan tentang kuasa rakyat dalam sistem
demokrasi. Hakikatnya kerajaan yang tertegak adalah wujud dari mandat
rakyat. Rakyat juga turut diberi peluang untuk membuat keputusan dan
mengawal kerajaan. Sistem demokrasi sangat menekankan soal hak,
keadilan, kebebasan, kesamaan, kedaulatan dan suara rakyat. Pengabaian
dan penafian hak individu dan kumpulan biasanya boleh mencetuskan konflik
dan masalah dalam sesebuah negara. Walaupun dalam sistem demokrasi
mengutamakan suara majoriti, namun hak minoriti yang menekankan soal
hak kesaksamaan, kebebasan, keadilan, pemilikan harta, peluang ekonomi

2 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

dan sebagainya tetap tidak diabaikan. Setiap warganegara berhak untuk


mendapat hak masing-masing. Diskriminasi dan penindasan terhadap
kumpulan minoriti atau mana-mana kumpulan haruslah dielakkan dari
berlaku. Kestabilan politik adalah penting dalam mewujudkan suasana yang
harmoni seterusnya agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan
seperti yang dirancangkan.

2.0 Prinsip-Prinsip Demokrasi

Sesebuah negara dikatakan demokrasi apabila mengamalkan prinsip-prinsip


demokrasi dalam pemerintahanya. Robert A. Dahl1 menyatakan terdapat 7
prinsip dalam amalan demokrasi.

1. Kawalan keatas kepentingan pemerintah – Ketua kerajaan


melaksanakan pemerintahan berdasarkan mandat yang diberikan oleh
rakyat dalam pilihanraya. Ketua kerajaan dikawal oleh badan
perundangan (legislative) dan tidak boleh memerintah sewenang-
wenangnya.

2. Pilihanraya yang telus dan adil – Pilihanraya adalah satu elemen yang
utama dalam amalan demokrasi. Demokrasi akan bertambah subur
apabila terdapat penyertaan rakyat dan warganegara dengan aktif
dalam pemilihan siapa yang akan mengetuai kerajaan. Namun begitu
pilihanraya tersebut mestilah dilakukan dalam dengan cara yang telus
dan adil.

3. Hak memilih dan dipilih – Setiap warganegara mempunyai hak untuk


memilih pemimpin pilihan mereka dan mereka juga mempunyai hak
untuk dipilih sebagai pemimpin. Hak memilih adalah untuk memberi
hak kepada rakyat menilai keberkesanan kerajaan dalam pentadbiran
negara. Hak untuk dipilih pula memberi peluang kepada setiap
warganegara yang berkelayakan dan berkemampuan serta memenuhi

1
Etika Berwarganegara (hlm. 56)

3 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

pra-syarat untuk dipilih dalam menjalankan amanah yang diberikan


oleh pemilihnya.

4. Kebebasan bersuara – Bebas nyatakan pendapat masing-masing


keatas apa jua isu atau permasalahan yang dihadapi oleh setiap
warganegara. Rakyat mestilah diberikan kebebasan untuk
menyuarakan pendapat mereka, mengkritik serta memberi pandangan
masing-masing. Apabila rakyat tidak dapat menyuarakan apa yang
mereka tidak puas hati dan apa yang terbuku, maka saluran aspirasi
akan tersekat, dan ini akan menyebabkan pembangunan tidak akan
berjalan dengan baik seterusnya boleh mendatangkan musibah
kepada negara.

5. Kebebasan maklumat – Demokrasi memerlukan maklumat yang tepat,


untuk itu rakyat memerlukan sumber maklumat yang mencukupi
tentang apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perjalanan pentadbiran
negara. Media juga perlu bebas dalam mendapatkan dan melaporkan
maklumat kepada rakyat. Saluran-saluran informasi seperti televisen,
radio, akhbar dan internet juga perlu bebas dari pengaruh kerajaan.

6. Kebebasan berpolitik – Rakyat mesti diberi kebebasan untuk menyertai


mana-mana parti politik mengikut idealogi dan doktrin masing-masing.
Tiada halangan atau paksaan untuk menyertai parti pemerintah sahaja.
Adanya kebebasan berpolitik ini akan menyuburkan lagi demokrasi.

7. Kebebasan untuk berpersatuan – Rakyat juga mesti diberi kebebasan


untuk berpersatuan atau membentuk satu kumpulan yang boleh
mewakili suara mereka dalam arus pembangunan negara. Setiap
warganegara yang merasa lemah dan memerlukan kumpulan yang
ramai bagi menyalurkan rintihan dan desakan mereka bebas
menubuhkan persatuan asalkan mengikut tatacara perundangan yang
betul. Contohnya kesatuan sekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan
lain-lain lagi. Dengan adanya persatuan dan pertubuhan ini akan
memudahkan rakyat memberikan aspirasi mereka secara terbuka dan
lebih baik lagi.

4 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

3.0 Jenis-jenis Demokrasi

Terdapat beberapa bentuk dan jenis demokrasi yang dikenalpasti pada hari
ini. Bentuk dan jenis tersebut terhasil disebabkan oleh perkembangan dalam
pelaksanaanya yang berbeza bergantung kepada keadaan dan tempat. Jenis-
jenis demokrasi adalah seperti berikut :-

1. Demokrasi berdasarkan cara menyampaikan pendapat :-


a) Demokrasi Langsung
Dalam demokrasi lansung rakyat ikut serta dalam proses pembuatan
keputusan dan dasar oleh kerajaan. Bukan itu sahaja, di bawah
demokrasi cara langsung, rakyat memerintah secara langsung. Semua
rakyat di sesuatu kawasan berkumpul di satu tempat yang terbuka
(seperti dewan orang ramai/masyarakat) dan menentukan undang-
undang, program serta dasar kerajaan. Mereka juga melantik
penjawat-penjawat awam (pegawai-pegawai awam). Demokrasi corak
ini telah diamalkan di Greece dan Rom pada purbakala. Hari ini
demokrasi cara langsung dilaksanakan di beberapa Canton di
Switzerland. Di negara-negara moden demokrasi bentuk ini tidak dapat
diamalkan kerana penduduknya terdiri daripada berjuta-juta orang.

b) Demokrasi Tidak Langsung/Demokrasi Perwakilan

Di bawah demokrasi tidak langsung, rakyat memilih wakil-wakil mereka


semasa pilihanraya umum diadakan secara berkala (pada lazimnya
sekali dalam lima tahun) dan wakil-wakil yang dipilih itu mentadbir
kerajaan: mereka menggubal, meluluskan serta menguatkuasakan
undang-undang dan dasar-dasar demi kepentingan seluruh raykat. Di
bawah sistem demokrasi ini, punca kuasa terakhir terletak di tangan
rakyat. Wakil-wakil yang dipilih bagi sesuatu tempoh tertentu melapor
balik kepada semua pengundi. Ini adalah kerana mereka
bertanggungjawab kepada rakyat. Pengundi menilai prestasi wakil-
wakil itu dan menentukan sama ada atau tidak wakil-wakil itu perlu
dipilih semula bagi sesuatu tempoh yang lain. Rakyat mempunyai
kuasa tertinggi untuk menentukan masa depan pemimpin dan kerajaan

5 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

mereka. Rakyat boleh menolak sama sekali mereka yang tidak layak,
yang tidak berkesan dan cekap, yang tidak jujur dan yang
mementingkan diri sendiri tanpa mengira kepentingan semua rakyat.

c) Demokrasi perwakilan dengan pengawasan lansung dari rakyat


Demokrasi jenis ini merupakan campuran diantara demokrasi langsung
dan demokrasi tidak langsung (perwakilan). Rakyat memilih wakilnya
untuk duduk didalam dewan rakyat, tetapi wakil yang dipilih akan
dipantau oleh rakyat melalui referendum dan perundangan rakyat.
Contoh negara yang mengamalkan demokrasi jenis ini ialah negara
Swiss. Referendum dijalankan dengan mengadakan pungutan suara
rakyat bagi memastikan kehendak rakyat secara lansung. Referendum
pula boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu :-
I. Referendum Wajib
Referendum ini dilakukan ketika ada perubahan atau
penggubalan undang-undang yang penting. Jadi ia
dilaksanakan untuk meminta persetujuan rakyat secara
langsung terhadap perkara-perkara yang sangat penting dan
menjadi dasar kepada pemerintahan negara.
II. Referendum Tidak Wajib
Referendum ini dilaksanakan jika dalam waktu-waktu tertentu
setelah keputusan atau dasar yang diambil oleh kerajaan telah
diputuskan dan diumumkan. Referendum tidak wajib akan
dijalankan apabila terdapat permintaan dari rakyat setelah
sesuatu keputusan dan dasar diumumkan oleh pemerintah.
Namun jika tiada desakan dari rakyat, keputusan dan dasar
yang telah diumumkan itu akan diteruskan untuk dilaksanakan
dalam pentadbiran negara.
III. Referendum Konsulatif
Referendum ini pula sekadar meminta persetujuan kerana
rakyat tidak memahami sesuatu permasalahan. Kerajaan
meminta pandangan dari ahli-ahli yang pakar dalam bidang
permasalahan tertentu bagi mengambil sebarang keputusan
dan dasar yang akan digubal.

6 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

2. Demokrasi Berdasarkan Keutamaan


a) Demokrasi Formal
Secara asasnya demokrasi jenis itni menempatkan semua
orang dalam kedudukan yang sama dalam bidang politik tanpa
mengurangkan hak mereka dalam ekonomi. Individu diberi
kebebasan yang luas sehingga demokrasi jenis ini juga
dipanggil demokrasi liberal.
b) Demorasi Material
Demokrasi material memandang manusia mempunyai hak yang
sama rata dalam bidang sosio-ekonomi sehingga kesaksamaan
dalam bidang politik tidak menjadi keutamaan. Demokrasi jenis
ini biasanya dikembangkan di negara-negara yang beridealogi
sosialis-komunis.
c) Demokrasi Campuran
Demokrasi jenis ini merupakan campuran dari kedua-dua
demokrasi formal dan material. Ia mampu mewujudkan
kesejahteraan rakyat dengan memberi kesaksamaan terhadap
hak rakyat tanpa mengira darjat dan kedudukan seseorang itu.

3. Demokrasi Berdasarkan Prinsip Idealogi


a) Demokrasi Liberal
Demokrasi liberal memberikan kebebasan yang luas kepada hak
individu. Kebebasan dan hak asasi manusia diutamakan dalam
dasar pemerintahan negara. Dalam demokrasi liberal kuasa
adalah ditangan rakyat dan ia adalah sebuah negara yang
pemerintahanya berkonsepkan kerajaan rakyat, dari rakyat dan
untuk rakyat.
b) Demokrasi Rakyat/Proletar
Demokrasi ini bertujuan untuk memberi kesejahteraan kepada
segenap lapisan rakyat. Tiada perbezaan kelas dan semua
warganegara mempunyai hak yang sama dari sisi undang-undang
dan politik. Dalam demokrasi jenis ini tiada pertandingan dalam
pemerintahan kerana hanya terdapat satu parti sahaja yang

7 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

menjalankan urusan pemerintahan. Individu tiada kuasa untuk


menghalang keputusan yang diambil oleh pemerintah. System ini
lebih dikenali dengan Sistem Komunis.

(Etika Berwarganegara. hlm 59)

Sistem Demokrasi

Seperti yang telah dibincangkan, terdapat pelbagai jenis dan bentuk


demokrasi yang boleh diklasifikasikan mengikut keadaan dan tempat. Tetapi
asas dan prinsip demokrasi yang diamalkan dalam pemerintahan tetap sama
walau apa pun bentuk dan jenisnya. Namun setiap negara mempunyai sistem
pemerintahan yang berbeza mengikut model demokrasi yang digunapakai
oleh negara masing-masing. Contoh-contoh model demokrasi ialah
demokrasi liberal, demokrasi terpimpin dan demokrasi sosialis.

4.1 Demokrasi Liberal

Sistem demokrasi liberal merujuk kepada sistem politik dimana kedaulatan


rakyat adalah asas kepada sistem pemerintahan. Ciri-ciri demokrasi liberal
adalah :-

i. Terdapat lebih dari satu parti politik yang bersaing dalam


mendapatkan kuasa politik.
ii. Persaingan untuk mendapatkan kuasa adalah terbuka.
iii. Adanya pilihanraya
iv. Kumpulan pendesak turut memainkan peranan dalam
mempengarahi kepurusan kerajaan.
v. Kebebasan hak asasi manusia seperti kebebasan bersuara,
beragama, media massa dan sebagainya.
vi. Terdapat pengasingan kuasa iaitu kuasa dan fungsi badan eksekutif,
legislatif dan kehakiman tidak bertindih antara satu sama lain.

Didalam amalan demokrasi liberal, terdapat dua sistem yang dominan yang
digunapakai oleh kebanyakan negara moden hari ini. Dua sistem tersebut
adalah sistem berpresiden dan sistem berparlimen. Kedua-dua sistem ini

8 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

masih menggunakan prinsip-prinsip yang sama, cuma yang membezakan


kedua-duanya ialah sistem atau tatacara pemerintahannya.
Sistem berparlimen berasal daripada sistem Westminster di Britain.
Kebanyakan negara-negara dibawah Komanwell menggunapakai sistem ini.
Setiap rakyat akan mengundi perwakilan mereka di dewan rakyat melalui
pilihanraya. Di parlimen pula, parti yang memenangi paling banyak kerusi
akan membentuk kerajaan yang akan memerintah negara. Ketua kerajaan
akan dilantik daripada ahli-ahli perwakilan ini. Ketua kerajaan bagi negara
yang mengamalkan sistem berparlimen dipanggil Perdana Menteri. Perdana
menteri yang akan dilantik biasanya adalah ketua parti politik yang mendapat
majoriti terbesar di parlimen (badan perundangan/legislatif). Pada masa yang
sama perdana menteri juga adalah ketua badan eksekutif yang akan
menjalankan urusan pentadbiran negara dengan dibantu oleh barisan
kabinetnya. Ketua negara dan ketua kerajaan adalah individu yang berlainan
bagi negara yang mengamalkan sistem berparlimen. Malaysia adalah contoh
negara yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dimana ketua
negara Malaysia ialah YDP Agung. Ketua negara sistem Raja
Berpelembagaan tidak dipilih melalui pilihanraya, tetapi mewarisi
pemerintahan secara tradisi dan mengikut giliran. Ada juga negara yang
ketua negara menggunakan gelaran Presiden. Negara ini dikatakan sebagai
negara Republik kerana tidak mempunyai raja berpelembagaan. Pemilihan
presiden sebagai ketua negara dilakukan melalui pilihan raya. Contoh negara
republik yang mengamalkan sistem ini ialah Singapura dan India.
Di dalam sistem demokrasi berpresiden pula, ketua negara atau juga
dipanggil Presiden, dipilih oleh rakyat secara terus melalui sebuah
pilihanraya. Presiden yang dipilih menjadi ketua negara, pada masa yang
sama juga bertindak sebagai ketua kerajaan iaitu ketua badan eksekutif
dimana beliau akan melantik barisan kabinet yang akan membantu beliau
dalam melaksanakan dasar serta urusan pentadbiran negara. Presiden
mempunyai kuasa yang tertinggi dan menjadi simbol kepada sesebuah
negara republik. Perbezaan yang paling ketara diantara sistem berpresiden
dengan sistem berparlimen ialah sistem berpresiden mengamalkan konsep
pengasingan kuasa yang mutlak. Tiada pertindihan diantara badan legislatif
dengan eksekutif seperti didalam sistem berparlimen dimana ahli-ahli badan

9 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

eksekutif juga dipilih dari badan legeslatif. Presiden bertanggungjawab secara


terus kepada rakyat bukan kepada parlimen.

4.2 DEMOKRASI SOSIALIS

Sistem demokrasi seterusnya ialah sistem demokrasi sosialis. Sistem


demokrasi sosialis juga dikenali sebagai totalitarianisme. Demokrasi sosialis
adalah demokrasi yang sangat membatasi agama pada rakyatnya, dengan
prinsip agama dianggap candu yang membuatkan manusia terpisah dari
pemikiran yang rasional dan nyata. Demokrasi sosialis muncul karena adanya
komunisme. Awalnya komunisme lahir sebagai reaksi terhadap kapitalisme di
abad ke-19, yang mana mereka itu mementingkan pemilikan individu dan
mengenepikan buruh. Prinsip yang digunakan oleh sistem sosialis ialah
semua adalah milik rakyat dan dikuasai oleh negara untuk kemakmuran
rakyat secara keseluruhanya. Sosialisme sangat membatasi demokrasi pada
rakyatnya, dan karenanya sosialisme juga disebut anti liberalisme. Antara ciri-
ciri sistem demokrasi sosialis adalah :-

i. Hanya mempunyai satu idealogi sosialis yang rasmi.


ii. Penguasaan politik dilakukan oleh satu parti sahaja.
iii. Terdapat kekaburan antara aktiviti awam dengan aktiviti swasta jika
dibandingkan dengan keadaan yang terdapat dalam demokrasi liberal.
Kumpulan swasta tertakluk kepada pengawalan negara yang lebih
tinggi darjah pengawalanya.
iv. Tiada konsep pemisahan kuasa seperti dalam demokrasi liberal. Ini
bermakna badan eksekutif, legislatif dan kehakiman dikawal oleh satu
pihak sahaja.

5.0 Islam Dan Demokrasi

Secara umumnya, sistem demokrasi yang didukung majoriti negara-


negara pengamalnya merupakan satu sistem dimana rakyat diberikan mandat
mutlak dalam menggubal sebarang undang-undang. Rakyat berhak
menentukan segala-galanya sehingga mereka berhak memansuhkan ataupun

10 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

mencipta undang-undang yang mungkin tidak bertepatan dengan norma dan


adat kebudayaan bahkan agama sekalipun. Namun itu semua adalah
gambaran demokrasi yang dicipta oleh dunia Barat yang mana segalanya
adalah berlandaskan kekuasaan rakyat semata-mata. Definisi demokrasi
pada pandangan Islam pula adalah berbeza. Islam merupakan satu agama
yang mempunyai prinsip keimanan yang tinggi kepada tuhan, mengasaskan
sesebuah negara itu berdasarkan kekuasaan Allah s.w.t dan manusia pula
ditugaskan sebagai khalifah. Amalan-amalan di dalam demokrasi anjuran
Islam adalah merujuk kepada al-Quran dan sunnah. Menurut Al-Maududi
istilah teo-demokrasi adalah lebih tepat bagi sesebuah negara Islam 2. Ini
adalah kerana di dalam sesebuah negara demokrasi Islam, rakyat akan
memerintah berlandaskan had-had yang ditentukan oleh al-Quran dan
sunnah Rasulullah s.a.w. Beliau menyatakan:-

1. Tidak ada orang, golongan atau kumpulan bahawa seluruh penduduk


yang memenangi dalam sesebuah negara sekalipun boleh mendakwa
mempunyai kekuasaan dan kedaulatan. Hanya Allah s.w.t pemilik
kekuasaan dan kedaulatan yang sebenar. Semua yang lain adalah
hamba-Nya.

2. Allah s.w.t penggubal undang-undang yang sebenar dan kuasa mutlak


membuat undang-undang adalah milik-Nya. Orang-orang Islam tidak boleh
membuat undang-undang yang bertentangan dan tidak boleh mengubah
suai sebarang undang-undang yang ditetapkan oleh-Nya walaupun semua
orang bersetuju mahu membuat undang-undang lain atau mengubah
undang-undang Allah s.w.t.

3. Sesebuah negara Islam mestilah diasaskan di atas hukum yang


diwahyukan tuhan dalam segala sesi dan ruang lingkupnya. Kerajaan yang
memerintah sesebuah negara Islam hanya boleh ditaati dalam tugasnya
sebagai badan politik yang dibentuk untuk melaksanakan undang-undang
Allah s.w.t, sekiranya ia melanggar undang-undang yang diturunkan Allah
s.w.t, perintahnya tidak wajib ditaati oleh orang-orang Islam

2
http://bobex.wordpress.com/2007/03/01/demokrasi-barat-vs-islam/

11 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

Di dalam demokrasi Islam, prinsip Syura amatlah dititikberatkan. Syura


di sini adalah kata nama daripada perkataan “al-Musyawaratun” atau
“Watasyawarun” yang membawa erti mengutarakan pendapat. Definisi
tersebut jelas menunjukkan bahawa pendapat adalah diutamakan di dalam
sesebuah perkara. Melalui prinsip ini peranan ummah atau rakyat Islam
adalah penting di dalam perlaksanaan dan pembuatan sesuatu dasar yang
berlandaskan al-Quran. Prinsip ini adalah bertepatan dengan sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud “Seorang Islam dengan seorang Islam
yang lain diibaratkan seperti bahagian pada satu bahagian, setiap satunya
(bahagian) menguatkan bahagian yang lain”. Selain daripada sistem Syura,
terdapat satu lagi cara atau sumber ketiga yang menjadi pegangan dalam
perlaksanaan sesuatu undang-undang Islam iaitu „ijmak‟. Ijmak ditafsirkan
sebagai persetujuan umat Islam tentang soal agama. Ia merupakan
persetujuan pendapat orang yang timbul sama ada secara rasional ataupun
mengikut hukum. Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik dalam
perlaksanaan sistem demokrasi Islam. Demokrasi yang didukung Rasululllaah
s.a.w pada ketika itu tidak sama sekali menidakkan hak rakyat. Namun
demikian, hak tersebut terbatas menurut batasan yang ditentukan oleh Allah
s.w.t. Soal pentadbiran dan perkara yang tidak ditetapkan oleh syariah
diselesaikan melalui musyawarah dikalangan ulama dan pemimpin Islam.

Dapat disimpulkan di sini bahawa demokrasi yang berprinsipkan Barat


yang mendokong kuasa mutlak rakyat adalah berbeza dengan negara yang
berdemokrasikan prinsip Islam. Perbezaan tersebut adalah berdasarkan
pegangan agama yang menggariskan batasan tertentu dan undang-undang
yang wajib diikuti mengikut syariat yang telah ditetapkan-Nya. Manakala
demokrasi dari pandangan Barat pula mempercayai bahawa perlembagaan
dan agama adalah dua sistem yang berbeza dan terasing antara satu sama
lain.

12 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

6.0 Kesimpulan Dan Perbincangan

Kita sedia maklum bahawa negara kita adalah salah sebuah negara
yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan sistem Raja
Berperlembagaan. Sejak merdeka dari penjajahan sudah 55 tahun sistem
demokrasi telah berjalan di bumi Malaysia. Namun sejauh manakah
pelaksanaan demokrasi atau sesubur manakah demokrasi yang diamalkan di
negara kita. Untuk mengukur sejauh manakah pelaksanaan demokrasi, kita
boleh menilainya melalui beberapa aspek. Aspek yang pertama ialah kita
melihatnya dari sudut pilihanraya. Dalam amalan demokrasi, pilihanraya
adalah satu elemen yang paling utama. Warganegara yang sudah memenuhi
syarat sebagai pemilih dan telah mendaftar sebagai pengundi boleh memilih
calon siapa yang akan memegang tampuk pemerintahan negara melalui
sebuah pilihanraya. Namun pilihanraya yang berjalan haruslah telus dan adil.
Badan yang menguruskan pilihanraya juga mestilah bebas dari pengaruh
pihak yang bertanding, khususnya pemerintah. Tempoh pilihanraya pula
bergantung kepada perlembagaan negara masing-masing, namun biasanya
satu penggal tidak melebihi 5 tahun. Aspek kedua ialah sistem pemerintahan
kerajaan. Harus ada pemisahan kuasa diantara badan legislatif, eksekutif dan
kehakiman. Doktrin pemisahan kuasa akan mengelakkan berlakunya
pemusatan kuasa berada pada satu tangan sahaja. Pengurusan kuasa harus
disusun mengikut aturan undang-undang yang mengehadkan fungsi dan
kuasa sesuatu badan. Badan-badan ini mempunyai peranan yang berbeza
tetapi saling bergantung antara satu dengan lain. Misalnya hakim dilantik oleh
ketua eksekutif, manakala undang-undang yang berpunca dari badan
legislatif akan digunakan oleh badan kehakiman untuk membuat keputusan,
manakala pihak eksekutif pula akan menguatkuasakan undang-undang
tersebut. Doktrin pengasingan kuasa akan mewujudkan keadaan semak dan
imbang dalam proses pemeritahan dan pentadbiran negara. Aspek yang
seterusnya ialah sejauh manakah rakyat diberi kebebasan individu seperti
hak untuk bersuara, hak untuk berkelompok dan keadilan sosial. Sebagai
negara demokrasi rakyat mesti diberi ruang untuk menyatakan pendapat dan
kritikan mereka keatas dasar pemerintahan kerajaan. rakyat berhak untuk
mengkritik dan memberi pendapat jika mereka merasa tidak berpuas-hati

13 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

keatas suatu keputusan dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan. Ini
juga akan dapat mengelak dari kerajaan memerintah sewenang-wenangnya
dan menggunakan wang negara sesuka hati mereka. Hak dan kebebasan
pula hendaklah berada diatas prinsip kesamarataan. Setiap orang diberi hak
dan kebebasan yang sama. Tidak boleh dibezakan atas sebab perbezaan
jantina, keturunan, bangsa, kepercayaan agama dan idealogi.

Namun bagi memastikan amalan demokrasi itu berjaya dan subur


terdapat beberapa syarat, pertamanya rakyat mestilah berpendidikan. Ini
kerana pendidikan akan membantu mereka membuat keputusan yang bijak,
adil dan munasabah. Rakyat perlu menunjukkan minat dalam hal-ehwal
negara dan politik. Mereka perlu mengambil bahagian secara cergas dan giat
dalam pentadbiran dan politik negara. ini bukan bermakna mereka terlibat
secara lansung dalam bidang politik, tetapi sekurang-kurangnya mereka mesti
prihatin dan mempunyai sikap ambil tahu tentang keadaan politik negara.
Mereka perlu mengkikiskan sikap acuh tak acuh dan mesti sama-sama
terlibat dalam membela hak-hak mereka. Mereka juga perlu menunjukkan
kesedaran tentang isu-isu semasa negara dan dunia. Syarat kedua ialah
setiap rakyat perlu mempunyai integriti dan kejujuran yang tinggi. Rasuah
mesti dihapuskan sama sekali. Amalan rasuah tidak harus diberi ruang dalam
kehidupan. Ini kerana rasuah bukan sahaja akan memusnahkan amalan
demokrasi malah boleh menghancurkan sesuatu bangsa sekaligus. Syarat
ketiga ialah rakyat harus mempunyai sikap toleransi, bertanggungjawab dan
bersedia menerima keputusan golongan majoriti dan hak golongan minoriti
juga tidak boleh diabaikan. Syarat keempat pula ialah pemimpin yang
berkesan, cekap, bersih dan amanah. Ini bagi memastikan setiap rakyat
mendapat hak mereka dan kekayaan negara dapat dinikmati dan dikongsi
bersama. Akhir sekali ialah peranan media massa. Media massa perlu
memainkan perananya secara bebas dan adil, tidak berat sebelah dalam
menyebarkan maklumat dan fakta kepada rakyat.

Jika syarat-syarat diatas dipenuhi, sudah pasti kita akan dapat melihat
suburnya amalan demokrasi di negara kita. Kita tidak perlu terlalu
mengagung-agungkan demokrasi ala barat yang terlalu menekankan hak
asasi manusia sehingga melanggar norma-norma dan fitrah manusia.

14 NO. MATRIK : 210694


GMGA1024
POLITIK & PENTADBIRAN

Demokrasi negara kita biarlah mempunyai acuan sendiri yang dilihat sesuai
dengan budaya timur.

15 NO. MATRIK : 210694

You might also like