You are on page 1of 5

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama

sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan
dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.Nasi lemak biasanya
dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual
dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang,
limpa, dan hati (lembu)

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun,
tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun
direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang sering dihidangkan bersama
rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti
Tebing Tinggi dikenal dengan julukan "Kota Lemang".Lemang diperbuat daripada beras pulut
dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum
dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli
memasak di Malaysia

Dim sum merupakan sejenis masakan Cina yang melibatkan suatu lingkungan luas hidangan ringan yang
dihidang bersama teh Cina. Ia juga dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina
dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan lazim disediakan sepanjang hari. Hidangan
disediakan dalam bahagian kecil dan termasuk daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga
pencuci mulut dan buah-buahan. Barang-barang ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau
di atas pinggan kecil. Sesetengah keluarga Cina suka berkumpul untuk hidangan dim sum pada perayaan
khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina.

Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia
mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis.Kuih
karas ini mempunyai bentuk seperti jala halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang manis
dan garing.Kuih karas dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai
dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian
diangkat dan dilipat.

Kuih bulan adakah pastri Cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Kuih
bulan biasanya pastri bulat atau segi empat tepat, berukuran lebih kurang 10 cm dalam diameter dan 4-
5 sm tebal. Inti tebal selalunya dibuat daripada isi biji teratai dikelilingi oleh satu kerak agak nipis (2-
3 mm) dan boleh mengandungi kuning telur daripada telur masin itik. Kuih bulan adalah kaya, berat, dan
tebal berbanding dengan kebanyakan kek Barat dan pastri. Mereka biasanya dimakan dalam bahagian
kecil diiringi dengan Teh Cina.

Ambuyat dimakan menggunakan candas (atau kayu penyepit) dan dicelup dengan kuah
ikan dan terus dimakan bersama-sama dengan sayur pucuk paku. Sagu adalah makan ruji
untuk kaum Bisaya. Resipi ini adalah makanan seimbang, kaya dengan karbohidrat
kompleks dan serat serta rendah lemak dan garam. Bagi Semenanjung Malaysia yang susah
untuk mendapatkan sagu rumbia, boleh diganti dengan biji sagu atau sagu ubi yang mana
perlu dimasak diatas api sehingga sagu kelihatan jernih. Makanan ini baik dimakan
sewaktu masih panas.

Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya
sangat popular terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika
ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya- pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan orang
ramai yang menggalakkan.Secara amnya kuih bahulu terdiri dari 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil
iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar
didapati di pasaraya kerana perlu ditempah dari pembuat kuih traditional.Cara membuat ketiga-
tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur,
tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi dan bahulu lapis dan gulung
ditambah jem atau kaya.

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia
terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap
ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi
keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan
serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan
lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.Di Johor, karipap
lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi
bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi
pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu
corakan dipanggil kelim.Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan
atau pun swasta.Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan
mesyuarat rasmi lebih ceria.

Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis
(atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka dan di Muar,Johor . Dodol telah
menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji.
Terdapat banyak versi Dodol yang berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya
berwarna perang gelap, hijau dan kuning. Rasa Dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi
rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa Durian, Kelapa dan Pisang.

Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur
Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi
ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan
dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali,
sebelum direbus didalam air panas.

Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi
dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak
bersama-sama santan kelapa. Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang
yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan
yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu
acar timun juga disediakan.
Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan
direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara
lain. Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari
Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang

You might also like