You are on page 1of 7

GAGASAN I MALAYSIA MENTRANSFORMASI negara

Bismillah….Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera, salam satu Malaysia,


SALAM PERPADUAN.

Terima kasih buat peneraju acara, kombinasi kehakiman yang


berwibawa, penjaga masa yang setia dengan detik-detik berharga, tidak
dilupakan hadirin hadirat pencetus arus kegemilangan negara.

Jika pertelingkahan antara Puak Morro di Filipina punya penawar


menerusi gerakan kesederhanaan global untuk mewujudkan kedamaian,
kita di Malaysia punya gagasan 1Malaysia yang mengadun kepelbagaian
bangsa dan menyulam kepelbagaian budaya dan agama membentuk
sebuah negara. Justeru, ayuh bersama saya kita menelurusi sebuah
pidato yang berbunyi “GAGASAN 1 Malaysia Mentransformasi Negara”.

Adat kelaziman bicara, pendefinisian tajuk pidato sebagai pembuka.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Satu Malaysia adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana


Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April
2009. Maka saya petik Laporan Tahunan Prestasi Program
Transformasi Nasional yang mentakrifkan frasa Gagasan 1
Malaysia sebagai sebuah gagasan yang digerakkan oleh mekanisma
dasar kerajaan yang progresif berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan” Sementara itu, Pusat Rujukan Persuratan
Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan frasa
mentransformasikan negara sebagai perubahan atau pembaharuan
secara beransur-ansur yang dilakukan ke arah membangunkan negara.

Justeru, kita akan merungkai dan menilai sejauh mana Gagasan


1Malaysia mampu membawa perubahan kepada negara bertunjangkan
3 perspektif utama iaitu,

1. Transformasi Ekonomi Memacu Kemajuan.


2. Pembaharuan Pendidikan Melahirkan Graduan yang Berkebolehan.
3. Pemerkasaan Infrastruktur Menyajikan Rakyat dengan Kemudahan.

Tuan Tuan dan Puan Puan,

1
Pertama, Transformasi Ekonomi Memaju Kemajuan.

Gagasan 1Malaysia merupakan idea yang bernas untuk menggalakkan


penglibatan rakyat tempatan dari pelbagai etnik dan lapisan masyarakat
dalam penjanaan pendapatan demi memastikan pertumbuhan KDNK
pada kadar 5.7% setiap tahun untuk mencapai kemajuan. Daripada
Projek Bandaraya Iskandar Puteri yang telah menambat RM1.6 Billion
keuntungan daripada pelaburan sekaligus membuka 3000 peluang
perkerjaan buat rakyat tempatan.

Bahkan, penglibatan negara dalam bidang baru ekonomi telah


menyuntik RM600 juta yang disuntik melalui keuntungan industri
AeroAngkasa dalam masa yang sama menjadikan Malaysia sebagai
pengeluar enjin Aero di dunia.

Prinsip Rakyat didahulukan tanpa mengira batas politik turut


membolehkan negeri Kelantan turut mencatat pertumbuhan ekonomi
yang amat menggalakkan. Kini, tiada lagi makcik bawang di Rantau
Panjang memperagakan Beg LV cop Sg Golok sebaliknya semuanya asli
dan tulen hasil pelaburan swasta yang menyumbang RM12 Billion buat
pendapatan negara. Apatah lagi, pelaburan terkini melalui syarikat Saudi
Aramco yang telah menyumbang RM7 Billion.

Kedua,
Pembaharuan Pendidikan Melahirkan Graduan Berkebolehan.

Dengan hasrat murni gagasan 1Malaysia memperkasa sekolah


kebangsaan sebagai wadah penyatuan. Begitu juga dengan transformasi
dalam bidang pendidikan demi memastikan pelajar yang dilahirkan
mampu berhadapan dengan apa jua cabaran. Bajet 2018 telah
memperuntukkan RM250juta untuk menyediakan pendidikan generasi
TN50 dengan mengubah 2000 buah kelas menjadi kelas pintar abad
ke21

Di peringkat pengajian yang lebih tinggi untuk abang-abang dan kakak-


kakak, kerajaan memperutukkan RM90juta untuk skim MyBrain bagi
memastikan 10600 graduan bisa melanjutkan pelajaran ke peringkat
Sarjana dan Kedoktoran.

Kerana kita percaya

2
Kita bukan ingin melahirkan seorang malah ratusan Gabriel Walter
saintis berketurunan Kelabet yang mencipta transistor pemancar cahaya
terpantas di dunia.

Kita bukan ingin melahirkan seorang malah ribuan Dato Maznah


Othman, wanita profesional astrofizik yang diagungkan seluruh dunia.

Dan kita juga bukan ingin melahirkan seorang malah jutaan Dato Sheikh
Muzaffar Shukor untuk mengibar jalur gemilang di angkasa raya.

Ketiga,
Pemerkasaan InfraStruktur menyajikan Rakyat dengan
Kemudahan.

Program Transformasi Kerajaan di bawah 1Malaysia punya sasaran


untuk memperkasa segala kemudahan dan meningkatkan aksessibiliti
rakyat jelata kepada setiap infrastruktur yang disediakan oleh negara
demi kesejahteraan rakyat jekata. Maka di bawah projek Landasan
Keretapi Pantai Timur, RM110juta diperuntukan demi memendekkan
masa perjalanan di antara pantai timur dan Kuala Lumpur.

Jalur lebar kawasan pinggir bandar dan jalur lebar berkapasiti tinggi
untuk kawasan bandaraya tutur disediakan agar semua rakyat mampu
mengecapai kemajuan teknologi terkini hasil kemakmuran negara. Air,
Jalan Raya dan Tenaga Elektrik semuanya sudah melangkaui 90%
kawasan seluruh Malaysia dengan harapan tiada lagi kesusahan yang
dihadapi oleh rakyat tempatan.

Kesimpulannya, Gagasan 1Malaysia bukan sekadar dasar kerajaan malah


ia adalah penawar buat membasmi kemiskinan menyatukan perpaduan
melonjakkan pendapatan, memartabatkan ilmu pengetahuan demi
memastikan hasil kemakmuran negara mampu dikecapi oleh semua
rakyat Malaysia

Bak kata pepatah...


Gunung sama kita daki, lurah sama kita turuni: berat sama kita pikul
ringan sama kita jinjing . Hati kuman sama kita cecah hati gajah sama
kita lapah ...ayuh, kita sebagai satu nusa perlu bangkit bersama,
berjuang bersama demi memastikan bumi bertuah ini terus aman dan
sejahtera.

3
Akhir kalam, “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”

Sekian, terima kasih.

Sekian Terima Kasih.

4
Gagasan 1 Malaysia: friend

Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota


masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identity, nilai
bersama dan satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.
Teras kejayaan Negara merujuk kepada asas kemakmuran ekonomi,
politik dan sosial sesebuah Negara. Dalam 5 minit pidato saya ini, saya
ingin mengajak hadirin sekalian menilai kepentingan perpaduan sebagai
teras kejayaan Negara berdasarkan 3 cerita.

Sidang pendengar sekalian,

Pertama; kisah mereka yang sudah terhantuk baru terngadah. Kata


orang, setelah terkena, baru kita sedar akan sakitnya dan peritnya
akibat mengabaikan sesuatu perkara. Begitulah sifatnya dengan
pepraduan. Ayuh kita terbang ke Sudan. Apa yang berlaku di sana?
Pembersihan etnik yang berlaku oleh tentera Militan Arab Janjaweed
akibat perebutan kuasa dan perbezaan keturunan antara kaum Arab dan
Afrika walaupun seagama telah menyebabkan 1.2 juta menjadi pelarian
dan lebih 50,000 orang telah menjadi korban berdasarkan laporan pada
November 2004. Kesannya-Sudan kekal sebagai Negara yang miskin
walaupun mempunyai hasil bumi yang cukup dikagumi. Lihatlah-kerana
gilakan kuasa, nyawa sudah tidak lagi berharga. Kerana perbezaan
keturunan, nyawa yang tidak berdosa yang menjadi korban. Adakah kita
ingin menjadi seperti mereka?

Warga dewan sekalian,

Kedua-kisah mereka yang menyediakan payung sebelum hujan.


Menyedari hakikat akan kepentingan perpaduan, banyak Negara yang
sudah mula mengangkat nilai perpaduan dan kebersamaan supaya
Negara memperoleh kejayaan. Malaysia misalnya-selepas berlakunya
tragedy dan peristiwa berdarah 13 Mei 1969, sudah mula
menitikberatkan pembinaan Negara bangsa melalui instrumen
5
pendidikan. Penyata Razak diluluskan, Penyata Rahman dijalankan,
Laporan Kabinet dilaksanakan-kesemuanya mencapai kesepakatan-
sekolah sebagai medium perpaduan-bahasa sebagai jambatan
perhubungan. Maka, tidak hairanlah slogan Bahasa Jiwa Bangsa mula
diperkenalkan, Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah,
pada masa yang sama, bahasa-bahasa lain masih dibenarkan untuk
dituturkan. Kesannya-3 kaum bisa duduk semeja bersama, bergurau
senda sambil berkongsi rasa yang sama-jiwa 1Malaysia. Jangan terkejut
beruk jika saya sudah pandai meniru gaya Kenchana Dewi di dalam
drama bersiri Puteri, Ah Mei pula sudah pandai menyanyi lagu Dato’ Siti
dan Letchumy pula sudah pandai meniru aksi Dato’ Michelle Yeoh. Inilah
impak hasil perkongsian nilai bersama untuk membentuk perpaduan
yang menjadi teras kejayaan.

Saudara dan saudari,

Ketiga-kisah mereka yang menggenggam baru abu sehingga jadinya


arang. Banyak yang telah diusahakan oleh Negara-negara di seluruh
dunia untuk membentuk perpaduan dalam kalangan rakyatnya untuk
memperoleh kejayaan. Amerika Syarikat misalnya, meskipun bermula
dengansentimen perbezaan warna kulit yang amat dahsyat, akhirnya
perbezaan warna kulit ditolak ke tepi, sehingga Barrack Obama diangkat
menjadi Presiden yang ke-44 negara republic itu. Hasil perpaduan-krisis
sub prima yang membelenggu Amerika semakin diatasi dan rakyat tidak
perlu susah hati lagi. Di Malaysia tidak kurang hebatnya. Formula
perkongsian kuasa yang dibina sekian lama menjadikan Malaysia
sebagai antara Negara termaju dalam kalangan Negara G77 dengan
pertumbuhan eknonomi yang diunjurkan oleh Bank Dunia sehingga
7.4% dalam usaha kita menuju status Negara maju menjelang tahun
2020 dan kea rah Negara berpendapatan tinggi. Syabas buat Malaysia!!

Kesimpulannya-ini bukanlah pertandingan bercerita, walaupun kalian


dihidangkan dengan 3 cerita yang berbeza. Kisah mereka yang sudah
merana akibat mengabaikan perpaduan, kisah mereka yang berusaha
untuk mewujudkan dan mengekalkan perpaduan serta kisah mereka
yang sudah menempa kejayaan kerana menghargai perpaduan. Kalau
kalian pernah menonton filem Merong Mahawangsa, pasti kalian ingat
6
bahawa kejayaan menumpaskan puak lanun Geruda adalah hasil
kerjasama antara rakyat pimpinan Merong Mahawangsa, tentera Rom
pimpinan Putera Marcus dan tentera China pimpinan Laksamana Liu
Yun. Benarlah kata pepatah-bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,
sepakat air kerana pembentung, sepakat manusia kerana muafakat.
Perpaduan Teras Kejayaan Negara!!

Sekian, Srikandi St Mary mohon mengundur diri.

PREPARED BY: MUHAMMAD IZZAT BIN MD JONID

You might also like