You are on page 1of 1

Rick Falco Polodius

Peti Surat 902, 89208 Tuaran Tel: 014-6530691


Sabah Email: rrickffalco@gmail.com

6 Januari 2018

Sektor Pengurusan Sekolah


Aras 2, Wisma Jabatan Pendidikan
Jalan Punai, Likas
88450 Kota Kinabalu, Sabah

Tuan/Puan

PERMOHONAN BAGI JAWATAN GURU INTERIM

Saya, Rick Falco Polodius berbesar hati memohon jawatan Guru Interim dengan bidang pengkhususan
Teknologi Maklumat/Pengaturcaraan Komputer yang tawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Saya merupakan alumni Universiti Malaysia Sarawak dengan kelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan
(Kepujian) Elektronik (Telekomunikasi).

Saya percaya bahawa dengan kelulusan yang saya ada, saya dapat sampaikan ilmu Teknologi
Maklumat/Pengaturcaraan Komputer kepada para pelajar dengan baik. Besama dengan surat ini, saya
telah sertakan salinan transkrip yang mengandungi beberapa subjek yang berkaitan dengan Teknologi
Maklumat/Pengatucaraan Komputer. Subjek-subjek tersebut telah pun saya highlight untuk kemudahan
tuan/puan.

Saya juga mempunyai kemahiran interpersonal yang baik dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
Dalam resume yang saya sertakan dengan surat ini, terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang telah
membantu saya untuk menjadi seorang yang mesra dan seseorang yang mempunyai kebolehan
berkomunikasi yang baik.

Bersama dengan surat ini juga, saya telah sertakan salinan Sijil Ijazah Muda, Sijil Pelajaran Malaysia,
gambar berukuran pasport dan Sijil Pelajaran Malaysia; Ujian Lisan Bahasa Melayu. Saya amat berbesar
hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja.

Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya. Segala kerjasama daripada
tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.Terima Kasih

Yang Benar,

……………………………….
RICK FALCO POLODIUS

You might also like