You are on page 1of 3

Di negara kita terdapat penanaman jagung yang dapat dihasilkan melalui jenis jagung manis

(Zea Mays). pada dasarnya, tanaman jagung berasal dari daerah lembah Sungai Balsas,
Mexico Selatan. Menurut kajian mendapati terdapat sehingga 12% kandungan bahan genetik
didapati dari jenis jagung ini melalui kajian introgression yang masih dijalankan sehingga
kini.
Menurut keadaan semasa pihak peladang mengambil inisiatif dalam penanaman jagung dari
jenis kacukan atau hibrid yang diimport dari luar negara. Keluasan penanaman jagung di
Malaysia sekitar 6500 hektar setiap tahun. Hampir 80% merupakan benih jagung manis
adalah diimport dari luar negara dan terdapat beberapa syarikat tempatan seperti varieti
jagung bijian yang digunakan adalah GWG 888 dan diperoleh daripada sumber tempatan. Di
Malaysia seperti Johor, Selangor, Perak dan Pahang merupakan kawasan pengeluaran utama
jagung manis. Lebih 35% daripada bekalan jagung manis untuk pasaran eksport dihasilkan di
negeri Johor. Eksport utama jagung manis segar adalah ke Singapura. Bagi penanaman jagung
manis lebih dominan kerana hanya memerlukan 65-70 hari sahaja untuk menuainya.

Pada 28 September 2018, kelas Rekabentuk Sistem yang dikendalikan oleh


pelajar sendiri dari seksyen 6 SKMM4533 telah menganjurkan satu lawatan
sambil belajar ke Zuan Yuan Tani Sdn Bhd, Parit Ghani, Simpang Renggam,
Johor. Lawatan sambil belajar ini dianjurkan untuk memenuhi salah satu aktiviti
dalam kursus SKMM 4533. Tujuan utama lawatan ini dianjurkan adalah untuk
memberikan pendedahan kepada pelajar tentang bidang agriculture aktiviti-
aktiviti dengan sempurna. Pada masa yang sama, pelajar dapat menimba ilmu
pengetahuan tentang penanaman melalui ini. Seramai 25 orang pelajar telah
menyertai lawatansambil belajar yang bermakna in i. Pada jam seawal 8.00 pagi,
pelajar telah berkumpul di Kafe Pak Lah, Scholar Inn, UTM untuk bertolak dari
UTMJB ke ladang jagung. Perjalanan ini mengambil masa selama satu jam.

Setiba sahaja di ladang jagung, pelajar diberikan taklimat ringkas daripada


pemilik ladangI, Encik Lim.Beliau menerangkan tentang penubuhan penanaman
ladang di Zuan Yuan Tani plantation,Parit Ghani yang telah beroperasi pada
sekitar 30 tahun. Dengan keluasan sebanyak 18 hektar, pihak penanaman
mengusaha pelbagai jenis tanaman seperti jagung dan nenas. Sesetengah hasil
daripada tanaman yang diuruskan oleh Mr Lim ini dan akan dijual kepada orang
ramai bagi pasaran export.

Selesai taklimat ringkas, pelajar melawat ke kawasan tanaman pokok jagung. Di


sana pelajar juga berpeluang ke tempat pengumpulan jagung dan melihat proses
penggredan jagung dilaksana oleh usahawantani. Spesies jagung yang
diusahakan di sini adalah jagung bergred 526 and 226. Pelajar juga berpeluang
memetik dan mencuba untuk merasa secara mentah. Menurut Encik Lim,
tanaman jagung ini mempunyai keunikkan kerana pokok ini akan mengeluarkan
bunga kemudian buah dalam tempoh tidak begitu lama. Lawatan terakhir pelajar
adalah di kawasan lot jagung dan penerangan tentang cara penghasilan tanah
semasa process menabur seed serta manfaat process tersebut dijelaskan. Selain
itu, jagung yang bersaiz kecil juga dipetik dan boleh dijadikan sebagai sayur
dalam masakan. Majlis penutup diadakan secara ringkas sekitar jam 12.15
tengah hari.

Menurut pendapat saya, wakil program ini menyatakan pembelajaran melalui


lawatan sambil belajar memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui
perkembangan isu-isu semasa dalam sektor pertanian di Malaysia dan memberi
persepktif baru di kalangan pelajar. Selain itu, diharapkan pembelajaran melalui
lawatan sambil belajar dapat dilaksana sebagai salah satu alternatif
pembelajaran bagi kursus-kursus lain.

You might also like