You are on page 1of 5

TUGASAN

_________________________________________________________________________
HBHE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN
SEMESTER SEPTEMBER 2018
_________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU soalan sahaja yang disediakan dalam Bahasa Melayu.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu sahaja.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan


sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada
format grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.

4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada myINSPIRE
untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip
dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

5. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk
rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan
menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan
membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah
perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.

6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui myINSPIRE. Sila rujuk
kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara
online. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan
sendiri.

7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

8. Tugasan anda hendaklah diserahkan bermula dari 5hb November 2018 hingga 18hb
November 2018. Serahan selepas tarikh 18hb November 2018 TIDAK akan diterima.

9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain.
Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat
tugasan seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrar’s
Announcement di myINSPIRE).
11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan
sebagai bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang
timbul berkaitan penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK
dihantar.

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 70% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik yang dilampirkan.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan
kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

No. % Kumpulan Pertindihan % Potongan Markah


1 0 – 30 0
2 30.01 – 50 5
3 50.01 – 70 10
4 70.01 – 100 100

Tugasan yang dikenal pasti mempunyai pertindihan tugasan bagi mana-mana kumpulan
pertindihan di atas tidak dibenarkan untuk rayuan. Bagi pelajar dalam kategori pertindihan
tugasan kumpulan 70.01-100, akses online rayuan semakan semula tugasan bagi subjek
berkaitan dilupuskan dari pilihan rayuan.
SOALAN TUGASAN

Setiap tahun, kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti peratusan dan tahap obesiti
penduduk di Malaysia kerana obesiti telah menjadi satu gejala yang semakin
membimbangkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hasil kajian telah menunjukkan
pertambahannya yang begitu drastik dari tahun ke tahun.

Soal Selidik Pemakanan Kebangsaan (2017) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan
ke atas kanak-kanak mendapati masalah berlebihan berat badan semakin meningkat.
Peratusan insiden ini telah meningkat dan telah dicatatkan sebagai antara negara yang
mengalami tahap obesiti tertinggi di Asia dan perangkaannya semakin meningkat
sehingga sekarang.

Berdasarkan senario ini, anda dikehendaki melaksanakan perkara-perkara berikut:

(a) Membuat ulasan berkaitan isu obesiti dalam kalangan kanak-kanak dari artikel
yang boleh dipercayai untuk mengenal pasti punca-punca yang mendorong
kepada masalah ini dan cara-cara mengurangkannya.

(b) Menyediakan satu bahan edaran bergambar yang berinformasi untuk murid-
murid sekolah anda yang mengandungi tip-tip gaya hidup sihat yang boleh
diamalkan oleh mereka yang terdiri dari aspek-aspek berikut:
(i) Amalan pemakanan
(ii) Senaman
(iii) Rekreasi
(iv) Rehat
(v) Imej kendiri
Nota: Bahan edaran tidak perlu dicetak untuk tugasan ini, memadai disediakan
dalam bentuk visual (gambar) sahaja berserta sumbernya.
[Jumlah: 70 markah]

MUKA SURAT TAMAT


LAMPIRAN
RUBRIK TUGASAN
HBHE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN/ SEP 2018
Tidak
Memuaskan/ Markah
Kriteria Pemberat Cemerlang Baik Sederhana Rendah Tiada Respons Maksimum
4 3 2 1 0
Pengenalan obesiti kanak- 2.0 Pengenalan selari dengan Pengenalan selari dengan Pengenalan selari dengan Pengenalan selari Tiada pengenalan. 8
kanak tajuk yang sangat menarik tajuk yang menarik perhatian tajuk yang agak menarik dengan tajuk yang tidak
perhatian pembaca. pembaca. perhatian pembaca. menarik perhatian
pembaca.
Ulasan artikel 6.0  Ulasan artikel tentang  Ulasan artikel tentang  Ulasan artikel tentang  Ulasan artikel tentang Tiada ulasan. 24
punca-punca obesiti punca-punca obesiti baik. punca-punca obesiti punca-punca obesiti
sangat baik dan sangat  Ulasan cara-cara mengatasi agak baik. terlalu cetek.
menarik. obesiti meyakinkan.  Ulasan cara-cara  Ulasan cara-cara
 Ulasan cara-cara  Contoh-contoh diberikan mengatasi obesiti mengatasi obesiti
mengatasi obesiti sangat relevan. kurang meyakinkan. terlalu umum.
meyakinkan.  Contoh-contoh  Contoh-contoh yang
 Contoh-contoh diberikan diberikan agak relevan. diberikan tidak
sangat relevan. relevan.
Tip gaya hidup sihat dari 6.0  Huraian tip-tip amalan Huraian tip-tip amalan gaya Huraian tip-tip amalan Huraian tip-tip amalan Tiada tip gaya 24
segi: gaya hidup sangat relevan hidup relevan dengan gaya hidup sihat agak gaya hidup sihat tidak hidup sihat.
 Pemakanan sihat dengan kumpulan kumpulan sasaran. relevan dengan kumpulan relevan dengan
 Senaman sasaran. sasaran. kumpulan sasaran.
 Rekreasi  Tip-tip gaya hidup yang
 Rehat boleh dicontohi.
 Pembentukan imej
kendiri
(10 tau lebih tip)
Bahan edaran 2.0  Bahan edaran yang sangat  Bahan edaran yang  Bahan edaran yang  Bahan edaran yang Tiada bahan 8
menarik. menarik. agak menarik. tidak menarik. edaran.
 Bahan edaran sangat  Bahan edaran sesuai  Bahan edaran agak  Bahan edaran tidak
sesuai dengan kumpulan dengan kumpulan sasaran. sesuai dengan sesuai dengan
sasaran. kumpulan sasaran. kumpulan sasaran.
 Bahan edaran yang boleh
dicontohi.
Rujukan 1.5  Rujukan yang sangat  Rujukan terkini.  Rujukan agak terkini.  Rujukan tidak terkini. Tiada rujukan. 6
(2015-2018) terkini.  Rujukan berkaitan dengan  Rujukan agak berkaitan  Rujukan tidak
(5 atau lebih rujukan)  Rujukan sangat relevan tajuk. dengan tajuk. berkaitan dengan
dengan tajuk. tajuk.
Jumlah 17.5 70

You might also like