You are on page 1of 2

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

PROGRAM IJAZAH SARJANAMUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

EPPA3053
PERAKAUNAN PENGURUSAN

TUGASAN 1- SMC
Pembelanjawan & Belanjawan Induk

ARAHAN:

Tugasan adalah secara berkumpulan. Bentukkan kumpulan yang terdiri daripada 4 orang
ahli. Sebaik-baiknya ahli-ahli kumpulan adalah sama dengan ahli-ahli kumpulan projek
belanjawan. Perbincangan tugasan ini merupakan satu platform untuk memantapkan
pengetahuan asas penyediaan belanjawan induk syarikat.

Hasil perbincangan hendaklah dimuat naik ke dalam folder Task iFolio Sub Folder
Tugasan SMC selewat-lewatnya pada hujung minggu ke 4.

SUPERIOR MANUFACTURING COMPANY (SMC)

Belanjawan induk merupakan berbentuk kuantitatif yang menunjukkan keperluan dan


penggunaan sumber-sumber (kewangan dan bukan kewangan) untuk sesuatu tempoh
yang telah ditentukan. Terhasil daripada proses belanjawan, penyediaan sesuatu
belanjawan adalah berdasarkan kepada keperluan sesebuah syarikat. Telitikan skedul-
skedul belanjawan induk SUPERIOR MANUFACTURING COMPANY (SMC).

1. Berapakah bilangan produk yang ditawarkan oleh SMC? Apakah produk-


produk tersebut?

2. Lihat Schedule 21: Marketing Plan (Detailed). Apakah yang anda dapat ulaskan
mengenai rancangan jualan SMC?

3. Lakarkan carta organisasi SMC dan tentukan individu-individu yang


bertanggungjawab terhadap bahagian-bahagian tersebut.

4. Adakah carta organisasi Syarikat sama dengan sistem perakaunan


tanggungjawab? Kenalpasti setiap pusat tanggunjawab samada pusat kos, pusat
hasil, pusat untung atau pusat pelaburan. Lakarkan carta yang menunjukkan
sistem perakaunan tanggungjawab SMC.

1
5. Kenalpasti kos-kos yang dilibatkan oleh setiap jabatan @ pusat tanggungjawab.
Adakah kos-kos yang dikenalpasti bertepatan dengan penetapan pusat
tanggugjawab yang anda telah kenalpasti di item no. 4?

6. Jejaki semula proses pengeluaran yang dilibatkan dalam Syarikat. Kaitkan


keluaran dengan jabatan-jabatan. Senarai item-item kos pengeluaran mengikut
keluaran, jenis pengekosan yang diamalkan, kaedah aliran kos inventori dan kos
seunit keluaran.

7. Jejaki semula kos-kos overhed dari segi jumlah dan bagaimana ia ditanggung
oleh setiap jabatan @ pusat tanggungjawab. Dalam hal ini, anda dikehendaki
mengetahui bagaimana proses pengagihan overhed diaplikasikan kepada
keluaran. Gunakan kaedah carta alir untuk membantu anda.

8. Susunkan urutan-urutan penyediaan skedul-skedul belanjawan (utama dan sub


skedul). Terjemahkan urutan-urutan tersebut dalam bentuk carta alir bagi
menunjukkan proses keseluruhan penyediaan belanjawan induk SMC. Carta alir
tersebut dapat menujukkan pengasingan antara skedul utama dan sub skedul.

Penulisan hasil perbincangan tidak tertakluk pada format-format tertentu. Gunakan


kreativiti anda dalam mempersembahkan hasil perbincangan item-item 1 –8 di atas.

SELAMAT MENCUBA

You might also like