You are on page 1of 4

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di
sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan
permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah.
Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung
akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang
sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan
berfaedah.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan
dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar
memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa
juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin
sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan
dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan
dan sebagainya.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada
banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti
yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta
bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesamakita.
Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah
hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah
menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar
yang cemerlang.

Kebaikan/Manfaat Perpustakaan/PSS
Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh dibaca seperti seperti
buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi.
Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja untuk kemudahan orang ramai
membaca. Ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu
murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak memberi faedah kepada kita.
Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang selalu
ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung
akan terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi.
Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah.
Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-
peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun
semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di
perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka.
Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat menjimatkan wang ibu bapa
murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di
perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di
dalam tabung. atau membeli barang keperluan yang lain.
Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita perlu memanfaatkna
perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat
menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan seperti
komik, majalah dan sebagainya.
Cara membalas jasa ib bapa
Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan dikandung ibu, dengan izin
Allah, kitapun dilahirkan. Sesudah lahir, kita dijaga dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang
penuh.
Sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan
untuk membalas jasa mereka. Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam
UPSR sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya
berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita.

Kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia. Apabila bertutur
dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar. Segala nasihat mereka perli didengar dengan teliti dan diikuti sebagai
pedoman hidup. Kita janganlah menyinggung perasaan mereka dengan tingkah laku kita yang boleh menyebabkan
hati mereka sakit, bagai dihiris dengan sembilu.
Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Seharian mereka bekerja untuk mencari
nafkah menanggung kita sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka membantu ibu bapa, sudah pastinya akan
meringankan beban mereka yang sudah penat bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah,
memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.
Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan asas kepada kita. Namun,
sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak mereka memenuhi apa yang kita inginkan. Contohnya, kita
mendesak mereka membeli komputer, pakaian yang mahal-mahal dan sebagainya. Kita janganlah
membandingkan kemampuan ibu bapa kita dengan kemampuan orang lain. Kita sepatutnya perlu ukur baju
dibadan sendiri, agar kita tidak dianggap seperti kacang lupakan kulit.
Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit jerih mereka
membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan
pengorbanan mereka.

Soalan : Kamu dan rakan-rakan telah menyertai perkhemahan unit beruniform anjuran pihak sekolah.
Tuliskan catatan tentang perkhemahan tersebut.

Jumaat, 10 Jun 2010


Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap yang diadakan di Bukit Ayer. Setelah mendengar
taklimat daripada Cikgu Kamal Ahmad, kamipun bertolak. Ahli pengakap yang terlibat seramai 30 orang dan
disertai oleh 5 orang guru.
Setelah tiba, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kami diarah membersihkan kawasan. Setelah itu, kami
mendirikan khemah. Aku dan beberapa orang rakan diarah untuk mencari kayu api untuk digunakan semasa
memasak dan untuk dijadikan unggun api. Pada waktu malam, kami hanya berehat sahaja.

Sabtu, 11 Jun 2010


Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami mengadakan aktiviti senaman. Kemudian aktiviti
berkawad diadakan. Banyak yang aku pelajari semasa aktiviti ini.
Pada waktu petang kami menjalankan aktiviti meredah hutan. Melalui aktiviti ini, kami dapat mengetahui
tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan ini. Kami juga bermandi-manda di air terjun yang berdekatan.
Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti unggun api. Melalui aktiviti ini, setiap kumpulan perlu mengadakan
persembahan. Kumpulan aku mengadakan persembahan dikir barat. Aku sungguh seronok ketika membuat
persembahan.

Ahad, 12 Jun 2010


Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan ikatan. Selepas makan tengah hari, kami bersiap-siap
untuk pulang. Kami meruntuhkan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan. Pada pukul 2.00 petang,
kami bertolak pulang. Aku berasa gembira dapat mengikuti perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan dan
pengalaman yang aku peroleh.
Soalan : Unit beruniform di sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan. Sebagai setiausaha, kamu diminta
menulis laporan tentang perkhemahan tersebut..Tulis laporan itu selengkapnya.

Pada 25 hingga 26 April 2013, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan Kerteh telah mengadakan
perkhemahan di Air Terjun Sekayu. Perkhemahan selama dua hari ini telah disertai oleh 35 orang pengakap dan 5
orang guru pengiring.
Aktiviti perkhemahan ini bertujuan untuk membina ketahanan fizikal dan mental, membentuk keyakinan
diri dan memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan peserta. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk
menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.

Sepanjang perkhemahan itu, para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan
mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab memimpin ahli kumpulannya. Sebarang masalah yang timbul
dalam kalangan ahli, akan dibincang dengan ketua kumpulan.
Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu. Antaranya ialah merentas hutan, kawad
kaki, lakonan dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan lancar dengan kerjasama dari semua peserta.
Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamanya.
Para peserta dapat mengutip pengalaman berharga dan pelbagai pengetahuan baru. Malah hubungan
antara pengakap bertambah erat.

Disediakan oleh 27 April 2013


(Ikhwan Hadi)
Setiausaha Persatuan Pengakap
SK Kerteh

Kepentingan Bersukan
Bersukan ialah segala kegiatan yang memerlukan kemahiran atau ketangkasan serta tenaga yang
dilakukan sama ada sebagai acara pertandingan, hiburan atau untuk mengisi masa lapang dan beriadah. Pada
tahun yang lalu, kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan kerana menyedari kepentingan bersukan.
Contoh aktiviti sukan yang agak popular kini ialah seperti olahraga, renang, bola sepak, tenis, badminton dan
skuasy. Persoalannya apakah faedah jika seseorang murid itu melibatkan diri dalam aktiviti bersukan?

Faedah bersukan yang utama kepada murid ialah sukan dapat meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana
individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri
untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya, setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti
menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatih. Oleh itu, secara tidak langsung
sukan juga turut membentuk disiplin murid tersebut.

Seterusnya, sukan juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini demikian kerana bersukan
boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalanya, seseorang murid yang bersukan pada
setiap petang akan membakar lemak berlebihan dalam badan. Oleh itu, murid yang aktif bersukan jarang
mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.

Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan
sewajarnya kerana masa itu emas. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang
sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid
yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang
aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Faedah berikutnya, sukan juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan
demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi serta
tidak cepat berputus asa. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih
pingat emas dalam sukan Olimpik baru-baru ini. Oleh itu, sukan penting dalam melahirkan murid yang berfikiran
positif.

Akhir sekali, murid yang aktif bersukan juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat.
Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya murid yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain
permainan komputer dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berpeleseran di pusat beli-belah, menonton
televisyen dan berbual-bual kosong. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih
bermanfaat.

Temasya sukan sekolah


Pada hari Ahad yang lepas,sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan.Sukan tahunan tersebut
diadakan di padang sekolah saya yang luas itu.
Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan.Padang dihiasi dengan panji-
panji dan belon-belon yang berwarna-warni.Beberapa buah khemah didirikan di tepi padang.Para peserta sukan
berlatih dengan bersungguh -sungguh pada setiap hari.
Pada hari sukan,semua murid dan guru hadir awal ke sekolah.Para peserta sukan berkumpul di
padang.Pengerusi PIBG sekolah merasmikan sukan tersebut.Pelbagai persembahan diadakan seperti
pancaragam,yoyo cina,tarian dan sebagainya.Persembahan murid sungguh menarik.Para penonton memberikan
tepukan yang gemuruh.Perbarisan peserta sukan juga diadakan.
Tujuan diadakan sukan adalah untuk mencungkil bakat dan menyihatkan badan.Pelbagai acara sukan
diadakan seperti lompat tinggi,lompat jauh,lumba lari,tarik tali dan sebagainya.Acara lari berganti-ganti menjadi
acara kemuncak hari sukan.Para peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan penamat.Para penonton
bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta pasukan masing-masing.Suasana di padang riuh-rendah dan
meriah.
Acara sukan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.Rumah Merah telah muncul sebagai juara.Kit Seng telah
terpilih sebagai olahragawan manakala Siti Fatimah dipilih sebagai olahragawati.Guru Besar menyampaikan piala
kepada para pemenang.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya dan menasihati murid yang tidak
berjaya supaya tidak berputus asa.
Selepas majlis penyampaian hadiah tamat,murid-murid pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun
kelihatan letih.

You might also like