You are on page 1of 1

Anda berada di Hutan Simpan Sepilok, Sabah.

Sedang anda berjalan-jalan menikmati


keindahan alam tiba-tiba anda disergah seekor Orang Utan yang mengamuk kerana
habitat mereka diceroboh pembalak haram. Lakonkan semula watak Orang Utan
yang sedang mengamuk.

Anda sedang bercuti seorang diri di Pulau Tunggol. Suatu petang ketika di pantai anda
merenung ke laut yang tenang, damai dan bersih. Sebagai seorang pencinta alam
timbul ilham kepada anda untuk ciptakan sebuah sajak. Deklemasikan satu rangkap
sajak tersebut dengan penuh perasaan.

Anda mempunyai kesedaran tentang penjagaan alam sekitar. Suatu ketika anda
melihat seorang budak meletakkan 3 buah beg plastik yang berisi pampers yang telah
digunakan di hadapan rumah anda. Pilih seorang rakan anda dan lakonkan
bagaimana anda memarahi budak tersebut dalam loghat anda sendiri.

Anda seorang wartawan. Suatu hari anda diarahkan untuk membuat liputan tentang
muara sungai Mersing yang dipenuhi sampah sarap. Lakonkan watak Karam Singh
Walia sedang membuat laporan berita di televisyen.

Anda dikehendaki mencium dinding sambil mengungkapkan kata-kata berikut dengan


penuh perasaan" I Love Youuu, I miss Youuu, Muah, Muaah, Muaaaaaah (",).

Anda diminta menyanyikan lagu yang dicipta oleh makluk makluk asing daripada
planet pluto bertajuk @#@!%^&@%$&??.

Bayangkan anda adalah tarzan. Lakonkan watak tarzan yang tengah memanggil
haiwan-haiwan lain untuk berkumpul.

You might also like