You are on page 1of 3

Lampiran A

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN


JAWATAN KADER BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
DI KEMENTERIAN/ AGENSI LUAR DARI KEMENTERIAN PENDIKAN MALAYSIA

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini


mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan untuk mengisi
kekosongan bagi jawatan kader di Kementerian/ Agensi luar dari Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) seperti berikut:

BIL. KEMENTERIAN/ LOKASI OPSYEN


AGENSI
1. Jabatan Penjara Sekolah Henry Gurney Kemahiran Hidup
Malaysia Keningau, Sabah

Sekolah Integriti K.Kinabalu, Kaunseling


Sabah

2. Jabatan Perdana Darul Quran, Selangor Bahasa Arab


Menteri
Bahasa Inggeris

3. Kementerian Belia Institut Kemahiran Belia Teknologi Maklumat


dan Sukan Negara (IKBN) Wakaf Tapai,
Terengganu

Institut Kemahiran Belia Teknologi Maklumat


Negara (IKBN) Kemasik,
Terengganu

Institut Kemahiran Belia Sains


Negara (IKBN) Dusun Tua,
Selangor

4. Kementerian Sumber Institut Latihan Perindustrian Pendidikan Islam


Manusia (ILP) Pedas, Negeri Sembilan

ADTEC Bintulu, Sarawak Pendidikan Islam

1
1. Kelayakan Umum

(i) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/DG44(KUP) yang


sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.
(ii) Telah disahkan dalam perkhidmatan.
(iii) Tahap kesihatan yang baik dan memuaskan.
(iv) Memperoleh sekurang-kurangnya 85% dalam penilaian prestasi bagi 3
tahun terkini (2015-2017).
(v) Bebas daripada tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah.
(vi) Permohonan mestilah disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing.

2. Syarat Khusus

(i) Merupakan guru sekolah menengah.


(ii) Mempunyai ikhtisas/ kelulusan dalam opsyen seperti di Lampiran A.
(iii) Telah mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
(iv) Bersedia berkhidmat di jawatan kader sekurang-kurangnya untuk
tempoh tiga (3) tahun.
(v) Mempunyai minat dan kewibawaan yang tinggi untuk berkhidmat di
Kementerian/ Agensi luar dari KPM.

3. Cara Memohon

(i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Masuk


Jawatan Kader seperti di Lampiran B.
(ii) Permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut
Perintah Am Bab A Perkara 21.
(iii) Borang permohonan yang lengkap diisi beserta sekeping gambar
berukuran pasport hendaklah dihantar melalui emel kepada
nabilah.idris@moe.gov.my .
(iv) Hanya calon yang memenuhi syarat seperti di para 1 dan 2 sahaja yang
layak memohon.
(v) Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat
kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua
Jabatan akan ditolak.
(vi) Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Disember 2018 (Jumaat).
Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh
tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.

2
4. Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan ini, boleh menghubungi


Unit Perkhidmatan Guru, Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia di talian 03-8884 7833 / 7828.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


Kementerian Pendidikan Malaysia
13 November 2018

You might also like