You are on page 1of 2

Iklan di atas menerangkan pengambilan ahli baharu pasukan pengakap SMK Alor Akar.

Tawaran ini dibuka kepada semua murid SMK Alor Akar yang berminat untuk menyertai Pasukan
Pengakap SMK Alor Akar. Borang keahlian boleh didapati daripada Cikgu Fadilah binti Mustaffa.
Murid yang ingin menyertai pasukan ini diwajibkan membayar pendaftaran sebanyak RM5 dan ahli
akan diberikan sijil keahlian pada akhir tahun.Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang
tahun tersebut. Sementara tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Januari 2014. Kesan daripada
menyertai aktiviti ini diharapkan agar murid mendapat kekuatan fizikal dan mental seterusnya
menjadikan murid itu berwawasan dan berdisiplin dalam hidup. Oleh itu harapan sekolah untuk
menghasilkan seorang murid yang cemerlang , gemilang dan terbilang akan tercapai. Sesuai seperti
kata peribahasa Melayu kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Biodata di atas ialah biodata seorang sasterawan negara yang ke-13. Beliau yang
dimaksudkan ialah Zurinah binti Hassan. Beliau dilahirkan pada 13 jun 1949 di Bakar Bata, Alor Setar,
Kedah. Tahap pendidikan beliau ialah Ijazah Doktor Falsafah, Universitu Malaya (2009), Ijazah Sarjana
Sastera, Universisi Putra Malaysia (2001) dan Ijazah Sarjana Muda Sastera, Universiti Sains Malaysia
(1974). Sekarang ini beliau telahpun mendapat gelaran Datuk Dr. Hasil karya beliau pula ialah 19 buah
buku antologi sajak, antologi puisi, kajian sastera, autobiografi, memoir, antologi cerpen dan novel.
Sementara anugerah dan pencapaian yang telah diperolehi ialah Anugerah Tokoh Sasterawan Negara
ke-13, Hadiah Sastera Perdana dan lain-lain lagi. Kehebatan beliau memberi impak terbaik kepada kita
semua agar dapat menjadikan beliau sebagai ikon dalam kehidupan kita. Justeru itu kita hendaklah
berusaha ibarat kata peribahasa yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang,
melainkan kita hendaklah sentiasa gigih untuk mencapai impian menjadi sasterawan negara
terbilang suatu hari nanti.

You might also like