You are on page 1of 11

JURNAL SEJARAH LISAN MALAYSIA ISSN 2600-7088 JILID 3 ISU 2

OKTOBER 2019

Tokoh Pendidikan: Yang Di-Pertua Gabungan Majlis


Guru Besar Malaysia

Farah Lyana Binti Abdul Rahim


Umi Nuryana Binti Khaled
Nurussobah Hussin
Wan Satirah Wan Mohd Saman
Mohd Nazir Ahmad

Fakulti Pengurusan Maklumat


UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana
Jalan Pulau Angsa U10/A, Puncak Perdana, 40150 Shah
Alam Selangor

Abstrak: Artikel ini berdasarkan sumber pertama iaitu sejarah lisan. Tokoh yang
terlibat merupakan seorang yang amat disegani dalam bidang pendidikan iaitu
Tuan Rustam Affandy bin Abdul Aziz. Terdapat pelbagai aspek yang
diketengahkan di dalam artikel ini yang dapat dijadikan inspirasi dan merungkai
pengalamannya sebagai seorang pemimpin. Objektif artikel ini adalah untuk
mendapatkan maklumat mengenai latar belakang tokoh dan perjalanan kariernya
sehingga menjadi Yang Di-Pertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia. Objektif
yang kedua adalah untuk mengetahui sumbangan tokoh dalam bidang pendidikan
dan anugerah yang telah dinobatkan kepada beliau. Objektif yang ketiga adalah
untuk merungkai pengalaman tokoh sebagai seorang pemimpin. Dapatan kajian
adalah dapat mengenali tokoh dengan lebih mendalam dan mengetahui
perjalanan karier beliau.Tambahan, dapat mengetahui sumbangan dan
penganugerahan sepanjang penglibatan beliau menjadi pemimpin. Akhir sekali,
dapat merungkai pengalaman dan isu-isu yang diperjuangkan oleh tokoh.

Kata Kunci: Yang Dipertua, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Rustam
Affandy, guru besar, sumbangan, isu-isu, karier, pendidik, pemimpin, anugerah,
perjuangan.

37
JURNAL SEJARAH LISAN MALAYSIA ISSN 2600-7088 JILID 3 ISU 2
OKTOBER 2019

Pengenalan

Kepimpinan dalam sesuatu organisasi amatlah penting kerana ia


membawa kuasa, dinamik dan kejayaan. Maka dalam proses kepimpinan ini
wujudlah kosa kata memimpin dan pemimpin. Memimpin dan pemimpin
merupakan dua perkara yang berbeza. Jika dilihat dari segi maksud pemimpin itu
sendiri adalah seseorang yang berwibawa dan mempunyai pengaruh yang besar
kepada masyarakat serta mampu membawa orang lain menjadi pengikutnya
dalam mencapai sesuatu matlamat. Untuk menjadi seorang pemimpin perlulah
berilmu, bermaklumat dan berintegriti. Manakala memimpin pula ialah apabila
seseorang melaksanakan tanggunggjawab sebagai seorang ketua. Bersesuaian
dengan kepimpinan ini maka tokoh yang telah dipilih merupakan seorang yang
sangat hebat iaitu Yang Di-Pertua (YDP) Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia,
Tuan Rustam Affandy bin Abdul Aziz. Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan
amat bermakna. Beliau yang telah dilahirkan pada 4 Oktober 1959 dan memilih
kerjaya sebagai guru demi mendidik anak bangsanya. Bakal bersara pada tahun
2019 setelah berkhidmat dalam bidang perguruan selama 39 tahun. Penglibatan
beliau bermula hanya seorang guru biasa ke jawatan penolong kanan dan
kemudian dilantik menjadi guru besar. Bermulalah titik tolak sebagai YDP dari
peringkat daerah, negeri sehingga kebangsaan yang telah mengubah perjalanan
kerjaya beliau. Sepanjang perkhidmatannya itu, pelbagai sumbangan yang telah
diberikan dan anugerah telah beliau perolehi.

Beliau merupakan seorang tokoh yang amat disegani dan dihormati dalam
kalangan pendidik dan Pihak Kementerian. Banyak usaha yang telah
dilaksanakan dalam memperjuangkan sistem pendidikan Malaysia dan menjaga
kebajikan guru-guru besar Malaysia warga-warga pendidik serta pelajar-pelajar.
Tuan Rustam Affandy merupakan seorang yang berdedikasi dan mempunyai visi
dan misi yang jelas apabila menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
pemimpin. Perjalanan karier beliau bermula dari seorang guru biasa sehingga
berjaya menjadi Yang Di-Pertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia merupakan persatuan yang dikhaskan
untuk semua Guru Besar Malaysia untuk bermuafakat dan bertukar pandangan
dalam menyelesaikan isu-isu di sekolah dan ianya di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (Rustam Affandy, 2019).

38
JURNAL SEJARAH LISAN MALAYSIA ISSN 2600-7088 JILID 3 ISU 2
OKTOBER 2019

Latar Belakang Tokoh

Bersesuaian dengan ketrampilannya dan keperibadiaannya yang dapat


kami lihat semasa menjalankan temu ramah pada 14 April 2019 di Sekolah
Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh melambangkan butir bicaranya seorang yang
berilmu. Mutiara kata beliau amat bermakna iaitu “Tiket ke masa hadapan adalah
melalui pendidikan. Insan yang bersiap sedia sejak hari ini akan memiliki hari
esok”. Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh tokoh yang telah dipilih oleh kami
iaitu Tuan Rustam Affandy. Nama penuh beliau ialah Haji Rustam Affandy bin
Abdul Aziz dan beliau dilahirkan pada tahun 1959. Ketika ini, usia beliau bakal
mencecah 60 tahun yang membawa makna tahun ini beliau akan bersara sebagai
seorang pendidik. Beliau dilahirkan di Redang Panjang, Taiping Perak. Jawatan
yang beliau sandang adalah sebagai Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar
Malaysia, Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Perak, Yang Dipertua Majlis
Guru Besar Daerah Kinta Utara dan Guru Besar SK Jalan Pegoh.

Bapa beliau bernama Abdul Aziz bin Mohamad Siri. Bapa beliau meninggal
dunia pada tahun 1994 dan merupakan seorang guru. Ibu beliau bernama Zawiyah
binti Abdul Ghani dan telah meninggal dunia pada tahun 1966 semasa Tuan
Rustam Affandy hanya berumur 7 tahun ketika itu. Beliau menjadikan bapanya
sebagai idola dan sentiasa menjadi inspirasi kepada beliau dalam bidang
kepimpinan. Sebelum menjadi seorang guru, beliau telah mendapat beberapa
tawaran kerja antaranya ialah dalam bidang perbankan dan tawaran untuk
berkhidmat sebagai Angkatan Tentera Malaysia. Tuan Rustam Affandy amat
berminat menjadi seorang pegawai beruniform dan telah menghadiri temu duga.
Namun, arwah bapa beliau telah memohon agar beliau menjadi seorang pendidik.
Melalui nasihat dan inspirasi daripada arwah bapa, beliau melibatkan diri sebagai
seorang guru. Tugas sebagai seorang guru ini telah membawa kepelbagaian
kepimipinan mencorakkan hidup beliau sehingga hari ini.

Tuan Rustam telah berkahwin dan permaisuri yang bertakhta di hati beliau
bernama Halimaton Suhaila binti Din. Isteri beliau merupakan seorang guru
siswazah dan berumur 45 tahun. Isteri beliau telah melanjutkan pelajaran di
Maktab Perguruan Melayu Melaka dan di Universiti Sains Malaysia. Tuan Rustam

39
JURNAL SEJARAH LISAN MALAYSIA ISSN 2600-7088 JILID 3 ISU 2
OKTOBER 2019

Affandy dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua orang perempuan dan
seorang lelaki. Kesemua cahaya mata Tuan Rustam Affandy masih lagi belajar,
anakanda sulung beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara, yang
kedua berada di Institut Pendidikan Guru Malaysia anakanda bongsu beliau masih
bersekolah dan berada di tingkatan lima.

Latar Belakang Pendidikan Tuan Rustam Affandy

Pendidikan sememangnya sesuatu yang amat sinonim dengan karier


beliau sebagai seorang pendidik. Semasa kecil, beliau tidak melalui pendidikan
tadika kerana pada ketika itu masih belum wujud sistem pendidikan tadika. Namun
begitu, beliau memulakan pembelajaran di tahun satu pada tahun 1966 dan
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Iskandar Shah Parit sehinggalah arwah ibu
beliau meninggal. Selepas itu beliau berpindah ke Batu Gajah dan memulakan
pelajaran darjah dua di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yussuf Batu Gajah
dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Sultan Yussuf Batu Gajah
sehingga tingkatan lima serta melanjutkan pelajaran tingkatan enam di Sekolah
Menengah Anglo-Chinese School Ipoh. Beliau telah mendapat tawaran untuk
menyambung pengajian profesional perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris
Tanjung Malim pada tahun 1978. Pada tahun 2007, beliau telah melanjutkan
pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pengurusan
Pendidikan.

Perjalanan Karier Tuan Rustam Affandy

Pada tahun 1980, beliau memulakan kerjaya sebagai guru biasa di


Sekolah Kebangsaan Parit Perak Subjek yang diajar oleh beliau semasa menjadi
guru biasa adalah guru Bahasa Inggeris. Kemudian, dari tahun 1981 hingga 1986
beliau Dilantik menjadi Setiausaha Penilaian Murid-Murid Tahun 5 pada tahun
kedua beliau mengajar sehinggalah tahun keenam perkhidmatannya. Pada tahun
1986, beliau memohon untuk kenaikan jawatan Guru Penolong Kanan hasil
galakan Guru Besar beliau ketika itu, iaitu Cikgu Ibrahim yang mendorong beliau
untuk mengisi jawatan tersebut. Pada tahun ketujuh perkhidmatannya iaitu pada

40
JURNAL SEJARAH LISAN MALAYSIA ISSN 2600-7088 JILID 3 ISU 2
OKTOBER 2019

tahun 1987, beliau telah dilantik sebagai seorang Guru Penolong Kanan. Beliau
hanya menjadi seorang guru biasa selama enam tahun sahaja ketika sepanjang
perkhidmatannya dalam bidang perguruan ini selama tiga puluh sembilan tahun.
Pada ketika itu beliau merupakan antara Guru Penolong Kanan yang termuda di
Malaysia. Pada tahun 1999, beliau mendapat kenaikan pangkat sebagai Guru
Besar di Sekolah Kebangsaan Tronoh. Beliau telah menjalankan khidmat sebagai
seorang guru besar selama 20 tahun.

Karier Sebagai Yang Di-Pertua Gabungan Majlis Guru Besar (GMGBM)

Proses perlantikan berlaku apabila Yang Di-Pertua pada ketika itu bersara. Proses
kenaikkan pangkat kebiasaanya akan mengikut hierarki seperti berikut:

Timbalan
Naib Timbalan Naib Timbalan Yang
Yang
Yang Dipertua Yang Dipertua Dipertua
Dipertua
II GMGBM I GMGBM GMGBM
GMGBM

Rajah 1: Proses Kenaikan Pangkat Mengikut Hierarki

Perjalanan kenaikan pangkat Tuan Rustam Affandy sedikit berbeza daripada


perlantikan sebelum ini. Berikut adalah rajah yang menunjukkan proses kenaikan
pangkat beliau:

Naib Yang Yang Dipertua Naib Yang Yang Di


Dipertua MGB MGB Perak Di Pertua Pertua
Perak (2013) (2015) GMGBM GMGBM
(2016) (2018)

41
JURNAL SEJARAH LISAN MALAYSIA ISSN 2600-7088 JILID 3 ISU 2
OKTOBER 2019

Rajah 2: Menunjukkan Proses Kenaikan Pangkat Tuan Rustam Affandy

Pada tahun 2009 di peringkat Kebangsaan, beliau telah dilantik menjadi


Naib Yang Dipertua MGB Kinta Utara. Selepas tiga tahun, beliau dilantik menjadi
Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Kinta Utara iaitu pada tahun 2012. Di peringkat
negeri pula, beliau telah dilantik menjadi Naib Yang Dipertua Majlis Guru Besar
Perak pada tahun 2013. Kemudian, pada tahun 2015, beliau dilantik menjadi Yang
Dipertua Majlis Guru Besar Perak. Pada tahun 2016 beliau dilantik sebagai Naib
Yang Di Pertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia dan akhir sekali beliau
dinaikkan pangkat menjadi Yang Di Pertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia
pada tahun 2018. Begitulah perjalanan karier beliau sebagai Yang Di Pertua
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia.

Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia

Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ditubuhkan pada tahun 1982 dan
telah berusia 37 tahun. Persatuan ini merupakan majlis permuafakatan di antara
guru-guru besar seluruh negara. Fokus utama ialah berkongsi pengalaman
mengajar demi kecemerlangan pendidikan murid-murid di sekolah. Kedua,
sebagai satu majlis permuafakatan di kalangan guru-guru besar terutama isu yang
berkaitan dengan perkhidmatan guru besar dan fungsi persatuan. Ketiga,
persatuan ini bekerjasama untuk membantu pihak jabatan, pihak pejabat
pendidikan daerah dan kementerian bagi merealisasikan visi dan misi pendidikan
negara.

Terdapat pelbagai program yang dianjurkan oleh Gabungan Majlis Guru


Besar Malaysia sepanjang Tuan Rustam Affandy berkhidmat sebagai Yang
Dipertua. Kebanyakan program merupakan idea daripada diri beliau sendiri.
Program utama adalah dengan mengadakan konvensyen bagi merealisasikan
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu ingin menambah baik sistem
pendidikan negara. Guru besar haruslah sedar mereka berperanan untuk
menjalankannya (Utusan Borneo Online). Program kedua adalah, mereka
mengadakan kolokium dan perjumpaan bersama pihak luar. Program ketiga

42
JURNAL SEJARAH LISAN MALAYSIA ISSN 2600-7088 JILID 3 ISU 2
OKTOBER 2019

adalah, Program Kepimpinan Alaf Baru di Universiti Kebangsaan Malaysia.


Pendidikan Alaf Baru diterapkan dalam program tersebut bagi memenuhi
keperluan murid-murid. Selaras dengan arahan dari pihak kementerian iaitu
memastikan murid sekolah rendah mampu mencapai tahap minimum bagi setiap
mata pelajaran dan mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi.

Antara Isu yang Dikendalikan Semasa Menjadi Seorang Guru Besar

Isu yang pertama ialah, cabaran untuk mendorong guru-guru untuk bekerja
sebagai satu pasukan. Kemahiran daripada guru besar diperlukan untuk
membimbing guru-guru supaya dapat bekerjasama sebagai satu pasukan demi
kecemerlangan murid-murid di sekolah. Sebagai seorang guru besar, beliau
dikehendaki turun padang bersama-sama dengan guru, bagi mendengar masalah
mereka. Apabila beliau mendengar masalah guru, akan ada sikap toleransi di
antara para guru. Isu yang kedua, ialah mengenai pelajar yang bermasalah.
Apabila berhadapan dengan pelajar bermasalah, beliau perlu mengenalpasti
punca permasalahan tersebut. Apabila telah dikenalpasti masalah tersebut, pihak
sekolah akan pergi berjumpa dengan ibu bapa, berbincang dengan jawatankuasa
Persatuan Ibu bapa dan Guru untuk memantau dan menyelesaikan hal-hal murid
yang bermasalah ini.

Isu yang ketiga, ialah masalah keselamatan pelajar di sekolah. Beliau telah
menyuarakan tentang keselamatan murid-murid di sekolah semasa konvensyen
di Kuching. Murid-murid yang bersekolah di sekolah kerajaan akan diberi
perlindungan insuran takaful. Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,
mereka berhak membuat tuntutan. Isu yang keempat ialah, terdapat dalam
kalangan guru yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi
dan tidak amanah. Sebagai contoh, guru bimbingan mengaibkan pelajar dalam
kalangan guru-guru. Setiap guru bimbingan perlu menandatangani perakuan
bersama dengan guru besar bahawa semua sesi bimbingan adalah bersifat sulit.
Guru bimbingan seharusnya merujuk kepada guru besar sahaja tentang isu dan
masalah murid-murid.

43
JURNAL SEJARAH LISAN MALAYSIA ISSN 2600-7088 JILID 3 ISU 2
OKTOBER 2019

Sumbangan dan Anugerah yang Diperoleh

Antara sumbangan beliau ialah Program Fun learning bersama pihak


Movie Animation Park Studio (MAPS). Sebagai Yang DiPertua Majlis Guru Besar
Malaysia, Tuan Rustam Affandy telah bekerjasama dengan pihak Movie Animation
Park Studio dengan mengadakan program ‘fun learning’ yang diistilahkan sebagai
edutainment (Perak Today). Edutainment ialah ‘education and entertainment’ di
mana tujuan program ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar sekolah
rendah untuk belajar. Di Ipoh terdapat dua pusat edutainment iaitu di MAPS dan
Lost World of Tambun. Manakala di ibu kota Kuala Lumpur terdapat beberapa
pusat edutainment seperti KidZania, Menara Kuala Lumpur dan sebagainya.
Menurut beliau, jika murid-murid ini di bawa ke pusat-pusat edutainment ini akan
menambahkan keceriaan di samping meningkatkan pengetahuan mereka. Selain
itu, pusat-pusat ini juga menyediakan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

Tuan Rustam Affandy mengatakan bahawa kadangkala masyarakat


mempunyai persepsi yang kurang tepat terhadap pusat rekreasi, sebagai contoh
pusat rekreasi Lost World of Tambun hanyalah merupakan pusat rekreasi air
semata sedangkan Lost World of Tambun mempunyai mini zoo dan haiwan-
haiwan eksotik yang sukar dijumpai. Selain itu, dari segi pembayaran tiket pelajar,
Tuan Rustam Affandy memohon untuk tiket masuk ke pusat-pusat edutainment
tersebut diberi harga yang berpatutan kepada murid sekolah. Pihak MAPS
menawarkan harga istimewa untuk pelajar sekolah rendah, iaitu bayarannya
hanya RM50. Di dalam bayaran RM50 itu, pihak MAPS ada juga menyediakan
‘lunch box’ untuk murid-murid tersebut. Bayarannya sangat berpatutan kerana
harga tiket biasa boleh mencapai RM200. Menurut beliau lagi, pusat rekreasi Lost
World of Tambun juga menawarkan pakej yang lebih kurang sama tetapi harganya
dalam lingkungan RM60.

Beliau juga telah


memperjuangkan
kenaikkan gred guru besar dan guru
penolong kanan. Semenjak Tuan
Rustam Affandy dilantik sebagai
Yang DiPertua GMGBM, beliau

44
JURNAL SEJARAH LISAN MALAYSIA ISSN 2600-7088 JILID 3 ISU 2
OKTOBER 2019

memberi fokus lebih kepada isu ini. Menurut Aanuar Zulkifli, Tuan Rustam Affandy
memperjuangkan kenaikkan gred Guru Penolong Kanan sekolah rendah di mana
gred hakiki mereka hanyalah DG32. Manakala Guru Penolong Kanan sekolah
menengah pula, gred hakiki mereka ialah DG48 (Utusan Malaysia). Menurut Abd
Mutalib (2017), apabila guru sekolah rendah dinaikkan pangkat menjadi guru
besar, mereka hanya akan dinaikkan ke gred DG34 manakala guru di sekolah
menengah akan dinaikkan ke gred DG52 (Berita Harian). Menurut beliau,
ketidaksamarataan ini akan menyebabkan rasa kurang senang di kalangan guru-
guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG). Menurut beliau, walaupun guru
tersebut mempunyai potensi dan berkomited, gred hakikinya masih rendah. Tuan
Rustam Affandy menyuarakan isu ini di hadapan Yang Amat Berhormat Timbalan
Perdana Menteri semasa beliau menghadiri Konvensyen dan Persidangan Majlis
Guru Besar negeri Perak pada tahun 2017. Pada ketika itu, Yang Amat Berhormat
memaklumkan bahawa isu ini akan dibawa ke mesyuarat jabatan kuasa kabinet,
namun isu ini tergantung begitu sahaja.

Pada tahun 2018, sekali lagi beliau membawa isu ini kepada Yang
Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, iaitu Yang Berhormat Dr. Maszlee bin
Malik. Yang Berhormat berjanji akan melihat isu ini. Menurut L Manimaran,
semasa Konvensyen dan Perwakilan GMGBM pada tahun 2019 di Kuching baru-
baru ini, di hadapan Yang Berusaha Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, sekali
lagi Tuan Rustam Affandy menyuarakan isu ini dan Ketua Pengarah Ketua
Pelajaran Malaysia berkata “it’s a logical move” (Berita Harian). Beliau berkata lagi,
sepatutnya skim guru besar ini perlu diubah, kerana zaman kini tidak sama dengan
apa yang ada pada zaman dahulu. Beliau berpendapat bahawa apabila sistem
pendidikan berubah daripada yang lama kepada yang baru, maka skim
perkhidmatan guru besar ini juga harus berubah. Kenaikan gred ini akan
dijalankan sebaik sahaja Tuan Rustam Affandy bersara dan guru-guru besar
Malaysia dapat dinaikkan gred DG52.

Anugerah yang Diterima oleh Tuan Rustam Affandy

Sepanjang beliau berkecimpung dalam bidang pendidikan, beliau telah


mendapat pelbagai anugerah. Antara anugerah yang beliau terima ialah Anugerah

45
JURNAL SEJARAH LISAN MALAYSIA ISSN 2600-7088 JILID 3 ISU 2
OKTOBER 2019

Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali, dan yang tebaru adalah pada tahun
2018. Seterusnya, beliau mendapat Pingat Penghormatan Guru Daerah Kinta
Utara pada tahun 2010. Beliau berkata anugerah Darjah Paduka Mahkota Perak
yang diterima pada tahun 2007 merupakan anugerah yang paling diingati. Beliau
juga telah mendapat anugerah Darjah Ahli Mahkota Perak pada tahun 2003.

Kesimpulan

Tuan Rustam Affandy Abdul Aziz akan menamatkan kerjayanya dalam


bidang pendidikan tidak lama lagi. Sebelum beliau menamatkan kerjaya beliau,
pendidikan abad ke 21 akan diterapkan dalam sistem pendidikan. Beliau
merupakan seorang penjuang didikan yang disegani dalam kalangan pemimpin.
Berdasarkan pengalaman dan perjalanan hidup beliau, dapat dilihat bahawa
beliau mempunyai nilai kesungguhan, nilai kepimpinan dan komitmen yang tinggi
dalam setiap aspek kehidupan beliau. Pelbagai anugerah dan sumbangan yang
telah beliau berikan bagi menaikkan sistem pendidikan Malaysia. Melalui program
sejarah lisan ini beliau dapat dikenali dan menjadi inspirasi kepada generasi muda
masa kini.

BIBLIOGRAFI

Anuarzulkifli, A. (2017, November 22). Kabinet kaji gred gaji guru besar,
penolong kanan. Utusan Malaysia. Dikases dari
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kabinet-kaji-gred-gaji-guru-
besar-penolong-kanan-1.557921

Abd Mutalib, Z. (2017, November 24). TPM terima laporan gred guru besar.
Berita Harian. Diakses dari

46
JURNAL SEJARAH LISAN MALAYSIA ISSN 2600-7088 JILID 3 ISU 2
OKTOBER 2019

http://www.bhplus.com.my/berita/nasional/2017/11/354879/tpm-
%20terima-laporan-gred-guru-besar

MAPS Tawar Pakej Istimewa Untuk Murid Sekolah Rendah. (2019, January 16),
Perak Today. Diakses dari https://peraktoday.com.my/2019/01/maps-
tawar-pakej-istimewa-untuk- murid-sekolah-rendah/

Report on headmasters' grades given to DPM. (2017, December 02). The Star
Online. Diakses dari
https://www.thestar.com.my/news/education/2017/12/03/report-on-
headmasters-grades-given-to-dpm/

Rustam Affandy Abdul Aziz. (2019, April 14). Personal Interview.

47

You might also like