You are on page 1of 1

2/9/2017 Biodata Amalina Che Bakri

Pengarah di DBKL. Beliau dibesarkan di Johor Bahru. Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika
Farleys di Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran
babab.net (http://babab.net) : (Selamat) | Disable Script di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1,
(http://babab.net/out/biodata-amalina-che-
Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bahru (darjah 2-4), Sekolah
bakri.html&sandbox=on) | Report! (http://babab.net/contact/biodata-amalina-che-bakri.html) | Close
Kebangsaan Taman Daya, Johor Bahru (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6).
(http://medianegaraku.blogspot.com/2016/06/biodata-amalina-che-bakri.html)

Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan
St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah
Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat
aktif dalam bidang kokurikulum.

Beliau pernah menyertai 50 pertandingan di sekolahnya. Antaranya ialah: Sayembara puisi, lagu,
pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah dan bersajak. Beliau pernah dimahkotakan
sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 besertakan Johan Pidato Permodalan Nasional
Berhad.

Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati
program-program televisyen yang kelihatan realiti seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National
Geographic dan Discovery Channel. Ini kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan
menjadi inspirasi kepada beliau. Beliau sentiasa melayari Internet untuk mendapatkan maklumat-
maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara
untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat mereka.

Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau
yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang
kuat untuk berjaya.

Beliau melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 di
Cheltenham Ladies College dan medapat 5A dalam program A-Level. Seterusnya, beliau
melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda perubatan di University of Edinburgh,
Scotland pada September 2007. Semasa di University of Edinburgh, Amalina memperoleh satu
lagi ijazah, iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Biomedik dalam Farmakologi pada Julai 2010 semasa
dalam pengajian ijazah sarjana muda perubatannya. Beliau akhirnya menamatkan pengajian dalam
bidang perubatan pada Julai 2013.

Pengajian beliau dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia di bawah Program Biasiswa
Kijang Emas.

Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran AmericanClose
Field Ad
Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan
sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana.
Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan
juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.

Selepas menamatkan pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013, beliau telah
melanjutkan pengajian dalam Masters of Philosophy (MPhil) in Translational Medicine and
Therapeutics (TMAT) di University of Cambridge dan menjalani latihan sebagai doktor junior di
Hospital Universiti Cambridge selama 2 tahun sebelum memulakan latihan sebagai seorang doktor
pakar bedah kelak. Beliau juga memaklumkan bahawa beliau memerlukan sekurang-kurangnya 6-
7 tahun untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dalam bidang kanser payudara dan
onkoplastik. Nur Amalina telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Kelas Pertama pada
pertengahan 2015.

Seterusnya, beliau telah meneruskan pengajian di Imperial College London pada Ogos 2015 untuk
menjadi seorang doktor pakar bedah dan felo akademik klinikal di bawah naungan NHS Healthcare
http://babab.net/out/biodata-amalina-che-bakri.html 1/1

You might also like