You are on page 1of 3

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN LIDONG,BELURAN


PETI SURAT 04,90107 BELURAN
SANDAKAN SABAH

Yang Berhormat Datuk Micheal Asang

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN CSR


1. LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG
2. TIANG GOL

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja tersebut untuk memudahkan pihak tuan mengambil
tindakan selanjutnya.

3. Keperihatinan dan kelulusan daripada pihak syarikat tuan didahului dengan ucapan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

BASRUN BIN DATU ADAM


Yang DiPertua PIBG SK Lidong,Beluran
SABAH
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN LIDONG,BELURAN
PETI SURAT 04,90107 BELURAN
SANDAKAN SABAH
Melalui :-
Pengerusi JKK Kampung Lidong,
Pengerusi JKK Kampung Lubuk Dungun,
Pengerusi JKK Kampung Penimbanan.
90107 Beluran,Sandakan.
SABAH. Tarikh : 28 Julai 2017

YB.Datuk Seri Panglima Micheal Asang.


Adun N40 Labuk

Yang Berhormat Datuk,


PER: PERMOHONAN SOKONGAN CADANGAN PEMBIN AAN JETI
SEKOLAH KG LIDONG, BELURAN

Dengan hormatnya saya menarik perhatian pihak YB. Datuk Seri Panglima Micheal Asang
mengenai perkara di atas.
2. Untuk pengetahuan YB Persatuan Ibu Bapa Dan Guru bersama Pemimpin masyarakat
Kampung telah berbincang untuk membina sebuah jeti bagi kemudahan Pelajar sekolah dan
penduduk kampung kerana jeti yang sedia ada terlalu uzur dan tidak selamat untuk digunakan lagi
atas sebab-sebab berikut:
1) Kegunaan Pihak Jabatan / Agensi kerajaan yang mengunakan laluan sungai untuk tiba ke
Sk Lidong.
2) Kegunaan orang awam yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah melalui sungai
3) Pusat persinggahan awam semasa pilihan raya kerana Sk Lidong,Beluran merupakan
Pusat mengundi di daerah Beluran.

3. Bersama-sama ini juga kami lampirkan bersama kerta kerja projek bagi pembinaan
Jeti tersebut
Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak YB. Dato’Seri Panglima Micheal Asang dalam
perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian,Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
Saya yang menurut perintah,
BASRUN BIN DATU ADAM
YDP PIBG SK Lidong,
Beluran

Sk.
Pengerusi JKK Kampung Lidong,
Pengerusi JKK Kampung Lubuk Dungun,
Pengerusi JKK Kampung Penimbanan.
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN LIDONG,BELURAN
PETI SURAT 04,90107 BELURAN
SANDAKAN SABAH

KERTAS KERJA PROJEK PEMBINAAN JETI SEKOLAH SK LIDONG

1. Nama Projek
Projek Pembinaan Jeti di Sk Lidong Beluran

2. Penjelasan tentang cadangan projek


Cadangan projek pembinaan jeti ini dibuat bagi memberi kemudahan kepada pelajar
Sk Lidong dan penduduk di Kampung untuk melabuhkan bot di satu kawasan sahaja.

3. Objektif/Tujuan
Objektif utama pembinaan jeti ini ialah untuk memberi peluang kepada penduduk di
kampung ini meningkatkan taraf ekonomi dengan pelbagai aktiviti yang boleh
dijalankan di kawasan jeti. Antaranya ialah kemudahan menyewa bot, kemudahan
kepada pelancong mendapatkan bot, untuk tujuan memancing dan sebagainya.

4. Manfaat/kebaikan projek
Manfaat dan kebaikan projek ini ialah nelayan di kampung ini dapat menjual hasil
tangkapan mereka setiap hari di kawasan jeti. Ia juga dapat meningkatkan dan
memberi peluang peniagaan kepada penduduk setempat. Di samping itu ia juga dapat
memastikan generasi akan datang dapat mengekalkan kegiatan ekonomi di kampung
ini.

5. Rancangan perlaksanaan dan keperluan


Rancangan perlaksanaan ini dibina kawasan tanah Sekolah. Selain itu, kawasan tanah
ini juga dikenalpasti sebagai kawasan yang strategik kerana ia berhampiran kawasan
dengan sungai. Kegunaan Pihak Jabatan / Agensi kerajaan yang mengunakan laluan
sungai untuk tiba ke Sk Lidong jeti ini juga merupakan Pusat persinggahan awam
semasa pilihan raya kerana Sk Lidong,Beluran merupakan Pusat mengundi di daerah
Beluran.

6. Anggaran kos pembinaan


Anggaran kos pembinaan jeti ini dianggarkan sebanyak RM 100,000. Ini ialah
berdasarkan kepada keluasan jeti yang bersaiz 20’X30’. Anggaran ini juga
merangkumi penggunaan bahan-bahan seperti besi, konkrit, kayu, upah perunding dan
buruh.

You might also like