You are on page 1of 2

Khairun Najibah bt Mohd Said,

Universiti Malaysia Sarawak,


94300 Kota Samarahan,
Sarawak.
_______________________________________________________________________
Bahagian Latihan,
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
50560 Bukit Aman,
Kuala Lumpur. 21 FEBRUARI 2017.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI .


Merujuk perkara di atas, saya, Khairun Najibah bt Mohd Said, 52129, ingin memohon
jasa baik pihak tuan/puan agar dapat memberi peluang kepada saya untuk menjalani
latihan industri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Ipoh, Bahagian Forensik selama sepuluh
(10) minggu bermula dari 3 Julai 2017 hingga 8 September 2017.

2. Untuk makluman tuan/puan, saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains
dengan Kepujian dalam jurusan Bioteknologi Sumber di Universiti Malaysia Sarawak.
Saya telah menyempurnakan tiga semester pengajian dan CGPA saya yang terkini adalah
2.77. Saya kini mencari tempat untuk menjalani latihan industri kerana ianya merupakan
salah satu syarat untuk menamatkan pengajian.

3. Hasil pemerhatian saya mendapati bahawa agensi tuan/puan merupakan tempat yang
sangat sesuai untuk saya melanjutkan latihan industri. Selain itu, saya juga berjanji akan
memberikan khidmat dan sumbangan terbaik kepada agensi tuan/puan. Saya percaya saya
akan dapat menimba pengalaman dan ilmu melalui latihan industri di organisasi
tuan/puan.
4. Bersama-sama ini saya sertakan surat rasmi universiti, resume, pre-transkrip terkini
dan borang jawapan untuk penilaian pihak tuan/puan. Diharapkan permohonan ini akan
mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan/puan dan segala
kerjasama saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang benar,
_________________________________
(KHAIRUN NAJIBAH BT MOHD SAID)
Pelajar,
Universiti Malaysia Sarawak.

You might also like