You are on page 1of 50

1. Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Lazada.

Sebelum memulakan penerangan & panduan dengan lebih lanjut, eloklah saya
memaklumkan beberapa perkara penting yang patut anda ketahui mengenai Lazada
[Jangan Skip Untuk Membaca Part Ini].

a. Group Support. Lazada menyediakan Facebook Group Support kepada


seller di Lazada. Ia diuruskan oleh pihak Lazada sendiri iaitu di
https://www.facebook.com/groups/LazadaMYSellerCommunity/.
Bagaimanapun, anda hanya boleh menyertai group ini setelah selesai
mendaftar sebagai ahli.

[SANGAT PENTING UNTUK ANDA MENYERTAI GROUP SUPPORT FACEBOOK


INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT BERKENAAN SEGALA MASALAH YANG
TIMBUL DI LAZADA]

2. Pengiraan Keuntungan.

a. Pihak Lazada tidak mengenakan fees namun terdapat payment gateway


fees sebanyak 2% yang dikenakan oleh pihak ipay88. Bahasa mudah, setiap
jualan produk anda akan dikenakan payment fees sebanyak 2%.

b. Contoh, nilai produk jualan anda ialah RM100.00. Maka fees yang
dikenakan ialah RM2. Hanya RM2 akan diambil dari wang jualan anda.

1
1. PENDAFTARAN

1. Panduan Memohon Sebagai Seller di Lazada.

a. Keperluan Permohon. Terdapat 2 kaedah untuk anda menjadi seller iaitu


Individual dan Business.

i) Individual - Personel. Keperluan bagi mendaftar sebagai


Individual adalah salinan Kad Pengenalan dan Account Bank Statement
(Maybank2u dibenarkan). Keperluan lain ialah mesin cetak (printer) yang
mana diperlukan untuk mencetak consigment penghantaran.

ii) Business - Perniagaan. Keperluan bagi mendaftar perniagaan


anda di Lazada adalah seperti berikut:

1) SSM (syarikat enterprise memadai).

2) Akaun bank syarikat berdasarkan SSM tersebut.

3) Cop syarikat.

4) Salinan kad pengenalan pemilik syarikat.

5) Mesin Cetak (Printer) untuk mencetak consigment Lazada.

2. Prosedur Menjadi Seller Di Lazada.

a. Permohonan menjadi seller adalah terbuka sepanjang masa! Anda boleh


mendaftar di https://www.lazada.com.my/sell-on-lazada/.

2
b. Di halaman seterusnya, isikan maklumat-maklumat diri anda. Pilih samaada
anda ingin mendaftar sebagai Individual atau Business.

3
c) Di akhir halaman tersebut, anda perlu menghantar Salinan Bank Akaun,
Salinan Kad Pengenalan dan Salinan GST syarikat (jika ada).

d) Selesai. Anda akan terus menerima akses ke akaun anda seperti di


bawah.

3. Sebelum akaun anda diaktifkan, terdapat 3 perkara yang perlu anda lakukan
iaitu Training, Add Product dan Menandatangani E-Contract (sebelum akaun anda
diaktifkan).

4
a. Training. Terdapat 2 bahagian training yang perlu anda ikuti.

i) Youtube Video (tonton sehingga selesai video tersebut)

ii) Menjawab 5 soalan mengenai panduan listing di Lazada (jawapan boleh


diperolehi dalam Youtube Training)

Di halaman sebelum anda menonton video Youtube Training, terdapat halaman


[MY] SSU OB AUTOMATION. Anda tidak perlu mengisi ruangan SELLER
CENTRE ID terlebih dahulu. Teruskan menonton video training.

5
SELLER CENTRE ID akan dimaklumkan melalui email. Atau anda boleh melihat
SELLER CENTRE ID anda di Profile.

Seller Centre ID boleh dilihat di halaman tersebut.

b. ADD PRODUCT. Membuat listing pertama anda. (Huraian diterangkan


pada bab seterusnya).

c. Menandatangani E-Contact dengan pihak Lazada. E-contract akan


diperolehi dalam masa 2 -3 hari melalui email selepas anda selesai mengikuti
Training & Add Product

4. Selesai!

6
2. LAZADA SELLER CENTRE

1. Pengenalan kepada Lazada Seller Centre adalah seperti berikut:

a. Label A. No. 95 pada pada bahagian A bermaksud anda mempunyai 95


pesanan pada masa kini yang belum diproses. Pecahan seterusnya adalah
seperti berikut:

PERKARA PENERANGAN
Since > 24h Pesanan anda yang belum diproses melebihi 24 jam adalah 67.
Since 12 - 24h Pesanan yang anda terima dalam masa 24 jam tetapi melebihi 12
jam adalah 12.
Since < 12 Pesanan yang anda terima dalam masa 12 jam dari sekarang
adalah 16.
Daily Order Pesanan maksimum yang boleh anda terima dalam masa 24 jam
Volume ialah 115. Jika tempahan yang anda terima melebihi 115, maka
limitation semua listing produk anda akan deactivate sehingga jam 12 tgh
(OVL) malam. Ini kerana Lazada mahu memastikan anda mampu
memproses pesanan dalam tempoh masa tertentu.

OVL ini akan meningkat atau menurun dari masa ke semasa


mengikut penilaian Lazada.

b. Label B. Rating 4.35 adalah rating semasa bagi akaun anda. Rating
penuh adalah 5.0. Akaun anda akan menunjukkan logo TOP RATED SELLER di

7
Lazada jika anda berjaya mencapai 5.0 pada tempoh masa tertentu. Pecahan
seterusnya adalah seperti berikut:

PERKARA PENERANGAN
Cancellation Peratusan cancellation yang anda terima dalam tempoh masa
Rate tertentu.

Sebagai contoh, jika anda menerima 100 order dalam tempoh


masa 2 minggu dan 1 daripada orders tersebut di batalkan oleh
Lazada kerana masalah tertentu, maka peratusan cancellation
rate anda ialah 1%.
Ready To Ship Peratusan yang anda perolehi untuk memproses orders dalam
masa 24 jam. Penerangan lanjut mengenai perkara ini boleh
dilihat di bahagian PEMPROSESAN ORDER
Return Rate Peratusan yang anda terima bagi orders yang dipulangkan.
Orders yang dipulangkan boleh berlaku atas beberapa sebab. Di
antaranya ialah produk rosak, saiz baju yang salah (jika anda
menjual baju) dan lain-lain lagi.
Shipped in 48h Peratusan kebolehan anda untuk menghantar produk dalam masa
48 jam.

c. Label C. Menunjukkan jualan semasa anda.

PERKARA PENERANGAN
Sales Today Jumlah jualan anda dalam masa 24 jam bermula 12 tgh malam.
This Week Jumlah jualan anda dalam masa 7 hari dari hari ini.
This Month Jumlah jualan dalam masa sebulan. Jumlah jualan ini dikira pada
setiap 1 haribulan setiap bulan.

d. Label D. Status bagi produk baru yang anda jual di Lazada.

2. Buat makluman anda, Lazada menetapkan beberapa syarat penting sebelum


meluluskan produk anda dijual di Lazada. Jesteru, apabila anda membina listing
baru di Lazada, pihak Lazada akan membuat review produk anda sebelum live di
laman Lazada.com.my

PERKARA PENERANGAN
Rejected Produk anda yang tidak diluluskan oleh Lazada. Ini mungkin
Pruducts (Poor berlaku kerana maklumat tidak lengkap, tidak memenuhi
Quality) keperluan Lazada atau lain-lain.
Rejected Produk tidak diluluskan kerana kualiti gambar yang tidak

8
Products memenuhi syarat-syarat Lazada.
(Image
Missing)
Approved Produk anda yang telah diluluskan oleh Lazada dalam tempoh
Products masa tertentu.
Pending Produk anda yang masih dalam review pihak Lazada.
Products

3. PRODUK LISTING

1. Konsep Asas Listing.

a. Perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum membina listing adalah
seperti berikut:

i) Listing Review. Tidak seperti Shopee, Lelong atau 11street, Lazada


akan review listing anda sebelum ianya ‘live’ di laman utama.

ii) Counterfeit Produk (copy ori / fake produk). Jika anda menjual
produk counterfiet, Lazada serta merta mengesan produk tersebut
melalui perkara-perkara berikut:

1) Keyword. Lazada serta merta tidak akan meluluskan listing


produk tersebut jika mengesan anda menggunakan produk counterfier.
Sebagai contoh, jika anda menjual baju dan menggunakan keyword
Harley Davidson (counterfeit).

2) Gambar. Tempoh review listing adalah 24 - 48 jam. Pihak Lazada


akan mengesan samaada produk tersebut adalah produk counterfeit
dalam tempoh tersebut.

iii) Gambar Produk. Keperluab bagi gambar produk adalah seperti


berikut:

9
1) Saiz Gambar. Saiz gambar hendaklah kurang dari 300KB.

2) Gambar Produk. Saiz gambar produk yang dibenarkan ialah 600 x


600 pixel ke atas sahaja.

3) File Gambar. Gambar mestilah jenis JPG atau PNG sahaja. GIF
tidak dibenarkan

PANDUAN LISTING

3. Panduan membina listing adalah seperti berikut:

a. Panduan listing single produk adalah seperti berikut. Layari ke


PRODUCTS> ADD PRODUCTS.

10
b. Anda akan sampai ke bahagian pemilihan kategori. Pilih kategori yang
sesuai bagi produk anda.

c. Seterusnya bahagian SPU Information. Di sini bahagian yang perlu anda


masukkan ialah BRAND dan MODEL. Ia adalah untuk mengenalpasti jenama
produk yang anda gunakan. Jika tiada atau produk anda tidak mempunyai
jenama, labelkan produk anda sebagai OEM.

11
d. Anda kemudiannya akan dibawa kebahagian MORE DETAILS bagi mengisi
maklumat produk. Buat makluman, oleh kerana Lazada menyediakan lamannya
dalam dwi bahasa (B.Malaysia dan B. Inggeris), anda perlu mengisi kedua-dua
bahagian.

Tiada kekangan pada bahagian ini. Saya sendiri meletakkan maklumat produk dalam Bahasa
Inggeris bagi kedua-dua bahagian.

e. NAME dan NAME (MALAY) adalah tajuk (keyword) bagi produk anda.
Bahagian ini sangat penting kerana ia membantu carian pelanggan ke produk
anda.

12
Kebiasaannya saya mengisi kedua-dua bahagian dalam Bahasa Inggeris untuk
menjimatkan masa

f. PRODUK DESCRIPTION. Di sini anda boleh meletakkan maklumat dan


gambar produk anda dengan lebih terperinci. Anda boleh melakukannya
secara manual atau menggunakan kompozer.

4. Bahagian description ialah bahagian penerangan produk. Di Lazada, ianya


kelihatan seperti di bawah:

13
Description juga terdiri daripada dwi bahasa iaitu B. Malaysia dan B. Inggeris.

g. HIGHLIGHTS. Highlights adalah ringkasan mengenai produk anda.

14
i) Bahagian ini juga adalah wajib diisi dan anda perlu meletakkan
sekurang-kurangnya 3 maklumat mengenai produk. Bullet point juga wajib
diletakkan seperti di dalam gambar di atas.

ii) Pada laman Lazada, maklumat HIGHLIGHTS akan dipaparkan seperti


gambar di bawah.

h. WARRANTY. Wajib di isi. Jika anda mempunyai warranty bagi


produk anda, sila isikan. Jika tidak, sila masukkan NO WARRANTY bagi produk
anda (terutamanya bagi produk OEM).

i. EXTERNAL URL. Tidak wajib diisi.

5. Setelah selesai mengisi laman ini, klik NEXT.

a. Anda akan sampai ke halaman SKU DESCRIPTION seperti di bawah. SKU


bermaksud Stok Keeping Unit. SKU adalah wajib bagi setiap produk dan
mewakili produk itu sendiri. Lebih mudah disebut, SKU adalah bar code bagi
setiap item yang mana ini memudahkan anda mengenal pasti produk anda jika
anda mempunyai ratusan produk.

15
b. Setiap produk mempunyai SKU yang berlainan di Lazada. Begitu juga
dengan saiz. Jika anda menjual baju, maka setiap design perlu mempunyai SKU
tersendiri.

c. SKU DESCRIPTION.

i) Contoh bagi SKU adalah seperti berikut:

1) Produk Baju Kanak-kanak Biru anda letakkan BB0001.

2) Produk Baju Kanak-Kanak Kuning, anda letak BK0001.

d. Katakan anda menjual baju kanak-kanak dengan saiz 3 - 6 months, 6 - 12


months dan 12 - 18 months, maka SKU anda adalah seperti berikut:

e. Beberapa bahagian SKU akan muncul selepas anda tick pada SKU tersebut.
Masukkan maklumat bagi mengikut SKU yang anda pilih. Contoh di bawah,
maklumat mengenai Baju Kanak-kanak saiz 3 - 6 months.

16
f. Perbezaan PRICE (CALCULATED) dan SPECIAL PRICE. PRICE
(CALCULATED) adalah harga yang anda berikan sebelum diskaun dan
SPECIAL PRICE adalah harga selepas diskaun.

g. Pentingnya bahagian ini adalah kerana ia ‘mencantikkan’ produk anda dan


mendorong pelanggan klik listing produk.

h. Ia sebenarnya hanyalah kaedah marketing yang dijalankan oleh Lazada.

17
Produk anda akan menunjukkan seperti diskaun dengan fungsi
PRICE (CALCULATED) dan SPECIAL PRICE

i. Seterusnya bahagian START DATE OF PROMOTION adalah bila


anda mula memberi diskaun tersebut dan END DATE OF PROMOTION
adalah tarikh tamat diskaun tersebut.

j. BAHAGIAN FREE ITEMS pula ialah di mana jika anda memberi sebarang
hadiah / saguhari jika membeli produk tersebut. Paparan sebenar bagi FREE
ITEMS akan kelihatan begini di laman Lazada.

18
k. WHAT'S IN THE BOX. Bahagian wajib diisi. Di sini anda perlu mengisi
bilangan / bahagian anda bagi mengelakkan pembeli keliru tentang produk
anda. Sebagai contoh, jika anda menjual 1 x set meja belajar kanak-kanak,
maka anda anda boleh mengisi dengan 1 x meja dan 1 x kerusi.

l. WEIGHT, LENGHT DAN WIDTH. Perlu diisi. Lenght, width dan height,
anda perlu mengisi panjang, lebar dan berat produk anda apabila dibungkus
untuk dihantar. Perkara-perkara yang perlu anda ketahui adalah seperti
berikut:

i) Lazada tidak mengenakan sebarang cas untuk panjang, lebar atau


tinggi produk ini. Cas tambahan yang dikenakan hanyalah untuk berat!
Contoh, jika anda menjual almari yang panjangnya hingga 2 meter, TIADA
MASALAH!

Contoh: Anda membuat penghantaran produk bantal menggunakan


POSLAJU biasa. Walapun bantai itu sangat ringan dan tidak melebihi
0.5 kg, tetapi anda tetapi dikenakan cas berlainan kerana panjang
bantal itu melebihi 30 cm!

6. Selesai!

Soalan: Apa Yang Berlaku Selepas Itu?

Jawapan: Produk anda tidak akan terus ‘live’ di Lazada sebaliknya ia akan di review
oleh pihak Lazada. Kebiasaannya mengambil masa 24 jam.

7. Masalah Berkaitan Listing. Jika listing produk anda mempunyai masalah, ia


tidak akan diluluskan dan diletakkan di bahagian IMAGE MISSING atau POOR
QUALITY.

a. Klik PRODUCTS> MANAGE PRODUCTS dan anda akan dibawa ke halaman


PRODUCT OVERVIEW

19
b. IMAGE MISSING. Masalah gambar produk yang anda masukkan.

i) Masalah ini berpunca daripada beberapa sebab iaitu seperti masalah


web (sistem web lazada sendiri yang bermasalah), saiz gambar anda yang
kecil atau kualiti gambar yang buruk.

20
ii) Lazada tidak akan membenarkan listing anda ini ‘go live’ kerana
masalah ini. Anda perlu menukar gambar dengan hanya klik pada bahagian
sebelah kanan (ACTIONS> MANAGE PRODUCT IMAGES) dan tukar
kepada gambar yang lebih baik.

c. POOR QUALITY. Masalah ini adalah kerana kesilapan semasa anda


membuat listing.

BIL MASALAH PENYELESAIAN


1. Kesilapan / salah memilih Maklumkan kesilapan memilih kategori ini
kategori kepada pihak lazada akan membetulkan
kategori bagi listing ini. Selesai.
Listing anda akan live dan anda tidak
perlu untuk melakukan apa-apa lagi.
2. Kategori Barangan Terlarang Jika anda sememangnya menjual
barangan terlarang seperti Penis
Enlargement, Cigarette dan lain-lain,
maka sememangnya tiada penyelesaian
kerana anda memang tidak dibenarkan
menjual produk tersebut.
Jika anda menjual produk yang
dibenarkan tetapi dikenalpasti sebarang
produk terlarang, hubungi pihak Lazada
untuk membetulkan kategori tersebut.
Pihak lazada akan membetulkan kategori
bagi listing ini. Selesai.

21
3. Tidak menulis package Anda boleh kembali edit listing ini di
dimension dan berat bahagian sebelah kanan listing tersebut.
Action> Edit Listing dan masukkan saiz
parcel anda yang tertinggal.

22
4. PENGHANTARAN

1. Terdapat 2 cara untuk membuat penghantaran kepada pelanggan.

a. Menggunakan courier yang disediakan oleh Lazada. Iaitu anda melakukan


pemprosesan seperti biasa dan seterusnya menghantar produk yang siap
untuk dihantar kepada courier yang disediakan oleh Lazada.

b. Tidak menggunakan courier yang disediakan oleh Lazada. Iaitu anda


melakukan pemprosesan seperti biasa dan namun tidak menggunakan courier
yang disediakan oleh Lazada.

Contoh:
Ali menerima 3 order pada hari ini dan perlu membuat penghantaran dalam
masa 48 jam. Courier yang digunakan oleh Ali ialah Skynet. Namun oleh
kerana Ali perlu ke satu tempat yang lain dan tidak dapat membuat
penghantaran menggunakan Skynet, maka Ali terpaksa menggunakan
perkhidmatan POSLAJU pada hari tersebut.

Ali masih boleh membuat penghantaran produk menggunakan POSLAJU


(delivery using own fleet) dan memaklumkan tracking number POSLAJU
tersebut kepada pihak Lazada (perkara ini dihuraikan dalam tajuk
DELIVERY USING OWN FLEET).

PEMPROSESAN ORDER

Samaada anda membuat penghantaran menggunakan courier yang disediakan oleh


Lazada atau menggunakan courier pilihan anda (delivery using own fleet), langkah
pemprosesan order pada bab ini masih perlu dilakukan. Ia amat penting kerana
sebaik sahaja anda melakukan proses ini, pembeli akan menerima email bahawa
anda telah memproses produk tersebut dan membuat penghantaran. Jika anda
tidak melakukan proses ini, pihak Lazada akan menggangap bahawa order ini tidak
dihantar.

2. Jika anda menerima order, Lazada Seller Centre anda akan kelihatan seperti
berikut (bilangan order):

23
3. Langkah penghantaran adalah seperti berikut:

a. Klik ORDERS> MANAGE ORDERS atau bahagian PENDING ORDERS


seperti di bawah.

b. Anda akan dibawa ke bahagian ORDERS OVERVIEW. Tick ke semua


order yang anda terima dan print bahagian PRINT SHIPPING LABEL FOR
SELECTED ITEMS (alamat). Ini adalah consigment produk anda (tak perlu
isikan consigment lain seperti di POSLAJU).

24
c. Consigment anda akan kelihatan seperti di bawah:

4. Jadi anda tidak perlu mengisi consigment seperti biasa yang anda gunakan di
POSLAJU.

25
a. Jika perlu, anda juga boleh mendapatkan invoice bagi pembelian ini. Di
halaman ORDERS OVERVIEW, pilih PRINT> PRINT INVOICE FOR
SELECTED ITEMS.

26
b. Invoice anda akan kelihatan seperti di bawah.

c. Langkah seterusnya ialah tick semua produk yang akan dihantar itu, dan
set kan status sebagai READY TO SHIP. Ini bagi memaklumkan Lazada dan
pelanggan bahawa produk itu telah siap diproses dan penghantaran akan
dibuat. Lazada menghendaki akan meletakkan produk anda dalam masa 24 jam.
Jika tidak, ia akan memberi kesan kepada status rank anda di Lazada.

d. Dan dalam masa 7 hari, order anda akan dibatalkan oleh Lazada (juga
dikenakan penalti).

UPDATE (10 Mac 2018) : Lazada kini tidak mengenakan penalti kepada produk
anda yang OUT OF STOCK. Segala produk yang tidak dihantar dalam masa 7
hari akan di CANCEL kan secara automatik namun tiada sebarang penalti
dikenakan.

27
Seperti dalam rajah, tab menunjukkan Ready to Ship (30). Ini bermaksud saya mempunyai 30
tempahan yang siap diproses namun masih belum dibuat penghantaran.

d. Dalam masa 24 jam pula, anda perlu menghantar produk yang telah
ditempah ke kaunter courier (samaada POSLAJU / SKYNET atau apa sahaja
courier yang diberikan oleh Lazada). Setelah pihak courier mengimbas (scan)
produk tersebut, status produk anda akan ke bahagian SHIPPED.

e. Secara ringkasnya, status produk anda dari mula anda menerima tempahan
adalah seperti di bawah.

28
PENTING!

Apabila anda menerima pembelian, anda perlu menandakan order tersebut sebagai
READY TO SHIP dalam masa 24 jam. Ini bagi memaklumkan kepada pihak Lazada
dan pembeli bahawa anda telah melakukan pemprosesan bagi produk tersebut dan
READY TO SHIP produk tersebut.

Dalam masa 24 jam kemudian, anda perlu menghantar produk tersebut ke courier
berdekatan untuk di imbas (scan). Sebaik sahaja pihak courier mengimbas produk
tersebut, maka order akan beralih ke bahagian SHIPPED.

Kegagalan melakukan perkara di atas akan membawa kesan kepada rating anda dan
seterusnya kepada jualan anda.

*masa 24 jam pada hari bekerja.

PENGHANTARAN MENGGUNAKAN COURIER

5. Penghantaran adalah melalui courier yang berdaftar dengan Lazada.


Kebiasaannya, jika anda baru mendaftar sebagai seller, pihak Lazada akan
memberi courier Skynet. Anda perlu drop off produk di kaunter Skynet yang
terdekat.

29
6. Anda juga menukar kepada courier yang lain. Sebagai contoh, jika POSLAJU
lebih dekat dengan rumah anda, anda boleh memaklumkan perkara ini kepada
partner support dan proses ini memakan masa di antara 14 hari hingga 60 hari.

7. Lazada juga menyediakan pick-up bagi high volume seller. Jika anda menerima
minimum 10 order sehari, anda boleh memohon pickup dari pihak Lazada. Bagi
kawasan Lembah Klang, Lazada mempunyai sub company tersendiri iaitu
Lex.com.my untuk pickup. Manakala bagi kawasan di luar Lembah Klang,
maklumkan kepada pihak Lazada dan mereka akan mengkoordinasikan dengan
pihak courier untuk pick up order anda. Samaada POSLAJU, Skynet atau apa
sahaja yang berdekatan dengan lokasi anda.

DELIVERY USING OWN FLEET

8. Anda perlu menggunakan wang anda sendiri untuk penghantaran dan mengikut
cas yang dikenakan oleh pihak courier tersebut. Dan anda tidak akan dikenakan
cas RM5 yang telah ditetapkan oleh pihak Lazada (akan dikreditkan ke akaun
anda). Walaubagaimanapun, anda masih perlu melakukan pemprosesan order
(rujuk tajuk PEMPROSESAN ORDER).

9. Langkah-langkah seterusnya adalah seperti berikut:

a. Dapatkan no tracking dan slip penghantaran tersebut.

b. Isikan borang Order Processing Escalation di url


https://lazadacontent.formstack.com/forms/orderprocess

30
Pengalaman
Anda perlu follow up transaksi jika menggunakan penghantaran own fleet kerana
pernah berlaku beberapa isu di mana kelewatan kemaskini pihak Lazada
menyebabkan pembatalan order (order cancellation) kerana pihak Lazada
menyangka seller tidak membuat penghantaran dan beberapa isu yang lain-lain.

BORANG CARRIER MANIFEST

10. Apabila anda membuat penghantaran ke courier anda, sila pastikan anda
meminta pihak courier menandatangani dan cop BORANG CARRIER MANIFEST.
Ini sebagai bukti kepada anda bahawa anda telah menghantar produk tersebut
kepada courier.

11. Di halaman ORDERS OVERVIEW, pergi ke halaman RTS dan tick pada
produk yang akan dihantar. Seterusnya, PRINT > PRINT CARRIER MANIFEST
FOR SELECTED ITEMS.

31
12. Contoh BORANG CARRIER MANIFEST adalah seperti di bawah. Sila
pastikan pihak courier menandatangani berserta cop borang ini.

32
PENGALAMAN
p/s: Saya berpengalaman di mana berlaku masalah sistem pihak courier
menyebabkan barcode consigment tidak dapat diimbas. Penghantaran terpaksa
dibuat secara manual oleh pihak courier. Perkara ini berlanjutan selama sebulan.

Ironinya, pada masa yang sama puluhan produk pula hilang dalam simpanan courier.
Apabila perkara ini dilaporkan kepada pihak Lazada, pihak Lazada menyalahkan
saya kerana tidak menyimpan Borang Carrier Manisfest dan tiada bukti bahawa
saya telah membuat penghantaran kepada pihak courier.

Seterusnya, kesemua produk yang hilang tersebut terpaksa ditanggung sendiri.


Tiada ganti rugi daripada pihak Lazada.

33
TRACKING NUMBER

13. Selepas menandakan produk anda sebagai READY TO SHIP (RTS), anda
sudah boleh mendapatkan tracking number bagi penghantaran tersebut. Anda
boleh ke bahagian RTS dan seterusnya klik order number pembelian tersebut.

34
14. Anda akan di bawa ke halaman seperti di bawah.

15. Tracking number diberi di bahagian Item History (halaman yang sama).

16. Jika anda menerima kemudahan menggunakan courier Lex, no. tracking yang
diberikan oleh Lex boleh disemak di laman Lex.com.my

35
5. MENGHADAPI MASALAH DI LAZADA

1. Return Item. Berlaku apabila pembeli sudah mendapat produk dan


kemudiannya mengembalikan produk kepada anda. Ini boleh terjadi atas beberapa
sebab termasuklah produk rosak, penghantaran produk yang salah atau lain-lain.
Jika ini berlaku, anda akan dikenakan shipping fees pergi dan balik. Huraian
selanjutnya seperti berikut:

a. Kos Penghantaran Pergi dan Balik. Anda akan dikenakan kos penghantaran
kepada pelanggan (RM5) dan jika kos penghantaran produk tersebut kepada
anda semula (RM5). Jumlah cas yang dikenakan ialah RM10.

b. Walaubagaimanapun, jika pembeli mengembalikan produk atas sebab


‘change of mind’ (menukar fikiran), maka anda tidak akan dikenakan kos
penghantaran ini.

2. Unsuccessful Delivery. Ini berlaku kerana pihak courier tidak berjaya untuk
menghantar produk tersebut kepada pembeli. Ianya mungkin berlaku kerana salah
alamat, tiada penghuni ketika penghantaran atau lain-lain. Anda tidak dikenakan
sebarang cas dan produk akan dikembalikan kepada anda oleh courier.

20. Return Item but Damage Produk. Anda menghantar produk dalam keadaan
yang baik namun berlaku kerosakan terhadap produk tersebut. Ia berlaku
samaada produk rosak semasa dalam penghantaran atau rosak setelah digunakan
oleh pembeli. Bagi kes ini, anda boleh menghubungi Lazada untuk mendapatkan
ganti rugi. Pihak Lazada akan meminta beberapa keperluan dari anda seperti
gambar cara pembungkusan dan lain-lain. Jika anda memenangi kes ini (bahawa
anda tidak bersalah dan produk ini rosak setelah dihantar kepada pelanggan,
maka anda akan menerima semula wang jualan produk tersebut.

36
5. KEWANGAN

1. Pembayaran. Pihak Lazada membuat bayaran pada setiap minggu. Bayaran


dikira berdasarkan nilai jualan anda dari hari Isnin hingga Ahad. Ia kemudiannya
akan dipindahkan (automatik transfer) ke akaun bank yang anda daftarkan
selepas 5 hari bekerja.

a. Contoh mudah, jualan pada 1 Ogos (Isnin) hingga 7 Ogos (Ahad). Bayaran
bagi jualan ini akan ditransfer secara automaik ke akaun bank anda selepas 5
hari bekerja (iaitu pada 12 Sep).

Lazada akan mengkreditkan bayaran ke akaun anda dalam tempoh 5 hari bekerja.

PENGIRAAN TRANSAKSI

2. Oleh kerana Lazada mengenakan fees yang berbeza mengikut kategori, agak
sukar untuk anda menyemak transaksi anda di Lazada secara kasar. Umumnya,

37
anda sememangnya perlu memeriksa satu per satu setiap transaksi yang berlaku
di Lazada.

a. Pergi ke bahagian FINANCE> TRANSACTION REPORT seperti di bawah.


Kemudian pilih tarikh transaction yang anda kehendaki dan klik Export.

b. Seterusnya, pop up seperti di bawah akan muncul dan download mengikut


tarikh yang anda kehendaki.

c. Format excel yang anda muat turun sememangnya mengelirukan. Ianya


akan kelihatan sebegini.

38
3. Jika anda adalah high volume seller, maka adalah tidak mungkin untuk anda
membuat kiraan mengikut format sebegini. Walaubagaimanapun, anda boleh
menyusun kembali format excel tersebut. Panduannya adalah seperti di bawah:

LANGKAH MENYUSUN LAZADA EXCEL FORMAT

4. Beberapa langkah untuk menyusun semula format excel ini adalah seperti
berikut (kredit kepada blog kkecommerce.com):

a. Menentukan column-column penting untuk anda membuat kiraan. Sebagai


contoh, saya column-column penting adalah seperti berikut:

i) Column B: “Transaction type”

ii) Column G: “Amount” which show the amount deducted (with -) or


paid (positive number) to seller

iii) Colum M: “Order No”

iv) Column N: “Order Item No”.

b. Highlight ke semua bahagian di dalam excel tersebut (Short Cut : Ctrl


A). Seterusnya, Insert> Pivot Table, kemudian OK.

39
c. Klik pada “Transaction Type”, dan bawa transaksi tersebut ke bahagian
Column tersebut seperti di bawah (hold mouse button and drag). Kemudian,
bawa “Order No”, ke bahagian Row dan seterusnya “Amount” ke bahagian
Values.

d. Seterusnya, click right click ‘Amount’ dan pilih ‘Value Field Setting’.

40
e. Pilih ‘Sum’ dan OK.

f. Dan setiap transaksi anda akan tersusun seperti gambar di bawah.

41
g. Susun semula excel tersebut dan keseluruhannya, ia akan kelihatan
seperti di bawah. Amount di bahawa hujung adalah jumlah wang yang anda
terima.

42
h. Bagi bahagian yang kosong di bahagian LAZADA FEES dan LAZADA
PAYMENT FEES, ini bermaksud bahawa Lazada masih belum membuat kiraan
bagi produk tersebut. Ini termasuklah kerana pihak Lazada sendiri masih
belum menerima invoice dari courier sendiri.

PENALTI

5. Lazada merupakan laman e-commerce terbesar di Malaysia. Namun ironinya,


Lazada tidak membenarkan anda menguruskan sebarang transaksi (bukan
pembelian) di luar pengetahuannya. Ini berbeza dengan marketplace lain yang
meminta anda sendiri menghubungi pelanggan jika terdapat masalah terhadap
produk anda.

6. Sebagai contoh, pihak Lelong akan meminta anda menghubungi pelanggan


sendiri jika produk out of stock. Atau jika terdapat kerosakan pada produk, pihak

43
11street akan meminta anda untuk menggantikan produk itu tanpa perlu
memaklumkan kepada mereka.

7. Bagi kesalahan-kesalahan yang berlaku, pihak Lazada akan mengenakan


penalti / denda dan ditolak bayaran yang anda terima.

8. Penalti yang anda terima boleh dilihat di bahagian FINANCE> ACCOUNT


STATEMENT

9. Sebagai contoh, penalti yang dikenakan kepada saya pada tempoh 1 Nov - 14
Nov 2017 ialah RM400 ++

10. Kos Penalti Lazada. Penalti Lazada adalah seperti berikut:

PERKARA PENERANGAN NILAI


Penghantaran Anda membuat penghantaran namun RM53 bagi setiap
Produk Yang produk yang dihantar bukanlah transaksi
Salah produk yang diinginkan oleh pembeli
kerana kesilapan pembungkusan

44
Menjual Produk Anda menjual produk fake dan RM53 bagi setiap
Palsu / Copy setelah menerima produk, pembeli transaksi
Ori membuat laporan kepada Lazada
bahawa produk tersebut bukanlah
produk original
Return Item Pembeli telah menerima produk Kos penghantaran x 2
namun berubah fikiran untuk
menerima produk tersebut atas (Kebiasaannya kos
beberapa sebab. penghantaran ialah RM5.
Maka penalti ialah RM5 x
Produk akan dikembalikan kepada 2)
anda.

Pengalaman
Kebiasaannya pihak Lazada amat bertoleransi dalam perkara ini. Jika anda
mengalami masalah seperti menerima order tetapi produk out of stock, anda boleh
memberikan sebab-sebab yang munasabah dan pihak Lazada tidak akan
mengenakan penalti kepada anda.

p/s: Gambar yang menunjukkan bahawa saya dikenakan penalti sebanyak RM400++
pada tempoh 1 Nov - 14 Nov 2017 adalah kerana masalah courier. Saya telah
memohon kepada pihak Lazada dan semua penalti tersebut dikredit kan kepada
saya kembali.

45
6. FUNGSI-FUNGSI LAIN DI LAZADA

VACATION MODE

1. Anda mahu bercuti? Di Lazada, anda boleh mengaktifkan HOLIDAY MODE


jika anda pergi bercuti. Apabila anda mengaktifkan HOLIDAY MODE, maka
semua listing anda akan pasif (dissappear) dari laman Lazada. Jadi pengguna
Lazada tidak dapat melihat dan membeli produk jualan anda di Lazada.

a. Bagi mengaktifkan HOLIDAY MODE, anda boleh ke bahagian Profile di


bahagian username anda.

b. Di sini anda boleh mengaktifkan tempoh untuk anda bercuti.

46
SPONSORED POST

6. SPONSORED POST adalah satu kaedah yang diberikan oleh pihak Lazada
untuk meningkatkan trafik ke listing anda. Pihak Lazada akan meletakkan produk
anda di bahagian kanan pada setiap listing. Namun ianya juga bergantung kepada
‘buyer relevance’ untuk meningkat kemungkinan produk anda berada di
SPONSORED POST tersebut. Sebagai contoh mudah, SPONSORED PRODUCT
boleh dilihat di bahagian seperti di bawah.

47
7. Bagi meletakkan produk anda di bahagian SPONSORED PRODUCT, anda
boleh ke bahagian PROMOTION > SPONSORED PRODUCT seperti di bawah.

8. Seterusnya (2) CREATE CAMPAIGN. (3) Isikan nama campaign anda, budget
untuk sponsored products ini dan seterusnya (4) pilih produk yang anda kehendaki
di iklankan oleh pihak Lazada.

9. Buat makluman anda, anda perlu membayar kos bagi iklan sponsored products
ini. Untuk permulaan, anda diberikan RM50.00 percuma untuk tujuan ini. Jadi

48
anda boleh mencuba fungsi yang disediakan oleh Lazada ini sebanyak RM50 tanpa
mengeluarkan wang sendiri.

49
PENGALAMAN
p/s: Setakat saya menggunakan SPONSORED POST ini tidak pernah berjaya
kerana jumlah klik sendiri yang saya terima kurang. Anda boleh melihat sendiri,
selepas menggunakan SPONSORED POST ini selama 2 bulan (kepada pelbagai
produk), jumlah klik yang saya terima hanyalah 2.

Daripada feedback yang saya terima daripada seller Lazada yang lain, mereka juga
mengalami masalah yang sama namun pihak Lazada sering menasihati agar seller
menggunakan fungsi ini.

TAMAT

50

You might also like