You are on page 1of 11

KERTAS 2

BAHAGIAN A

1. KERADIOAKTIFAN

a) Berikan maksud keradioaktifan?

Proses pereputan nukelus yang tidak stabil kepada nucleus yang lebih stabil
dengan memancarkan sinaran radioaktif.

b) Nyatakan 3 jenis sinaran radioaktif dan zarah/tenaga yang dipancarkan oleh setiap sinaran

i. Sinaran alfa – memancarkan zarah alfa iaitu nukleus helium


ii. Sinaran beta - memancarkan zarah beta iaitu elektron
iii. Sinaran gama – membebaskan tenaga dalam bentuk sinaran elektromagnet

c) Bandingkan ketiga-tiga jenis sinar radioaktif tersebut

d) Rajah di bawah menunjukkan tiga sinar radioaktif. Berikan ulasan tentang rajah di bawah.
i. Sinaran gama boleh dihentikan oleh plumbum
ii. Zarah alfa boleh dihentikan oleh sekeping kertas
iii. Zarah beta boleh dihentikan oleh aluminium

e) Tuliskan persamaan bagi pereputan alfa, beta dan gama

i. Pereputan alfa

ii. Pereputan beta

iii. Pereputan gama

f) Berikut ialah siri reputan radioaktif uranium-238 ke radium-226 yang lebih stabil.
Berdasarkan rajah di atas,

i. Tuliskan persamaan reputan Uranium-238 ke Torium-234

ii. Tentukan bilangan zarah alfa dan zarah beta yang terhasil daripada siri reputan
radioaktif tersebut.

Bilangan zarah alfa =……………… Bilangan zarah beta = ……………

g) Berikan maksud separuh hayat.

Masa yang diambil untuk separuh nukleus unsur asal mereput menjadi nukleus
unsur yang baru. / Masa yang diambil untuk keaktifan sesuatu unsur berkurang
separuh daripada keaktifan asalnya.

h) Apakah nama alat yang digunakan untuk menentukan kadar reputan sesuatu unsur
radioaktif?

Tiub Geiger-Muller dan pembilang

2. DAYA DAN GERAKAN


a) Berikan maksud kerja.

Kerja ialah hasil darab daya (F) yang dikenakan pada objek dan sesarannya (s)
dalam arah yang bersih.

W = Fs Unit : joule (J) atau newton meter (Nm)

b) Rajah 2(a) menunjukkan seorang lelaki menolak sebuah alamari di atas lantai yang licin
manakala Rajah 2(b) menunjukkan lelaki yang sama menolak almari pada dinding.

Merujuk kepada rajah di atas, bandingkan

i. daya yang dikenakan


……………………………………………………………………………………

ii. jarak yang dilalui


…………………………………………………………………………………….
iii. kerja yang dilakukan oleh lelaki itu
……………………………………………………………………………………..

c) Berikan maksud tenaga.

Keupayaan untuk melakukan kerja

d) Hitungkan tenaga kinetik bagi sebuah kereta berjisim 1200 kg yang bergerak dengan halaju
25 ms-1

Tenaga kinetik, Ek = ½ mv2


= ½ x 1200 x 252

= 375 000 J / 375 Kj

e) Dalam satu latihan fizikal, Samad dengan jisim 75 kg diangkat ke ketinggian 2.1 m.
Hitungkan tenaga keupayaan graviti yang dimiliki Samad pada ketinggian tersebut.

Tenaga keupayaan graviti, Ep = mgh

= 75 x 9.8 x 2.1

= 1543.5 J

f) Apakah yang anda faham tentang ‘Prinsip Keabadian Tenaga’?

i. Tenaga dalam suatu system tertutup tidak berubah


ii Tenaga tidak dapat dicipta/dimusnahkan
iii Tenaga dapat berubah dari suatu bentuk ke bentuk yang lain tetapi jumlah
tenaga itu kekal sama.

3. TRANSISTOR

a) Nyatakan dua jenis transistor

i. Transistor pnp

ii. Transistor npn

b) Lukiskan simbol bagi kedua-dua jenis transistor beserta label

pengumpul pengumpul
tapak
tapak

pengeluar pengeluar

Transistor npn Transistor pnp

c) Nyatakan fungsi ketiga-tiga terminal pada transistor

i) Pengeluar (E) – membekalkan pembawa cas kepada pengumpul(C)

ii) Tapak (B) – mengawal pembawa cas dari pengeluar (E) kepada pengumpul (C)
iii) Pengumpul ( C ) - menerima pembawa cas dari pengeluar ( E )

d) Nyatakan dua fungsi transistor dalam suatu litar elektronik.

i. Sebagai Amplifier –

ii. Sebagai Suis automatik –

e) Apakah prinsip-prinsip transistor?


4.1 HABA

1.Rajah menunjukkan dua thermometer raksa-dalam-kaca L dan K yang digunakan untuk


mengukur suhu cecair dalam bikar

a) Apakah maksud suhu?

Ukuran tenaga kinetik purata aom/molekul dalam sesuatu bahan

b) Apakah maksud haba?

Tenaga yang dipindahkan dari satu objek ke satu objek yang lain kerana
perbezaan suhu

c) Merujuk kepada rajah di atas, bandingkan diameter kapilari termometer dan panjang lajur
raksa kedua-dua termometer.

Diameter kapilari termometer K lebih besar berbanding thermometer L dan lajur


raksa termometer K lebih pendek berbanding lajur raksa termometer L

d) Terangkan prinsip operasi termometer dalam pengukuran suhu sesuatu cecair.


Berdasarkan prinsip keseimbangan terma. Apabila termometer di masukkan ke
dalam sesuatu cecair, haba dari cecair akan mengalir ke termometer. Apabila
berlaku kesimbangan terma, suhu thermometer adalah sama dengan suhu cecair.

4.2. HUKUM GAS

a) Nyatakan tiga hukum gas

i. hubungan antara tekanan dan isipadu – Hukum Boyle, isipadu berkadar


songsang dengan tekanan gas

P = 1/V jadi P1V1 = P2V2

ii. hubungan antara isi padu dengan suhu – Hukum Charles, isi padu gas berkadar
terus dengan suhu mutlak gas (suhu dalam Kelvin)

V=T jadi V1 = V2

T1 T2

iii. hubungan antara tekanan dan suhu – tekanan suatu gas berkadar terus dengan
suhu

P=T jadi P1 = P2

T1 T2

5. DAYA DAN TEKANAN

a) Sebuah kapal selam bergerak dari permukaan laut ke kedalaman 6000m. Jika ketumpatan
air laut ialah 1025 kg m-3 dan g = 9.8 N kg-1 , hitungkan tekanan yang dikenakan oleh air laut ke
atas kapal selam pada kedalaman tersebut.
Gunakan formula tekanan dalam cecair : P = hρg

= 6000 x 1025 x 9.8

= 6.03 x 107 Pa

6. GELOMBANG

a) Apakah maksud gelombang?

Gangguan yang bergerak melalui suatu medium dari sumber yang bergetar

b) Nyatakan dua jenis gelombang

Gelombang melintang dan gelombang membujur

c) Bandingkan kedua-dua jenis gelombang dan berikan contoh bagi setiap jenis gelombang
tersebut.

d) Apakah maksud muka gelombang?

Garisan khayalan yang menyambungkan titik-titik yang berada pada fasa yang sama

e) Laju gelombang , v = fλ

f) Bagaimanakah resonans berlaku

g) Pantulan gelombang, sudut pantulan, r = sudut tuju, i

h) Pembiasan gelombang (rujuk soalan pra-percubaan)

i) Pembelauan gelombang – fenomena gelombang apabila gelombang merambat melalui


satu celah atau halangan

7. CAHAYA – rujuk soalan pra percubaan

8. TENAGA ELEKTRI DAN KUASA – rujuk soalan pra percubaan

(lihat soalan berkaitan pengiraan tenaga elektrik, kuasa dan kecekapan)


BAHAGIAN B

9. Momentun, Daya Impuls

a) Maksud momentum dan daya impuls……………………..


b) Ciri-ciri keselamatan dalam kenderaan ……………………

You might also like