You are on page 1of 1

Tarikh: 1 DISEMBER 2018

Kepada:
____________________
____________________
____________________

Melalui:

Hor Jun Hin ,


Pengerusi Teknik PSKPP Selangor,
SJKC SERDANG BARU 2,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN DERMA PENGURUSAN PASUKAN BOLA TAMPAR PSKPP


SELANGOR KE KEJOHANAN MSKPPM DI SARAWAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan Bola Tampar PSKPP Selangor akan berangkat ke Sarawak bagi
menyertai kejohanan MSKPPM. Setiap tahun kejohanan ini diadakan namun begitu pada tahun ini tuan rumah
bagi kejohanan jatuh pada negeri Sarawak mengikut giliran yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, kami
ingin memohon sumbangan derma daripada syarikat swasta dan orang perseorangan bagi melicinkan
pergerakan pasukan di sana. Berikut adalah maklumat tentang kejohanan MSKPPM Sarawak:-

Tarikh Kejohanan :- 15-21 Disember


Tempat Kejohanan :- Kuching, Sarawak

03. Bagi maklumat pihak tuan, kami amat memerlukan sumbangan untuk membiayai kos penginapan, tiket
penerbangan, jersi, makan dan minum dan pengangkutan di sana. Seramai 11 orang pemain beserta seorang
jurulatih dan pengurus akan berangkat ke Sarawak untuk menggalas tugas sebagai wakil Selangor untuk
Kejohanan MSKPPM ini dan cuba yang terbaik bagi mengekalkan kemenangan juara untuk tahun ini seperti
tahun-tahun berikutnya.

04. Sehubungan dengan itu pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan
bantuan dan sumbangan ikhlas dalam bentuk kewangan bagi melicinkan pergerakan pasukan di sana
Sumbangan pihak tuan boleh diberikan kepada Pengerusi Teknik, En Hor Jun Hin (0122218758) atau melalui
pengurus pasukan, Cik Nur Syaza Zahrina binti Mustafa (0173718580).Segala kerjasama dan sumbangan pihak
tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas:


……………………....
(NUR SYAZA ZAHRINA BINTI MUSTAFA)
Pengurus
Pasukan PSKPP Selangor

You might also like