You are on page 1of 13

HBPE1203 KECERGASAN FIZIKAL- 2014

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPE1203

KECERGASAN FIZIKAL

SEMESTER SEPTEMBER 2014

NAMA : DAINY BIN KUBA@ JAMAS

NAMA TUTOR :

NO. MATRIKULASI : 650218125645001

NO. KAD PENGENALAN : 650218125645

NO. TELEFON : 0168013523

E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM , KENINGAU

DAINY BIN KUBA @ JAMAS OUM CAWANGAN KENINGAU Page 1


HBPE1203 KECERGASAN FIZIKAL- 2014

ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. SOALAN A
1.1 Pengukuran Komposisi Badan (indeks Jisim Badan)BMI 3
1.2 Kiraan indeks jisim badan berdasarkan formula 3
1.3 Jadual Body Mass Index BMI Lelaki 4
1.4 Jadual Body Mass Index BMI Lelaki 4
1.5 Data Terkumpul bagi Ujian Indeks Jisim Berat ( Lelaki) 5
1.6 Data Terkumpul bagi Ujian Indeks Jisim Berat ( Perempuan) 5
1.7 Skor mentah bagi Ujian Indeks Jisim Berat ( Lelaki) 6
1.8 Skor mentah bagi Ujian Indeks Jisim Berat ( Perempuan) 6
2. SOALAN B 7
Program kekalkan berat badan unggul
3. SOALAN C 10
3.1 Ulasan dan komen tentang kajian Kesihatan dan Mordiliti
Kebangsaan (NHMS)

DAINY BIN KUBA @ JAMAS OUM CAWANGAN KENINGAU Page 2


HBPE1203 KECERGASAN FIZIKAL- 2014

Soalan A

PENGUKURAN KOMPOSISI BADAN ( Indeks Jisim Badan) BMI


Nama Ujian : Indeks Jisim Badan BMI-for-age
Tujuan : Menilai komposisi badan
Tahap : Murid tahun 5
Jantina : Lelaki dan Perempuan
Alatan dan Kemudahan:
1. Pengukur Tinggi
2. Penimbang berat
3. Borang Skor
Prosedur:

a. Pengukuran Berat Badan


1. Murid berdiri tegak di atas mesin penimbang ( tanpa kasut)
2. Mata pandang ke depan
3. Berat badan di atas kedua-dua kaki
4. Bacaan diambil dalam unit kg.
b. Pengukuran ketinggian
1. Berdiri tegak dan mata pandang ke hadapan
2. Bahagian badan belakang sentuh rod pengukur atau dinding
3. Pelaras ukuran menekan gaambut pada kepala. Bacaan di ambil dalam unit meter
(m)

Kiraan indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

Indeks Jisim Badan = Berat Badan (Kg)


Tinggi (m) X Tinggi (m)

DAINY BIN KUBA @ JAMAS OUM CAWANGAN KENINGAU Page 3


HBPE1203 KECERGASAN FIZIKAL- 2014

Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.


Lelaki
Umur Kurang berat Normal Berisiko Berat Berat
(Tahun) berlebihan berlebihan
9 < 14.0 14.0 - 18.6 > 18.6 - 21.0 > 21.0
10 < 14.2 14.2 - 19.4 > 19.4 - 22.2 > 22.2
11 < 14.4 14.6 - 20.2 > 20.2 - 23.2 > 23.2
12 < 15.0 15.0 - 21.0 > 21.0 - 24.2 > 24.2
Rajah 1.1 : Jadual Body Mass Index BMI Lelaki

Perempuan
Umur Kurang berat Normal Berisiko Berat Berat
(Tahun) berlebihan berlebihan
9 < 14.8 14.8-19.2 > 19.2-21.8 > 21.8
10 < 14.0 14.0-19.9 > 19-9-22.9 > 22.9
11 < 14.4 14.4-20.8 > 20.8-24.0 > 24.0
12 < 14.8 14.8-21.6 > 21.6-25.2 > 25.2
Rajah 1.2 : Jadual Body Mass Index BMI Perempuan

DAINY BIN KUBA @ JAMAS OUM CAWANGAN KENINGAU Page 4


HBPE1203 KECERGASAN FIZIKAL- 2014

Data Terkumpul bagi Ujian Indeks Jisim Berat ( Lelaki)


Bil Nama Murid Umur Berat Tinggi Pengiraan
01. Andreqyels Pesimis 11 tahun 32 kg 1.34 m IJB = 32 kg
1.34m X 1.34m

02. Tommy James 11 tahun 33 kg 1.33 m IJB = 33 kg


1.33m X 1.33m
03. Melby Mincos 11 tahun 32 kg 1.36 m IJB = 32 kg
1.36m X 1.36m
04. Mikejelson Mozes 11 tahun 39 kg 1.45 m IJB = 39 kg
1.45m X 1.45m
05. Javon Jimi 11 tahun 32 kg 1.33 m IJB = 32 kg
1.33m X 1.33m

Data Terkumpul bagi Ujian Indeks Jisim Berat ( Perempuan)


Bil Nama Murid Umur Berat Tinggi Pengiraan
01. Evengelica Edwin 11 tahun 34 kg 1.37 m IJB = 34 kg
1.37m X 1.37m
02. Eclesa Bridget 11 tahun 30 kg 1.34 m IJB = 30 kg
1.34m X 1.34m
03. Belinda Jacob 11 tahun 24 kg 1.23 m IJB = 24 kg
1.23m X 1.23m
04. Sheryna Shukri 11 tahun 32 kg 1.37 m IJB = 32 kg
1.37m X 1.37m
05. Verenie Bonnie 11 tahun 36 kg 1.38 m IJB = 36 kg
1.38m X 1.38m

DAINY BIN KUBA @ JAMAS OUM CAWANGAN KENINGAU Page 5


HBPE1203 KECERGASAN FIZIKAL- 2014

Bil Nama Murid Dapatan


01. Andreqyels Pesimis 17.82 (Normal)

02. Tommy James 18.65 (Normal)


03. Melby Mincos 17.30 (Normal)
04. Mikejelson Mozes 18.54 (Normal)
05. Javon Jimi 18.09 (Normal)
Rajah 1.5 : Skor mentah bagi Ujian Indeks Jisim Berat ( Lelaki)

Bil Nama Murid Dapatan


01. Evengelica Edwin 18.11 (Normal)

02. Eclesa Bridget 16.70 (Normal)


03. Belinda Jacob 15.86 (Normal)
04. Sheryna Shukri 17.04 (Normal)
05. Verenie Bonnie 18.90 (Normal)
Rajah 1.6 : Skor mentah bagi Ujian Indeks Jisim Berat ( Perempuan )

DAINY BIN KUBA @ JAMAS OUM CAWANGAN KENINGAU Page 6


HBPE1203 KECERGASAN FIZIKAL- 2014

Soalan B – Program kekalkan Berat Badan Unggul

Semua orang mengimpikan kesihatan yang baik tidak kira usia muda atau tua. Untuk
mendapatkan kesihatan yang baik kita perlu menjaga pemakanan kita agar kita kekal sihat.
Kenapakah kesihatan amat penting bagi manusia? Jika kita mempunyai kesihatan yang baik
terdapat banyak faedah yang kita perolehi. Pepatah mengatakan bahawa’ kesihatan itu lebih
bernilai berbanding harta benda’. Jika kita mengalami masalah kesihatan, tentunya kita tidak
dapat melakukan sebarang aktiviti harian dengan keadaan yang selesa. Malah kekayaan yang
kita miliki adalah sia-sia dan tidak dapat kita nikmati sepenuhnya sekiranya kita tidak sihat.
Seperti juga orang dewasa, anak-anak juga perlu menjaga kesihatan diri agar tidak terdedah
dengan penyakit berbahaya.

Hasil dapatan pengiraan komposisi badan yang saya jalankan terhadap Indeks Jisim
Badan 10 orang murid tahun 5, di SK. Magatang, Keningau mendapati bahawa tahap
kesihatan murid adalah pada tahap yang normal. Murid yang dipilih adalah berumur 11
tahun dan mempunyai berat badan dan tinggi yang berbeza. Walau pun, kesihatan murid di
tahap yang normal, murid-murid juga perlu menjaga kesihatan agar kekal sihat sepanjang
hayat. Kesihatan murid akan berubah apabila mereka tidak menjaga kesihatan mereka secara
konsisten dan berterusan. Seperti pepatah mengatakan “kita adalah apa yang kita makan”.

Bagi mengekalkan tahap berat badan yang unggul, saya mencadangkan satu program
yang dikenali sebagai “Program Pemakanan Sihat, Bergerak Aktif”. Amalan pemakanan
yang sihat di samping melakukan aktiviti secara aktif merupakan salah cara hidup yang
boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit berbahaya di masa akan datang. Tidak
ada jalan pintas untuk menjadi sihat. Semua orang tidak mengira usia tua atau muda, harus
mengamalkan tabiat pemakanan secara sihat dan gaya hidup yang aktif setiap hari. Jika kita
sebagai seorang ibu atau bapa, perlulah mainkan peranan untuk mendidik dengan menanam
tabiat gaya hidup sihat dalam kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi, seperti kata pepatah
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

DAINY BIN KUBA @ JAMAS OUM CAWANGAN KENINGAU Page 7


HBPE1203 KECERGASAN FIZIKAL- 2014

Melalui program “Pemakanan Sihat, Bergerak Aktif” ini beberapa aktiviti akan
dijalankan bagi mengekalkan tahap berat badan murid. Aktiviti seumpama ini bertujuan
untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui
pemakanan dan juga aktiviti yang dilakukan. Bagi cadangan aktiviti pertama dalam program
ini adalah Kempen Kesedaran Kesihatan yang akan diadakan setiap tahun di sekolah dan
menjadi aktivit tahunan sekolah. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran akan
pentingnya kesihatan melalui pemakanan sihat dan kehidupan aktif sebagai asas kesihatan
dan kesejahteraan keluarga. Melalui aktiviti ini juga, ia dapat menyemai tabiat makanan sihat
dan menggalakkan aktiviti fizikal sejak dari bangku sekolah lagi supaya dapat memperbaiki
status pemakanan dan mengekalkan berat badan sebagai sebuah keluarga yang sihat di
Malaysia. Dalam aktiviti ini, beberapa perkara utama akan dikongsikan dan disampaikan
kepada para ibu bapa seperti pemakanan sihat, aktiviti-aktiviti kesihatan, penyakit berbahaya
dan sebagainya. Selain itu, sesi soal jawab juga akan dijalankan selama 10 minit untuk
tujuan menjawab segala kemusykilan ibu bapa berkaitan kesihatan.

Seterusnya aktiviti Karnival Keluarga Sihat juga perlu dianjurkan di sekolah. Aktiviti
ini akan dijalankan bersama pihak sekolah dan juga Jabatan Kesihatan. Aktiviti karnival ini
menjadi pilihan utama kerana peranan ibu bapa amat penting dalam memupuk amalan hidup
sihat dalam kalangan murid-murid, kerana lingkungan umur 11 tahun adalah masih di bawah
pengawasan dan jagaan ibu bapa. Ia seharusnya bermula dari keluarga kerana ia merupakan
kunci utama kepada pengekalan berat badan sihat dan pencegahan penyakit berkaitan
pemakanan. Dalam karnival ini pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti pemeriksaan
kesihatan untuk ibu bapa dan murid, pemeriksaan gigi, saringan minda, kuiz kesihatan, jualan
produk hasil tani dan pertandingan mewarna dan juga melukis. Karnival ini cukup penting
kerana mampu memberi pendedahan kepada masyarakat tentang perkhidmatan dan
kepakaran yang ada serta dapat menyampaikan maklumat kesihatan secara terus kepada ibu
bapa dan murid yang hadir dalam karnival ini.

Cadangan aktiviti ketiga yang akan dilaksanakan adalah dengan menubuhkan Kelab
Kesihatan Sekolah (KKS) di sekolah ini. Secara ringkasnya penubuhan ini adalah di bawah
seliaan pihak pegawai kesihatan. Penubuhan kelab ini bertujuan untuk meningkatkan
kesihatan sekolah melalui penglibatan, perhubungan dan saluran komunikasi dua hala antara

DAINY BIN KUBA @ JAMAS OUM CAWANGAN KENINGAU Page 8


HBPE1203 KECERGASAN FIZIKAL- 2014

pihak sekolah dan anggota kesihatan dengan berkesan. Objektif utama KKS ini ditubuhkan
adalah untuk membentuk satu kumpulan murid dan warga sekolah yang prihatin dan peka
terhadap kesihatan bagi status Sekolah Mempromosi Kesihatan (Health Promoting School).
Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun seperti pertandingan kuiz kesihatan,
pertandingan melukis, pameran kesihatan, pertandingan menulis esei kesihatan, pemberian
vitamin kepada murid yang akan menghadapi peperiksaan (Vitamin Tambahan),
mengedarkan poster makanan sihat dan sebagainya.

Cadangan yang keempat adalah penubuhan Kelab Doktor Muda juga perlulah
diwujudkan di sekolah ini. Walaupun Program Kelab Doktor Muda ini telah dilaksanakan
sejak tahun 1989 lagi tetapi di sekolah ini masih belum dilaksanakan penubuhannya. Secara
ringkasnya, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini
sebagai salah satu program kesihatan yang diterajui di peringkat kebangsaan. Pada Mei 2006,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda sebagai salah satu
aktiviti kokurikulum di sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda. Penerimaan
Program Doktor muda sebagai aktiviti kokurikulum merupakan satu pengiktirafan
Kementerian Pelajaran Malaysia kepada program ini, yang sememangnya telah terbukti
membawa faedah dan kebaikan kepada murid ke arah mengekalkan berat badan yang unggul
serta untuk terus kekal sihat. Antara objektif aktiviti ini adalah untuk membentuk tabiat
kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat mengamalkan cara hidup sihat, menjadi
pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah
mengamalkan cara hidup sihat,serta membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam
menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.

Selain itu juga, dalam subjek pendidikan Jasmani dan kesihatan juga, murid
didedahkan dengan aktiviti penting yang biasanya diambil untuk menggalakkan kesihatan.
Subjek ini diajar di sekolah bagi menyampaikan maklumat yang membolehkan murid
membuat keputusan untuk mengikuti aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan di semua peringkat
hidup yang kondusif untuk kesihatan yang betul.
Berdasarkan pada cadangan- cadangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa semua
pihak perlu berganding bahu dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan

DAINY BIN KUBA @ JAMAS OUM CAWANGAN KENINGAU Page 9


HBPE1203 KECERGASAN FIZIKAL- 2014

murid-murid sekolah. Aktiviti seumpama ini adalah amat penting untuk dilaksanakan agar
kesihatan rakyat dalam negara ini sentiasa dalam keadaan yang baik dari segi badan yang
sihat dan minda yang cerdas. Oleh itu, aktivit-aktviti di atas perlulah didedahkan kepada
murid-murid kerana merekalah yang menjadi pemimpin generasi akan datang. Jika inginkan
kesihatan yang baik, kita perlulah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh
menyihatkan badan untuk terus kekal sihat terutama di kalangan murid-murid sekolah.
Justeru, kesihatan merupakan aset penting sebagai warganegara Malaysia kerana bak kata
pepatah, kesihatan itu lebih penting daripada wang ringgit yang menanggung.

Soalan C- Ulasan dan komen tentang kajian Kesihatan dan Mordiliti (NHMS 2011)

Melalui kajian oleh Nadhratul Wardah (2000), ke atas perempuan berkaitan faktor
yang menghalang wanita terlibat dalam aktiviti fizikal ialah disebabkan oleh faktor
kekurangan masa kerana terlalu sibuk bekerja atau belajar. Sejak kebelakangan
inikebanyakan wanita berkerjaya. Selain daripada itu kekurangan pengetahuan bersukan,
minat yang kurang terhadap sukan dan pakaian yang tidak sesuai untuk bersukan menjadi
penghalang kepada wanita untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti tersebut.
Dalam kajian Coakley dan White (1992) menegaskan pengalaman negative bersukan
ketika alam persekolahan adalah faktor minat remaja perempuan semakin berkurangan
terhadap sukan. Zainun Ishak (1994), dalam kajiannyaterhadap remaja di Malaysia mendapati
bahawa perempuan kurang aktif dalam aktiviti fizikal yang melibatkan sukan kerana bimbang
susuk tubuh mereka menjadi berotot seperti lelaki. Cox (1998) pula menegaskan bahawa
wanita berasa malu terlibat dalam sukan yang tidak sesuai dengan mereka. Terdapat beberapa
jenis sukan yang kurang sesuai dengan mereka. Terutama dalam aktiviti sukan lasak misalnya
bolasepak, ragbi, sepaktakraw, hoki dan sebagainya. Menurut Orme (1991, mereka merasa
kecewa dan tidak selesa dengan sukan seperti bola sepak, ragbi atau hoki. Minat mereka
semakin menurun apabila diarahkan untuk melakukan tunjuk cara bagi sesuatu kemahiran
sukan tersebut. Pada masa yang sama ada juga di antara mereka yang tidak mahuorang lain
merlihat mereka melakukan aktiviti sukan kerana malu (Bostock,2001).
Menurut Qisten (1990), seoran akan bimbang sekiranya mereka dikategorikan sebagai
lelaki bila aktif bersukan. Mereka bimbang diketepikan oleh rakan perempuan mahupun

DAINY BIN KUBA @ JAMAS OUM CAWANGAN KENINGAU Page 10


HBPE1203 KECERGASAN FIZIKAL- 2014

lelaki jika terlibat secara serius dalam sesuatu aktiviti sukan terutamanya aktiviti sukan lasak.
Mereka turut risau kewanitaan mereka akan hilang sekrianya menyertai sukan yang sukan
dikuasia oleh lelaki. Oleh kerana itu wanita lebih suka menyertai sukan riadah dan bukan dan
bukannya sukan yang ekstrim. Pendapat ini turut disokong melalui dapatan Cockburn dan
Clark (2002) yang menyetakan kebanyakan perempuan mendapati bimbang merasa hilang
sifat kewanitaan. Dalam situasi tertentu pula tekanan juga timbul apabila mereka sering tidak
selesa apabila dalam keadaan berpeluh.
Menurut McManamam & Mckenzie (1997), penglibatan dan minat seseorang individu
perempuan akan menurun untuk bersukan selepas mereka mendirikan rumah tangga dan
melahirkan anak. Ini disebabkan kurangnya aktiviti fizikal ketika tempoh mengandung.
Proses membesarkan anak juga menyebabkan focus terhadap sukan akan berkurangan dan
setiap pelakuan berfokuskan kepada aktiviti bukan sukan. Kajian oleh Lee (1995) turut
menegaskan perkahwinan, kehamilan dan keperluan menjaga anak menyebabkan wanita
semakin kurang berminat untuk melakukan aktiviti sukan. Ini meghadkan aktivit fizikal
mereka. Pendapat ini dikukuhkan oleh Powel (2000), yang menyatakan perempuan hanya
akan melakukan aktiviti bersukan dan bersosial dengan keluarga terdekat mereka. Peranan
perempuan sebagai suri rumah yang melibatkan aktiviti memasak dan mengemas rumah tidak
memberi motivasi kepada mereka untuk dalam aktiviti sukan. Rozilah Asmuti dan Mohd.
Sofian (2003) pula menyatakan bahawa perempuan lebih menitikberatkan aspek kecantikan
berbanding melakukan aktiviti sukan. Kecantikan menggambarkan imej seseorang dan begitu
penting dalam kehidupan mereka. Manakala Lee (1995) berpendapat bahawa masalah
perempuan yang melibatkan haid menjadi penghalang mereka untuk lebih serius terlibat
dalam aktiviti sukan. Emosi perempuan akan terganggu dan tidak seimbang apabila pusingan
baid berlaku. Mereka akan menjadi individu yang kurang aktif berbanding sebelumnya.
Seterusnya Qisten (1990), melihat bahawa ibu bapa adalah sebagai faktor penghalang
kepada perempuan untuk melakukan aktiviti fizikal. Terdapat juga ibu bapa yang terlalu
mengawal anak-anak mereka daripada terlibat untuk melakukan aktiviti sukan dan terlalu
menitikberatkan bidang akademik. Ini menyebabkan pelajar termasuklah pelajar perempuan
telah menghadjan masa bersukan mereka terutamanya ketika menjelang musim peperiksaan.
Bagi Ransdell Oakland, Taylor (2003), mereka berpendapat bahawa terdapat tiga faktor
utama yang menjadi penghalang kepada wanita untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.
Faktor tersebut adalah faktor persekitaran, faktor psikologi dan faktor sosiologi. Faktor

DAINY BIN KUBA @ JAMAS OUM CAWANGAN KENINGAU Page 11


HBPE1203 KECERGASAN FIZIKAL- 2014

persekitaran berkait rapat dengan keluarga yang tidak meminati bidang sukan, pengaruh
teknologi, cuaca yang kurang baik, masalah kewangan dan lain-lain. Faktor yang kedua iaitu
faktor psikologi yang berkaitan dengan kurangnya keyakinan untuk melakukan aktiviti sukan,
perasaan tidak selesa dan seumpamanya. Faktor yang ketiga ialah faktor sosiologi iaitu tiada
galakan dari rakan-rakan serta individu yang terdekat atau terlalu fokus kepada aktiviti yang
bukan sukan.
Hasil kajian Porter (2000) mendapati bahawa uniform Pendidikan Jasmani yang
sangat ketat dan tidak sesuai untuk pelajar perempuan juga merupakan factor yang menjadi
penghalang kepada perempuan untuk menyertai sukan di sekolah. Selain itu, pelajar
perempuan yang obes dan mempunyai ‘body mass index’ melebihi 28 juga menyebabkan
mereka kurang berminat terhadap aktiviti sukan (Smarch, 1999). Pelajar perempuan yang
mempunyai ‘body mass index’ yang tinggi biasanya digolongkan dalam kategori obes. Tubuh
badan yang obes ini pula akan menghadkan aktiviti mereka untuk melakukan aktiviti yang
lasak dan mencabar. Seterusnya ada sukan-sukan tertentu yang kurang mendapat tempat
untuk golongan perempuan. Menurut Chua & Owi (2000), Kebanyakan kejohanan sukan
bola keranjang yang berlangsung terutamanya di Malaysia kurang diadakan untuk golongan
wanita. Ini menunjukkan bahawa golongan perempuan secara tidak langsung telah
dipinggirkan dari menyertai sesetengah sukan. Renzettie Curran (1989) ada menyatakan
bahawa perempuan sering dipinggirkan dalam menjalankan sesetengah aktiviti sukan. Isu ini
boleh menyebabkan golongan perempuan yang suka kepada sukan bola keranjang tidak mahu
turun ke gelanggang permainan bola keranjang untuk bermain. Keadaan ini juga boleh
menyebabkan kurangnya penglibatan golongan wanita untuk bersukan.

Patah Perkataan

DAINY BIN KUBA @ JAMAS OUM CAWANGAN KENINGAU Page 12


HBPE1203 KECERGASAN FIZIKAL- 2014

Rujukan
Mohd. Sofian Omar Fauzee (Ed).(2003).Sosio-Psikologi: Sukan dan Kegiatan Fizikal. Kuala
Lumpur:Krisma.
Nadhratul Wardah Salman.(2000). Women and Sport in Malaysia: Opportunities and barriers.
3ͫ ICHPER.SD Asia Congress23 - 26 November 2000.
U.S. Department of Health and Human Services.(2000). Healthy People 2010.
Washington, DC:USDHHS

Laman Web
http://www.docstoc.co/docs/9154817/Gaya-Hidup-Sihat capaian 10/11/2014 8.30pm
http://digg.com/health/Amalan_gaya_hidup_sihat. capaian 10/11/2014 8.50pm
http://anizyn.blogspot.com/2009/06/tip-gaya-hidup capaian pada 10/11/2014 9.10pm
http://kongsiilmu.21.forumer.com/a/gaya-hidup-sihat capaian pada 11/11/2014 8.50pm
http://pendita.com/2008/gaya-hidup -sihat/ capaian pada 9.00pm
http://ml.scribd.com/peranan-wanita-dalam -sukan capaian pada 11/11/2014 9.10pm

DAINY BIN KUBA @ JAMAS OUM CAWANGAN KENINGAU Page 13

You might also like