You are on page 1of 54

Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

2014 - 2020
Pelan
Keselamatan
Jalan Raya
Malaysia
2014-2020

MALAYSIAN INSTITUTE OF ROAD SAFETY RESEARCH

Jabatan Keselamatan Institut Penyelidikan


Jalan Raya (JKJR) Keselamatan Jalan Raya
Malaysia (MIROS)
ii | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

Hak cipta: Jabatan Keselamatan Jalan Raya 2014


Hak cipta terpelihara.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya


Kementerian Pengangkutan Malaysia
Galeria PJH, Aras 3, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 WP PUTRAJAYA
Tel: +603 - 8323 8000
Faks: +603 - 8888 8806
Laman web: www.jkjr.gov.my

Tiada bahagian daripada terbitan ini yang disertakan boleh dipinjam, dijual,
disewa atau disebarkan dalam apa-apa bentuk berjilid atau dengan kulit
depan yang berlainan selain daripada apa yang diterbitkan, tanpa
kebenaran daripada pemegang hak cipta terlebih dahulu.

Tiada bahagian daripada terbitan ini yang disertakan boleh diterbitkan


semula, disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk
atau dengan alat apa jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat,
salinan foto, rakaman atau sebagainya tanpa kebenaran daripada
pemegang hak cipta terlebih dahulu.
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | iii

uu KANDUNGAN

Perutusan Menteri Pengangkutan Malaysia v

Kata Pendahuluan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan vii

Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia ix

Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) xi

1.0 Pengenalan 1

2.0 Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 4

3.0 Status Keselamatan Jalan Raya Semasa: Fakta 7

3.1 Kematian, Kecederaan dan Kemalangan 7

3.2 Kematian Berdasarkan Kategori Pengguna Jalan Raya 7

3.3 Kematian Mengikut Kumpulan Umur 8

3.4 Kemalangan Jalan Raya Berdasarkan Jenis Jalan 9

3.5 Punca-punca Kemalangan 9

4.0 Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 11

4.1 Gambaran Keseluruhan 11

4.2 Sasaran Pengurangan Kadar Kematian Jalan Raya 12

4.3 Kerangka Kerja Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 13

4.4 Tonggak-tonggak Strategik 14

4.5 Ringkasan Strategi Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 28

5.0 Pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 30

6.0 Cabaran dan Faktor Risiko 32

6.1 Isu Penyelarasan dan Institusi 32

6.2 Kualiti Jalan Raya 34

6.3 Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat 35

7.0 Kesimpulan 37

Lampiran: Senarai Agensi-agensi Yang Terlibat Dalam Merangka

Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 38


Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 |v

uu PERUTUSAN
MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

Ketika Malaysia bergerak ke arah merealisasikan hasrat menjadi negara maju dan
berpendapatan tinggi, jumlah pemilikan kenderaan bermotor juga telah menyaksikan
peningkatan. Ini telah meningkatkan pendedahan trafik yang membawa kepada peningkatan
kadar kemalangan jalan raya. Akibatnya, negara kerugian hampir RM9.0 bilion setahun akibat kos
sosial. Menyedari betapa seriusnya kemalangan jalan raya sebagai isu kesihatan awam yang
perlu ditangani secara terancang, berstruktur serta sistematik, Jabatan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah
mendapatkan maklum balas serta pendapat pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders)
melalui beberapa siri perbincangan untuk diterapkan ke dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia 2014-2020.

Pelan ini merupakan satu kesinambungan usaha gigih, kesungguhan dan komitmen Kerajaan
terhadap keselamatan jalan raya daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya terdahulu yang
dilancarkan pada 2006. Ianya selari dengan Pelan Tindakan Sedekad Global Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Keselamatan Jalan Raya 2011-2020 yang menggariskan lima
tonggak utama berpandukan pendekatan “Sistem Selamat”. Walaupun kita menerima hakikat
bahawa faktor kecuaian manusia di jalan raya tidak dapat dielakkan, kita juga berupaya
menangani perkara ini dengan memperkenalkan penyelesaian yang mampu mengurangkan
tahap kecederaan. Pelan ini akan dijadikan panduan bagi memudah cara serta membentuk
kerjasama pelbagai agensi bagi melaksanakan tanggungjawab dan tugas untuk mencapai
sasaran yang ditetapkan.

Kejayaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 ini bukan


hanya bergantung kepada agensi-agensi kerajaan yang melaksanakan
inisiatif keselamatan jalan raya, tetapi juga memerlukan sokongan
badan-badan bukan kerajaan, sektor swasta serta segenap lapisan
masyarakat. Kita semua perlu mengambil pendirian yang tegas dan
tidak boleh bertolak-ansur berhubung keselamatan jalan raya. Saya
berharap agar kita dapat menjadikan jalan raya kita tempat yang lebih
selamat untuk kita serta generasi seterusnya.

Dato’ Sri Liow Tiong Lai


Menteri Pengangkutan Malaysia
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | vii

uu KATA PENDAHULUAN KETUA SETIAUSAHA


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 ini menggariskan kerangka kerja strategik bagi
merealisasikan wawasan jangka panjang bagi Kempen Keselamatan Jalan Raya di Malaysia.
Kerangka kerja ini menjadi asas bagi Jabatan Keselamatan Jalan Raya di bawah Kementerian
Pengangkutan bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lain termasuk
agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, badan-badan bukan kerajaan serta pengguna-
pengguna jalan raya bagi mencapai hasrat bersama mengurangkan kemalangan, kecederaan
dan kematian di jalan raya menjelang tahun 2020.

Kerajaan telah memperkenalkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 beberapa
tahun lalu melalui Kementerian Pengangkutan yang sememangnya menekankan usaha-usaha
mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya yang kini terkandung dalam Bidang
Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA).

Bertitik-tolak dari Pelan Keselamatan terdahulu serta pelancaran Tindakan Sedekad Global bagi
Keselamatan Jalan Raya, satu langkah jangka panjang amat diperlukan bagi memastikan
kerangka kerja keselamatan jalan raya yang telah dibentuk mampu dikembangkan bagi
membuka laluan kepada program-program lain. Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
2014-2020 akan merealisasikan hasrat ini melalui lima Tonggak Strategiknya sejajar dengan
Tindakan Sedekad Global bagi Keselamatan Jalan Raya.

Pelan ini bakal menggerakkan semua pihak yang terlibat dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya.
Dengan usaha dan tindakan yang dirancang di dalam Pelan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia 2014-2020, marilah kita bersama-sama membuat
perubahan demi keselamatan jalan raya di Malaysia dalam tempoh
enam tahun yang mendatang.

Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab kita bersama!

Datuk Seri Long See Wool


Ketua Setiausaha
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | ix

uu KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH


JABATAN KESELAMATAN
JALAN RAYA (JKJR) MALAYSIA
Tahun 2011 bermula dengan pelancaran Tindakan Sedekad Global bagi Keselamatan Jalan Raya
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ianya merupakan langkah penting dalam menjadikan
keselamatan jalan raya satu keutamaan di semua negara bagi menurunkan angka kemalangan dan
kecederaan di kalangan pengguna-pengguna jalan raya. UN Road Safety Collaboration juga telah
merangka pelan tindakan berasaskan lima Tonggak Strategik; Pengurusan Keselamatan Jalan Raya,
Mobiliti dan Jalan Raya yang Lebih Selamat, Kenderaan yang Lebih Selamat, Pengguna Jalan Raya
yang Lebih Selamat serta Pengurusan Pasca Kemalangan yang telah dijadikan sebagai asas Pelan ini.

Keselamatan jalan raya adalah isu kesihatan awam dan pembangunan yang perlu dititik-beratkan
kerana ia mungkin mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi, kesihatan dan juga kebajikan
orang ramai. Setiap hari, lebih daripada 3,500 orang terkorban dan 137,000 lagi tercedera akibat
kemalangan jalan raya di serata dunia. Di Malaysia, sebanyak 6,915 kematian akibat kemalangan
jalan raya dicatatkan dalam tahun 2013. Secara purata, 19 orang terkorban akibat kemalangan jalan
raya setiap hari di Malaysia. Anggaran yang membimbangkan ini menunjukkan keperluan mendesak
untuk mengadakan dasar keselamatan jalan raya yang lebih berkesan.

Dalam tempoh 11 tahun yang lalu, indeks kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar telah
menurun daripada 4.88 kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar pada 2002 kepada 2.90
kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar pada 2013. Perkembangan positif ini adalah
hasil keberkesanan pelaksanaan strategi-strategi keselamatan jalan raya oleh pelbagai pihak
yang dirangka di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya terdahulu. Rakyat Malaysia
kini lebih sedar tentang keperluan meningkatkan keselamatan jalan raya dan
juga bahawa penambahbaikan terhadap keselamatan jalan raya tidak
harus hanya tertumpu kepada aspek mengurangkan kematian tetapi
harus membawa kepada pembentukan kerangka kerja keselamatan
jalan raya yang melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, syarikat
swasta, badan bukan kerajaan, masyarakat setempat dan yang paling
mustahak, pengguna jalan raya sendiri dalam menurunkan angka
kemalangan maut di jalan raya. Kita semua harus memainkan peranan
dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan pelan ini amat
penting dalam menjadikan jalan raya kita lebih selamat untuk semua.
'Bersama Kita Mampu Mengubahnya’.

Dato’ Dr. Tam Weng Wah


Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | xi

uu KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH


INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN
JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS)
Kecederaan akibat kemalangan jalan raya menyumbang kepada sebahagian besar wabak
penyakit di dunia. Selain itu, ia juga mendatangkan kesan yang besar kepada masyarakat,
ekonomi, serta pembangunan sesebuah negara. Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), kematian akibat kemalangan jalan raya merupakan penyebab kematian ke-10
di dunia pada 2002. Di Malaysia, sebanyak 6,915 kematian akibat kemalangan jalan raya
dicatatkan pada tahun 2013.

Bertitik-tolak dari Tindakan Sedekad bagi Keselamatan Jalan Raya yang merupakan program
WHO, negara kita kini memperkenalkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020.
Usaha-usaha yang seumpamanya telah dijalankan melalui Pelan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia 2006-2010. Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 ini dirangka
berlandaskan lima Tonggak Strategik yang digariskan di dalam Tindakan Sedekad bagi
Keselamatan Jalan Raya iaitu pengurusan keselamatan jalan raya, mobiliti serta jalan raya yang
lebih selamat, kenderaan yang lebih selamat, pengguna yang lebih selamat dan pengurusan
pasca kemalangan. Berbanding usaha terdahulu yang hanya mengandungi sasaran jangka
panjang selepas lima tahun tempoh pelaksanaanya. Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
2014-2020 ini merangkumi Hasil Pertengahan di samping Hasil Akhir. Hasil Akhir pelan ini selari
dengan matlamat Tindakan Sedekad bagi Keselamatan Jalan Raya untuk mengurangkan
jangkaan kematian akibat kemalangan jalan raya dengan kadar 50 peratus.

Penilaian berterusan dan penambahbaikan perlu dilakukan sepanjang


pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 ini.
MIROS akan turut serta menyumbang dengan menjalankan
penyelidikan bagi menghasilkan bukti yang boleh diterjemahkan
kepada dasar-dasar keselamatan jalan raya. Segala usaha ini sudah
tentu memerlukan kerjasama daripada pihak-pihak berkepentingan
yang lain agar membuahkan kejayaan.

Profesor Dr. Wong Shaw Voon


Ketua Pengarah
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 01

uu 1.0 PENGENALAN

Setiap hari, lebih daripada 3,500 pengguna jalan raya terkorban dan 137,000 lagi mengalami
kecederaan akibat kemalangan jalan raya di seluruh dunia. Di Malaysia, angka kematian
sebanyak 6,877 dicatatkan pada tahun 2011 yang telah membawa kerugian hampir RM9.0 bilion
kepada ekonomi negara. Secara purata, 19 orang terkorban setiap hari di Malaysia, menjadikan
kemalangan jalan raya sebagai cabaran kesihatan yang serius kepada negara. Ini juga
menunjukkan keperluan satu dasar tindakan yang berkesan.

Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 telah


dirangka untuk menangani semua isu keselamatan jalan
raya di negara ini. Beberapa siri bengkel telah dianjurkan
dalam tempoh tiga tahun dari 2011-2013 bagi menilai
kejayaan dan permasalahan yang dihadapi dalam
pelaksanaan pelan keselamatan terdahulu, iaitu
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010.
Perbincangan serta dialog dengan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) telah akhirnya
menghasilkan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020.

Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 ini dirangka berasaskan lima Tonggak Strategik
bagi mencapai sasaran-sasaran yang ditetapkan melalui pelaksanaan strategi-strategi yang
menyeluruh. Lima Tonggak Strategik ini diterjemahkan kepada enam Hasil Akhir dan sepuluh Hasil
Pertengahan. Oleh itu, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 memberi satu kerangka
kerja yang kukuh bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif keselamatan jalan raya di Negara ini. Selain itu,
pelan ini juga dinamik dan boleh ditambah baik bagi mencapai objektif untuk mengurangkan
kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Pelan ini juga selari dengan usaha-usaha lain di seluruh dunia untuk menangani masalah berkaitan
keselamatan jalan raya. The 1st Global Ministerial Conference on Road Safety yang dianjurkan di Moscow
pada 19 dan 20 November 2009 merupakan satu titik permulaan yang penting bagi menangani isu-isu
keselamatan jalan raya. Perbincangan di Ministerial Conference on Road Safety ini serta usaha-usaha
selepasnya membawa kepada deklarasi Pelan Tindakan Sedekad Global Bagi Keselamatan Jalan
Raya di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2 Mac 2010 (Kotak 1).

Melalui Tindakan Sedekad Global ini, setiap negara disarankan agar merangka strategi bagi
mengurangkan kemalangan dan kematian serta kecederaan akibat kemalangan jalan raya.
Malaysia telah menimba pengalaman berhubung cara-cara menangani isu keselamatan jalan
raya hasil daripada pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. Oleh itu, kita lebih
bersedia mencapai matlamat Tindakan Sedekad Global menjelang 2020, terutamanya dengan
pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020.
02 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

Kotak 1: Tindakan Sedekad Global bagi Keselamatan Jalan Raya 2011-2020

Commission for Global Road Safety telah membuat saranan berhubung Tindakan Sedekad bagi

Keselamatan Jalan Raya di dalam laporannya pada tahun 2009. Saranan ini telah disokong

oleh pelbagai tokoh terkemuka dan UN Road Safety Collaboration. Ini telah membawa kepada

Resolusi Persidangan 64/255 pada bulan Mac 2010 yang mengumumkan 2011-2020 sebagai

Tindakan Sedekad Bagi Keselamatan Jalan Raya, dengan matlamat mengurangkan jumlah

kematian akibat kemalangan jalan raya di serata dunia.

Tindakan Sedekad ini akan dijadikan sebagai panduan negara-negara anggota bagi

merangka pelan tindakan mereka di peringkat kebangsaan serta tempatan, di samping

memberi kerangka kerja bagi menyelaraskan aktiviti-aktiviti di negara-negara tersebut.

Tindakan Sedekad ini membuka peluang untuk aktiviti terancang jangka panjang bagi

menyokong inisiatif keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaan dan serantau.


Cadangan-cadangan di dalam Tindakan Sedekad ini termasuk pelaburan segera dalam

keselamatan jalan raya, pembangunan strategi dan program keselamatan jalan raya yang

mampan, mempromosikan pengangkutan awam dan perubahan kaedah penilaian kemajuan

polisi-polisi pengangkutan di peringkat kebangsaan. Tindakan Sedekad ini mencadangkan

struktur kerjasama yang membawa bersama pihak berkepentingan utama di dalam

keselamatan jalan raya, masyarakat, penyumbang dana dan mekanisme pembiayaan untuk

menyokong pelaburan dan usaha untuk menangani isu-isu keselamatan jalan raya.

Tindakan Sedekad ini juga memberi ruang bagi mendapatkan sokongan dari segi politik dan

sumber-sumber di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sasaran bagi menstabilkan

serta mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan-jalan raya di seluruh dunia akan hanya

tercapai dengan meningkatkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di peringkat kebangsaan,

serantau dan dunia. Resolusi 64/255 juga menyarankan langkah-langkah

keselamatan jalan raya terutamanya dari aspek pengurusan

keselamatan jalan raya, infrastruktur jalan raya, keselamatan

kenderaan, tingkah laku pengguna jalan raya, pendidikan

keselamatan jalan raya, dan tindak balas pasca

kemalangan. Tindakan Sedekad ini mencadangkan

agar sasaran kebangsaan bagi setiap aktiviti

ditetapkan oleh negara-negara anggota.

Sumber: Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB) pada 2 Mac 2010


04 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

2.0 PELAN KESELAMATAN tt


JALAN RAYA MALAYSIA 2006-2010
Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi menangani isu-isu keselamatan jalan raya secara

menyeluruh bermula dengan pengenalan serta pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya

Malaysia 2006-2010. Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010 ini tertumpu kepada usaha-usaha

mengurangkan kadar kemalangan maut berdasarkan tiga penunjuk:

• Kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar: Mengurangkan kadar kematian bagi setiap

10,000 kenderaan berdaftar sebanyak 52.4% daripada 4.2 pada 2005 kepada 2.0 pada 2010;

• Kematian bagi setiap 100,000 penduduk: Mengurangkan kadar kematian bagi setiap 100,000

penduduk sebanyak 57.8% daripada 23.7 pada 2005 kepada 10.0 pada 2010; dan

• Kematian bagi setiap satu bilion kilometer perjalanan kenderaan: Mengurangkan kadar

kematian bagi setiap satu bilion kilometer perjalanan kenderaan sebanyak 49.0% daripada 19.6

pada 2005 kepada 10.0 pada 2010.

Sembilan strategi telah diterapkan bagi mencapai sasaran (Jadual 1). Setiap strategi mempunyai

program-program yang telah diperkenalkan dari tahun 2006 sehingga tahun 2010.

Jadual 1: Strategi-strategi Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010

Strategi-strategi

Menambah baik langkah-langkah pendidikan dan psikologi

Penggunaan teknologi bagi penguatkuasaan yang lebih baik


Inisiatif kejuruteraan

Meningkatkan penglibatan masyarakat melalui Community Based Programmes (CBP)

Mempromosikan pengangkutan awam bagi mengurangkan pendedahan trafik

Memberi tumpuan kepada jurang-jurang kritikal yang lain

Memberi tumpuan kepada pengguna jalan raya berisiko tinggi

Menilai serta menambah baik peraturan-peraturan keselamatan jalan raya

Mempromosikan perkongsian dana


Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 05

Walaupun sasaran spesifik di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 tidak

dicapai sepenuhnya namun terdapat penambahbaikan dari aspek keselamatan jalan raya

dalam tempoh tersebut (Jadual 2).

Jadual 2: Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010: Sasaran Pengurangan dan Hasil

Penunjuk Indeks Indeks Kematian Sasaran Indeks Indeks Kematian


Kematian 2006 Kematian 2010 2010

Kematian bagi setiap 4.0 2.0 3.4


10,000 kenderaan
berdaftar

Kematian bagi setiap 23.6 10.0 23.8


100,000 penduduk

Kematian bagi setiap 18.9 10.0 17.3


satu bilion kilometer
perjalanan kenderaan

Di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010, selain daripada sasaran-sasaran

bagi keselamatan jalan raya, beberapa perkara telah dikenal pasti sebagai perkara kritikal dalam

kejayaan program keselamatan jalan raya. Antara perkara-perkara yang telah dicapai semasa

pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 termasuk:

• penubuhan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di Kementerian Pengangkutan;

• penubuhan JKJR di peringkat negeri;

• penubuhan MIROS; dan

• pelaksanaan pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah-sekolah

Penubuhan JKJR sebagai agensi peneraju bagi keselamatan jalan raya adalah satu kejayaan
besar di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010. Sepanjang pelaksanaan

Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010, JKJR telah menimba pengalaman berharga

dalam merangka dan melaksanakan program-program keselamatan jalan raya yang akan

membolehkannya menyelaras usaha-usaha di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

2014-2020 dalam satu program yang teratur.


Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 07

uu 3.0 STATUS KESELAMATAN


JALAN RAYA SEMASA: FAKTA
3.1 Kematian, Kecederaan dan Kemalangan

Fakta penting berhubung situasi keselamatan jalan raya di Malaysia pada 2013 boleh diringkaskan

di dalam Jadual 3.

1. Sebanyak 477,204 kemalangan jalan raya dicatatkan pada 2013.

2. Sejumlah 6,915 kematian dicatatkan akibat kemalangan jalan raya dengan purata 19 kematian di

jalan raya setiap hari.

3. Lebih daripada 12,000 pengguna jalan raya tercedera akibat kemalangan jalan raya, dengan

lebih daripada 4,000 mengalami kecederaan serius.

4. Indeks kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar ialah 2.90. Ini jauh berbeza dengan

kadar kematian bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar di negara-negara maju yang

mencatatkan kadar kematian kurang daripada 2.0.

Jadual 3: Kematian, Kecederaan dan Kemalangan (2013)

2013
Kemalangan 477,204
Kematian 6,915
- Kematian/100,000 populasi 23.1
- Kematian/10,000 kenderaan berdaftar 2.9
Kecederaan 12,322
Sumber: PDRM

3.2 Kematian Berdasarkan Kategori Pengguna Jalan Raya

Angka kematian berdasarkan kategori pengguna jalan raya di Malaysia pada tahun 2013 adalah

seperti di Jadual 4.

• Seramai 4,294 penumpang dan pembonceng motosikal maut akibat kemalangan jalan raya,

menyumbang kepada 62.1% daripada jumlah kematian jalan raya di Malaysia. Penunggang

dan pembonceng motosikal juga merupakan pengguna jalan raya yang paling banyak

mengalami kecederaan.

• Pemandu dan penumpang kereta merupakan pengguna jalan raya yang kedua paling ramai

maut akibat kemalangan jalan raya dengan 20.2% atau 1,399 kematian. Pemandu kereta
adalah yang kedua terbanyak mengalami kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

• Seramai 455 pejalan kaki maut akibat kemalangan jalan raya.

• Jumlah kematian bagi kategori pengguna jalan raya yang lain adalah agak kecil berbanding

kategori pengguna di atas tetapi masih membimbangkan.


08 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

Jadual 4: Kematian Dan Kecederaan Berdasarkan Kategori Pengguna Jaya Raya (2013)

Kategori Pengguna Jalan Raya Kematian Kecederaan Jumlah

Serius Ringan

Penunggang/Pembonceng 4,294 2,883 5,517 12,694


Motosikal

Pejalan Kaki 455 281 502 1,238

Penunggang Basikal 159 78 150 417

Pemandu Kereta/Penumpang 1,399 978 1,567 3,944

Pemandu Van/Penumpang 80 69 106 255

Pemandu Bas/Penumpang 60 30 86 176

Pemandu Lori/Kelindan 210 100 146 456

Pemandu Kenderaan Pacuan 158 124 179 461


4 Roda/Penumpang

Pemandu Lain-Lain 100 54 105 259


Kenderaan/Penumpang
Jumlah 6,915 4,597 8,388 19,900
Sumber: PDRM

3.3 Kematian Mengikut Kumpulan Umur

Pengguna jalan raya di peringkat umur 16-20 tahun merupakan kategori pengguna jalan raya

yang paling banyak maut akibat kemalangan jalan raya (Rajah 1). Ini diikuti oleh pengguna jalan

raya di peringkat umur 21-25 tahun. Kedua-dua kumpulan umur ini menyumbang kepada satu

pertiga daripada jumlah kematian di jalan raya. Hakikat bahawa kebanyakan kemalangan jalan

raya melibatkan golongan muda amat menyedihkan.

Rajah 1: Kematian Mengikut Kumpulan Umur (2013)

1,400
1,139

1,200
960

1,000
856
KEMATIAN

800
586

481
469

600
378
327

325

324

300
296

400
189
179

200
59

47

0
0 - 6 - 11 - 16 - 21 - 26 - 31 - 36 - 41 - 46 - 51 - 56 - 61 - 66 - 71 - >75
5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 55 60 65 70 75
UMUR
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 09

3.4 Kemalangan Jalan Raya Berdasarkan Jenis Jalan

Jalan-jalan raya di Malaysia boleh dibahagikan kepada lima kategori: lebuhraya, jalan persekutuan,

jalan negeri, jalan perbandaran dan lain-lain. Kemalangan maut paling kerap berlaku di jalan persekutuan,

diikuti dengan jalan negeri (Rajah 2) manakala kemalangan maut di lebuhraya adalah rendah.

Rajah 2: Kemalangan Maut Mengikut Jenis-Jenis Jalan (2013)

2,500

2,151
2,000
Kemalangan Maut

1,869

1,500

1,000 1,013

664
500 611

0
Persekutuan Negeri Bandaran Lebuhraya Lain-lain
Jenis-Jenis Jalan

3.5 Punca-Punca Kemalangan

Berdasarkan kajian mendalam yang dilakukan oleh Unit Rekonstruksi Kemalangan (Crash Reconstruction

Unit) MIROS, memandu secara berbahaya, memandu dengan laju dan kepenatan adalah punca-

punca utama berlakunya kemalangan. Faktor-faktor ini akan ditangani di dalam Pelan Keselamatan

Jalan Raya Malaysia 2014-2020 bagi mengurangkan bilangan kemalangan maut di jalan raya.

Jadual 5: Punca-Punca Kemalangan

Faktor Bilangan Kemalangan

Memandu secara berbahaya 121

Memandu dengan laju 93

Kepenatan/ Keletihan 70

Keselamatan, kesihatan dan persekitaran 38

Kerosakan jalan 36

Memandu di bawah pengaruh alkohol/ dadah 24

Kerosakan brek 20

Kebolehlihatan 18

Kerosakan tayar 14

Memandu dengan lebih muatan 11


Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 11

uu 4.0 PELAN KESELAMATAN


JALAN RAYA MALAYSIA 2014-2020
4.1 Gambaran Keseluruhan

Bertitik-tolak dari pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010, JKJR dan MIROS

telah merangka Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 dengan kerjasama Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya

(JKR) dan agensi-agensi kerajaan yang lain serta pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO)

yang berkaitan. Langkah yang diambil dalam merangka Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

2014-2020 serta pelaksanaannya adalah berpandukan Tindakan Sedekad Global yang menekankan

keperluan program-program keselamatan jalan raya yang berorientasikan hasil. Oleh itu, Pelan

Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 akan menekankan hasil dan langkah-langkah intervensi.

Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 dirangka bagi:

1. Meningkatkan usaha-usaha mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di

Malaysia;

2. Menyokong saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menjayakan Tindakan

Sedekad Bagi Keselamatan Jalan Raya; dan

3. Mendapatkan sokongan politik dan sumber yang mencukupi bagi inisiatif-inisiatif keselamatan

jalan raya.
12 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

4.2 Sasaran Pengurangan Kadar Kematian Jalan Raya

Berdasarkan analisa terhadap trend terdahulu, adalah dijangkakan bahawa sekiranya tiada

program keselamatan jalan raya yang menyeluruh dilaksanakan akan terdapat 8,760 kematian

akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2015 dan 10,716 kematian pada tahun 2020 (Rajah

3). Di dalam situasi business as usual yakni tiada langkah intervensi ataupun program tambahan

diperkenalkan, kematian akibat kemalangan jalan raya dijangka meningkat sebanyak 56% di

antara tahun 2010 dan 2020.

Rajah 3: Jangkaan Kematian di dalam Situasi Business as Usual

12000

10000

8000

6000

4000

2000

0
1972
1974
1976
1978
1980
1982
1984
1986
1988
1990
1992
1994
1996
1998
2000
2002
2004
2006
2008
2010
2012
2014
2016
2018
2020

KEMATIAN ARIMA

Strategi-strategi yang akan diambil di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya 2014-2020 mampu

mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini. Sasaran pengurangan

kadar kematian jalan raya bagi tahun 2020 seperti yang terkandung di dalam Pelan Keselamatan

Jalan Raya Malaysia 2014-2020 adalah seperti di dalam Jadual 6. Kematian pada tahun 2020

disasarkan untuk dikurangkan kepada 5,358 berbanding 10,716 di dalam situasi business as usual.

Sasaran pelan ini adalah 22% lebih rendah daripada sasaran jumlah kematian pada tahun 2010.

Jadual 6: Sasaran Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

Tahun 2015 2020

Ramalan Kematian 8,760 10,716

Sasaran Pengurangan Kematian 6,570 5,358


Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 13

4.3 Kerangka Kerja Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 akan dilaksanakan berdasarkan lima Tonggak

Strategik. Program-program dan langkah-langkah intervensi yang dirancang akan membantu

dalam mencapai Hasil Pertengahan dan Hasil Akhir seperti yang terkandung di dalam Pelan

Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020. Kedua-dua hasil ini akan membantu mencapai

sasaran pelan ini. Rajah 4 menunjukkan kerangka kerja asas dan pendekatan Pelan ini.

Di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020, terdapat enam Hasil Akhir serta

sepuluh Hasil Pertengahan. Hasil Akhir merujuk kepada sasaran di penghujung Pelan Keselamatan

Jalan Raya Malaysia 2014-2020. Hasil Pertengahan pula merangkumi sepuluh sasaran yang perlu

dicapai pada pertengahan pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020.

Rajah 4: Kerangka Kerja Asas Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

Hasil Akhir (HA)

Hasil Pertengahan (HP)

T T T T T
O O O O O
N N N N N
G G G G G
G G G G G
A A A A A
K K K K K

1 2 3 4 5

Program-Program Keselamatan Jalan Raya

Penglibatan & Komitmen Pihak-Pihak


Berkepentingan (Stakeholders)

Maklumat & Data


14 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

4.4 Tonggak-Tonggak Strategik

Di dalam kerangka kerja Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 yang selari dengan

Tindakan Sedekad Global, aktiviti-aktiviti bagi mencapai sasaran akan dilaksanakan berdasarkan

lima Tonggak Strategik seperti berikut:

• Tonggak Strategik 1 – Pengurusan Keselamatan Jalan Raya

• Tonggak Strategik 2 – Mobiliti dan Jalan Raya Yang Lebih Selamat

• Tonggak Strategik 3 – Kenderaan Yang Lebih Selamat

• Tonggak Strategik 4 – Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat

• Tonggak Strategik 5 – Pengurusan Pasca Kemalangan

Tonggak-tonggak Strategik ini merangkumi komponen-komponen penting bagi keselamatan jalan

raya. Setiap Tonggak Strategik diterjemahkan kepada sekurang-kurangnya satu Hasil Akhir (HA).

Hasil Akhir ini akan diperjelaskan dengan lebih terperinci melalui Hasil Pertengahan (HP). Ringkasan
Skop Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 boleh didapati di dalam Rajah 5.
Rajah 5: Skop Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

(TS1) Pengurusan Keselamatan Jalan Raya

Pengurangan Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan pelanggaran Penambahbaikan Pengurangan risiko
kelajuan kenderaan kepada penunggang dan kepada pejalan kaki lampu isyarat piawaian kepada pemandu dan
pembonceng motosikal berwarna merah keselamatan kenderaan penumpang kereta
(HA1) (HA2) (HA3) (HA4) (HA5) (HA6)

Pengurangan risiko Peningkatan kadar Penglibatan Melahirkan Penambahbaikan Penglibatan


RINGKASAN PELAN berhubung pemakaian masyarakat pemandu syarat crashworthiness masyarakat
kejuruteraan jalan raya topi keledar yang lebih aktif yang lebih terlatih bagi kenderaan baru yang lebih aktif
KESELAMATAN JALAN RAYA (HP1) (HP3) (HP4) (HP2) (HP6) (HP4)

MALAYSIA 2014-2020 Melahirkan Penglibatan Peningkatan Peningkatan kadar


pemandu masyarakat roadworthiness bagi pemakaian tali
yang lebih terlatih yang lebih aktif kenderaan sedia ada pinggang keledar
(HP2) (HP4) (HP7) (HP8)

Penambahbaikan
keselamatan
pengangkutan awam
(HP5)

(TS2) Mobiliti dan Jalan Raya Yang Lebih Selamat

Pengurangan Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan pelanggaran Pengurangan risiko


(TS3) Kenderaan Yang Lebih Selamat kelajuan kenderaan kepada penunggang dan kepada pejalan kaki lampu isyarat kepada pemandu dan
pembonceng motosikal berwarna merah penumpang kereta
(HA1) (HA2) (HA3) (HA4) (HA6)
Pengurangan Pengurangan risiko Penambahbaikan
kelajuan kenderaan kepada penunggang dan piawaian Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan risiko
pembonceng motosikal keselamatan kenderaan berhubung berhubung berhubung berhubung berhubung
(HA1) (HA2) (HA5) kejuruteraan jalan raya kejuruteraan jalan raya kejuruteraan jalan raya kejuruteraan jalan raya kejuruteraan jalan raya
(HP1) (HP1) (HP1) (HP1) (HP1)
Pemasangan alat Penambahbaikan Penambahbaikan
pemantau kelajuan keselamatan syarat crashworthiness
di dalam kenderaan pengangkutan awam bagi kenderaan baru
(HP9) (HP5) (HP6) (TS4) Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat
Peningkatan
roadworthiness bagi Pengurangan Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan pelanggaran Pengurangan risiko
kenderaan sedia ada kelajuan kenderaan kepada penunggang dan kepada pejalan kaki lampu isyarat kepada pemandu dan
(HP7) pembonceng motosikal berwarna merah penumpang kereta
(HA1) (HA2) (HA3) (HA4) (HA6)

Melahirkan Peningkatan kadar Melahirkan Melahirkan Peningkatan kadar


(TS5) Pengurusan Pasca Kemalangan pemandu pemakaian pemandu pemandu pemakaian tali
yang lebih terlatih topi keledar yang lebih terlatih yang lebih terlatih pinggang keledar
(HP2) (HP3) (HP2) (HP2) (HP8)
Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan risiko
kepada penunggang dan kepada pejalan kaki kepada pemandu dan Penglibatan Penglibatan Penglibatan
pembonceng motosikal penumpang kereta masyarakat masyarakat masyarakat
(HA2) (HA3) (HA6) yang lebih aktif yang lebih aktif yang lebih aktif
(HP4) (HP4) (HP4)
Penambahbaikan Penambahbaikan Penambahbaikan
operasi tindak balas operasi tindak balas operasi tindak balas Melahirkan Melahirkan
kecemasan kecemasan kecemasan pemandu pemandu
(HP10) (HP10) (HP10) yang lebih terlatih yang lebih terlatih
(HP2) (HP2)
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020
| 15
16 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

4.4.1 Tonggak Strategik 1 – Pengurusan Keselamatan Jalan Raya

Di dalam Tonggak Strategik 1, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) selaku agensi peneraju

akan merangka dan menyelaras pelaksanaan program-program keselamatan jalan raya serta

pelan-pelan tindakan. JKJR akan menubuhkan jawatankuasa penilai untuk menilai dan mengkaji

pencapaian hasil strategik (Hasil Akhir dan Hasil Pertengahan) dan program-program berkaitan.

Rajah 6: Tonggak Strategik 1 – Pengurusan Keselamatan Jalan Raya

(TS1) Pengurusan Keselamatan Jalan Raya

Pengurangan Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan Penambahbaikan Pengurangan risiko


kelajuan kenderaan kepada penunggang dan kepada pejalan kaki pelanggaran lampu piawaian kepada pemandu dan
pembonceng motosikal isyarat berwarna merah keselamatan kenderaan penumpang kereta
(HA1) (HA2) (HA3) (HA4) (HA5) (HA6)

Pengurangan risiko Peningkatan kadar Penglibatan Melahirkan Penambahbaikan Penglibatan


berhubungan pemakaian masyarakat pemandu syarat crashworthiness masyarakat
kejuruteraan jalan raya topi keledar yang lebih aktif yang lebih terlatih bagi kenderaan baru yang lebih aktif
(HP1) (HP3) (HP4) (HP2) (HP6) (HP4)

Melahirkan Penglibatan Peningkatan Peningkatan kadar


pemandu masyarakat roadworthiness bagi pemakaian tali
yang lebih terlatih yang lebih aktif kenderaan sedia ada pinggang keledar
(HP2) (HP4) (HP7) (HP8)

Penambahbaikan
keselamatan
pengangkutan awam
(HP5)

Hasil Akhir

Di bawah Tonggak Pengurusan Keselamatan Jalan Raya, enam Hasil Akhir akan cuba dicapai:

HA1 – Pengurangan kelajuan kenderaan

HA2 – Pengurangan risiko kepada penunggang dan pembonceng motosikal

HA3 – Pengurangan risiko kepada pejalan kaki

HA4 – Pengurangan pelanggaran lampu isyarat berwarna merah

HA5 – Penambahbaikan piawaian keselamatan kenderaan

HA6 – Pengurangan risiko kepada pemandu dan penumpang kereta

Hasil Akhir merangkumi punca-punca utama kemalangan jalan raya.

Hasil Pertengahan

Di bawah Tonggak Strategik 1 terdapat lapan Hasil Pertengahan:

HP1 – Pengurangan risiko berhubung kejuruteraan jalan raya

HP2 – Melahirkan pemandu yang lebih terlatih

HP3 – Peningkatan kadar pemakaian topi keledar

HP4 – Penglibatan masyarakat yang lebih aktif

HP5 – Penambahbaikan keselamatan pengangkutan awam

HP6 – Penambahbaikan syarat crashworthiness bagi kenderaan baru

HP7 – Peningkatan roadworthiness bagi kenderaan sedia ada

HP8 – Peningkatan kadar pemakaian tali pinggang keledar


Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 17

Program-Program Keselamatan Jalan Raya

Bagi merealisasikan Hasil Akhir dan Hasil Pertengahan, 11 Program Keselamatan Jalan Raya akan

dirancang dan dilaksanakan:

a) Pengurusan dan penyelarasan program-program keselamatan jalan raya antara agensi

JKJR akan menjadi pihak yang bertanggungjawab ke atas program-program ini baik di

peringkat kebangsaan ataupun negeri.

b) Program-program bersepadu penguatkuasaan keselamatan jalan raya

Program-program ini akan melibatkan penyertaan semua agensi berkaitan keselamatan jalan

raya. Setiap agensi akan mempunyai objektif dan bidang tugas masing-masing.

c) Program latihan bagi pegawai penguatkuasa

Di dalam program berterusan ini, pihak berkuasa yang berkaitan akan membuat penilaian

semula terhadap kesemua program-program mereka yang sedia ada. Penambahbaikan

akan dibuat berdasarkan hasil penilaian semula

tersebut. Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan

Lalu Lintas Secara Automatik (AES) di seluruh

negara merupakan salah satu komponen penting

di dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan

raya. Pegawai-pegawai penguatkuasa akan

menjalani latihan berterusan bagi memastikan

program-program penguatkuasaan dan intervensi

dilaksanakan dengan lebih baik.

d) Program perancangan sumber secara menyeluruh

Matlamat bagi program berterusan ini ialah:

• Menilai semula keperluan tenaga kerja

• Melaksanakan fungsi dan struktur baharu


• Menilai semula status peralatan penguatkuasaan

• Membeli peralatan tambahan seperti sistem penguatkuasaan berkamera bagi meningkatkan

kelancaran dan keberkesanan penguatkuasaan.

e) Pusat Pengurusan Pangkalan Data Keselamatan Jalan Raya

Data merupakan aset penting di dalam memantau keberkesanan program-program

keselamatan jalan raya. Oleh itu, pusat pangkalan data keselamatan jalan raya bagi

pengurusan maklumat secara menyeluruh akan ditubuhkan. Maklumat berkenaan

keselamatan jalan raya akan dikumpul dan disalurkan kepada pihak-pihak yang berkenaan

bagi membantu mereka merangka dasar serta melaksanakan langkah intervensi. Ini termasuk

maklumat kemalangan, kematian, kecederaan dan tuntutan insurans.


18 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

f) Pembiayaan untuk program keselamatan jalan raya


Pelaksanaan program-program keselamatan jalan raya memerlukan sumber kewangan yang
banyak. Sebahagian besar pembiayaan bagi melaksanakan Pelan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia 2014-2020 akan ditanggung oleh Kerajaan Malaysia. Sokongan daripada pihak
swasta akan diperolehi untuk membiayai program-program di bawah Pelan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia 2014-2020. Sumbangan kewangan daripada pihak swasta untuk
membiayai program-program keselamatan jalan raya ini akan meningkatkan keberkesanan
program-program yang akan dilaksanakan.

g) Program-program masyarakat setempat


Lebih banyak program yang melibatkan
masyarakat setempat seperti pameran,
seminar dan ceramah akan dianjurkan bagi
mendidik pengguna-pengguna jalan
raya mengenai keselamatan jalan raya.
Program-program masyarakat setempat ini
akan disasarkan kepada golongan muda.

h) Program-program menggalakkan penggunaan pengangkutan awam


Terdapat beberapa program yang sedang dijalankan bagi menggalakkan peralihan dari
penggunaan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam. Ini termasuk
penambahan pelaburan bagi infrastruktur pengangkutan awam di samping integrasi yang lebih
berkesan di antara jenis-jenis pengangkutan awam yang berlainan bagi kemudahan
pengguna. Program-program ini juga merangkumi kempen-kempen media bagi menambah
kesedaran tentang perkhidmatan pengangkutan awam, di samping langkah-langkah
perundangan bagi menyokong penggunaan pengangkutan awam seperti menghadkan
tempat meletak kenderaan, menghalang kemasukan kenderaan persendirian, menghadkan
kelajuan kenderaan dan melaksanakan keredaan trafik (traffic calming). Program-program ini
akan diperkukuh dan diperluaskan di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020.

i) Program bersepadu antara agensi bagi data penyiasatan kemalangan


Program-program ini akan bertambah lebih berkesan dengan termaktubnya Akta MIROS yang
mencakupi tanggungjawab ke atas maklumat-maklumat berkaitan:
• Pengumpulan
• Penyimpanan
• Analisa
• Penerbitan
• Pengagihan

j) Program-program penyelidikan keselamatan jalan raya


MIROS serta agensi-agensi lain akan terus menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan bagi meneroka
langkah-langkah dan inisiatif baharu serta menilai impaknya terhadap keselamatan jalan raya.
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 19

k) Penilaian semula dan penambahbaikan undang-undang keselamatan jalan raya

Penilaian semula undang-undang kecil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung

keselamatan seperti Kod Lebuhraya, Peraturan Pembinaan dan Penggunaan 1959, Peraturan

Pemakaian Topi Keledar dan Peraturan Tali Pinggang Keledar bagi mencegah pengguna-

pengguna jalan raya melanggar peraturan-peraturan lalu lintas melalui saman dan hukuman.

4.4.2 Tonggak Strategik 2 – Mobiliti dan Jalan Raya Yang Lebih Selamat

Tonggak Strategik 2 menegaskan bahawa mobiliti bukan hanya berkisar tentang

kemudahcapaian (accessibility) tetapi yang lebih pentingnya, perlu menitikberatkan aspek

keselamatan jalan raya. Oleh itu, keselamatan jalan raya perlu diambil kira semasa tahap

perancangan dan rekabentuk infrastruktur jalan raya.

Rajah 7: Tonggak Strategik 2 – Mobiliti dan Jalan Raya Yang Lebih Selamat

(TS2) Mobiliti dan Jalan Raya Yang Lebih Selamat

Pengurangan Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan Pengurangan risiko


kelajuan kenderaan kepada penunggang dan kepada pejalan kaki pelanggaran lampu kepada pemandu dan
pembonceng motosikal isyarat berwarna merah penumpang kereta
(HA1) (HA2) (HA3) (HA4) (HA6)

Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan risiko
berhubung berhubung berhubung berhubung berhubung
kejuruteraan jalan raya kejuruteraan jalan raya kejuruteraan jalan raya kejuruteraan jalan raya kejuruteraan jalan raya
(HP1) (HP1) (HP1) (HP1) (HP1)

Hasil Akhir

Di bawah Tonggak Strategik 2 berkaitan mobiliti dan jalan raya yang lebih selamat, lima Hasil Akhir
akan cuba dicapai:

HA1 – Pengurangan kelajuan kenderaan

HA2 – Pengurangan risiko kepada penunggang dan pembonceng motosikal

HA3 – Pengurangan risiko kepada pejalan kaki

HA4 – Pengurangan pelanggaran lampu isyarat berwarna merah

HA6 – Pengurangan risiko kepada pemandu dan penumpang kereta

Hasil Pertengahan

Di bawah Tonggak Strategik 2, terdapat hanya satu Hasil Pertengahan:

HP1 – Pengurangan risiko berhubung kejuruteraan jalan raya


20 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

Program Keselamatan Jalan Raya

Terdapat tujuh Program Keselamatan Jalan Raya yang akan dilaksanakan bagi mencapai Hasil Akhir dan Hasil

Pertengahan.

a) Penilaian semula had laju berdasarkan jenis jalan dan kenderaan

Had laju selamat bagi setiap jenis jalan akan ditentukan berdasarkan ciri-ciri jalan raya tersebut. Had laju tersebut

akan dipamerkan dengan jelas bagi memastikan ia dipatuhi oleh pengguna-pengguna jalan raya. Had laju

mengikut jenis-jenis kenderaan juga akan ditentukan bagi mencapai matlamat Tonggak Strategik 2.

b) Pelaksanaan kaedah kawalan kelajuan (keredaan trafik)

Satu lagi pendekatan pengurusan kelajuan yang akan diguna pakai ialah kaedah kawalan kelajuan. Kawalan

kelajuan seperti keredaan trafik akan dilaksanakan di beberapa lokasi strategik seperti di sekolah-sekolah dan

kawasan-kawasan kediaman bagi mengurangkan kelajuan kenderaan.

c) Pengurusan isyarat trafik (penyegerakan dan pengoptimuman lampu isyarat trafik)

Amalan meletakkan anggota polis trafik di persimpangan jalan berlampu isyarat di bandar-bandar besar
sudah menjadi satu kebiasaan di Malaysia. Kehadiran anggota polis trafik di persimpangan jalan berlampu

isyarat ini bagi tujuan melancarkan perjalanan menunjukkan kelemahan penyegerakan dan

pengoptimuman lampu isyarat trafik. Penyegerakan dan pengoptimuman lampu isyarat akan dilaksanakan

bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

d) Pembinaan laluan motosikal dan bahu

jalan ber turap

Motosikal adalah kenderaan kecil jika

dibandingkan dengan kenderaan lain.

Disebabkan perbezaan saiznya, kemungkinan

penunggang/pembonceng motosikal maut atau

mengalami kecederaan parah adalah tinggi

apabila berlaku kemalangan yang melibatkan

kenderaan lain. Oleh itu, pengasingan motosikal


daripada kenderaan lain akan mengurangkan kemalangan melibatkan motosikal. Di dalam program bagi

laluan motosikal, langkah-langkah berikut akan diambil:

• pembinaan segera laluan motosikal;

• penyelenggaraan sewajarnya bagi laluan motosikal; dan

• penambahbaikan lampu dan papan tanda.


Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 21

e) Program keselamatan penghadang jalan

Objek-objek berbahaya seperti pokok dan tiang di tepi jalan boleh mendatangkan

kecederaan serius kepada pengguna jalan raya. Penghadang jalan mampu mengelakkan

perkara ini daripada berlaku. Di bawah program ini, penghadang jalan yang sesuai

akan dibina bagi memastikan ianya berfungsi dengan berkesan dan bukannya

mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

f) Program penilaian piawaian dan peraturan

Program berterusan ini akan memberi tumpuan kepada

piawaian dan peraturan berhubung keselamatan jalan raya

termasuk pembinaan, papan tanda serta perabot jalan.

Piawaian sedia ada telah lama diguna pakai dan akan dinilai

semula bagi memastikan keselamatan jalan raya di Malaysia berada di tahap yang lebih baik.

g) Program Audit Keselamatan Jalan Raya

Audit Keselamatan Jalan Raya merupakan teknik baharu kejuruteraan jalan raya yang

digunakan bagi mengenal pasti masalah keselamatan yang bakal berlaku di peringkat

perancangan dan rekabentuk sesuatu projek. Sekiranya diguna pakai ke atas jalan raya yang

sedia ada, Audit Keselamatan Jalan Raya mampu mengenal pasti kawasan-kawasan yang

berpotensi mendatangkan bahaya sebelum ianya menjadi kawasan kerap berlaku

kemalangan. Audit Keselamatan Jalan Raya ini akan dijalankan di seluruh negara.

4.4.3 Tonggak Strategik 3 – Kenderaan Yang Lebih Selamat

Di bawah Tonggak Strategik 3, tumpuan akan diberikan terhadap penggunaan teknologi keselamatan

kenderaan yang lebih baik bagi keselamatan pasif dan keselamatan aktif. Ini akan dilakukan melalui

gabungan keseragaman di antara piawaian-piawaian antarabangsa yang relevan dengan insentif

serta skim maklumat pengguna bagi mempercepatkan peralihan kepada teknologi baharu bagi

menambah baik keselamatan kenderaan. Usaha strategik ini akan disokong dengan pelan

menyeluruh bagi pelaksanaan Peraturan United Nations (UN) bagi piawaian keselamatan kenderaan.

Rajah 8: Tonggak Strategik 3 – Kenderaan Yang Lebih Selamat

(TS3) Kenderaan Yang Lebih Selamat

Pengurangan Pengurangan risiko Penambahbaikan


kelajuan kenderaan kepada penunggang dan piawaian
pembonceng motosikal keselamatan kenderaan
(HA1) (HA2) (HA5)

Pemasangan alat Penambahbaikan Penambahbaikan


pemantau kelajuan keselamatan syarat crashworthiness
didalam kenderaan pengangkutan awam bagi kenderaan baru
(HP9) (HP5) (HP6)

Peningkatan
roadworthiness bagi
kenderaan sedia ada
(HP7)
22 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

Hasil Akhir
Di bawah Tonggak Strategik 3, tiga Hasil Akhir telah dikenal pasti bagi memastikan program-program yang
berkaitan berjalan dengan lancar:
HA1 – Pengurangan kelajuan kenderaan
HA2 – Pengurangan risiko kepada penunggang dan pembonceng motosikal
HA5 – Penambahbaikan piawaian keselamatan kenderaan

Hasil Pertengahan
Di bawah Tonggak Strategik 3, terdapat empat Hasil Pertengahan:
HP5 – Penambahbaikan keselamatan pengangkutan awam
HP6 – Penambahbaikan syarat crashworthiness bagi kenderaan baru
HP7 – Penambahbaikan roadworthiness bagi kenderaan sedia ada
HP9 – Pemasangan alat pemantau kelajuan di dalam kenderaan

Program-Program Keselamatan Jalan Raya


Anti-lock Hasil Pertengahan akan disokong oleh empat
Airbags Seatbelts Braking
System Program Keselamatan Jalan Raya.

a) Pelaksanaan Peraturan United Nations (UN)


melalui Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan
(Vehicle Type Approval) (VTA)
Pelaksanaan Peraturan United Nations (UN)
melalui Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan akan
membantu industri permotoran Malaysia
menawarkan kenderaan bertaraf 'lima bintang' kepada pengguna jalan raya. Program ini akan merangkumi
perkara-perkara berikut:
• Kesemua kenderaan baharu mestilah dilengkapi tali pinggang keledar dan tambatan (anchorages)
yang mematuhi Peraturan United Nations (UN)
• Penggunaan teknologi yang terbukti berkesan dan boleh mengelakkan perlanggaran seperti Kawalan
Kestabilan Elektronik dan Sistem Membrek Anti-Kunci pada motosikal.
• Sistem Keselamatan Pasif
• Sistem Keselamatan Aktif seperti brek dan gear pergerakan, lampu serta lampu isyarat.

b) Penguatkuasaan piawaian komponen kenderaan di dalam pasaran


Program ini akan memberi perlindungan kepada pembeli serta pemilik kenderaan berhubung komponen
kenderaan setelah ianya dijual.

c) Analisa terhadap kekurangan peruntukan undang-undang semasa


Program ini akan meningkatkan perlindungan terhadap pembeli dan pemilik kenderaan. Analisa ini akan
merangkumi aspek pembuatan komponen kenderaan, penggunaan komponen pada kenderaan
sehingga pelupusan kenderaan. MIROS serta agensi keselamatan jalan raya yang berkaitan akan
menjalankan penyelidikan dan kajian mendalam tentang Situational and Gap Analysis dan Regulatory
Impact Assessment bagi memastikan eko-sistem permotoran yang sihat.
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 23

d) Program penilaian tahap keselamatan kenderaan


Program ini akan dapat membangunkan satu pangkalan data keselamatan kenderaan bagi
perbandingan tahap keselamatan mengikut pengeluar dan jenis kenderaan. Pembangunan
makmal perlanggaran yang menyeluruh adalah aktiviti utama bagi program penilaian
keselamatan kenderaan. Kemudahan makmal perlanggaran ini telah dibangunkan oleh MIROS
dan telah mula beroperasi
sejak Mei 2012. Ia juga telah
diiktiraf sebagai kemudahan
makmal perlanggaran bagi
menjalankan kemudahan
kemalangan berskala penuh
program penilaian kenderaan
baru di rantau ASEAN. New Car
Assessment Programme (NCAP)
akan memberi penarafan
bintang keselamatan untuk
kereta baru berdasarkan prestasi keselamatan dalam ujian perlanggaran. Program ini adalah
berasaskan pengguna dan akan membantu pengguna untuk memilih kereta yang lebih baik
berdasarkan penggredan keselamatan. Kaedah non-destructive bagi penilaian keselamatan
kenderaan yang dipanggil Malaysian Vehicle Assessment Program (MyVAP) tidak lagi dijalankan dan
digantikan dengan kaedah penilaian yang bersifat destructive (Ujian Perlanggaran Berskala Penuh).

4.4.4 Tonggak Strategik 4 – Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat

Tonggak Strategik 4 memberi penekanan terhadap penambahbaikan tingkah laku pengguna-


pengguna jalan raya. Program-program menyeluruh bagi memperbaiki tingkah laku pengguna
jalan raya dicadangkan di bawah Tonggak Strategik ini. Tujuannya ialah bagi meningkatkan
penguatkuasaan undang-undang dan piawaian, dengan diiringi kesedaran masyarakat serta
program-program pendidikan bagi memupuk budaya mementingkan keselamatan jalan raya di
kalangan pengguna jalan raya.

Rajah 9: Tonggak Strategik 4 – Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat

(TS4) Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat

Pengurangan Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan Pengurangan risiko


kelajuan kenderaan kepada penunggang dan kepada pejalan kaki pelanggaran lampu kepada pemandu dan
pembonceng motosikal isyarat berwarna merah penumpang kereta
(HA1) (HA2) (HA3) (HA4) (HA6)

Melahirkan Peningkatan kadar Melahirkan Melahirkan Peningkatan kadar


pemandu pemakaian pemandu pemandu pemakaian tali
yang lebih terlatih topi keledar yang lebih terlatih yang lebih terlatih pinggang keledar
(HP2) (HP3) (HP2) (HP2) (HP8)

Penglibatan Penglibatan Penglibatan


masyarakat masyarakat masyarakat
yang lebih aktif yang lebih aktif yang lebih aktif
(HP4) (HP4) (HP4)

Melahirkan Melahirkan
pemandu pemandu
yang lebih terlatih yang lebih terlatih
(HP2) (HP2)
24 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

Hasil Akhir
Di bawah Tonggak Strategik 4 berkenaan Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat, lima Hasil Akhir
telah dikenal pasti bagi memastikan program-program yang berkaitan berjalan dengan baik:
HA1 – Pengurangan kelajuan kenderaan
HA2 – Pengurangan risiko kepada penunggang dan pembonceng motosikal
HA3 – Pengurangan risiko kepada pejalan kaki
HA4 – Pengurangan pelanggaran lampu isyarat berwarna merah
HA6 – Pengurangan risiko kepada pemandu dan penumpang kereta

Hasil Pertengahan
Di bawah Tonggak Strategik 4, terdapat empat Hasil Pertengahan:
HP2 – Melahirkan Pemandu yang lebih terlatih
HP3 – Peningkatan kadar pemakaian topi keledar
HP4 – Penglibatan masyarakat yang lebih aktif
HP8 – Peningkatan kadar pemakaian tali pinggang keledar

Program-Program Keselamatan Jalan Raya


Hasil Pertengahan ini akan disokong oleh lapan Program
Keselamatan Jalan Raya. Bagi memastikan Hasil Pertengahan
tercapai, program-program seperti di bawah akan dilaksanakan:

a) Penambahbaikan kurikulum latihan pemandu yang sedia ada


Program ini merupakan kesinambungan daripada program di dalam Pelan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 yang dianjurkan oleh JPJ, MIROS
dan institut-institut memandu. Di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia 2014-2020, program-program latihan yang sedia ada akan dinilai
semula bagi memberi laluan kepada kurikulum yang baharu dan lebih baik. Ini bagi
memastikan hasil dari program-program tersebut sejajar dengan amalan terbaik dunia bagi
melahirkan pemandu-pemandu yang lebih mahir.

b) Program pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat melalui media


Program ini juga merupakan kesinambungan daripada
program di dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
2006-2010. Kempen-kempen menerusi media akan
diperhebatkan bagi mendidik pengguna-pengguna jalan
raya tentang bahaya memandu dengan laju, mengekori
kenderaan di hadapan dengan terlalu dekat, memotong
barisan, melanggar lampu isyarat berwarna merah,
penyalahgunaan lorong kecemasan, pemakaian topi keledar
dan tali pinggang keledar hadapan dan belakang.
Matlamat program ini ialah untuk memupuk budaya
pemanduan berhemah di kalangan pengguna-pengguna
jalan raya di negara ini.
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 25

c) Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya di sekolah


Program ini merupakan langkah berterusan bagi memupuk kesedaran berhubung keselamatan
jalan raya di kalangan pelajar-pelajar sekolah. JKJR dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia akan menyedia, melatih dan memantau pelaksanaan program Pendidikan
Keselamatan Jalan Raya ini. Di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010,
program ini telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah rendah bagi murid-murid Tahun
1 hingga 6 di seluruh negara. Pelaksanaannya diperluaskan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1
hingga 3 di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020.

d) Sistem hukuman yang lebih berat melalui


Sistem Demerit KEJARA
Sistem Demerit KEJARA akan dinilai semula
bagi memastikan keberkesanannya. Penilaian
semula ini akan merangkumi sistem insurans
bagi menghukum pemandu yang kerap
melanggar peraturan lalu lintas dan memberi
ganjaran kepada pemandu-pemandu
yang berhemah serta merangkumi proses
memperbaharui lesen memandu. Contohnya, peningkatan nilai saman bagi kesalahan-kesalahan
memandu secara merbahaya.

e) Program akreditasi institut memandu


Di bawah program ini, JKJR dengan kerjasama agensi-agensi keselamatan jalan raya yang
berkaitan akan menilai institut-institut memandu bagi memastikan kualiti, kecekapan dan
pematuhan kepada amalan terbaik.

f) Khidmat masyarakat bagi pesalah lalu lintas


Program ini merupakan kaedah alternatif bagi memberi hukuman terhadap pengguna-pengguna
jalan raya yang kerap melakukan kesalahan-kesalahan lalu lintas. Melalui program ini, mereka
dikehendaki melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat. Pesalahlaku-pesalahlaku lalu lintas
yang dikenakan saman juga dikehendaki menjelaskan bayaran saman di samping memenuhi
jangka masa khidmat masyarakat yang telah ditetapkan ke atas mereka.

g) Program untuk majikan dan pekerja


Program-program keselamatan jalan raya yang melibatkan majikan dan modul keselamatan
jalan raya bagi pekerja-pekerja akan dijadikan aspek penting di dalam program-program
keselamatan jalan raya bagi pekerja-pekerja, di samping garis-garis panduan keselamatan di
tempat kerja yang terkandung di dalam keperluan kesihatan dan keselamatan pekerjaan.
26 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

h) Program keselamatan jalan raya bagi meningkatkan kebolehlihatan pengguna jalan raya
Program bagi meningkatkan kebolehlihatan pengguna jalan raya akan
merangkumi inisiatif-inisiatif termasuk menggalakkan penggunaan
pakaian pemantul cahaya (reflective) oleh penunggang dan
pembonceng motosikal serta penggunaan nombor pendaftaran
kenderaan yang reflective.

4.4.5 Tonggak Strategik 5 – Pengurusan Pasca Kemalangan

Tonggak Strategik ini memberi penekanan terhadap penambahbaikan

tindak balas kecemasan pasca kemalangan. Aspek utama yang

ditekankan adalah bantuan kecemasan serta sistem-sistem lain yang

diperlukan di dalam memberikan pertolongan yang sewajarnya, serta

pemulihan jangka panjang mangsa-mangsa kemalangan.

Rajah 10: Tonggak Strategik 5 – Pengurusan Pasca Perlanggaran

(TS5) Pengurusan Pasca Kemalangan

Pengurangan risiko Pengurangan risiko Pengurangan risiko


kepada penunggang dan kepada pejalan kaki kepada pemandu dan
pembonceng motosikal penumpang kereta
(HA2) (HA3) (HA6)

Penambahbaikan Penambahbaikan Penambahbaikan


operasi tindak balas operasi tindak balas operasi tindak balas
kecemasan kecemasan kecemasan
(HP10) (HP10) (HP10)

Hasil Akhir

Di bawah Tonggak Pengurusan Pasca Kemalangan, tiga Hasil Akhir akan cuba dicapai.

Program-program berhubung setiap penghasilan akan dikenal pasti dan dilaksanakan:

HA2 – Pengurangan risiko kepada penunggang dan pembonceng motosikal

HA3 – Pengurangan risiko kepada pejalan kaki


HA6 – Pengurangan risiko kepada pemandu dan penumpang kereta

Hasil Pertengahan

Di bawah Tonggak Strategik ini, terdapat satu Hasil Pertengahan:

HP10 – Penambahbaikan operasi tindak balas kecemasan


Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 27

Program-Program Keselamatan Jalan Raya

Empat Program Keselamatan Jalan Raya telah dikenal pasti bagi mencapai Hasil-Hasil di bawah

Tonggak Strategik ini.

a) Program Komuniti First Responder

Program ini bertujuan memberi latihan dan pengetahuan asas bantuan pertolongan cemas
kepada masyarakat sebagai pihak pertama yang bertindak memberi bantuan kepada

mangsa-mangsa kemalangan jalan raya. Program ini menekankan perlunya memberi

bantuan dalam tempoh golden hour kepada mangsa-mangsa kemalangan sejurus selepas

berlakunya kemalangan, iaitu ketika menunggu kehadiran ambulans ke tempat kemalangan.

Kejayaan program ini bergantung kepada penglibatan masyarakat setempat di dalam

menghulurkan bantuan kecemasan.

b) Penambahbaikan masa tindak balas kecemasan

Program ini akan merangka satu sistem penjagaan

pra-hospital, termasuk proses mengeluarkan

mangsa kemalangan dari kenderaan selepas

perlanggaran dan pelaksanaan satu nombor

panggilan kecemasan bagi seluruh negara yang

diteruskan daripada amalan-amalan yang sedia

ada. Program ini bertujuan menambah baik

jangka masa tindak balas kecemasan agar

setanding dengan amalan terbaik di dunia.

c) Penubuhan sistem trauma kebangsaan

Di bawah program ini, beberapa aktiviti telah dirancang bagi memastikan kejayaannya.

Pelaksanaan dasar rawatan trauma kebangsaan dijalankan dengan mengenal pasti

hospital-hospital yang berkemampuan memberikan rawatan trauma. Pendaftaran trauma di

hospital-hospital terpilih adalah berdasarkan penempatan (locality) serta jumlah pesakit. Selain

itu, hospital-hospital dengan kemampuan untuk menjalankan pembedahan asas bagi

menangani kes-kes trauma di zon kadar kemalangan tinggi akan dinaik taraf. Di samping itu,

pelaksanaan indeks prestasi trauma negara akan dijadikan sebagai sumber rujukan.

d) Penambahbaikan perkhidmatan ambulans bagi rawatan pra-hospital

Program ini akan disokong dengan aktiviti-aktiviti termasuklah pelaksanaan program akreditasi

bagi first responder dan pembekal perkhidmatan ambulans, serta pelaksanaan keperluan

minima bagi rawatan pra-hospital dan perkhidmatan ambulans.


28

Jadual 7: Ringkasan Hasil Akhir dan Hasil Pertengahan

TONGGAK HASIL AKHIR (HA) HASIL PERTENGAHAN (HP) PROGRAM

HA1 - Pengurangan kelajuan kenderaan HP1 - Pengurangan risiko berhubung kejuruteraan jalan raya • Pengurusan dan penyelarasan program-program keselamatan
HA2 - Pengurangan risiko kepada penunggang HP2 - Melahirkan pemandu yang lebih terlatih jalan raya antara agensi
dan pembonceng motosikal HP3 - Peningkatan kadar pemakaian topi keledar • Program-program bersepadu penguatkuasaan keselamatan jalan raya
HA3 - Pengurangan risiko kepada pejalan kaki HP4 - Penglibatan masyarakat yang lebih aktif • Program latihan bagi pegawai penguatkuasa
TS1: HA4 - Pengurangan pelanggaran lampu isyarat HP5 - Penambahbaikan keselamatan pengangkutan awam • Program perancangan sumber secara menyeluruh
Pengurusan berwarna merah HP6 - Penambahbaikan syarat crashworthiness bagi • Pusat pengurusan Pangkalan Data Keselamatan Jalan Raya
HA5 - Penambahbaikan piawaian keselamatan kenderaan baru • Pembiayaan untuk program keselamatan jalan raya
Keselamatan kenderaan HP7 - Peningkatan roadworthiness bagi kenderaan sedia ada • Program-program masyarakat setempat
Jalan Raya HA6 - Pengurangan risiko kepada pemandu HP8 - Peningkatan kadar pemakaian tali pinggang keledar • Program-program menggalakkan penggunaan pengangkutan awam
dan penumpang kereta • Program bersepadu antara agensi bagi data penyiasatan kemalangan
• Program penyelidikan keselamatan jalan raya
• Penilaian semula dan penambahbaikan undang-undang
keselamatan jalan raya
| Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

HA1 - Pengurangan kelajuan kenderaan HP1 - Pengurangan risiko berhubung kejuruteraan • Penilaian semula had laju bagi jenis jalan dan kenderaan
HA2 - Pengurangan risiko kepada penunggang jalan raya • Pelaksanaan kaedah kawalan kelajuan (keredaan trafik)
TS2: dan pembonceng motosikal • Pengurusan isyarat trafik (penyegerakan dan pengoptimuman
Mobiliti dan HA3 - Pengurangan risiko kepada pejalan kaki lampu isyarat trafik)
Jalan Raya Yang HA4 - Pengurangan pelanggaran lampu isyarat • Pembinaan laluan motosikal dan bahu jalan berturap
berwarna merah • Program keselamatan penghadang jalan
Lebih Selamat HA6 - Pengurangan risiko kepada pemandu • Program penilaian piawaian dan peraturan
dan penumpang kereta • Program audit keselamatan jalan raya

HA1 - Pengurangan kelajuan kenderaan HP5 - Penambahbaikan keselamatan pengangkutan awam • Pelaksanaan Peraturan United Nations (UN) melalui Sijil Kelulusan
TS3: HA2 - Pengurangan risiko kepada penunggang HP6 - Penambahbaikan syarat crashworthiness bagi Jenis Kenderaan (Vehicle Type Approval)
dan pembonceng motosikal kenderaan baru • Penguatkuasaan piawaian komponen kenderaan
Kenderaan HA5 - Penambahbaikan piawaian keselamatan HP7 - Penambahbaikan roadworthiness bagi kenderaan di dalam pasaran
Yang Lebih kenderaan sedia ada • Analisa terhadap kekurangan peruntukan undang-undang
Selamat HP9 - Pemasangan alat pemantau kelajuan di dalam semasa
kenderaan • Program penilaian tahap keselamatan kenderaan

HA1 - Pengurangan kelajuan kenderaan HP2 - Melahirkan pemandu yang lebih terlatih • Penambahbaikan kurikulum latihan pemandu yang sedia ada
HA2 - Pengurangan risiko kepada penunggang HP3 - Peningkatan kadar pemakaian topi keledar • Program pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat
dan pembonceng motosikal HP4 - Penglibatan masyarakat yang lebih aktif melalui media
4.5 Ringkasan Strategi Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

TS4:
HA3 - Pengurangan risiko kepada pejalan kaki HP8 - Peningkatan kadar pemakaian tali pinggang keledar • Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya di sekolah
Pengguna HA4 - Pengurangan pelanggaran lampu isyarat • Sistem hukuman yang lebih berat melalui Sistem Demerit KEJARA
Jalan Raya Yang berwarna merah • Program akreditasi institut memandu
Lebih Selamat HA6 - Pengurangan risiko kepada pemandu • Khidmat masyarakat bagi pesalah lalu lintas
dan penumpang kereta • Program untuk majikan dan pekerja
• Program keselamatan jalan raya bagi meningkatkan
kebolehlihatan pengguna jalan raya

HA2 - Pengurangan risiko kepada penunggang HP10 - Penambahbaikan operasi tindak balas kecemasan • Program Komuniti First Responder
TS5: dan pembonceng motosikal • Penambahbaikan masa tindak balas kecemasan
Pengurusan HA3 - Pengurangan risiko kepada pejalan kaki • Penubuhan sistem trauma kebangsaan
Pasca HA6 - Pengurangan risiko kepada pemandu • Penambahbaikan perkhidmatan ambulans bagi rawatan
dan penumpang kereta pra-hospital
Kemalangan
30 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

uu 5.0 PELAKSANAAN PELAN


KESELAMATAN JALAN RAYA
MALAYSIA 2014-2020
Pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) telah bersetuju untuk menyokong pelan-pelan dan

strategi-strategi yang digariskan di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020.

Mereka akan merangka program-program keselamatan jalan raya masing-masing serta

menetapkan peruntukan bagi pelaksanaannya. Program-program ini akan dirangka mengikut

jadual dan peringkat yang sesuai. Walaupun JKJR merupakan penyelaras utama bagi

pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020, pihak-pihak berkepentingan

akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan pelan-pelan dan strategi-strategi mereka.

Mereka akan bertanggungjawab ke atas kejayaan agenda keselamatan jalan raya di bawah

bidang masing-masing.

Perbincangan berterusan di antara pihak-pihak berkepentingan akan diadakan bagi memastikan

keberkesanan pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020. JKJR sebagai

agensi penyelaras utama akan menyelaraskan pelaksanaan keseluruhan Pelan Keselamatan

Jalan Raya Malaysia 2014-2020. Kesemua program yang telah dikenal pasti akan dipantau secara

terperinci berdasarkan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) melalui penilaian secara berkala,

penyelidikan dan tindakan susulan. KPI bagi Pelan ini adalah seperti di dalam Jadual 8.

Keberkesanan pelaksanaan Pelan ini memerlukan sokongan serta komitmen daripada semua

pihak berkepentingan. Pencapaian Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 akan

dipantau oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya yang akan bersidang

secara berkala.
32 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

uu 6.0 CABARAN DAN FAKTOR RISIKO

Bagi memastikan kejayaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020, cabaran dan risiko

berhubung pelaksanaannya akan dikenal pasti, dipantau dan ditangani. Terdapat pelbagai

cabaran serta risiko yang perlu diambil kira.

6.1 Isu Penyelarasan dan Institusi

Oleh kerana program-program keselamatan jalan raya dilaksanakan oleh pelbagai pihak

berkepentingan, ianya kadangkala dilaksanakan secara sendirian oleh agensi-agensi tertentu

dan tidak di dalam kerangka kerja yang lebih besar.


Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 33

Jadual 8: Pemetaan Tonggak-Tonggak Strategik Kepada Hasil Akhir dan Hasil Pertengahan
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

NO. HASIL AKHIR (HA) HASIL PERTENGAHAN (HP) TONGGAK STRATEGIK JUMLAH
HA
1 2 3 4 5

HA1 Pengurangan kelajuan ✓ ✓ ✓ ✓ 4


kenderaan
HP1 • Pengurangan risiko berhubung ✓ ✓ 2
kejuruteraan jalan raya
HP2 • Melahirkan pemandu yang lebih terlatih ✓ ✓ 2
HP9 • Pemasangan alat pemantau kelajuan ✓ 1
di dalam kenderaan

HA2 Pengurangan risiko ✓ ✓ ✓ ✓ ✓ 5


kepada penunggang dan
pembonceng motosikal

HP1 • Pengurangan risiko berhubung ✓ 1


kejuruteraan jalan raya
HP2 • Melahirkan pemandu yang lebih terlatih ✓ 1
HP3 • Peningkatan kadar pemakaian ✓ ✓ 2
topi keledar
HP4 • Penglibatan masyarakat yang lebih aktif ✓ ✓ 2
HP5 • Penambahbaikan keselamatan ✓ ✓ 2
pengangkutan awam
HP10 • Penambahbaikan operasi tindak balas ✓ 1
kecemasan

HA3 Pengurangan risiko ✓ ✓ 2


kepada pejalan kaki
HP1 • Pengurangan risiko berhubung ✓ 1
kejuruteraan jalan raya
HP2 • Melahirkan pemandu yang lebih terlatih ✓ 1
HP4 • Penglibatan masyarakat yang lebih aktif ✓ ✓ 2
HP10 • Penambahbaikan operasi tindak balas ✓ 1
kecemasan

HA4 Pengurangan ✓ ✓ ✓ 3
pelanggaran lampu
isyarat berwarna merah

HP1 • Pengurangan risiko berhubung ✓ 1


kejuruteraan jalan raya
HP2 • Melahirkan pemandu yang lebih terlatih ✓ ✓ 2

HA5 Penambahbaikan ✓ ✓ 2
piawaian keselamatan
kenderaan

HP6 • Penambahbaikan syarat ✓ ✓ 2


crashworthiness bagi kenderaan baharu
HP7 • Penambahbaikan roadworthiness bagi ✓ ✓ 2
kenderaan sedia ada

HA6 Pengurangan risiko ✓ ✓ ✓ ✓ 4


kepada pemandu dan
penumpang kereta

HP1 • Pengurangan risiko berhubung ✓ 1


kejuruteraan jalan raya
HP2 • Melahirkan pemandu yang lebih terlatih ✓ 1
HP4 • Penglibatan masyarakat yang lebih aktif ✓ ✓ 2
HP8 • Peningkatan kadar pemakaian tali ✓ ✓ 2
pinggang keledar
HP10 • Penambahbaikan operasi tindak balas ✓ 1
kecemasan

Jumlah 16 10 7 15 5 53
Tonggak
Strategik
34 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

Kerana penglibatan pelbagai agensi, isu-isu antara agensi bakal timbul. Ini termasuk ketiadaan
pemilikan, tanggungjawab dan pihak berkuasa yang jelas bagi keselamatan jalan raya.
Aktiviti-aktiviti keselamatan jalan raya juga mungkin bertindih di samping usaha dari pihak-pihak
berkepentingan mungkin diduplikasi. Justeru itu, sumber-sumber tidak dapat digunakan dengan
sebaiknya serta keberkesanan inisiatif keselamatan jalan raya mungkin akan berkurangan.

6.2 Kualiti Jalan Raya

Risiko infrastruktur jalan raya terjadi semasa di peringkat perancangan, rekabentuk, pembinaan,
operasi dan penyelenggaraan.
• Program Penilaian Jalan Raya Antarabangsa (iRAP) merupakan projek rintis yang merangkumi
3,700 km rangkaian jalan raya di Malaysia. Hasil penemuannya mendapati sebahagian besar
rangkaian jalan raya hanya bertaraf 1 atau 2 bintang dari aspek keselamatan. Ini berikutan
rekabentuk jalan raya yang kurang baik, kurangnya perlindungan daripada bahaya jalan
raya dan kekurangan kemudahan bagi pengguna-pengguna jalan raya yang berisiko tinggi
(vulnerable road users).

• Di samping itu, terdapat jalan raya yang diselenggarakan dengan kurang baik, menjadikannya
berisiko kepada pengguna-pengguna. Ketika pembinaan jalan raya, pengurusan trafik juga agak
lemah dan ini mendatangkan bahaya kepada para pengguna jalan raya.
• Kekurangan laluan berasingan atau bahu jalan yang berturap bagi penunggang motosikal,
basikal dan pengguna jalan raya yang berisiko tinggi bagi mengasingkan mereka daripada
kenderaan-kenderaan yang lain supaya risiko kemalangan mereka dapat dikurangkan.
• Kaedah-kaedah menangani isu-isu di atas adalah amat penting bagi memastikan kejayaan
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020.
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 35

6.3 Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat

Pengguna-pengguna jalan raya dilihat kurang mahir dari segi membuat jangkaan berhubung

risiko dan persepsi bahaya di jalan raya. Sebahagian besar daripada mereka tidak

menitikberatkan aspek keselamatan. Justeru itu, amat mustahak bagi budaya mengutamakan

keselamatan jalan raya diterapkan di kalangan rakyat Malaysia.

• Terdapat peningkatan bagi penunggang-penunggang motosikal di bawah umur dan tidak

memiliki lesen memandu. Adalah dianggarkan bahawa 43% daripada penunggang motosikal

di kawasan luar bandar yang berusia kurang daripada 25 tahun tidak memiliki lesen memandu

atau tidak memakai topi keledar atau kedua-duanya.

• Pengguna-pengguna jalan raya yang paling terdedah kepada bahaya adalah mereka yang

menggunakan kenderaan beroda dua (motosikal dan basikal) dan pejalan kaki. Kadar pemakaian

topi keledar agak tinggi, iaitu 90% di kawasan bandar dan 70% di kawasan luar bandar. Kecederaan

kepala merupakan punca utama kematian di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.

Ini menunjukkan terdapat kemungkinan topi keledar tidak dipakai dengan betul ataupun topi keledar

berkenaan tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Kebolehlihatan penunggang motosikal

dan pejalan kaki juga perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan kemalangan jalan raya.
36 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

• Bagi pemandu dan penumpang kenderaan persendirian, kemalangan parah serta kematian

sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kegagalan mematuhi had laju, pelanggaran lampu

isyarat berwarna merah, penyalahgunaan lorong kecemasan, memotong di kawasan yang

dilarang, mengekori kenderaan hadapan dengan terlalu dekat dan menukar laluan dengan cuai.

Persepsi ditangkap untuk kesalahan lalu lintas juga agak rendah di kalangan pengguna-pengguna

jalan raya. Kajian terhadap persepsi ini menunjukkan ianya berada di tahap 25% pada hari-hari biasa

dan 50% semasa musim-musim perayaan. Ini menjadikan pematuhan kepada peraturan-peraturan

jalan raya secara sukarela di kalangan pengguna jalan raya berada di tahap rendah. Kehadiran

dan kebolehlihatan anggota-anggota penguatkuasa bertugas yang kurang juga mungkin

menjadi faktor penyumbang kepada persepsi tersebut. Oleh itu, Sistem Penguatkuasaan Lalu Lintas

Secara Automatik (AES) yang diperkenalkan akan dapat menangani masalah ini.

• Bagi bas-bas ekspres dan persiaran, Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (SHE

COP) telah diperkenalkan pada 2008 dan dikuatkuasakan ke atas pengusaha-pengusaha

bas-bas ekspres dan persiaran. Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (SHE COP)

ini sejajar dengan pematuhan Peraturan United Nations (UN) 66 dan 80 yang mensasarkan

peningkatan keselamatan kenderaan.

Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi mengurangkan kemalangan, kecederaan dan

kematian di jalan raya. Bagaimanapun, kejayaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

2014-2020 juga terletak di tangan orang ramai, khususnya pengguna-pengguna jalan raya. Oleh

itu, mendidik pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan-peraturan jalan

raya merupakan cabaran yang besar di dalam menjayakan Pelan Keselamatan Jalan Raya

Malaysia 2014-2020
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 | 37

7.0 KESIMPULAN tt

Di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020, inisiatif-inisiatif yang telah

dilaksanakan dengan jayanya di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 akan

diteruskan manakala segala kekurangan yang dihadapi akan diperbaiki dan ditambah baik di

bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020. Di samping itu, beberapa strategi

baharu telah dirangka bagi mencapai matlamat mengurangkan kematian dan kecederaan

akibat kemalangan jalan raya di seluruh negara.

Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 akan dilaksanakan berlandaskan lima

Tonggak Strategik iaitu:

• Tonggak Strategik 1 – Pengurusan Keselamatan Jalan Raya


• Tonggak Strategik 2 – Mobiliti dan Jalan Raya Yang Lebih Selamat

• Tonggak Strategik 3 – Kenderaan Yang Lebih Selamat

• Tonggak Strategik 4 – Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat

• Tonggak Strategik 5 – Pengurusan Pasca Kemalangan

Di penghujung Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020, kadar kematian diharap

dapat dikurangkan kepada 5,358 daripada jangkaan kematian seramai 10,716 bagi tahun 2020.

Kadar ini juga merupakan penurunan dari angka semasa (2013) iaitu 6,915.

Bagi memastikan sasaran Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 tercapai,

program-program serta langkah intervensi baharu akan terus dirangka dan dilaksanakan.
Program-program serta langkah intervensi ini akan menyokong pencapaian Hasil Pertengahan

dan Hasil Akhir. Hasil Pertengahan bertindak sebagai landasan bagi memantau kemajuan bagi

memastikan Hasil Akhir tercapai dan agar sasaran keselamatan jalan raya dapat direalisasikan

pada tahun 2020.

Pihak-pihak yang berkepentingan akan bekerjasama bagi mencapai sasaran Pelan Keselamatan

Jalan Raya Malaysia 2014-2020. Dengan diterajui oleh JKJR, pihak-pihak berkepentingan akan

seiringan dalam hala tuju dan wawasan bagi merealisasikan objektif Pelan Keselamatan Jalan

Raya Malaysia 2014-2020. Sokongan politik bagi memastikan kejayaan Pelan Keselamatan Jalan

Raya Malaysia 2014-2020 amat memberangsangkan. Kerajaan Malaysia akan memperuntukkan

sumber kewangan dan tenaga kerja bagi memastikan kelancaran pelaksanaan

program-program yang dirangka di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020.

Selain komitmen Kerajaan, kerjasama dan sokongan daripada semua pengguna-pengguna jalan

raya dan orang awam juga adalah amat penting dalam menjayakan Pelan Keselamatan Jalan

Raya Malaysia 2014-2020.


38 | Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020

uu SENARAI AGENSI-AGENSI YANG TERLIBAT DALAM MERANGKA


PELAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA 2014-2020

Kementerian Pengangkutan Malaysia Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat


Kementerian Kewangan (S.P.A.D)
Kementerian Kerja Raya Universiti Putra Malaysia
Kementerian Perdagangan Antarabangsa SIRIM Berhad
dan Industri (MITI) Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Malaysia
Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia Global Road Safety Partnership
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (GRSP) Foundation
Kementerian Kesihatan Malaysia Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Kementerian Belia dan Sukan National Child Development Research Centre,
Kementerian Dalam Negeri Universiti Perguruan Sultan Idris
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Institut Integriti Malaysia
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persatuan Institut Memandu Malaysia
Kementerian Pembangunan Wanita, Persatuan Automobil Malaysia (AAM)
Keluarga dan Masyarakat Malaysian Automotive Institute (MAI)
Kementerian Pendidikan Malaysia Malaysian Automotive Association (MAA)
Kementerian Pengajian Tinggi Persatuan Insurans Am Malaysia
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Society of Automotive Engineers International
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
Jabatan Kerja Raya Pertubuhan Untuk Penambahbaikan
Jabatan Peguam Negara Pengangkutan Awam (TRANSIT)
Jabatan Kerajaan Tempatan PLUS Malaysia Berhad
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia KESAS Sdn. Bhd.
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (LITRAK)
Jabatan Keselamatan dan ANIH Berhad: MTD Prime
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Jabatan Standard Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia PUSPAKOM Sdn. Bhd.
Jabatan Perancang Bandar dan Desa PROTON Sdn. Bhd.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia PERODUA Sdn. Bhd.
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Honda Malaysia Sdn. Bhd
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Ford Malaysia Sdn. Bhd.
Malaysia (MIROS) Goodyear Malaysia Berhad
Polis Diraja Malaysia Continental Tyre Malaysia Sdn. Bhd.
Unit Perancang Ekonomi Metro Driving Academy
Hospital Kuala Lumpur (HKL) Pan Malaysian Bus Operators Association
Hospital Sungai Buloh Sani Express Sdn. Bhd.
Lembaga Lebuhraya Malaysia Konsortium Transnasional Berhad

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang


terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
penerbitan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020.

You might also like