You are on page 1of 12

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSAM JAWA

45700 BUKIT ROTAN


SELANGOR

KAJIAN TINDAKAN

PANITIA SAINS

TAJUK KAJIAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN

MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN PROSES

SAINS (KPS) BAHAGIAN B 
1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam sebuah kelas terdapat murid yang sederhana dan murid yang lemah
pencapaiannya. Daripada pemerhatian yang dijalankan melalui keputusan
ujian, kerja rumah dan juga cara mereka menjawab soalan yang diberi
semasa proses pengajaran di dalam kelas memang dapat dikenal pasti
mereka menghadapi masalah semasa mempelajari mata pelajaran Sains.

Berdasarkan latihan yang diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran


di dalam kelas saya mendapati mereka kurang mengetahui cara bagaimana
untuk mendapatkan maklumat yang terdapat dalam soalan ketika menjawab
soalan pada bahagian B yang menguji kemahiran proses sains (KPS).
Terdapat juga segelintir murid tidak cuba untuk menjawab soalan bahagian
B, mereka hanya menunggu jawapan daripada guru sahaja walaupun
penerangan tentang soalan telah diberikan. Selain daripada itu, melalui soal
jawab saya dengan murid, saya mendapati ada di antara mereka tidak
memahami kehendak soalan, tidak memahami istilah sains, dan perkataan
Sains dalam Bahasa Inggeris serta tidak memahami sebahagian tajuk yang
telah diajar.

Kegagalan murid mendapat markah pada bahagian B semasa peperiksaan


amat merugikan. Jika murid-murid yang lemah dibimbing dan didedahkan
dengan teknik menjawab soalan bahagian B dengan betul, saya merasakan
masalah ini akan dapat diatasi. Masalah segelintir murid yang tidak memberi
tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar juga mempengaruhi masalah
kesukaran untuk menjawab soalan latihan, ujian dan peperiksaan yang
mereka hadapi.

2. FOKUS KAJIAN

Berdasarkan keputusan ujian bulan Mac yang lalu telah dijalankan, hampir
keseluruhan murid gagal menjawab dengan cemerlang soalan-soalan di
bahagian B iaitu mendapat markah melebihi 16/20 markah. Hanya seorang
sahaja yang mendapat markah melebihi 11/20 markah, seramai empat
orang mendapat markah antara 8-10, manakala bilangan murid mendapat
markah bawah daripada 10 adalah seramai 16 orang. Memandangkan hasil
ujian yang tidak memuaskan dan amat membimbangkan, maka saya terfikir
untuk membuat kajian bagaimana untuk meningkatkan kemahiran murid
menjawab soalan pada bahagian B ini. Antara kelemahan murid-murid ini
mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti berikut :

 tidak menguasai kemahiran proses sains.


 tidak memahami kaedah guru mengajar
 tidak mengetahui kaedah menjawab soalan dengan betul
 tidak dapat mengaitkan soalan dengan topik yang telah dipelajari.
 tidak boleh membaca atau boleh membaca tetapi lemah
 tidak memahami istilah kemahiran proses sains (KPS) .

Walaupun terdapat banyak faktor yang menyebabkan murid-murid tidak


dapat menjawab soalan di bahagian ini, saya hanya memfokuskan kajian
ini kepada kaedah atau teknik menjawab soalan Kemahiran Proses Sains
Bahagian B.
3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Meningkatkan prestasi murid dengan menjawab soalan Sains Bahagian B


dengan betul.

Objektif Khusus

i Meningkatkan pengetahuan murid terhadap maklumat yang terdapat di


dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B.
ii Meningkatkan pemahaman murid terhadap maklumat yang terdapat di
dalam soalan kemahiran proses sains bahagian B
iii Membantu murid mengingat kaedah atau teknik menjawab soalan sains
dengan betul.
iv Membantu murid menguasai kemahiran belajar dengan merujuk glosari
sains atau kamus.
v Meningkatkan peratus lulus murid bagi mata pelajaran Sains.

4. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 21 orang murid Tahun 6 Setia terdiri daripada 13 orang
murid lelaki dan 8 orang murid perempuan.
5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti telah dibuat bertujuan


untuk memahami dengan lebih terperinci masalah tersebut. Perincian
terhadap masalah tersebut dilihat daripada aspek berikut :

a) Pengetahuan sedia ada murid memahami maklumat yang terdapat di


dalam soalan melalui temu bual dan soal selidik.
b) Latihan menjawab soalan untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh murid semasa menjawab soalan Sains Bahagian B.
c) Ujian bagi mengenal pasti tahap pemahaman murid selepas
mempelajari sesuatu topik dalam subjek Sains.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

a) Hasil Temubual Dengan Murid


Hasil temu bual dengan murid saya mendapati sebahagian 6/21
orang murid tidak dapat mengaitkan soalan dengan tajuk yang
dipelajari, 15/21 tidak menguasai teknik menjawab soalan, tidak
membaca soalan dengan teliti dan ada juga yang tidak berminat untuk
menjawab soalan.
b) Tinjauan Buku Latihan Murid Dan Lembaran Kerja
Kelemahan murid dalam menjawab soalan Sains Bahagian B juga
ditinjau dengan terperinci melalui buku latihan murid. Sebahagian
murid tidak dapat menjawab soalan latihan yang diberikan.

Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid seperti berikut :

i) Tidak memahami kehendak soalan.


ii) Murid belum menguasai istilah penting dalam KPS seperti
membuat inferens, hipotesis, mengawal pemboleh ubah dan
mentafsir data.
iii) Kurang menggunakan maklumat yang diberi didalam soalan
sama ada maklumat dalam bentuk jadual, graf, carta palang,
gambar rajah dan pernyataan ayat.

c) Kelemahan murid menjawab soalan dapat dikenalpasti melalui Ujian


Topikal yang diadakan setelah selesai sesuatu topic.

Jadual 1 : Hasil tinjauan Penguasaan Murid Menjawab Soalan KPS


Berdasarkan Ujian Topikal.
( contoh soalan - Rujuk Lampiran 1)

Perkara yang ditinjau Bilangan murid


Murid tidak dapat menjawab
Soalan (a) 16
Soalan (d) 18
Murid tidak dapat menjawab soalan 15
mengawal pemboleh ubah (b)
Murid tidak dapat menjawab soalan 16
mentafsir data (c)
5.3 Merancang Tindakan

Berdasarkan data-data yang dikumpul daripada tinjauan awal, saya telah


menentukan aktiviti yang perlu dilaksanakan.

a) Aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi menangani masalah ini iaitu:

i. Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B


ii. Penggunaan Glosari Sains atau kamus
iii.Latihan menjawab soalan Sains Bahagian B
iv.Membina mengikut topik yang dipelajari

6. Melaksanakan Tindakan

a) Aktiviti 1 :
Penerangan tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B

Saya mengambil masa selama dua jam untuk menerangkan kepada murid
tentang teknik menjawab soalan Sains Bahagian B menggunakan aplikasi
komputer ’power point’ dengan memaparkannya di skrin. Panduan (rujuk
Lampiran 2) untuk mendapatkan jawapan bagi soalan Sains Bahagian B
dan istilah-istilah penting KPS diedarkan kepada murid. Untuk menarik
minat murid dalam slot ini, saya menyediakan soalan (rujuk Lampiran 3)
untuk dijawab oleh murid. Saya fokuskan soalan yang mudah
mendapatkan markah berpandukan maklumat yang terdapat pada
perenggan / pernyataan ayat / Gambar rajah / Carta Palang / Jadual

Pemerhatian :
Walaupun sebelum ini, saya telah menerangkan teknik menjawab soalan
kepada murid, masih lagi ada murid yang kurang faham dan keliru untuk
menjawab soalan bahagian B ini.

Dari pemerhatian yang telah dibuat melalui aktiviti ini, didapati sebahagian
murid-murid menunjukkan reaksi positif manakala sebahagian lagi masih
kurang jelas terhadap penerangan yang diberikan. Setelah ’hand out’
panduan menjawab soalan diedarkan dan saya menerangkan cara
merujuknya barulah murid yang keliru tadi dapat memahami cara
menjawab soalan. Namun masih ada murid yang kategori lemah tidak
faham langsung walaupun dibimbing oleh saya.

Refleksi :

Lebih kurang 72 % orang murid dapat menjawab soalan yang diberikan


manakala sebahagian lagi dibimbing oleh saya.

Aktiviti 2 :

Penggunaan Glosari Sains, ’Wordlist’ dan kamus

Saya menggalakkan murid merujuk pada buku glosari sains yang


dibekalkan oleh kementerian, dan ‘wordlist’ (rujuk lampiran) yang
disediakan oleh saya untuk mencari makna perkataan yang tidak difahami
secara berterusan dan menambah penguasaan istilah dan
perbendaharaan kata sains dalam bahasa Inggeris. Setiap murid
diberikan ‘Wordlist’ atau senarai perkataan sains dalam Bahasa Inggeris.
Diakhir setiap pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengadakan kuiz
teka kata secara spontan untuk dijawab oleh murid berdasarkan topik
yang dipelajari.

Pemerhatian :

Dari pemerhatian yang dibuat, seramai 18 orang murid telah mencatat


perkataan-perkataan yang mereka tidak faham di dalam buku ‘vocabulary’
mereka. Murid juga berminat dengan aktiviti kuiz yang dijalankan.

Refleksi :

Murid-murid sememangnya boleh menguasai kosa kata sains dalam


B.Inggeris sekiranya mereka sentiasa membaca, merujuk dengan
menggunakan buku glosari sains senarai perkataan sains dan berbincang
sesama mereka. Perbendaharan kata murid akan lebih meningkat lagi.

Aktiviti 3 :

Latihan Menjawab Soalan Bahagian B.

 Guru memberi modul soalan KPS yang dibekalkan oleh JPN


kepada murid. Sebelum menjawab soalan latihan daripada modul,
murid diminta supaya mengingat kembali teknik-teknik menjawab
soalan seperti memahami maklumat yang terdapat dalam
perenggan / penyataan ayat / gambarajah / carta palang / jadual
dan mencari kata kunci soalan dengan menggaris di bawahnya.
(Rujuk lampiran)

 Guru mengedarkan kad soalan (rujuk lampiran) kepada murid


secara berkumpulan, murid dikehendaki mencari maklumat penting
dan menggariskan kata kunci yang terdapat pada soalan.

 Setiap minggu murid akan diberikan sekurang-kurangnya 2 soalan


latihan bahagian B (rujuk lampiran) samada berbentuk gambarajah,
jadual dan carta palang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari
melibatkan tujuan penyiasatan/eksperimen, pembolehubah-
pembolehubah yang terlibat, membuat inferens, membuat
hipotesis, mentafsir data dan membuat ramalan.

Pemerhatian

 Masih terdapat murid yang tidak ingat teknik-teknik menjawab


soalan. Sebahagian murid tidak dapat mencari maklumat yang
terdapat dalam soalan seperti dalam perenggan / ayat /
gambarajah / carta palang / jadual dan mencari kata kunci dengan
menggaris di bawahnya. Untuk mengatasi masalah ini, saya telah
membimbing murid-murid yang di kenalpasti kelemahan mereka
menjawab soalan. Saya membimbing mereka secara kumpulan
semasa waktu rehat dan selepas waktu persekolahan selama lebih
kurang 10 hingga15 minit.
 Aktiviti menjawab kad soalan secara berkumpulan ini telah
menunjukkan peningkatan. Murid-murid dapat berbincang dalam
kumpulan dengan mengenalpasti maklumat-maklumat penting
yang terdapat dalam soalan. Murid-murid yang lemah juga
dibimbing oleh rakan sebaya.
 Soalan latihan mingguan ini dapat membantu murid meningkatkan
penguasaan mereka dalam menjawab soalan sains bahagian B ini.

Refleksi

Melalui aktiviti ini, lebih ramai murid menunjukkan peningkatan dalam


menjawab soalan setelah diberi bimbingan oleh guru dan rakan
sebaya.

Aktiviti 4 : Membina Peta Minda Mengikut Topik Yang Dipelajari.

Saya juga mendapati murid-murid menghadapi masalah untuk mengingat topik-


topik yang telah dipelajari. Oleh yang demikian, untuk mengatasi masalah ini
saya meminta mereka membina peta minda (rujuk lampiran) berdasarkan topik
yang telah dipelajari.Murid yang lemah akan dibimbing oleh guru. Berdasarkan
peta minda yang dibina, murid diminta memahami konsep atau fakta yang
terkandung di dalam peta minda tersebut.

Pemerhatian

Melalui pemerhatian semasa P&P dijalankan, kebanyakan murid dapat membina


peta minda berdasarkan topik yang dipelajari. Ini menunjukkan aktiviti membina
peta minda dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka terhadap
topik yang dipelajari. Namun masih terdapat murid yang lemah membina peta
minda terutamanya murid yang masih lemah dalam bacaan dan tidak boleh
membaca. Untuk mengatasi masalah ini guru membimbing murid dengan
membaca nota dan memberi panduan kepada murid yang lemah.
Refleksi

Aktiviti membina Peta minda dalam P&P dapat menarik minat murid dalam
pembelajaran. Selain itu, peta minda juga dapat membantu meningkatkan daya
ingatan murid terhadap topik- topik yang telah dipelajari.

7. REFLEKSI KAJIAN

Setelah melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang prestasi murid


menjawab soalan diukur daripada pemeriksaan buku latihan, lembaran kerja,
markah penilaian ujian dan peperiksaan yang dijalankan. Berdasarkan
Peperiksaan Percubaan Negeri didapati markah paling minima yang diperolehi
oleh murid selepas kajian ini ialah 2 markah. Tidak ada lagi murid yang
mendapat 0 markah. Terdapat juga masalah yang dihadapi oleh saya semasa
menjalankan aktiviti yang dirancang seperti murid tidak serius dan bersungguh-
sungguh menjawab soalan. Kajian yang telah dilaksanakan ini dapat membantu
meningkatkan pencapaian murid menjawab soalan Sains bahagian B walaupun
tidak sepenuhnya.

8. JADUAL KERJA

BIL PERKARA TARIKH


1. Mesyuarat jawatan kuasa 27/1/2016
2. Mesyuarat Perancangan 18/2/2016
3. Mesyurat pembinaan soalan 18/2/2016
4. Pelaksanaan ujian 08/3/2016
5 Proses data 13/3/2016
6. Menganalisi data 22/3/2016
7. Refleksi 24/3/2016
8. Penulisan laporan 24/3/2016
9. Pemurnian 27/3/2016

You might also like