You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT SEKOLAH KALI PERTAMA 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN LAGO

Tarikh : 11 Januari 2013 (Jumaat)


Masa : 02.00 Petang
Tempat : Nilik Sains
Pengerusi : En. Matdin Bin Sangar (Guru Besar)

SENARAI KEHADIRAN :

1. En. Matdin Bin Sangar Guru Besar SK Lago Pengerusi


2. En. Rusdin Bin Jaafar PK1
3. Pn. Faridah Binti Marusin PK HEM
4. En. Azman Dorani PK Kokurikulum
5. Pn. Rahma Alimin
6. Pn. Fadzilah Kifli
7. Pn. Nor Zehan Mohd. Noor
8. En. Ismadi Ismail
9. Cik. Aidah Binti Salam
10. Cik. Zunaidah Binti Asmat
11. Ustazah Nik Hapizah Binti Nik Dir
12. Ustazah Wan Norsuhaili Binti Wan Husain
13. Ustaz Farizul Mohd. Dikin
14. Pn. Rahima Binti Sanoh
15. Norhidayah Binti Naslin

TIDAK HADIR :

1. En. Budeh Bin Panel

AGENDA :

1. Ucapan Pengerusi
2. Pembahagian Jadual Waktu
3. Pembahagian Tugas Guru
4. Hal-hal lain
1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Guru Besar Selaku pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan
mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat
Pentadbiran Sekolah Kali Pertama Tahun 2013.
1.2 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan dua orang guru yang
baru ditukarkan bertugas di SK Lago iaitu En. Harris Bin Majis dan Ustazah Wan Norsuhaili
Binti Wan Husain.
1.3 Setiap guru mata pelajaran diminta memberi maklumat dan penerangan kepada murid
berkaitan pelaksanaan P& P , peraturan sekolah, adab belajar dan sebagainya. Begitu juga
dengan guru kelas perlu menguruskan bilik darjah dengan baik bagi menggalakkan
pembelajaran dan pastikan kerusi dan meja mencukupi mengikut bilangan murid dan dalam
keadaan baik serta selamat digunakan oleh murid.
1.4 Setiap guru diingatkan untuk menulis Rancangan Pengajaran Harian dalam Buku Rekod
Mengajar Guru dan dihantar kepada guru besar pada setiap minggu.

Tindakan : Makluman

2. PEMBAHAGIAN MATA PELAJARAN DAN JADUAL WAKTU GURU

2.1 Pembahagian mata pelajaran dan jadual waktu adalah seperti berikut:

2.1.1 Bahasa Malaysia


Tahun 1 -Pn. Fadzilah Kifli
Tahun 2 -Pn. Faridah Marusin
Tahun 3 -Pn. Fadzilah Kifli
Tahun 4 -En. Harris Bin Majis
Tahun 5 -En. Harris Bin Majis
Tahun 6 -En. Rusdin Jaafar

2.1.2 Bahasa Inggeris


Tahun 1 -En. Ismadi Ismail
Tahun 2 -Cik Aidah Salam
Tahun 3 -Cik Aidah Salam
Tahun 4 -En. Ismadi Ismail
Tahun 5 -Pn. Faridah Marusin
Tahun 6 -En. Ismadi Ismail

2.1.3 Matematik

Tahun 1,2 & 3 -Cik Zunaidah Asmat


Tahun 4,5 & 6 -En. Azman Dorani

2.1.3 Sains
Tahun 1,4,5 & 6 -Pn. Nor Zehan Mohd Noor
Tahun 2 -Pn. Faridah Marusin
Tahun 3 -En. Rusdin Jaafar

2.1.4 Pendidikan Agama Islam


Tahun 1-6 -Ustazah Wan Norsuahaili Wan Husain

2.1.5 Kajian Tempatan


Tahun 4 -Pn. Faridah Bitni Marusin
Tahun 5 & 6 -En. Harris bin Majis

2.1.6 Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan


Tahun 5-6 -En. Matdin Sangar (Guru Besar)

2.1.7 Kemahiran Hidup


Tahun 4,5 & 6 -En. Rusdin Jaafar

2.1.8 Pendidikan Muzik


Tahun 1 & 2 -Cik. Aidah Salam
Tahun 2 -En. Rusdin Jaafar
Tahun 3 -En. Azman Dorani
Tahun 4 -En. Harris Bin Majis
Tahun 5 -Cik Zunaidah Asmat

2.1.9 Pendidikan Seni Visual


Tahun 1,2 & 6 -Cik Aidah Salam
Tahun 3,4 & 5 Pn. Nor Zehan Mohd. Noor

2.1.10 Pendidikan Jasmani & Kesihatan


Tahun 1,2 & 3 -En. Ismadi Ismail
Tahun 4,5 & 6 En. Azman Dorani

2.2 Guru Kelas


Pra Sekolah -Pn. Rahma Alimin
Tahun 1 -Pn. Fazilah Kifli
Tahun 2 -Ustaz Farizul Mohd. Dikin
Tahun 3 -Cik. Aidah Salam
Tahun 4 -Pn. Nor Zehan Mohd Noor
Tahun 5 -Ustazah Wan Norsuhaili Wan Husain
Tahun 6 -En. Ismadi Ismail

Tindakan : Semua Guru


3. PEMBAHAGIAN TUGAS GURU

3.1 Berlaku sedikit rombakan dalam senarai jawatan tugas-tugas guru berikutan pertukaran
beberapa orang guru.
3.2 Guru Besar mengucapkan tahniah dan mengumumkan perlantikan Pn. Faridah Marusin
sebagai guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) yang baru.
3.3 En. Harris Bin Majis dilantik sebagai Setiausaha Sekolah yang baru.
3.4 Ustazah Wan Norsuahili Wan Husain dilantik sebagai guru Skim Pengurusan Buku Teks
Sekolah (SPBT).

Tindakan : Makluman

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Pengerusi meminta semua guru agar dapat memantapkan P & P di dalam bilik darjah.
4.2 Semua guru mesti menekankan refleksi dalam penulisan P & P.
4.3 En. Azman Dorani memaklumkan latihan sukan untuk persediaan sukan Zon akan bermula
pada 13 Januari 2013.
4.4 Pn. Fazilah Kifli mencadangkan pertandingan keceriaan kelas diteruskan pada tahu ini

Tindakan : Semua Guru

5. PENUTUP

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat di atas kelancaran
perjalanan mesyuarat pada hari ini.

Mesyuarat ditangguhkan tepat jam 02.45 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

HARRIS BIN MAJIS MATDIN BIN SANGAR


Setiausaha Sekolah Guru Besar

Pengesahan minit mesyuarat :

Dicadang oleh : ………………………………………..


Disokong oleh : ………………………………………..

Sk. Fail.

You might also like