You are on page 1of 11

SULIT

BAHAGIAN A (Soalan Objektif)


 Sila jawab SEMUA soalan
 Pilih satu sahaja jawapan yang BETUL dan PALING TEPAT
 30 Markah

1. Perkataan pemerhatian memberi makna bahawa ___________.

A. proses pengumpulan maklumat tentang kemajuan dan


perkembangan murid
B. perbuatan melihat perilaku kanak-kanak atau sesuatu tanpa perlu
menyertai aktiviti mereka
C. melibatkan interaksi dengan komuniti sekaligus meningkatkan
kemahiran interaksi sosial dalam kalangan kanak-kanak
D. menilai aktiviti yang dijalankan bagi memastikan intervensi atau
program yang dirancang memberi kesan holistik kepada kanak-
kanak

2. Perkataan penilaian memberi makna bahawa ___________.

A. proses pengumpulan maklumat tentang kemajuan dan


perkembangan murid
B. perbuatan melihat perilaku kanak-kanak atau sesuatu tanpa perlu
menyertai aktiviti mereka
C. melibatkan interaksi dengan komuniti sekaligus meningkatkan
kemahiran interaksi sosial dalam kalangan kanak-kanak
D. menilai aktiviti yang dijalankan bagi memastikan intervensi atau
program yang dirancang memberi kesan holistik kepada kanak-
kanak

3. Penilaian autentik telah dianggap sebagai satu bentuk penilaian yang


berkesan dilaksanakan di prasekolah kerana ___________.

A. berbentuk kualitatif
B. dilaksanakan secara berterusan
C. memerlukan pemantauan yang bersistematik
D. dilaksanakan oleh secara pemerhatian langsung

4. Pengesanan kepada kanak-kanak boleh dilakukan seawal yang


2

SEC2423 Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak (Sesi l 2017/2018) Set 1, Diploma


SULIT

mungkin. Tujuan utama guru mengesan adalah untuk ___________.

A. membuat keputusan yang sesuai dengan objektif pendidikan


B. menyusun strategi dalam merancang keputusan penilaian
pendidikan
C. proses mendokumentasi aktiviti yang dilakukan oleh murid di
prasekolah
D. mengesan ketidakupayaan kanak-kanak yang memerlukan
bantuan dan khidmat sokongan

5. Berikut merupakan langkah-langkah pemerhatian KECUALI


___________.

A. merekod serta-merta
B. sikap bias dalam pemerhatian
C. merekod fakta yang tepat sahaja
D. menghadkan satu rekod untuk satu peristiwa sahaja

Soalan 6 berdasarkan petikan di bawah ini.

Cikgu Zahid telah menulis cara melakukan ujikaji tentang pantulan cahaya di
papan putih kelas. Langkah demi langkah telah ditulis dan pelajar harus
mengikuti apa yang tertera di papan putih tersebut.

6. Mengikut pernyataan diatas, apakah strategi pembelajaran yang telah


Cikgu Zahid gunakan?

A. Demonstrasi Model Hidup


B. Demonstrasi Model Bertulis
C. Demonstrasi Model Simbolik
D. Demonstrasi Model Persepsi

7. Mei Ling berusia lima tahun dan beliau gemar untuk mengasingkan
makanan yang berunsur sayur-sayur ditepi pinggannya. Pada satu hari,

SEC2423 Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak (Sesi l 2017/2018) Set 1, Diploma


SULIT

Mei Ling telah menghabiskan semua makanan yang telah diberi oleh
pembantu tadika kepadanya termasuk juga sayur-sayuran. Sebagai
seorang guru, rekod apakah yang sesuai di catatkan untuk
perkembangan Mei Ling?

A. Rekod Anekdot
B. Rekod Berterusan
C. Rekod Skala Permakatan
D. Rekod Pensampelan Peristiwa

8. Apakah perkara yang perlu dipertimbangkan bagi menulis rekod


anekdot?

I. Bersifat terbuka
II. Peristiwa dicatat ikut urutan
III. Menulis apa yang dilihat secara objektif sahaja
IV. Pemerhatian pada peristiwa yang signifikan sahaja

A. I, II dan III sahaja


B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. Semua di atas

Soalan 9 berdasarkan petikan di bawah ini.

- Boleh menguntai manik


- Boleh memegang pensel untuk menulis
- Boleh berdiri dengan sebelah kaki selama 5 saat

9. Berdasarkan pernyataan di atas, kandungan instrumen senarai semak


berkenaan berkaitan dengan komponen _____________.

A. fizikal
B. kognitif
C. kreativiti
D. kerohanian

10. Antara rekod-rekod berikut, rekod yang mana dapat mengukur atau
menunjukkan kepelbagaian tingkah laku melalui satu rekod?

SEC2423 Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak (Sesi l 2017/2018) Set 1, Diploma


SULIT

A. Log Harian
B. Rekod Anekdot
C. Rekod Frekuensi
D. Rekod Berterusan

11. Berikut merupakan kekuatan portfolio KECUALI ___________.

A. penilaian dapat dijalankan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran
B. kanak-kanak akan merasa tertekan kerana penilaian dijalankan
secara tidak langsung
C. rasa tanggungjawab kanak-kanak pada portfolio sendiri
ditingkatkan apabila mereka terlibat dalam pemilihan dan
penilaian bahan
D. komunikasi dengan ibu bapa berkenaan pembelajaran kanak-
kanak ditingkatkan dengan adanya bukti-bukti kejayaan anak
mereka

Soalan 12 berdasarkan petikan di bawah ini.

Rekod perkembangan ini merupakan satu catatan ringkas yang ditulis setiap
hari dan untuk setiap murid. Rekod ini hanya merekod satu atau lebih
maklumat yang ringkas dan spesifik.

12. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah rekod tersebut?

A. Log Harian
B. Senarai Semak
C. Rekod Frekuensi
D. Rekod Berterusan

13. Suri berusia enam tahun dan telah menguasai objektif pembelajaran
yang ingin dicapai oleh cikgunya Aleeya. Aktiviti tindakan susulan yang
perlu Cikgu Aleeya perbanyakkan lagi bagi meningkatkan pencapaian
Suri ialah ______________.

SEC2423 Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak (Sesi l 2017/2018) Set 1, Diploma


SULIT

A. aktiviti pengayaan
B. aktiviti pencapaian
C. aktiviti pengukuhan
D. aktiviti pembelajaran

14. Pentaksiran merupakan proses yang sistematik untuk mengumpul bukti


dan membuat pertimbangan. Proses pentaksiran melibatkan aktiviti
mengumpul, menganalisis dan _____________ maklumat yang
diperolehi.

A. mengasingkan
B. mengenal pasti
C. mengintepretasi
D. menyatupadukan

15. Apakah teknik pemerhatian yang sesuai digunakan oleh guru untuk
menilai kemajuan kanak-kanak?

I. Senarai semak
II. Rekod anekdot
III. Rekod peristiwa
IV. Rekod berterusan

A. I, II dan III sahaja


B. I, III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. Semua di atas

16. Apakah definisi main dalam konteks prasekolah?

A. Proses yang berprosedur dan teratur dengan tujuan merangsang


perkembangan secara menyeluruh
B. Proses yang berprosedur dan teratur dengan tujuan merangsang
perkembangan secara menyeluruh

SEC2423 Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak (Sesi l 2017/2018) Set 1, Diploma


SULIT

C. Proses yang berstruktur dengan tujuan meningkatkan proses


perkembangan kanak-kanak secara holistik
D. Proses yang bersistematik dengan tujuan merangsang
pertumbuhan dan perkembangan kemahiran kanak-kanak

17. Menurut Parten (1932), main dari aspek tingkah laku sosial kanak-
kanak terdiri daripada senarai berikut KECUALI _____________ .

A. parallel play
B. symbolic play
C. onlooker behaviour
D. unoccupied behaviour

18. Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan untuk menilai kanak-kanak
terutamanya ketika mereka sedang melakukan aktiviti bermain, kaedah
tersebut adalah _____________ dan _____________ .

A. skala pemeringkatan, skala portfolio


B. skala diagnostik, skala pemeringkatan
C. skala diagnostik, skala perkembangan
D. skala perkembangan, skala pemeringkatan

Soalan 19 berdasarkan petikan di bawah ini.

Cikgu Zahirah membuat borang soal selidik tentang tahap prestasi pelajar luar
bandar. Cikgu Zahirah menggunakan tiga kategori jawapan iaitu lemah,
sederhana dan baik bagi memudahkan orang ramai untuk menjawabnya.

SEC2423 Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak (Sesi l 2017/2018) Set 1, Diploma


SULIT

19. Berdasarkan pernyataan di atas, apakah rekod yang digunakan oleh


Cikgu Zahirah?

A. Rekod Anekdot
B. Rekod Frekuensi
C. Rekod Berterusan
D. Rekod Skala Pemarkatan

20. Apakah elemen asas yang mempengaruhi persekitaran pembelajaran


kreatif melalui bermain dalam aspek ruang fizikal dan masa?

I. Masa
II. Ruang
III. Persekitaran
IV. Iklim/suasana

A. I, II dan III sahaja


B. I, II dan IV sahaja
C. II, III dan IVsahaja
D. Semua di atas

TAMAT BAHAGIAN A

BAHAGIAN B (Soalan Betul / Salah)


 Sila jawab SEMUA soalan
 30 Markah

1. Rekod anekdot ialah catatan ringkas tentang sesuatu


peristiwa atau tingkah laku kanak-kanak yang dianggap Betul / Salah

SEC2423 Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak (Sesi l 2017/2018) Set 1, Diploma


SULIT

penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.

2. Rekod anekdot sesuai untuk merekod satu aspek


perkembangan sahaja. Betul / Salah

3. Rekod berterusan ialah catatan dalam bentuk cerita atau


naratif yang dibuat tentang individu atau kumpulan kanak- Betul / Salah
kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

4. Rekod peristiwa ialah catatan tentang tingkah laku yang


ingin dinilai. Betul / Salah

5. Rekod peristiwa memerlukan pemerhati menunggu


sehingga tingkah laku yang diingini ditonjolkan oleh kanak- Betul / Salah
kanak.

6. Skala pemeringkatan ialah kaedah pemerhatian yang


menandakan tingkah laku kanak-kanak berdasarkan darjah Betul / Salah
kekuatannya, seperti sangat kerap,sederhana, kadang-
kadang, jarang atau tidak pernah.

7. Skala pemeringkatan terdiri daripada dua jenis iaitu skala


pemeringkatan numerik dan skala pemeringkatan grafik. Betul / Salah

8. Howard Gardner (1943) mempelopori teori kecerdasan


pelbagai (multiple intelligence) dan membahagikannya Betul / Salah
kepada Sembilan (9) aspek.

9. Vygotsky telah memperkenalkan tentang konsep Zone of


Proximal Development (ZPD). Betul / Salah

10. Menurut Gesel (1933), bayi yang berusia dua bulan telah
dapat meniarap dan mengangkat dada untuk seketika. Betul / Salah

11. Bahan peralatan permainan kanak-kanak haruslah


berkualiti dan mampu disediakan mengikut bilangan atau Betul / Salah
jumlah kanak-kanak agar kanak-kanak tidak bergaduh.

12. Penglibatan ibu bapa adalah penting dalam pendidikan


prasekolah dalam membantu urusan pengajaran agar Betul / Salah
bebanan guru di sekolah boleh diringankan.

13. Teknik penilaian keluarga menggunakan penilaian bukan


formal sahaja dalam membantu pihak sekolah Betul / Salah
mengenalpasti keperluan murid.

14. Teknik penilaian kreatif adalah projek yang dijalankan di

SEC2423 Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak (Sesi l 2017/2018) Set 1, Diploma


SULIT

rumah murid-murid yang mana memerlukan kerjasama ibu Betul / Salah


bapa memantau projek tersebut.
15. Proses membuat penilaian melibatkan ke semua pihak
iaitu ibu bapa, guru-guru, petugas dan pusat jagaan Betul / Salah
sahaja.

16. Penilaian autentik memerlukan peranan guru yang penting Betul / Salah
hingga ke tahap berkomunikasi dangan hasil kerja kanak-
kanak.

17. Strategi yang sesuai untuk mengendalikan penilaian


berasaskan pencapaian adalah temubual, tugasan terarah, Betul / Salah
mainan, hasil kerja, projek dan portfolio.

18. Penilaian autentik memerlukan peruntukkan masa yang


lebih singkat dan santai. Betul / Salah

19. Portfolio kanak-kanak yang menggunakan penilaian


formatif dan penilaian sumatif merupakan salah satu ciri Betul / Salah
portfolio berkesan.

20. Hasil kerja kanak-kanak dapat dinilai yang akan menjadi


petunjuk kepada tahap perkembangan dan pertumbuhan Betul / Salah
yang telah dicapai oleh kanak-kanak.

TAMAT BAHAGIAN B

BAHAGIAN C (Soalan Struktur)


 Sila jawab SEMUA soalan
 40 Markah

1. Firdaus berumur enam tahun dan belajar di Tadika Bijak Ceria. Firdaus
seorang kanak-kanak yang ceria tetapi mempunyai dua tabiat negatif
iaitu kerap menampar muka kawan-kawannya dan membaling barang.
Cikgu Rosmaria merasakan bahawa tabiat negatif tersebut perlu ditangani
dengan segera dan akan menjalankan pemerhatian terhadap tabiat negatif
10

SEC2423 Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak (Sesi l 2017/2018) Set 1, Diploma


SULIT

tersebut selama lima hari bermula dari hari Isnin (15.01.2018) sehingga
Jumaat (19.01.2018).
a) Apakah instrumen yang boleh Cikgu Rosmaria gunakan untuk
merekod tabiat negatif tersebut?
(1 Markah)

b) Senaraikan DUA (2) kelebihan kenapa anda memilih untuk


menggunakan instrumen tersebut.
(2 Markah)

c) Anda diminta menyediakan contoh instrumen yang lengkap seperti


yang telah dinyatakan di (a).
(7 Markah)

2. Cikgu Elissa ingin melakukan satu pemerhatian bagi melihat


keberkesanan sudut pembelajaran yang ada didalam Tadika Minda
Anakku. Empat sudut pembelajaran yang berada di tadika tersebut adalah
Sudut Bahasa, Sudut Kognitif, Sudut Fizikal dan Sudut Sosioemosi. Cikgu
Elissa merancang untuk melakukan pemerhatian pada jam 10 pagi selama
15 minit. Sela masa pemerhatian yang akan beliau gunakan adalah 3
minit.

a) Apakah rekod yang sesuai digunakan oleh Cikgu Elissa bagi


melakukan pemerhatian tersebut?
(1 Markah)

b) Senaraikan DUA (2) kekuatan apabila menggunakan rekod


tersebut.
(3 Markah)

c) Sediakan satu jadual rekod yang sesuai digunakan oleh Cikgu


Elissa untuk pemerhatian tersebut.
(6 Markah)

3. Parten (1932) menjelaskan bahawa main dari aspek tingkah laku sosial
kanak-kanak. Beliau mengkategorikan main sosial kepada ENAM (6)
jenis. Manakala main kognitif menurut Piaget (1932) dan Smilansky (1968)
adalah berkait dengan teori perkembangan kognitif.

a) Jelaskan secara terperinci tentang main dari aspek tingkah laku


sosial menurut Parten (1932) beserta contoh yang sesuai.
(6 Markah)

b) Senaraikan jenis main kognitif menurut Smilansky (1968).


(4 Markah)
11

SEC2423 Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak (Sesi l 2017/2018) Set 1, Diploma


SULIT

4. Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat yang mana digunakan


untuk membuat keputusan dn tafsiran berdasarkan bukti empirical atau
pertimbangan beberapa pemerhati terhadap kanak-kanak.

a) Berikan definisi penilaian secara umum.


(1 Markah)

b) Huraikan TIGA (3) jenis penilaian yang digunakan oleh guru-guru di


prasekolah mahupun peringkat sekolah rendah.
(9 Markah)

TAMAT BAHAGIAN C

TAMAT KERTAS SOALAN

12

SEC2423 Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak (Sesi l 2017/2018) Set 1, Diploma

You might also like