You are on page 1of 12

KINCIR ANGIN PENJANA KUASA

(HARDWARE)

NAMA NO.PENDAFTARAN

SITI KHOTIJAH BINTI SELAMAT 02DEP10F20009

MARINA BINTI MAHIDIN 02DEP10F2018

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH

SESI DISEMBER 2012


KINCIR ANGIN PENJANA KUASA

(HARDWARE)

NAMA NO.PENDAFTARAN

SITI KHOTIJAH BINTI SELAMAT 02DEP10F2009

MARINA BINTI MAHIDIN 02DEP10F2018

Proposal ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik sebagai memenuhi syarat
penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektronik.
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Subjek bagi E4006 adalah merupakan subjek wajib yang perlu diambil
bagi semua pelajar politeknik. Pelajar disyaratkan lulus subjek ini sebelum
ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma. Subjek ini
mensyaratkan pelajar supaya merekabentuk suatu alat elektronik yang telah
sedia ada bagi memudahkan pengguna.

Selain itu, subjek ini juga melatih pelajar supaya bertanggungjawab ke


atas setiap kerja yang dijalankan. Ianya kerana setiap proses bermula dari
cadangan projek sehingga membina projek, pelajar akan melakukan sendiri
atas bimbingan penyelia.

Dalam subjek ini, pelajar diagihkan kepada beberapa kumpulan bagi


menghasilkan suatu projek yang kemas dan berkualiti. Selain itu, subjek ini
mendidik pelajar supaya mempunyai jati diri. Hal ini kerana setelah projek
siap dibina, pelajar dikehendaki membuat pembentangan projek kepada
penyelaras projek. Pembentangan tersebut bertujuan bagi memastikan
setiap pelajar memahami jenis litar yang digunakan,kendalian litar,
komponen yang digunakan dan fungsinya. Ianya bagi menghasilkan graduan
yang berguna pada industri.

1
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Pada masa sekarang,rakyat Malaysia digalakkan untuk
menjalankan kempen bumi hijau bagi memelihara alam semulajadi dan alam
sekitar di Malaysia.Oleh itu, pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk
menyokong dan menyahut seruan kempen ini.Kempen ini menggalakkan
rakyat Malaysia supaya menjaga alam semuala jadi dan alam sekitar supaya
dapat membendung berlakunya pencemaran atau kemusnahan alam sekitar.

Bagi menyahut kempen bumi hijau ini, kami telah bersepakat


untuk membuat satu projek yang berkaitan dengan kempen ini.Projek yang
akan kami laksanakan ialah berkaitan dengan sumber alam semulajadi iaitu
angin.Angin merupakan salah satu sumber alam semulajadi yang
dikurniakan oleh Allah kepada kita.Melalui sumber ini kami dapat memikirkan
sebuah ideal yang dapat digunakan untuk projek kami iaitu kincir angin
penjana kuasa.

Projek ini dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bekalan


elektrik alternatif iaitu bekalan elektrik daripada proses kincir angin
ini.Kami berpendapat bahawa kincir angin penjana kuasa ini dapat
menghasilkan arus elektrik.Arus elektrik tersebut terhasil daripada
pusingan bilah kipas yang dipasang pada kincir angin tersebut.Salah satu
cara yang kami fikirkan untuk meggerakkan bilah kipas tersebut ialah
dengan menggunakan sumber semulajadi iaitu angin. Kami menggunkan
sumber semulajadi iaitu angin sebagai punca utama untuk projek ini.

2
1.3 OBJEKTIF

Bagi melaksanakan dan menyiapkan projek ini terdapat beberapa


objektif yang telah kami tetapkan, antaranya ialah dapat menghasilkan
sumber tenaga elektrik dengan bersumberkan angin.Melalui projek kami iaitu
kincir angin penjana kuasa , kami menggunakan angin sebagai sumber
utama.Angin yang akan kami gunakan untuk memutarkan bilah kipas dalam
projek kami.
Melalui putaran bilah kipas ,kami berpendapat tenaga elektrik akan
dapat dihasilkan.Oleh itu,projek kami akan dapat membantu pengguna
mendapatkan bekalan elektrik alternatif.Kami juga dapat menjimatkan lagi
kos penggunaan elektrik seterusnya menyahut kempen bumi hijau.

1.4 SKOP PROJEK

Skop atau had perlaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi
memastikan setiap perlaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang
ingin dicapai. Skop perlaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif atau
matlamat projek. Oleh itu, projek KINCIR ANGIN PENJANA KUASA ini
mestilah tidak melampaui matlamat dan fungsinya. Projek ini menggunakan
sumber angin, motor dinamo,bilah kipas,penyimpan cas,sensor
kegelapan,lampu dan soket lampu. Lampu akan hidup secara automatik
apabila waktu malam atau ketiadaan cahaya dan akan memberi
pencahayaan kepada penyimpan cas kami. Selain itu, kami akan memasang
soket sebagai output menguji terhasilnya penghasilan cas.

3
BAB 2

KAJIAN

Bagi melaksanakan kerja projek ini kami telah membuat beberapa


kajian tentang komponen dan peralatan yang akan kami gunakan.Kami
memperoleh kajian tersebut daripada beberapa sumber iaitu internet,majalah
dan surat khabar.Pelbagai sumber yang kami perolehi daipada kajian
tersebut.
Mengikut kajian yang diperolehi,angin ialah

4
BAB 3

METODOLOGI

Dalam sesebuah projek, metodologi adalah sesuatu atau perkara


yang penting bagi memastikan projek berjalan dengan sistematik dan lancar
selain dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Untuk
menyiapkan projek ini dalam tempoh masa yang ditetapkan,langkah yang
efektif perlu diambil kerana projek ini memerlukan tumpuan dan ketelitian
individu.

3.1 METODOLOGI PERLAKSANAAN PROJEK

i. Perancangan

Peringkat pertama dalam metodologi ini adalah perancangan. Pada


peringkat pemulaan ini, kami dikehendaki mengemukan satu masalah dan
kami diberi peluang untuk memilih sendiri tajuk yang sesuai. Tajuk dan
projek yang menjadi pilihan kami ialah KINCIR ANGIN PENJANA KUASA.
Apabila tajuk telah dipilih, perbincangan dengan penyelia diadakan untuk
merancang segala perlaksanaan projek supaya semua berjalan lancar.

5
Setelah mendapat kelulusan dari pihak penyelia dan panel kami dikehendaki
membuat satu jadual perancangan projek(carta gantt). Semua kerja-kerja
dibuat mestilah berpandukan jadual tersebut. Pada langkah ini juga, segala
keperluan dan kepentingan projek seperti objektif, skop dan pernyataan
masalah dikenalpasti melalui perbincangan dengan penyelia dan
penyelidikan melalui internet dan buku-buku.

ii. Pengumpulan Data

Peringkat kedua untuk metodologi ini ialah pengumpulan data. Pada


peringkat ini, analisis dibuat berdasarkan maklumat yang berkaitan dengan
tajuk. Kami mengumpul maklumat dan mempelajari sedikit sebanyak
mengenai konsep pusingan bilah kipas yang akan dapat menghasilkan
tenaga elektrik.. Kami juga membuat kajian mengenai rekabentuk bilah kipas
yang akan digunakan. Kebanyakan maklumat diperoleh melalui bahan
bacaan seperti buku,jurnal serta internet.

iii. Mengkaji Litar

Peringkat ketiga dalam metodologi ini ialah peringkat membuat kajian secara
terperinci terhadap litar. Litar yang diperoleh telah dibincangkan dengan
penyelia dan telah dipersetujui. Kemudian litar ini akan dikaji mengenai cara
pendawaian komponen-komponen sokongan yang terdapat dalam litar-litar
dan lain-lain.

iv. Mempelajari kegunaan perisian

6
Peringkat keempat ialah peringkat mempelajari kegunaan perisian untuk
projek ini. Untuk projek ini,kami mempelajari kegunaan perisian Proteus
untuk merekabentuk litar dan simulasikannya.Kami juga akan meggunakan
perisian solid work untuk menghasilkan reka bentuk bilah kipas.

v. Membangunkan perkakasan

Peringkat kelima ialah peringkat membangunkan perkakasan. Pada


peringkat ini, segala komponen yang akan digunakan akan dihimpunkan dan
membuat pendawaian.

vi. Membuat Ujikaji

Pada peringkat ini,ujikaji atau ‘troubleshoot’ akan dijalankan terhadap sistem


yang telah dibangunkan.Pada peringkat ini,segala kesilapan atau ralat yang
terdapat dalam perkakasan akan dikenalpasti dan diperbaiki untuk mencapai
tahap yang lebih baik.

7
3.2 JADUAL PERANCANGAN KERJA (CARTA GANTT)

8
3.3 PERALATAN ,BAHAN DAN KOS.
Anggaran untuk projek kami ialah RM300.00.Berikut adalah
perancangan perbelanjaan projek kincir angin penjana elektrik.Selain itu
kami menggunakan tiang untuk menegakkan bilah kipas.
9
Bil Nama Peralatan Harga
1 Motor Dinamo Rm100.00
2 Bilah Kipas Rm50.00
3 Cas Controller RM50.00
4 Lampu Rm5.00
5 Sensor Kegelapan Rm30.00
6 Soket Rm5.00

10

You might also like