You are on page 1of 9

SEMESTER SEPTEMBER / 2018

CDCA 2203

ELEMENTS OF COMPUTER ARCHITECTURE

NAMA PELAJAR : ATIF ARAFAT BIN NOOR FAUZI

NO. MATRIK : 900307115181001

NO. KAD PENGENALAN : 900307115181

NO. TELEFON : 01133500911

E-MEL OUM : atiff.arafat@oum.edu.my

NAMA TUTOR :

PUSAT PEMBELAJARAN : PP TERENGGANU

1
Table of contents

No. Description Page


1.0 Pengenalan 3
2.0 Perbezaan antara RAM dan ROM 4-5

2.1 Definisi 4

2.2 Fungsi dan cara berfungsi 4

2.3 Storan 4

2.4 Kelajuan 5

2.5 Struktur, saiz dan kos 5

2.6 Jenis-jenis RAM dan ROM 5


3.0 Jenis-jenis DRAM 6

3.1 EDORAM 6

3.2 SDRAM 6

3.3 RDRAM 6
4.0 Cadangan dan justifikasi untuk saiz RAM 7-8

4.1 Tablet 7

4.2 Komputer riba 7

4.3 Komputer meja 8


5.0 Kesimpulan 8
6.0 Rujukan 9

2
1.0 Pengenalan

Ingatan capaian rawak atau Random Access Memory ( RAM ) merupakan sejenis data storan
komputer yang menyimpan data yang sedang digunakan oleh komputer dan data tersebut
disimpan di dalam peranti RAM yang diletakkan pada peranti papan induk komputer. Random
Access Memory dicipta oleh Robert Heath Dennard, seorang jurutera elektrik daripada Terrell,
Texas pada tahun 1967 ( “Robert Dennard,” n.d. ). Random Access Memory dikenali sebagai
sejenis storan yang tidak menentu dan hanya bersifat sementara kerana sesebuah data atau
informasi yang disimpan di dalam RAM akan hilang apabila hilang bekalan elektrik pada
komputer tersebut dan apabila komputer dihidupkan dan digunakan kembali, RAM akan
dikosongkan dan diisi dengan data dan informasi yang baru. Fungsi utama Random Access
Memory adalah meningkatkan kadar kelajuan pemprosesan data pada sesebuah komputer,
dalam erti kata lain kelajuan sesebuah komputer akan meningkat berdasarkan ketinggian saiz
RAM yang digunakan pada komputer tersebut ( Rofiyatul Hasanah, 2016 ). Apabila kita
menghidupkan sesebuah komputer, peranti keras pertama yang mula bekerja adalam cip
pemprosesan atau processor dan cip pemprosesan berfungsi dengan membaca data dan
informasi yang terdapat di dalam peranti cakera keras. Namun, kerana perbezaan kelajuan yang
sebahagian besarnya berpunca daripada tujuan peranti itu dicipta, cakera keras tidak mampu
menyaingi kelajuan sesebuat cip pemprosesan oleh itu RAM diperlukan dalam menyediakan
data dengan cepat untuk dibaca oleh cip pemprosesan. RAM juga boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis iaitu Static Random Access Memory ( SRAM ), Dynamic Random Access
Memory ( DRAM ), Synchronous Dynamic Random Access Memory ( SDRAM ), Rambus
Dynamic Random Access Memory ( RDRAM ), Extended Data Out Random Access Memory
(EDORAM ), Double Data Rate Synchronous Dynamic Random Access Memory ( DDR
SDRAM ) dan Small Outline Dual In-Line Memory Module ( SO-DIMM ).

Ingatan bacaan sahaja atau Read-Only Memory (ROM) pula merupakan sejenis storan data
komputer yang menyimpan pelbagai jenis data oleh komputer. Walaupun kedua-duanya
mempunyai persamaan iaitu data boleh dicapai oleh cip pemprosesan secara rawak, namun
ROM tidak dapat digolongkan sebagai salah satu daripada jenis-jenis RAM kerana data yang
disimpan di dalam ROM bersifat kekal dan hanya dapat dibaca oleh cip pemprosesan dan tidak
boleh diubah oleh pengguna. Berbanding dengan RAM, data yang disimpan di dalam ROM
tidak akan hilang sekiranya komputer dimatikan dan hal ini menjadikan ROM sebagi peranti
yang sesuai untuk menyimpan pelbagi jenis pengaturcaraan yang digunakan untuk boot-up atau
menghidupkan sesebuah komputer sebelum perisian sistem sesebuah komputer mula berfungsi.

3
2.0 Perbezaan antara RAM dan ROM

2.1 Definisi

Dari aspek definisi, Random Access Memory ( RAM ) merupakan memori yang tidak menentu
yang digunakan untuk menyimpan data, arahan dan keputusan daripada program yang sedang
dijalankan oleh cip pemprosesan dan data sementara yang sering digunakan oleh pengguna.

Manakala, definisi Read-Only Memory ( ROM ) adalah memori komputer yang menyimpan
data dan program komputer secara kekal. Program yang disimpan ini kebanyakannya merupaka
jenis program kritikal dan sangat penting yang digunakan untuk menghidupkan sesebuah
komputer ( Kapil Dev Das, 2015 ).

2.2 Fungsi dan cara berfungsi

Setelah komputer dihidupkan, sebahagian daripada sistem pengoperasian dan peranti pemacu
akan dimasukkan ke dalam storan memori RAM yang pada kemudiannya akan membolehkan
cip pemprosesan untuk memproses pelbagai arahan dengan lebih cepat yang akan lebih
mempercepatkan kadar proses boot-up. Setelah sistem pengoperasian berjalan, setiap program
yang dibuka dan berjalan termasuk program yang digunakan sekarang iaitu Microsoft Words,
akan dimasukkan kedalam RAM selama mana program itu berjalan. Dalam erti kata lain, RAM
berfungsi untuk menyimpan data yang bersifat sementara yang dicipta dan digunakan oleh
sesebuah program ( Kapil Dev Das, 2015 ).

ROM pula digunakan secara amnya untuk menyimpan data bersifat penting dan digunakan oleh
sesebuah syarikat komputer untuk menyimpan data-data tersebut kerana sifat storan memori
ROM yang bersifat kekal dan tidak mudah diubahsuai oleh pengguna. Secara umum, cip
pemprosesan akan menjalankan setiap arahan daripada data yang terdapat pada ROM yang
diletakkan oleh syarikat pembina komputer seperti Intel dan AMD ( Kapil Dev Das, 2015 ).

2.3 Storan

Dari aspek storan data, Random Access Memory hanya digunakan untuk menyimpan data yang
bersifat sementara yang digunakan oleh program yang sedang digunakan oleh pengguna
komputer ( Kapil Dev Das, 2015 ).

Manakala Read-Only Memory digunakan untuk menyimpan data dan informasi yang bersifat
kekal. Oleh itu data dan informasi yang disimpan di dalam ROM merupakan data yang penting
dan tidak mudah diubahsuai oleh pengguna ( Kapil Dev Das, 2015 ).

4
2.4 Kelajuan

Dari segi kelajuan, kadar kelajuan capaian untuk Random Access Memory adalah pantas dan
RAM mampu membantu meningkatkan kadar kelajuan cip pemprosesan untuk memproses.
Manakala kadar kelajuan Read-Only Memory adalah lebih perlahan jika dibandingkan dengan
RAM dan ROM tidak mampu membantu meningkatkan kelajuan cip pemprosesan ( Kapil Dev
Das, 2015 ).

2.5 Struktur, saiz dan kos

Daripada aspek struktur dan saiz peranti Random Access Memory berbentuk segi empat tepat
dan dipasang pada papan induk komputer dan bersaiz lebih besar jika dibandingkan dengan
peranti Read-Only Memory yang secara umumnya meupakan sejenis pemacu optik yang
diperbuat daripada pita magnetik yang bersaiz kecil. Manakala dari segi harga dan kos pula
peranti RAM adalah lebih mahal berbanding peranti ROM (Kapil Dev Das, 2015).

2.6 Jenis-jenis RAM dan ROM

Peranti Random Access Memory ( RAM ) boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Static
Random Access Memory ( SRAM ) dan Dynamic Random Access Memory ( DRAM ).
Manakala Read-Only Memory ( ROM ) boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu Progammable
Read-Only Memory ( PROM ), Erasable Progammable Read-Only Memory ( EPROM ) dan
Electrically Erasable Progammable Read-Only Memory ( EEPROM ) ( Kapil Dev Das, 2015).

5
3.0 Jenis-jenis Dynamic Random Access Memory (DRAM)

3.1 EDORAM

Extended Data Out Random Access Memory ( EDORAM ) merupaka sejenis peranti cip RAM
yang mempunyai kebolehan yang lebih pantas dalam membaca dan memindahkan informasi
dan data berbanding dengan peranti cip RAM yang biasa. EDORAM memiliki slot memori
sebanyak 72 pin dan EDORAM memiliki bentuk Single Inline Memory Module ( SIMM ) dan
lebih panjang daripada RAM yang biasa. Kelajuan yang dimiliki oleh EDORAM adalah lebih
daripada 66 Mhz ( Rofiyatul Hasanah, 2016 ).

3.2 SDRAM

Synchronous Dynamic Random Access Memory ( SDRAM ) merupakan sejenis RAM yang
diubahsuai dan dipertingkatkan daripada Dynamic Random Access Memory ( DRAM ) namun
diselarikan bersama sistem masa dan mempunyai kepantasan yang lebih laju daripada DRAM
dan sesuai dengan sistem bus yang mempunyai kelajuan sehingga 100 Mhz. ( Rofiyatul
Hasanah, 2016 ). Hal ini membolehkan pengawal memori mengetahui kitaran masa dengan
tepat oleh itu tiada lagi waktu menunggu di antara satu proses dan proses yang lain bagi cip
pemprosesan.

3.3 RDRAM

Rambus Dynamic Random Access Memory ( RDRAM ) merupakan sejenis RAM yang
mempunyai kepantasan yang tinggi. Pertama kali RDRAM digunakan pada komputer adalah
bersama dengan pentium 4. RDRAM mempunyai slot memori sebanyak 184 pin dan
mempunyai bentuk struktur Rate Inline Memory Module ( RIMM ). RDRAM memiliki
kepantasan sehingga 800 Mhz ( Rofiyatul Hasanah, 2016 ).

6
4.0 Cadangan dan justifikasi untuk saiz RAM

4.1 Tablet

Tablet komputer atau lebih dikenali sebagai tablet merupakan sebuah peranti komputer mudah
alih yang direka bentuk litar, bateri dan skrin di dalam satu unit. Pada kebiasaannya tablet di
reka bentuk bersama kamera, mikrofon dan skrin sesentuh. Dengar erti kata lain, tablet
komputer merupakan sebuah komputer mudah alih kecil yang lebih murah, ringan dan lebih
kecil. Saiz tablet adalah lebih besar daripada telefon pintar namun lebih kecil daripada
komputer riba. Tablet komputer biasanya digunakan untuk membuat dan berkongsi
persembahan Microsoft Power Point, persidangan video secara siaran langsung, e-mel,
menonton video dan wayang, bermain game, dan pelbagai lagi aktiviti. Cadangan dan
justifikasi saiz RAM bagi tablet adalah sebanyak 1 gigabyte hingga 2 gigabyte bergantung
kepada harga. Hal ini demikian kerana kebanyakan pengguna yang menggunakan peranti tablet
tidak menggunakan tablet untuk melakukan lebih daripada satu kerja dalam satu masa, oleh itu
tidak wajar bagi sesebuah peranti tablet itu memiliki RAM yang terlalu tinggi atau terlalu
rendah.

4.2 Komputer riba

Komputer riba merupakan sejenis komputer mudah alih yang mempunyai reka bentuk
komponen yang hampir sama dengan komputer meja namun bersaiz lebih kecil daripada
komputer meja. Komputer riba pada dekad yang lalu biasanya digunakan untuk melakukan
aktiviti berkaitan kerja seperti Microsoft Words, e-mel dan lain-lain. Kelebihan komputer riba
adalah saiz yang lebih padat berbanding komputer meja namun masih mempunyai kuasa
pengkomputeran yang menghampiri komputer meja. Namun, komputer riba tidak boleh diubah
suai untuk peningkatan kemampuan pengkomputeran kecuali RAM dan peranti cakera keras.
Oleh itu, cadangan dan justifikasi saiz RAM bagi komputer riba adalah sebanyak 2 gigabyte
hingga 4 gigabyte bergantung kepada tujuan dan jenis komputer riba tersebut. Hal ini demikian
kerana komputer riba pada masa kini diguna pakai untuk pelbagai tujuan seperti komputer meja
iaitu untuk tujuan kerja dan permainan komputer, oleh itu sesebuah komputer riba tersebut
haruslah mempunyai RAM asas yang cukup tinggi untuk menampung penggunaan oleh para
pengguna dan sekiranya pengguna memerlukan ubah suai peningkatan terhadap RAM, mereka
boleh meningkatkan sehingga 8 gigabyte.

7
4.3 Komputer meja

Komputer meja merupakan komputer yang direka bentuk untuk diletakkan di atas meja dan
bukan mudah alih dan boleh membuat segala input, output, dan memproses data dengan
sendirinya. Komputer meja pada abad yang lepas digunakan hanya untuk tujuan kerja semata-
mata, namun kini komputer meja mempunyai pelbagai tujuan seperti permainan komputer,
bekerja dari rumah, hiburan, capaian informasi dan lain-lain lagi. Berbeza dengan tablet
komputer ataupun komputer riba, komputer meja adalah bebas untuk diubah suai, oleh itu
cadangan dan justifikasi saiz RAM bagi komputer meja adalah sebanyak 2 gigabyte hingga 4
gigabyte bergantung kepada tujuan komputer meja tersebut. Hal ini demikian kerana komputer
meja kebanyakannya digunakan untuk tujuan kerja dan pelbagai lagi tujuan yang memerlukan
komputer berfungsi dengan laju seperti reka bentuk grafik dan permainan komputer. Namun
demikian, sebagai pengguna komputer meja, mereka bebas untuk mengubahsuai untuk
peningkatan kelajuan komputer mereka sehingga 16 gigabyte.

5.0 Kesimpulan

Ingatan komputer merupakan peranti fizikal yang boleh menyimpan data dengan cara seketika
mahupun tetap. Terdapat dua jenis ingatan utama iaitu Read-Only Memory ( RAM ) dan
Random Access Memory ( RAM ). Perbezaan utama di antara RAM dan ROM boleh
dibahagikan kepada beberapa aspek seperti fungsi, kelajuan, struktur binaan dan jenis-jenisnya.
Justifikasi dan cadangan bagi saiz RAM untuk peranti adalah bergantung sepenuhnya kepada
tujuan peranti mudah alih tersebut dan cara penggunaannya.

(1802 patah perkataan)

8
6.0 Rujukan

Robert Dennard. (n.d.). Dicapai pada 7 Mac 2019 daripada :


https://lemelson.mit.edu/resources/robert-dennard

Rofiyatul Hasanah. 2016. Pengertian, Fungsi, Cara Kerja, Jenis, Komponen Dan Permasalah
Pada RAM. Dicapai pada 8 Mac 2019 daripada :
https://rofiyatul.wordpress.com/2016/03/31/pengertian-fungsi-cara-kerja-jenis-
komponen-dan-permasalah-pada-ram/

Kapil Dev Das. 2015. Difference between RAM and ROM. Dicapai pada 10 Mac 2019
daripada : https://www.slideshare.net/kapildev2009/difference-be

You might also like