You are on page 1of 18

KAJIAN TAHAP, PUNCA, KESAN DAN CARA MENGATASI STRES DALAM KALANGAN

PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

1.0 PENGENALAN

Webster’s Third New International Dictionary merumuskan statistik sebagai satu proses
analisis, pungutan, tafsiran dan persembahan data dalam bentuk nombor. Selain itu, statistik
juga merujuk kepada pengiraan nombor (purata) yang diambil daripada data yang dimiliki
(Pumadevi, Nurul Shahhida & Fatimah, 2015).

Akhir sekali, Stoel Torrie juga berpendapat bahawa statistik ialah satu metadologi yang
menggunakan langkah tertentu untuk mengenal pasti ketidakpastian maklumat yang
disimpulkan. Jadi, secara ringkasnya statistik merupakan satu teknik untuk menyusun data
yang tidak tersusun kepada yang lebih tersusun.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi memenuhi kehendak kerja kursus untuk subjek Statistik Asas
(GSA1072) yang mana skop kajian mestilah berkait dengan kehidupan seharian pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya memilih kajian tentang
tahap, punca, kesan dan cara mengatasi stres dalam kalangan pelajar PPISMP di IPG
Kampus Bahasa Melayu.

Hal ini demikian kerana Kementerian Kesihatan Malaysia ada menyatakan bahawa
tahap stres dalam kalangan pelajar berada pada tahap yang sangat membimbangkan (Utusan
Online, 2011). Jadi, saya mengambil peluang ini untuk membuktikan bahawa kenyataan yang
dikeluarkan itu adalah benar ataupun tidak

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Abdullah, (2007) merumuskan bahawa stres ialah satu keadaan di mana fizikal dan mental
seseorang tidak dapat berfungsi dengan baik (Indah Nurmaningtyasih, 2015). Oleh sebab itu,
kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui tahap stres dalam kalangan pelajar serta punca dan
kesannya agar dapat membendung masalah ini daripada terus meningkat. Selain itu, kajian
ini juga ingin mengetahui bahawa, “Adakah stres mempengaruhi kehidupan sebagai seorang
pelajar?” supaya dapat merumuskan tentang kesan stres terhadap tahap pembelajaran
pelajar.

1
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk manganalisis data kecenderungan memusat dan serakan bagi
tahap stres yang sebenar bagi pelajar PPISMP IPG Kampus Bahasa Melayu. Selain itu kajian
ini juga bertujuan untuk mengenal pasti mod bagi punca, kesan dan cara pelajar PPISMP ini
mengatasi masalah stress yang dihadapi oleh mereka.

2.0 METADOLOGI KAJIAN


2.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini dibuat dengan cara melakukan tinjauan dalam kalangan pelajar PPISMP IPG
Kampus Bahasa Melayu untuk mencapai objektif kajian. Data yang berkait dengan kajian
diperoleh dengan cara mengedarkan borang soal selidik kepada kumpulan sasaran. Borang
itu mempunyai dua bahagian iaitu: Bahagian A – data demografi (1 soalan) dan Bahagian B
– data mengenai isu stres (5 soalan).

2.2 SOALAN KAJIAN


1. Berapakah peratus bagi tahap stres anda?
2. Adakah stres mempengaruhi kehidupan anda sebagai seorang pelajar?
3. Apakah punca anda mengalami masalah stres?
4. Apakah kesan apabila anda mengalami stres?
5. Bagaimanakah cara untuk anda mengatasi masalah stres?

2.3 PERSAMPELAN

Populasi kajian ini ialah pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu manakala sampel bagi kajian ini
ialah pelajar PPISMP IPG Kampus Bahasa Melayu yang terdiri daripada pelajar lelaki dan
perempuan.

2
3.0 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS DATA
3.1 DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
a) Jantina
JANTINA KEKERAPAN PERATUS %

Lelaki 10 33
Perempuan 20 67
Jumlah 30 100
JADUAL 3.1

3.2 DATA MENGENAI SOALAN KAJIAN


3.2.1 Tahap stres responden (peratus)

1. PENYUSUNAN DATA

JAWAPAN RESPONDEN

20 40 50 60 50 70 60 80 50 40
25 50 50 40 65 40 50 80 75 50
35 45 40 50 55 40 60 50 75 90
JADUAL 3.2

2. PERWAKILAN DATA

2 0 5
3 5
4 0 0 0 0 0 0 5
5 0 0 0 0 0 0 0 0 0 5
6 0 0 0 0
7 0 5 5
8 0 0
9 0

RAJAH 3.1 – Gambar rajah batang dan daun

3
PERATUS BAGI TAHAP STRESS RESPONDAN

0 20 40 60 80 100

RAJAH 3.2 – Plot kotak dan misai

3. PENTAFSIRAN DATA

Bagi items pertama, saya telah mengenal pasti tentang tahap peratusan stres bagi pelajar
PPISMP semester 2 di IPGKBM. Didapati, terdapat seorang pelajar yang mengalami masalah
stres yang teruk sehingga menyebabkan peratusan bagi tahap tekanannya mencapai 90%
manakala ada seorang pelajar yang menyatakan bahawa tahap stresnya ialah 10% iaitu tahap
yang paling rendah berbanding responden lain. Seterusnya, kebanyakan pelajar merumuskan
bahawa tahap stress mereka ialah sebanyak 50%. Selebihnya, seramai sembilan responden
manyatakan bahawa tahap stres mereka sekitar 25% sehingga 45% manakala seramai
sepuluh orang responden menyimpulkan bahawa stres mereka berada pada tahap 55%
sehingga 80%.

Jadi, hasil daripada data yang diperoleh, saya dapat mencari nilai min, mod dan
median (data kecenderungan memusat) serta nilai varians dan sisihan piawai (data
kecenderungan serakan). Nilai min bagi data ini ialah 50.83. Nilai ini diperoleh dengan cara:

Min = Hasil tambah nilai jawapan responden

Jumlah reponden

= 1525

30

= 50.83

4
Seterusnya, nilai mod bagi data ini ialah 50 manakala nilai mediannya juga 50. Mod
diperoleh dengan cara mengenal pasti tahap peratusan stres yang paling banyak dipilih oleh
pelajar atau responden. Nilai median pula diperoleh dengan cara menyusun data secara
menaik kemudian memilih dua nilai tengah. Kedua-dua nilai itu ditambah dan dibahagi dengan
dua. Langkahnya ialah:

Median = Hasil tambah dua nilai yang berada di tengah

= 50+50

= 50

Selain itu, data yang telah saya peroleh juga membantu saya untuk mancari nilai
sisihan piawai dan varians. Langkah pagi pengiraan untuk mencari nilai-nilai dengan
menggunakan formula berikut:

Sisihan piawai

= 7453.71 – 2583.89

30

= 162.33

Varians

= √162.33

= 12.74

5
Kesimpulannya, daripada data yang telah saya kumpul saya dapat menganalisis nilai
min, median, mod, sisihan piawai dan varians bagi peratus tahap stres dalam kalangan pelajar
di IPGKBM.

3.3.2 Adakah stres mengganggu kehidupan sebagai pelajar?

1. PENYUSUNAN DATA

JAWAPAN KEKERAPAN PERATUS %

YA 21 70
TIDAK 9 30
JUMLAH 30 100
JADUAL 3.3

2. PERWAKILAN DATA

ADAKAH STRES MEMPENGARUHI


KEHIDUPAN RESPONDEN?
25

20

15

10

0
YA TIDAK

Series1

RAJAH 3.3

3. PENTAFSIRAN DATA

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada soalan kedua dalam borang soal selidik yang
telah diedarkan, didapati seramai 21 orang responden bersetuju bahawa masalah stres
mempengaruhi kehidupan mereka sebagai seorang pelajar manakala selebihnya tidak
bersetuju. Selain itu, daripada data yang diperoleh juga saya dapat menyimpulkan bahawa
mod bagi data ini ialah jawapan “ya” kerana mempunyai kekerapan paling tinggi iaitu 21.

6
Kesimpulannya, telah terbukti bahawa stres akan menyebabkan pembelajaran dan
prestasi akademik seseorang itu terganggu kerana rata-rata bersetuju dengan persoalan yang
saya lontarkan.

3.3.3 Punca responden mengalami stres

1. PENYUSUNAN DATA

JAWAPAN KEKERAPAN PERATUS %

Kerja kursus 24 80
Program kampus 1 3
Rakan-rakan 5 17
Masalah keluarga 0 0
JUMLAH 30 100
JADUAL 3.4

2. PERWAKILAN DATA

PUNCA YANG MENYEBABKAN


RESPONDEN STRES
30

25

20

15

10

0
Kerja kursus Program kampus Rakan-rakan Masalah keluarga

Series1

RAJAH 3.4

3. PENTAFSIRAN DATA

Hasil daripada data kekerapan bagi punca seseorang responden itu mengalami stres, saya
mendapati bahawa mod bagi data ini ialah jawapan pertama iaitu kerja kursus. Seramai 24
orang telah memilih jawapan tersebut. Selebihnya, seramai 5 orang menyatakan bahawa
mereka stres kerana mempunyai masalah dengan rakan-rakan manakala seorang sahaja
yang menghadapi masalah stres yang berpunca daripada program kampus yang perlu

7
disertainya. Akhir sekali, tiada data yang merekodkan punca pelajar di IPGKBM mengalami
stres yang disebabkan oleh masalah keluarga.

3.3.4 Kesan stres kepada responden

1. PENYUSUNAN DATA

JAWAPAN KEKERAPAN PERATUS %

Sukar tidur 3 10
Cepat marah 11 37
Hilang tumpuan 12 40
Kurang bergaul 4 13
JUMLAH 30 100
JADUAL 3.5

2. PERWAKILAN DATA

KESAN STRES KEPADA RESPONDEN


14

12

10

0
Sukar tidur Cepat marah Hilang tumpuan Kurang bergaul

KEKERAPAN

RAJAH 3.5

3. PENTAFSIRAN DATA

Bagi soalan ini pula, seramai 12 orang memilih kesan stres kepada pelajar adalah hilang
tumpuan ataupun mewakili 40% daripada jumlah keseluruhan responden. Seterusnya, data
yang dikumpulkan juga menunjukkan bahawa seramai 11 responden akan cepat marah
apabila sedang stres. Manakala selebihnya menyatakan bahawa mereka akan mengalami
masalah sukar untuk tidur (3 orang) dan juga menyebabkan diri mereka kurang bergaul (4
orang). Jadi, mod bagi data ini ialah jawapan “hilang tumpuan” kerana mempunyai kekerapan
yang tertinggi.

8
3.3.5 Cara responden mengatasi stres

1. PENYUSUNAN DATA

JAWAPAN KEKERAPAN PERATUS %

Beriadah 9 30
Meluahkan perasaan 3 10
Merujuk pakar kaunseling 0 0
Melakukan perkara yang disukai 18 60
JUMLAH 30 100
JADUAL 3.6

2. PERWAKILAN DATA

CARA RESPONDEN MENGATASI STRES


20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0
Beriadah Meluahkan Merujuk pakar Melakukan
perasaan kaunseling perkara yang
disukai

KEKERAPAN

RAJAH 3.6

3. PENTAFSIRAN DATA

Setelah mengumpul dan menyusun data bagi soalan ini, majoriti responden memilih untuk
melakukan perkara yang digemari sebagai langkah untu mengatasi stres. Secara tidak
langsung, jawapan ini menjadi mod kepada data ini dengan kekerapan sebanyak 18 orang
responden. Seterusnya, sebanyak 30% daripada jumlah sebenar responden atau 9 orang
responden memilih untuk beriadah apabila menghadapi masalah stres manakala selebihnya
memilih untuk meluahkan perasaan kepada orang lain. Namun, kesemua responden tidak
memilih untuk merujuk pakar kaunseling meyebabkan tiada data yang ditunjukkan bagi
jawapan tersebut.

9
4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, saya dapat merumuskan bahawa hampir 100% pelajar IPGKBM
mengalami masalah stres. Namun, peratusan tahap bagi stres antara mereka ternyata sangat
berbeza. Ada yang melebihi 50% dan sebaliknya. Oleh sebab itu, majoriti responden yang
terdiri daripada pelajar PPISMP ini menyatakan bahawa masalah stres yang dihadapi telah
mengganggu kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Selain itu, masing-masing
mempunyai kesan tersendiri apabila sedang stres. Begitu juga dengan cara untuk mereka
mengatasinya.

Secara kasarnya, saya dapat menyimpulkan bahawa pelajar ini akan sentiasa cuba
untuk mengambil langkah yang sebaiknya untuk mengatasi masalah stres yang dihadapi agar
tidak menyebabkan tahap stres itu terus meningkat sekali gus menyebabkan pembelajaran
mereka terganggu.

10
RUJUKAN

Bobsusanto. (2015). 14 pengertian statistik menurut para ahli terlengkap. Retrieved 16


Februari 2018 from http://www.spengetahuan.com/2015/10/14-pengertian statistik
menurut-para-ahli-terlengkap.html

Hakimi Ismail. (2011). Tahap stres pelajar kita tinggi. Retrieved 16 Februari 2018 from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1006&pub=utusan_malaysia
&sec=muka_hadapan&pg=mh_04.htm

Mastura Mahfar, Fadilah Zaini & Nor Akmar Nordin. (2007). Analisis faktor penyebab stres di
kalangan pelajar. Jurnal kemanusiaan, bil.9, 62-72.

Pumadevi Sivasubramaniam, Nurul Shahhida Abu Bakar, & Fatimah Rozihan Wan
Muhammad. (2015). Statistik Asas. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11
LAMPIRAN

1.0 PENGGUNAAN EXCEL

1. Cara membina rajah 3.1

12
2. Cara membina Rajah 3.2

13
14
3. Cara membina Rajah 3.3

15
4. Cara membina Rajah 3.4

16
5. Cara membina Rajah 3.5

17
6. Cara membina Rajah 3.6

2.0 BORANG SOAL SELIDIK RESPONDEN

18

You might also like