You are on page 1of 120

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3104

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2011


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan


saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak


ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

i
MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN
PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT
PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI
MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM
TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011


Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

ii
KANDUNGAN
MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan


Falsafah Pendidikan Guru

Panduan Pelajar

Pengenalan

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 xxxxxxxxxx
1.0 Sipnosis
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Kerangka Tajuk
……………………………….
……………………………….
Tajuk 1 xxxxxxxxxx
2.0 Sipnosis
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk
……………………………….
……………………………….

Bibliografi

Panel Penulis Modul

Ikon Modul
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan


pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin
kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun
meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah
kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk
menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang


pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

SASARAN KURSUS

Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program
Pensiswazahan Guru (PPG).

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam


pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah
seperti dalam Jadual 1:

vi
Agihan Jam pembelajaran
Aktiviti-aktiviti Pembelajaran Mengikut Kredit Kursus
3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit
Tanpa Ada Tanpa Ada Tanpa Ada
Amali Amali Amali Amali Amali Amali
(3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0) (0+1)
(1+2) (0+2)
(0+3)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65
tugasan terarah / amali
Menghadiri kelas interaksi
10 10 5 5 5 5
bersemuka (5 kali)
Latihan Amali* - 10 - 8 - 5
Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½
Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15
Ulangkaji 10 10 10 10 5 5
Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½
Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40
* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.

SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh
berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat
masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

vii
PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga
perbincangan

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri


pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira


sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami


pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

viii
Pengenalan

Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar Program Pensiswazahan


Guru Sekolah Rendah (PPG) bagi mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memahami
tentang kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Modul ini
memperkenalkan kepada anda, tentang kemahiran mendengar dan bertutur,
kemahiran membaca, pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan, teknik
pengajaran kemahiran membaca, penilaian kemahiran membaca dan kemahiran
menulis . Terdapat juga maklumat berkaitan strategi, pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran bahasa Melayu secara umum. Ia juga memberi pendedahan
kepada anda tentang pengaplikasian pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Ia
turut dilengkapi dengan pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa yang
merangkumi pemusatan murid dan bahan. Pembelajaran berasaskan projek,
masalah, aktiviti, situasional/senario dan permainan juga dimasukkan.

Modul ini dibahagikan kepada enam Tajuk Pembelajaran seperti yang berikut:
Tajuk Pembelajaran 1: Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tajuk Pembelajaran 2: Kemahiran Membaca
Tajuk Pembelajaran 3: Kemahiran Menulis
Tajuk Pembelajaran 4: Kemahiran Mengarang
Tajuk Pembelajaran 5: Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu
Mengajar
Tajuk Pembelajaran 6: Penilaian Kemahiran Menulis

Latihan berbentuk latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman anda.


Modul ini diharap dapat membantu para pelajar menerangkan tentang teori
huraian dan pemerolehan bahasa dan konsep asas pedagogi bahasa. Para
pelajar juga diharapkan akan lebih jelas dengan konsep pengaplikasian
pendekatan pengajaran mahupun pembelajaran bahasa.
AGIHAN TAJUK

Kod & Nama Kursus: BMM 3104 : Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Kandungan modul ini dibahagi kepada 5 interaksi. Jadual di bawah menjelaskan agihan
tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

JUMLAH JAM
MENGIKUT
INTERAKSI TAJUK/TOPIK PRO FORMA
KURSUS
1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur
 Konsep
 Objektif
 Proses dan Bentuk
 Peringkat Penguasaan
1  Unsur dan Faktor
2
Keberkesanan
 Prinsip Pengajaran
 Kaedah Pengajaran
 Teknik Pengajaran
1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur
 Penyediaan Rancangan
Pengajaran Aktiviti
Mendengar dan bertutur
 Objektif, Langkah-langkah
sebelum, Semasa dan
Selepas Aktiviti
 Prinsip Pembinaan dan
Penggunaan Bahan
Pengajaran dan
Pembelajaran
 Prinsip dan prosedur
2 Pembinaan Instrumen 2
Penilaian Kemahiran
Mendengar dan Bertutur.

2. Kemahiran Membaca.
 Matlamat dan Jenis Bacaan
 Peringkat Pengajaran
Bacaan
 Teknik Bacaan – Intensif,
Ekstensif, Skimming,
Scanning.

1. Pendekatan dan Kaedah


Pengajaran Bacaan.
 Pendekatan Binaan,
Cerakinan, Komunikatif, dan
Pengalaman Bahasa.
 Kaedah Pandang Sebut
 Kaedah Abjad dan Fonik

2. Teknik Pengajaran Kemahiran


Membaca.
 Survey, Question, Read,
Review, Recite, (SQ3R),
Read, Review, Recite, (3R),
Know, What, Learn, How,
3 2
(KWLH), dan lain-lain.
 Lingkaran Soalan, Tatacerita
 Bimbingan Menjangka,
Teater Pembaca.
3. Penyediaan Rancangan Pelajaran
Kemahiran Membaca.
 Objektif
 Langkah-langkah Sebelum,
Semasa, dan Selepas Aktiviti
 Membina dan Menggunakan
Bahan Bantu Mengajar.
1.Penilaian Kemahiran Membaca.
 Mengenal pasti Idea Keseluruhan
 Mengesan Idea Utama dan Idea
sokongan
 Membuat Ramalan/Kesimpulan
 Pembinaan Instrumen Penilaian

2.Kemahiran Menulis.
 Matlamat dan Peringkat
4  Tujuan Penulisan 2
 Jenis Penulisan Karangan.

3.Pendekatan Pengajaran Kemahiran


Menulis.

 Proses Pengajaran
 LEA (Pengalaman Bahasa)

1.Kemahiran Mengarang.
 Mencari Isi – Menggunakan Bahan
Rangsangan
 Mengaitkan Isi dengan Tajuk,
Kohesi, Koheren, dan
Pemerengganan
 Kemahiran Kosa kata, Gaya
Persembahan, Mengedit dan
Mengembangkan Idea – Peta
Minda.
2.Prosedur Pengajaran dan Penyediaan
5 Bahan Bantu Mengajar. 2
 Ejaan
 Imlak
 Karangan
3.Penilaian Pengajaran Kemahiran
Menulis.
 Mengenal Pasti Idea Keseluruhan
 Mengesan Idea utama dan Idea
Sokongan
 Membuat Ramalan / Kesimpulan.

JUMLAH 10
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur


 Konsep
 Objektif
 Proses dan Bentuk

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran


Mendengar dan Bertutur:
 konsep
 objektif
 proses dan bentuk

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur,


Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan
bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa.
Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan
bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran
membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik
membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat.
Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik
membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan
berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih
berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana
keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam
proses membaca dan menulis.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:


1. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;
2. mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

3. menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran


mendengar dan kemahiran bertutur;
4. menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan
bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; dan
5. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur.

Kerangka Konsep

Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar

Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan


Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran
pengajaran

Meneliti
Semula Teks

Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif


(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky


(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)

KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR

Definisi Konsep

Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau


beberapa orang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea,
pandangan, mahupun pendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-
apapun keadaan, di mana atau bagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat
akan saling menghantar dan menerima, yakni memberi gerak balas @ respon
tertentu. Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan kemahiran mendengar
dan bertutur yang tidak kurang pentingnya. Dalam konteks ini, kemahiran
mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau
maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan
menghasilkan penghasilan maklumat.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat
penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik
dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu
interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan
perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3)


menegaskan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu
bertujuan:

(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam
kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;

(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa


yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan
dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis
bahas, syarahan dan lain-lain.

Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa


Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa
cadangan subkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang
perlu dikuasai oleh murid, antara lain menguasai kemahiran:

(a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan
bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi
yang diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah
datangnya bunyi berkenaan.

(b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa,


antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan
pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan
permintaan yang mudah – untuk diri sendiri dan orang lain;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(c) menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan


ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;

(d) bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi


tujuan memperoleh maklumat tertentu;

(e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya


kreativiti – ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau
tidak;

(f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan


melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri
dengan ringkas dan padat;

(g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan


ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin
menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara
berkesan;

(h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid


mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi
(pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada
yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan
penuh perasaan; dan

(i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea


dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan,
menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks.
Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan
menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan
para linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walau
bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental:


memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas
tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan
mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi
dan melaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan.

Konsep Pertuturan

(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang


dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan
menghasilkan bunyi [batu];

(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat


mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;

(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman


kecerdasan otaknya;

(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap
sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan

(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian
kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi
yang lain.

Aspek-Aspek Pertuturan

(a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan


membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat.
Dalam hal ini, murid-murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata
dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan
dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan
yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan


/s mak/ dan seumpamanya;

(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur


menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan
atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau
lembutnya sesuatu pengucapan;

(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar


(dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna
dalam bahasa Melayu;

(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian –


memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau
ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh
membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan
tembak,’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan
tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, ‘jangan/tembak,’ bermaksud
menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!

(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara
menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik,
menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat
tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata
mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.

(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau
menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya
terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada
mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak
bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih
jelas.

(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah


dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan


kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau
bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang
mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai
sebaik-baiknya;

(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid


bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini
banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan
kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.

(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh


bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh
membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas,
betul dan betul;

(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan
kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi,
keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan
murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.

Objektif Kemahiran Bertutur


Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:
(a) menyebut dengan jelas;
(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat;
(d) memberi penerangan dan alasan;
(e) menunjuk arah;
(f) membina soalan untuk mencari maklumat;
(g) bertemu ramah;
(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i) bertutur secara bertatasusila; dan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar
dan situasi.

Proses dan Bentukya:


Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:
(a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan;
(b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;
(c) Membina soalan berdasarkan bahan;
(d) Memberi arahan kepada rakan;
(e) Menerangkan gambar dan bahan grafik;
(f) Berbual melalui telefon;
(g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;
(h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan
menjawab soalan yang diajukan;
(i) Permainan komunikatif;
(j) Mengadakan perbahasan;
(k) Perbincangan forum;
(l) Memberi taklimat dan ceramah;
(m) Main peranan;
(n) Simulasi;
(o) Teater bercerita; dan
(p) Drama

Kemahiran Mendengar
Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa
masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang
serius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama dan
pertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan
perkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau
bercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi atau
bercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyi
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

bahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasi


dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa – memperoleh, mempelajari,
mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada
orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencuba
dan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu
perkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanya
yang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model penting
pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak-
kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,
cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar
yang baik mengikut standard tertentu.

Mengapa kemahiran mendengar perlu?


Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul dan
memproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-murid
perlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam
perbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam proses
pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar
sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat);
untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat
(pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan dan
apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Proses Mendengar
Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan
penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara
proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawa
dalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatian
oleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empat
peringkat proses mendengar:

(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;


(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;
(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan
terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian
pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna
berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan
mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkan
pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi
bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan
sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya
kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.

Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang


pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya
secara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran
bahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses
yang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai dan
menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnya
dapat dilakukan.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Objektif mengajar kemahiran mendengar


Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:
(a) memperoleh idea;
(b) mencari isi-isi penting;
(c) melakukan arahan/ tindak balas;
(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f) mentafsir makna-makna yang tersirat,
(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau
propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama
orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:


Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling
asas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan.
Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar,
dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh
orang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsir
apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.

Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih


berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini
tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal
pengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka.
Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh
dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:
(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;
(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
(c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan
(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?


Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara
lain proses mendengar:
(a) secara pasif;
(b) secara bertelau-telau;
(c) tanpa tindak balas;
(d) secara menebuk-nebuk;
(e) dengan beremosi;
(f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan
(g) secara kritikal.

Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar


(a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat,
didengar dan dingati;
(b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat;
(c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya
berbanding daripada kecerdasan otaknya;
(d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran
seseorang;
(e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;
(f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;
(g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan
bukti tertentu;
(h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik,
aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan
(i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis
secara kritis terhadap bentuk dan isi.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kesimpulannya:

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid,


pertamanya menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-
bunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi
bahasa tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat,
bersesuaian dengan mesej yang diterima itu.

Latihan
1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran
bahasa lisan?
2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak
formal beserta dengan contohnya.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur


 Peringkat Penguasaan
 Unsur dan Faktor Keberkesanan
 Prinsip Pengajaran

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran


Mendengar dan Bertutur:

 Peringkat Penguasaan
 Unsur dan Faktor Keberkesanan
 Prinsip Pengajaran

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur,


Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek
kemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid
terlebih dahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan
bertutur terlebih dahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis.
Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai
prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran berbahasa: mendengar
dan bertutur perlu diajar secara berperingkat, selain menyedari terdapat unsur-
unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran

Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan


teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kerangka Konsep

Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar

Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan


Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran
pengajaran

Meneliti
Semula Teks

Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan


bertutur
(a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham)

Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi


kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-
murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan.
Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan
penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan
murid-murid berkenaan.

(b) Penghasilan Semula (bertindak balas)

Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas
secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti
intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa,
gaya dan isi penyampaian.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur


Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan
dapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan
sesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalangan
masyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu
dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkan
pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah murid
boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian,
pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikut
peringkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.

Peringkat awal
(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila;
(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
(g) Memberi arahan;
(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan
(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.

Peringkat pertengahan
(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan
peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;
(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;
(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;


(i) Memberi komen secara mudah; dan
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.

Peringkat maju
(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan,
proses dan sebagainya;
(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa
menggunakannya;
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan,
seminar dan lain-lain;
(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j) Mendeklamsi puisi;
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.

Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai


secara berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam
kalangan murid-murid.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan


Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,

(a) Kecerdasan:

Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan


keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan
memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan
perkembangan bahasa;

(b) Kesihatan:

Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap
dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak
sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses
pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara
berkesan;

(c) Fizikal:

Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang
berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat
artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses
penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat
yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi
masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan
mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi
masalah kosa kata dalam proses pertuturan;

(d) Persekitaran:

Hal ini terutamanya yang melibatkan kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan
ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi
petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status
sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-
kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding


dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan
masyarakat di bandar-bandar;

(e) Jantina:

Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-


kanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-
kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian
kerana urat saraf pertuturan dalam kalangan kanak-kanak perempuan
berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki; dan

(f) Dwibahasa:

Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh


lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam
proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami
gangguan daripada bahasa ibundanya.

Prinsip pengajaran kemahiran mendengar

(a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa


bertutur, membaca dan menulis;

(b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga


bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang
berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu;

(c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang
dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid
boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai
diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara
maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

kemahiran berbahasa masing-masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti


yang berkaitan;

(d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-


peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak,
daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara
yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya.

(e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar
sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa
melaksanakan proses berkenaan;

(f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan
kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak;

(g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk
berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan
oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 3
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
 Kaedah
 Teknik Pengajaran

Sinopsis
Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan:
kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya
secara umum dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan
pendekatan komunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung
dengan kemahiran mendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan
dibincangkan beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi
oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur
dalam bilik darjah.

Hasil Pembelajaran

Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik


pengajaran dan pembelajaran.
Kerangka Konsep

Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar

Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan


Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran
pengajaran

Meneliti
Semula Teks

Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif


(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur

Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti


sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar
dan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek
pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilik
darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan
(kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan dan
menyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai
kemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilih
aktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh
menentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasai
kemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktiviti
mendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungan
dengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaran
mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kali
meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.

Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur


Modul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja,
pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenis
pendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah

(a) Pendekatan Situasi

Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang


diperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataan
lisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaan
unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu.
Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsur
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yang
betul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori
struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untuk
membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur),
terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih
dahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat,
membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal ini
demikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secara
lisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatan
situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:

(a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid
yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi;

(b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa


yang digunakan oleh masyarakat;

(c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia
dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat
pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa
dengan betul;

(d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran


bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika
pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu
setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur
dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini
deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa
yang salah;

(e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-
murid dalam latihan bertutur;

(f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid


mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik.


Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui
aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi
menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu;

(g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa


pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang
baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat
menghasilkan sebutan-sebutan yang betul.

Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan


pengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada
penggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanya
begitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya,
guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalam
situasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkan
kepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalam
kehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor
luaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk
menguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna murid
tidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi
pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasi
penggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat.

(b) Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang


terdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaan
kemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk
menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu
bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakan
unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi
bahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

bertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang


terkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi
dalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran
bertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan
berkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaran
bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:

 Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan


berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan
bahasa yang sebenarnya. Dengan demikian, kedua-dua
kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;

 Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan


mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur
perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
guru dalam bilik darjah;

 Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif.


Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada
pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan
demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi
komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut.
Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan
menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik
dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan
lebih berkesan;

 Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam


kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran
pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan
lebih selesa, yakin dan berkesan; dan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

 Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika


murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara
yang dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan
murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu
mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan
rakaman menjadi semakin perlu.

Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa


dalam pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi
supaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul.
Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut.

Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?
Kakitangan pos : “Pak cik”?
Wanita : (terdiam)
Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak
cik?
Wanita : Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu
baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya.
Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwin
pun belum.

Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalam


pengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan
dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-
murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu
sebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran
bertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasai
kemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat dan
berkesan.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur

Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat


diajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan
penyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa);
manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu
ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalam
interaksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkan
berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.

Kaedah Terus

Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa


dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan
kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku
sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara
mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari
sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.
Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang
ketara, antara lain:

(a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan
konteks penggunaan bahasa tersebut;

(b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru
akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran,
lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;

(c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang
sesuai;

(d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang


dipelajari secara induktif, dan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar


sebutan dan intonasi yang betul.

Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah


ditetapkan seperti berikut:

(a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang
mengandungi ayat-ayat yang sempurna.

(b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang
diberi.

(c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat
menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan
nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.

Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan


baik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggap
berjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa
yang diajarkan itu di luar bilik darjah.

Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahan


pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang
boleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahan
seperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazim
digunakan dalam sesuatu masyarakat.

Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik

Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan


penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-
rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-
unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid
sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang
dipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan
disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru,
ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-
hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:

coffee - kopi
school - sekolah
radio - radio
bicycle - basikal
biscuit - biskut

Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama


juga.

Subjek Kata kerja Objek


Saya pergi ke sekolah.
I go to school.
Dia minum susu.
He drinks milk.

Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran
dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang
pengajarannya seperti berikut:

(a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;

(b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;

(c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa;


dan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh


guru.

Kaedah Audio-Lingual

Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan


memudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur
secara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:

(a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;

(b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;

(c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang
pengetahuan bahasa;

(d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan

(e) Bahasa berbeza antara satu sama lain.

Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan.


Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur
merupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengan
demikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama
ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yang
dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsur
bahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara
intensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasa
berkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan
murid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melalui
kemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru
boleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut:

(a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;

(b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;


(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan

(d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi
rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.

Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur.
Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka suka
meniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan
bahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasa
tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.

Kaedah Komunikatif

Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori


interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:

(a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi


bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran
kecekapan bahasa dan komunikatif.

(b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah


mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang
tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam
aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah,
perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya
mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.

(c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan
wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk
berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara
pencilan tetapi dalam suatu wacana.

(d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang


bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata
lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti
latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah


dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.

(e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan


bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka
melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap
bahasa yang mereka gunakan.

Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah


komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan
bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur
bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam
komunikasi bahasa.

Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur

Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang


prosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik
darjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkah
pengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantu
mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukan
teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedah
mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh
menggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajaran
kemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan.

Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh


digunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan
tepat. Antara lain ialah teknik:

(a) Latih tubi; (b) Bercerita;

(c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara

(e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat


(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(g) Main peranan dan simulasi; (h) Sumbang saran

(i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita

(k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi

(m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk cara

Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di


atas, dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat
rujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan
kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan
peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan.

Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur

Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti


pembelajaran. Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh
dijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang
sering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.

Latih Tubi Sebutan

Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi


bahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang
akan ditiru dan dihafaz oleh murid.

Bola.
Murid-murid, ikut
cikgu sebut. Ali menendang bola.

Ali menendang bola di padang.

Bola. Ali menendang


bola. Ali ….
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem
dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan
minimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza.

daki - laki tari - lari malu - balu

Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu
bunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi
bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan
menyebut fonem /p/
- Pandang pandan tepi pagar depan padang.
- Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.

Nyanyian

Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-
murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur
kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut
rentak dan nada yang tertentu.

Selamat datang.
Sila masuk ke dalam.
Mari kita duduk.
Apa khabar sekarang.
Sudilah minum.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Janganlah segan-segan.
Minum air kopi.
Makan kuih di pinggan.

Latihan Pandang dan Sebut

Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk


menghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi
bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks
latihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagian
filem dan slaid sering juga digunakan.

i. Pak Abu seorang petani.

ii. Dia bekerja di sawah.

iii. Dia menggunakan kerbau


untuk membajak tanah.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan


pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa
Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4.

Karangan Lisan

Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid


berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan
rangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi
tujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas.

Latihan bersoal jawab

Merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupun
senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

Latihan Penghasilan

Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji.


Kemudian, murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

menggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan:
mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karangan
bertulis.

Memproses Maklumat

Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid-
murid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana
timbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam
kumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.

Contoh:

Senarai barang yang diberi oleh


guru.

 Khemah
 Lampu picit
 Makanan kering
 Makanan basah
 Alat memasak
 Pakaian
 Baldi
 Alat menjahit
 Pisau
Murid diminta berimaginasi bahawa mereka  Kapak
akan pergi berkhemah di bukit selama tiga  Bantal
hari. Tiap-tiap seorang hanya boleh  Selimut
membawa barangan seberat tidak melebihi  Air
20 kilogram. Kumpulan mesti mengambil
 Susu tin
keputusan apa yang paling perlu mereka
bawa dari senarai yang diberi oleh guru.  Cangkul
Mereka juga dikehendaki memberi alasan  Surat khabar
mengapa mereka membuat keputusan  Radio
begitu.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Interaksi Sosial

Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks
sosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan,
perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari
peringkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.

Contoh: Lakonan Terkawal


Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa
penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik
kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa
malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda boleh
meletakkan kereta anda.

Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal


dengan pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik
kosong, satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang.
Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik
dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak
kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi
pelanggannya. ( Kamaruddin Hussin : 2001)

Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut:


(a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut;
(b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku
(c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog
yang terdapat dalam gambar ini.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Rumusan
Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah
bersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras dan
menyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan
unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu serta
pembelajaran yang berkesan.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur


 Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar
dan Bertutur
 Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan
Selepas Aktiviti
 Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran
dan Pembelajaran

Sinopsis

Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set


pengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan
Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keterangan
mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepas
pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan
pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas
mengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru
dapat dipertahankan.

Hasil Pembelajaran

1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses


pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan

2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan


bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kerangka Konsep

Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar

Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan


Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran
pengajaran

Meneliti
Semula Teks

Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan


Bertutur:

Komponan Persediaan Mengajar

Persediaan Penyampaian Penutup


Maklumat Am Set Induksi Kesimpulan
Pengetahuan Sedia Ada Perkembangan Penilaian
Objektif Pengajaran i. Kemahiran Tugasan
Peneguhan
Isi Pelajaran ii. Kemahiran Ulasan Kendiri
menerangkan
Ilustrasi
iii. Kemahiran
Menggunakan Papan
Tulis
iv. Kemahiran Variasi
Rangsangan
v. Kemahiran Menyoal
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur

Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur


penting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajar
kemahiran berbahasa yang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiran
membaca dan menulis, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asas
kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru, dalam
usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar
dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktiviti
pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu
menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek
pengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali)
kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor
(menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur

Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:

(a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)

Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga


perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi
contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang
akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru
menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad kiu, kad imbasan, bahan
stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan
dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan
yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh
digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat
atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)

Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid


melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan
memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan
secara individu sekiranya perlu.

(c) Peringkat susulan dan penilaian

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan


susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini
guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai
atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang
diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @
kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam
perkara (i – iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya.
Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid
melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk
murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid
yang berpotensi cemerlang).

Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

(a) Bahan yang sesuai

Prinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan:


mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan
berkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa
Melayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dan
kecenderungan pembelajaran murid:
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kesesuaian dengan Penjelasan


perkara

Objektif dan matlamat (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan
pengajran dapat membantunya mencapai objektif dan
matlamat pengajaran;
(b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia;
(c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam,
kepercayaan dan amalan dalam kalangan
masyarakat tempatan.

Pendekatan, kaedah dan (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan
teknik pengajaran pemilihannya ditentu lebih terdahulu.

Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan


keadaan murid-murid yang belajar bahasa
Melayu; dan
(b) Mengambil kira latar belakang pendidikan,
status sosioekonomi dan tahap pencapaian
pelajar;

Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana


pembelajaran akan meninggalkan kesan yang
baik kepada murid-murid;
(b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran
ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan
bahan; dan
(c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan
motivasi tinggi, mendorong, menggerak,
merangsang, mengarah dan menentukan
reaksi murid-murid terhadapnya

Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai,


selari dan dengan minat dan kecenderungan
murid-murid belajar.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberi


perhatian kepada perkara-perkara berikut:

(b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses
pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam
hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran),
kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang.
Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu
memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong
minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip
berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada
yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan
yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada
bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa
kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat
duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!

(c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang
hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu.
Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai
potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P &
P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu.
Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan
itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar
belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu
teratur – mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii)
mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv)
kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk
buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi)
bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan
ulangkaji.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka
letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan
bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;

(e) Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan
kerana kewajaran kosnya (munasabah);

(f) Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna, ekonomik – digunakan
secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata
pelajaran lainnya;

(g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk
diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan
antara sekolah dan wilayah.

Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiran


mendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantu
mengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:

Aktiviti latih tubi untuk pertuturan

Aktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baik


menggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-
kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.

Aktiviti peniruan dan hafazan

Bahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan oleh
guru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnya
adalah seperti dialog, seni kata lagu, dan petikan karangan.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Aktiviti kemahiran komunikatif

Alat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video kerana
melalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh–contoh sebutan, nada,
intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu,
murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak
tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu
maksud. Misalnya:

(a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara
kepada kelas;

(b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut;

(c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang
diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang
telah dipersetujui bersama;

(d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;

(e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid
boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman;
dan

(f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk


penulisan.

Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid.


Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi seperti
perbincangan. Antara lain, aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawat
tempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasan
melombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu, alat bantu mengajar
dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan boleh juga
membantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Aktiviti pengumuman lisan

Pengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapangan


terbang, di stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu.

Perhatian kepada semua


penumpang Malaysian
Airlines dari Kuala Lumpur ke
Kota Kinabalu, Sabah.
Pesawat akan berlepas pada
pukul 3.00 petang. Semua
penumpang diminta masuk
melalui pintu B3.

Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertutur


mestilah terdiri daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahan
yang diambil daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, berita
pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil
daripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripada
sumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebut
mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh
murid-murid.

Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankan


beberapa aktiviti bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alat
bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Boneka

(a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.

(b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog
Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan
boneka.

(c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan
boneka.

(d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi
memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.

(e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.

(f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada
cerita tadi.

Bahan Kartun
(a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog.
(b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa
yang sesuai.
(c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan
dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya.
(d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Video dan Bahan Sastera

(a) Murid menonton rakaman drama.

(b) Murid dibahagikan kepada kumpulan.

(c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada
bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang
Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat.

(d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan


dengan membuat tindakan sendiri.

Gambar Foto (potret)

(a) Murid diminta menerangkan keadaan


emosi seorang kanak-kanak yang terdapat
dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama
ada sedih, gembira, takut, marah dan
sebagainya.
(b) Murid kemudian meramalkan peristiwa
yang mencetuskan perasaan demikian.
(c) Murid diminta menyenaraikan beberapa
perkara yang menarik tentang pemuda itu
(d) Murid membuat karangan pendek tentang
kanak-kanak tersebut.

Kesimpulannya

Penggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suai
mengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yang
penting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yang
dilaksnakan itu – menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

untuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya,


keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deria
seseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkan
pelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar itu
adalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan
bermakna.

Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu
mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan
pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu
mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang
terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 5
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
 Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian
Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

Sinopsis

Penilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikian


dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaian
terutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagai
mengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-
murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru, modul ini mencadangkan beberapa
prinsip dan prosedur memilih, menentu dan menggunapakai instrumen tretentu
sebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalangan
murid.

Hasil Pembelajaran
1. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan
bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur; dan
2. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan
bertutur.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kerangka Konsep

Menganalisis
Ciri-Ciri Pelajar

Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan


Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran
pengajaran

Meneliti
Semula Teks

Menyemak Pengajaran

Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif

Pengenalan

Kemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh,


membuat taakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat:
bertutur dengan menggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan
berkesan. Selain itu, kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna
keupayaan seseorang menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan
menggunakan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit
makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara mesti dikawal
dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. Aspek
kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata,
tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang murid menyatakan
perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua ini akan
menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan
makna sesuatu ujaran yang diucapkan.

Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasai


perbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengan
konteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu,
dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segi
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

makna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itu
dengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentuk
binaannya yang berbeza pula.

Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaan
berbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasa
Melayu mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk ke
rumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi.
Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yang
khusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaan
itu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi.
Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu dengan
betul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannya
dengan konteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya, penilaian dan
pengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semua
aspek bahasa dan tahu berbahasa ini.

Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur

Penilaian bertutur terbahagi kepada dua:

Pertama: penilaian kemahiran menyebut

Penilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-murid


pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh
bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-
murid bukan Melayu, mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda
yang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu
mengalami gangguan.

Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek


daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan
murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada
bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem,


suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsur
tekanan, hentian dan intonasi.

Penilaian kemahiran bertutur

Kemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisan


dengan menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat,
kehendak dan sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan
menghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang
hendak disampaikan.

Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalam
kemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokus
kepada sebutan dan pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang itu
diterima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebut
bunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan
konteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-ciri paralinguistik dan
ketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang itu tidak mungkin
petah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Dengan
itu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersama
ketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan dan
pendapat secara spontan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Teknik menguji kemahiran bertutur

Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan.


Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yang
diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau
disebut sendiri, mengikut gaya sebutan yang betul mengikut
konteks dan situasi. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan
bercetak seperti cerita.

Menyebut perkataan
pasangan minimal
Membaca kuat. Murid menyebut
Ujian membaca kuat pasangan perkataan
boleh digunakan untuk yang sukar disebut dan
murid yang telah tahu dideikriminasikan
membaca. Dengan bunyinya. Guru
membaca kuat, murid TEKNIK memaparkan perkataan
dinilai dari segi MENGUJI dan menyuruh murid
kelancarannya KEMAHIRAN menyebutnya.
membaca dengan MENYEBUT Kemudian guru
nada, intonasi dan memaparkan perkataan
gaya mengikut wacana lain yang hampir sama
dan konteks ayat-ayat bunyi dan menyuruh
dalam petikan yang murid menyebut.
dibaca itu. Kemudian guru
merumuskan perbezaan
bunyi kedua perkataan

Pemarkatan.
Untuk memudahkan pemarkatan ditentukan bahawa hanya satu
atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan
penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Bertutur dengan gerak balas terhad

Bertutur mengikut arahan

Mengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberi
gerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya,

Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnya


esok.

Murid : Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.

Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini.

Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang
tua yang tidak kamu kenali. Tuturkan bagaimanakah kamu
harus meminta bantuan daripada orang tua itu. Kamu
hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat
yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Bertutur berdasarkan gambar

Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu
digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberi
gerak balas kepada soalan-soalan itu.

Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambar


di atas.

Misalnya:
(a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?
(b) Apa yang sedang mereka lakukan?
(c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang
bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid
berfikir dengan lebih kritis).
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Membaca Kuat

(a) Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan intonasi.

(b) Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan umur murid


dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang sesuai
untuk membaca ialah 2-3 minit.

Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid


tetap dan terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti
kecekapan menyebut bunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut
unit makna dan nahu, dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada, intonasi,
dan tekanan yang betul. Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi
yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. Oleh itu,
aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat, spaan membina ayat
secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.

Bertutur Secara Berpandu

Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid
bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturan
mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat
soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina
ayat-ayat mereka sendiri. Walau bagaimanpun, batasan masih ada, iaitu fokus
pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru.
Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah:

Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru.

(a) Guru memberi murid petikan cerita pendek;

(b) Murid membaca senyap;

(c) Guru membaca kuat petikan;

(d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;


(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan
dibaca oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan
dibaca oleh murid). Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat
dengan gaya bercerita yang betul.

Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:

 Murid diminta mengingat atau


mengimaginasikan sesuatu dan
menjelaskan sesuatu
mengenainya. Misalnya: percutian
semasa cuti sekolah.
 Teknik ini dapat menilai kecekapan
bertutur secara spontan, tanpa
bimbingan guru

Main peranan

Teknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlu
memikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranan
tertentu. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan murid
melakonkan apa yang dikehendakinya. Penilaian ini boleh dijalankan secara
individu ataupun secara berpasangan. Misalnya:

Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan


peranan, murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai
seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut
yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta
kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara
spontan.

Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai
dengan situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-
bagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Temu bual dan Temu duga

Teknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan cara
memberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur dengan
menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkan
situasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah dengan
penemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid.
Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-murid
menggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.

Pemarkatan Ujian Bertutur

Terdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji


kemahiran berturur, iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara
holistik.

Pemarkatan Secara Objektif

Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkat


rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum
boleh bertutur dengan lancar. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk item
yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan
menggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar; menjawab soalan-
soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan
kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk menentukan
markat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakan
pada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yang
mereka berikan.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Bahagian A

Baca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betul


i. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah
ii. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu.
iii. Dengan siapa adik bermain bola tadi
iv. Wah, besarnya rumah awak!

Bahagian B
Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap.
i. Apakah cita-cita kamu?
ii. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu?
iii. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu?

Bahagian C
Teliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan.

Soalan:

i. Apakah yang dilakukan oleh orang-


orang itu?
ii. Apakah alat-alat yang digunakan oleh
mereka?
iii. Bagaimanakah cara mereka
melakukannya?

Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasan


berikut:
(a) memadankan – memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan
tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya; memadankan
pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya.
(b) megelompok – misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah-
buahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya.
(c) menyusun dan melengkapkan – menyusun maklumat mengikut saiz,
warna, umur, kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan
menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(d) menyelesaikan masalah – menerangkan cara untuk sampai ke destinasi


tertentu dengan selamat;
(e) berinteraksi – melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll
(f) simulasi – main peranan dalam lakonan, forum dll
(g) projek – perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos,
pelaporan dll.

Senarai Semak untuk Pemarkatan.


Nama Murid: .....................................................................................................

Markat
Bahagian No: Gambar Nombor
Soalan 2 1 0

2
A
3 J=

2 J =

5
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Nilai Markat (cadangan)

2 Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan


dan tatabahasa.

1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan,
intonasi atau tatabahasa.

0 Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan


tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara.

Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian


dengan 2. Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan
semuanya dengan 2; menjadi 12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.

Pemarkatan Secara Holistik

Pemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik atau
keseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan
markat secara keseluruhan, bukan secara perincian sebagaimana yang
dicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan kemahiran pertuturan itu
dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap
pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara
keseluruhan.

Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh


dibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu:

i. sebutan

ii. kefahaman

iii. ketatabahasan

iv. keluasan perbendaharaan kata, dan

v. kelancaran pertuturan.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat dan
perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru.

Rumusan

Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan


bertutur), penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan
bertutur dalam pengajaran bahasa Melayu. Kemahiran bertutur merupakan
kemahiran yang penting, awal diajar dan perlu dikuasai oleh murid, maka guru
mesti memainkan peranan penting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya.
Guru mesti faham, sedar dan pandai menggunakan pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan berlandaskan prinsip-
prinsip tertentu. Untuk mengesan kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu,
guru harus pula menguji kecekapan murid dengan menggunakan pelbagai teknik
dan cara memberi markah. Diharap modul ini dapat memberi kefahaman
kepada anda untuk membimbing murid anda menguasai kemahiran lisan dengan
baik dan berkesan.

(a) Huraikan tentang lima komponan kemahiran bertutur yang dapat


dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik.
(b) Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan
holistik. Pada pendapat anda, kaedah pemarkatan yang
bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa
Melayu?
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 6 Kemahiran Membaca


 Matlamat dan Jenis Bacaan
 Peringkat Pengajaran Bacaan
 Teknik Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming
dan Scanning

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca.


Tajuk ini akan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan dan
teknik bacaan. Empat teknik bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan
intensif, ekstensif, skimming dan scanning.

Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi.


Walau bagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-
peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang
meningkat. Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar.
Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan
memahami apa yang dibaca. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu
dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan
dan teknik yang sesuai dan berkesan.

Hasil Pembelajaran
1.1 Menjelaskan kemahiran membaca; matlamat, jenis bacaan dan peringkat
pengajaran bacaan

1.2 Menghuraikan teknik bacaan.


(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kerangka konsep
Matlamat dan Jenis Bacaan: Peringkat Pengajaran Bacaan:
 Mekanis  Kesediaan membaca
 Mentalis  Prabacaan
 Intensif  Mekanis
 Ekstensif  Bacaan dan Kefahaman

Teknik bacaan:
 Intensif
 Ekstensif
Pengajaran Kemahiran Membaca  Skimming
BAHASA MELAYU  Scanning

Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat


pengajaran Bacaan dan
Aplikasi Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming dan
Scanning

Fikirkan:

Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di


sekolah rendah?

Arahan:

 Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran membaca di


sekolah.
 Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca, sila
fahami jenis bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
 Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham
tentang teori ini.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Matlamat

Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya


mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk
tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan
pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.

Anda perlu tahu matlamat anda


mengajar kemahiran membaca
kepada pelajar-pelajar ! Kini,
fahami pula jenis-jenis bacaan.

Jenis Bacaan

Bacaan mekanis

Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat
mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan
huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan
yang betul . Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami
dan tidak membebankan fikiran.

Bacaan Mentalis

Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan
dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan
bacaan mentalis adalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Bacaan Intensif

Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan


dengan tujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan
mentafsirkan perkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan
situasi yang berlainan. Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang
pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang struktur yang sukar
dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa;
memperkembang usaha mengawal bahasa lisan dan pertuturan serta
kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.

Bacaan Ekstensif

Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah.
Bacaan ini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran
pemahaman dan meningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan
ekstensif akan membolehkan pelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan
ekstensif ialah kegiatan membaca dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu
sesuai dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat kepuasan,
keseronokan dan terhibur.

Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan, lakukan


rujukan untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

PERINGKAT PENGAJARAN BACAAN

Peringkat Kesediaan Membaca

Menurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkat
perkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yang
menyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

dikatakan sebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan


bacaan awal atau bacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja
meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga
merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan
berterusan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak


ialah keadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta
kecerdasan dan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-
kanak dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-
bunyi yang diajarkan, keupayaan matanya mengecam bentuk, dan keupayaan
pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-
kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya
untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Dari segi mental pula,
kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa yang
telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah
diketahuinya.

Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat


kesediaan membaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-
kanak menguasai pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka
mencapai kemahiran membaca dengan lebih mudah.

Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat


kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar.

Prabacaan

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan


meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan
penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan,
dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran
mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan


ketajaman penglihatan dan pendengaran .

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh


dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan
untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut.

Bacaan Mekanis

Pada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa
dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan.
Kaedah-kaedah membaca yang sistematik yang boleh digunakan ialah pandang
dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja.

Bacaan dan Kefahaman

Kefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahaman


terhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap
bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk
mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan
menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.

Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran


bacaan. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara
kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Teknik Bacaan

Kita boleh
gunakan pelbagai
Banyak bahan yang teknik yang telah
perlu kita baca ! diajar oleh guru
Bacaan Intensif kita. Teknik
bacaan ini akan
meningkatkan
pemahaman kita.

Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan


dilakukan secara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci
sesuatu bahan bacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang
pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi
umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang
digunakan, iaitu bacaan yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira
bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah
membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi,
membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea
sangat dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang
berkaitan dengan bahasa, ditegaskan.

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembang


kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca
dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa,
meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu
dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif
biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Konsep-konsep bacaan intensif

(a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi


perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru;

(b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang


struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata;

(c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata
dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar
dalam bacaannya;

(d) Memperkembang usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan


dan tulisan; dan

(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting.

Tujuan:

(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi
sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan
dengan baik;

(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam


bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam
kamus;

(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya;

(d) Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang
dibaca;

(e) Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa;

(f) Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai; dan

(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.


(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Bacaan Ekstensif

Membaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi


sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah
untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti
membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-
perkara berikut:

(a) membaca tinjauan

(b) membaca sekilas

(c) membaca dangkal

Membaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca


akan meneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa,
meneliti indeks, daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab,
rangka kasar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan
seseorang akan menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan
dapat dilakukan.

Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan


pergerakan mata yang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis
bagi mencari dan mendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan
utama dalam membaca kilas. Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum
daripada sesuatu isi bacaan. Kedua, untuk mendapat hal-hal tertentu daripada
sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapat bahan-bahan bacaan daripada
perpustakaan.

Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang


bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca.
Membaca begini tidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan
membaca karya-karya ilmiah.

Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti


membaca yang dilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi


bacaan, meningkatkan kepantasan membaca, membina dan mengukuh minat
membaca dan kebolehan memetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini, pelajar-
pelajar akan mendapat kepuasan dan keseronokan di samping berpeluang
menimba ilmu pengetahuan.

KONSEP BACAAN EKSTENSIF

(a) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru;


(b) Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok;
(c) Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan
minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar; dan
(d) Bahan-bahan yang berbeza.

Tujuan

Bacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar:

(a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung


daripada orang lain;

(b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari;

(c) Mendapat pengetahuan sambil berhibur;

(d) Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan


sebagainya;

(e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan


bacaan dan membina daya kreatif;

(f) Menambah minat membaca;

(g) Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik;

(h) Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca;

(i) Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa;


(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(j) Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan


perpustakaan;

(k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa;

SKIMMING

Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat
secara sepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini
penting kepada pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka
masa yang singkat dan hanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming
merupakan proses melihat sepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk
mendapatkan idea utama.

Prosedur Skimming

Langkah-langkah skimming:

(a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah


maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk;

(b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis
penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya;

(c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini
menjadi asas untuk ‘skim’;

(d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan
konteks petikan tersebut. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan
perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa
teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh
membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya;

(e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan
dapati idea yang penting dan fakta; dan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(f) Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur


penyimpulan dan rumusan.

Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan


dan selepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat
skiming ini, berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.

SCANNING

Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat


secara cepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat
secara khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita
mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat).
Kecekapan scanning bergantung kepada penumpuan mental.

Prosedur

Langkah-langkah untuk scanning:

(a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat 'apa' yang hendak
dicari.

(b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada
maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang
lain.

(c) Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan
secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.

(d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil,
perkataan yang dihitamkan atau 'italic' yang mudah dilihat.

(e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda
di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat
dalam modul ini. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda
pelajari. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari
teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk
meningkatkan kemahiran membaca anda.

Tajuk 7 PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN


 Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan
Pengalaman Bahasa
 Kaedah Pandang Sebut
 Kaedah Abjad
 Kaedah Fonik

Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedah
pengajaran bacaan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan, cerakinan,
komunikatif dan pengalaman bahasa. Tiga kaedah bacaan yang akan
dimuatkan ialah kaedah pandang sebut, kaedah abjad dan kaedah fonik

Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi.


Walau bagaimanapun, untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan
perlu diajar menggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi
kesan dalam pembacaan. Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-
peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang
meningkat. Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar
dengan menggunakan strategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan
berkesan bagi mencapai hasil pembelajaran kemahiran membaca
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Hasil Pembelajaran
1.1 Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik
pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa

Kerangka konsep

Pendekatan Pengajaran
Kemahiran Bahasa : Kaedah Bacaan
 Binaan
 Cerakinan  Pandang Sebut
 Komunikatif  Abjad
 Pengalaman  Fonik
bahasa

Pengajaran Kemahiran
BAHASA MELAYU:
Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas

Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan,


Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa.
Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut, Abjad dan Fonik

PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

Pendekatan Binaan

Pendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut


pendekatan ini pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-
unsur yang terkecil terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang
lebih besar. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Dalam pengajaran kemahiran membaca, murid-murid diperkenalkan dengan


huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata, dan
suku kata digabungkan menjadi perkataan. Kemudian perkataan akan
membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.

Pendekatan Cerakinan

Pendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang


mendahulukan unsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan
kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar itu.
Pengajaran kemahiran membaca mengikut pendekatan ini dimulakan dengan
cerita atau ayat. Kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan, dan daripada
perkataan dicerakinkan kepada suku kata dan seterusnya kepada huruf. Dengan
ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-huruf yang tiada makna (abstrak)
dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-murid mempelajari sesuatu
yang bermakna dan menarik

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi.


Yang dipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana
bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan
komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran
yang boleh mewujudkan situasi di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan
cekap dan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja.
Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara
berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan
interpersonal yang positif.

Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita,


teater pembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Prinsip pendekatan komunikatif:

(a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;

(b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana;

(c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar;

(d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi.

Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)

Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau


pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudah
memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya
sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang
menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan
mengenai bidang yang dibincangkan.

Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu


lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat,
murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk
memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh,
pada peringkat lateral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada
mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan
bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya.

Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras,


susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan
tersebut. Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman
murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin
disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan
yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh,
jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang
pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

soal pelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman


murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan.

Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;

(a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk


membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh
terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain;

(b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu
sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka;

(c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan


maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep;

(d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu
dijalankan sebelum aktiviti membaca; dan

(e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam


pengajaran pembelajaran membaca.

Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan


dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah
mencuba pelbagai kaedah. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang
boleh digunakan dalam pengajaran bacaan.

Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran


kemahiran membaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan
tertentu. Antara kaedah pengajaran membaca ialah:
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kaedah Pandang Sebut

KAEDAH
PANDANG SEBUT

Menyebut Mencerakinkan Membina dan Membaca ayat


Perkataan perkataan dan membaca ayat l
kata a
t
i
h
a
Menggunakan bahan bantu belajar n

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan


dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah
ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah
memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan
diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan.
Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu
beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada
bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang
ditunjukkan.

Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf


atau abjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh
perkataan yang disertai gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya
murid-murid cuba mengenali lambang lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu
lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Untuk boleh membaca
suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kaedah Abjad

KAEDAH
ABJAD

Menyebut nama Menyebut suku Mengeja suku Membaca ayat


huruf abjad a – kata V dan KV kata, perkataan l
z; huruf besar a
dan frasa
dan kecil t
i
h
a
Menggunakan bahan bantu belajar n

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad,


pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan
membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja
perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini,
nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan
menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan
mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata
dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000),
biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil
diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula,
kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak.

Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada
nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang
terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua
huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan


suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih
tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan
menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku
kata itu.

Kaedah Fonik

KAEDAH
FONETIK

Membuny Membatan Membaca


ikan huruf g suku frasa dan l
dan kata dan ayat a
asosiasi perkataan t
i
h
a
Menggunakan bahan bantu belajar n

Kaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap


hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan
murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.
Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti
dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan
perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan
dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang
dibaca.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya.


Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut
kesesuaian murid anda . Selamat mencuba dan berjaya!

Tajuk 8
TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
(a) Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read,
Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain
(b) Teknik Bercerita
(c) Teater Pembaca

Sinopsis
Tajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Teknik
yang akan dijelaskan ialah teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater
pembaca. Teknik yang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu. Teknik yang dipilih perlu
sesuai dengan kebolehan murid, justeru dapat meningkatkan minat murid
terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan
teknik yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berinteraksi serta
berfikir kritis dan kreatif.

Hasil Pembelajaran

1.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran

kemahiran-kemahiran bahasa.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Kerangka konsep
(a) Lingkaran Soalan,
TEKNIK PENGAJARAN (b) Tatacerita
KEMAHIRAN MEMBACA (c) Bimbingan
(a) Survey, Question, Read, Menjangka, Teater
Review, Recite(SQ3R); Pembaca
Read, Review,Recite (3R);
(b) Know,What,Learn,How,
(c) (KWLH); dan lain-lain

 Bimbingan
Menjangka,

 Teater Pembaca
Teknik
Pengajaran Kemahiran Membaca
BAHASA MELAYU

Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R,


KWLH , Lingkaran Soalan,Tatacerita , Bimbingan
Menjangka dan Teater Pembaca

Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)

1. SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal


kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan
tugasan yang perlu diselesaikan.

SQ3R adalah singkatan bagi;


S (survey) - Tinjau
Q (question) - Soal/tanya
R (read) - Baca
R (recite) - Imbas kembali atau nyatakan secara lisan
R (review) - Baca semula
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Survey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran


keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini
dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau
ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan
terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Di sini juga pelajar sebenarnya
menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning.

Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar


menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks
tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut
menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari
bahan tersebut, dan menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Pelajar
akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks
tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-
soalan yang telah disenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar
mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan
perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan.
Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang terdapat yang
ditemuinya.

Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca,
pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang
telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks
tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan
sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca


bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-
jawapan kepada soalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga
memastikan tiada fakta penting yang tertingga.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Knowledge, What, Learn, How (KWLH)

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:

K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)


W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang
berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Melalui Teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang
telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui,
melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah
diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang
perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia


ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari
pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya
ingin mendapat maklumat tambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar
dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.

Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR)

RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:

R (Read) - Membaca
A (Analogize) - Menganalogi
D(Discuss) - Berbincang
A( Apply) - Mengaplikasi
R(Review/Research) - Menyemak/ Menyelidik

Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan
pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima
langkah RADAR ialah:

R – Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat


yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks
yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

A – Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat


berhubungkait dan mempunyai persamaan.

D – Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea


atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta
menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau
tempat.

A – Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.

R – Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau


merumus semula apa yang telah dibincangkan.

RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya


dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang
untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau
pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.

Teater Pembaca

Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip


cerita dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi
menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar
akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga
melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan
suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu
pelajar-penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

Langkah pelaksanaan

(a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan;

(b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon;

(c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut
dialog;
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(d) Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai;

(e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan;

(f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan;

(g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan

(h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.

TEKNIK BERCERITA

Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman, perluasan
perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat
ditingkatkan.

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:

(a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita;

(b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan
mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan;

Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:

(a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid;

(b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan;

(c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa;

(d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting;


(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

(e) Lakukan latihan;

(f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan
penceritaan; dan

(g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
bahasa yang hendak disampaikan.

Terdapat beberapa teknik lain dalam meningkatkan kemahiran


membaca, cuba layari internet untuk mengetahui teknik-teknik
bacaan tersebut.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 9
Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca
 Objektif
 Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti
 Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar.

Tajuk 10
Penilaian Kemahiran Membaca
 Mengenal Pasti Idea Keseluruhan
 Mengesan Idea Utama dan Idea Sokongan
 Membuat Ramalan/Kesimpulan
 Pembinaan Instrumen Penilaian.

Penialaian ialah suatu kaedah bagaimana seseorang guru boleh mengenalpasti


kekuatan dan kelemahan pengajarannya . Dalam konteks pengajaran kemahiran
membaca,penilaian akan menjadi landasan terhadap kaedah,pendekatan dan teknik
pengajaran yang digunakan. Dalam hal ini, perbincangan meliputi persoalan tentang
tujuan, aspek dan pentadbiran dalam penilaian, bentuk-bentuk penilaian, dan criteria
soalan-soalan kefahaman.

Tujuan ,Aspek dan pentadbiran penilaian


Penilaian ialah satu aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu suatu
kaedah bagaimana kemajuan atau kelemahan sesuatu kemahiran yang diajarkan itu
dikenal pasti. Dalam konteks kemahiran membaca, penilaian bertujuan untuk menguji
sejauh mana pembaca memahami bahan yang dibaca. Diperingkat rendah, penilaian juga
dibuat untuk intonasi dan sebutan dalam bacaan. Dalam hal ini terdapat beberapa bentuk
penilaian dan instrument yang boleh diguna pakai dalam pengujian kemahiran membaca.

Bentuk Penilaian
Bentuk penilaian adalah seperti berikut :
a)Penilaian kendiri
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Penilaian kendiri ialah bentuk penilaian yang dilakukan oleh pelajar atau pembaca itu
sendiri,berdasarkan senarai semak yang diberikan oleh guru.
b) Penilaian rakan sebaya
Penilaian rakan sebaya dinamakan juga penilaian berpasangan. Dalam penilaian
ini,pelajar secara berpasangan akan menyemak dan menilai bacaan sesame sendiri.

c) Pemerhatian
Pemerhatian dibuat untuk melihat sikap,kefahaman dan intonasi dalam bacaan. Dalam
kaedah ini guru atau penilai perlu menyediakan senarai semak yang mengandung criteria
atau perkara-perkara yang akan diperhatikan.

d)Pengujian
Pengujian boleh dibuat untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap bahan bacaan.
Pengujian boleh dibuat dalam bentuk memadankan perkataan dan ayat, ujian bacaan,
penyoalan terbuka, menyusun semula petikan,ujian kloz dan ujian aneka pilihan.

Instrumen Ujian
Instrumen ujian kemahiran membaca boleh terdiri daripada petikan atau bahan yang akan
dibaca dan difahamkan oleh pelajar. Pada masa yang sama dokumen seperti senarai
semak dan skala kadar juga digunakan sebagai instrument ujian, terutama yang
melibatkan aspek afektif dan perlakuan dalam kemahiran membaca seperti intonasi,nada,
tekanan suara dan sebagainya. Tujuan utama instrument adalah untuk mendapatkan
ukuran atau data berkaitan dengan apa yang diuji.

a)Senarai semak
Dalam ujian berbentuk pemerhatian, senarai semak yang mengandung perkara dan
criteria pemarkahan perlu disediakan. Senarai semak yang mengandung criteria tertentu
juga akan menjadi panduan kepada guru atau penilai untuk menilai dan menentukan
tahap kefahaman seseorang pembaca.

b) Skala Kadar
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Skala kadar ialah dokumen yang mengandung kriteria yang menunjukkan tahap
pencapaian dalam kemahiran membaca. Skala kadar kebiasaannya menetapkan markah
atau pencapaian tertentu berdasarkan kriteria bacaan dan kefahaman yang ditetapkan.

Tajuk 11 Kemahiran Menulis


 Matlamat dan Peringkat
 Tujuan Penulisan
 Jenis Penulisan Karangan

Matlamat Menulis.
Kemahiran menulis diajar kepada pelajar agar mereka dapat merakamkan apa sahaja
perkara yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik iaitu tulisan. Dalam masa
yang sama, pelajar juga dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin.
Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari ini akan menghasilkan
kemahiran menulis yang sistematik.

Matlamat mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk
melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi
atau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu. Kemahiran ini juga
dapat melatih para pelajar melahirkan idea dan mengembangkan idea mereka sendiri.
Kemahiran menulis juga melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk
pemerengganan yang betul.

Kemahiran menulis ini turut melatih para pelajar untuk menggunakan bentuk penggunaan
bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Kemahiran ini juga,
melatih pelajar menggunakan format karangan yang betul. Selain itu, pelajar boleh
menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari.
Kemahiran ini juga menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan di masa akan
datang.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Selain itu, kemahiran ini menyuburkan minat pelajar. Disamping itu, pelajar berpeluang
untuk meluaskan kosa kata mereka apabila mereka berinteraksi dengan orang lain. Selain
itu, Kemahiran menulis memberikan kepuasan jiwa kepada semua penulis kerana mampu
melahirkan perasaan mereka menerusi tulisan.

Peringkat Menulis.
Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis, iaitu:
a)Peringkat pramenulis.
Pada peringkat ini pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untuk membolehkannya
menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan selesa dan tepat. Dalam peringkat ini
guru akan memberikan aktiviti-aktiviti pergerakkan tangan dan mata, supaya pelajar boleh
mengkoordinasikan kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis. Antara latihan-latihan
yang boleh dilaku untuk membentuk kemahiran ini ialah:
i.Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-putus.
ii.Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.
iii.Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan sebaliknya.
iv.Latihan membentuk garisan lurus.

b)Peringkat mekanis
Setelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah peringkat tulisan
mekanis. Pada peringkat ini pelajar-pelajar dilatih membentuk lambing-lambang yang ada
kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya, pelajar akan dapat menuliskan huruf-
huruf untuk membentuk perkataan, dan seterusnya ayat. Secara umumnya, latihan-latihan
yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah:

i.Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal.


ii.Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.
iii.Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas.

c.Peringkat pelahiran
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Pada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk huruf dan
mengeja. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis.
Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnya telah
tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan yang diberikan.
Antara latihan-latihan yang boleh diguna pakai dalam peringkat ini ialah:
i. Mengisi silang kata
ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat
iii. Melengkapkan ayat
iv. Melengkapkan petikan atau cerita
v. Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan gambar.
vi. Menulis jawapan kefahaman.

Jenis Penulisan.
Dari segi jenisnya, terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh diekspoitasi untuk tujuan
pengajaran & pembelajaran kemahiran ini. Penjenisan ini dibuat berdasarkan bentuk dan
cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran
menulis, penentuan dan pemilihan jenis-jenis penulisan ini perlu disesuaikan dengan
tahap pencapaian pelajar itu sendiri. Antara jenis penulisan yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah penulisan terkawal, separa terkawal, penulisan
berpandu, separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan kreatif. Jenis penulisan
tersebut dijelaskan seperti berikut:

a)Penulisan terkawal
Penulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuh oleh guru, sama ada dalam
aspek format, pilihan kata dan tatabahasa. Dalam penulisan terkawal, pelajar didedahkan
dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru atau menulis semula petikan,
ayat-ayat atau karangan yang dianggap baik. Penulisan terkawal ialah tahap pertama kea
rah penulisan bebas, kerana latihan-latihan penulisan terkawal akan membantu pelajar
menguasai bentuk bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gaya penulisan yang baik.
Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah:
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

i. Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar


ii. Menulis surat
iii. Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar.

b) Penulisan Separa Terkawal.


Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya oleh guru.
Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran sendiri untuk memilih perkataan
yang sesuai dengan tajuk yang diberi. Latihan-latihan seperti menyalin semula petikan
yang diberikan dan pelajar dibenarkan menukarkan beberapa perkataan yang sesuai
dalam petikan tersebut. Bentuk-bentuk penulisan separa terkawal adalah:
i. Mengisi tempat kosong
ii. Menuliskan cerita daripada gambar
iii. Membuat ayat daripada perkataan
iv. Menjawab soalan berdasarkan tajuk.

c) Penulisan Berpandu.
Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapi
pelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau menukarkan perkataan-
perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu. Penulisan jenis ini akan
memotivasi pelajar untuk terus menulis. Aktiviti-aktiviti atau latihan yang digunakan dalam
penulisan jenis ini ialah:
i. Menukarkan dialog kepada bentuk naratif
ii. Menukarkan bentuk puisi kepada prosa.

d)Penulisan Separa Berpandu.


Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan kebebasan kepada
pelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru. Penulisan jenis ini
merupakan suatu kaedah untuk membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan dan
pemerengganan. Dalam penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yang
menjurus kapada tajuk atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan yang boleh
dikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah:
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

i. Menyudahkan cerita
ii. Menulis karangan yang isinya disediakan guru.

e)Penulisan Bebas
Penulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dan tatabahasa
yang baik, Penulisan jenis ini dijalankan setelah pelajar diminta memberikan tumpuan
kepada apa yang akan ditulis. Tegasnya pelajar sepatutnya boleh mengeksploitasi
kemahiran sedia ada untuk menghasilkan suatu tulisan yang baik dan bermakna.Dalam
penulisan jenis ini,penglibatan guru adalah di peringkat minimum. Guru hanya akan
campurtangan jika terdapat kesalahan-kesalahan dalam penulisan sahaja. Secara
umumnya terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakaukan dalam penulisan
bebas; iaitu:
 Penulisan naratif
 Penulisan deskriptif
 Penulisan imaginatif
 Penulisan argumentative

f) Penulisan Kreatif
Penulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan
bebas. Dalam penulisan ini,pelajar bukan sahaja telah mahir dalam pengolahan idea,
tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman atau imaginasi untuk dijadikan bahan
tulisan. Penulisan kreatif mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan
bentuk penulisan bebas yang lain kerana jenis penulisan ini bukan hanya memfokuskan
terhadap isi yang akan ditulis.tetapi memerlukan kemahiran estetika untuk mengolah dan
mempersembahkan isi tersebut dengan cara yang berkesan dan menarik. Bentuk-bentuk
penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah :
 Cerpen
 Puisi
 Drama
 Novel
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 12 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis


 Proses
 LEA (Pengalaman Bahasa)

Menulis ialah sesuatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur
menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna.
Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana-wacana yang
bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran
membentuk dan menyusun symbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja.
Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang, yang memerlukan
penggembelengan aspek psikologi dan kognitif. Oleh itu kemahiran mengarang ini boleh di
capai melalui beberapa pendekatan iaitu:

1.Pendekatan Proses.
Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan
kepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan
proses menulis draf, menyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga,
penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan
penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungan
dengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yang baik,
di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisan penulisan
yang baik.

2.Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)


Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiran
berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Sehubungan dengan itu
pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna,
yang boleh dituturkan dan dituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalaman
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan
dalam proses penulisan karangan.

Tajuk 13 Kemahiran Mengarang.


 Mencari isi-menggunakan Bahan Rangsangan
 Mengaitkan isi dengan Tajuk, kohesi, koheren, dan
pemerengganan
 Kemahiran kosa kata, gaya persembahan, mengedit dan
mengembangkan idea- peta minda

Objektif Mengarang
Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-
kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. Namun
begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:
 Melatih murid-murid melahirkan idea
 Melatih murid-murid menghujah danmengembangkan idea
 Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan
yang betul
 Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul
berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.
 Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul
 Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharian

Mencari isi menggunakan bahan rangsangan

Penggunaan bahan rangsangan dalam penulisan juga boleh disamakan dengan


kemahiran penulisan berpandu. Bahan rangsangan dapat membantu murid untuk menulis
karangan. Pada tahap ini berkemungkinan murid telah boleh menulis ayat-ayat mudah.
Guru boleh memberikan kad-kad gambar bersiri ataupun gambar tunggal untuk
membantu murid menulis ayat mudah berdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Mengaitkan isi dengan tajuk, kohensi, koheren dan pemerengganan


Terdapat empat aspek utama yang perlu dititik beratkan dan diambil perhatian iaitu
tajuk,kohensi ,koheren dan pemerengganan. Keempat-empat ini saling berkait antara satu
sama lain. Ia merupakan tunjang utama dalam menghasilkan sesebuah karangan yang
baik.

Dalam sesebuah penulisan, perenggan pertama merupakan pengenalan kepada tajuk. Isi
yang ditulis dalam perenggan pertama menjurus kepada isi karangan yang hendak
disampaikan dan dapat menarik minat untuk pembaca membaca isi-isi yang seterusnya.
Setiap isi dipisahkan dalam satu perenggan yang berasingan supaya pembaca dapat
memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis.

Setiap perenggan isi mempunyai kohensi dan koheren nya yang tersendiri. Kohensi
bermaksud tautan, manakala koheren pula bermaksud rentetan. Kedua-dua aspek ini
boleh dilihat di dalam isi karangan tersebut. Bagi sebuah karangan yang baik setiap isi
dalam sesuatu perenggan yang diasingkan tersebut mestilah mempunyai kohensi serta
koheran antara isi-isi tersebut. Susunan isi-isi dalam sesebuah karangan juga hendaklah
mengikut keutamaan dan kepentingannya.

Kemahiran kosa kata, Gaya persembahan, mengedit dan mengembangkan idea-


peta minda

Peta Minda dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untuk mempertingkat
kemahiran menulis. Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkan dengan pendekatan proses,
iaitu suatu pendekatan yang berdasarkan proses penulisan itu sendiri.

Teknik peta Minda digunakan untuk memandu pelajar kea rah penghasilan isi yang bernas
dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini. Guru akan menyenaraikan isi-isi serta
huraian yang dihasilkan melalui perbincangan dengan pelajar dalam bentuk Peta Minda di
papan tulis. Penggunaan Peta Minda ini akan memudahkan pelajar melihat
kesinambungan isi-isi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.

Contoh Peta Minda


(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

Tajuk 14 Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar


 Ejaan
 Imlak
 Karangan

Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil kira prinsip-
prinsip
pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya prinsip-prinsip yang
dimaksudkan itu ialah :
 Ketepatan maklumat kandungan
 Ketepatan bahasa dan gaya
 Sesuai dengan umur,tahap dan keupayaan pelajar
 Sesuai dengan masyarakat, agama dan budaya
 Sesuai dengan objektif pengajaran
 Sesuai dengan masa pengajaran
 Mudah diguna dan dikendalikan

Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan seperti gambar,petikan,


rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan, dan sebagainya),rakaman video,
dan filem sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran.

Ejaan

Imlak

 Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan

 Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan


tanda bacaan dan perbendaharaan kata

 Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan
(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

kosa kata

 Pastikan tempat hentian bacaan

 Petikan perlu dibaca dengan jelas

Cara-cara pengajaran Imlak

 Berikan petikan teks dan minta murid baca

 Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan

 Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulis

 Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk


huruf dan tanda baca

 Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca

Karangan

Tajuk 15 Penilaian Pengajaran Kemahiran Menulis


 Mengenalpasti idea keseluruhan
 Mengesan idea utama dan idea sokongan
 Membuat ramalan/kesimpulan

Menurut Kamarudin Husin (1997), aspek-aspek yang boleh dinilai dalam kemahiran
menulis adalah seperti berikut:

 Penggunaan bahasa-aspek tatabahasa

 Aspek mekanikal- pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya

 Ketepatan dan kesinambungan isi – kesesuaian dan huraian isi

 Gaya penulisan-penggunaan ungkapan/kosa kata menarik


(BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU)

 Kemahiran mengolah- menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran.

Aspek-aspek yang dinyatakan di atas boleh dilihat melalui aktiviti-aktiviti seperti mencatat
nota,mengembangkan maklumat, mengisi borang. Menulis surat,menulis karangan
(pelbagai bentuk) dan menulis laporan.
BIBLIOGRAFI
Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip,
Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Bachman Lyle F. (1990). Fundamental consideration in language


testing. Oxford: Oxford University Press.

Brown James Dean, Hudson Thom. (2002 ). Criterion-reference


language testing. Cambridge: Cambridge University Press.

Kiely, Richard (2005). Program evaluation in language education.


Basingstoke: Palgrave Macmillan.

Lynch, Brian K. (2003). Language assessment and programme


evaluation. Edinburg: Edinburgh University Press.

McGrath, Ian. (2002). Materials evaluation and design language


teaching. Edinburg: Edinburgh University Pre
PANEL PENULIS MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

(NAMA) (KELULUSAN)

(JAWATAN) PHD/SARJANA/SARJANA
MUDA/DIPLOMA/SIJIL
(EMEL)

(PENGALAMAN KERJA)

NORHAYATY BT ISMAIL KELULUSAN;

IPG KAMPUS KENT M.Sc ( PBMP UPM)


PETI SURAT 2, Bac. Pendidikan (PBMP UPM)
89207 TUARAN, Cert.Ed (Pengajian Melayu, MPPM)
SABAH
Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (20 Tahun)
tyisma05@yahoo.com

MOHD ASRI BIN ABDUL RAZAK KELULUSAN:

PENSYARAH M.Ed (UM)


IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (UM)
KM 10, JALAN PADANG TENGKU Sijil Perguruan (MPTAA)
27200 KUALA LIPIS,
PAHANG DM Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (20 Tahun)

ahnafasri@yahoo.com

You might also like