You are on page 1of 113

JAWATAN KUASA PEMIKIR

SEJARAH STPM
PULAU PINANG TAHUN 2017

MODUL SUKSES SEJARAH


P3 Sejarah Malaysia dan
Asia Tenggara
[1800 – 2000]

2017
JPNPP
PULAU PINANG

0
BAHAGIAN A

SEJARAH MALAYSIA

Senarai Guru Penyedia Modul Bahagian A [ Sejarah Malaysia ]

PN SAADIAH BINTI JAAFAR PN. ANNIE WONG YUN FUI


SMK PENANG FREE SMK TINGGI BUKIT MERTAJAM
PN. NORIZAN BINTI YUSOFF EN. SHANMUGANATHAN A/L
SMK SIMPANG EMPAT KALLIDASON
SMK TELOK AIR TAWAR
TN HJ MOHD SOKRI BIN SA’AD PN NOR AINI BINTI HARON
SMK PENANTI KOLEJ T6 HAJI ZAINUL ABIDIN
EN. AZMAN BIN AHMAD PN. VIMALA A/P KRISNASAMY
SMK DATUK HJ AHMAD BADAWI SMK DATUK HAJI ABDUL KADIR
PN. FAUZIAH BINTI ISHAK PN. RAFIDAH BINTI RAMLI
SMKA AL-IRSHAD SMKA (P) AL MASHOR

1
TEMA 1: MASYARAKAT

Soalan 1: Tema 1 [ Institusi Pemerintahan]

TAJUK Bincangkan konsep dan peranan raja sebelum tahun 1874

PENDAHULUAN Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874,
Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja
menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran
negeri masing-masing.

Mengikut sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja


berkongsi kuasa dan peranan dengan golongan pembesar dalam menjalan dan
melicinkan jentera pentadbiran Namun demikian, semua Raja-raja Melayu ini
sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik, ekonomi dan sosial
sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874.

FAKTA Konsep Raja

HURAIAN/ Perkataan raja merupakan istilah yang berasal daripada bahasa sanskrit.
CONTOH
Institusi beraja bermula seiring dengan kemasukan pengaruh Hindu-Buddha ke
alam Melayu.Konsep raja dalam masyarakat Melayu tradisional digubal
berasaskan sistem feudal, iaitu raja menjadi ketua negara yang menduduki
peringkat tertinggi dalam hierarki sosial sesebuah kerajaan atau negara.

Sistem pemerintahan beraja,merupakan satu sistem pemerintahan yang


meletakkan raja sebagai ketua pemerintah di sesebuah negeri, berkuasa mutlak.
Konsep raja diperkuatkan dengan konsep “Daulat dan Derhaka.” Selepas
kedatangan Islam gelaran raja diganti dengan gelaran sultan, Baginda mula
dianggap sebagai pemimpin dan ketua agama Islam melalui konsep Amirul
Mukminin.

2
Bagi mengukuhkan kedudukan raja yang luhur dan suci ini, beberapa aspek
khas diamalkan bagi membezakan raja dengan golongan pemerintah yang
lain.Raja mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat
kebesaran dan lambang kebesaran.Antara pemilikan peralatan khas ialah
seperti cop mohor, keris, lembing, kendi, ketur dan sebagainya. Alat muzik
Diraja seperti nobat, warna istimewa seperti payung kuning untuk raja dan
payung putih untuk anak raja dan keluarga Diraja. Rakyat dikehndaki
mencurahkan taat setia terhadap aja mereka yang dianggap sebagai Khalifah
Allah dimuka bumi. Sesiapa yang melangar perintah raja diangap mengingkari
perintah Allah SWT.

PENEGASAN ISI Semua yang terkandung dalam konsep ini menjadikan raja seorang yang sangat
dihormati.

FAKTA Politik - Ketua pemerintah tertinggi negeri

HURAIAN/ Raja bereperanan sebagai pemerintah teringgi sesebuah negara atau kerajaan.

CONTOH Baginda bertanggungjawab dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbian


negara.Raja hanya berkuasa di kawasan Dirajanya. Selain itu, baginda juga
merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak.

PENEGASAN ISI Oleh yang demikian, raja adalah merupakan lambang keagungan sesebuah
kerajaan pada masa dahulu.

FAKTA Ketua undang-undang dan kehakiman

HURAIAN/ Raja berperanan sebagai penggubal undang-undang untuk memelihara dan

CONTOH mengekalkan keamanan dalam negeri serta menjamin ksejahteraan hidup


rakyat jelata. Semua rakyat wajib mematuhi mematuhi segala undang-undang
yang ditetapkan tanpa sebarang persoalan. Raja bertanggungjawab memastikan
segala undang-undang yang digubal ini dikuatkuasakan. Baginda menjadi
Ketua Hakim dalam membicarakan pesalah dan menjatuhkan hukuman
termasuk hukuman bunuh. Baginda juga berhak untuk memberi pengampunan
kepada sesiapa sahaja yang diiginkan.

Raja juga berkuasa melantik para pembesar negeri untuk membantu baginda

3
dalam menjalankan pemerintahan dan melicinkan semua urusan pentadbiran
negara.

PENEGASAN ISI Fakta ini menjelaskan bahawa kuasa raja dalam perundangan tidak terbatas dan
seseorang raja akan menentukan keamanan negeri di bawah jajahannya.

FAKTA Ketua tentera

HURAIAN/ Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku

CONTOH peperangan, sultan akan mengetuai angkatan tentera dan membuat keputusan
bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh atau menakluk negara
lain. Baginda bertanggungjawab menjaga keamanan negara daripada ancaman
luar. Pada tahun 1830 an-1870an di Negeri-negeri Melayu tidak terdapat
peperangan luar yang serius atau ancaman perang.

Kedatangan British juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya


menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat sahaja. Oleh yang demikian,
peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah
perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan
perang saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku
pemberontakan seorang pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar
lain untuk menamatkan pemberontakan tersebut.

PENEGASAN ISI Kesimpulannya kuasa raja tidak tertakluk dalam hal ehwal pentadbiran
dalaman sahaja malah mempunyai kuasa yang luas termasuk dalam hal
ketenteraan.

FAKTA Peranan dalam Ekonomi

HURAIAN/ Raja mempunyai kuasa penuh dalam bidang ekonomi dengan menguasai

CONTOH semua sumber ekonomi negeri termasuk pertanian dan perlombongan. Raja
bertanggungjawab menentukan sistem pungutan cukai. Baginda juga
bertanggungjawab melantik wakil kerajaan untuk mengurus khazanah negara
dan hasil mahsul kerajaan serta mengendalikan urusan perdagangan di
pelabuhan.

Melalui sistem ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk


4
sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan
yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina
jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya.

Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang


berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka
yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed (keturunan nabi),
golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan masjid dan orang
suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial dalam
kalangan rakyat

PENEGASAN ISI Hal ini jelas menunjukkan bahawa kemakmuran sesebuah negeri juga banyak
bergantung kepada kebolehan raja yang memerintah.

FAKTA Peranan Sosial

HURAIAN/ Raja menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat. Ketua agama

CONTOH Islam dan adat istiadat Melayu. Selepas kemasukan pengaruh Islam di alam
Melayu, raja beperanan sebagai Ketua Agama Islam. Seiring dengan
kedudukan ini baginda sentiasa dihormati dan disanjung oleh rakyat. Titah
perintah raja tidak boleh dibantah oleh rakyat kerana raja dianggap sebagai
Khalifah Allah di dunia.

Baginda juga melantik para pemimpin agama untuk membimbing akyat dalam
urusan keagamaan serta memastikan rakyat taat setia kepada raja yang
memerintah. Khalifah Allah di muka bumi. Baginda juga menjaga keselamatan
dan kebajikan rakyat.

PENEGASAN ISI Secara keseluruhannya konsep taat kepada raja dan tidak derhaka menjadikan
kedudukan raja dari segi sosial mantap dan sentiasa disanjung oleh rakyat.

KESIMPULAN Sul Sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik,
ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja
menjadikan seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat
semua keputusan. Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak,
seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menjejaskan

5
kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Sultan kini
hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja,
semua kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen Inggeris

Soalan 2: Tema 1 [ Institusi Pemerintahan]

Huraikan bagaimana kuasa raja-raja Melayu sebagai pemerintah


TAJUK tertinggi dalam sistem politik masyarakat Melayu tradisional dapat
diperkukuhkan sebelum campur tangan British.
Sistem pemerintahan beraja merupakan sistem pemerintahan tertua di
Malaysia terutamanya di Tanah Melayu. Dalam struktur sosial masyarakat
Melayu tradisional yang berbentuk piramid, Raja merupakan golongan ynag
menduduki hierarki yang paling atas sekali. Kedudukan ini memnyebabkan
PENDAHULUAN
institusi beraja memainkan peranan penting mendasari sistem pemerintahan
di negeri-negeri Melayu sejak dahulu lagi. Kuasa raja Melayu sebagai
pemerintah tertinggi yang mendasari sistem politik masyarakat Melayu
tradisional telah diperkukuhkan melalui bidang politik, sosial dan ekonomi.
Raja dianggap sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan.
FAKTA
Di bawah pengaruh agama Hindu, raja dikenali sebagai Dewa Raja atau
bayangan tuhan di muka bumi iaitu satu kepercayaan yang menganggap raja
sebagai pemerintah yang luhur dan suci. Selepas kedatangan Islam, raja
dikenali sebagai sultan ataupun khalifah Allah di muka bumi. Ini
menyebabkan raja dianggap sebagai pemimpin dan ketua agama Islam bagi

HURAIAN/ melaksanakan hukum hukum Allah. Justeru itu, rakyat perlu mematuhi
CONTOH segala peraturan atau undang undang yang digubal oleh raja yang bertujuan
untuk memakmurkan negeri dan melaksanakan hukum Islam. Rakyat tidak
boleh mempertikai atau membantah perintah raja kerana segala urusan
pentadbiran yang dilaksanakan oleh raja adalah merupakan perintah Allah.
Jika rakyat menentang perintah raja bermakna rakyat menentang perintah
Allah.
PENEGASAN Faktor inilah yang menyebabkan rakyat tidak berani untuk menentang atau
ISI
melanggar perintah raja atau sultan yang menyebabkan raja atau sultan terus
6
kukuh pada kedudukannya.

Pengukuhan melalui kuasa mutlak yang dimiliki oleh raja atau sultan.
FAKTA
Kuasa mutlak ini telah membezakan antara raja dengan rakyat biasa.
Konsep kuasa mutlak ini menerangkan raja/sultan mempunyai kuasa penuh
HURAIAN
atau tidak terhad ke atas semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran
sesebuah negeri samada dalam bidang politik, ekonomi ataupun sosial.
Dengan menggunakan kuasa mutlak, raja atau sultan mempunyai kuasa
untuk membatalkan ataupun kuasa pemutus terhadap semua perkara yang
CONTOH berkaitan dengan pentadbiran negeri. Tindakan raja/sultan ini tidak boleh
dipertikai atau dibantah oleh rakyat, sebaliknya rakyat terpaksa mematuhi
atau menerima semua keputusan yang dibuat oleh raja/sultan.
Sekiranya rakyat mempertikaikan tindakan raja/sultan, mereka dianggap

PENEGASAN menderhaka dan dikenakan hukuman bunuh.. Faktor inilah yang


ISI menyebabkan tidak ada sesiapa yang berani menyanggah raja sekaligus
mengukuhkan kedudukan raja atau sultan.
Konsep daulat dan derhaka
FAKTA
Keagungan dan kekuasaan seorang raja/sultan bergantung kepada daulat
yang dimiliknya. Melalui konsep daulat, raja atau sultan digambarkan
sebagai seorang manusia yang suci dan mempunyai kuasa sakti yang
menjadi batas pemisah antara raja dengan rakyat biasa. Daulat memberi hak
HURAIAN dan kekuasaan serta meletakkan raja di tempat yang istimewa. Ini
menjadikan raja tidak boleh ditegur atau dicela dan rakyat perlu memberi
kesetiaan secara mutlak. Berkaitan dengan konsep daulat ialah konsep
derhaka. Beradasarkan konsep ini, sesiapa yang melanggar daulat dianggap
menderhaka kepada raja/sultan dan akan ditimpa tulah atau malapetaka.
Konsep daulat ini diperkukuhkan melalui cerita cerita mitos dan lagenda
CONTOH seperti peristiwa Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Singapura dilanggar
Todak dan kekalahan kerajaan Temasik kepada kerajaan Majapahit.
Kedua-dua konsep ini diwujudkan sebegitu rupa semata-mata untuk
PENEGASAN
meninggikan dan mengukuhkan kedudukan raja-raja Melayu tanpa dicabar
ISI
oleh mana-mana pihak.
Pemberian pelbagai hak keistimewaan kepada raja atau sultan.
FAKTA

7
Kedudukan raja atau sultan sebagai pemerintah yang dihormati dan
HURAIAN ditakuti diperkukuhkan lagi dengan pelbagai keistimewaan yang
membezakan antara raja atau sultan dengan rakyat biasa.
Antara keistimewaan yang diberikan kepada raja/sultan adalah dari segi
penggunaan warna. Warna kuning adalah warna diraja dan warna putih pula
untuk putera dan kerabat diraja. Hanya raja/sultan sahaja dibenarkan
menggunakan bahasa dalam istana seperti beta, santap, beradu, bersiram,
CONTOH
mangkat dan sebagainya. Kedudukan dan kuasa raja /sultan turut
diperkukuhkan dengan pemberian peralatan kebesaran seperti keris,
lembing, tombak, cap mohor, payung, ceper,dan sebagainya. Sementara
peralatan muzik raja atau sultan dikenali sebagai nobat.
Pemberian pelbagai keistimewaan ini telah membezakan antara raja dan
PENEGASAN
rakyat biasa dan secara tidak langsung telah mengukuhkan lagi kedudukan
ISI
raja atau sultan.
Selepas campur tangan British pada tahun 1874, kuasa raja atau sultan
dalam sistem politik Melayu telah berkurangan. Melalui sistem residen,
KESIMPULAN
kuasa raja atau Sultan telah diambil alih oleh residen British melalui
penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri.

TAJUK Golongan pembesar mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sistem


pemerintahan masyarakat Melayu sebelum tahun 1874.

Bincangkan pernyataan ini

PENDAHULUAN Golongan pembesar merujuk kepada sekumpulan pentadbir kerajaan


yang membantu raja dalam pentadbiran dan menjadi tulang belakang yang
menggerakkan pentadbiran di negeri-negeri Melayu. Golongan pembesar
8
terdiri daripada golongan bangsawan dan golongan yang dilantik oleh sultan
dan memperoleh hak memerintah di sesebuah wilayah atau daerah melalui
surat tauliah daripada sultan. Mereka mendapat beberapa keistimewaan
antaranya mempunyai cop mohor, bahasa, warna juga gelaran masing-masing
dan memegang jawatan itu seumur hidup. Jawatan itu akan diwarisi oleh anak
lelakinya apabila mereka meninggal dunia. Umumnya golongan pembesar
dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu pembesar berperanan di istana dan di
luar istana. Mereka terdiri daripada 3 golongan iaitu pembesar peringkat
negeri, daerah dan kampung. Golongan pembesar ini mempunyai peranan dan
status/ kedudukan yang istimewa dalam sistem politik, ekonomi dan sosial di
Tanah Melayu sebelum campurtangan Inggeris pada tahun 1874.

FAKTA Dalam aspek politik, golongan pembesar peringkat negeri merupakan


orang kanan sultan yang amat berpengaruh dan menduduki hieraki kedua
dalam struktur pentadbiran bagi setiap negeri Melayu.

HURAIAN/ Sultan akan melantik pembesar untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran.

CONTOH Para pembesar menjadi penasihat atau ahli Jemaah Penasihat Sultan.
Misalnya, di Kelantan, pembesar negeri telah dilantik oleh Sultan Muhammad
1[1801-1836] untuk membantu baginda dalam urusan pentadbiran negeri. Di
Johor, pembesar menganggotai Jemaah Menteri yang bertanggungjawab
menasihati sultan dalam pentadbiran negeri.

PENEGASAN ISI Tidak dapat dinafikan bahawa golongan pembesar mempunyai kedudukan
yang istimewa dan menjadi penasihat kepada sultan dalam hal pemerintahan
negeri sebelum tahun 1874.

FAKTA Golongan pembesar juga memainkan peranan yang sangat penting dalam
urusan kehakiman dan undang-undang negeri.

HURAIAN/ Pembesar mempunyai tugas untuk menasihati sultan berkaitan dengan


CONTOH
penghakiman terhadap kesalahan jenayah-jenayah sivil. Di Pahang,
Bendahara turut terlibat dalam mengadili kes-kes perbicaraan dan sangat
bergantung kepada peranan Orang Besar Berempat seperti Orang Kaya Indera
Syahbandar. Sebagai ahli dalam Majlis Penasihat Istana, Bendahara dan
Orang Besar Berempat turut mengadili kes-kes jenayah dan awam. Di
Kelantan, pembesar yang menganggotai Jemaah Menteri Keadilan dan
9
Kehakiman bertanggungjawab mengendalikan urusan berkaiatan keadilan dan
kehakiman.

Di peringkat daerah pula, pembesar bertanggungjawab menjadi hakim dan


terlibat secara langsung dalam penggubalan undang-undang negeri. Mereka
mempunyai tanggungjawab yang sangat besar terhadap daerah jajahan yang
dikurniakan oleh sultan. Mereka bukan sahaja memberikan laporan kepada
sultan tentang daerah masing-masing tetapi juga akan menjaga keamanan,
kesejahteraan dan kebajikan semua penduduk dalam daerah jajahannya

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa golongan pembesar mempunyai kedudukan yang istimewa
dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu sebelum campurtangan
Inggeris di Tanah Mealyu pada tahun 1874.

FAKTA Dalam aspek ekonomi, golongan pembesar juga peranan dan status yang
istimewa iaitu sebagai pemungut cukai bagi pihak sultan.

HURAIAN/ Pembesar daerah akan memastikan bahawa semua rakyat dalam daerah

CONTOH kekuasaanya akan membayar cukai kepada sultan. Pembesar memungut cukai
kerajaan atas kuasa yang diberikan oleh sultan kepadanya. Di Johor,
Dato’Bentara Luar bertanggungjawab merancang dan mengawal
pembangunan negeri serta merancang pengurusan kewangan negeri Johor.

Di peringkat daerah pula, seseorang pembesar menggunakan kebijaksananya


untuk memungut dan menentukan kadar cukai. Contohnya di negeri Perak,
pembesar daerah Kinta telah mengenakan cukai terhadap barangan yang
dibawa melalui Kuala Kinta sebanyak $1.00 bagi setiap pikul, $ 12.50 sen
bagi setiap pikul kulit haiwan dan $4.00 bagi setiap bahara bijih timah. Setiap
tahun pembesar akan menghantar “Orang Kalur” untuk melawat kampung
bagi mengutip cukai sebanyak $0.50 sen per sekeluarga sebagai tanda
kekuasaan bendahara.

PENEGASAN ISI Jelaslah, golongan pembesar mempunyai kedudukan yang istimewa dari segi
ekonomi sebelum tahun 1874.
10
FAKTA Selain itu, golongan pembesar juga terlibat dalam menjalankan aktiviti
perdagangan terutama yang melibatkan urusan-urusan kerajaan.

HURAIAN/ Penglibatan pembesar dalam kegiatan perdagangan mestilah dengan izin

CONTOH sultan. Pembesar mengeluarkan modal dan urusan perdagangan dijalankan


oleh wakil-wakil yang dilantik. Di Johor, urusan perdagangan lebih bersifat
rasmi apabila Dato’Seri Amar Diraja bertanggungjawab memastikan
hubungan erat Johor dengan pedagang asing.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa golongan pembesar amat penting dan mempunyai
keistimewaan dalam memastikan kegiatan ekonomi dan perdagangan di
negeri-negeri Melayu berterusan sebelum 1874.

FAKTA Pembesar juga bertanggungjawab dalam perancangan ekonomi negeri.

HURAIAN/ Memandangkan pada masa tersebut kegiatan ekonomi bergantung

CONTOH sepenuhnya kepada bidang pertanian, maka pembesar akan memastikan


kegiatan tersebut berjalan dengan baik. Hal ini amat berkait rapat dengan
hasil ekonomi yang akan diperoleh kerajaan. Di peringkat daerah dan
kampung, mereka akan memantau kegiatan ekonomi ini kerana mereka perlu
mengutip cukai di kawasan pemakanannya dan menyerahkan senahagian
cukai kepada pembesar di peringkat negeri dan daerah. Pembesar dibenarkan
menyimpan sebahagian daripada hasil pungutan cukai kerana mereka tidak
dibayar gaji dan pendapatannya daripada pungutan cukai.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa golongan pembesar mempunyai keistimewaan dalam bidang
ekonomi sebelum campur tangan Inggeris di Tanah Melayu.

FAKTA . Golongan pembesar juga terlibat dengan urusan-urusan yang berkaitan


dengan sistem timbang sukat dan mata wang.

HURAIAN/ Golongan pembesar akan memastikan semua sistem timbang sukat yang sah

CONTOH sentiasa diguna pakai dalam semua urusan perdagangan. Malahan semua
penggunaan mata wang di setiap negeri dalam urusan perdagangan akan
sentiasa dipantau oleh pembesar-pembesar yang dilantik oleh sultan.

PENEGASAN ISI Tidak dapat dinafikan golongan pembesar mempunyai keistimewaan dalam
masyarakat melayu sebelum 1874.

FAKTA Dalam aspek sosial pula, golongan pembesar Melayu merupakan

11
penghubung utama antara sultan dengan rakyat jelata.

HURAIAN/ Golongan pembesar juga akan sentiasa memastikan bahawa rakyat akan

CONTOH menjunjung duli ke atas sultan yang memerintah negeri. Malahan rakyat
menganggap pembesar sebagai tempat untuk mengadu masalah yang mereka
hadapi supaya mendapat bantuan dan perkenan daripada sultan. Amanat
daripada sultan kepada rakyat atau anak buahnya juga akan disampaikan
melalui pembesar. Di peringkat kampung, pembesar perlu memastikan rakyat
taat setia kepada sultan atau raja di samping menjadi perantara antara
pembesar daerah dengan rakyat di kampung.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa golongan pembesar mempunyai status dan keistimewaan
dalam sistem sosial masyarakat Melayu sebelum campurtangan Inggeris pada
tahun 1874.

FAKTA Pembesar juga bertanggungjawab membekalkan tenaga buruh dan


tentera kepada sultan dalam sistem kerahan tenaga.

HURAIAN/ Dalam masyarakat Melayu tradisional, amalan menghambakan diri kepada

CONTOH sultan merupakan sesuatu yang dituntut. Pembesar berhak untuk memanggil
rakyat jelata supaya berkhidmat kepada sultan pada bila-bila masa apabila
diperlukan. Antara aktiviti yang seringkali digunakan oleh golongan
pembesar ialah ketika membina istana, masjid atau perayaan yang diadakan di
istana. Amalan ‘serah dan kerah’ ini amat penting sebagai punca tenaga buruh
pada masa itu.

PENEGASAN ISI Jelaslah pembesar merupakan golongan yang mempunyai keistimewaan


dalam masyarakat Melayu sebelum campurtangan Inggeris.

FAKTA Keistimewaan lain ialah pembesar mempunyai hubungan yang rapat


dengan sultan terutama dalam adat istiadat di istana dan hari-hari penting
misalnya semasa sambutan hari raya puasa.

HURAIAN/ Golongan pembesar dikehendaki mengadap sultan dan menjalani istiadat

CONTOH menjunjung duli pada hari raya pertama setiap tahun. Kegagalan mereka
berbuat demikan boleh menjadikan kesetiaan mereka diragui dan
mendatangkan murka sultan. Begitu juga dalam upacara-upacara keagamaan
dan adat istiadat lain yang berlaku di istana. Kehadiran dan penglibatan

12
pembesar yang memungkinkan semua aktiviti berjalan lancar.

PENEGASAN ISI Hubungan yang rapat ini mengambarkan keistimewaan golongan pembesar
dalam masyarakat Melayu sebelum 1874.

KESIMPULAN Kesimpulannya, golongan pembesar Melayu mempunyai kedudukan


yang istimewa dalam sistem pemerintahan negeri-negeri Melayu. Golongan
pembesar merupakan ‘orang paling kanan’ selepas sultan atau raja dan
memainkan peranan yang sangat penting dalam aspek politik, ekonomi dan
sosial. Mereka merupakan pelaksana semua dasar dan arahan daripada sultan
dan sentiasa menjadi orang kepercayaan sultan pemerintahan. Campur tangan
British pada tahun 1874 dan pengenalan Sistem Residen telah menjejaskan
kedudukan pembesar-pembesar Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Soalan 4: Tema 1 [ Hukum Adat dan Undang-undang ]

TAJUK 3 Huraikan prinsip-prinsip umum Undang-undang 99 Perak dalam


mewujudkan suasana harmoni masyarakat Melayu abad ke-19.
PENDAHULUAN Undang-undang 99 Perak ialah undang-undang tertua di Perak.
Undang-undang yang dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa
sehingga tahun 1900 ini dikatakan dibawa dari Hadramaut oleh Syed Hassan
pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin.
Undang-undang ini dipercayai telah diterjemah dan diubahsuai terlebih
dahulu sebelum dilaksanakan supaya bersesuaian dengan keadaan masyarakat
Melayu.
Undang-undang 99 Perak mengandungi 99 perkara berkaitan undang-undang
dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi
masyarakat Melayu tradisional.
FAKTA Antara kandungan Undang-undang 99 Perak ialah berkenaan protokol,
peraturan Raja dan Orang Besar.
HURAIAN Hal ini dapat menjamin pemerintahan yang teratur, lancar dan sitematik demi
mewujudkan kestabilan dalam sistem pemerintahan di Perak
Fasal-fasal yang terkandung di dalam undang-undang ini memberikan

13
panduan kepada raja, pembesar dan rakyat dalam mengurus dan
melaksanakan hal-hal berkaitan pemerintahan dan pentadbiran negeri.
CONTOH Sebagai contoh, Fasal 24, protokol istana menyatakan bahawa seseorang itu
perlu mematuhi beberapa peraturan jika menghadap raja atau pembesar
seperti menundukkan kepalanya semasa duduk dalam balairung seri,
menumpukan perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh
memandang muka raja atau pembesar, tidak boleh bercakap atau bertutur kata
dalam nada suara yang tinggi dan perlu duduk diam berdasarkan adat
menghadap raja atau pembesar.
Selain itu, fasal 77 iaitu peraturan raja menetapkan jika seseorang raja atau
pemerintah tersebut mangkat, maka takhtanya akan diwarisi oleh anak raja
yang paling tua. Jika tiada, maka anak raja yang paling kecil akan mewarisi
takhta. Syarat untuk mewarisi takhta pemerintahan mestilah anak gahara.
PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa fasal yang terdapat dalam Undang-undang 99 Perak mampu
memastikan keharmonian dalam sistem pemerintahan di negeri Perak.
FAKTA Seterusnya, dalam bidang jenayah.
HURAIAN Undang-undang 99 Perak lebih memperlihatkan kepada adat tempatan kerana
segala hukuman hanya berbentuk denda wang iaitu emas.
CONTOH Sebagai contoh, fasal 23 menyatakan tentang pembunuhan sesama orang
Islam. Orang Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi
hukuman kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma yang membunuh itu
menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah denda empat tahil dua
paha emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.
Fasal 4 pula menggariskan tentang orang kafir yang membunuh orang Islam.
Orang kafir yang membunuh orang Islam tidak akan dibunuh kerana orang
kafir tersebut tidak akan sempat memeluk Islam. Pewaris si pembunuh
dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas) kepada keluarga
si mati.
PENEGASAN ISI Oleh yang demikian, keharmonian masyarakat Melayu Perak ketika itu dapat
dikekalkan kerana Undang-undang 99 Perak memastikan pihak yang
teraniaya mendapat gantirugi yang setimpal.
FAKTA Selain itu, Undang-undang 99 Perak juga mengandungi fasal berkaitan
pembahagian harta.
HURAIAN Hal berkaitan pembahagian harta juga condong kepada adat tempatan.
Masyarakat Melayu tradisional ketika itu telah diberi panduan yang jelas

14
tentang pembahagian harta.
CONTOH Fasal 33 Undang-undang 99 Perak memperuntukkan bahawa dalam
pembahagian harta, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan
mangkuk dan peralatan dapur.
Manakala peralatan besi atau senjata, sawah padi atau lombong diberikan
kepada anak lelaki. Anak lelaki akan mendapat bahagian dua kali lebih
daripada anak perempuan dalam soal harta dan hutang.
Anak yang belum berkahwin pula mesti mendapat sepuluh peratus lebih
daripada anak-anak lain dalam soal pewarisan harta.
PENEGASAN ISI Tegasnya, fasal berkaitan pembahagian harta dalam Undang-undang 99 Perak
mampu menjaga keharmonian keluarga dalam masyarakat Melayu tradisional
ketika itu.
FAKTA Seterusnya, Undang-undang 99 Perak juga mengandungi fasal yang
menyentuh tentang penzinaan.
HURAIAN Kes-kes berkaitan penzinaan mampu menggugat keharmonian dalam
kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, terdapat fasal yang diperuntukkan dalam
undang-undang ini bagi memastikan pesalah yang melakukan penzinaan
dijatuhi hukuman yang setimpal.
CONTOH Sebagai contoh, fasal 6 iaitu hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri
orang. Fasal ini memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri
orang akan dibuang dari mukimnya. Sekiranya tidak dibuang, dia dikehendaki
membayar denda (emas). Bagi pesalah perempuan pula, hukumannya ialah
dicukur rambutnya tetapi akan dilepaskan sekiranya membayar denda.
Fasal 50 pula adalah tentang penzinaan jika kedua-dua penzina mengakuinya,
mereka diperintahkan bernikah dan membayar denda sepaha emas. Jika
penghulu mendapati tiada kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan
atau dimaafkan.
PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa, Undang-undang 99 Perak digubal bagi memastikan kes-kes
penzinaan dapat diatasi demi menjaga kehidupan masyarakat yang aman dan
harmoni.
KESIMPULAN Kesimpulannya, Undang-undang 99 Perak yang menjadi panduan dan amalan
masyarakat Melayu di negeri Perak ketika itu mampu mengawal perlakuan
ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup.
Selain itu, undang-undang ini digunakan untuk mengukuhkan kedudukan
golongan pemerintah dan menjamin hak setiap anggota masyarakat dalam
15
kehidupan. Namun, selepas campur tangan British, undang-undang British
diperkenalkan dan digunapakai dalam sistem perundangan di Tanah Melayu.

Soalan 5: Tema 1 [ Sistem Sosial ]

Bincangkan struktur sosial golongan diperintah dalam sistem sosial


TAJUK
masyarakat Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.
Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada golongan pemerintah
dan diperintah.Golongan pemerintah mempunyai kuasa dan peranan
tertentu berdasarkan kedudukan mereka. Golongan yang diperintah pula
PENDAHULUAN terdiri daripada golongan merdeheka,orang asing, dan golongan hamba.
Golongan ini adalah yang paling ramai dalam struktur masyarakat Melayu
tradisional. Golongan ini berperanan sebagai pengikut pembesar di
peringkat pusat atau penyokong pentadbir di peringkat jajajahan.
Lapisan tertinggi dalam golongan yang diperintah ialah golongan
FAKTA 1
merdeheka.
Golongan merdeheka terbahagi kepada rakyat biasa dan orang asing.
Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di
HURAIAN
negeri tersebut. Mereka akan menjadi pengikut setia kepada pembesar-
pembesar yang mentadbir daerah atau jajahan.
Rakyat biasa hidup bebas menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing
CONTOH seperti berdagang,berniaga,menangkap ikan,melombong, dan menjadi
tukang mahir.
Tegasnya, golongan rakyat biasa tertakluk dalam menjalankan system
PENEGASAN ISI
kerah dan serah.
Orang asing pula ialah orang bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu
FAKTA 2 untuk tujuan berdagang, menyebarkan agama, menuntut ilmu, dan
sebagainya.
HURAIAN Orang asing terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang melibatkan diri
dengan pelbagai aktiviti sosial . sama ada terdiri daripada golongan
16
pedagang yang bermastautin sementara ataupun terdiri dalam kalangan
ulama dan mubaligh Islam.
Orang asing melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan ekonomi seperti
CONTOH
peniaga runcit, pemborong, dan pelombong.
PENEGASAN ISI Tegasnya, orang asing tidak diwajibkan melakukan sisten kerah dan serah.
Lapisan terakhir dalam struktur masyarakat Melayu di Tanah Melayu ialah
FAKTA 3
golongan hamba.
Golongan ini ialah golongan yang paling rendah dalam masyarakat dan
bilangan yang ramai. Institusi perhambaan amat penting dalam masyarakat
HURAIAN Melayu tradisional kerana hamba berfungsi dalam menyediakan tenaga
kerja dan merupakan status sosial yang utama bagi golongan pembesar.
Hamba terdiri daripada tiga kumpulan, iaitu hamba biasa, hamba
CONTOH
berhutang, dan hamba raja.
Hamba biasa akan menjadi hamba seumur hidup.Terdapat tiga jenis hamba
FAKTA 4
biasa iaitu hamba abdi, hamba diranggah, dan hamba habsyi.
Hamba abdi bertugas menjalankan kerja-kerja berat dan hamba tawanan
pula ialah tawanan perang. Hamba diranggah pula ialah hamba yang terdiri
daripada orang bukan Islam yang dijual oleh peniaga hamba. Hamba habsyi
HURAIAN
merupakan hamba yang diimport dari Afrika. Hamba hulur pula ialah
hamba yang menyerah diri kepada pemerintah dan hamba serah yang
menyerah diri akibat kesusahan hidup.
Hamba berhutang merupakan orang yang menjadi hamba kerana gagal
FAKTA 5
membayar hutang kepada pemiutang dalam tempoh yang ditetapkan.

Golongan hamba berhutang dan keluarganya akan tinggal bersama dengan


pemiutang sehingga hutang selesai dibayar. Hamba ini akan melakukan
HURAIAN
kerja-kerja seperti bercucuk tanam, melombong dan kerja-kerja rumah.
Hamba berhutang boleh dijual kepada orang lain oleh tuannya.

Hamba berhutang terbahagi kepada tiga jenis, iaitu orang berhutang yang
terikat dengan hutang dan akan dibebaskan setelah hutang selesai, anak
CONTOH emas iaitu orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan, hamba waris
iaitu anak isteri hamba yang berhutang dan hamba bayar iaitu abdi yang
diserahkan oleh tuannya kepada orang lain untuk membaya hutangnya.

FAKTA 6 Hamba raja pula pada asalnya ialah orang merdeheka tetapi telah
melakukan jenayah dan ditangkap serta kemudiannya diampunkan oleh

17
raja.

Taraf hamba raja adalah lebih tinggi dan mendapat sedikit keistimewaan
HURAIAN
daripada hamba yang lain.

Hamba raja terdiri daripada hamba perang, taanan, dan banduan. Golongan
CONTOH
ini akan dibebaskan setelah mendapat keampunan daripada daripada raja.

Kesimpulannya, kedudukan golongan yang diperintah ini mengukuhkan


kedudukan golongan pemerintah dalam masyarakat Melayu tradisional
KESIMPULAN dengan ikatan sosial yang dimeterai. Selepas kedatangan British, golongan
hamba dihapuskan dan ini membawa kepada kebangkitan menentang
British.

Soalan 6: Tema 1 [ Sistem Ekonomi ]

18
TAJUK Sejauhmanakah sistem ekonomi masyarakat Melayu sebelum campur
tangan British bersifat sara diri?
PENDAHULUAN Masyarakat Melayu tradisional mengamalkan kegiatan ekonomi yang
berbentuk sara diri. Walaupun kegiatan ekonomi sara diri telah
diusahakan di kebanyakan negeri, namun terdapat juga ekonomi separa
sara diri yang dijalankan di Kedah dan Perlis, serta ekonomi komersil
berasaskan pertanian, perlombongan dan perdagangan khususnya di
Negeri Johor sebelum campur tangan British.

FAKTA Ek Pertanian sara diri merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat


Melayu sebelum campur British.
HURAIAN/CONT Penanaman padi adalah kegiatan pertanian sara diri utama. Masyarakat
OH Melayu yang tinggal di pesisiran sungai dan kawasan
pedalaman menanam padi sawah dan padi huma. Padi sawah ditanam di
kawasan lembah sungai atau tanah rendah. Lembah sungai menjadi
tumpuan kerana tanah lanar yang subur dan mudah mendapatkan bekalan
air. Contoh di Lembah Sungai Kelantan dan Lembah Sungai Muda. Baja
yang digunakan adalah tahi binatang dan menggunakan tenaga binatang
untuk menjalankan kegiatan membajak seperti lembu dan kerbau.

Sistem pengairan dibina untuk mengairi kawasan tanaman padi, contoh


Terusan Wan Mat Saman di Kedah (1885), Sungai Raja Gali di Kelantan.
Di Negeri Sembilan kincir air dibina untuk mengairi kawasan tanaman
padi. Kawasan penanaman padi utama di Tanah Melayu ialah di negeri
Kedah, Pahang dan Kelantan.

Tanaman lain yang turut diusahakan ialah pisang, jagung, ubi kayu dan
buah-buahan. Padi huma ditanam di kawasan bukit dan pedalaman.
Tanaman ini ditanam di tanah tinggi kerana tidak memerlukan air yang
banyak.

PEGASAN ISI Tegasnya, kegiatan pertanian merupakan aktiviti utama masyarakat


Melayu sebelum kedatangan British sebagai penyediaan makanan untuk
menampung kehidupan sekeluarga.

FAKTA Di samping itu, masyarakat Melayu sebelum kedatangan British

19
turut menjalankan kegiatan ekonomi sara diri lain seperti
memburu dan menternak binatang, penangkapan ikan, memungut
hasil hutan, pertukangan dan kraftangan.
HURAIAN/CONT Masyarakat Melayu memburu binatang seperti rusa, ayam hutan,
OH pelanduk dan kancil. Mereka juga memburu gajah untuk mendapatkan
gading. Kegiatan menjerat gajah dilakukan untuk dijadikan binatang
pengangkutan terutamanya di Pahang. Selain itu mereka juga menternak
binatang seperti ayam, lembu dan kerbau secara kecil-kecilan. Binatang
ternakan juga digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu.

Penangkapan ikan merupakan kegiatan utama penduduk persisir


sungai dan pantai. Menggunakan kaedah dan peralatan tradisional
seperti bubu, lukah, serkap, jala dan kelong. Hasil tangkapan kecil dan
untuk menampung keperluan sendiri. Jika ada lebihan tangkapan
dihasilkan pula makanan seperti belacan, cencaluk, budu,keropok dan
ikan kering.

Kegiatan sampingan lain dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional


ialah mengutip hasil hutan seperti damar, rotan, getah perca, pelutung,
kayu dan buluh. Dalam masyarakat Melayu tradisional, kegiatan ini
dipanggil “meramu”. Hasil-hasil ini dijual sebagai pertukaran bagi
mendapatkan beras, garam dan kain. Perkembangan pusat perdagangan di
Kedah dan Melaka membolehkan hasil-hasil hutan dijual kepada
pedagang-pedagang asing.

Kegiatan pertukangan dan kraftangan turut dilakukan oleh masyarakat


Melayu tradisional. Antara kerja-kerja pertukangan ialah bertukang,
bertenun, menganyam kain dan menghasilkan kraftangan. Kegiatan
pertukangan melibatkan pertukangan kayu seperti membuat rumah dan
sampan serta pertukangan logam seperti membuat alat-alat senjata. Di
samping itu,terdapat juga aktiviti membuat periuk belanga dari pada tanah.
Penduduk di Pantai Timur juga menjalankan aktiviti menenun kain,
songket dan membuat alat penangkapan ikan terutamanya pada musim

20
tengkujuh.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur
tangan British giat menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi sara diri bagi
menampung kehidupan seharian mereka.

FAKTA Di samping itu, masyarakat Melayu sebelum campur tangan British


di Tanah Melayu turut melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi
komersial sebagai pendapatan tambahan dan kerja sampingan
seperti perlombongan bijih timah, perdagangan dan pertanian
dagangan.

HURAIAN Perlombongan bijih timah telahpun diusahakan sebelum kedatangan


/CONTOH British di Tanah Melayu secara kecil-kecilan oleh sebahagian kecil orang
Melayu. Pada awal dan pertengahan abad ke -19, perlombongan bijih
timah giat dijalankan di kawasan Larut, Kinta dan Hilir Perak. Lombong-
lombong ini adalah kepunyaan pembesar Melayu seperti Long Jaafar dan
Ngah Ibrahim di Perak. Di Selangor, kawasan perlombongan Lukut
dibuka oleh Raja Busu yang berasal dari Kesultanan Selangor. Ramai
saudagar negeri-negeri Selat melabur di Lukut. Di Negeri Sembilan pula,
pelombong-pelombong Cina telah melombong di Sungai Ujong sejak
1828. Kawasan ini berkembang pesat pada pertengahan aabad ke- 19
dibawah Dato’ Bandar Kulup Tunggal dan Dato’ Kelana.

Perkembangan bijih timah berkait rapat dengan perdagangan.


Akibatnya wujud perdagangan secara kecil-kecilan yang dilakukan oleh
rakyat, pembesar dan golongan bangsawan. Orang Melayu mula terlibat
dengan perdagangan antarabangsa dengan adanya pelabuhan seperti
Melaka, Pulau Pinang, Kedah dan Johor lama. Contohnya di
Terengganu kegiatan perdagangan dengan China menjelang tahun 1830.
Masyarakat Cina Terengganu sudah pun mempunyai seorang kapitan
Cina. Sultan Omar menggalakkan perdagangan luar yang mengeksport

21
emas, bijih timah, kopi, pinang, rotan dan damar.

Sebelum campur tangan British, penduduk Tanah Melayu juga


menjalankan sistem ekonomi komersial berlandaskan pertanian
dagangan. Awal abad ke-19, ladang-ladang gambir yang luas milik
kongsi Cina telah dimajukan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan
Selangor. Di Johor, lada hitam dan gambir diusahakan di antara tahun-
tahun 1840-1850-an. Kedua-dua tanaman ini ditanam di bawah sistem
Kangchu. Tanaman ini mendapat pasaran yang menguntungkan di
Singapura dan Eropah. Di Seberang Prai, buah pala,cengkih dan tebu
telah diusahakan oleh saudagar-saudagar Eropah pada awal abad ke-19.
Ubi kayu ditanam di Melaka pada pertengahan abad ke-19.
PENEGASAN ISI Tegasnya, masyarakat Melayu sebelum campur tangan British telah
melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi komersial sebagai kegiatan
sampingan kepada kegiatan sara diri yang sedia wujud.

KESIMPULAN Kesimpulannya, sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan


British merupakan sistem ekonomi sara diri dengan tumpuannya ke atas
pertanian dan sistem ekonomi komersial yang berat kepada pertanian
dagangan, perlombongan dan perdagangan

Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi mula berubah dengan


kemasukan kuasa British kerana hasil-hasil ekonomi dan keuntungan
ekonomi telah dibolot oleh pihak British.

Soalan 7 : Tema 1 [ Sistem Ekonomi ]

22
Huraikan kegiatan ekonomi komersil di Sabah dan Sarawak pada abad
TAJUK
ke- 19.

23
Kegiatan ekonomi komersial di Sabah dan Sarawak pada abad ke-
19 banyak dipengaruhi oleh pihak Barat. Pihak Barat telah menggunakan
penduduk tempatan untuk menjalankan kegiatan ini. Di Sabah,
masyarakatnya yang terdiri daripada orang Bajau, Kadazandusun, Melayu
Brunei dan Kadayan. Setiap kaum atau penduduk peribumi Sabah
PENDAHULUAN mengamalkan sistem ekonomi komersil yang pelbagai seperti pertanian,
pembalakan dan perladangan. Di Sarawak pula, perkembangan ekonomi
komersil yang pesat bermula sejak pemerintahan Charles Brooke. Ekonomi
komersil di Sarawak yang penting ialah hasil-hasil pertanian yang terdiri
daripada rempah ratus, sagu, di samping aktiviti perlombongan dan galian-
galian lain.
Antara kegiatan ekonomi komersial yang utama di Sabah pada abad
FAKTA
ke-19 ialah bidang pertanian antaranya tembakau.
Tembakau merupakan tanaman dagangan pertama yang penting.
Menjelang 1880-an, banyak ladang tembakau telah dibuka oleh pengusaha-
pengusaha berbangsa Belanda dan Jerman di pantai timur Sabah. Pertanian
secara komersial telah berkembang dengan pesat di Sabah dengan adanya
HURAIAN pemodal Barat. Walau bagaimanapun pertanian tembakau ini mulai merosot
pada awal abad ke-20 (1902) apabila penanaman ini diserang penyakit dan
banjir. Persaingan daripada pengeluar tembakau di Amerika Syarikat juga
menjejaskan pendapatan penanaman tembakau oleh penduduk-penduduk
tempatan.
Menjelang 1890, terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah. Nilai
eksport tembakau telah meningkat daripada $882 pada 1885 kepada
CONTOH $1,176,000 pada tahun 1895. Perkembangan kegiatan ekonomi kolmersil ini
disebabkan oleh faktor dasar tanah yang liberal dan ketiadaan cukai eksport
serta harga pasaran yang tinggi.
Tegasnya, penanaman tembakau merupakan salah satu kegiatan ekonomi
PENEGASAN ISI komersil di Sabah pada abad ke-19 tetapi mulai merosot pada awal abad ke-
20.
Kegiatan ekonomi komersil yang kedua penting di Sabah ialah
FAKTA
penanaman getah.
HURAIAN Tanaman getah mula diusahakan di Sabah pada tahun 1892 oleh para
pengusaha Barat, kemudian diikuti oleh pekebun bumiputera dan Cina.

24
Perkembangan penanaman getah di Sabah disebabkan oleh pembinaan jalan
kereta api di antara Jesselton (Kota Kinabalu) dan Beaufort. Syarikat
Berpiagam Borneo Utara turut memberi pelepasan cukai eksport selama 50
tahun. Permintaan yang tinggi di pasaran dunia turut menjadi faktor
peningkatan penanaman getah di Sabah. Kawasan penanaman getah yang
utama ialah di pantai barat Sabah.
Keluasan kawasan penanaman getah telah bertambah dengan
CONTOH mendadak. Misalnya, pada tahun 1907 keluasan tanaman getah ialah 1306
hektar bertambah menjadi 14095 hektar pada tahun 1917.
Tegasnya, penanaman getah merupakan antara ekonomi komersil
PENEGASAN ISI yang penting di Sabah pada abad ke-19 dan sehingga tahun 1941, getah
masih menjadi penyumbang kepada kegiatan ekonomi komersil di Sabah.
Kegiatan pembalakan juga merupakan ekonomi komersil yang tidak
FAKTA
kurang pentingnya di Sabah pada abad ke-19.
Perusahaan pembalakan telah mula berkembang di Sabah pada tahun
1880-an. Perusahaan ini dikuasai oleh syarikat British dan Cina. Antara
kayu balak yang mempunyai nilai eksport yang tinggi ialah seraya, kapur,
HURAIAN berlian dan meranti. Kegiatan pembalakan dijalankan di Sandakan, Lahad
Datu dan Tawau. Buruh-buruh dari Indonesia dan Filipina di bawa masuk ke
Sabah. Nilai eksport kayu balak Sabah menunjukkan peningkatan yang
begitu drastik.
Contohnya, pada tahun 1890 nilai eksport hsil pembalakan sebanyak
CONTOH $44,584. Antara negara yang mengimport kayu balak dari Sabah ialah
China, Singapura dan Britain.
Jelaslah bahawa pembalakan merupakan salah satu ekonomi komersil
yang penting di Sabah di samping kegiatan-kegiatan lain iaitu
PENEGASAN ISI
perlombongan antaranya emas, arang batu, mangan dan pemungutan sarang
burung.
Manakala ekonomi komersil yang utama di Sarawak pula pada abad k-
FAKTA
19 ialah pertanian antaranya lada hitam dan gambir.
Perkembangan ekonomi komersil yang pesat ini bermula sejak zaman
pemerintahan Charles Brooke. Beliau telah menggalakkan sektor pertanian
HURAIAN khususnya perladangan lada hitam dan gambir. Antara langkah yang diambil
oleh Charles Brooke ialah membawa masuk orang Cina dari Singapura.
Beliau juga telah menyediakan tanah-tanah pertanian kepada pengusaha

25
Cina tempatan bagi membolehkan mereka mengusahakan tanaman lada
hitam dan gambir.
Menjelang tahun 1855, Sarawak telah berjaya mengeksport 392 tan lada
CONTOH
hitam dan 1370 tan gambir.
Tegasnya, pertanian lada hitam dan gambir merupakan tanaman
PENEGASAN ISI komersil yang ditanam di Sarawak sejak abad ke-19 lagi dan meyumbang
kepada pendapatan Sarawak..
Tanaman lain yang diusahakan secara komersil di Sarawak ialah sagu
FAKTA
yang menjadi hasil utama Sarawak pada abad ke-19.
Penghasilan sagu daripada pokok rumbia telah diusahakan oleh
orang Melanu secara meluas di bahagian kedua dan ketiga negeri Sarawak.
HURAIAN Sagu rumbia ini diproses untuk menghasilkan sagu mentah yang menjadi
makanan utama penduduk Sarawak dan untuk dieksport ke Singapura dan
Britain.
Pada tahun 1887, Sarawak berjaya mengeksport hasil sagu sebanyak 8700
CONTOH
tan dan pada tahun 1907 sebanyak 20,400 tan.
Jelaslah, tanaman sagu ini merupakan penyumbang kepada ekonomi
PENEGASAN ISI
komersil di Sarawak pada abad ke-19.
Kesimpulannya, ekonomi komersial telah berkembang dengan pesat
di Sabah dan Sarawak pada abad ke-19 seiring dengan dasar ekonomi
komersil British walaupun pada awalnya penduduk peribumi Sabah dan
Sarawak menjalankan kegiatan ekonomi sara diri. Di Sarawak pula dasar
pemerintahan yang dilaksanakan oleh keluarga Brooke, terutama James
KESIMPULAN Brooke dan Charles Brooke banyak mempengaruhi perkembangan ekonomi
komersil pada abad ke-19. Jelaslah kekayaan hasil bumi yang dimiliki
menyebabkan mana-mana kuasa penjajah ingin dan berminat untuk campur
tangan di kedua-dua negeri tersebut. Tarikan kekayaan hasil bumi Sabah
dan Sarawak dapat menarik minat kuasa-kuasa penjajah Barat untuk
menaklukinya.

TEMA 2: TRANSFORMASI MASYARAKAT


Soalan 1: Tema 2 [ Perluasan Kuasa Asing ]

26
Sejauhmanakah Faktor Ekonomi Menyebabkan Perubahan Dasar
TAJUK Tidak Campur Tangan Kepada Dasar Campurtangan British Di Negeri-
Negeri Melayu Pada Tahun 1874

27
Sejak penubuhan Negeri-Negeri Selat (NNS) pada tahun 1826, kerajaan
British telah mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal
negeri-negeri Melayu. Ini disebabkan kerajaan British tidak ingin dibebani
tanggungjawab baru di luar Negara yang akan melibatkan perbelanjaan yang
besar. Namun begitu, pada tahun 1874, kerajaan British telah mula campur
PENDAHULUAN
tangan di Perak, Selangor, dan Sg Ujong. Campur tangan British di negeri-
negeri Melayu ini disebabkan oleh beberapa factor di eropah dan Tanah
Melayu. Faktor paling dominan yang membawa kepada campur tangan
British di Negeri-negeri Melayu ialah faktor ekonomi.
FAKTOR EKONOMI
FAKTA
a.Keperluan bahan mentah dan pasaran baru
Ahli-ahli sejarah seperti Profesor Khoo Kay Kim, Margaret Kuowler
menegaskan tujuan ekonomi adalah faktor yang penting menyebabkan
British campur tangan di Negeri-negeri Melayu sejak tahun 1874. Akibat
perkembangan Revolusi Perusahaan, British memerlukan tanah jajahan untuk
HURAIAN
mendapatkan bahan serta pasaran barang-barang industri mereka.
Negeri-negeri Melayu terutamanya Perak, Selangor dan Sungai Ujong
memang diketahui oleh British kaya dengan bijih timah. British menganggap
penguasaan ke atas negeri-negeri tersebut akan menguntungkan British.
Contohnya, Perkembangan industri mengetin terutamanya selepas
terciptanya teknologi mengetin oleh Peter Durand & Nicholas Appert pada
CONTOH tahun 1810 telah menyebabkan permintaan bijih timah meningkat. Akibat
permintaan yang tinggi, harga bijih timah meningkat kepada 7 paun 12
sherling 9 penn bagi 1 tan pada tahun 1872.
FAKTA b. Kepentingan Pelaburan British
Walaupun sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur
tangan di Negeri-negeri Melayu, tetapi sudah terdapat ramai pedagang
British yang terlibat dalam kegiatan ekonomi di Negeri-negeri Melayu.
Kebanyakan dari mereka melabur secara langsung dalam lombong bijih
HURAIAN timah di Larut, Kelang, Kuala Lumpur, Sungai Ujong, Kuantan dan
sebagainya.
Walau bagaimanapun, perdagangan dan pelaburan mereka di negeri-
negeri Melayu terganggu akibat kekacauan yang berlaku seperti perebutan
takhta, pergaduhan antara kongsi gelap Cina, pembesar-pembesar dan

28
sebagainya seterusnya mendesak British utnuk campur tangan.
Sebagai contoh, pada Mac 1873, seramai 248 orang pedagang Cina telah
menandatangani surat rayuan mendesak British campur tangan di Negeri-
negeri Melayu. Pada September 1873, Lord Kimberley telah mengarahkan
CONTOH
Andrew Clarke supaya mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang
boleh diambil bagi melindungi pelaburan dan perdagangan di Negeri-negeri
Melayu.
Tidak dapat dinafikan faktor ekonomi menjadi faktor paling dominan
PENEGASAN
dalam mempengaruhi dasar campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu
ISI
pada tahun 1874.
• Penegasan: Bukan faktor ekonomi sahaja yang memainkan peranan
penting mempengaruhi campur tangan British tetapi terdapat juga
faktor-faktor lain (politik dan sosial)
FAKTA FAKTOR POLITIK
a. Kebimbangan Terhadap Kuasa Barat Yang Lain
Ahli-ahli sejarah seperti C.D. Cowan dan K.G. Tregonning, Hanny Miller,
Emily, Kennedy dan Gullick menegaskan kebimbangan terhadap
bertapaknya kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu juga menjadi faktor
yang mempercepatkan campur tangan British.
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan
HURAIAN
laut dari Eropah ke Asia. Keadaan ini telah menarik minat kuasa-kuasa Barat
untuk mengembangkan pengaruh mereka ke Asia. Pada tahun 1870-an,
kebanyakan negeri di Asia Tenggara telah dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.
Hanya Siam dan negeri-negeri Melayu yang masih belum dijajah oleh kuasa-
kuasa Barat.
Kuasa asing yang paling dibimbangi oleh British ialah Jerman yang telah
muncul sebagai kuasa yang kuat selepas penyatuan Jerman oleh Bismarck
pada tahun 1871.
Minat Jerman terhadap negeri-negeri Melayu terbukti apabila terdapat
pedagang-pedagang Jerman di Singapura pada tahun 1870-an. Kebimbangan
CONTOH
British terhadap bertapaknya kuasa asing di negeri-negeri Melayu bertambah
selepas Lord Kimberley menerima sepucuk surat dari Saymore Clark, iaitu
pengarah Syarikat Bijih Timah Selangor pada 18 Julai 1873.
Dalam surat tersebut, Saymore Clark menegaskan Tengku Kudin sebagai
wizurai Selangor telah memohon bantuan British bagi menamatkan Perang
29
Kelang. Tengku Kudin telah mengugut sekiranya British enggan
membantunya, beliau akan dapat bantuan daripada kuasa-kuasa lain,
terutamanya Jerman
Dasar peluasan kuasa ini membimbangkan British kerana kuasa Barat lain
PENEGASAN
juga menjalankan dasar campurtangan di Negeri-negeri Melayu atas alasan
ISI
kekacauan yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu.
FAKTA b. Perubahan Kepimpinan Di England
Sebelum tahun 1870, pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan
kerajaan liberal di bawah Gladstone bersikap anti-imperialisme. Sejak tahun
1870, berlaku perubahan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Jajahan dan
Kabinet British yang membawa kepada sentimen imperialisme seperti
HURAIAN
Andrew Clarke, Frank Swettenham dan Kapten Speedy. Lord Kimberley
sebagai Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan mengarahkan Andrew Clarke
untuk mengkaji langkah-langkah yang boleh diambil bagi melindungi
pelaburan di Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1873,
Parti Konservatif di bawah Disraeli yang menganut fahaman imperialisme
telah mempengaruhi politik England. Kejayaan konservatif menguasai
CONTOH
kerajaan pada Januari 1874 telah membawa kepada campur tangan British di
Negeri-negeri Melayu.
Tegasnya, perubahan ini membawa kepada perubahan dasar luar negara di
PENEGASAN
mana Britain mula mengamalkan dasar campur tangan di Negeri-negeri
ISI
Melayu
FAKTA c. c.Keadaan Anarki Di Negeri-Negeri Melayu
Pada tahun 1860 an dan 1870 an, negeri-negeri Melayu pantai barat
berada dalam keadaan anarki disebabkan perebutan takhta, perang saudara
dan kegiatan pelanunan di Selat Meaka. Keadaan ini bertambah buruk
HURAIAN apabila meletusnya pergaduhan antara kongsi-kongsi gelap di NNM.
Contohnya di Larut, kekacauan sering meletus antara kongsi gelap Ghee Hin
dengan kongsi gelap Hai San yang menyebabkan berlaku tiga siri Perang
Larut antara tahun 1861-1873.
Perang Kelang juga berlaku antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah
dan Tengku Kudin bgi merebut daerah Kelang yang kaya dengan hasil bijih.
CONTOH Sementara di Perak pula meletus masalah perebutan takhta antara Raja
Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusif. Di Sg Ujung telah meletus perebutan
Sg Ujong yang kaya dengan bijih timah antara Dato Kelana dan Dato Bandar
30
juga
Keadaan huru-hara ini bukan sahaja mengganggu keamanan, tetapi juga
PENEGASAN
menjejaskan aktiviti ekonomi dan ianya menjadi faktor paling penting British
ISI
untuk campur tangan di Tanah Melayu.
FAKTA FAKTOR SOSIAL
a.Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan
Campur tangan rasmi British juga didorong oleh faktor-faktor lain seperti
perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan seperti
pembukaan Terusan Suez, penciptaan kapal wap dan telegraf telah
HURAIAN mendorong kegiatan imperialisme Barat di Asia Tenggara. Pembukaan
Terusan Suez pada tahun 1869 merancakkan Revolusi Perindustrian dan
persaingan kuasa-kuasa Barat kerana jarak perjalanan di antara Barat dan
Timur lebih pendek.
Contohnya, pengenalan kapal wap dalam perdagangan laut dapat
menjimatkan masa dan kos serta membolehkan muatan yang lebih banyak
dibawa. Malahan, penciptaan telegraf turut membawa perubahan terhadap
CONTOH
perhubungan antara Barat dengan Timur kerana ahli-ahli perniagaan di Barat
dapat berhubung dengan wakil-wakil mereka di Timur. Kuasa imperialis juga
dapat memberi arahan kepada pegawai mereka.
Perkembangan pesat dalam sistem pengangkutan dan perhubungan ini
PENEGASAN telah mendorong British untuk melibatkan diri dalam hal ehwal Negeri-
negeri Melayu.
Kesimpulannya, perluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu pada
tahun 1874 telah mengubah corak dan bentuk politik, ekonomi dan sosial
KESIMPULAN Negeri-negeri Melayu. Suasana politik yang kucar- kacir di Negeri-negeri
Melayu dapat dipulihkan dan perusahaan perlombongan bijih timah dapat
berkembang maju.

Soalan 2: Tema 2 [ Peluasan Kuasa Asing ]

31
TAJUK Galurkan perluasan kuasa British di Negeri-Negeri Melayu Utara dari
tahun 1897-1909

PENDAHULUAN Menjelang akhir abad ke 19, Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU)


berada di bawah pengaruh asing iaitu British dan Siam . British mahu
menjaga hubungan baiknya dengan Siam demi melindungi kepentingan
perdagangannya di Siam dan membantunya yang sedang berperang
dengan Burma. British juga mahu menjadikan Siam sebagai negara
penampan di Indo-China. British berhati-hati dalam usahanya untuk
menguasai NNMU yang melibatkan beberapa rundingan sehinggalah
termeterainya Perjanjian Bangkok 1909 yang menyaksikan NNMU
menjadi negeri naungan British.
FAKTA Perjanjian Sulit Inggeris –Siam 1897

HURAIAN/CON Perjanjian ini ditandatangani ekoran kebimbangan British terhadap sikap


TOH berlumba-lumba kuasa-kuasa barat yang lain untuk menguasai negara-
negara di Asia Tenggara. Keadaan ini jika dibiarkan boleh menjejaskan
kepentingan British khususnya di Negeri-negeri Melayu. Contoh: Peranchis
merancang untuk membina terusan melintasi Segenting Kra untuk
memudahkan perjalanan di antara Indo –China dengan Eropah. Ini
bermakna kapal-kapal dagang akan menggunakan terusan ini dan
mengenepikan Selat Melaka . Ini akan mengancam kedudukan Singapura
sebagai pelabuhan antarabangsa. Syarat-syarat Perjanjian ialah

(i). British mengiktiraf kedaulatan Siam terhadap Negeri-Negeri Melayu


Utara

(ii) Siam berjanji tidak akan memberi sebarang konsesi perdagangan atau
tanah kepada mana-mana kuasa asing tanpa persetujuan kerajaan British.

(iii) British berjanji akan membantu Siam sekiranya diserang oleh musuh.
PENEGASAN ISI Melalui perjanjian ini secara tidak langsung Siam mengakui peranan dan
kedudukan British di NNMU.
FAKTA Perjanjian Perisytiharan Inggeris –Siam 1902

HURAIAN/ i. Perjanjian ini termeterai disebabkan kebimbangan campur tangan British


terhadap kuasa barat yang lain. Pada tahun 1901, Jerman menunjukkan
32
CONTOH minat untuk membantu Patani dan Kelantan membebaskan diri dari
kekuasaan Siam. Rusia pula bercita-cita mendapatkan Ujong Salang (Pulau
Phuket) manakala Amerika Syarikat pula berminat terhadap pulau-pulau di
perairan Terengganu.

ii. Selain itu , terdapat ugutan oleh R.W. Duff untuk meminta bantuan
kuasa barat yang lain seperti Perancis atau Jerman bagi menghadapi
bantahan Siam terhadap pajakan tanah beliau dengan Sultan Kelantan yang
dilakukan tanpa persetujuan Siam. Atas kepentingan Inggeris maka Frank
Swettenham telah dihantar untuk mendesak Siam supaya mengesahkan
permintaan R.W. Duff.

iii. Tindakan Siam mengetatkan kekuasaannya ke atas NNMU juga


menyumbang kepada berlakunya rusuhan terutama di Patani dan Kelantan
yang anti-Siam. Tindakan Siam yang memenjarakan Raja Abdul Kadir dari
Pattani pada tahun 1902 menyebabkan Sultan Muhammad IV dari Kelantan
bimbang kedudukan baginda dan meminta bantuan British untuk menentang
ancaman Siam. Sultan mengugut akan meminta bantuan kuasa barat yang
lain jika British enggan memberi bantuan.

iv. Frank Swettenham (Gab. NNS) memainkan peranan penting dalam


mempengaruhi keputusan Kerajaan British untuk melaksanakan dasar yang
aktif terhadap NNMU.

a. Beliau memberitahu Pejabat Luar Negeri British bahawa Siam tidak


mampu mengurus hal-ehwal dan masalah NNMU. Keadaan ini boleh
menyebabkan negeri berkenaan akan meminta bantuan kuasa barat yang
lain.

b. British harus memperluaskan pengaruhnya ke atas Kelantan dan


Terengganu yang kaya dengan sumber galian. Beliau juga mencadangkan
kepada kerajaan British supaya dilantik pegawai British yang berkhidmat di
Bangkok untuk menguruskan hal-ehwal Kelantan dan Terengganu.

c. Frank Swettenham juga mengugut Siam untuk mengiktiraf Kelantan dan


33
Terengganu sebagai negeri bebas jika Siam enggan berunding dengan
British. Siam yang merasa terancam bersetuju memeterai perjanjian baru
dengan British pada 6 Oktober 1902.

Syarat-syarat perjanjian

i. Hubungan luar Kelantan dan Terengganu akan diletakkan di bawah


kawalan Siam.

ii.Penasihat British akan dilantik oleh Siam di Kelantan dan Terengganu


untuk menasihati sultan dalam pentadbiran kecuali dalam hal yang berkaitan
dengan agama Islam dan adat resam Melayu

iii. Sebarang pemberian konsesi kepada orang asing di Kelantan dan


Terengganu hendaklah atas persetujuan Siam.
PENEGASAN ISI Tegasnya , pengaruh British ke atas Kelantan dan Terengganu semakin
kukuh .
FAKTA Perjanjian Bangkok dimeterai pada 9 Julai 1909.

HURAIAN/ Sebab Perjanjian Bangkok ditandatangani:

CONTOH
i. Pakatan Inggeris-Perancis 1904
- Pada awal 1900 an , Jerman telah menjadi negara yang kuat dan
membentuk Perikatan Bertiga bersama Austria dan Itali. Memandangkan
perkembangan ini, Peranchis telah membentuk Pakatan British –Peranchis.
Melalui pakatan ini British merasakan campur tangan di NNMU tidak akan
membahayakan kepentingannya di Siam.

ii. Kebimbangan terhadap campur tangan Jerman.


British bimbang dengan tindakan Siam membina jalan keretapi dari
Bangkok ke Kedah dengan bantuan modal dan buruh Jerman akan memberi
kesempatan kepada Jerman untuk campur tangan di Kedah.

iii. NNMU tidak menguntungkan Siam.


Siam sedar Negeri Utara tidak menguntungkan dan menyedari penduduk
tempatan tidak dapat menerimanya. Tahun 1904, Kedah menghadapi
34
masalah kewangan selepas mengadakan perayaan perkahwinan diraja dan
Siam terpaksa memberi pinjaman sebanyak Sp.$2juta

iv. Perdagangan dan pelaburan British


British bersedia mengambil alih Negeri-negeri Melayu Utara kerana
merasakan negeri berkenaan berpotensi bagi perkembangan dan pelaburan
British. Syarat perjanjian:
• NNMU akan diserahkan kepada British.
• Hak Wilayah Asingan British akan diserahkan kembali kepada Siam.
• British akan memberi pinjaman untuk membina jalan keretapi dari
Bangkok ke Utana Tanah Melayu.
• British akan menanggung semua hutang NNMU.
PENEGASAN ISI Perjanjian ini telah membawa kepada penguasaan sepenuhnya British ke
atas NNMU melalui Sistem Penasihat British.
KESIMPULAN Dengan termeterainya Perjanjian Bangkok maka NNMU akan diletakkan di
bawah pengaruh British. Perjanjian ini menjadi sejarah penting bagi
penetapan sempadan Tanah Melayu dengan Siam. Pada tahun 1915, British
menggabungkan Negeri-negeri ini dengan Johor dan diletakkan di bawah
pentadbiran yang dikenali Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Soalan 3: Tema 2 [ Penentangan Terhadap Kuasa Asing ]

Bincangkan penentangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran

TAJUK Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah pada abad ke 19


sehingga awal abad ke-20.

PENDAHULUAN Sabah telah ditadbir oleh SBBU sejak tahun 1881. Sepanjang
penguasaan dan pendudukan tersebut, banyak perubahan telah dilakukan
oleh SBBU ke atas Sabah. Contohnya pembahagian residensi (bahagian),
pengenalan cukai baharu dan penubuhan pasukan polis yang dianggotai
oleh orang Benggali Sikh. Tindakan SBUB ini telah menyebabkan rasa
tidak puashati penduduk tempatan yang membawa kepada penentangan

35
oleh masyarakat setempat seperti Pangeran Samah, Mat Salleh dan
Antanom.
Pada tahun 1883, Pangeran Samah yang mengetuai suku kaum Bajau telah
FAKTA bangkit menentang SBBU di Sabah khususnya pasukan polis Benggali
Sikh.

Beliau telah bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan


kutipan cukai yang dikenakan ke atas perusahaan sarang burung yang
HURAIAN diusahakannya. Sebagai bantahan terhadap tindakan SBBU itu, Pangeran
Abu Samah telah bertindak menutup jalan-jalan yang menghala ke Gua
Gomantong yang menjadi tempat perusahaan sarang burung beliau.
Buktinya, Pangeran Abu Samah dan pengikutnya telah menyerang
CONTOH pasukan peronda polis SBBU yang cuba untuk membuka kembali jalan
tersebut.
Walau bagaimanapun, pengikut-pengikut Pangeran Samah telah berjaya
PENEGASAN ISI ditumpaskan oleh pasukan polis SBBU dan Pangeran Samah sendiri turut
terkorban dalam pertempuran tersebut.
Kebangkitan rakyat tempatan yang paling besar dalam menentang SBBU,
diketuai oleh seorang pemimpin di Hulu Sungai Sugut bernamaDatu
FAKTA
Muhammad Salleh b Datu Balu atau lebih dikenali dengan nama Mat
Salleh.
Mat Salleh menentang SBBU atas faktor SBBU memperkenalkan
pelbagai jenis cukai yang membebankan masyarakat tempatan seperti cukai
beras, lesen perahu dan amalan buruh paksa. Tindakan SBBU yang
campurtangan dan memasuki wilayah Sg Sugut turut mengundang
kemarahan Mt Salleh. SBBU juga turut membina jalanraya dan landasan
HURAIAN
kereta ap[ merentasi kawasan Ranau yang berada di bawah kekuasaan Mat
Salleh tanpa berunding terlebih dahulu. Kemuncak kemarahan Mat Salleh
meletus apabila kampungnya di Sg Sugut diserang dan dibakar oleh SBBU
ekoran dari pergaduhan antara pegawai Inggeris dengan penduduk
tempatan.
CONTOH Pada bulan Ogos 1895, Mat Salleh dan beberapa pembesar tempatan ke
Sandakan menemui gabenor Beaufort iaitu C.v. Creagh tentang masalah
cukai dan sikap keras pegawai British dengan penduduk tempatan.
Malangnya, beliau tidak dilayan dan diarahkan ditangkap atas dakwaan
36
melakukan beberapa kesalahan. Perkampungan Mat Salleh dimusnahkan
dan beliau menjadi buruan British.
Pada Julai 1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang Pulau Gaya
dan memusnahkan bangunan kerajaan British. British bertindak balas
dengan menyerang kampung kediaman Mat Salleh di Sungai Inanam
tetapi Mat Salleh berjaya melepaskan diri dan membina kubu di Ranau.
Pada bulan Disember 1897, British menyerang dan membinasakan kubu
Mat Salleh di Ranau tetapi sekali lagi beliau berjaya melepaskan diri.
Setelah gagal menangkap Mat Salleh, SBBU menawarkan perdamaian dan
berjanji membenarkan Mat Salleh mentadbir wilayah Tambunan.
Malangnya SBBU telah mungkir janji dan ini telah membangkitkan
kemarahan Mat Salleh.
Pada bulan Disember 1899, SBBU telah menghantar satu pasukan untuk
menyerang petempatan dan kubu Mat Salleh secara besar-besaran dengan
serangan meriam tanpa henti. Mat Salleh telah terbunuh dalam serangan ini
dan kubunya berjaya ditawan pada 1 Februari 1900
Walau bagaimanapun, perjuangan Mat Salleh telah diteruskan oleh
PENEGASAN ISI pengikutnya, Mat Sator dengan sokongan kaum Bajau dan Ilanun. Namun
semua penentangan ini berjaya ditumpaskan oleh SBBU.
Kelansungan penentangan penduduk Sabah terhadap SBBU turut disertai
FAKTA
oleh suku Murut yang diketuai oleh Antanom di wilayah Rundum, Sabah.
SBBU turut memperkenalkan beberapa peraturan baharu yang
membebankan penduduk tempatan dan bercanggah dengan nilai-nilai
tradisi bangsa Murut. Antaranya ialah, sistem pendaftaran hak milik tanah
yang bertujuan menyekat pertanian pindah dan kegiatan membuat tapai
HURAIAN yang telah menjadi tradisi kaum Murut. Pengenalan cukai untuk menyukat
sempadan tanah, cukai pokok kelapa yang menghasilkan nira untuk
membuat tapai serta penggunaan orang Murutsebagai buruh paksa untuk
membina jalan ke kawasan pedalaman turut menimbulkan kemarahan
Antanom dan kaum Murut
CONTOH Oleh itu, pada bulan Jun 1914, Antanom telah memulakan serangan ke
atas SBBU tetapi gagal. Pada Februari 1915, sekali lagi Antanom
menyerang SBBU di Pensiangan dan Pejabat Pegawai Daerah Rundum.
Namun Antanom gagal kerana SBBU mendapat bantuan tambahan. SBBU
37
bertindakbalas menyerang kubu Antanom pada April 1915 yang
menyebabkan beliau serta 400 orang pengikutnya terbunuh.
Jelaslah bahawa, kematian Antanom telah memaksa pengikutnya
PENEGASAN ISI berundur dan mengakhiri kebangkitan kaum Murut menentang SBBU di
Sabah.
Kesimpulannya, gerakan penentangan penduduk tempatan terhadap
pentadbiran British di Sabah telah menemui kegagalan. Namun
KESIMPULAN
penentangan dan kebangkitan ini jelas menggambarkan bahawa telah
muncul semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.

Soalan 4: Tema 2 [ Masyarakat Pelbagai Kaum ]

Perbezaan kegiatan ekonomi Tanah Melayu telah mewujudkan


TAJUK masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu. Bincangkan.

Keperluan serta desakan ekonomi dan sosial telah menyebabkan


berlakunya penghijrahan penduduk dari luar ke Tanah Melayu, khususnya
dari China dan India pada pertengahan abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Keadaan ini telah menyebabkan masyarakat Tanah Melayu terdiri daripada
PENDAHULUAN berbilang kaum. Masyarakat ini telah wujud dalam kelompok yang terasing
dengan memegang kuat pada agama, kebudayaan, bahasa dan cara hidup
sendiri. Kewujudan kelompok masyarakat yang pelbagai ragam ini bukan
sahaja disebabkan kegiatan ekonomi yang berbeza tetapi juga dipengaruh
oleh perbezaan aspek yang lain.
FAKTA Perbezaan kegiatan ekonomi (isu utama)
Bagi menggalakkan pelaburan asing dan menambahkan kecekapan dalam
pengeluaran hasil, British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah
dalam aspek ekonomi. British telah menempatkan ketiga-tiga bangsa ini pada
HURAIAN tempat yang berbeza dengan aktiviti yang berbeza pula. Hal ini demikian
kerana British tidak menggalakkan sebarang usaha asimilasi dalam kalangan
kaum dan tidak mahu orang Melayu khususnya terpengaruh dengan
pengaruh luar.

CONTOH Orang Melayu meneruskan kegiatan ekonomi sara diri dan bekerja

38
sebagai petani dan nelayan. Mereka tinggal di kampung-kampung dan
menampung bekalan beras di Tanah Melayu. Orang Cina hidup di bandar
utama dan menjalankan kegiatan perlombongan dan perdagangan. Bagi
orang India pula mereka perlu bekerja di ladang-ladang getah.
Fungsi ekonomi ini telah memisahkan ketiga-tiga kaum ini dan secara
PENEGASAN ISI
langsung membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk.
FAKTA Perbezaan amalan budaya
Kedatangan orang Cina dan India telah membawa bersama-sama budaya
dan cara hidup mereka sendiri, manakala orang Melayu dengan identitinya
yang unik. Mereka pula hidup dalam kelompok dan tempat yang berbeza.
HURAIAN
Perhubungan sosial dan interaksi antara kaum-kaum tersebut amat kurang
dan mungkin langsung tidak berlaku.

Orang Cina dan India menggunakan bahasa, pakaian dan perayaan yang
berbeza. Orang Cina sendiri memiliki etnik yang berlainan seperti Hokkien,
CONTOH Kantonis, Hailam dan lain-lain, manakala orang India dengan etnik Tamil,
Pelikat, Telegu, Malbari, dan Punjabi. Kumpulan etnik ini juga mempunyai
perbezaan budaya.
Kehidupan mereka di tempat yang berbeza lebih mengekalkan budaya
PENEGASAN ISI
mereka tanpa sebarang pengaruh.
FAKTA Perbezaan agama
Selain dari budaya yang berbeza, masyarakat di Tanah Melayu juga
mempunyai pegangan agama yang berbeza. Bagi orang Cina dan India
mereka perlu menubuhkan pelbagai institusi sosial seperti tempat beribadat
HURAIAN
dan persatuan tidak rasmi bagi menjaga kepentingan dan keselamatan
mereka di tempat asing. Ini akan dapat melindungi dan mengekalkan identiti
etnik masing-masing.
Perbezaan agama seperti agama Islam, Buddha dan Hindu yang diamalkan
CONTOH
sudah tentu tidak boleh disatukan.
Pegangan agama yang berbeza ini menyebabkan mereka terpisah antara satu
PENEGASAN ISI
sama lain khususnya dengan masyarakat peribumi.
FAKTA Perbezaan dalam pendidikan
Bagi masyarakat Cina dan India, kesetiaan dan rasa cinta terhadap tanah
air sendiri masih utuh. Bagi mengekalkan identiti bangsa, pendidikan
HURAIAN
mereka adalah berdasarkan peristiwa atau pengetahuan dari negara asal
bukan mengenai hal ehwal tempatan.

39
Orang Cina dan India menubuhkan sekolah mereka sendiri dengan
CONTOH menggunakan bahasa ibunda dan mata pelajaran yang diajar juga berteraskan
negara asal mereka. Malah guru-guru juga diimport dari negara asal.
Institusi yang didirikan di tempat yang berbeza serta pendidikan yang
PENEGASAN ISI diterima memperkukuhkan lagi sifat kemajmukan masyarakat di Tanah
Melayu.
Sesungguhnya sifat kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu bukan
sahaja dipengaruh oleh perbezaan kegiatan ekonomi tetapi juga aspek sosial
yang lain. Fenomena ini menyebabkan perpaduan kaum sukar untuk dicapai.
KESIMPULAN
Namun selepas Perang Dunia Kedua baharulah ada usaha dari kerajaan
British untuk menyatukan kaum-kaum ini bagi mencapai kemerdekaan Tanah
Melayu.

TEMA 3 : NASIOANLISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Soalan 1 : Tema 3 [ Gerakan Nasionalisme ]

40
TAJUK Bincangkan peranan golongan intelektual dalam mencetuskan gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu sehingga tahun 1941.
PENDAHULUAN Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang
membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Gerakan nasionalisme
lazimnya dikaitkan dengan hasrat untuk menegakkan nilai dan institusi-
institusi yang dapat mencerminkan konsep negara yang bebas dan berdaulat.
Perkembangan sistem pendidikan melahirkan golongan intelektual
Melayu yang terdedah kepada pelbagai idea dan falsafah politik
daripada Barat seperti demokrasi, liberalisme, perlembagaan dan
nasionalisme. Golongan intelektual yang dimaksudkan ialah mereka yang
mendapat pendidikan sekular dan agama, iaitu daripada aliran berpendidikan
Timur Tengah,berpendidikan Inggeris dan berpendidikan Melayu
FAKTA 1 Golongan intelektual berpendidikan Timur Tengah merupakan
golongan yang paling awal terlibat dalam gerakan nasionalisme di Tanah
Melayu.
HURAIAN/ Majalah al-Imam merupakan majalah yang mula-mula sekali

CONTOH meniupkan seruan dakwa Islam di Tanah Melayu dantidak mungkin muncul
tanpa sokongan serta idea tokoh yang mempelopori Gerakan Islah.
Golongan intelektual ini yakin bahawa umat Islam masih boleh
diselamatkan sekiranya diberi petunjuk pada hakikat ajaran Islam yang
sebenar berdasarkan perkara yang termaktub dalam Al-Quran dan
Hadis.Kaum Muda menggesa mengujudkan system pendidikan agama yang
lebih liberal dengan memasukkan bahasa Inggeris dan mata pelajaran moden
di samping bahasa Arab. Gerakan Islah oleh Kaum Muda hanya dapat
berkembang di Negeri-negeri Selat kerana undang-undang dikeluarkan di
Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh Kaum Muda. Pada
pertengahan abad ke-20, perjuangan golongan ini semakin pudar.
Perjuangan nasionalisme telah diambil alih oleh golongan intelektual
berpendidikan Inggeris gan Melayu.
PENEGASAN ISI Tegasnya, golongan berpendidikan dari Timur Tengah merupakan perintis
kepada gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.

FAKTA 2 Kesedaran golongan intelektual berpendidikan Inggeris didorong oleh


kebimbangan terhadap masa depan orang Melayu kerana ekonomi dikuasai
oleh bangsa asing.
41
HURAIAN/ Golongan intelektual berpendidikan Inggeris menyuarakan masalah-

CONTOH masalah sosial dan ekonomi yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka
menggesa British membaiki keadaan ekonomi dan memperbanyak peluang
untuk orang Melayu menceburi perkhidmatan awam serta melantik lebih
ramai orang Melayu sebagai pegawai dalam jabatan kerajaan. Selepas
penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar(MCKK) semakin ramai orang
Melayu lepasan maktab ini yang dilantik menjadi pegawai dalam
perkhidmatan kerajaan. Malah ada antara mereka yang kemudiannya
menceburi bidang politik untuk memperjuangkan kepentingan orang
Melayu.
Pada tahun 1926, sebuah pertubuhan separa politik yang dinamakan
Kesatuan Melayu Singapura(KMS) ditubuhkan di Singapura oleh Mohamad
Eunos bin Abdullah, Tengku Abdul Kadir dan rakan-rakannya yang
berpendidikan Inggeris.KMS ditubuhkan bertujuan untuk memperjuangkan
kemajuan dan kepentingan orang Melayu dalam bidang politik dan
pentadbiran, serta menjadi penghubung antara orang Melayu dengan
kerajaan Negeri-negeri Selat dalam perkara yang berkaitan dengan hak dan
kepentingan orang Melayu.Ahli-ahli KMS yang berpendidikan Inggeris
ingin menjadikan pertubuhan ini lebih bercorak sederhana. Mereka mahu
membawa perubahan kepada masyarakat Melayu melalui kerjasama dengan
British. Mereka percaya cara terbaik membawa perubahan ialah dengan
memperkenalkan pembaharuan secara beransur-ansur.
PENEGASAN ISI Tegasnya, golongan intelektual berpendidikan Inggeris telah dapat
menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu pada
abad ke-20.
FAKTA 3 Golongan berpendidikan intelektual Melayu juga berperanan dalam
mencetuskan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.
HURAIAN/ Kebanyakan golongan intelektual Melayu adalah lepasan Maktab

CONTOH Perguruan Sultan Idris(MPSI) yang telah lama terdedah dengan soal politik
dan perkembangan nasionalisme di luar negeri. Antara tokoh dalam
golongan ini ialah Ibrahim haji Yaakob, bekas pemimpin pelajar di MPSI.
Selepas meninggalkan MPSI, beliau menubuhkan Belia Malaya untuk
memajukan taraf hidup orang Melayu serta menentang penjajah. Kemudian
Ibrahim Hj Yaakob menubuhkan Kesatuan Melayu Muda, iaitu pertubuhan
42
politik berhaluan kiri yang pertama di Tanah Melayu.
Perjuangan beliau mendapat sokongan nasionalis Melayu lain
seperti Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestaman. Ishak Hj Muhammad
pernah menceburi bidang kewartawanan serta bergiat aktif dalam kegiatan
politik. Beliau banyak menyumbang rencana tentang kehidupan orang
Melayu di pantai timur serta makalah yangmenyeru orang Melayu bersatu
padu dan memperkukuh semangat nasionalisme. Ahmad Boestaman pula
aktif dalam kegiatan politik dan terlibat bersama ahli-ahli KMM dalam
Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung(KRIS) yang berjuang untuk
kemerdekaan bersama bagi Tanah Melayu dan Indonesia.
PENEGASAN ISI Tegasnya, kewujudan golongan radikal ini telah menyebabkan perjuangan
orangMelayu pada abad ke-20 berubah corak daripada sederhana kepada
berunsur politik dan agresif.
KESIMPULAN Kesimpulannya, golongan intelektual daripada aliran pendidikan
Inggeris dan Melayu memainkan peranan sama penting dalam menimbulkan
kesedaran nasionalisme dalam kalanan orang Melayu.Golongan intelektual
berpendidikan Inggeris menggunakan peluang dalam sistem pentadbiran dan
perundangan untuk menuntut hak orang Melayu berasaskan fahaman politik
Barat seperti demokrasi dan keadilan social. Perjuangan golongan
intelektual berpendidikan Melayu pula lebih besifat radikal tetapi
memperjuangan matlamat yang sama, iaituuntuk membebaskan tanah air
daripada belenggu penjajahan.

Soalan 2 : Tema 3 [ Gerakan Nasionalisme ]

TAJUK Bincangkan matlamat dan strategi perjuangan Gerakan Islah oleh


Kaum Muda di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.
PENDAHULUAN Gerakan nasionalisme awal di Tanah Melayu digerakkan oleh golongan
berpendidikan agama dari Timur Tengah. Mereka menerima pengaruh dan
inspirasi daripada gerakan Reformis Islam dan gerakan Pan-Islamisme yang
tersebar luas di Mesir dan Turki yang diketuai oleh Syed Jamaluddin al-

43
Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Sekembali mereka ke tanah air,
golongan ini telah memulakan satu usaha yang dikenali sebagai Gerakan
Islah. Pemimpin utama Gerakan Islah di Tanah Melayu ialah Syeikh
Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Haji Abas Muhammad Taha, Syed Syeikh
Ahmad al-Hadi dan Syeikh Mohd. Salim Al-Khalali. Golongan ini lebih
dikenali sebagai Kaum Muda.
FAKTA Matlamat perjuangan Kaum Muda ialah memajukan kaum Melayu
berasaskan ajaran Islam yang sebenar. Selain itu, gerakan Kaum Muda juga
menekankan kepentingan pendidikan dan berusaha untuk membangkitkan
semangat nasionalisme menentang peluasan kuasa dan pengaruh British.
Golongan ini juga berjuang menghapuskan persaingan ekonomi daripada
kaum-kaum lain.
HURAIAN / Melalui matlamat ini, Kaum Muda menyeru masyarakat Melayu agar
CONTOH
kembali berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar berlandaskan al-
Quran dan hadis. Golongan ini berusaha membebaskan kaum Melayu
daripada amalan khurafat dan bidaah. Semua amalan ini telah menghalang
kemajuan orang Melayu.
Di samping itu, Kaum Muda juga menekankan kepentingan sistem
pendidikan bagi kemajuan orang Melayu. Mereka menjelaskan bahawa
pendidikan adalah kunci kepada kemajuan. Kaum Muda melihat
pendekatan pendidikan dari sudut yang lebih luas. Pendidikan dalam
kalangan kaum wanita juga dipentingkan. Melalui pendidikan, mereka
percaya taraf kaum wanita dapat ditingkatkan.
Selain itu, Kaum Muda juga berhasrat untuk membebaskan Tanah Melayu
dari penjajahan British. Sehubungan itu, dari aspek politik Kaum Muda
bersikap anti penjajah dan bersikap tidak mahu bekerjasama dengan
penjajah. Dalam hal ini, Kaum Muda mengutuk penjajah Inggeris kerana
gagal memberikan pendidikan yang cukup untuk memajukan orang Melayu.
Seterusnya,, Kaum Muda juga menyeru raja-raja dan pembesar Melayu
supaya memelihara kepentingan orang Melayu. Oleh itu, Kaum Muda
bersifat anti birokrasi elit Melayu. Golongan ini diseru supaya melakukan
sesuatu seperti menubuhkan persatuan bagi menggalakkan pendidikan dan
pembangunan ekonomi orang Melayu.

44
Kaum Muda turut menuntut orang Melayu supaya menceburkan diri dalam
bidang perniagaan, menubuhkan koperasi dan menggunakan kemudahan
sistem bank.
PENEGASAN Jelaslah bahawa, pengamalan ajaran Islam yang sebenar merupakan jalan
kepada penyelesaian segala masalah sosial, ekonomi dan politik yang
dihadapi oleh orang Melayu.
FAKTA Strategi perjuangan Kaum Muda yang terawal ialah menerbitkan
akhbar dan majalah.
HURAIAN / Pada 22 Julai 1906, Kaum Muda telah menerbitkan akhbar Al-Imam di
CONTOH
Singapura bagi menyebarkan idea perjuangan mereka. Akhbar ini
menyiarkan masalah sosial, ekonomi dan politik orang Melayu bagi
menyedarkan mereka yang lalai. Akhbar Al-Imam sering mengingatkan
orang Melayu agar tidak mengikut ajaran ulama kampung atau guru agama
secara membuta tuli. Mereka seharusnya menggunakan akal fikiran yang
waras demi kemajuan orang Melayu. Selain itu, perkara lain yang
ditekankan oleh Al-Imam ialah dalam bidang pendidikan. Orang Melayu
disarankan supaya tidak menentang ilmu pengetahuan dan kemajuan Barat
selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Di samping itu, akhbar ini
turut memperjuangkan emansipasi atau meningkatkan taraf dan kedudukan
kaum wanita. Sehubungan itu, mereka berusaha memberi hak yang sama
kepada golongan wanita khususnya peluang mendapatkan pendidikan.
Contoh akhbar dan majalah lain yang menjadi medan kepada idea dan
penulisan Kaum Muda ialah Neraca yang diterbitkan di Singapura dari
tahun 1911 hingga 1915, Al-Ikhwan di Pulau Pinang dari tahun 1926 hingga
1931, Saudara di Pulau Pinang dari tahun 1928 hingga 1941 dan Edaran
Zaman di Pulau Pinang dari tahun 1925 hingga 1930.
PENEGASAN Terbukti bahawa, akhbar dan majalah berperanan memberi sumbangan
dalam pemulihan agama serta menyampaikan idea-idea perubahan sosial
seperti kepentingan pendidikan dan ekonomi bagi meningkatkan kemajuan
orang Melayu.
FAKTA Mendirikan masjid dan madrasah.
HURAIAN / Melalui Gerakan Islah, Kaum Muda mendirikan masjid dan beberapa buah
CONTOH
madrasah untuk menyampaikan idea perjuangan dengan lebih berkesan.
Golongan ini menjadikan masjid dan madrasah sebagai tempat

45
perbincangan agama dan menyebarkan idea pembaharuan. Kaum Muda
juga terlibat dalam penubuhan Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiyah di Pulau
Pinang pada 21 November 1907. Selain daripada belajar agama, madrasah
ini turut memperkenalkan pendidikan moden seperti bahasa Inggeris, bahasa
Melayu, matematik, geografi dan sejarah. Masyarakat Melayu juga
digalakkan supaya melibatkan diri dalam bidang perdagangan.
Contoh madrasah lain yang turut diasaskan oleh Kaum Muda ialah
Madrasah Al-Hadi di Melaka pada tahun 1917, Madrasah Muhammadiah di
Kota Bahru pada tahun 1917, Madrasah Al-Diniah di Kampung Lalang
Perak pada tahun 1924 dan Madrasah Al-Masyhur al-Islamiah di Pulau
Pinang.
PENEGASAN Jelaslah bahawa selain pendidikan agama, Kaum Muda turut
menitikberatkan bidang pendidikan moden bagi meningkatkan kemajuan
ekonomi dan sosial masyarakat Melayu.
FAKTA Menubuhkan pertubuhan bercorak ekonomi, sosial dan separuh
politik.
HURAIAN / Pertubuhan bercorak ekonomi, sosial dan separuh politik ditubuhkan
CONTOH
bertujuan untuk meningkatkan tahap dan kedudukan sosioekonomi
masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Melalui pertubuhan ini, Kaum Muda
dapat menyuarakan hak, kehendak, kebebasan dan kepentingan masyarakat
Melayu.
Sebagai contoh, Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada
tahun 1926 sebagai pengantara antara orang Melayu dengan kerajaan
British. KMS dapat memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu di
Singapura. Pada tahun 1938, Kaum Muda telah menubuhkan Kesatuan
Melayu Muda (KMM) iaitu pertubuhan Melayu yang bersifat politik yang
pertama di Tanah Melayu. Penubuhan kesatuan ini merupakan kemuncak
semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu.
PENEGASAN Jelaslah terbukti bahawa, KMS dan KMM bukan sahaja dapat
memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu, malahan juga dapat
membangkitkan sentimen anti-British dan memperjuangkan gerakan
kesedaran di Tanah Melayu.
FAKTA Perjuangan Kaum Muda menerima tentangan dari Kaum Tua
HURAIAN / Perjuangan Kaum Muda menerima tentangan yang hebat daripada Kaum
CONTOH
46
Tua yang terdiri daripada golongan ulama konservertif. Kaum Tua
menentang pembaharuan yang dibawa oleh Kaum Muda. Mereka menuduh
Kaum Muda sebagai golongan murtad dan kafir. Kaum Tua bimbang jika
idea pembaharuan diterima, kedudukan mereka dalam masyarakat Melayu
akan tergugat. Kaum Tua menerbitkan majalah seperti Pengasoh, Lidah
Benar Suara Benar dan Panduan. Golongan Kaum Tua mendapat
sokongan daripada raja dan pembesar Melayu yang menyebabkan Kaum
Muda meletakkan jawatan di Jabatan Agama Islam di Negeri-negeri Melayu
dan kembali menetap di Negeri-negeri Selat.
PENEGASAN Jelaslah bahawa, ketika itu, sebahagian besar orang Melayu masih belum
sedar bahawa mereka sudah ketinggalan dalam bidang ekonomi dan sosial
berbanding dengan kaum-kaum lain khususnya kaum bukan Melayu. Hal
ini telah membantutkan perjuangan Kaum Muda.
KESIMPULAN Kesimpulannya, Kaum Muda diakui telah memberikan sumbangan yang
penting dalam pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.
Mereka telah memperjuangkan isu-isu sosioekonomi orang Melayu. Kaum
Muda menggunakan agama Islam untuk meyatupadukan masyarakat
Melayu.
Walaupun Gerakan Islah yang diperjuangkan oleh Kaum Muda gagal
menyedarkan orang Melayu secara keseluruhannya, namun idea-idea
reformis Islam yang diperkenalkan telah berjaya menanamkan semangat
perpaduan dalam kalangan orang Melayu untuk bangun menentang
penjajah Inggeris.

Soalan 3 : Tema 3 [ Perjuangan Mencapai Kemerdekaan ]

Pelaksanaan Malayan Union 1946 telah mendapat tentangan daripada


TAJUK penduduk Melayu. Huraikan sebab-sebab dan cara penentangan
tersebut.
Malayan Union ialah kesatuan yang ingin diwujudkan oleh kerajaan

47
British untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Menurut kerajaan
British, Malayan Union adalah persediaan kepada orang Melayu untuk
PENDAHULUAN berkerajaan sendiri. Kerajaan British telah bercadang mengisytiharkan
Malayan Union pada 1 April 1946. Walau bagaimanapun penubuhan Malayan
Union telah mendapat tentangan daripada orang Melayu.

Malayan Union mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana


FAKTA 1
kedaulatan dan kuasa sultan terancam.
Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union
telah mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu
dikurangkan dan pentadbiran diambil alih oleh Gabenor yang mempunyai
kuasa veto.Akibat Raja-raja kehilangan kuasa, orang Melayu bimbang tentang
HURAIAN
masa hadapan untuk menghadapi persaingan daripada kaum bukan Melayu.
Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan ini
menjatuhkan maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam
menjadi Pengerusi Majlis agama Islam.
Orang Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik dan hak
keistimewaan.Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka dilucutkan
CONTOH
kuasa politik. Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah
Melayu menjadi Tanah Jajahan British.
Tegasnya, hal ini telah menimbulkan semangat nasionalisme yang membara
PENEGASAN ISI
dalam kalangan orang Melayu untuk menentang Malayan Union.
FAKTA 2 Sebab kedua ialah pemberian taraf kerakyatan.
Prinsip kerakyatan berdasarkan jus soli telah menebalkan perasaan
kebencian orang Melayu kepada orang lain. Syarat kerakyatan yang longgar
HURAIAN
membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang
Melayu.Orang Melayu meragui kesetiaan orang Cina dan orang India.
Jika yang orang bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang
CONTOH Melayu, hal ini akan menyebabkan hak istimewa dan kedudukan politik orang
Melayu akan tergugat.
Tegasnya, keadaan ini amat berbahaya untuk kedudukan politik, ekonomi dan
PENEGASAN ISI masa hadapan orang Melayu sehingga menyebabkan orang Melayu bangkit
menentang.
Sebab yang ketiga ialah cara Mac Michael mendapatkan tandatangan
FAKTA 3
Sultan.
HURAIAN Mac Michael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan

48
sultan. Beliau mendapatkan persetujuan sultan Melayu dengan paksaan.
Beliau mengugut akan melucutkan jawatan sultan kerana telah bersubahat
dengan Jepun. Mac Michael tidak memberi masa dan peluang kepada sultan-
sultan untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar
masing-masing. Orang Melayu marah kerana Mac Michael tidak
menerangkan kepada sultan-sultan tentang syarat-syarat gagasan Malayan
Union secara terperinci sebelum sultan menandatangani perjanjian tersebut.
Pemimpin-pemimpin Melayu marah dan berasa terhina dengan
keangkuhan British yang tidak memperdulikan kepentingan orang Melayu.
CONTOH
Mereka menganggap tindakan British sebagai tidak berperlembagaan dan
tidak demokratik.
Tegasnya, tindakan Mac Michael yang tidak menghormati sultan dan
PENEGASAN ISI pembesar dalam mendapatkan tandatangan telah menyebabkan penentangan
orang Melayu.
FAKTA 4 Penentangan melalui akhbar.
(CARA)
Penentangan telah dilakukan oleh orang Melayu melalui akhbar oleh
HURAIAN pemimpin-pemimpin untuk menyeru bangsa Melayu menubuhkan Barisan
Bersatu menentang Malayan Union.
Akhbar-akhbar Melayu seperti Warta Negara dan Utusan Melayu telah
CONTOH memuatkan recana yang mengingatkan orang Melayu tentang bahaya
Malayan Union.
Tegasnya, desakan akhbar telah menyebabkan pemimpin pertubuhan bersatu
PENEGASAN ISI padu dan menyuarakan tentang terhadap Malayan Union.

FAKTA 5 Penentangan juga dilakukan dengan tunjuk perasaan.

Antara tunjuk perasaan yang telah diadakan ialah pada 15 Disember 1945,
satu demontrasi telah diadakan oleh Persatuan Melayu Kelantan semasa
HURAIAN kedatangan Mac Michael tiba di istana Sultan Kelantan. Pada 19 Januari,
Persatuan Melayu Kedah mengadakan demontrasi di Alor Setar dan disertai
kira-kira 50 000 orang.

Pada 1 Februari 1946, Persatuan Melayu Kelantan sekali lagi mengadakan


CONTOH tunjuk perasaan di Kota Bahru. Pada 10 Februari 1946, satu lagi tunjuk
perasaan disertai oleh 15 000 orang Melayu termasuk wanita diadakan di

49
Johor.

FAKTA 6 Peranan Dato’Onn b. Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor

Dato’ Onn b. Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor telah berusaha


mengadakan Kongres Melayu Se-Malaya. Pada 29 dan 30 Mac 1946,
Kongres Melayu se-Malaya telah mengadakan mesyuarat tergempar dan
beberapa persetujuan telah dicapai. Antaranya ialah, orang Melayu mesti
bersatu padu menentang Malayan Union, Raja-raja Melayu dan Ahli-ahli
HURAIAN
Majlis Mesyuarat Negeri dan orang Melayu akan memulaukan upacara
pengisytiharan Malayan Union dan Kongres sebulat suara bersetuju untuk
menubuhkan parti politik yang kuat untuk menentang Malayan Union. Akhir
sekali, Kongres mahu kerajaan British menarik balik Malayan Union dan
mengekalkan Tanah Melayu seperti sebelum tahun 1941.

Kesimpulannya, Penentangan orang-orang Melayu terhadap Malayan


union adalah kerana takut kedaulatan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan
orang Melayu akan lenyap. Oleh itu, berlakunya penentangan daripada
KESIMPULAN
pemimpin-pemimpin Melayu yang ingin membela nasib orang Melayu.
Akhirnya, Malayan Union dibubarkan dan kerajaan British memperkenalkan
Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Soalan 4 : Tema 3 [ Perjuangan Mencapai Kemerdekan ]

Terangkan langkah-langkah bagi mencapai kemerdekaan Tanah


TAJUK
Melayu antara tahun 1951-1957.
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan langkah pertama
ke arah mencapai taraf berkerajaan sendiri bagi Tanah Melayu. Namun
begitu kerjasama antara kaum merupakan prasyarat bagi mendapatkan
PENDAHULUAN
kemerdekaan sama ada melalui rundingan, permuafakatan dan tolak ansur
antara semua pihak. Bagi mencapai hasrat itu, beberapa usaha telah
dilakukan untuk mencapai kemerdekaan.

50
FAKTA Sistem Ahli 1951
Dicadangkan oleh Dato’ Onn bin Jaafar berdasarkan model yang telah
dilaksanakan di Kenya dan Rhodesia Utara. Tujuan sistem ini adalah untuk
melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah
Melayu. Ia merupakan kabinet bayangan yang bertindak sebagai kumpulan
HURAIAN
eksekutif atau pengurus pentadbiran negara. Anggotanya terdiri daripada 9
orang, iaitu 5 orang tempatan, 3 Melayu,1 Cina, 1 India dan 4 pegawai
British yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Masing-masing
menjaga satu portfolio.
Dato’ Onn bin Jaafar memegang fortfolio Ahli Dalam Negeri, Dato’ E.E.C.
Thuraisingam, Ahli Pelajaran, Tunku Yaacob ibni Sultan Abdul Hamid
bertanggungjawab dalam fortfolio Ahli Pertanian dan Perhutanan. Dr Lee
CONTOH Tiang Keng, Ahli Kesihatan, Dato’ Mahmud Mat sebagai Ahli Tanah,
Perlombongan dan Perhubungan, O.A. Spenser, Ahli Ekonomi, J.D.
Hodgkinson memegang fortfolio Ahli Perindustrian dan Hubungan Sosial
dan J.D.Mead sebagai Ahli Perumahan dan Kerja Raya.
Sistem Ahli merupakan asas penting menentukan kemerdekaan kerana ia
PENEGASAN ISI
mewakili pelbagai kaum.
A)Pilihan Raya Majlis Bandaran 1951-1952
FAKTA
B)Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Pilihan raya Majlis Bandaran diadakan pada peringkat tempatan sebagai
langkah ke arah demokrasi berparlimen. Pilihan raya peringkat ini diadakan
buat pertama kali di Pulau Pinang pada 1 Disember 1951 bagi 9 kerusi. Pada
tahun 1952 diadakan pula di Kuala Lumpur yang menggabungkan UMNO
dan MCA sebagai Parti Perikatan dan telah menang 9 dari 12 kerusi yang
HURAIAN
dipertandingkan. Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan dijalankan
pada bulan Julai 1955. Pilihan raya ini bertujuan memilih 52 orang ahli
Majlis Perundangan Persekutuan. Parti Perikatan memenangi 51 kerusi dan
ini menunjukkan pendirian parti ini dapat diterima rakyat tanpa mengira
kaum yang diwakili.
Di beberapa kawasan, ramai orang Melayu menyokong calon berbangsa Cina
dan begitulah sebaliknya. Kemenangan ini menyebabkan terbentuknya
CONTOH
kabinet yang terdiri daripada 10 orang menteri, iaitu 6 orang menteri dari
UMNO, 3 orang dari MCA dan seorang dari MIC
PENEGASAN ISI Usaha tersebut membuktikan terjalinnya semangat kerjasama dan
51
persefahaman antara UMNO, MCA dan MIC.
FAKTA Rombongan Kemerdekaan
Pada Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman menghantar memorandum ke
Pejabat Tanah Jajahan British untuk merundingkan soal kemerdekaan. Dua
perkara yang diminta iaitu pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin dan
HURAIAN penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan
baharu Tanah Melayu. Pada 1 Januari 1956, rombongan bertolak ke London.
Rundingan yang dipengerusi oleh Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord
Lennox Boyd berjaya mencapai beberapa persetujuan.
Antaranya ialah British bersetuju memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
dan Tanah Melayu kekal dalam lingkungan Komanwel dan mengamalkan
pemerintahan secara demokrasi. Rakyat tempatan akan mengambil alih
CONTOH
tugas pegawai British dalam beberapa jawatan penting. Sebuah badan bebas
dibentuk untuk menggubal perlembagaan baharu. Dan tentera British
dibenarkan berada di Tanah Melayu.
Walaupun rundingan ini mengambil masa yang panjang tetapi British tidak
PENEGASAN ISI
dapat menghalang hasrat penduduk Tanah Melayu untuk merdeka.
FAKTA Suruhanjaya Reid
Pada Jun 1956, sebuah suruhanjaya dibentuk untuk merangka perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu dengan berasaskan beberapa syarat seperti
kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan raja berperlembagaan, kaum
bukan Melayu dilindungi dan amalan demokrasi. Suruhanjaya Reid
HURAIAN
ditugaskan membuat beberapa tinjauan untuk memperoleh pandangan
daripada semua peringkat, iaitu orang perseorangan, pertubuhan politik,
kesatuan sekerja dan persatuan. Sebanyak 131 memorandum diterima
daripada Parti Perikatan dan raja-raja Melayu.
Antaranya menwujudkan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan negeri,
institusi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
menggantikan Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis Raja-Raja diteruskan.
CONTOH
Selain itu Parlimen yang mengandungi sistem dua dewan dengan bantuan
tiga badan pemerintah. Agama Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa
Melayu menjadi bahasa kebangsaan.
Pada bulan Februari 1957, Suruhanjaya telah berjaya menyelesaikan
PENEGASAN ISI tugasnya dan Jawatankuasa Kerja ditubuhkan untuk mengkaji lpaoran Reid
itu.

52
Dengan kerjasama dan dasar tolak ansur semua kaum di Tanah Melayu
KESIMPULAN akhirnya pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka berlangsung upacara
pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku abdul Rahman.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN


Soalan 1 : Tema 4 [ Sistem Pemerintahan ]

Jelaskan struktur dan organisasi sistem pentadbiran yang diamalkan di


TAJUK Malaysia selepas kemerdekaan.

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan. Asas kepada sistem


ini bermula dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada
tahun 1896. Perlembagaan persekutuan tanah melayu menjadi teras sistem
demokrasi berparlimen di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan.
PENDAHULUAN Terdapat tiga komponan penting dalam sistem pemerintahan Malaysia,
iaitu badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman. Ketiga-
tiga badan ini bertanggungjawab kepada Yang Dipertuan Agong yang
menjadi simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Ketiga-tiga komponan ini
diasingkan untuk mengelakkan penyelewengan dan pemusatan kuasa.
ISI / FAKTA 1.Badan perundangan
Badan perundangan merupakan kompenan yang bertanggungjawab untuk
menggubal undang-undang. Badan perundangan terbahagi kepada 3
HURAIAN
peringkat, iaitu peringkat kerajaan persekutuan(Parlimen), kerajaan
negeri(Dewan Undangan Negeri) dan kerajaan tempatan. Parlimen yang
menggubal undang-undang di Malaysia terdiri daripada tiga komponan
iaitu Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Yang Di Pertuan Agong merupakan kompenan terpenting dalam
badan perundangan. Bidang kuasa baginda adalah seperti yang termaktub
CONTOH
dalam perlembagaan Malaysia. Baginda merupakan raja berperlembagaan
yang bertindak mengikut Jemaah Menteri. Yang Dipertuan Agong juga
merupakan ketua negara dan ketua tertinggi angkatan bersenjata.
Satu lagi kompenan badan perundangan ialah Dewan Negara yang
dikenali sebagai Senat. Dewan ini membahaskan semua undang-undang
yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Bilangan senator ialah seramai 69

53
orang ahli yang mewakili semua negeri dan dilantik tanpa melalui pilihan
raya.
Dewan Rakyat pula ialah dewan terpenting yang mewakili rakyat
Malaysia. Ia diwujudkan selepas pilihan raya pada tahun 1959. Ahli-ahli
Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum. Dewan
Rakyat memainkan peranan penting dalam menggubal undang-undang.
PENEGASAN
Ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun wakil rakyat membincangkan cadangan
rang undang-undang melalui beberapa proses sebelum diluluskan.
Tegasnya Badan perundangan memainkan peranan yang penting
dalam menegakkan undang-undang di Malaysia yang akan menjamin
kestabilan negara.
ISI / FAKTA 2. Badan Eksekutif
Sistem pentadbiran di Malaysia dilaksanakan oleh badan eksekutif
yang diketuai oleh Perdana Menteri dan Jemaaah Menteri atau Kabinet.
Kabinet melaksanakan kuasa eksekutif di ,peringkat persekutuan atau
kerajaan pusat. Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan pusat menjalankan
tugas dengan bantuan Jemaah Menteri. Perdana Menteri sebagai pemimpin
HURAIAN
bertanggungjawab ke atas semua kementerian dan dasar-dasar kerajaan.
Beliau membentuk dan merancang dasar-dasar kerajaan serta
menyelaraskan semua kementerian, jabatan dan badan berkanun di
Malaysia. Di peringkat negeri pula, pentadbiran diketuai oleh Menteri
Besar atau Ketua Menteri.
Jemaah Menteri terdiri daripada kumpulan menteri yang dilantik
untuk mengendalikan kementerian masing-masing. Fungsi utama Jemaah
CONTOH
menteri adalah menggubal dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan.
Kementerian, jabatan, dan badan berkanun diwujudkan untuk menjalankan
tugas-tugas tertentu. Setiap kementerian mempunyai jabatan-jabatannya di
peringkat pusat, negeri dan daerah.
Pentadbiran negeri terletak pada ketua menteri atau Menteri Besar
dengan dibantu oleh ahli-ahli Exco membuat dasar pentadbiran kerajaan
negeri.
Di peringkat kerajaan tempatan terdiri daripada majlis perbandaran

PENEGASAN dan majlis daerah. Di sabah, pentadbiran dibahagikan kepada daerah dan
kampung. Daerah, ditadbir oleh pegawai daerah yang dibantu oleh ketua
anak negeri dan ketua kampung. Di Sarawak pentadbiran dibahagikan
54
kepada bahagian daerah dan kampung. Setiap bahagian ditadbir oleh
residen dan dibantu oleh temenggung. Daerah ditadbir oleh pegawai daerah
dan kampung ditadbir oleh penghulu.
Jelaslah bahawa Badan eksekutif atau pelaksana memainkan peranan
yang penting dalam struktur pentadbiran kerajaan Malaysia di peringkat
pusat, negeri dan kerajaan tempatan.
ISI / FAKTA 3. Badan Kehakiman
Badan kehakiman merupakan badan yang penting dalam
mewujudkan keamanan dan menegakkan keadilan. Melalui badan
kehakiman, semua pihak dapat membela dan melindungi hak masing-
masing. Badan kehakiman mempunyai kuasa yang lebih besar daripada
parlimen dan Jemaah menteri.
Badan ini berfungsi untuk mentafsir undang-undang. Badan
kehakiman bebas daripada kawalan semua pihak. Perlembagaan Malaysia
HURAIAN telah mewujudkan sistem mahkamah untuk menjalankan tugas-tugas
kehakiman. Mahkamah agong ialah badan kehakiman yang tertinggi dan
ketua hakim mahkamah ini ialah ketua hakim negara.
Badan kehakiman di Malaysia dibahagikan kepada 2 iaitu,
Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Atasan terdiri
CONTOH daripada Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah
Tinggi. Mahkamah Rendah pula terdiri daripada Mahkamah Seksyen,
Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu. Di Sabah dan Sarawak
terdapat Mahkamah Adat. Mahkamah Agung berfungsi sebagai Mahkamah
Rayuan muktamad dan menggantikan Privy Council di London pada tahun
PENEGASAN
1991. Setiap badan kehakiman atau mahkamah ada bidang kuasa
perbicaraannya agar tidak berlaku percanggahan dalam badan pengadilan.
Tegasnya Badan Kehakiman mempunyai mahkamah dalam
menegakkan keadilan
Kesimpulannya sistem pemerintahan Malaysia selepas merdeka telah
distrukturkan dengan jelas di peingkat Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri
termasuklah Sabah dan Sarawak. Satu bentuk pentadbiran Kerajaan Pusat
KESIMPULAN
dan Kerajaan Negeri yang sistematik dapat dilaksanakan. Ini menjamin
kestabilan politik dan keharmonian negara.

Soalan 2 : Tema 4 [ Sistem Pemerintahan ]


55
TAJUK Nilaikan peranan Yang Dipertuan Agong dalam pemerintahan raja
berperlembagaan di Malaysia.

PENDAHULUAN Ketua Negara Malaysia ialah Yang Dipertuan Agong (YDPA). Baginda
merupakan Raja Berperlembagaan dan tertakluk kepada Perlembagaan
Malaysia. Jawatan baginda diwujudkan sejak tahun 1957 mengikut
Perlembagaan Malaysia. YDPA dipilih oleh oleh Majlis Raja-Raja dalam
kalangan sembilan orang sultan Melayu mengikut peraturan pemilikan yang
terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan YDPA dipegang secara
bergilir-gilir dan bukan diwariskan mengikut keturunan. Jawatan YDPA
dipegang selama lima tahun oleh setiap raja yang dipilih untuk memegang
jawatan tersebut. YDPA tidak memiliki kuasa mutlak kerana baginda terikat
dengan Perlembagaan Persekutuan. YDPA menjalankan kuasa pemerintahan
negara berdasarkan nasihat Perdana Menteri. Peranan YDPA sangat penting
dalam pentadbiran negara disebabkan kedudukan tinggi baginda.

FAKTA Peranan YDPA dalam Badan Eksekutif

HURAIAN/ Baginda selaku YDPA ialah eksekutif utama negara. Dalam menjalankan
CONTOH peranan tersebut, baginda perlu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri
atau Perdana Menteri. Baginda berhak memperoleh maklumat tentang
perjalanan dan perkembangan sistem pentadbiran dan pemerintahan negara
daripada Kabinet. Meskipun begitu, YDPA mempunyai kuasa budi bicara
untuk melantik Perdana Menteri, menerima atau menolak permintaan
Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen serta meminta diadakan
mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan tentang keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan serta kebesaran raja-raja Melayu. Selain itu, baginda
juga berkuasa melantik Yang Dipertua Negeri bagi Pulau Pinang, Melaka,
Sabah dan Sarawak, Peguam Negara, Ketua Audit Negara, Pengerusi dan
tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta ahli Perkhidmatan Kehakiman.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa YDPA merupakan mercu pihak berkuasa negara dan simbol
kenegaraan tertinggi bagi Malaysia.

FAKTA Peranan YDPA dalam Badan Perundangan

HURAIAN/ Dalam bidang perundangan, YDPA bertanggungjawab untuk


CONTOH memperkenankan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat
dan Dewan Negara sebelum diisytiharkan menjadi undang-undang yang sah.
56
Semua pelaksanaan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen
memerlukan pengiktirafan baginda sebelum dikuatkuasakan. Baginda
mestilah mengiktiraf undang-undang yang baharu dalam tempoh 30 hari
selepas diluluskan oleh Parlimen. Sekiranya baginda tidak bersetuju dengan
rang undang-undang tersebut, baginda boleh merujuknya kepada Parlimen
untuk dibincangkan semula. Selain itu, YDPA juga mempunyai kuasa
memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa, menangguhkan
dan membubarkan Parlimen, memberi ucapan dalam mana-mana majlis
Parlimen serta melantik Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
YDPA juga berperanan melantik dua orang senator untuk Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan
dan Putrajaya serta melantik 40 orang senator lain sebagai ahli Dewan
Negara.

PENEGASAN ISI Hakikatnya, YDPA merupakan piagam utama perlembagaan dan entiti
legislatif Parlimen Malaysia dan menandatangani semua akta Parlimen yang
diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

FAKTA Peranan YDPA dalam Badan Kehakiman

HURAIAN/ Dalam Badan Kehakiman, YDPA berperanan melantik Ketua Hakim Negara,
CONTOH Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim
Mahkamah Persekutuan mengikut nasihat Perdana Menteri dan setelah
berunding dengan Majlis Raja-Raja. Mengikut Perlembagaan Persekutuan,
Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan dan menangguhkan sesuatu
hukuman yang dibicarakan di Mahkamah Tentera. Melalui proses tertentu,
pengampunan juga boleh diberikan terhadap segala kesalahan yang
dilakukan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)
serta segala hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Melaka,
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

PENEGASAN ISI Kesimpulannya, YDPA merupakan lambang kedaulatan dan ketertinggian


kuasa negara. Baginda menjadi tumpuan taat setia seluruh rakyat tanpa
mengira bangsa dan negara.

FAKTA Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera

HURAIAN/ Antara peranan lain YDPA ialah sebagai pemerintah tertinggi angkatan
CONTOH tentera bersenjata Persekutuan Malaysia. Majlis Angkatan Tentera di bawah
kuasa am YDPA bertanggungjawab untuk memerintah, menjaga tatatertib,
mentadbir dan menguruskan segala perkara yang berhubung dengan
angkatan tentera.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera, YDPA

57
merupakan lambang kedaulatan dan menjadi penaung kepada kekuatan
negara.

FAKTA Ketua Agama Islam

HURAIAN/ Dari aspek agama, YDPA ialah ketua agama Islam bagi negerinya sendiri dan
negeri-negeri yang tidak beraja seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah,
CONTOH Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

PENEGASAN ISI Tegasnya, dengan kedudukan dan peranan tersebut, YDPA merupakan
pelindung dan penaung agama Islam bagi kawasan-kawasan tersebut.

FAKTA Peranan Lain YDPA

HURAIAN/ YDPA juga turut berperanan memelihara kedudukan istimewa masyarakat


CONTOH Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain itu, YDPA juga
bertanggungjawab untuk mentauliahkan duta-duta yang dihantar ke luar
negara dan menerima tauliah duta dari negara asing. Baginda juga
berperanan menyambut tetamu luar negara yang setaraf dengan baginda
seperti Ratu England dan Maharaja Jepun. Baginda juga berperanan
menganugerahkan pingat kebesaran kepada individu yang telah berjaya atau
banyak berjasa kepada negara.Di samping itu juga, YDPA mempunyai
peranan mengisytiharkan Undang-undang Darurat di bawah “Undang-
undang X” jika didapati keselamatan negara terancam.

PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa peranan dan tugas YDPA amat luas di sisi perlembagaan
Persekutuan menjadikan baginda simbol keunikan pemerintahan Raja
Berperlembagaan di Malaysia.

KESIMPULAN Kesimpulannya, YDPA sebagai ketua negara memikul peranan dan


tanggungjawab tidak terhad di dalam dan luar negara. Namun dalam
menjalankan kuasa eksekutif, baginda bertindak atas nasihat Perdana Menteri
seperti melucutkan jawatan atau melantik hakim, Jemaah Menteri, Ketua
Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Pengerusi Suruhanjaya. Namun
yang nyata, Yang Dipertuan Agong ialah simbol perpaduan, penyatuan,
kehormatan dan kedaulatan negara. Justeru menghormati Yang Dipertuan
Agong bermakna menghormati kerajaan Baginda dan Malaysia.

58
TAJUK Bincangkan strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat melalui dasar ekonomi baru.
PENDAHULUAN Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun
Abdul Razak, iaitu Perdana Menteri Malaysia Kedua pada tahun 1970.
DEB merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang
meliputi tempoh antara tahun 1970-1990. Rancangan-rancangan
pembangunan di bawah DEB dijalankan menerusi strategi serampang dua
mata, iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan
semula masyarakat. Kerajaan telah melakukan pelbagai strategi dan usaha
untuk melaksanakan DEB ini.
FAKTA 1 Strategi membasmi kemiskinan - Penyediaan kemudahan asas di bandar dan luar
bandar.
HURAIAN/ Antara strategi membasmi kemiskinan ialah penyediaan kemudahan asas
di bandar dan luar bandar. Keadaan masyarakat Malaysia sebelum DEB
CONTOH
sangat berbeza kerana hanya masyarakat yang tinggal di bandar sahaja
dapat menikmati kemudahan asas seperti perubatan, pendidikan dan
sebagainya manakala masyarakat di luar bandar pula adalah sebaliknya.
Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3 peratus
daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis
kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan
kira-kira 86 peratus daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar.
Bagi mencapai matlamat di atas, kerajaan telah menyediakan pelbagai
perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan.
kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu. keutamaan juga
diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti
program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan
tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah.
PENEGASAN ISI Tegasnya kemudahan asas yang disediakan ini telah dapat membantu
mengurangkan jurang kemiskinan.
FAKTA 2 Menyediakan peluang pekerjaan

HURAIAN/ Seterusnya menyediakan peluang pekerjaan. Kerajaan turut meluaskan


lagi peluang pekerjaan bagi semua masyarakat tanpa mengira kaum.
CONTOH
Kerajaan telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua
kaum tanpa terikat lagi dengan dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah.
Kerajaan juga telah menggalakkan penyertaan semua kaum dalam sektor-
sektor yang berpotensi dan mempunyai daya pengeluaran yang tinggi
seperti perniagaan, perindustrian dan juga perkhidmatan. Hal ini bertujuan

59
agar rakyat Malaysia yang mempunyai modal yang besar dapat membantu
pembangunan ekonomi negara dengan mewujudkan lebih banyak peluang
pekerjaan kepada semua kaum. Misalnya, kaum Melayu diberi peluang
luas serta terlibat dalam bidang perniagaan serta bidang-bidang lain
berbanding sebelum ini yang amat terikat dengan kegiatan pertanian sara
diri di lufll buildar. Manakala kaum Cina dan India turut diberi peluang
mencebur diri dalam bidang ekonomi lain seperti bidang perkhidmatan dan
perindustrian.
PENEGASAN ISI Jelaslah bahawa penyertaan semua kaum dalaMi semua bidang ekonomi
ini dapat membasmi kemiskinan.
FAKTA 3 Memajukan daya pengeluaran golongan miskin

HURAIAN/ Memajukan daya pengeluaran golongan miskin. Strategi lain yang


dilaksanakan ialah memajukan lagi daya pengeluaran golongan miskin
CONTOH
yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan masyarakat. Kerajaan
berusaha menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan melalui teknik
moden dan kemudahan-kemudahan yang lebih baik seperti program
tanaman padi dua kali setahun, tanaman padi luar musim, kemudahan parit
dan tali air serta kemudahan pasaran dan kredit bagi membantu golongan
bumiputera di kawasan luar bandar. Antara langkah yang dilaksanakan oleh
kerajaan ialah menambahkan peluang untuk menukarkan kegiatan yang
mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti
rancangan tanah FELDA. FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden,
kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden, kemudahan
bantuan kewangan dan teknik, serta peluang pendidikan dan latihan.
PENEGASAN ISI Jelas dapat meningkatkan peluang pendapatan dalam kalangan golongan
miskin.
FAKTA 4 Strategi menyusun semula masyarakat - Menambahkan pemilikan
rakyat dalam sektor swasta
HURAIAN/ Strategi menyusun semula masyarakat yang dilakukan adalah dengan
CONTOH menambahkan pemilikan rakyat dalam sektor swasta. Penambahan
pemilikan rakyat dalam sektor swasta adalah bertujuan meningkatkan
pemilikan kaum bumiputera sekurang-kurangnya 30 peratus daripada
jumlah saham dalam sektor swasta dan perniagaan. Malahan hak bukan
bumiputera juga diberi perhatian dengan menggariskan bahawa penglibatan
mereka boleh mencapai sehingga tahap 40 peratus dalam tempoh yang sama
dan selebihnya pelabur-pelabur asing. Strategi ini dilaksanakan adalah

60
kerana kaum bumiputera jauh ketinggalan dalam pemilikan ekonomi sejak
negara mencapai kemerdekaan. Buktinya, penubuhan Permodalan Nasional
Berhad dan Dasar Penswastaan Negara, telah mengembangkan pemilikan
harta dan saham perindustrian serta memindahkan perkhidmatan,
perusahaan, pelaburan kepada sektor swasta untuk mempercepatkan
pembangunan ekonomi.
PENEGASAN ISI Jelas, strategi ini berjaya mengurangkan jurang ekonomi antara kaum di
Malaysia.
FAKTA 5 Membangunkan kawasan- kawasan yang mundur tetapi berpotensi
tinggi
HURAIAN/ Strategi lain dalam menyusun semula masyarakat yang pelbagai ras ialah
CONTOH membangunkan kawasan- kawasan yang mundurtetapi berpotensi tinggi.
Antaranya ialah pembangunan wilayah. Objektif rancangan dan
pembangunan wilayah di bawah DEB ialah mengurangkan ketidaksamaan
tingkat kehidupan di antara kawasan-kawasan dengan menggandakan kadar
pertumbuhan yang berhubung dengan kawasan-kawasan yang kurang
membangun, mengeksploitasi sepenuhnya potensi sumber-sumber tenaga
manusia dan fizikal di kawasan kurang membangun dan dengan
menyamaratakan agihan perkhidmatan-perkhidmatan dan kemudahan-
kemudahan asas.
PENEGASAN ISI Buktinya, perancangan untuk pembangunan sumber-sumber kawasan
seperti Johor Tenggara (KEJORA), Pahang Tenggara (DARA) dan
rancangan kawasan-kawasan utara atau pusat-pusat pertumbuhan,
termasuklah Rancangan Lembah Klang, Pelan Induk Pulau Pinang,
Rancangan Johor Selatan dan Rancangan Kuantan.
KESIMPULAN Kesimpulannya, jelas bahawa kerajaan telah mengambil pelbagai strategi untuk
mencapai matlamat DEB. DEB memberi pelbagai sumbangan kepada kehidupan
masyarakat majmuk di negara dan sekali gus keamanan dapat dikekalkan sehingga
hari ini.

61
BAHAGIAN B
SEJARAH ASIA TENGGARA

Senarai Guru Penyedia Modul Bahagian B [Sejarah Asia Tenggara]

YEE TEIK HUAT NOOR HAYATI BT UJAR


SMK(L) METHODIST SM TINGGI BUKIT MERTAJAM

SHARUL NIZAM B SUHAIMI SARASWATHY A/P THERUMALAI


SMK DATO' ONN KOLEJ TINGKATAN ENAM
ZAINAL ABIDIN
KESAVAN A/L SINNIAH ZAINON BT OTHMAN
SMK TUNKU ABDUL SMKA(L) AL MASHOOR
RAHMAN
FARIDAH BT ABDULLAH SHALINI A/P R.
SMK PENANTI KRISHNAMURTHY
KOLEJ TINGKATAN ENAM
ZAINAL
ABIDIN

HALIJAH BT ISMAIL CHAN EIT FONG


SMK MUTIARA IMPIAN SMK TUN SYED SHEH
BARAKBAH

ANIZA BT ISMAIL FUZAITI BT OMAR


SMK DESA MURNI SMK SEBERANG JAYA

SITI HAJAR BT ISMAIL NORIDAH BT ABU BAKAR


SMK SERI BALIK PULAU SMK DESA MURNI

Soalan 1 Tema 1 [masyarakat] – institusi pemerintahan


62
Tajuk Jelaskan Hieraki dan Peranan Pembesar di Vietnam Sebelum Campurtangan
Kuasa Peranchis pada Abad Ke-19

Pendahuluan Pembesar merupakan pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk
menjawat jawatan tertentu bagi membantu maharaja dalam melaksanakan
tugas-tugas dalam pemerintahan atau bidang kuasa yang diberikan
kepadanya .Ini kerana raja tidak berupaya untuk menanggung segala
urusan pemerintahan secara bersendirian. Pembesar juga mempunyai kuasa
tertentu namun terbatas mengikut keperluan dan kehendak raja . Dari segi
kedudukan, golongan pembesar berada pada lapisan kedua selepas raja
dalam hieraki pemerintahan. Sebelum campurtangan kuasa Peranchis
,terdapat tiga peringkat pembesar di Vietnam iaitu peringkat pusat, daerah
dan pembesar peringkat kampung (komun).

fakta 1 Di Vietnam, pembesar mempunyai kedudukan atau hierarki tersendiri yang


dibahagikan kepada beberapa peringkat serta mempunyai bidang tugas
tertentu.

Huraian / Semasa pemerintahan Dinasti Nguyen, kedudukan pembesar di Vietnam


contoh lebih teratur dan mendapat kedudukan istimewa dalam pentadbiran.
Pembesar diberi kebebasan dan kuasa penuh untuk mengetuai setiap
peringkat pentadbiran sama ada peringkat pusat, daerah ataupun
kampung.Contohnya semasa pemerintahan Maharaja Gia Long, Pembesar
pusat dikenali sebagai golongan Mandarin, diikuti oleh pembesar daerah
dan seterusnya pembesar paling bawah adalah pembesar peringkat
kampung (komun) yang terdiri daripada Majlis Orang Tua yang bijak dan
berpengalaman

Penegasan isi Tegasnya, sistem pembesar di Vietnam mempunyai hierarki yang jelas
sebelum kedatangan Perancis. Hal ini menjadikan sistem pentadbiran lebih
teratur dan sistematik

Fakta 2 Seterusnya pembesar golongan Mandarin merupakan pembesar di peringkat


pusat yang membentuk birokrasi dan membantu Maharaja dalam sistem
pentadbiran dan mempunyai kedudukan istimewa

Huraian/contoh Golongan Mandarin adalah golongan intelektual yang lulus dalam


Peperiksaan Awam di China. Mereka mempunyai kemahiran dalam bahasa,
falsafah dan klasik Confucius. Golongan mandarin yang mendapat
pendidikan conficius yang baik adalah yang paling layak menjadi pegawai
dalam pentadbiran awam dan akan mengetuai Quan atau kementerian.
Pembesar pusat bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan
untuk memastikan jawatannya dikekalkan.

63
Jika gagal melaksanakan tugas, Maharaja mempunyai kuasa untuk
melucutkan jawatannya dan digantikan dengan pembesar yang lain.
Pembesar kanan ( Quan ) bertanggungjawab menasihati dan membantu
maharaja dalam membuat keputusan. Pembesar pusat juga
bertanggungjawab di ibukota.

Penegasan isi Jelaslah pembesar golongan mandarin sangat memainkan peranan penting
dalam pentadbiran di Vietnam.

Fakta 3 Di peringkat pusat juga terdapat Majlis Tertinggi (Noi- Cac) yang dibentuk
dan dipengerusikan oleh Maharaja. Maharaja akan dibantu oleh dibantu
oleh enam kementerian/ Quan

Huraian/contoh Semasa pemerintahan Maharaja Gia Long, baginda telah menubuhkan 6


buah kementerian / Quan. Golongan Mandarin akan dilantik bagi
mengetuai enam Quan atau kementerian tersebut bagi membantu maharaja
dalam menguruskan pentadbiran negara. Antara Quan tersebut ialah
Kementerian Hal Ehwal Awam, Kerja Raya, Kewangan, Upacara,
Kehakiman dan Peperangan. Quan Hal Ehwal Awam mempunyai
kedudukan yang paling tinggi berbanding Quan yang lain. Mereka
bertanggungjawab dalam memberi pandangan kepada maharaja dalam
semua hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
Majlis ini juga merupakan forum untuk menyelesaikan perkara-perkara
yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian.Di samping itu,
pembesar pusat akan dibahagikan kepada beberapa kelas tertentu iaitu
sebagai pembesar kanan, pembesar pusat, pembesar yang menjalankan
tanggungjawab di ibu kota dan istana. Golongan mandarin yang dilantik
mengetuai kementerian juga sangat dihormati, disanjung dan mendapat
sokongan rakyat.
Antara tugas pembesar kanan ialah mengetuai Majlis Sulit iaitu memberi
nasihat dan pandangan kepada Maharaja, menyelesaikan masalah-masalah
besar dan membantu Maharaja membuat keputusan.
Pembesar pusat berperanan menguruskan hal-hal berkaitan dengan
pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang di ibu kota.
Sementara pembesar peringkat ibu kota dan istana pula bertanggungjawab
mengetuai sesebuah jabatan seperti Jabatan Peperangan, Kehakiman dan
Pencukaian. Mereka juga bertugas sebagai pengawal peribadi raja serta
memimpin tentera.
Penegasan isi Jelaslah, bahawa setiap pembesar di peringkat pusat mempunyai bidang
tugas tertentu yang dapat melicinkan lagi pentadbiran di Vietnam sebelum
campur tangan kuasa Barat iaitu Perancis.

64
Fakta 4 Pembesar peringkat yang kedua ialah pembesar daerah.

Huraian/contoh Mereka mentadbir daerah tertentu dan mempunyai kuasa tertentu di


daerahnya. Bagaimanapun, kuasa pembesar daerah adalah terhad mengikut
peranan dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada Maharaja di pusat dan
mempunyai kebergantungan yang tinggi kepada sokongan Maharaja. Hal
ini kerana kedudukan mereka akan terjejas jika hilang sokongan Maharaja.
Selain itu, mereka mempunyai tanggungjawab besar kepada para pengikut.
Keperluan pengikut membantu pembesar daerah melaksanakan tugas yang
diarahkan oleh Maharaja.
Hal ini bermakna, seseorang pembesar bukan sahaja bertanggungjawab
kepada Maharaja tetapi juga kepada pengikutnya. Bilangan pengikut yang
ramai melambangkan kedudukan, status, kekayaan serta kejayaan
mengeksploitasi ekonomi.
Antara tugas pembesar daerah ialah mengutip cukai, mengurus soal
kehakiman, merekrut dan melatih anggota tentera dan menjalankan upacara
keagamaan dan adat istiadat.

Penegasan isi Oleh itu, jelaslah bahawa peranan pembesar daerah adalah terhadap
Maharaja dan terhadap pengikutnya. Hal ini kerana hubungan baik dengan
kedua-dua pihak dapat menjamin kelangsungan jawatan pembesar yang
dipegang.

Fakta 5 Pembesar yang paling bawah adalah pembesar peringkat kampung atau
komun.

Huraian/contoh Pembesar peringkat komun terdiri daripada Majlis Orang Tua yang bijak
dan berpengalaman. Mereka akan mengendalikan urusan pentadbiran
kampung dan berperanan dalam bidang kehakiman sebagai ketua hakim dan
pentafsir undang-undang. Antara tugas pembesar komun ialah mereka
bertanggungjawab menjalankan perintah dan arahan istana, mendamaikan
perselisihan dan mengutip cukai.

Penegasan isi Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh pembesar di peringkat kampung
menunjukkan Maharaja memberi kebebasan kepada pembesar
melaksanakan pentadbiran bagi pihaknya.

Kesimpulan Kesimpulannya, sistem pembesar di Vietnam telah dipengaruhi oleh sistem


sosial di China dari segi kedudukan Maharaja dan pembesar. Golongan
pembesar di Vietnam menjalankan tugas dan mentadbir negara bagi pihak
Maharaja. Bagaimanapun, kehadiran kuasa Barat Perancis telah mengubah
kedudukan dan peranan pembesar di Vietnam.

Soalan 2 Tema 1 [masyarakat] – institusi pemerintahan

65
Tajuk Huraikan hieraki dan peranan pembesar Thailand sebelum kedatangan Barat

Pendahuluan Sebelum perluasan pengaruh Barat pembesar memainkan peranan penting


dalam sistem politik di Thailand. Golongan pembesar berada di lapisan
kedua struktur sosial masyarakat iaitu selepas Raja. Oleh itu, golongan
pembesar memainkan peranan yang cukup penting sama ada dari segi
ekonomi , politik mahupun sosial.

Fakta 1 Pembesar daripada keluarga diraja digelar sebagai golongan Chao.

Huraian/contoh Golongan Chao terbahagi kepada tiga peringkat ,iaitu Chao Fa, iaitu putera
raja yang memerintah dengan permaisuri. Phra Ong Chao, putera raja
dengan gundik atau putera ke Chao Fa dengan isterinya kedudukan Chao.
Man Chao pula anak Chao Fa dengan isterinya yang tidak berkedudukan
Chao.

Penegasan isi Golongan kerabat diraja sangatlah penting kepada sistem pemerintahan raja
berkuasa mutlak yang diamalkan di Thailand

Fakta 2 Golongan Khunnnag

Huraian/contoh Kalangan pembesar ini terdiri daripada kalangan bangsawan yang digelar
Khunnang, serta anak-anak raja. Pembesar atau Khunnang di bahagikan
kepada beberapa jabatan (krom).Antaranya, Krom Mahattai atau Jabatan
Hal Ehwal Pentadbiran Awam . Ia merupakan jabatan yang paling
berprestij. Krom Klahon atau jabatan pertahanan Krom Khlang atau jabatan
kewangan dan hubungan luar.Pembesar yang mengetuai ketiga-tiga krom
/jabatan ini adalah pembesar kanan yang berhubung terus kepada raja.

Penegasan isi Ketua krom Mahattai memakai gelaran Samuha Nayok yang turut
bertanggungjawab mengawal wilayah utara Siam. Ketua Krom Kalahon
memakai gelaran Samuha Phra Kalahon atau Ketua Menteri yang mentadbir
bahagian Selatan dan turut menjaga aspek pertahanan.Ketua Krom Khlang
memakai gelaran Chao Phraya Phra Khlang yang bertanggungjawab
mengawal kawasan pesisir pantai dan teluk Siam.

Fakta 3 Krom

Huraian/contoh Di bawah Ketua Krom Kalahon dan Mahattai terdapat para pembesar yang
berjawatan lebih rendah. Mereka ini terdiri daripada empat Krom yang
termasuk dalam kebinet pemerintah Siam. Keempat-empat krom ini
dikenali Jatusadom atau 4 jabatan kanan yang bertanggugjawab melicinkan
pentadbiran Siam.

66
Penegasan isi Keempat-empat jabatan ini terdiri daripada Krom Muang atau Jabatan Ibu
Kota yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran ibu kota dan kawasan
sekitarnya. Krom Na atau jabatan tanah yang bertanggungjawab kepada
pentadbiran tanah. Krom Wang atau jabatan Istana yang bertanggungjawab
kepada soal istana. Satu lagi ialah Krom Khlang.

kesimpulan Matlamat utama sistem pentadbiran pusat dan wilayah di Thai ialah untuk
melicinkan pentadbiran kerajaan. Mereka juga mempunyai matlamat untuk
menguasai sumber tenaga manusia, iaitu unsur penting yang dapat
menjamin kedudukan ekonomi, politik dan sosial mereka.

Soalan 3 Tema 1 [ Masyarakat ]


Sistem sosial
Tajuk Jelaskan Susun Lapis Masyarakat Pulau Jawa Pada Abad Ke-19 Masihi

Pendahuluan Masyarakat Indonesia telah membentuk susun lapis masyarakat berdasarkan


pengaruh agama Hindu-Buddha yang kuat dan diikuti dengan pengaruh
Islam kemudiannya. Susun lapis masyarakat di Indonesia semakin jelas dan
tersusun selepas kemunculan kerajaan Islam di Sumatera dan Pulau Jawa.
Susun lapis masyarakat Pulau Jawa pada abad ke-19 Masihi terbahagi
kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang
diperintah
Fakta 1 Sultan mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam susun lapis
masyarakat di Pulau Jawa.

Huraian/contoh Sultan merupakan ketua agama Islam dan giat menyebarkan agama Islam
melalui penaklukan dan peluasan kuasa. Baginda dianggap istimewa,
mempunyai sifat luar biasa, berdaulat serta tidak boleh diderhaka. Sultan
juga dianggap Khalifah Allah di muka bumi dan pemimpin bagi umat
Islam.

Penegasan isi Di Jawa, raja dan kerabat raja agak terasing daripada masyarakat
disebabkan oleh pengaruh agama dan tradisi.
Fakta 2 Hierarki kedua dalam susun lapis masyarakat Pulau Jawa ialah golongan
Priyayi /bangsawan
Huraian/contoh Priyayi menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat jelata. Priyayi
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat diraja.
Priyayi sangat dihormati dan dipercayai oleh rakyat. Dalam masyarakat,
status Priyayi dianggap lebih tinggi dan dihormati daripada status yang lain.
Hubungan antara golongan bangsawan dan petani adalah rapat dan
bersepadu. Mereka juga merupakan pemimpin kerohanian atau agama
dalam masyarakat jawa. Priyayi merupakan golongan berkedudukan di
Jawa seperti pegawai tinggi dalam kerajaan.

Penegasan isi Golongan Priyayi berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketua adat
tempatan (Bupati).

67
Fakta 3 Rakyat menduduki heirarki tertinggi dalam golongan yang diperintah.

Huraian/contoh Rakyat yang kebanyakannya petani membayar cukai dan amat setia kepada
golongan pemerintah. Rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah
milik bangsawan, melaksanakan tugas yang diberikan dan menjadi askar
apabila tuan tanah terlibat dengan peperangan. Mereka bercucuk tanam
sebagai aktiviti harian seperti menanam padi. Golongan rakyat tidak
memiliki tanah tetapi menyewa tanah daripada golongan bangsawan.

Penegasan isi Petani merupakan majoriti daripada masyarakat dan menjadi tunjang
ekonomi bagi seluruh kawasan.

Fakta 4 Hamba menduduki heirarki paling bawah dalam susun lapis masyarakat
Pulau Jawa.
Huraian/contoh Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang-piutang. Hamba istana,
buruh kasar tuannya. Hamba akan melakukan setiap pekerjaan di bawah
arahan tuannya.

Penegasan isi Golongan hamba melambangkan status sosial pemiliknya.

Kesimpulan Masyarakat Indonesia mengalami perubahan yang besar apabila


kedudukan golongan yang memerintah semakin lemah dan hilang kuasa
akibat pengenalan sistem pentadbiran Barat setelah berlakunya
imperalisme Belanda pada abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Soalan 4 Tema 1[masyarakat ]
Sistem Ekonomi
Tajuk Bincangkan Ciri-Ciri Ekonomi Tradisional yang dijalankan oleh
Masyarakat Indonesia sebelum berlakunya peluasan kuasa Belanda
Pendahuluan Masyarakat Indonesia menjalankan kegiatan ekonomi tradisional atau
kegiatan ekonomi sara diri sebelum kedatangan Belanda. Tumpuan utama
ekonomi ini adalah untuk memperolehi keperluan asas bagi kegunaan ahli
keluarga. Sekiranya wujud lebihan, barulah ia ditukarkan dengan keperluan
lain atau diperdagangkan.
Aktiviti utama yang dijalankan ialah aktiviti pertanian tanaman padi selain
wujudnya aktiviti penangkapan ikan, penternakan , mengutip hasil hutan
dan perdagangan secara kecil-kecilan
Fakta 1 Antara ciri ekonomi tradisional yang dijalankan di Indonesia adalah
bersifat sara diri

Hurain/contoh Aktiviti ekonomi sara diri yang dijalankan oleh masyarakat Indonesia ialah
kegiatan pertanian, perikanan, mengutip hasil hutan, perlombongan dan
perdagangan secara kecil-kecilan. Namun begitu, kegiatan pertanian
merupakan kegiatan utama ekonomi sara diri di Indonesia. Tanaman utama
yang diusahakan ialah penanaman padi sawah dan padi huma.Padi sawah
ditanam ditanam di kawasan tanah lanar yang subur khususnya di
lembangan sungai dan di kaki gunung berapi. Petani menggunakan sistem
pengairan untuk meningkatkan kesuburan tanah dan bekalan air yang
68
mencukupi ke sawah. Air juga diperolehi melalui limpahan banjir dari
sungai seperti di Palembang. Penanaman padi sawah dijalankan sekali
setahun dan kawasan tanaman padi sawah ini banyak dilakukan di Pulau
Jawa dan Madura.
Padi huma atau padi bukit pula ditanam di kawasan kering dan berbukit
kerana ia tidak memerlukan air yang banyak. Ia hanya bergantung kepada
air hujan semata. Tanaman padi huma banyak dijalankan di pendalaman
Timur Pulau Jawa dengan menggunakan kaedah pertanian pindah. Kawasan
hutan akan ditebang dan dibakar sebelum musim hujan supaya tanah
menjadi subur.
Selain padi tanaman sampingan seperti penamanan jagung, ubi kayu ,
keledek dan jagung juga dijalankan . Jagung adalah sumber makanan
penting di Indonesia dan ditanam di Madura.

Tebu ditanam di kawasan Cheribon manakala kelapa ditanam di


keseluruhan kawasan Indonesia. Tanaman seperti cengkih , buah pala dan
kayu cendana diusahakan di pulau Maluku, Pulau Bonda dan Pulau Timur.
Penegasan isi Tegasnya, kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Indonesia
adalah bersifat sara diri untuk keperluan diri dan keluarga.

Fakta 2 ciri ekonomi masyarakat Indonesia bersifat tradisional kerana hanya


melibatkan penggunaan alatan tradisi.
Huraian/contoh Dalam menjalankan kegiatan ekonomi tradisional petani Indonesia hanya
menggunakan peralatan tradisi untuk menjalankan kegiatan pertanian,
perlombongan , penternakan dan juga perikanan.

Petani Indonesia hanya menggunakan alatan tradisi seperti cangkul, tajak


dan tenggala yang ditarik oleh lembu atau kerbau untuk membajak sawah.
Tenaga kerbau digunakan di kawasan lanar berlumpur manakala lembu di
kawasan kering terutamanya tanah gambut. Bagi padi huma pula kaedah
tebang dan bakar digunakan.

Sebelum musim hujan petani akan membakar hutan sebanyak tiga kali
untuk memastikan kesuburan tanah. Petani akan berpindah setelah dua atau
tiga tahun menjalankan penanaman padi. Kegiatan ekonomi lain seperti
perikanan juga dijalankan dengan menggunakan peralatan tradisi seperti
bubu dan pancing.

Penegasan isi Penggunaan peralatan tradisi dan kaedah primitif yang digunakan
menyebabkan hasil yang diperoleh adalah sdikit dan hanya mencukupi
untuk keperluan sendiri
Fakta 3 Kegiatan ekonomi tradisional masyarakat Indonesia juga dijalankan secara
kecil-kecilan dan tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai.

69
Huraian/contoh Kegiatan ekonomi seperti pertanian dijalankan di kawasan pertanian yang
sangat terhad menyebabkan hasil yang diperoleh sedikit. Saiz tanah yang
kecil ini juga tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai hanya melibatkan
ahli keluarga sahaja. Kegiatan lain seperti pertukangan, kraftangan dan
perusahaan batik diusahakan oleh masyarakat pribumi secara kecil-kecilan
di Jawa Tengah. Masyarakat Jawa mahir menghasilkan corak batik yang
mempunyai unsur alam seperti kupu-kupu dan sebagainya. Seni melukis
batik ini diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain oleh ibu kepada
anak perempuannya. Ia tidak perlukan modal dan tenaga kerja yang banyak
hanya pertolongan dari ahli keluarga sahaja. Aktiviti ini dijalankan
sementara menunggu musim menuai padi. Aktiviti pertukangan dan
kraftangan dijalankan dengan menggunakan bahan hasil pertanian dan hasil
hutan
Penegasan isi Hal ini jelas membuktikan bahawa sistem ekonomi sara diri sememangnya
dijalankan secara kecil-kecilan dan tidak memerlukan pekerja yang ramai.
Fakta 4
Masyarakat peribumi Indonesia juga menjalankan perdagangan secara kecil
kecilan.
Hurain/contoh Perdagangan ini berlaku antara kawasan pedalaman dengan kawasan pantai
di pelabuhan. Pedagang-pedagang Jawa dan pedagang kecil membawa
barangan seperti garam, periuk, belanga, kain, dan rempah ke kawasan
pedalaman dan membawa hasil kampung seperti barangan makanan ke
pelabuhan.
Garam merupakan bahan urus niaga yang agak penting bagi masyarakat
peribumi Indonesia yang tinggal di kampung.Pemprosesan garam dilakukan
di Pulau Madura dan Pantai Jawa Timur. Garam dihasilkan melalui sejatan
daripada kuali-kuali garam besar yang dibina di sepanjang pantai.
Penegasan isi
Aktiviti perdagangan turut mempengaruhi aktiviti ekonomi lain, iaitu
pertanian dan perlombongan
Kesimpulan Masyarakat Indonesia menjalankan kegiatan ekonomi tradisional dan
menjadikan tanaman padi sebagai aktiviti pertanian yang utama di samping
adanya kegiatan menangkap ikan, perlombongan dan juga perdagangan
secara kecil-kecilan. Kedatangan Belanda telah membawa kepada
perkembangan ekonomi komersial.
Soalan 5 Tema 1[masyarakat ]
Sistem Ekonomi
Tajuk Huraikan ciri-ciri ekonomi komersial di Vietnam selepas berlakunya
peluasan kuasa Perancis
Pendahuluan Ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti ekonomi yang menjurus
kepada lebihan pengeluaran. Hasil yang dikeluarkan itu akan dieksport dan
dijual kepada pedagang bagi mendapatkan keuntungan. Penjajahan Perancis
di Vietnam membawa kepada pengkomersialan ekonomi dan mengubah
sistem ekonomi yang sebelum ini dikuasai oleh golongan pemerintah
tradisional.

70
Fakta 1 Pertanian secara besar-besaran.

Huraian/contoh Vietnam menghasilkan ¼ atau 25 peratus daripada pengeluaran beras dunia


yang dijalankan secara besar-besaran. Misalnya, antara tahun1870 hingga
1890, pengeluaran beras Vietnam bertambah sebanyak dua kali ganda.
Kawasan utama penanaman padi terletak di Delta Sungai Merah (Sungai
Koi) dan Delta Sungai Mekong. Bagi tanaman getah pula Vietnam juga
merupakan pengeluar ke-3 getah terbesar dunia. Getah yang dibawa masuk
ke Vietnam adalah dari Amerika Selatan kerana iklim Vietnam sesuai
dengan penanaman getah

Penegasan isi Jelaslah bahawa padi dan getah telah diusahakan secara besar-besaran
setelah berlaku pengkomersialan ekonomi.

Fakta 2 Sistem pengairan yang baik

Huraian/contoh Kegiatan penanaman padi secara komersial dapat dilaksanakan kerana


wujud sistem pengairan yang baik. Petani menggunakan teknologi
pengairan yang dibawa oleh orang Cina ke Vietnam. Teknologi pengairan
yang digunakan dapat mengairikawasan pertanian yang kering dan
mengawal banjir. Sistem tali air telah dibina sepanjang 1000 batu di Delta
Sungai Merah bagi mengairi kawasan penanaman padi yang kering. Hal ini
telah membolehkan padi ditanam dua kali setahun. Vietnam juga
mempunyai sistem kawalan air yang baik melalui pembinaan benteng.
Pembinaan benteng ini Berjaya menghalang limpahan air dari Sungai Song
Koi ke kawasan pertanian.

Penegasan isi Dapat dirumuskan bahawa sistem pengairan yang baik telah menggalakan
perkembangan ekonomi komersial di Vietnam.

Fakta 3 Pelaburan modal yang besar


Ekonomi komersial di Vietnam dapat dijalankan kerana terdapat pelaburan
Huraian/contoh modal yang besar oleh syarikat asing khususnya melibatkan pemodal Cina
dan Eropah. Pada abad ke-19, saudagar-saudaga Cina dan Eropah telah
menguasai kegiatan mengeksport beras di Vietnam. Golongan ini juga telah
berjaya menguasai sebahagian besar tanah di Vietnam yang diusahakan
secara ladang. Buktinya, pada tahun 1890, pemodal Perancis telah berjaya
memiliki 35000 ekar tanah di wilayah Tongkin

Penegasan isi Penguasaan tanah dan modal yang besar membawa kepada perkembangan
ekonomi komersial di Vietnam dengan lebih meluas.

Fakta 4 Kegiatan ekonomi bersifat perdagangan

71
Huraian/contoh Pada peringkat awal perdagangan yang dilakukan hanya melibatkan
kawasan daratan dengan kawasan bukit di pedalaman. Barangan yang
diperdagangkan hanya kayu bukit dan buluh dari pedalaman untuk
ditukarkan dengan barangan keperluan lain seperti garam, kicap, ikan
kering dan kapur dari kawasan daratan. Perdagangan dengan dengan negara
luar hanya melibatkan negara Siam dan China yang memperdagangkan
barangan mewah dan galian seperti perak. Namun, selepas kedatangan
Perancis, hasil galian arang batu mula dikomersialkan. Buktinya, arang batu
berjaya menyumbangkan hasil sebanyak dua juta tan pada awal abad ke-20
untuk dieksport ke luar negara.

Penegasan isi Ternyatalah bahawa Vietnam telah menjadi pengeluar dan pengeksport
arang batu kedua terbesar di dunia selepas Manchuria.

Kesimpulan Perluasan kuasa Perancis telah menyemarakkan ekonomi komersial di


Vietnam. Penguasaan ekonomi oleh penjajah telah meminggirkan
masyarakat peribumi Vietnam dalam meningkatkan taraf ekonomi mereka
dan ini telah melahirkan semangat nasionalisme akibat ketidakpuasan hati
penduduk tempatan.

Soalan 6 TEMA 2 [TRANSFORMASI MASYARAKAT]


PELUASAN KUASA ASING

Tajuk Sejauh manakah masalah sempadan Arakan menjadi faktor penting yang
membawa kepada tercetusnya Perang Inggeris-Burma 1 pada tahun 1824-
1826
Pendahuluan British meluaskan kuasanya ke atas Myanmar secara berperingkat bermula
dengan Perang Inggeris- Myanmar I(1824-1828), Perang Inggeris Myanmar
II (1852-1853) dan Perang Inggeris-Myanmar III (1885) . Sebelum
menguasai Myanmar, British berada di India; iaitu negara yang terletak
bersebelahan dengan Myanmar. Peluasan kuasa British di Hilir Myanmar
berlaku melalui Perang InggerisMyanmar I dan berkesudahan dengan
termenterainya Perjanjian Yandabo pada tahun 1826. Faktor -faktor yang
membawa kepada tercetusnya Perang InggerisBurma 1 terdiri daripada
faktor politik, ekonomi dan sosial
Fakta 1 Faktor politik yang mendorong campur tangan British di Myanmar dalam
Perang Inggeris –Myanmar I ialah masalah sempadan Arakan.

Huraian/contoh Raja Bodawpaya menakluki Arakan pada tahun 1784. Ini menyebabkan
Myanmar mempunyai sempadan yang sama dengan Myanmar di wilayah
Chittagong. Pelarian-pelarian Arakan telah menggunakan Chittagong
sebagai pangkalan untuk menentang kerajaan Myanmar. Pada tahun 1811,
masalah sempadan Arakan menjadi rumit apabila Chin Byan iaitu
pemimpin pemberontak Arakan telah menyerang dan berjaya menguasai
Mrohaung.Myanmar mengesyaki pelarian Arakan ini mendapat bantuan dan
perlindungan daripada British

72
Penegasan isi Ini memburukkan lagi hubungan antara Myanmar dan British yang
membawa kepada peperangan.
Fakta 2 Selain itu, faktor politik lain yang membawa kepada perang tersebut ialah
dasar imperialisme agresif Myanmar ke atas Assam, Manipur, Cachar dan
Jaintia

Huraian/contoh Antara 1816 hingga 1819, Raja Bodawpaya melaksanakan dasar peluasan
kuasa yang agresif ke atas Assam, Manipur dan Cachar.Myanmar campur
tangan dalam hal-ehwal wilayah-wilayah tersebut dengan melantik putera-
putera raja yang menyokong Myanmar. Tindakan tersebut tidak disenangi
oleh golongan istana wilayah tersebut. Raja Bagyidaw, cucu Raja
Bodawpaya juga meneruskan dasar imperialisme Myanmar.Dengan bantuan
Jeneral Maha Bandula, Myammar telah menyerang Assam pada tahun
1822.Dua orang putera Assam , iaitu Chandrakanta Singh dan Purandar
Singh telah meminta bantuan British dan menentang Myanmar. Myanmar
seterusnya meluaskan dasar imperialismenya sehingga ke Manipur dengan
alasan Raja Manipur tidak menghadiri upacara pertabalan Raja
Bagyidaw.Myanmar menganggap ketidakhadiran Raja Manipur sebagai
tidak menghormati Myanmar. Myanmar seterusnya memburu Raja Manipur
sehingga ke Cachar dan raja Cachar melarikan diri ke wilayah British dan
meminta perlindungan British. Tema 2 : Transformasi Masyarakat Soalan
5 : Tema 2 [ Perluasan Kuasa Asing ] Jawatankuasa Pemikir Sejarah STPM
Pulau P 2016 70 Menyedari jika Cachar dikuasai oleh Myanmar,kedudukan
Benggala Timur akan terancam, maka British telah meletakan Cachar di
bawah perlindungannya.

Penegasan isi Tindakan British memberi perlindungan dan meletakkan Cachar dan Jaintia
di bawah perlindungannya mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara
dan menjadi salah satu faktor menyebabkan Perang Inggeris- Myanmar I .

Fakta 3 Faktor lain yang membawa kepada Perang Inggeris-Myanmar ialah


ancaman Perancis.
Huraian/contoh Sewaktu British berperang dengan Perancis di India pada tahun 1782,
Perancis telah mengambil kesempatan menghantar wakilnya, Laksamana de
Suffren ke India Selatan bertujuan untuk menengakkan semula
kekuasaannya.Usaha Perancis sangat membimbangkan British lebih-lebih
lagi Perancis merancang menggunakan Myanmar sebagai tapak untuk
menyerang British.Perancis juga telah membina pangkalannya di Mergui.
British bertindakbalas dengan menghantar utusan Michael Symes ke
Myanmar untuk memujuk istana Myanmar supaya tidak membenarkan
Perancis menggunakan pelabuhan-pelabuhannya tetapi Myanmar enggan
berbuat demikian.

Penegasan isi Ancaman Perancis dan tindakan pihak istana Myanmar yang enggan
membantu British amat membimbangkan pihak British dan mendorong
kepada Perang Inggeris –Myanmar I.

73
Fakta 4 Faktor lain yang turut menyebabkan berlakunya perang ini ialah faktor
kepentingan ekonomi British di Myanmar.

Huraian/contoh British telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Myanmar sejak


abad ke -18 lagi. Dari segi ekonomi, Myanmar penting kepada British
kerana ia kaya dengan kayu jati dan beras. Myanmar turut menjalinkan
hubungan perdagangan dengan Perancis.British bimbang aktiviti Perancis
ini akan mengancam hasratnya untuk menguasai kayu jati . British amat
memerlukan kayu jati untuk industri perkapalannya. Selain itu,British juga
dalam proses membuka jalan perdagangan dengan China melalui Bhamo.

Penegasan isi Nyatalah kepentingan kayu jati dan perdagangan dengan China telah
mendorong British ingin menjaga kepentingannya dan membawa kepada
Perang Inggeris Myanmar I.

Fakta 5 Rakyat Myanmar menganggap kebudayaan mereka tinggi dan hanya


menjalin hubungan diplomatik dengan Raja England.

Huraian/contoh British berminat untuk mendapatkan konsesi perdagangan kayu jati dan
membuka jalan perdagangan ke China melalui Bhamo. Mereka berasa
terhina dengan layanan Myanmar yang menganggap mereka sebagai
pembawa ufti yg mesti mematuhi adat menyembah Raja Myanmar dan
duduk bersila di atas lantai sebelum menghadap raja. Ini telah menyebabkan
kegagalan beberapa utusan seperti Utusan Symes dan Utusan Canning
(1803).

Penegasan isi Pertentangan kebudayaan ini membawa kepada ketegangan dan putusnya
hubungan diplomatik antara British dan Myanmar dan menyumbang kepada
meletusnya Perang Inggeris –Myanmar.

Kesimpulan Gabungan pelbagai faktor yang telah diterangkan di atas telah mencetuskan
Perang Inggeris-Myanmar I pada tahun 1824. Perang tersebut tamat dengan
perjanjian Yandabo 1826.Kekalahan Myanmar menyebabkan ia kehilangan
kawasan Arakan dan Tenasserim, selain menjatuhkan maruah negaranya.
Myanmar juga terpaksa mengadakan hubungan perdagangan dengan
British.Kesan kekalahan dalam peperangan ini amat pedih bagi Myanmar
dan kemudiannya menjadi punca kepada meletusnya Perang Inggeris
Myanmar pada tahun 1850-an.
Soalan 7 TEMA 2 [TRANSFORMASI MASYARAKAT]
PELUASAN KUASA ASING

Tajuk Sejauh manakah kebimbangan terhadap pengaruh Perancis telah membawa


kepada perang Inggeris - Myanmar III pada tahun 1885.

Pendahuluan Inggeris telah meluaskan kuasa ke atas Myanmar melalui 3 siri peperangan
sejak tahun 1824 lagi. Kekalahan Myanmar kepada British dalam Perang
Inggeris-Myanmar III menyebabkan keseluruhan Myanmar berjaya
74
dikuasai.Tidak dapat dinafikan kebimbangan terhadap pengaruh Perancis di
Myanmar merupakan salah satu faktor yang penting. Selain itu, terdapat
beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada Perang Inggeris-
Myanmar III pada tahun 1885
Fakta 1 Kebimbangan terhadap pengaruh Perancis di Myanmar memang merupakan
satu faktor yang membawa kepada Perang Inggeris-Myanmar III.

Huraian/contoh Raja Thibaw menjalinkan hubungan dengan Perancis kerana beliau


menyedari Inggeris tidak menyenangi kegiatan Perancis di Annam dan
Tongkin. Thibaw ingin mengimbangi tekanan Inggeris dengan bantuan
Perancis.
Pada tahun 1883, satu utusan telah dihantar ke Paris yang diketuai oleh
Atwinwun. Utusan tersebut dihantar atas alasan untuk mendapatkan
maklumat tentang perkilangan dan teknologi serta menguruskan perjanjian
perdagangan.Tujuan sebenar utusan tersebut ialah untuk mendapatkan
bantuan senjata dari Perancis.
Raja Thibaw juga telah memberi beberapa konsesi kepada pihak Perancis
seperti kebenaran menubuhkan bank di Mandalay serta pembinaan jalan
kereta api dari Mandalay ke Toungoo.

Penegasan isi Inggeris amat bimbang dengan persetujuan sulit tentang penjualan senjata
Perancis dengan Myanmar. Sekain itu,kebimbangan Myanmar akan jatuh ke
tangan Perancis telah menyebabkan Inggeris telah melancarkan perang
terhadap Myanmar Hulu demi menjaga kepentingan ekonominya.

Fakta 2 Selain daripada faktor di atas, campur tangan Inggeris di Myanmar juga
disebabkan oleh desakan saudagar British.

Huraian/contoh Pihak Myanmar telah mengenakan pelbagai sekatan di samping memberi


layanan yang buruk kepada saudagar Inggeris.
Kerajaan Myanmar tidak mematuhi perjanjian perdagangan yang
ditandatangai pada tahun 1862 dan tahun 1867. Mengikut perjanjian
tersebut, Raja Myanmar hanya memonopoli batu permata,minyak dan kayu
jati tetapi Raja Myanmar telah bertindak memonopoli perdagangan gula,
gading dan gandum.
Penegasan isi Jelaslah pelbagai sekatan dalam ekonomi dan layanan buruk terhadap
saudagar telah menjejaskan perdagangan saudagar British yang akhirnya
menyebabkan mereka mendesak Inggeris campur tangan di Myanmar.

Fakta 3 Masalah Syarikat Perdagangan Bombay –Myanmar bolehlah dianggap


sebagai faktor yang mencetuskan Perang Inggeris –Myanmar III.

75
Huraian/contoh Syarikat tersebut telah diberi hak menguruskan perdagangan kayu jati
selama 25 tahun dan permit itu diperbaharui pada tahun 1884.
Syarikat tersebut telah dituduh mengambil kayu jati melebihi had yang
ditetapkan, tidak membayar cukai eksport , memberi rasuah kepada
pegawai Myanmar dan memberi gaji yang rendah kepada buruh Myanmar.
Kerajaan Myanmar bertindak mengenakan denda 23 juta rupee ke atas
syarikat tersebut.
Raja Thibaw juga bertindak menamatkan kontrak syarikat tersebut dan
menawarkan kontrak tersebut kepada sebuah syarikat Perancis.

Penegasan isi Menteri Jajahan India ,Lord Rudolph Churchill menghantar kata dua
kepada Myanmar. Raja Thibaw enggan memenuhi tuntutan kata dua pihak
Inggeris yang akhirnya menbawa kepada tercetuskan Perang Inggeris-
Myanmar III.

Fakta 4 Faktor lain yang turut mempengaruhi Inggeris melancarkan perang ke atas
Myanmar ialah ketidakstabilan politik di Myanmar

Huraian/contoh Ketidakstabilan politik wujud pada zaman Thibaw kerana kerajaannya


penuh dengan saudara-mara dan orang kesayangannya yang tidak
berkaliber.
Raja Thibaw merupakan seorang raja yang lemah dan sangat dipengaruhi
oleh isterinya, Ratu Supayalat. Raja Thibaw telah menjatuhkan hukuman
bunuh ke atas 80 orang ahli keluarganya yang cuba merampas takhta
kerajaan.Keadaan huru-hara dan pembunuhan beramai-ramai ini telah
menjejaskan perdagangan di Myanmar Hulu.

Penegasan isi Ketidaktenteraman dan kezaliman ini menyebabkan golongan pedagang


Inggeris di Rangoon mendesak Inggeris menyerang Burma Hulu.

kesimpulan Memang tidak dapat dinafikan kebimbangan terhadap pengaruh Perancis


telah membawa kepada Perang Inggeris Myanmar III pada tahun
1885.Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi
Inggeris melancarkan perang terhadap Myanmar Hulu iaitu desakan
saudagar Inggeris,tindakan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan
Bombay Myanmar dan keadaan huru-hara semasa pemerintahan Raja
Thibaw. Kejatuhan Myanmar Hulu ke tangan British
melengkapkan penguasaan British ke atas Myanmar. Dinasti Konbaung
berakhir apabila Raja Thibaw dibuang negeri ke India.

Soalan 8 TEMA 2 [TRANSFORMASI MASYARAKAT]


PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING
Tajuk Bincangkan peranan Diponegoro dalam usahanya menentang pentadbiran
Belanda di Pulau Jawa dari 1825 hingga 1830

76
Pendahuluan Dipo Negoro merupakan putera sulung kepada Sultan Amengkubuwono III
(1810-1814) iaitu pemerintah Kerajaan Mataram di Pulau Jawa. Beliau
telah dilahirkan di Jogjakarta pada tahun 1785 dan mendapat pendidikan
agama daripada Kiyai Taftayani. Dipo Negoro telah memainkan peranan
penting mengetuai penduduk Pulau Jawa menentang pentadbiran Belanda
di Pulau Jawa antara tahun 1825-1830 yang dikenali sebagai Perang Jawa.
Penentangan oleh tokoh ini didorong oleh beberapa faktor iaitu ekonomi,
politik dan sosial.

Peranan Diponegoro
Fakta 1 Pembatalan Kontrak Sewa Tanah.

Huraian/contoh Dipo Negoro merupakan seorang bangsawan yang berasa tidak puas hati
dengan tindakan Gabenor Jeneral Van Der Capellan membatalkan Sistem
Kontrak Sewa Tanah yang dilaksanakan semasa British mentadbir Pulau
Jawa. Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di
Pulau Jawa pada tahun 1811 – 1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang
Cina dan Eropah mengikat kontrak dengan golongan bangsawan tempatan
untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa. Sistem ini
memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini
menjadi buruh paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda melihat sistem
ini sebagai satu penindasan terhadap golongan petani lalu membatalkannya
atas arahan Van der Capellan.
Pembatalan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan
bangsawan kerana mereka kehilangan punca pendapatan kerana tidak dapat
menyewa tanah mereka kepada peladang-peladang eropah dan cina.
Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina
memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang
pendahuluan mereka dikembalikan. Golongan bangsawan gagal
memulangkan wang pendahuluan tersebut kerana telah habis dibelanjakan.
Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang terpaksa
membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60
ribu rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau
terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar
kembali tuntutan tersebut..
Tidak dinafikan, tindakan pembatalan kontrak sewa tanah ini ternyata
membangkitkan sentimen anti Belanda yang kuat kepada Dipo Negoro dan
masyarakat petani Pulau Jawa yang mendorong mereka menyokong Dipo
Negoro untuk mengusir Belanda keluar dari Pulau Jawa.
Memperkenlkan Pelbagai Jenis Cukai
Golongan petani Pulau Jawa turut memberi sokongan kepada Dipo Negoro
kerana tidak puas hati dengan tindakan Belanda yang memperkenalkan
pelbagai jenis cukai dengan kadar yang tinggi amat membebankan petani
Pulau Jawa. Sedangkan mereka terpaksa menjual hasil tanaman kepada
pihak Belanda dengan harga yang murah kesan kemelesetan ekonomi Pulau
Jawa pada tahun 1820 an. Antara cukai yang dianggap membebankan ialah

77
Cukai Tol iaitu sejenis cukai yang dikenakan kepada Jawa yang membawa
hasil tanaman melintasi tanah kerajaan. Petani-petani Jawa semakin tidak
puas hati apabila pihak Belanda memajakkan pungutan cukai kepada orang
Cina yang bertindak mengenakan cukai yang lebih tinggi ke atas pinjaman
wang yang dilakukan oleh petani-petani Jawa.
Penegasan isi Tegasnya, sentimen anti Belanda dan anti Cina telah mendorong para petani
Jawa memberi sokongan kepada Dipo Negoro untuk mengusir Belanda dari
Pulau Jawa.

Fakta 2 Masalah Perebutan Takhta

Huraian/contoh Diponegoro merupakan putera sulung kepada Sultan Amangku Buwono III
(1810-1814) iaitu pemerintah Kerajaan Mataram di Pulau Jawa. Beliau
tidak puas hati dengan tindakan British menegenepikannya daripada
menaiki takhta Kerajaan Mataram (Jogjakart). Beliau sepatutnya mewarisi
takhta pemerintahan selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun 1814.
Diketepikan atas alasan ibunya orang kebanyakan.

Adik tirinya iaitu Djarot telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan


dengan gelaran Sultan Amangku Buwono 1V oleh Stamford Raffles.
Raffles berjanji akan melantiknya selepas kemangkatan Djarot. Selepas
kemangkatan Djarot pada tahun 1822, beliau sekali lagi diketepikan sebagai
pemerintah. Belanda melantik waris Djarot iaitu Raden Menol yang berusia
dua tahun sebagai pemerintah Jogjakarta.

Diponegoro hanya dilantik sebagai pemangku sultan sehingga Raden Menol


berusia 21 tahun. Diponegoro merasakan Belanda telah
mempermainkannya dan menganggap ianya satu penghinan kepada beliau.

Penegasan isi Tegasnya, perasaan tidak puas hati Dipo Negoro dalam isu takhta ini
menyebabkan beliau bangun dan memberontak terhadap Belanda di Pulau
Jawa.

Fakta 3 Keengganan Belanda Mengiktiraf Dipo Negoro Sebagai Pemimpin Islam


Pulau Jawa
Huraian/contoh Dipo Negoro merupakan seorang yang alim dalam bidang agama dan amat
disegani oleh masyarakat Islam di Pulau Jawa. Ini kerana beliau banyak
menghabiskan masanya dengan beribadat selepas diketepikan sebagai
Sultan Jogjakarta.

Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad


menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah airnya.
Tujuannya adalah untuk memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa
yang dianggap telah tercemar dengan kedatangan Belanda dan agama
Kristian. Namun pihak Belanda tidak mengiktiraf sebagai seorang
pemimpin Islam.

78
Penegasan isi Keengganan Belanda mengiktiraf Dipo Negoro sebagai pemimpin Islam
merupakan satu penghinaan yang menjadi sebab bagi penentangannya
terhadap Belanda di Pulau Jawa.

Fakta 4 Kepercayaan Masyarkat Jawa Tentang Kemunculan Ratu Adil atau Putera
Pembebas
Huraian/contoh Di samping itu, terdapat kepercayaan dalam kalangan masyarakat Jawa
tentang kemunculan seorang ‘Putera Pembebas’ atau Ratu Adil yang akan
mengusir Belanda dan menyelamatkan umat Islam daripada penindasan dan
kekejaman penjajah Belanda dan menubuhkan sebuah kerajaan yang adil
dan makmur. Kepercayaan ini telah diperkukuhkan dengan konsep Mahdi
dalam agama Islam yang akan muncul untuk menghapuskan ketidakadilan.
Justeru ramai penduduk Jawa bertindak menyokong Dipo Negoro apabila
beliau mendakwa dirinya sebagai Ratu Adil yang ditugaskan untuk
mengusir Belanda dari Pulau Jawa.

Penegasan isi Tegasnya, konsep jihad yang dianjurkan oleh Dipo Negoro telah berjaya
mendorong masyarakat Pulau Jawa untuk menyokong beliau dalam
menentang kuasa Belanda.
Fakta 5 Pembinaan Jalan Merentasi Makam Diraja

Huraian/contoh Dipo Negoro telah bertindak mengisytiharkan Perang Jihad terhadap


kerajaan Belanda apabila pihak Belanda membuat keputusan untuk
membina jalan raya melalui tanah milik Dipo Negoro yang terdapat
makam nenek moyangnya yang dianggap sebagai wali Allah. Diponegoro
telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan tersebut
dan digantikan dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk
pembinaan jalan tersebut. Tindakan Belanda ini dianggap sebagai satu
penghinaan yang menjadi sebab semerta meletusnya Perang Jawa pada
tahun 1825. Perang ini meletus apabila Dipo Negoro dan pengikutnya
bertindak menghalang Belanda membina jalan raya melalui tanah miliknya.

Penegasan isi Tindakan keterlaluan Belanda yang membelakangkan Dipo Negoro


terutama dalam aspek kepercayaan dan agama ini menguatkan usaha
penentangan serta mencetuskan peperangan terhadap Belanda.
Kesimpulan Perang Jawa telah tamat pada tahun 1830. Dipo Negoro telah ditangkap
oleh pihak Belanda dan dibuang negeri ke Menado. Beliau seterusnya telah
dipindahkan ke Makasar di Sulawesi dan meninggal dunia di sana pada
tahun 1855. Perjuangan Diponegoro dalam perang Jawa memberi inspirasi
kepada para nasionalis kemudiannya untuk menggerakkan satu perjuangan
yang lebih berorganisasi menentang Belanda.
Soalan 9 TEMA 2 [TRANSFORMASI MASYARAKAT]
PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING

Tajuk Kejatuhan Myanmar berpunca daripada kelemahan raja Thibaw.


Bincangkan

79
Pendahuluan Raja Thibaw atau nama sebenarnya Thibaw Min merupakan anak kepada
Raja Mindon Min dan berjaya menaiki takhta pada tahun 1878.
Peribadinya yang lemah menyebabkan beliau dilantik oleh Permaisuri
Utama dan Kinwun Mingyi kerana mereka berpendapat bahawa raja yang
lemah tidak akan menentang perubahan baharu yang akan dilaksanakan di
Myanmar. Memang tidak dapat dinafikan kelemahan Raja Thibaw telah
menyebabkan kejatuhan Myanmar sekaligus melengkapkan penguasaan
British ke atas Myanmar pada tahun 1885.
Fakta 1 Raja Thibaw dianggap penyebab kepada kejatuhan kerajaan Myanmar
kerana banyak kelemahan dalam dirinya sebagai pemerintah.

Huraian/contoh Raja Thibaw sangat dikuasai oleh isterinya Supayalat dan Taingda. Raja
Thibaw tunduk kepada permintaan isterinya yang memaksanya
melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap
80 orang ahli keluarganya atas alasan mereka akan membangkitkan
rampasan kuasa. Malah isterinya memberi hamba kesayangannya Taingda
Mingyi memegang jawatan penting dalam kerajaan Myanmar.
Penegasan isi Jelas di sini penguasaan seseorang pemerintah oleh orang lain khasnya
seperti yang terjadi kepada Raja Thibaw menggambarkan dirinya yang
sungguh lemah yang menyumbang kepada kehancuran kerajaan Myanmar.

Fakta 2 Seterusnya, kelemahan peribadinya telah digambarkan dalam


pemerintahannya yang bersifat keras serta menindas rakyat.
Huraian/contoh Berbeza sekali dengan sifat bapanya, Raja Mindon yang lebih bertolak
ansur sama ada terhadap istana, rakyat atau kuasa asing.
Campur tangan Supayalat dalam urusan kewangan negara menyebabkan
Perbendaharaan Myanmar Hulu menghadapi masalah kewangan. Lantaran
itu, Raja Thibaw telah menaikkan kadar cukai demi untuk mengatasi
masalah kewangan dan sumber pendapatan negara. Banyak saudagar British
tidak menyenangi dasarnya menyebabkan mereka mendesak British di India
menguasai Myanmar Hulu.

Penegasan isi Desakan saudagar British menyumbang kepada salah satu faktor
tercetusnya Perang Inggeris-Myanmar III yang dilihat sebagai berpunca
daripada kelemahan dalam pentadbirannya.

Fakta 3 Selain itu, dasar luar Raja Thibaw kurang berjaya walaupun ada usaha
darinya untuk menangani ancaman dan kemaraan British di Myanmar.

80
Huraian/contoh Raja Thibaw mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Perancis sebagai
usaha menangani ancaman dan kemaraan British.Beliau berpendapat
bantuan Perancis akan dapat mengimbangi pengaruh dan kekuasaan British
di Myanmar.
Berdasarkan pendapat tersebut Raja Thibaw telah memberi banyak
keistimewaan kepada Perancis.
Beliau telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan Perancis dengan
menghantar Atwinwun ke Perancis.Begitu juga apabila Raja Thibaw
memberi Perancis peluang menubuhkan bank di Mandalay dan membina
jalan keretapi dari Mandalay ke Toungoo.
Penegasan isi Tindakan Raja Thibaw walaupun dianggap satu usaha untuk
mempertahankan Myanmar Hulu ternyata tersilap dan menunjukkan
kelemahannya kerana kebimbangan British terhadap Perancis yang
dipercayai akan membekalkan senjata ke Myanmar menyebabkan Myanmar
diserang oleh British.

Fakta 4 Akhir sekali, tuduhan Raja Thibaw terhadap Syarikat Perdagangan


Bombay-Myanmar merupakan kemuncak serangan British ke atas
Myanmar hingga tercetusnya Perang Inggeris-Myanmar ke III

Huraian/contoh Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar dituduh melakukan pelbagai


kesalahan serta didenda .
Selain dituduh melakukan rasuah, Syarikat Bombay-Myanmar dituduh
tidak membayar upah pekerja-pekerja Myanmar selain dikatakan telah
menebang sebanyak dua kali ganda kayu jati yang telah dibenarkan oleh
Myanmar. Denda sebanyak 23 juta rupee oleh kerajaan Myanmar dibalas
dengan kata dua oleh British tetapi Raja Thibaw tetap mahu meneruskan
hubungan selain memberi hak perniagaan kepada Perancis.

Penegasan isi Kesilapan dan kelemahan Raja Thibaw kerana menganggap Perancis akan
membantu Myanmar serta yakin Myanmar memiliki kekuatan dari segi
ketenteraan untuk berhadapan dengan British ternyata meleset apabila dasar
luar Perancis bertukar dan tiada bantuan diberi apabila Myanmar diserang.

kesimpulan Perang Inggeris-Myanmar III melengkapkan usaha British dalam


meluaskan pengaruhnya di Myanmar. Raja Thibaw dan isterinya dibuang
negeri ke India dan berakhirnya Dinasti Konbaung yang memerintah
Myanmar selama 130 tahun yang jelas berpunca daripada kelemahan
pemerintahannya.
Soalan 10 TEMA 2 [TRANSFORMASI MASYARAKAT]
PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI DAN
PENDIDIKAN

Tajuk “pendudukan Belanda di Indonesia pada abad ke 19 hingga awal abad ke


20 telah mengakibatkan perubahan sistem pentadbiran di negara itu.”
Bincangkan pernyataan tersebut.

81
Pendahuluam Penguasaan Belanda ke atas Indonesia bermula sejak abad ke 17 dan
beransur-ansur menguasai keseluruhan Indonesia pada awal abad ke 20.
Belanda telah mengubah sistem pentadbiran di Indonesia yang pada
asalnya bercorak kesultanan demi untuk menjaga kepentingan politik dan
ekonomi. Di antara abad ke 19 hingga awal abad ke 20 pihak Belanda telah
melaksanakan beberapa dasar yang telah mengubah sistem pentadbiran
Indonesia. Secara umumnya Belanda telah membahagikan pentadbiran
kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
Fakta 1 Belanda telah mewujudkan sistem pentadbiran pusat dan menjadikan
Betawi sebagai pusat pentadbiran di bawah pengawasan Gabenor Jeneral.

Huraian/contoh Gabenor Jeneral yang dilantik memegang kuasa tertinggi dan menyusun
semula pentadbiran di Pulau Jawa. Gabenor Jeneral dibantu oleh empat
orang Konsular, Sekretariat Jeneral di bawah Ketua Setiausaha yang
bertanggungjawab melaksanakan dasar pentadbiran Belanda di Indonesia.
Pentadbiran baru ini dilakukan setelah Belanda kembali ke Indonesia pada
tahun 1816.
Sebuah Majlis Negara juga ditubuhkan untuk menasihat dan menjadi badan
perundangan kerajaan. Bagi melicinkan pentadbiran pihak Belanda juga
menubuhkan lima jabatan iaitu Pendidikan, Pejabat Dalam Negeri,
Pendidikan Agama dan Industri, Kerja Raya Awam dan Kewangan dan
Kehakiman.

Penegasan isi Tegasnya Belanda telah mengubah sistem pentadbiran tradisional di


Indonesia dengan memperkenalkan pentadbiran barat seperti di Belanda
untuk mengukuhkan kuasanya bagi kepentingan ekonominya.

Fakta 2 Selain dari perubahan pentadbiran peringkat pusat, Belanda juga


memperkenalkan pentadbiran di peringkat tempatan atau daerah.

82
Huraian/contoh Pentadbiran daerah atau tempatan telah disusun semula setelah berlaku
Perang Jawa.

Pihak Belanda telah cuba mengawal institusi pemerintahan tempatan


dengan campur tangan dalam pelantikan sultan di Jawa dan Mataram.
Belanda telah menyebabkan Dipo Negoro diketepikan hak menjadi sultan
sebanyak dua kali . Belanda juga berusaha mengawal kuasa Bupati degan
melakukan perlantikan dan pemecatan hingga akhirnya mencetuskan
Perang Jawa.

Gabenor Jeneral Van den Bosch telah menjalankan dasar berbaik-baik


dengan pembesar tempatan atau Bupati setelah berlaku Perang Jawa.
Pembesar tempatan masih memainkan peranan dalam pentadbiran wilayah
tetapi akan diawasi oleh penjajah Belanda. Bupati juga akan membantu
dalam mengawasi ekonomi masyarakat peribumi, menjadi perantara antara
Belanda dan rakyat dan mengawasi sekolah peribumi. Dua orang Residen
akan dilantik untuk mengawasi pemerintahan tempatan. Residen pertama
akan mengawasi Susuhunan dan Dinasti Mangkunegara. Residen kedua
akan mengawasi Sultan dan Dinasti Pakualam.

Keempat-empat orang pemerintah tempatan harus mendapat persetujuan


daripada Residen untuk menjalankan pentadbiran dan pemerintahannya.
Sementara itu, pembesar-pembesar raja yang lain telah kehilangan pengaruh
kerana tidak dibenarkan memiliki tanah. Di pulau –pulau lain juga
pemerintah kehilangan kuasa.

Contohnya di Palembangan, kesultanan berakhir apabila sultan dibuang


negeri kerana menentang Belanda. Keadaan juga berlaku di Jambi, Siak,
Sambas dan Banjarmasin, Bali dan Makasar.

Penegasan isi Jelas, tindakan Belanda membuat perubahan pentadbiran di peringkat


tempatan ini telah dapat mengukuhkan kuasa Belanda dan menyebabkan
kuasa pembesar atau Bupati menjadi kurang penting.
Fakta 3 Menjelang awal abad ke 20, pihak Belanda mengubah lanskap pentadbiran
dengan cuba melatih penduduk peribumi mengenai politik.

83
Huraian/contoh Di bawah Dasar Etika yang diperkenalkan pada tahun 1901 terdapatnya
usaha untuk membahagikan kuasa pentadbiran daripada Hague kepada
Betawi dan daripada orang Belanda kepada orang Indonesia. Di antara
tahun 1900 – 1908 langkah pertama telah diambil ke arah pembentukan
Majlis Mesyuarat Tempatan yang terdiri daripada ahli-ahli Eropah,
Indonesia dan Cina. Majlis-majlis mesyuarat juga ditubuhkan di residensi,
bandar dan daerah luar bandar.
Sementara itu, Peraturan Kampung tahun 1906 dibentuk untuk
menyediakan sebuah kerajaan kampung yang terdiri daripada seorang
Penghulu, pegawai kampung dan satu Perhimpunan Kampung.
Majlis dearah juga ditubuhkan di beberapa daerah di Indonesia seperti di
Sumatera.
Selain daripada itu pihak Belanda juga menubuhkan Volksraad iaitu Majlis
Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah kearah kemerdekaan pada
tahun 1916 . Dewan ini mengandungi 39 orang ahli dengan pengerusinya
dilantik oleh Raja Belanda. Bilangan wakil pribumi hanya 10 orang. Dewan
ini tiada kuasa perundangan hanya membincangkan mengenai soal-soal
penting dengan kerajaan. Tetapi ia menjadi medan kepada pembesar
tempatan untuk bertemu dan berbincang

Penegasan isi Perubahan pentadbiran melalui Dasar Etika yang cuba melibatkan
pemimpin tempatan dalam pentadbiran telah berjaya membina keyakinan di
kalangan pembesar untuk mentadbir negara. Ini membawa impak kepada
tuntutan ke arah berkerajaan sendiri

kesimpulan penguasaan Belanda telah mengurangkan kuasa pemerintah tempatan dan


telah mengubah corak pentadbiran tradisional kepada pentadbiran bercorak
barat. Perubahan ini memang membantu dalam memajukan Indonesia,
namun ia juga membawa kepada gerakan nasionalisme yang membebaskan
Indonesia dari penguasaan Belanda.
Soalan 11 TEMA 2 [TRANSFORMASI MASYARAKAT]
PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI DAN
PENDIDIKAN
Tajuk Bincangkan perkembangan ekonomi di negara Myanmar di bawah
pemerintahan Inggeris pada abad ke-19.
Pendahuluan Masyarakat peribumi di Myanmar menjalankan ekonomi tradisional
berasaskan tanaman padi, sekoi, minyak sayuran, garam, sutera dan
sebagainya. Pemerintahan beraja di Myanmar mengekalkan ekonomi sara
diri dalam kalangan rakyatnya dan ekonomi komersial dikuasai oleh
golongan beraja dan pembesar. Pada zaman penjajahan kuasa Inggeris,
Myanmar dijadikan sebagai pusat bagi mengaut keuntungan. Oleh itu,
dalam memantapkan sistem ekonominya di Myanmar, kuasa Inggeris telah
menekankan keuntungan dan ekonomi komersial berdasarkan sistem
ekonomi kapitalis Barat. Pihak Inggeris telah memperkenalkan pengamalan
ekonomi laissez-faire yang telah membawa perkembangan ekonomi dalam
bidang pertanian, perusahaan dan perlombongan

84
Fakta 1 Dalam bidang pertanian, padi telah muncul sebagai tanaman dagangan yang
utama.

Huraian/contoh Pihak Inggeris telah menggalakkan petani Myanmar supaya membuka lebih
banyak kawasan tanah pertanian bagi menanam padi terutama sekali di
kawasan yang subur iaitu di Myanmar Hilir bagi menampung keperluan
eksport.
Hasilnya, telah berlaku pertambahan kawasan penanaman padi untuk tujuan
komersial semasa penjajahan kuasa Inggeris di Myanmar.
Pada tahun 1885, pemerintah Inggeris telah membuka seluas satu juta ekar
tanah sawah padi di Myanmar Hilir.
Pada tahun 1893, keluasan tanah sawah padi di Myanmar telah meningkat
kepada 2 juta ekar.
Hasilnya, Myanmar telah berjaya mengeksport lebih 3 juta tan beras ke
India dan Negeri-negeri Selat pada penghujung abad ke-19.
Pelabuhan Rangoon merupakan pelabuhan utama yang
mengendalikan pengeksportan beras.

Penegasan isi Jelaslah bahawa, pertambahan tanah disertai dengan


meningkatnya kemudahan sistem pengairan yang lebih baik serta
kepentingan Delta Irrawaddy dan dataran lanar yang lembab dan subur
telah meningkatkan hasil padi di Myanmar.
Fakta 2 Perusahaan perkapalan juga menjadi tumpuan utama dalam
ekonomi komersial di Myanmar

Huraian/contoh Kekayaan sumber hutan seperti kayu jati telah mendorong perkembangan
perusahaan perkapalan di Myanmar.
Perkembangan sektor pembalakan menjadi sumber eksport kedua penting di
Myanmar selepas minyak. Perusahaan kayu jati merupakan kegiatan asal
dan dominan di wilayah Pegu.
Pihak Jabatan Perhutanan pula telah mengisytiharkan hutan-hutan simpan
untuk dipajakkan kepada pemodal swasta yang dikuasai oleh syarikat-
syarikat Eropah.
Di bawah firma-firma Eropah, perusahaan kayu jati Myanmar telah
berkembang dengan pesat. Syarikat terbesar yang mengusahakan kegiatan
ini ialah Syarikat Perdagangan Bombay-Burma
Keadaan ini membolehkan Myanmar mengeluarkan kayu jati sebanyak 500
ribu tan setahun pada penghujung abad ke-19.

Penegasan isi Jelaslah bahawa, perkembangan pemodalan Eropah ini dalam


perusahaan pembalakan telah membantu membangunkan perusahaan
mengilang papan dan perusahaan perkapalan dan seterusnya meningkatkan
perkembangan ekonomi di negara Myanmar.

85
Fakta 3 Sektor perlombongan juga dimajukan dalam kegiatan ekonomi komersial

Huraian/contoh Minyak telah dilombong sejak pemerintahan Dinasti Konbanung


lagi terutamanya berpusat di Yenangyaung dan Chauk di Irrawaddy Tengah.
Kemudiannya, perusahaan perlombongan ini telah diambil alih oleh
Syarikat Minyak Myanmar yang ditubuhkan oleh Inggeris pada tahun 1886.
Syarikat ini telah mengeluarkan tiga perempat daripada pengeluaran
minyak di Myanmar pada penghujung abad ke-19.
Selain minyak, bahan galian lain yang dilombong ialah seperti plumbum,
zink, perak dan bijih timah turut dilombong.
Plumbum dilombong di Bawdwin dan Namtu. Kawasan perlombongan ini
diusahakan oleh pelombong-pelombong Cina.
Bagi bijih timah pula, Myanmar menduduki tempat keempat di antara
pengeluar-pengeluar bijih timah di rantau Asia Tenggara. Bijih timah
banyak di lombong di Mawchi, Tavoy dan di wilayah Tennasserim.
Di Mawchi juga, terdapat longgokan zink. Walau bagaimanapun, nilai
eksport zink jauh lebih rendah berbanding dengan jumlah eksport minyak
Myanmar.
Selain itu, di Myanmar juga terdapat aktiviti perlombongan batu permata
seperti batu delima dan batu nilam yang banyak terdapat di sekitar daerah
Mogok di Utara Mandalay
Pada tahun 1891, Burmah Oil Company telah berjaya mengeksport minyak
tempatan ke India dan pada tahun 1896 pula, minyak Myanmar telah
dieksport ke Pulau Pinang.

Penegasan isi Terbukti bahawa, aktiviti perlombongan turut mengembangkan ekonomi di


Myanmar di bawah pemerintahan Inggeris
Kesimpulan Kesimpulannya, pemerintah Inggeris telah membawa banyak perubahan
dalam sektor ekonomi di Myanmar. Meskipun demikian,
perkembangan ekonomi ini telah dikuasai oleh orang asing seperi Eropah,
India dan Cina
Soalan 12 TEMA 2 [TRANSFORMASI MASYARAKAT]
PENGUBAHSUAIAN DALAM PENTADBIRAN, EKONOMI DAN
PENDIDIKAN
Tajuk Bincangkan pengubahsuaian dalam perkembangan pendidikan di Myanmar
pada abad ke-19 Masihi.

Pendahuluan Pendidikan sekular diperkenalkan di Myanmar berikutan penjajahan British


di negara tersebut. Sistem pendidikan Barat telah melemahkan sistem
pendidikan tradisional yang berlandaskan agama Buddha di Myanmar.
Dasar pelajaran penjajah pada abad ke-19 hanya menekankan pendidikan
tahap rendah dan asas kepada masyarakat peribumi
Fakta 1 Pendidikan Inggeris diperkenalkan menjadi ancaman kepada sekolah
Buddha

86
Huraian/contoh Pendidikan Inggeris diperkenalkan untuk menyediakan pegawai
perkhidmatan awam dan pengusaha ekonomi moden.Penubuhan sekolah2
Inggeris secara beransur-ansur dan dikelaskan mengikut umur dan Bahasa
pengantar. Anglo vernacular school (1873) untuk memberi pendidikan dan
sebagai persediaan pelajar ke Universiti Culcutta.

Penegasan isi Kesannya penggunaan Bahasa Myanmar menjadi kurang penting dengan
penubuhan sekolah2 Inggeris.

Fakta 2 Sekolah2 Mubaligh / Agama Kristian yang dimulakan oleh Mubaligh


Roman Katolik dan persatuan mengembangkan Kitab Agama Baptis.

Huraian/contoh Dasar pelajaran British di Myanmar adalah untuk menggalakan penubuhan


sekolah yang dikendalikan oleh pengembang2 agama Kristian.Sekolah2
kerajaan ditubuhkan pada tahun 1870-an dan bantuan kewangan diberikan
kepada sekolah2 agama Kristian yang dimulakan oleh Mubaligh Roman
Katolik dan persatuan mengembangkan Kitab Agama Baptis. Contohnya
Maktab Babtis 1885

Penegasan isi Kesannya,menjelang tahun 1900,16 buah sekolah Kristian dan sebuah
maktab Baptis yang kecil di Rangoon ditubuhkan untuk pengajian tinggi
orang Karen.

Fakta 3 Maktab Rangoon ditubuhkan pada tahun 1884 bertujuan menyediakan


penuntut mengambil ijazah luar universiti Culcutta.

Huraian/contoh Sistem pendidikan di Myanmar dirombak pada tahun 1880-an. Perubahan


yang dilakukan seperti peperiksaan wilayah diadakan supaya pelajar2
sekolah menengah boleh melanjutkan pelajaran ke universiti Culcutta.
Contohnya Universiti Rangoon ditubuhkan 1920.

Penegasan isi Univesiti diberi bantuan wang yang cukup untuk meluaskan
bidangpengjiannya termasuk perubatan,perhutanan,kejuruteraan dan jabatan
latihan guru.

kesimpulan Kesan daripada pengenalan pendidikan Inggeris, lahir golongan intelektual


Myanmar yang berpendidikan Barat. Kecewa dengan dasar pilih kasih
pihak penjajah, akhirnya mendorong kemunculan gerakan nasionalisme
berunsur radikal untuk menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan.

87
Soalan 13 TEMA 3[NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA]
GERAKAN NASIONALISME

Tajuk Bincangkan peranan golongan Thakin dalam gerakan nasionalime di


Myanmar sehingga tahun 1941

Pendahuluan Penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di Burma


sebelum tahun 1941 dapat dikesan melalui penubuhan Persatuan Belia
Buddha pada tahun 1906, Persatuan Dobama pada tahun 1930, dan Liga
Pemuda Burma pada tahun 1931.
Pada tahun 1935, Persatuan Dobama dan Liga Pemuda Burma telah
bergabung membentuk pertubuhan Dobama Asiayone dan anggota-
anggotanya menggelar diri mereka dengan gelaran Thakin yang bermaksud
Tuan.
Matlamat perjuangan mereka ialah mendapatkan kemerdekaan Burma
daripada pihak British
Fakta 1 Melancarkan Pemogokan

Huraian/contoh Pada bulan Februari 1936, pelajar-pelajar Universiti Ranggoon yang


dipengaruhi oleh golongan Thakin telah melancarkan satu pemogokan bagi
membantah tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin
UNU(Presiden Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon) dan Aung San,
Setiausaha Persatuan Pelajar Universiti Ranggoon, Di Antara pemimpin
Thakin ialah Aung San, Thein Pei dan Kyaw Nyien
Pemogokan ini merebak ke sekolah-sekolah menengah di sekitar Ranggoon.
Pemimpin-pemimpin Thakin dan pelajar-pelajar mengambil peluang ini
untuk menuntut pindaan kepada Akta Universiti 1920.

Penegasan isi Pemogokan ini membolehkan pemimpin-pemimpin Thakin muncul sebagai


pembela nasionalisme Burma. Kepopularan mereka semakin bertambah
dalam kalangan rakyat Burma apabila beberapa pindaan telah dibuat ke atas
Akta Universiti pada tahun 1939 seperti yang diminta oleh golongan
Thakin.
Fakta 2 Penglibatan dalam Pilihanraya

Huraian/contoh Golongan Thakin telah melibatkan diri dalam politik untuk


memperjuangkan ekonomi dan melakukan usaha-usaha gerakan
Kebangsaan utuk mencapai kemerdekaan.
Justeru, pada tahun 1936 golongan Thakin telah mengambil bahagian dalam
pilihan raya yang pertama di Burma melalui parti politik mereka sendiri
iaitu Komin-Kochin. Parti Komin-Kochin memenangi 3 kerusi sahaja.

Penegasan isi Namun begitu , menunjukkan golongan Thakin ini mendapat sokongan
rakyat Myanmar

88
Fakta 3 Menubuhkan Persatuan-Persatuan

Huraian/contoh Di bawah pengaruh idea Marxist, golongan Thakin telah menubuhkan


perstuan-persatuan untuk mendapatkan sokongan golongan petani dan
pekerja.
1938, Thakin Mya telah menubuhkan Persatuan Kaum Petani Se Burma dan
Liga Penanaman Padi Se Burma. Golongan Thakin telah mencadangkan
beberapa pembaharuan cukai bagi membantu petani.
1940, Thakin Ba Swe telah menubuhkan Kongres Buruh Seluruh Burma
bagi menyelaraskan kegiatan pertubuhan Buruh di seluruh Burma bagi
menentang British.
1938-1940, golongan Thakin telah menganjurkan pemogokan dalam
kalangan pekerja-pekerja Syarikat Minyak Burma.

Penegasan isi Golongan Thakin menjadi semakin popular dalam kalangan golongan
pekerja dan petani.
Fakta 4 Menubuhkan Blok Kebebasan

Huraian/contoh 1939, ketika meletusnya Perang Dunia Kedua di Eropah, golongan Thakin
telah bertindak menubuhkan Blok Kebebasan bersama-sama Dr. Ba Maw.
Tujuannya untuk menuntut beberapa konsesi daripada pihak kerajaan bagi
penyertaan Burma dalam Perang Dunia Kedua.
Tuntutan mereka mendapat sokongan golongan rakyat melalui golongan
Pongyi (sami-sami Buddha).
Golongan Thakin telah bertindak melancarkan kempen anti-perang dengan
menyeru rakyat Burma memulau rancangan perang kerajaan Burma.
Kerajaan Burma telah bertindak menangkap pemimpin Thakin dan Dr. Ba
Maw. Sementara Thakin Aung San bersama Thakin lain telah melarikan diri
ke China. Sementara Blok Kebebasan diharamkan.

Penegasan isi Penubuhan Blok Kebebasan ini telah menunjukkan matlamat golongan
Thakin untuk menuntut kemerdekaan bagi Myamar semakin jelas
Fakta 5 Mengadakan Pakatan Dengan Jepun

Huraian/contoh 1941, Thakin Aung San telah membuat pakatan dengan Jepun dan bersetuju
membantu Jepun menawan Burma dari British.
Jepun pula berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Burma.
Ramai Thakin telah menjalani latihan ketenteraan di Jepun dan
menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma pada tahun 1941.

Penegasan isi Golongan Thakin telah berjaya mempengaruhi kuasa Jepun untuk
membantu mendapatkan kemerdekaan bagi Myammar

89
kesimpulan Kemunculan golongan Thakin dalam gerakan nasionalimse Myanmar telah
mempercepatkan kemerdekaan Negara Myanmar. Golongan Thakin telah
berjaya mengekploitasikan keadaan politik semasa untuk meningkatkan
kesedaran nasionalisme di kalangan penduduk Myanmar.

Soalan 14 TEMA 3[NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA


BANGSA]
GERAKAN NASIONALISME
Tajuk Bincangkan Peranan Sarekat Islam Di Indonesia Dalam Gerakan
Nasionalisme Sehingga Tahun 1920-an.
Pendahuluan Pada tahun 1909, R.M. Tirtoadisurjo yang merupakan seorang saudagar
bangsawan Jawa dan pengurus sebuah syarikat dagang yang hampir muflis
telah menubuhkan Sarekat Dagang Islam. September 1912, nama Sarekat
Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam dengan Haji Samanhoedi
menjadi Presidennya dan kemudian diambil alih oleh Omar Said
Tjokroaminoto. Sarekat Islam berperanan penting dalam gerakan
nasionalisme di Indonesia.
Fakta 1 Matlamat Penubuhan Sarekat Islam

Huraian/contoh Perjuangan Sarekat Islam yang bertunjangkan agama Islam menyebabkan


gerakan ini digeruni oleh penjajah Belanda. Sarekat Islam juga berjuang
untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat Indonesia. Sarekat Islam
turut mengkritik Kerajaan Belanda di Indonesia kerana gagal memperbaiki
sosio-ekonomi rakyat Indonesia. Pertubuhan ini turut berperanan
memperjuangkan pembaharuan dalam bidang pendidikan dengan mendesak
dihapuskan diskriminasi dalam kemasukan murid-murid ke sekolah malah
menuntut pendidikan wajib kepada anak-anak yang berumur di bawah 15
tahun. Mulai tahun 1916, Sarekat Islam menunjukkan perjuangan politik
secara terbuka. Pada tahun 1917, Sarekat Islam menuntut kemerdekaan
mutlak.
Penegasan isi Sarekat Islam telah mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek politik,
sosial dan ekonomi kepada kerajaan Belanda.

Fakta 2 Peranan Sarekat Islam Dalam aspek politik

Huraian/contoh Sarekat Islam merupakan parti pertama yang memperjuangkan tuntutan


berkerajaan sendiri dan hak-hak untuk bersuara dari Belanda. Malahan
mereka juga mengecam Belanda yang mengamalkan dasar diskriminasi
dalam bidang pentadbiran di mana majlis-majlis tempatan tidak diberikan
kuasa autonomi. Sarekat Islam mendesak Belanda membentuk Majlis
Daerah dan memberikan kuasa yang lebih luas kepada Volksraad supaya
menjadi satu badan perwakilan yang mempunyai kuasa Legislatif.

Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, Sarekat Islam menuntut hak


90
mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan
bagi majlis-majlis lain, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki yang
berumur 21 tahun ke atas. Sarekat Islam juga menuntut pemberian taraf
berkerajaan sendiri kepada Indonesia.

Penegasan isi Tegasnya, pada tahun 1917 Sarekat Islam mula memperjuangkan
kemerdekaan penuh Indonesia dan akan menggunakan kekerasan jika perlu.
Fakta 3 Peranan Sarekat Islam Dalam aspek ekonomi

Huraian/contoh Sarekat Islam mendesak kerajaan Belanda memiliknegarakan industri-


industri penting seperti besi, tekstil, kertas, pengangkutan dan elektrik.
Sarekat Islam menuntut dalam hak-hak asasi manusia iaitu penghapusan
buruh kanak-kanak serta buruh paksa yang dijalankan secara berleluasa
oleh pihak-pihak yang ingin mengaut keuntungan di Indonesia. Mereka
juga menuntut Belanda memperbaiki kesihatan dan mendirikan lebih
banyak klinik yang memberikan rawatan percuma kepada rakyat Indonesia.
Pada tahun 1918, Sarekat Islam mendesak Belanda menetapkan gaji
minima dan tempoh masa kerja maksima bagi pekerja. Mereka mendesak
Belanda membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air.

Penegasan isi Oleh itu, beberapa perubahan yang lakukan oleh pihak Belanda dalam
bidang sosial telah membuktikan bahawa tuntutan yang dikemukakan oleh
Sarekat Islam telah diberi perhatian oleh pihak Belanda.
Fakta 4 Peranan Sarekat Islam Dalam aspek sosial

Huraian/contoh Sarekat Islam menuntut undang-undang yang menghalang perkembangan


agama Islam dibatalkan. Mereka mahukan hari kebesaran Islam
diisytiharkan sebagai hari cuti dan pemberian gaji tetap kepada kiyai serta
penghulu. Dalam bidang pendidikan, Sarekat Islam mendesak Belanda
menghapuskan diskriminasi terhadap kemasukan pelajar-pelajar ke sekolah.
Mereka meminta pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang
berumur 15 tahun ke bawah. Kerajaan Belanda didesak supaya mengadakan
lebih banyak pemberian biasiswa untuk membolehkan pelajar Indonesia
menuntut di luar negara. Mereka juga menuntut institusi pendidikan Islam
diberi subsidi dan Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik
taraf sebagai universiti

Penegasan isi Ketegasan perjuangan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Sarekat


Islam telah membuka laluan kepada kebangkitan semangat nasionalisme
dalam kalangan rakyat Indonesia.
Kesimpulan Pada tahun 1920-an, Sarekat Islam mulai merosot dan tidak lagi efektik
kerana gerakan nasionalisme Indonesia diambil alih oleh golongan
nasionalisme sekular. Hal ini disebabkan oleh perselisihan antara golongan
Reformis Islam dengan golongan ortodoks dalam parti itu sendiri.
Pemimpin Sarekat Islam seperti Semaun dan Darsono telah dipengaruhi
oleh komunis dan mengakibatkan perpecahan dalam Sarekat Islam. Pada
91
tahun 1926, Belanda mengambil tindakan menindas Sarekat Islam kerana
dituduh terlibat dalam beberapa pemberontakan yang berlaku. Pemimpin
Sarekat Islam iaitu Omar Said Tjokroaminoto ditangkap dan dipenjarakan
Kegiatan Sarekat Islam semakin lemah selepas selepas kegagalan
pemberontakan Parti Komunis Indonesia pada tahun 1926-1927.
Soalan 15 TEMA 3[NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA]
GERAKAN NASIONALISME
Tajuk Bincangkan Peranan Parti Nasional Indonesia (PNI) Dalam Gerakan
Nasionalisme Di Indonesia Pada Awal Abad Ke 20

Pendahuluan Parti Nasional Indonesia (PNI) merupakan sebuah parti sekular massa yang
ditubuhkan pada 4hb. Julai 1927 oleh ahli Kelab Pendidikan Bandung. PNI
telah ditubuhkan oleh Sukarno dan rakan-rakannya iaitu Dr Tjipto
Mangkunkusomo, Dr R.M Sartono, Dr Budiarto, Dr Anwari dan lain-lain
pada 4 Julai 1927. PNI juga merupakan sebuah parti politik bercorak
radikal dan merupakan sebuah parti massa yang paling popular di
Indonesia. Matlamat penubuhan PNI ialah untuk memperjuangkan
kemerdekaan penuh bagi Indonesia dengan cara menyatukan seluruh rakat
Indonesia dan mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda.
Tegasnya PNI telah memainkan peranan penting dalam gerakan
nasionalisme Indonesia selepas pengharaman Parti Komunis Indonesia pada
tahun 1927
Fakta 1 Menyatukan Rakyat Indonesia

Huraian/contoh PNI telah memainkan peranan penting dalam usaha untuk menyatukan
rakyat Indonesia bagi menuntut kemerdekaan penuh daripada pihak
Belanda. Dalam usaha untuk menyatukan rakyat Indonesia, PNI telah
menolak konsep Pan-Islamisme sebagai dasar perjuangannya. PNI
berpendapat perjuangan kemerdekaan Indonesia bukan matlamat orang-
orang Islam sahaja malahan ia juga menjadi matlamat rakyat Indonesia
yang beragama Kristian. Justeru itu, PNI melaungkan slogan perpaduan
nasional dan berdikari dalam kalangan rakyat Indonesia. Bagi menghadapi
Belanda pula, PNI mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda
dan mahu menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi. Konsep
nasioanlisme Indonesia yang diperjuangkan PNI telah disebarkan dalam
kalangan rakyat Indonesia melalui penerbitan akhbar PNI sendiri iaitu
Persatuan Indonesia.

Penegasan isi Tegasnya, konsep nasionalisme yang diperjuangkan oleh PNI telah diterima
oleh rakyat Indonesia. Ini menyebabkan pengaruh PNI telah mengalami
perkembangan pesat bukan sahaja di Pulau Jawa malahan di pulau-pulau di
luar Pulau Jawa. Buktinya menjelang bulan Mei 1929, keanggotaan PNI
telah meningkat kepada 10,000 orang dan PNI muncul sebagai sebuah parti
politik paling popular dan berpengaruh di Indonesia.
Fakta 2 Menuntut Kemerdekaan Mutlak

92
Huraian/contoh Antara peranan PNI dalam gerakan nasionalisme adalah untuk menuntut
kemerdekaan Indonesia secara mutlak pada abad ke-20 bagi membebaskan
Indonesia daripada pemerintah Belanda. Dr. Soekarno memimpin rakyat
Indonesia menuntut kemerdekaan mutlak daripada pemerintah Belanda.
Soekarno selaku pemimpin utama PNI mengamalkan cara tidak
bekerjasama dengan Belanda untuk mencapai kemerdekaan. Akhirnya
Belanda mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas berlakunya
beberapa pemberontakan dan rusuhan. Oleh yang demikian Soekarno telah
dilantik sebagai Presiden yang pertama sementara Mohamad Hatta menjadi
Presiden Menteri yang pertama di Indonesia pada 27 Disember 1949.

Penegasan isi Tegasnya PNI di bawah Dr Sukarno telah memulakan sesuatu yang sangat
penting terutama dalam memperjuangkan kebebasan penuh bagi Indonesia
daripada penjajah Belanda.

Fakta 3 Membentuk Kerajaan Demokrasi Berparlimen Yang Bertanggungjawab


Kepada Semua Rakyat.

Huraian/contoh Antara lain peranan PNI dalam gerakan kebangsaan adalah untuk
membentuk kerajaan demokrasi berparlimen yang bertanggungjawab
kepada semua rakyat demi kemerdekaan Indonesia pada abad ke-20.
PNI berusaha membentuk kerajaan demokratik berparlimen dan
bertanggungjawab kepada rakyat Indonesia. PNI berjuang secara aktif dan
radikal demi mencapai matlamat membebaskan Indonesia daripada
penjajahan Belanda. Pelbagai uaha dilakukan antaranya, memperkenalkan
kesatuan buruh, menganjurkan kursus dan mendirikan sekolah, mengadakan
rapat umum bagi menunjukkan penentangan terhadap Belanda. PNI juga
mengamalkan dasar tidak menjalinkan kerjasama dengan Belanda dan
menghasut pegawai Indonesia supaya meletak jawatan dalam perkhidmatan
awam kerajaan.

Penegasan isi Jelaslah, PNI mempamerkan kesungguhan dan usaha yang tidak mengenal
penat demi mewujudkan kerajaan Indonesia yang demokrasi agar rakyat
hidup bebas dan merdeka tanpa dijajah.

Fakta 4 Penubuhan PKKI

Huraian/contoh Sebelum penubuhan PNI, beberapa pertubuhan politik telah muncul di


Indonesia untuk menghapuskan imperialis dan kapitalis asing Eropah.
Terdapat pertubuhan dan kelab-kelab berkenaan yang bergiat aktif di luar
negara dan di dalam negara. Pada 17 Disember 1928, PNI telah berjaya
menyatukan semua parti-parti politik Indonesia dalam satu Persekutuan
Parti-Parti Politik Kebangsaan Indonesia yang longgar dan dikenali sebagai
Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)..
PPPKI merupakan gabungan Parti Sarekat Islam, Budi ottomo, Pasoedan,
Ikatan Sumatera, Kelab Pelajar Surabaya dan PNI sendiri dalam usaha
menentang kuasa Belanda.

93
Penegasan isi Tegasnya, penubuhan PPPKI telah menyebabkan semua parti politik
Indonesia bersatu dalam menentang Belanda bagi tujuan memperjuangkan
kemerdekaan Indonesia.
Fakta 5 Peranan PNI Dalam Kesatuan, Syarikat Dan Pendidikan

Huraian/contoh PNI turut memainkan peranan aktif dalam memperkukuhkan kesatuan-


kesatuan sekerja dan memajukan syarikat-syarikat kerjasama bagi
memperkukuhkan ekonomi rakyat Indonesia. PNI turut membantu
pendidikan nasional Indonesia terutamanya Sekolah-Sekolah Taman Siswa
bagi tujuan membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan pelajar
di Indonesia. PNI juga berjaya mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja
dan anggota Sarekat Rakyat yang dahulunya terpengaruh dengan idea
komunis dan keahliannya terdiri dari pada pelbagai kaum.
Penegasan isi Tegasnya, tindakan ini membolehkan PNI meluaskan pengaruhnya dalam
kalangan anggota kesatuan sekerja, syarikat kerjasama dan Mahasiswa
Sekolah-sekolah Taman Siswa dan bersatu menentang penjajah Belanda.

Fakta 6 Semasa penjajahan Belanda, bahasa Indonesia digunakan dalam urusan


pentadbiran kerana kerajaan Belanda tidak membenarkan orang Indonesia
menggunakan bahasa Belanda, malah orang Belanda juga menggunakan
bahasa Indonesia dalam urusan rasmi.

Huraian/contoh Pada tahun 1927 Bahagian Pemuda PNI yang diketuai oleh Mohd Yamin
telah menghasilkan sumpah pemuda iaitu “Satu Negara, Satu Bangsa, Satu
Bahasa Dan Satu Bendera “yang dikenali sebagai “Sang Saka Merah Putih”
dengan lagu kebangsaannya “Indonesia Raya” bagi membangkitkan
semangat nasionalisme rakyat Indonesia

Dengan demikian, kedudukan bahasa Indonesia diperkukuhkan lagi. Bahasa


Indonesia menjadi alat penyebaran maklumat yang paling berkesan dalam
kalangan masyarakat Indonesia. Maka lahirlah, pelbagai bentuk penulisan
yang menyemarakkan lagi semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat
Indonesia menentang penjajahan Belanda seperti karya Raden Adjeng
kartini yang bertajuk Habis Gelap Terbitlah Terang.

Penegasan isi Nyatalah, kesedaran kebangsaan dan semangat nasionalisme dalam


kalangan masyarakat Indonesia berjaya dipupuk melalui penggunaan
bahasa Indonesia sehingga ia menjadi suatu lambang perpaduan
keseluruhan kaum-kaum yang terdapat di Indonesia. Malah, hasil usaha PNI
juga, perkataan Indonesia benar-benar menjiwai semangat kebangsaan
dalam kalangan rakyat Indonesia.

94
Perkembangan Perkembangan pengaruh PNI yang pesat ini adalah disebabkan oleh
PNI rancangan PNI yang cekap, kepimpinan Sukarno yang dinamis, berkaliber
dan berkarisme serta kebolehan beliau berpidato yang sangat berkesan. Di
samping itu, dasar tidak bekerjasama dengan Belanda yang diperjuangkan
oleh PNI. Perjuangan PNI yang semakin meluas dan berkesan serta sifat-
sifat penjajahnya amat membimbangkan Belanda. Dalam usaha menyekat
pengaruh PNI, Belanda telah bertindak menarik balik lessen penerbitan
akhbar Persatuan Indoensia. Pada 24 Disember 1929, Belanda telah
bertindak menangkap Sukarno dan 7 orang pemimpin PNI yang lain atas
tuduhan menjalankan kegatan politik yang mengancam pihak Belanda.
Kesimpulan Dengan penangkapan Sukarno, pengaruh PNI semakin merosot.
Kepimpinan PNI telah diambilalih oleh RM Sartono. Akibat tekanan
daripada pihak Belanda, PNI telah di bubarkan oleh RM Sartono pada bulan
Januari 1931. Anggota-anggota PNI telah bertindak menyertai Parti
Indonesia, Parti Rakyat Indonesia dan Kelab Pendidikan Nasional
Indonesia. Kesimpulannya, terbuktilah bahawa peranan yang dimainkan
oleh PNI sangat penting dalam membangkitkan gerakan kebangsaan untuk
mencapai sebuah kemerdekaan secara mutlak di Indonesia pada abad ke-20
Soalan 16 TEMA 3[NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA
BANGSA]
PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN
Tajuk Pendudukan Jepun pada tahun 1942 hingga 1945 di Myanmar telah
meninggalkan kesan terhadap aspek politik, ekonomi dan sosial.
Bincangkan pernyataan tersebut.
Pendahuluan Jepun berjaya menakluki seluruh Myanmar pada tahun 1942
Pada peringkat awal pendudukan Jepun disambut baik oleh rakyat
Myanmar
Pengenalan dasar pentadbiran semasa pendudukan Jepun telah
meninggalkan kesan terhadap aspek politik di Myanmar
Fakta 1 Pendudukan Jepun telah meninggalkan kesan politik yang dapat dilihat
melalui Kemenangan dan slogan Jepun

Huraian/contoh Kemenangan Jepun mengubah tanggapan dalam kalangan rakyat Myanmar


bahawa British sebagai kuasa yang kuat. Sehubungan dengan itu,
kemenangan tersebut telah memberi kesedaran bahawa mereka juga
mampu mentadbir kerajaan sendiri. Manakala Slogan ‘Asia untuk orang
Asia’ dan rancangan ‘Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya’
juga telah membangkitkan semangat kebangsaan untuk membebaskan
negara daripada penguasaan penjajah dan mengukuhkan usaha untuk
menghapuskan pengaruh dan kebudayaan barat. Kesedaran untuk
berkerajaan sendiri juga muncul apabila mereka mendapati bahawa Jepun
telah mengeksploitasi ekonomi dan menjajah Negara Asia Tenggara melalui
slogan tersebut.

Penegasan isi Hal di atas membuktikan bahawa kesan daripada kemenangan Jepun di
Myanmar telah mempengaruhi golongan nasionalis di Myanmar untuk
berjuang mencapai kemerdekaan.
95
Fakta 2 Kesan pendudukan Jepun membantu menyemarakkan semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat Myanmar

Huraian/contoh Jepun melaksanakan dasar pemerintahan bercorak ketenteraan dan


menggalakkan peduduk tempatan melibatkan diri dalam kegiatan dan
latihan ketenteraan. Latihan seperti ini memberi kesan mendalam terhadap
masyarakat Myanmar. Buktinya pembentukan Tentera Kebangsaan
Kebangsaan Myanmar di bawah pimpinan Aung San dan Nin Win telah
menyemarakkan lagi semangat dan keazaman mereka untuk berjuang
menuntut kemerdekaan Myanmar

Penegasan isi Jelasnya, dasar pemerintahan Jepun telah meninggalkan kesan dalam
menyemarakkan semangat nasionalisme

Fakta 3 Pendudukan Jepun juga telah megubah corak pentadbiran di Myanmar


kepada corak ketenteraan
Huraian/contoh Atas usaha golongan Thakin, Jepun memberi kemerdekaan kepada
Myanmar pada 1 Ogos 1943. Jepun telah berjanji kepada pemimpin
Myanmar untuk memberi peluang pentadbiran kepada mereka. Oleh itu
sebuah kerajaan baru telah dibentuk dengan Dr Ba Maw sebagai Perdana
Menteri. Thakin Mya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri , Aung
San sebagai Menteri Pertahanan dan U Nu sebagai Menteri Hal Ehwal Luar.
Jepun juga menyerahkan jawatan Timbalan Pensuruhjaya di peringkat
daerah kepada orang tempatan, walaupun bidang kuasanya hanya
melibatkan hal umum dan kurang penting.
Peluang pentadbiran yang ada digunakan sebaiknya oleh pemimpin
tempatan untuk berlatih dan menambah keyakinan mereka untuk mentadbir
dan membangunkan negara sendiri
Penegasan isi Walaupun kerajaan yang dibentuk hanya boneka tetapi pengalaman
mentadbir kerajaan sendiri semasa pendudukan Jepun ini telah
mengukuhkan keyakinan diri golongan Thakin untuk menuntut
kemerdekaan Myanmar dari British selepas pengunduran Jepun.

Fakta 4 Kesan Pendudukan Jepun di Myanmar juga telah menyebabkan munculnya


gerakan bawah tanah iaitu Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis (LPRAF)

96
Huraian/contoh Jepun tidak memberi kemerdekaan dalam erti kata sebenar kepada
Myanmar kerana kuasa pemerintahan sebenar masih terletak di tangan
Jepun. Kekejaman pentadbiran Jepun dan kemerosotan taraf hidup rakyat
Myanmar telah mewujudkan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat
Myanmar.
Pada tahun 1944, golongan Thakin bersama-sama pertubuhan nasionalis
Myanmar yang lain telah menubuhkan LPRAF yang dipimpin oleh Aung
San dan Than Tun. LPRAF berpura-pura bekerjasama dengan Jepun.
LPRAF juga menentang Jepun dengan menjalankan sabotaj dan
memusnahkan kawasan strategik Jepun secara gerila . Tujuan utama
gerakan ini ialah untuk menubuhkan kerajaan Myanmar yang berdaulat.
Gerakan ini seterusnya menyebelahi British apabila ia secara terbuka
menentang Jepun.
Pada Ogos 1945, setelah Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia
Kedua LPRAF di bawah pimpinan golongan Thakin telah muncul sebagai
pertubuhan nasionalis yang utama di Myanmar.

Penegasan isi Kesan Penubuhan LPRAF telah menyemarakkan lagi gerakan nasionalisme
di Myanmar

Fakta 5 Pendudukan Jepun juga meninggalkan kesengsaraan dari segi ekonomi


dalam kalangan rakyat Myanmar

Huraian/contoh Jepun mengeksploitasi ekonomi Myanmar menyebabkan sumber semula


jadi musnah dan Myanmar kekurangan bahan keperluan. Tambahan pula
Jepun gagal eksport beras dan mengimport barangan pengguna
menyebabkan rakyat hidup sengsara dan serba kekurangan.
Malahan, nilai mata wang Myanmar juga jatuh secara mendadak
seterusnnya membawa kepada kadar inflasi yang tinggi kerana kekurangan
barang keperluan. Para nasionalis menentang kerana Jepun gagal
menstabilkan nilai mata wang. Jepun mencetak ‘duit pokok pisang’ tanpa
had sedangkan wang tersebut dicetak tanpa sokongan emas atau cagaran
lain.
Perdagangan antarabangsa terputus, hal ini menyebabkan rakyat Myanmar
menganggap Jepun sebagai punca kesengsaraan.
Bagi memulihkan ekonomi, Jepun melancar sistem ekonomi saradiri namun
sistem ini membebankan rakyat tempatan sehingga berlaku kebuluran.

Penegasan isi Kesan daripada peristiwa ini, masyarakat tempatan sanggup menyertai para
nasionalis dalam gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun

97
Fakta 6 Penderitaan dari sudut ekonomi telah meninggalkan kesan sosial akibat
pendudukan Jepun

Huraian/contoh Rakyat Myanmar hidup dalam kesusahan dan penderitaan akibat


kekurangan bekalan barangan keperluan harian terutama bekalan makanan.
Hal ini telah menyebabkan mereka berhadapan dengan kekurangan zat
makanan dan terdedah kepada penyakit berjangkit.

Masalah perpaduan juga berlaku apabila dasar Jepun yang menggalakkan


penggunaan bahasa kaum majoriti gagal dilaksanakan sehingga
menimbulkan konflik kaum majoriti dengan kaum minoriti tempatan seperti
Karen, Kachin, dan Chin.

Penegasan isi Rakyat Myanmar juga hidup dalam ketakutan dan berasa tidak selamat
akibat kekejaman tentera Jepun. Hal ini kerana tentera Jepun akan
menangkap sesiapa sahaja yang disyaki mengancam kepentingan Jepun.

kesimpulan Kesan penderitaan ini telah menambah lagi kesedaran nasionalisme dalam
kalangan rakyat Myanmar. Mereka sedar bahawa mereka sepatutnya bersatu
menentang sebarang bentuk penjajahan.
Kesimpulannya, kesan daripada ketidakjujuran dan tindakan Jepun di
Myanmar telah berjaya meniupkan semangat nasionalisme penduduk
Myanmar dan mempercepat proses kemerdekaan Myanmar selepas Perang
Dunia Kedua. Hasil usaha golongan nasionalis, Myanmar telah mendapat
kemerdekaan sepenuhnya daripada British pada 4 Januari 1948 dengan U
Nu sebagai Perdana Menteri yang pertama.

Soalan 17 TEMA 3[NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA


BANGSA]
PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN
Tajuk Huraikan langkah-langkah kemerdekaan Indonesia selepas Perang Dunia
Kedua

Pendahuluan Indonesia merupakan sebuah negara yang dijajah oleh Belanda dalam
tempoh yang lama . Bagaimanapun, kemunculan Jepun sebagai kuasa
inperialis baru telah membawa kepada pengunduran Belanda dari bumi
Indonesia pada 8 May 1942 apabila Gabenor Jeneral Van Strakenborgh dan
Leftenan Jeneral TerPoortan telah menyerah kalah tanpa syarat kepada
Leftenan Jeneral Imamura .

Pendudukan Jepun di Indonesia memberi peluang pentadbiran yang


sebelum ini tidak diperolehi oleh Belanda . Ini menyebabkan timbulnya
keyakinan diri untuk mentadbir sendiri negara mereka dengan cara
memperkuatkan gerakan Anti penjajah termasuk Jepun Kesannya sebelum
menyerah kalah semasa Perang Dunia Kedua Jepun mengumumkan akan
memberikan kemerdekaan kepada Indonesia .

98
Fakta 1 Kekalahan Jepun

Huraian/contoh Langkah-langkah Indonesia mencapai kemerdekaan bermula dengan


tindakan Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos
1945 dua hari selepas Jepun menyerah kalah kepada kuasa – kuasa berikat .
Bagaimanapun kemerdekaan ini tidak diiktiraf oleh Belanda apabila
kembali memerintah Indonesia Pentadbiran Belanda tidak menerima
kabinet yang ditubuhkan oleh Soekarno dan tidak mengiktirafnya sebagai
ketua seterusnya membubarkan kabinet tersebut bagi melemahkan
Indonesia . Belanda sebaliknya melantik Sultan Syahrir.Seorang yang
berpolitik sederhana sebagai ketua kerajaan republik. Bagaimanapun Sultan
Syahrir juga mahukan pengiktirafan Belanda . Keengganan Belanda
mengiktiraf kemerdekaan Indonesia akhirnya menyebabkan berlaku
pertumpahan darah dalam Revolusi Kemerdekaan Indonesia .
Penegasan isi Hal ini menunjukkan langkah menuju kemerdekaan Indonesia mengalami
detik yang semakin sukar .

Fakta 2 Pembentukan komanwel Indonesia

Huraian/contoh Pada tahun 1946 , Belanda mengesyorkan pembentukan sebuah Komanwel


Indonesia yang terdiri daripada wilayah –wilayah dengan pemerintahan
sendiri . Sebuah parlimenyang dipilih akan mengawal hal ehwal kerajaan .
Kerajaan komanwel ini diketuai oleh wakil Belanda dan menjadi
sebahagian daripada kerajaan Belanda .
Penegasan isi Keadaan ini tidak disenangi oleh Indonesia kerana keinginan mencapai
kemerdekaan masih jauh kerana komanwel Indonesia akan menjadi
sebahagian daripada kerajaan Belanda.

Fakta 3 Perjanjian Linggajati

Huraian/contoh Seterusnya tindakan Belanda ini tidak disenangi oleh kuasa Barat British
misalnya telah mengkritik tindakan Belanda terhadap Indonesia dan
bersedia berundur dari Jawa . Belanda cuba menyelesaian isu ini menerusi
meja rundingan di Linggajati. Hasil rundingan maka termeterainya
Perjanjian Linggajati. Perkara yang dipersetujui dalam rundingan tersebut
ialah pengisytiharan Pengiktirafan oleh Belanda ke atas Indonesia di Jawa,
Madura dan Sumatera. Kerajaan demokratik berdaulat dibentuk sebelum 1
Januari 1949. Sebuah kerajaan Persekutuan demokratik dan berdaulat akan
dibentuk yang terdiri daripada Republik Indonesia, Indonesia Timur dan
Borneo. Ini dinamakan Kesatuan Negeri-negeri Indonesia yang merupakan
sebahagian daripada Kesatuan Belanda-Indonesia.

Penegasan isi Namun Perjanjian ini tidak dipersetujui oleh beberapa parti politik
Indonesia seperti Parti Nasional Indonesia, MASJUMI dan ahli-ahli
Komunis.

99
Fakta 4 Perjanjian Renville

Huraian/contoh Tindakan ini membawa kepada campurtangan British dan Amerika


Syarikat. Mereka menentang tindakan yang diambil Belanda. Pada masa
yang sama India dan Australia membawa isu ketenteraan Belanda ke atas
Indonesia ke Majlis Keselamatan PBB. Oleh itu, Majlis Keselamatan
mengarahkan Belanda dan Indonesia melakukan genjatan senjata pada 1
Ogos 1947. Hasilnya terbentuklah Perjanjian Renville yang ditandatangani
pada 1948. Namun Belanda telah mencabuli perjanjian ini dengan
memulakan tindakan ketenteraan ke atas Indonesia. Belanda telah
menyerang dan menawan Bandar Jogjakarta telah menangkap dan
memenjarakan Sukarno dan Hatta. Walaupun tanpa pemimpin utama tetap
diteruskan. Menteri Kewangan, Syafrudin Prawiranegara telah menubuhkan
pemerintahan darurat Republik Indonesia dan Sumatera.

Penegasan isi Beliau Berjaya menyeru rakyat melancarkan dasar tidak bekerjasama
dengan Belanda demi merealisasikan hasrat ingin merdeka.

Fakta 5 Perjanjian Hague 1949

Huraian/contoh Tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh Belanda ke atas Indonesia
menyebabkan Belanda dikecam hebat oleh dunia luar. Akhirnya, Sukarno
dan rakan-rakannya dibebaska. Oleh sebab tidak ingin peperangan
berterusan maka perbincangan meja bulat atau Perjanjian Hague diadakan
pada 2 November 1949 yang menetapkan syarat supaya Belanda bersetuju
melepaskan penguasaannya ke atas India Timur Belanda. Tanpa syarat
kepada Republik Indonesia sebelum 30 Desember 1949.
Penegasan isi Hal ini menunjukkan langkah menuju ke arah kemerdekaan semakin
menjadi kenyataan.

ksimpulan Perjuangan kemerdekaan di Indonesia lebih sukar kerana terpaksa


berhadapan dengan sikap degil penjajah dan campurtangan antarabangsa.
Akhirnya Belanda menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27
Disember 1949 yang akhirnya bermakna Indonesia mencapai status negara
merdeka dan berdaulat.

Soalan 18 TEMA 4 [PENGISIAN KEMERDEKAAN]


SISTEM PEMERINTAHAN
Tajuk Bincangkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Thailand pada
abad ke-20 masihi

Pendahuluan Sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan di Thailand mengiktiraf raja


sebagai lambang perpaduan, penaung agama Buddha dan simbol kedaulatan
kerajaan yang memerintah. Revolusi Thailand 1932 telah menjadikan
Thailand sebuah negara demokrasi. Kuasa mutlak raja telah dihapuskan dan
digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi berpalimen

100
Fakta 1 Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Thailand pada abad ke-20
Masihi dipraktikkan melalui pemberian kebebasan dalam berpolitik dan
mengadakan pilihan raya untuk memilih kerajaan yang memerintah.
Huraian/contoh Melalui pilihan raya, sebuah kerajaan demokrasi dibentuk apabila rakyat
memilih parti yang mendapat majoriti dan berupaya membentuk kerajaan
yang memerintah. Pilihan raya akan diadakan 4 tahun sekali bagi melantik
ahli-ahli dewan. Sebagai contoh, kuasa pentadbiran diserahkan kepada
jawatankuasa eksekutif Parti Rakyat diketuai oleh Phraya Manopakorn.

Penegasan isi Pilihan raya umum diadakan bagi menggalakkan perkembangan parti-parti
politik sebagai asas demokrasi dalam sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen di Thailand pada abad ke-20 Masihi.
Fakta 2 Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Thailand meletakkan
perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dalam negara demokrasi.
Huraian/contoh Perlembagaan Thailand meletakkan perlembagaan di atas raja. Raja hanya
berkuasa dalam memberi pengampunan dan mengisytiharkan darurat serta
raja mempunyai keistimewaan tertentu yang tidak boleh disentuh atau
dicabar oleh rakyat. Perlembagaan Thailand masih mengekalkan raja
Thailand sebagai ketua negara serta bertindak sebagai ketua bagi tiga
komponen kerajaan yang utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan
dan badan kehakiman.

Penegasan isi Walau bagaimanapun, Perlembagaan menjadikan raja Thailand tidak


berkuasa dalam pemerintahan kerana pemerintahan dijalankan oleh
kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
Fakta 3 Sistem demokrasi berparlimen di Thailand mengiktiraf kedudukan raja
sebagai penaung dan pelindung
Huraian/contoh Raja Thailand tertakluk kepada perlembagaan negara dan tidak berkuasa
mutlak dalam pemerintahan. Raja Thailand menjadi simbol kedaulatan
kerajaan yang memerintah tanpa sebarang kuasa pemerintahan. Semua
urusan pemerintahan akan dilaksanakan oleh kerajaan yang dipilih oleh
rakyat melalui pilihanraya.
Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama kerajaan iaitu
badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Badan
Eksekutif adalah badan yang berkuasa membuat dan melaksanakan dasar-
dasar negara. Perdana Menteri mengetuai badan eksekutif, iaitu kabinet
yang akan membantunya dalam membuat keputusan dan menentukan dasar-
dasar negara. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet yang lain terdiri
daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja Thailand
pula bertindak melantik Perdana Menteri.

Penegasan isi Walaupun perlembagaan berada di atas raja, namun raja mempunyai
keistimewaan tertentu dan dihormati dari segi perundangan
Fakta 4 Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen Thailand membahagikan
pentadbiran negara kepada tiga komponen utama kerajaan.

101
Huraian/contoh Badan eksekutif berkuasa dalam membuat dan melaksanakan dasar-dasar
negara. Badan eksekutif dipimpin oleh Perdana Menteri, yang juga
mengetuai kabinet kerajaan. Ahli kabinet terdiri daripada wakil rakyat
yang dipilih menerusi pilihan raya.
Badan perundangan iaitu Parlimen Thailand terdiri daripada Dewan
Negara [senat] dan Dewan Perwakilan. Kedua-duanya akan dibubarkan
dalam tempoh 4 tahun dan pilihan raya akan diadakan semula untuk
memilih ahli Parlimen. Parlimen berkuasa menggubal dan meluluskan
undang-undang.
Badan kehakiman bertanggungjawab dalam melaksanakan hukuman
berdasarkan peruntukan perlembagaan. Hakim dilantik oleh Raja
Thailand. Thailand mempunyai empat jenis mahkamah iaitu mahkamah
Tinggi, Mahkamah Rayuan, mahkamah Jenayah dan Mahkamah Sivil.
Penegasan isi Raja Thailand merupakan ketua negara manakala Perdana Menteri dalh
ketua kerajaan

Kesimpulan Raja menjadi institusi penting bagi penyatuan negara. Raja juga adalah
tonggak kestabilan negara apabila sistem demokrasi berparlimen gagal
menyelesaikan masalah politik dalaman Thailand

Soalan 19 TEMA 4 [PENGISIAN KEMERDEKAAN]


SISTEM PEMERINTAHAN
Tajuk Bincangkan sistem pemerintahan di Filipina pada abad ke-20 Masihi.

Pendahuluan Selepas pendudukan Jepun,Amerika Syarikat telah menyerahkan Filipina


kepada rakyat Filipina. Filipina memperoleh kemerdekaan pada 4 Julai
1946. Sejak mencapai kemerdekaan,Filipina mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen.Sistem pemerintahan ini mengikut
model Amerika Syarikat. Presiden Manuel Roxas menjadi Presiden
Filipina yang pertama .
Fakta 1 Pemerintahan demokrasi berparlimen di Filipina dikuasai oleh Presiden.
Manakala Naib Presiden membantu tugas-tugas yang dijalankan oleh
Presiden.
Hhuraian/contoh Presiden dan Naib Presiden dipilih secara langsung oleh rakyat melalui
pilihan raya bagi tempoh empat tahun sepenggal.Presiden mempunyai
kuasa eksekutif,mengawasi kerajaan tempatan,merupakan ketua tertinggi
angkatan tentera,biro dan pegawai kerajaan.Presiden mempunyai kuasa
veto dalam kongres.Dengan kuasa tersebut,Presiden berhak membatalkan
sebarang usul rang undang-undang.Namun,kongres masih mempunyai hak
untuk membatalkan kuasa veto Presiden dengan undian dua pertiga ahli
kongres.

kesimpulan Jelaslah bahawa Presiden yang merupakan ketua negara dan ketua
kerajaan dalam pemerintahan demokrasi berparlimen di Filipina
mempunyai kuasa yang luas.Manakala Naib Presiden merupakan
pembantu kepada Presiden.

102
Fakta 2 Badan perundangan atau legislatif juga merupakan institusi yang tidak
kurang pentingnya dalam pemerintahan demokrasi berparlimen di
Filipina.
Huraian/contoh Badan Perundangan ini diletakkan di bawah kuasa kongres atau
parlimen.Kongres akan dibantu oleh Dewan Senat(Majlis Tertinggi) dan
Dewan Perwakilan(Majlis Terendah).Anggota Dewan Senat terdiri
daripada 24 orang senator yang akan berkhidmat untuk tempoh enam
tahun sepenggal.Mereka dipiih secara bebas.Anggota Dewan Perwakilan
pula tidak lebih daripada 120 orang perwakilan yang dipilih oleh rakyat
melalui pilihan raya untuk tempoh empat tahun.Tugas kongres yang utama
ialah menggubal undang-undang dan berkuasa mengisytiharkan perang.
Penegasan isi Tegasnya , Badan Perundangan merupakan pentadbiran peringkat negeri
yang juga penting dalam pemerintahan demokrasi berparlimen di Filipina

Fakta 3 Selain pemerintahan di peringkat negeri, pentadbiran Filipina dibahagikan


pula kepada pentadbiran tempatan.
Huraian/contoh Pentadbiran tempatan terdiri daripada pentadbiran wilayah,pentadbiran
perbandaran dan bandar raya.Pentadbiran ini bertujuan untuk melicinkan
pentadbiran negara di Filipina.Filipina juga dibahagikan kepada 56
wilayah dan setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor.Gabenor
dibantu oleh naib gabenor dan dua orang ahli lembaga.Selain itu terdapat
pegawai-pegawai lain seperti bendahari dan audit yang dilantik oleh
kerajaan pusat.

Penegasan isi Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Filipina jelaslah dapat


berjalan lancar dengan adanya pentadbiran tempatan.

Fakta 4 Pemerintahan di peringkat wilayah telah membentuk sebuah pentadbir


awam dan dikawal oleh undang-undang perbandaran.
Huraian/contoh Pegawai-pegawai yang bertugas di peringkat ini terdiri daripada Datuk
Bandar dan empat hingga lapan orang ahli majlis.Pelantikan ini
bergantung kepada keadaan kewangan.

Penegasan isi Ini juga dapat melicinkan pemerintahan demokrasi berparlimen di Filipina.

Kesimpulan Kekalahan Jepun dan pendudukan Amerika Syarikat di Filipina telah


memberi latihan berkerajaan sendiri kepada rakyat Filipina.Pengalaman
ini membawa kepada pembentukan pemerintahan Republik dengan unsur-
unsur demokrasi, atau demokrasi berparlimen.

Soalan 20 TEMA 4 [PENGISIAN KEMERDEKAAN]


PEMBANGUNAN
Tajuk Bincangkan usaha pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh
kerajaan Filipina pada tahun 1945 hingga 1965.

103
Pendahuluan Amerika Syarikat telah menawan semula Filipina pada 23 Februari 1945
selepas tamatnya perang dunia kedua.
Peristiwa ini telah membawa perubahan ekonomi di Filipina ekoran
pengenalan ekonomi laissez-faire dan seterusnya kerajaan berbentuk
republik demokrasi telah ditubuhkan.
Kerajaan ini diketuai oleh seorang presiden. Pemerintahan presiden seperti
Presiden Manual Roxas, Quirino dan lain-lain telah mengambil beberapa
usaha untuk membangunkan ekonomi di Filipina pada tahun 1945 hingga
tahun 1965
Fakta 1 Usaha pembangunan ekonomi semasa Presiden Manual Roxas (1946-
1948)

Huraian/contoh Selepas mencapai kemerdekaan, Filipina masih dibelenggu kemiskinan


dan kekurangan kemudahan asas. Oleh yang demikian, Manual Roxas
(1946-1948) telah mengadakan pemulihan ekonomi dalam bidang
pertanian dan perindustrian dengan mendapatkan bantuan kewangan dan
teknikal daripada pertubuhan antarabangsa
Misalnya, mendapatkan bantuan daripada dana Amerika Syarikat
sebanyak AS$70 juta. Dalam masa yang sama, jumlah perdagangan
Filipina meningkat dan kebanyakannya dengan Amerika Syarikat. Pada
tahun 1946, Manual Roxas telah melaksanakan reformasi tanah dengan
mewujudkan undang-undang perkongsian antara tuan tanah dan penyewa
daripada 30 kepada 70

Penegasan isi Tegasnya, reformasi ini telah menyelamatkan penyewa tanah daripada
penindasan tuan tanah
Fakta 2 Usaha pembangunan ekonomi semasa Presiden Quirino (1948-1953)

Huraian/contoh Semasa Presiden Quirino memerintah Filipina, Presiden Quirino telah


mengadakan hubungan baik dengan Amerika Syarikat.
Beliau juga telah mengadakan rancangan pembangunan lima tahun.
Presiden telah meminta bantuan daripada Amerika Syarikat pada tahun
1950 dengan menandatangani satu perjanjian baharu. Dalam perjanjian ini,
Amerika Syarikat bersetuju memberi pinjaman sebanyak AS$250 juta bagi
membangunkan Filipina. Malahan, Amerika Syarikat juga turut memberi
bimbingan dalam urusan penetapan cukai dan penggubalan undang-
undang bagi gaji minimum pekerja sektor pertanian
Penegasan isi Kesannya, dasar pembaharuan ekonomi Presiden Quirino gagal kerana
berlaku penyelewengan dalam pentadbiran seperti rasuah dan pembaziran.

Fakta 3 Usaha pembangunan ekonomi semasa Presiden Ramon Magsaysay (1953-


1957)

104
Huraian/contoh Presiden Ramon Magsaysay yang memerintah pada tahun 1953 hingga
tahun 1957 pula telah memberi perhatian khusus kepada masalah ekonomi
dan kebajikan rakyat. Seterusnya Magsaysay telah mengadakan hubungan
perdagangan dengan Amerika Syarikat
Presiden Magsaysay telah mengambil langkah memindahkan petani ke
kawasan baharu, mengembangkan gerakan koperasi pertanian,
mewujudkan Skim Kredit Desa, dan menyediakan kemudahan
infrastruktur dalam kawasan penyumbang ekonomi.
Undang-undang untuk tidak menjual barangan luar dan perdagangan
eksport import kecuali dari Amerika Syarikat telah diperkenalkan bagi
melindungi industri tempatan.
Penegasan isi Kesannya, dasar ekonomi Filipina berlaku peningkatan perdagangan.

Fakta 4 Usaha pembangunan ekonomi semasa Presiden Carlos Grasia (1957-1961)

Huraian/contoh Jawatan presiden diambil alih oleh Carlos Garsia yang memerintah dari
tahun 1957 hingga tahun 1961. Carlos Garsia masih meneruskan dasar-
dasar ekonomi Magsaysay dalam membangunkan ekonomi Filipina.
Penegasan isi Pada tahun 1961, Filipina menjadi pengeluar kelapa kering dan gula dunia

Fakta 5 Usaha pembangunan ekonomi semasa Presiden Diosdado Macapagal


(1961-1965)

Huraian/contoh Usaha-usaha yang telah dijalankan ialah meningkatkan pengeluaran


makanan dengan mengimport makanan dari luar. Selain itu, Macapagal
telah memberi penekanan kepada sektor pertanian dengan
memperkenalkan Kanun Tanah Pertanian Pembaharuan, 1963. Melalui
kanun ini beliau telah memansuhkan penyewaan, menghapuskan
perhambaan terhadap penyewa tanah dan memberi kebebasan dan
keselamatan kepada petani. Beliau juga telah mewujudkan Pentadbiran
pekerjaan Asas (EEA) sebagai usaha menyelesaikan masalah
pengangguran dan menyediakan banyak peluang pekerjaan untuk
penduduk Filipina. Seterusnya, memperkenalkan program penswastaan
yang berlandaskan kepada perusahaan bebas dan swasta. Undang-undang
Perdagangan Runcit Kebangsaan juga diwujudkan bagi memecahkan
monopoli oleh peniaga asing yang menguasai perdagangan runcit. Akhir
sekali memperkenalkan program Pembangunan Bersepadu Lima Tahun
untuk pemulihan segera kestabilan ekonomi.

Penegasan isi Jelas, Presiden Macapagal telah melaksanakan pelbagai program ekonomi
untuk mengembangkan ekonomi negara.
kesimpulan Kesimpulannya, Presiden-presiden Filipina telah berusaha melaksanakan
dasar pembangunan ekonomi bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi
di Filipina. Pertumbuhan ekonomi yang dinikmati Filipina telah
meningkatkan taraf hidup golongan petani dan pertambahan kemudahan
sosial di Filipina.

105
Soalan 21 TEMA 4 [PENGISIAN KEMERDEKAAN]
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Tajuk Bincangkan peranan Presiden Macapagal dalam usaha beliau
membangunkan negara Filipina.
Pendahuluan Presiden Macapagal atau Diosdado Pangan Macapagal dilahirkan di
Lubao, Pampanga pada 28 September 1910. Bapanya ialah Urbano
Macapagal manakala ibunya ialah Romana Pongan. Beliau berasal
daripada keluarga yang miskin dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke
University of Santos Tomas dan memperoleh ijazah dalam bidang
perundangan pada tahun 1936. Beliau menjadi Presiden Filipina yang ke-9
bermula pada tahun 1961-1965 bagi menggantikan Presiden Carlos P.
Garcia. Presiden Macapagal meninggal dunia pada 21 April 1997 ketika
berusia 86 tahun di Makati City, Metro Manila. Semasa hayat Presiden
Macapagal, rakyat Filipina menggelarkannya “The incorruptable” (orang
jujur). Sepanjang pemerintahannya terdapat pelbagai sumbangan yang
telah dilaksanakan oleh beliau dalam pembangunan politik, ekonomi dan
sosial Filipina.
Fakta 1 Menukar tarikh kemerdekaan Filipina

Huraian/contoh Antara sumbangan Presiden Macapagal dalam bidang politik ialah pada
tahun 1962, beliau bertindak mengubah tarikh perayaan rasmi Hari
Kemerdekaan Filipina yang telah ditetapkan oleh Amerika Syarikat dari 4
Julai kepada 12 Jun. Tarikh 12 Jun dipilih kerana tarikh itulah tarikh
Emilio Aquinaldo mengumumkan kemerdekaan Filipina daripada penjajah
Sepanyol pada tahun 1898.
Sebagai contohnya, pada 12 Mei 1962, Presiden Macapagal telah
menandatangani proklamasi yang mengisytiharkan 12 Jun setiap tahun
sebagai cuti umum khas untuk memperingati pengisytiharan hari
kemerdekaan daripada Sepanyol pada 12 Jun 1898.

Penegasan isi Tegasnya, Presiden Macapagal berjaya mengubah tarikh tersebut bagi
mengingati perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan daripada
Sepanyol.

Fakta 2 Meningkatkan Keluaran Bahan Makanan

106
Huraian/contoh Salah satu sumbangan yang dilaksanakan oleh Presiden Macapagal dalam
bidang ekonomi ialah bertindak meningkatkan keluaran bahan makanan
untuk menampung keperluan penduduk dan mengelakkan mengimport
makanan daripada luar. Hal ini bertujuan mengelakkan pengaliran peso
Filipina ke luar negara dengan banyak.
Sebagai contohnya, untuk memberi pekerjaan kepada penduduk Filipina,
Presiden Macapagal memperkenalkan program sosioekonomi. Dalam
program ini, reformasi tanah melalui Kod Reformasi Tanah Pertanian
diperkenalkan pada tahun 1963. Macapagal juga melaksanakan Program
Pembangunan Bersepadu Lima Tahun yang bermatlamat memulihkan
kestabilan ekonomi, membela nasib rakyat dan mewujudkan asas kukuh
untuk pertumbuhan masa depan. Presiden Macapagal tidak dapat
melakukan pembaharuan dasar ekonomi kerana mendapat tentangan
daripada Parti Nasionalis.

Penegasan isi Jelaslah usaha yang dilakukan oleh Presiden Macapagal dapat
meningkatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.15 peratus bagi tahun
1962 hingga tahun 1965.

Fakta 3 Pembaharuan Undang-undang Tanah

Huraian/contoh Presiden Macapagal juga telah memansuhkan penyewaan dan program


reformasi tanah yang disertakan dalam Kanun Tanah Pertanian
Pembaharuan 1963. Program ini bertujuan untuk memerangi kemiskinan
secara besar-besaran dan menghapuskan perhambaan terhadap penyewa
tanah kepada kebebasan dan keselamatan petani di tanah milik mereka.
Beliau telah menandatangani pemansuhan tersebut pada 8 Ogos 1963 bagi
menghapuskan perhambaan.

Penegasan isi Namun begitu, beliau gagal dalam melaksanakan reformasi tanah tersebut.

Fakta 4 Mewujudkan Pentadbiran Pekerjaan Asas (EEA)

Huraian/contoh Di bidang sosial pula, beliau telah berusaha untuk menyelesaikan masalah
pengangguran yang merupakan masalah utama semasa pentadbirannya.
Oleh itu, beliau telah mewujudkan pentadbiran Pentadbiran Pekerjaan
Asas (EEA). Beliau berharap usaha ini dapat memberi peluang rakyat
mendapatkan pekerjaan dan mengatasi masalah pengangguran.
Contohnya, bantuan ini telah menyediakan lebih banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk Filipina.

Penegasan isi Tegasnya, usaha Presiden Macapagal ini mampu mengatasi masalah
kemiskinan dan meningkatkan ekonomi negara.

Fakta 5 Penggunaan bahasa Filipina

107
Huraian/contoh Selain itu, Presiden Macapagal juga membuat pembaharuan dari segi
penggunaan bahasa. Beliau telah memulakan penggunaan bahasa Filipina
dalam semua urusan rasmi kerajaan .
Sebagai contohnya, semua dokumen, kelayakan diplomatik, diploma serta
sijil semuanya menggunakan bahasa Filipina. Beliau menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan mereka sebagai bahasa rasmi yang
digunakan dalam semua acara komunikasi dan dokumen.

Penegasan isi Oleh itu, usaha yang dilakukan bagi memartabatkan bahasa Filipina telah
meningkatkan lagi semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Filipina.

Kesimpulan Presiden Macapagal merupakan negarawan ulung Filipina. Beliau telah


banyak membawa perubahan sama ada dari segi politik mahupun
ekonomi. Beliau juga bijak dalam menjalin hubungan dengan negara jiran
Semasa pentadbirannya, Filipina telah menjalin hubungan yang lebih rapat
dengan Malaysia dan Indonesia melalui pembentukan MAPHILINDO.
Terdapat beberapa projek ekonomi tidak dapat dilaksanakan kerana
mendapat penentangan daripada Parti Nasionalis di bawah pimpinan
Ferdinand Marcos yang telah menguasai Dewan Perwakilan dan Dewan
Senat Filipina. Presiden Macapagal telah dikalahkan oleh Ferdinand
Marcos dalam pertandingan pemilihan presiden pada tahun 1965.

Soalan 22 TEMA 4 [PENGISIAN KEMERDEKAAN]


PERHUBUNGAN LUAR
Tajuk Huraikan Penglibatan Thailand dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
[PBB].
Pendahuluan Thailand menjadi anggota PBB ke-55 pada Disember 1946. Sejak itu
Thailand sering terlibat dalam aktiviti PBB seperti memberi bantuan
ketenteraan kepada PBB semasa Perang Korea, pemimpin Thailand juga
pernah berkhidmat secara aktif dalam beberapa Majlis PBB dan menyertai
agensi-agensi di bawah PBB.
Fakta 1 Penglibatan dalam isu Kemboja.

Huraian/contoh Thailand berusaha mencari penyelesaian politik yang menyeluruh dalam


isu Kemboja melalui Resolusi Perhimpunan Agung dengan
mencadangkan agar permusuhan dihentikan, menyekat kemasukan tentera
asing dan memberi hak kepada rakyat Kemboja untuk menetukan nasib
mereka sendiri. Resolusi ini diterima oleh ahli Perhimpunan Agung.

Thailand juga menjadi tuan rumah kepada dua mesyuarat di Pattaya pada
tahun 1991 yang berkaitan dengan kemboja. Wakil Kemboja bersetuju
dengan beberapa elemen asas bagi penyelesaian politik menyeluruh yang
membawa kepada termeterainya Perjanjian Damai Paris pada 23 oktober
1991.

Pada Mei 1993 pula, seramai 27 orang pegawai Thailand dipilih sebagai
Pegawai Pilihanraya Antarabangsa untuk membantu PBB menjalankan

108
dan mentadbir pilihanraya di Kemboja

Penegasan isi Jelas menunjukkan peranan Thailand dalam politik di Kemboja amat
mengagumkan dan berjaya menyelesaikan masalah politik di kemboja.

Fakta 2 Peranan secara aktif dalam agensi PBB.

Huraian/contoh Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis
Keselamatan am Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC). Selain itu juga
Thailand juga bekerjasama dalam agensi lain seperti Nations Education,
Scientific and cultural Organisation (UNISCO), Food and Agriculture
Organisation of the United Nations (FAO), International
elecommunications Union (ITU) dan International Labour Organisation
(ILO).
Penegasan isi Thailand memainkan peranan penting dalam memberi manfaat kepada
anggota PBB melalui kerjasamanya dalam agensi tersebut.
Fakta 3 Peranan sebagai tuan rumah bagi agensi PBB.

Huraian/contoh Bangkok sering menjadi ibu pejabat bagi agensi PBB seperti ESCAP,
FAO, UNICEF, dan SEAMEO. Selain itu Thailand pernah menjadi tuan
rumah Majlis Makan Dunia pada tahun 1990.

Penegasan isi Disebabkan peranan Thailand yang sangat penting kepada dunia maka
beberapa pengiktirafan telah diberikan seperti perlantikan Putera Wan
Waithayakorn sebagai Presiden Perhimpunan Agung ke-11 pada tahun
1956-1957. Manakala pada tahun 1957, Nai Pote Sarasin pula dilantik
sebagai Setiausaha Agung PBB. Thailand juga dilantik sebagai ahli tidak
tetap dalam Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1985-1986.

Fakta 4 Thailand mempunyai tanggungjawab untuk bekerjasama dalam merentas


sempadan dalam isu-isu seperti alam sekitar, hak asasi manusia, masalah
AIDS dan penyalahgunaan dadah.
Huraian/contoh Contohnya Thailand terlibat dalam isu alam sekitar dunia dimana Thailand
telah menyatakan komitednya terhadap pelaksanaan dan cadangan yang
dipersetujui dalam Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Bangsa-
Bangsa Bersatu (UNCED) di Rio de Janeiro, Brazil pada 3-14 Jun 1992.
Thailand juga menghadiri konvensyen antarabangsa seperti Konvensyen
Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Terancam (CITES),
Konvensyen Vienna untuk Perlindungan Lapisan Ozon, dan Protokol
Montreal mengenai Bahan-bahan yang memusnahkan lapisan Ozon.

Penegasan isi Jelas menunjukkan bahawa Thailand juga prihatin mengenai isu-isu social.

109
Kesimpulan Penglibatan dan sumbangan Thailand dalam PBB menunjukkan wujudnya
hubungan yang erat dengan Negara luar. Thailand juga dilihat menjadi
peserta aktif dalam pelbagai bidang kerjasama melalui agensi-agensi PBB.
Sumbangan ini juga amat bermakna dalam mewujudkan keamanan
serantau khususnya dan antarabangsa amnya.
Soalan 23 TEMA 4 [PENGISIAN KEMERDEKAAN]
PERHUBUNGAN LUAR
Tajuk Bincangkan penglibatan Filipina dalam ASEAN pada abad ke-20 Masihi.

Pendahuluan ASEAN merupakan singkatan bagi Persatuan Negara-negara Asia


Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi
Bangkok. Tujuan penubuhan ASEAN ialah untuk menjalinkan hubungan
dan mengukuhkan kerjasama serantau.
Penglibatan Filipina dalam ASEAN selaras dengan tujuan hubungan
luarnya iaitu mewujudkan kersama serantau dan antarabangsa demi
memelihara keamanan, keselamatan dan kesejahteraan.
Fakta 1 negara anggota ASEAN

Huraian/contoh Filipina adalah antara negara Asia Tenggara terawal yang meyertai
ASEAN bersama-sama Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Penglibatan Filipina dalam ASEAN bermatlamatkan kerjasama dalam
semua bidang terutamanya ekonomi, kebudayaan, teknikal dan saintifik.
Contohnya kerjasama dalam bidang ilmu melalui penubuhan Pusat
Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM).

Penegasan isi
Jelaslah penyertaan Filipina dapat mengeratkan kerjasama ASEAN.
Fakta 2 Pengisytiharan ZOPFAN

Huraian/contoh Dalam Deklarasi Kuala Lumpur 1971, Filipina bersama-sama negara


ASEAN yang lain telah mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Aman,
Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). ZOPFAN bertujuan untuk mengelakkan
negara-negara Asia Tenggara yang sedang membangun ketika itu terlibat
dalam pertikaian antara negara-negara besar Blok Barat (Kapitalis) dengan
Blok Timur (Komunis). Ia juga untuk mengelakkan campurtangan kuasa
asing dalam pentadbiran.

Penegasan isi Oleh itu Filipina dan negara ASEAN yang lain tidak menyebelahi mana-
mana Blok supaya dapat mengekalkan rantau Asia Tenggara sebagai
kawasan yang aman dan stabil politiknya.

Fakta 3 ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear

110
Huraian/contoh Filipina telah menyertai Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN pada
tahun 1984 dan menetapkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Bebas
Senjata Nuklear. Ianya bermaksud tidak membenarkan kapal-kapal yang
melalui perairan Asia Tenggara atau menggunakan pelabuhannya untuk
mengangkut bahan dan senjata nuklear.

Penegasan isi Jelaslah bahawa Filipina juga amat menititikberatkan keselamatan Asia
Tenggara.

Fakta 4 Kerjasama ekonomi

Huraian/contoh Filipina bersama negara anggota yang lain turut bekerjasama mewujudkan
Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau AFTA (Asean Free Trade
Area). Tujuan AFTA ialah meningkatkan daya saing ASEAN sebagai
pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia dan menarik pelabur asing
langsung ke ASEAN. Jadi pengguna dapat memperoleh barang dagangan
dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan
perdagangan intra-ASEAN.

Penegasan isi Oleh itu kemajuan ekonomi ASEAN dapat ditingkatkan.

Fakta 5 Menganjurkan projek-projek ASEAN

Huraian/contoh Filipina telah menganjurkan dan melibatkan diri dalam projek-projek


ASEAN seperti projek Fabrikasi Tembaga ASEAN, Pertubuhan ASEAN
Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina, serta Pusat Pembaharuan dan
Teknikal (INNOTECH).

Penegasan isi Jelaslah peranan Filipina amat penting dalam menjayakan projek-projek
tersebut.

Fakta 6 Menjadi tuan rumah

Hurainan/contoh Filipina juga telah menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak
ASEAN+3 yang ketiga pada tahun 1987. ASEAN+3 merupakan kerjasama
ekonomi ASEAN dengan China, Jepun dan Korea. Menteri-menteri Luar
negara-negara tersebut telah dijemput menghadiri perbincangan tentang
kerjasama yang ingin diwujudkan.
Filipina juga telah menjadi tuan rumah kepada sukan SEA yang diadakan
untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan.
Sehingga tahun 2000, Filipina telah menjadi tuan rumah sebanyak dua kali
iaitu pada tahun 1981 dan 1991.
Penegasan isi Jelaslah sumbangan tersebut membawa kebaikan untuk ASEAN.

111
Kesimpulan Pada abad ke-20, Filipina telah terlibat dalam pertubuhan serantau seperti
ASA, MAPHILINDO dan ASEAN. Selepas merdeka, Filipina bergiat aktif
dalam pertubuhan antarabangsa seperti SEATO dan PBB. Penglibatan dan
hubungan tersebut memberi banyak faedah dalam memelihara kedudukan
politik, kemajuan ekonomi serta sosial.

MODUL TAMAT

112

You might also like