You are on page 1of 1

Kepentingan Penambahbaikan Pengurusan Prestasi Pekerja

oleh

Bernard Jupiol Nicholas


Hubungan Industri (HA12)
Universiti Malaysia Sabah

Salah satu kepentingan penambahbaikan pengurusan prestasi pekerja ialah pengertian yang
jelas tentang jangkaan pekerjaan. Apabila pekerja dan penyelia mempunyai pemahaman yang jelas
mengenai tugas pekerjaan mereka, sebarang kekaburan di tempat kerja dapat dihapuskan.
Penambahbaikan pengurusan prestasi pekerja memberi kuasa untuk memikirkan dan menjelaskan
peranan meraka dalam organisasi. Pelan prestasi pekerja mesti menyediakan langkah-langkah yang
seimbang dan dapat diterima oleh semua. Disamping mengukur hasil yang diharapkan, pelan
pengurusan prestasi termasuk beberapa langkah yang sesuai seperti kualiti, kuantiti, ketepatan masa,
dan keberkesanan kos. Jangkaan prestasi mestilah berdasarkan analisis pekerjaan yang jelas, spesifik,
dan difahami, munasabah, boleh diukur, boleh diperhatikan atau boleh disahkan serta memupuk
peningkatan berterusan dalam produktiviti.

Bukan itu sahaja, penambahbaikan pengurusan prestasi pekerja juga boleh membantu untuk
mengenalpasti cara untuk meningkatkan prestasi dan memberi peluang untuk membincangkan arah
dan prospek kerjaya. Ia akan menyediakan peluang untuk merancang dan menetapkan matlamat untuk
memajukan kerjaya pekerja yang berprestasi. Pengurusan prestasi akan membantu mendapatkan
sebarang latihan tambahan atau tunjuk ajar yang boleh menjadi asas untuk membangunkan rancangan
organisasi pada masa depan.

[Katakunci: kesatuan sekerja, prestasi, produktiviti, pekerja, Malaysia]

Rujukan:

Azizan, H. M., & Razlina, H. J. (2015). Relationship between workplace incivility, job attitudes and
muslim religiosity personality among trade union members. Global Journal Al-Thaqafah, 5(2), 43-51.

Satar, N. S. M., & Morshidi, A. (2007). An Evaluation of Cultural Roles and Usability Attributes in
Learning Management System. Faculty of Information Technology and Multimedia Communication,
Open University Malaysia.

Morshidi, A. H., & Hamid, F. A. (2010). E-Government and Malaysia: A Theoretical


Consideration. SOSIOHUMANIKA, 3(2).

Nurhizam, Azizan dan Yuriny (2019). Revolusi Perindustrian 4.0: Satu Pemanfaatan Transformasi
Digital dalam Sektor Awam. UKM Pakarunding, Bangi. ISBN: 9789671244210

You might also like