You are on page 1of 16

1.

0 Pengenalan

Soalan ini membincangkan mengenai ciri-ciri tradisional yang masih diamalkan dalam
masyarakat Melayu pada abad ke-19. Oleh itu jika merujuk zaman tradisional masyarakat
Melayu yang terdahulu ini, maka eloklah hal ini ditinjau dari zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Kesultunan Melayu Melaka mempunyai sistem corak pentadbiran Melayu yang
diwarisi sehingga kini. Hal ini kerana, Melaka merupakan salah sebuah negeri yang banyak
menyimpan warisan dan menjadi salah satu asas pensejarahan Malaysia. Dalam hal ini,
terdapat pelbagai pandangan ahli sejarawan atau sarjana yang memperlihatkan empayar
Melaka sebagai sebahagian daripada kesinambungan sistem sejarah dan kebudayaan
Melayu di Malaysia pada hari ini. Kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka selepas
kejatuhan Melaka ke tangan penjajah Portugis pada tahun 1511, telah pun diwarisi oleh
kerajaan Johor dan lain-lain Kerajaan Melayu walaupun terdapat pelbagai masalah yang
terpaksa dihadapi dalam proses mengembangkan serta mewariskan tradisi kesinambungan
pentadbiran dan corak kehidupan Kesultanan Melayu Melaka pada ketika itu.

Menurut pandangan salah seorang sarjana Barat iaitu, R.O Winstedt menyatakan bahawa
“selepas kejatuhan Melaka, tidak terdapat lagi waris Kesultanan Melayu Melaka di mana-
mana negeri naungannya.” Pandangan seperti ini telah digunakan oleh para sarjana Barat
untuk menghapuskan keagungan secara langsung tentang pemerintahan Kesultanan Melayu
Melaka. Namun begitu, keagungan Kesultanan Melayu Melaka masih lagi wujud melalui
penerusan tradisi yang diwarisi oleh Negeri-negeri Melayu seperti Johor dan Negeri-negeri
Melayu yang lain hinggalah ianya masih diamalkan pada abad ke-19. Masyarakat Melayu
pada abad ke-19 jelas masih lagi berpegang kepada ketradisional yang telah diwarisi
tersebut sama ada aspek ekonomi dan aspek sosialnya.

2.0 Ciri-Ciri Tradisional dalam aspek sosio-ekonomi masyarakat Melayu sebelum


dan semasa abad ke-19.
2.1 Aspek Sosial

Dalam aspek sosial masyarakat Melayu ciri tradisional pada abad ke-19, ciri yang ketara
dapat dilihat adalah dari sudut merangkumi penerusan dalam aspek bahasa, pengaruh
agama Islam, alat-alat kebesaran, senibina, pusat penyebaran ilmu, dan sistem
perhambaan. Keadaan ini disebabkan, Johor umpamanya memiliki persamaan dan
meneruskan kegemilangan Melaka dalam aspek sosial. Keadaan yang sama juga berlaku di
negeri-negeri Melayu yang lain seperti Perak, Pahang, dan Aceh yang turut meneruskan
tradisi kerajaan Melaka daripada sudut sosial ini.

Aspek pertama adalah dari sudut bahasa, Bahasa yang dimaksudkan di sini ialah
penggunaan bahasa Melayu. Sebelum itu, dikatakan terdapat 150 hingga 200 bahasa yang
sering dipertuturkan oleh penduduk tempatan sebagai alat komunikasi mereka dalam
kelompok yang kecil. Dari bilangan tersebut, hanya dua bahasa sahaja yang lebih
berpengaruh, antaranya bahasa Jawa Kuno dan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno
walaupun pada asalnya hanya digunakan oleh penduduk-penduduk Melayu di Sumatera
tetapi ia mempunyai kekuatan tersendiri. Di mana, bahasa Melayu Kuno ini bersifat lingua
franca. Bahasa Melayu ini telah digunakan secara meluas di Melaka dan ianya secara tidak
langsung menjadi salah satu warisan Kesultanan Melayu Melaka terhadap kerajaan Melayu
lain. Hal ini berikutan pada masa tersebut bahasa Melayu digunakan meluas sebagai bahasa
ilmu dan juga dijadikan bahasa perdagangan antarabangsa.

“Bahasa Melayu adalah bahasa Antarabangsa dan menganggap sesiapa yang tidak
mengetahui bahasa Melayu dari Persia di sebelah Barat hingga Filipina di sebelah Timur,
maka orang itu dianggap tidak berpelajaran”.

Malah, bahasa ini juga adalah fleksibel dan sederhana, mudah untuk diterima oleh
penduduk Melayu malahan perubahan dan perkembangan baru bahasa ini adalah sejajar
dengan kehendak semasa. Selain itu juga, bahasa ini mempunyai banyak ketatabahasaan
dengan bahasa Arab di mana, ciri-ciri seperti ini tidak terdapat dalam bahasa Jawa Kuno.
Hal inilah yang mengakibatkan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa Nusantara dan
digunakan secara meluas khususnya di Melaka pada zaman kegemilangannya, termasuklah
dalam aktiviti perdagangan. Jelaslah, perkara ini turut diwarisi di negeri-negeri Melayu lain
kemudiannya khususnya di Johor, Pahang, Perak serta Kedah. Sebagai contoh, seperti
kerajaan Johor yang turut menjadi sebuah pelabuhan turut menggunakan bahasa melayu
sebagai lingua franca sama seperti apa yang berlaku pada zaman kegemilangan empayar
Melaka. Malahan bahasa Melayu ini tadi masih kekal diamalkan hingga ke abad- 19 dan kini
bahasa Melayu ini adalah bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi bagi negara Malaysia.

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka bukan sahaja digambarkan sebagai


pelabuhan entrepot, malah ianya turut menjadi salah satu pusat penyebaran agama Islam.
Sebagaimana yang telah dijelaskan di peringkat awal, sebelum kedatangan Islam ke
Nusantara, atau Alam Melayu, penduduk-penduduk di rantau ini kebanyakannya menganut
agama Hindu-Buddha. Bertapaknya agama Islam di Melaka telah memperlihatkan peranan
Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang amat mendatangkan kesan yang
begitu mendalam dan telah menjadi titik sejarah.

Aspek seterusnya adalah aspek agama Islam. Agama Islam ini telah berkembang dari
Melaka dan kemudiannya tersebar ke negeri-negeri Melayu lain. Antaranya, kerajaan Johor
dan lain-lain kerajaan Melayu dikatakan sebagai penyambung tradisi kesinambungan
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dari aspek agama Islam dapat dilihat dengan
penggunaan unsur-unsur Islam yang jelas melalui penggunaan nama sultan yang
memerintah diubah kepada nama Arab atau Parsi. Di mana, lebih-lebih lagi empayar Johor
dikatakan sememanya mewarisi kesultanan Melayu Melaka. Hal ini disebabkan pemerintahan
empayar Johor-Riau adalah warisan daripada empayar Melaka yang menjadi pusat
perkembangan Islam di Nusantara dari tahun 1400-1511 Masihi.1 Berdasarkan pernyataan di
atas, tidak dinafikan pemerintah kerajaan Johor itu sendiri adalah sultan Melaka yang
sebenarnya. Pertalian dan hubungan kerajaan warisan Melaka dengan kerajaan Melayu lain
tetap teguh kerana kerjaan Melayu lain ini masih tetap melaksanakan nilai-nilai utama
khususnya dalam Islam yang diwarisi daripada Melaka.

Di samping itu, kemunculan Acheh turut merupakan penyambung tradisi kesinambungan


Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan Acheh merupakan kerajaan Islam yang pertama di
Indonesia yang wujud iaitu Pasai. Hal ini jelas dilihat apabila Acheh telah muncul sebagai
sebuah kuasa yang kuat dalam menyebarkan agama Islam. Menurut sumber dari Ibnu
Battuthah, pengembaraan Muslim dari Maghribi, yang pernah singgah di Acheh pada tahun
746H/1345M menulis bahawa di Acheh telah tersebar mazhab Syafi’i. Selain itu juga, Acheh
turut meneruskan peranannya dalam menyebarkan agama Islam selepas kejatuhan
Kesultanan Melayu Melaka apabila, Acheh telah menjadi benteng yang terakhir dalam
Perang Salib. Tambahan pula, kerajaan Melayu yang lain seperti Pahang, Terengganu,
Kedah, Pattani, Johor, Kelantan, Kampar, Siak, Rokan, Inderagiri, Siantan, Kepulauan Riau-

1 Abd. Jalil Borham, Pentadbiran Undang-undang Islam Negeri Johor, Johor: Penerbit UTM, 2002, hlm. 65.
Lingga dan lain-lain lagi dapat kita lihat mewarisi perkembangan agama Islam ini dengan
menjadikannya sebagai agama rasmi. Hal ini ekoran daripada kerajaan-kerajaan Melayu ini
pernah menjadi negeri naungan Kesultanan Melayu Melaka semasa zaman keagungannya
khususnya pada zaman Bendahara Paduka Raja Tun Perak (1456-1498M). Di mana, sifat
Islam itu sendiri yang suci telah mendorong perkembangan agama islam di Alam Melayu.

Kedaulatan serta kewibawaan Melaka khususnya dalam aspek perdagangan, pentadbiran


dan lain-lain telah membawa agama Islam tersebar ke semua jajahan takluk Melaka. Hal ini
kerana, ekoran perkara inilah menyebabkan sebahagian penduduk Malaysia pada hari ini
menganut agama Islam. Malah, agama Islam juga telah termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia sehingga ke hari ini sebagai agama rasmi. Dan, jika kita lihat daripada peristiwa ini,
memang tidak dapat dinafikan kerajaan Melayu lain sememangnya penyambung tradisi
Kesultanan Melayu Melaka yang turut menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.
Agama Islam ini pada abad ke-19, ke semua negeri-negeri di Tanah Melayu telah
menjadikannya sebagai agama yang rasmi.

Manakala aspek sosial yang seterusnya adalah dari aspek Susun lapis masyarakat
feudal. Masyarakat Tanah Melayu sebelum kedatangan kuasa British telah ada satu sistem
susun lapis masyarakat yang boleh dikatakan tersusun mengikut kepentingan dan peranan
masing-masing. Susun lapis masyarakat juga melibatkan kedudukan yang berbeza dan tidak
bersifat setaraf daripada segi kekayaan, kekuasaan, gaya hidup, peluang, hak dan
tanggungjawab. Susun lapis masyarakat wujud kerana terdapat ketidaksamaan sosial di
kalangan anggota masyarakat. Aspek ini telahpun wujud semenjak zaman Kesultunan
Melayu Melaka lagi dan dapat di lihat pada abad ke-19 sistem masyarakat bersusun lapis ini
masih kekal diamalkan.

Dalam susun lapis masyarakat tradisional terdapat dua golongan iaitu golongan pemerintah
yang terdiri daripada raja,kerabat diraja dan pembesar. Golongan kedua pula adalah
golongan diperintah yang terdiri daripada ulama istana,rakyat biasa yang bebas dan rakyat
yang menjadi hamba. Golongan yang diperintah ini sangat taat dan menghormati raja dan
percaya kepada konsep daulat seseorang raja. Golongan yang diperintah ini percaya
bahawa apabila mereka menderhaka kepada raja,mereka akan ditimpa tulah di dalam
kehidupan mereka. Dengan adanya konsep daulat ini golongan raja dapat mengekalkan
kedudukan mereka sebagai pemerintah dan memerintah mengikut apa yang mereka
inginkan.
Berdasarkan susun lapis masyarakat tradisional ini juga, perhubungan antara kelas dengan
kelas yang lain amat terhad dan jarang berlaku. Jurang perbezaan yang besar antara
golongan atasan dan bawahan merupakan faktor utama mengapa hubungan antara lapisan
masyarakat adalah renggang. Susunan masyarakat Melayu tradisional yang berlapis-lapis
telah meletakkan lapisan atasan sebagai satu golongan yang menguasai semua aspek
termasuk ekonomi. Sementara golongan bawahan pula berfungsi untuk memainkan peranan
dari segi fizikal,moral dan tradisi kemasyarakatan khususnya penyokong kepada institusi
beraja.

Walaubagaimanapun, susun lapis masyarakat Tanah Melayu ini tidak bersifat konservatif
sepenuhnya. Golongan bawahan sebenarnya mempunyai peluang untuk merasai mobiliti
sosial. Mobiliti sosial yang dimaksudkan disini adalah peralihan taraf kehidupan seseorang
daripada satu fungsi sosial kepada fungsi sosial yang lain.Terdapat dua jenis mobiliti
masyarakat Tanah Melayu ketika itu iaitu pergerakan menegak dan pergerakan
mendatar.Pergerakan mendatar merupakan perubahan fungsi sosial seseoraang tetapi
masih berada pada taraf atau golongan yang sama. Pergerakan menegak biasanya akan
berlaku apabila seseorang anggota masyarakat yang bukan sahaja dapat mengubah fungsi
sosial malah telah mengubah taraf sosial ataupun golongan mereka.

Selain itu adalah aspek sistem perundangan masyarakat Tanah Melayu. Masyarakat
tradisional Melayu juga sebelum kedatangan kuasa barat telah memiliki satu sistem undang-
undang yang sistematik. Undang-undang bertulis yang terawal dalam masyarakat tradisional
ialah undang-undang laut Melaka dan hukum kanun Melaka. Hukum kanun Melaka
kemudiannya menjadi rangka dasar yang penting dalam penggubalan undang-undang
dinegeri-negeri Melayu yang lain seperti Pahang,Johor,Perak dan Kedah.Memandangkan
keempat-empat negeri ini mempunyai hubungan kesultanan dengan Melaka secara langsung
undang-undang Melaka ini telah meresapi undang-undang Johor,undang-undang
Pahang,undang-undang Perak dan undang-undang Kedah.

Undang – undang sedia ada sebelum kedatangan kuasa British ke Tanah Melayu iaitu sekita
abad ke-19 turut meliputi aspek jenayah, pertanian dan perhambaan. Perbuatan jenayah
merujuk kepada perbuatan membunuh dan menikam orang,menetak dan memukul,
merampas dan mencuri, tidak menurut perintah raja dan menderhaka. Jenayah-jenayah
seperti ini akan diadili dan akan diberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan. Sebagai contoh,seorang yang membunuh akan dibunuh. Hukuman awam
menyentuh pula tentang perkara-perkara seperti hutang,penyewaan tanah, harta dan
hamba. Hukum Kanun Melaka juga turut mempunyai undang - undang yang berkaitan isu
jual beli ataupun berkaitan dengan ekonomi. Undang – undang ini dikenali sebagai undang
– undang Muamalat. Undang – undang ini berkaitan dengan isu urusan jual beli atau urus
niaga dalam hukum islam. Undang – undang Muamalat mempunyai empat fasal dalam
Hukum Kanun Melaka iaitu 30, 15:4, 32 dan 34. Fasal – fasal ini menceritakan tentang
pengharaman riba dalam urusan urus niaga, isu membeli barang yang rosak, isu pinjaman
dan sebagainya.

Seterusunya, terdapat juga unsur-unsur adat yang terdapat dalam Undang-undang


Melayu Melaka. Hal ini, boleh dilihat dalam Fasal 1.1 Berkenanan adat majlis pakaian raja-
raja; Larangan memakai barangan kuning termasuk para pembesar kecuali dengan
anugerah raja. Sekiranya tidak di patuhi akan dikenakan hukuman bunuh. Juga tidak
dibenarkan memakai kain nipis seperti kain khasa di balairung seri dan dalam pagar istana
jikalau didapati memakai, pakaian tersebut boleh dicarikkan. Terdapat juga larangan tidak
membenarkan memakai/menggunakan keris berhulu emas, kecuali dengan anugerah raja.
Jikalau orang memakai/mengguna akan dirampas. Hanya Bendahara dibenarkan memberi
anak cucunya memakai/mengguna keris berhulu emas selain daripada yang dinyatakan
tidak dibenarkan.

Selain itu, pengaruh adat boleh dilihat dalam Fsal 1.3 berkenaan syarat menjadi raja, iaitu
pengampun, pemurah, perkasa/kuat, melakukan hukuman dengan berpengetahuan iaitu
hikmah atau bijaksana dalam bahasa moden. Manakala fasal 2.1 berkenaan bahasa-bahasa
istana, seperti titah, kedua patik ketiga murka keempat kurnia, kelima nugraha. Orang biasa
dan hamba tidak dibenarkan menggunakan perkataan tersebut kecuali dengan anugerah
raja atau diguna merujuk kepada raja-raja. Hukuman gocoh atau bunuh dikenakan jika
didapati menggunakan bahasa tersebut. Dalam Fasal ke 3 pula berkenaan larangan
penggunaan peralatan bewarna kuning, melarang bertilam beralas kuning, batang bantal,
dan sapu tangan kuning. Sekiranya dilihat/didapati, peralatan tersebut boleh dicarik-carikan.

Maka jelas melalui satu sistem undang-undang yang dilaksanakan di Tanah Melayu ini, kita
dapat memperhatikan sebelum kedatangan pihak penjajah lagi, masyarakat di Tanah
Melayu sudah ada satu sistem undang-undang yang teratur dan ini kekal diamalkan pada
abad ke-19. Namun begitu, kedatangan British ke Tanah Melayu Pada abad ke-20 telah
mengubah sistem perundangan di Tanah Melayu secara beperingkat kepada sistem
perundangan yang lebih moden dan bercorak Barat.
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka di Nusantara juga turut membawa bersama-sama
perkembangan keseniannya sehingga turut memperngaruhi kerajaan Melayu lain-lain.
Kesenian ini merupakan salah satu ciri kebudayaan Melayu tradisional. Antara ciri-ciri
kebudayaan Melayu tradisional di sini termasuklah alat-alat kebesaran di-Raja serta tidak
ketinggalan juga alat-alat perhiasan yang turut menjadi lambang kesenian zaman
Kesultanan Melayu Melaka itu sendiri.

Alat-alat kebesaran yang dimaksudkan adalah seperti ketur, kendi, kipas, tepak sireh,
senjata, payung ubur-ubur, mahkota, cop mohor, keris, lembing dan lain-lain. Untuk
makluman, alat-alat kebesaran ini digunakan dalam hari pertabalan seseorang yang akan
bakal menjadi pemerintah atau Sultan ssemasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Di mana,
alat ini amat penting untuk digunakan semasa hari pertabalan. Hari pertabalan tidak sah
tanpa adanya alat-alat kebesaran ini. Hal ini kerana, alat-alat kebesaran ini adalah
merupakan simbolik kepada keluarga diRaja khususnya dan juga para pembesar.

Begitu juga dengan penggunaan warna kuning yang menjadi lambang serta dianggap
sebagai warna di-Raja. Di mana, perkara-perkara ini terdapat di dalam setiap negeri-negeri
Melayu seperti dalam Hukum Kanun dan juga Undang-undang Johor. Hal ini telah termaktub
di dalam undang-undang yang penggunaan warna, alat kebesaran, termasuk juga bahasa
adalah menjadi lambang bagi mempamerkan kedudukan serta keistimewaan Raja-raja.
Sehingga abad-19 alat-alat kebesaran ini masih diguna pakaikan. Malahan pada abad -20
hingga kini alat-alat kebesaran itu tadi juga masih dikekalkan di negara kita yang lebih
merujuk kepada Tanah Melayu.

Bukan itu sahaja ciri-ciri tradisional ini juga turut merujuk pada aspek Senibina. Senibina
ini bukan sahaja melibatkan perkara-perkara berkenaan penyediaan tempat berteduh atau
tempat tinggal, tetapi ianya turut menghasilkan ruang sosial dan ruang simbolik iaitu ruang
yang mencerminkan dan membentuk sejagat penghuni dan perekanya. Jika kita lihat
senibina dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka juga turut diwarisi oleh kerajaan Johor
dan juga kerajaan Melayu yang lain. Sebagai contoh, struktur seni bina bagunan-bangunan
seperti masjid, rumah, bangunan awam dan lain-lain.

Sebelum kedatangan agama Islam, senibina di Melaka sememangnya dipengaruhi unsur-


unsur seni bina di China. Hal ini dipercayai kesan daripada pengaruh yang dibawa oleh
Laksamana Cheng Ho dan Puteri hang Li po beserta pengikut-pengikutnya semasa mereka
datang ke Melaka pada abad ke-15. Tukang-tukang Cina yang datang bersama mereka telah
menyebarkan pengaruh senibina ini ke Melaka. Misalnya, senibina masjid di Melaka
menampakkan corak penggunaan bumbung berempat yang dipercayai berbentuk pagoda.

Namun begitu, selepas kedatangan Islam, seni bina di Melaka mula memperlihatkan unsur
atau ciri-ciri keislaman. Antaranya, unsur-unsur seni bina Islam yang popular adalah sering
digunakan pada struktur atau bahagian rumah-rumah persendirian, iaitu berbentuk
arabesque2, terutamanya pada ruang hadapan rumah. Malah, terdapat juga ukiran yang
berbentuk kaligrafi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran. Sebagai contoh, senibina rumah-
rumah di Melaka seperti yang digambarkan turut mempengaruhi senibina rumah adat di
Riau terutamanya “Selaso Jatuh Kembar”. Persamaan senibina ini dapat dilihat dari segi
susunan komponen, ruang-ruang dalaman, ukiran-ukirannya, iaitu seakan-seakan ukiran
rumah Serambi3 di Melaka.

Rumah-rumah Melaka yang dilengkapkan dengan serambi adalah dipengaruhi oleh


topografi, iklan, alam persekitaran, cara hidup dan juga pengaruh nilai, etika dan estetika.
Disamping itu, pengaruh senibina rumah adat Riau , terutama rumah adat yang dikenali
‘Selaso Jatuh Kembar’ yang kini masih terdapat di Kampar, Siak, Inderagiri dan lain-lain
tempat di Propinsi Riau, malah kemungkinan terdapat pada rumah serambi Melaka. Hal ini
dapat diperhatikan tentang susunan komponen yang terdiri dari dua atau tiga unit
bangunan, susunan ruang-ruang dalam yang hampir sama, bentuk tebar layar yang tinggi
dengan bukaan hingga 60˚. Terdapat juga persamaan dalam ukiran-ukiran rumah serambi
Melaka dengan rumah adat Riau, ukiran-ukiran dengan motif ‘itik pulang petang’, ‘kelok
paku menyusuri tebing’ dan ‘bunga rampai’.

Daerah Minangkabau juga mempunyai rumah-rumah tradisional yang dikenali sebagai


‘Rumah Gadang’ dan sekarang ini hanya di Kabupaten Tanah Datar di Kabupaten Agam,
Kabupaten Lima Puluh Kata dan di Kabupaten Solok. Turut terdapat persamaan senibina
rumah adat Minangkabau dengan senibina rumah serambi Melaka. Persamaan ini dapat kita
lihat pada susunan ruang dan seni ukiran. Hasilnya di sini aspek senibina ini tadi adalah
dikaitkan dengan rumah Melayu tradisional abad ke-19, malalahan kini senibina ini juga
masih dapat dilihat.

2 Arabesque ialah sejenis ukiran yang bercorak bunga-bungaan, daun-daunan atau pola geometri.

3 Ukiran-ukiran rumah Serambi di Melaka adalah ukiran yang berunsurkan seni khat “Itik pulang petang, “Kelok
paku menyusuri tebing” dan “Bunga rampai”.
Aspek sosial atau ciri tradisional yang seterusnya adalah aspek ilmu pengetahuan. Pada
zaman kegemilangan empayar Melayu Melaka, Melaka merupakan pusat ilmu pengetahuan,
khususnya menjadi sebuah pusat ilmu pengetahuan Islam di Nusantara. Antaranya, pada
zaman Hindu-Buddha, istana atau kraton menjadi pusat pengajian ilmu pengetahuan. Dan
apabila agama Islam mula bertapak di Alam Melayu, sebagai tradisi, istana juga turut
dijadikan sebagai pusat ilmu pengetahuan. Di mana, peranan istana Melaka selain dari
berfungsi sebagai institusi pengajian Islam, ia juga menjadi pusat dakwah ulama-ulama dan
mubaligh-mubaligh bagi menyebarkan Islam di rantau ini. Hal ini telah membawa kepada
permulaan penyebaran ilmu pengetahuan dalam masyarakat Melayu itu sendiri.

“Mereka juga memperkenalkan intelek-intelek dan ulama-ulama Islam untuk


memperkuatkan lagi pegangan raja-raja itu dan untuk menubuhkan pusat-pusat penyebaran
agama Islam. Istana-istana menjadi pusat pengajian Islam dan mengeluarkan banyak juga
hasil-hasil sastera yang sebahagian besarnya masih lagi terdapat pada hari ini.”

Perkara-perkara yang diajar di istana tidak jauh berbeza, antaranya membaca, menulis,
pengajaran Al-Quran, ilmu Feqah, tauhid, undang-undang Islam tasauf, falsafah, sejarah
Islam dan lain-lain. Malah, masjid, rumah dan madrasah juga telah memainkan peranan
penting dalam pusat penyebaran ilmu khususnya sebagai ilmu institusi pengajian ilmu
pengetahuan Islam. Di mana, pengajian ilmu pengetahuan secara formal dimulakan dirumah
masing-masing dan pengajian yang lebih formal akan diteruskan di masjid atau surau. Di
sana, mereka akan diajar oleh sukarelawan.

Tradisi ini telah yang telah berkembang telah menjadi ikutan di kerajan-kerajan Melayu yang
lain sehingga melahirkan pusat-pusat ilmu yang terkenal. Antaranya, Acheh, yang telah
muncul sebagai pusat Islam yang penting selepas kejatuhan Melaka pada abad ke 16
Masihi. Di mana, Acheh berperanan menjadi pusat kegiatan ilmu. Terdapat tiga tahap
pendidikan yang wujud di Acheh, iaitu, meunasah atau madrasah, rangkang4 dan balee
Antara institusi yang terkenal di Acheh termasuklah Masjid Bayt ar Rahim, Masjid Bayt al-
Musyahada dan Masjid Jami’ Bayt al-Rahman. Masjid Jami’ Bayt al-Rahman dikatakan
bertaraf pusat pengajian tinggi ekoran daripada ia mempunyai beberapa falkulti. Di samping
itu, lahir ulama-ulama yang terdiri daripada anak tempatan seperti Syeikh Aminuddin Abdul
Rahman Bin Ali al-Fansuri5 yang mendapat pendidikan di Mekah.

4 Rangkang merujuk kepada tahap pendidikan peringkat menengah.


5 Seorang ulama yang terkenal pada masa itu.
Selain itu adalah Pattani yang terletak di selatan Thailand. Kerajaan Melayu Pattani telah
menjadi pusat pengajian ilmu terkenal khususnya, pengajian Islam pada abad ke-18 dan ke-
19 Masihi. Di mana, wujud sistem pusat pengajian yang sama juga seperti di Melaka yang
diwarisi di Acheh. Antaranya institusi pendidikan seperti madrasah, pondok atau pesantren,
masjid, surau dan juga di istana. Ekoran daripada perkara ini, kegemilangan Pattani sebagai
sebuah pusat penyebaran ilmu, khususnya dalam ilmu ajaran Islam telah melahirkan ramai
tokoh yang terkemuka seperti Shaikh daud al-Patani, Syaikh Ahmad bin Muhammad Zayn al-
Patani, Nik Mahmud Nik Ismail, Syaikh mahmud Said dan lain-lain.

Ciri tradisional seterusnya adalah aspek yang tidak asing lagi apabila kita telah kaitkan
dengan sistem feudal atau susun lapis masyarakat, kerana dalam susun lapis masyarakat
tersebut, masyarakat ini merupakan masyarakat yang mempunyai taraf yang paling rendah
sekali iaitu, Hamba. Maka ciri-ciri tradisional yang dimaksudkan adalah sistem
perhambaan. Sistem perhambaan yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
juga turut menjadi warisan ke atas Kerajaan Johor dan juga kerajaan Melayu lain-lain. Untuk
makluman, institusi perhambaan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka memang tidak
dinafikan berasal daripada amalan yang sudah termaktub di dalam organisasi sosial dan
pentadbiran yang diamalkan di empayar Srivijaya. Di dalam sejarah bangsa Melayu telah
menyatakan bahawa, tradisi empayar Srivijaya serta aspek-aspek lainnya dalam sosio
budaya Srivijaya telah diwarisi oleh Kesultanan Melaka. Tambahan pula, raja-raja Melaka
adalah merupakan berketurunan berasal daripada raja-raja Srivijaya-Palembang.

Secara tidak langsung, sistem perhambaan ini dikatakan diwarisi juga oleh kerajan Melayu
lain-lain di Nusantara ekoran yang berlaku di Melaka. Golongan hamba ini di setiap kerajaan
melayu termasuk di Melaka sendiri merupakan golongan yang terakhir dalam sistem sosial
masyarakat. Di mana, mereka ini terdiri daripada hamba raja, hamba biasa, hamba
berhutang, hamba abdi dan lain-lain. Pada abad ke-19 sistem ini masih diamalkan, hanya
pada akhir-akhir abad-19 apabila kedatangan British sistem perhambaan ini ditentang
kerana dianggap sebagai tidak bertamadun. Pada abad ke-20 sistem perhambaan ini telah
dihapuskan oleh British yang datang menjalankan dasar imperialisme dan kolonialisme
mereka di Tanah Melayu.

2.2 Aspek Ekonomi


Kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka juga turut diwarisi oleh negeri Johor dan negeri-
negeri Melayu yang lain dalam aspek ekonomi. Antaranya termasuklah penerusan tradisi
dalam aspek menjalinkan hubungan baik dengan negara luar, sistem cukai, penggunaan
mata wang serta pelabuhan dan perdagangan. Aspek-aspek ini telah dikategorikan sebagai
ciri-ciri tradisional yang telah diamalkan masyarakat Melayu semenjak zaman Melaka lagi
dan pada abad ke-19 ia juga masih dikekalkan malahan telah mengalamai proses perubahan
dari segi konsepnya.

Melaka telah mencapai kejayaan yang besar terutamanya setelah muncul sebagai
sebuah pelabuhan entrepot dan pusat perdagangan yang pesat menggantikan Srivijaya
pada abad ke-15. Disamping itu, Melaka juga telah muncul sebagai sebuah kerajaan yang
gemilang dan setaraf dengan kerajaan Siam, Srivijaya dan China.

Secara keseluruhannya, dasar-dasar Kesultanan Melayu Melaka yang baik


menyebabkan pelabuhan Melaka mampu menarik ramai pedagang sama ada dari Timur dan
Barat. Antaranya termasuklah, wujudnya kelengkapan membaiki kapal, pengenalan cukai
yang berpatutan dan kecekapan Syahbandar membantu menjadikan Melaka sebagai sebuah
pelabuhan yang unggul di Selat Melaka. Pada awal penubuhan kerajaan Melaka, Melaka
telah menghadapi masalah ancaman daripada Siam. Keadaan ini berikutan daripada
tindakan Parameswara yang membunuh Tumagi yang menimbulkan dendam daripada Siam.
Oleh itu, Melaka telah menjalinkan hubungan dengan kerajaan China yang kuat pada masa
itu. Maka, hubungan baik antara Melaka dengan China terjalin sejurus selepas lawatan dari
kerajaan China pada tahun 1403. Maka, Melaka mengharapkan supaya dasar luarnya
melalui hubungan baik dengan China mampu memberikan keistimewaan kepada Melaka
terutamanya dalam aspek keselamatan Melaka daripada ancaman Siam.

Lantaran daripada dasar menjalinkan hubungan baik dengan kuasa luar yang
telah diperkenalkan oleh kerajaan Melaka ketika itu telah menjadi ikutan oleh kerajaan Johor
yang wujud selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Keadaan ini disebabkan, Johor juga
telah menjalinkan hubungan dengan kuasa luar seperti Belanda. Oleh itu, tujuan Johor
menjalinkan hubungan dengan Belanda adalah untuk mendapatkan perlindungan daripada
Belanda yang mempunyai persamaan dengan di Melaka. Pada ketika itu, Johor telah
diancam kuat oleh kuasa seperti Acheh, Portugis, dan juga Pattani. Oleh yang demikian,
antara faktor yang mendorong Johor bangkit sebagai sebuah kuasa yang kuat disebabkan
dasar persahabatannya dengan Belanda sejak tahun 1602. Sultan Alauddin Riayat Syah
selaku sultan Johor(1597-1613) sememangnya mengakui bahawa dasar persahabatan
dengan Belanda memberikan banyak manfaat. Oleh itu, Sultan telah menghantar wakil
untuk bersama-sama dengan Laksamana Heemsekreck dengan membawa sepucuk surat
kepada Wizurai Putera Mauritis dari Belanda. Pada tahun 1639, Laksamana Johor Tun Abdul
Jamil telah menandatangani perjanjian dengan Philips Lucasz iaitu pegawai Belanda di
Pattani. Perkara yang telah dipersetujui termasuklah Johor berjanji akan membantu Belanda
menyerang Portugis di Melaka. Oleh itu, Johor juga telah dijanjikan akan dibantu oleh
Belanda untuk melindungi serangan daripada Portugis dan Melaka dengan menyediakan
kubu dan meriam.

Selain daripada menjalinkan hubungan baik dengan kuasa luar seperti Belanda,
Johor juga turut mempunyai hubungan yang baik dengan British. Misalnya, ketika
pemerintahan Sultan Abu Bakar, beliau telah meminta nasihat daripada British untuk
memajukan Johor. Secara tidak langsung, Johor berjaya menjadi sebuah negeri yang maju
dan berlandaskan sistem pentadbiran Barat. Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa
penerusan tradisi Kerajaan Melaka dalam aspek menjalinkan hubungan baik dengan kuasa
luar terdapat di negeri Johor. Keadaan ini jelas membuktikan wujudnya persamaan dalam
dasar-dasar pemerintah di Melaka dan Johor untuk memajukan sektor ekonomi negeri. Jadi,
penerusan tradisi kerajaan Melaka jelas dilihat daripada segi dasar hubungan luar Sultan
Abu Bakar selaku pemerintah Johor pada masa itu yang menjalinkan hubungan baik dengan
kuasa luar sama keadaannya dengan Melaka. Begitu juga dengaan pada abad ke-19, dasar
berbaik atau dasar menjalinkan hubungan baik dengan pihak luar inilah yang membawa
pada kedatangan British di Tanah Melayu ketika masa itu. Oleh itu ia semangnya telah
berakar umbi dari zaman Kesultunan Melayu Melaka itu lagi.

Selain itu, sistem cukai juga turut dianggap sebagai ciri-ciri tradisional di mana pada,
Kesultanan Melaka juga telah memperkenalkan satu dasar iaitu sistem cukai. Sistem cukai
yang diperkenalkan oleh Kesultanan Melaka pada ketika itu agak moden, seperti istilah yang
kita kenal pada hari ini “sistem cukai berkeutamaan”. Pada masa kegemilangan Kesultanan
Melaka, para pedagang yang berdagang ke Melaka akan dikenakan cukai yang berbeza
berdasarkan negara atau asal mereka. Pedagang-pedagang yang datang dari barat Melaka
seperti India, Ceylon, Pegu dan dunia Arab akan dikenakan cukai enam peratus. Manakala,
para pedagang tempatan pula dikenakan cukai sebanyak tiga peratus. Keadaan sebaliknya
berlaku kepada para pedagang dari China, Jepun, Jawa dan Maluku. Keadaan ini
disebabkan, mereka tidak dikenakan sebarang cukai sebaliknya memberikan hadiah sebagai
ganti.
Kesultanan Johor juga telah mengenakan cukai untuk perdagangan yang dilakukan
di pelabuhan Johor. Cukai yang dikenakan ialah setiap bahara lada hitam akan dikenakan
enam keping emas manakala setiap bahara timah akan dikenakan cukai sebanyak 10 keping
emas. Oleh itu, dasar ekonomi Johor yang turut mengenakan cukai kepada para pedagang
yang berdagang di pelabuhan Johor-Riau menunjukkan bahawa Johor meneruskan tradisi
Kesultanan Melayu Melaka.

Aspek Ciri tradisional seterusnya yang dapat dilihat adalah Pengenalan sistem mata
wang. Sistem mata wang ini adaah diwarisi dari Kesultanan Melayu Melaka yang telah
pula diwarisi oleh Kerajaan Johor dan juga negeri Melayu yang lain. Pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka, mata wang awalan yang digunakan ialah logam, emas dan perak. Mata
wang ini dijadikan sebagai wang dagangan utama. Manakala, kulit-kulit siput seperti siput
kauri telah digunakan dalam perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan.

Begitu juga keadaannya dengan di Johor yang turut menggunakan sistem mata wang bagi
urusan di pelabuhan. Keadaan ini disebabkan, mata wang telah digunakan dalam
perniagaan semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah pada tahun 1527. Antara
mata wang yang digunakan dalam perniagaan oleh Kerajaan Johor ialah emas yang dikenali
sebagai mas, perak yang dikenali sebagai kupang dan seterusnya timah yang dikenali
sebagai katun. Selain mata wang yang ada, mata wang asing juga digunakan dalam
perniagaan di pelabuhan Johor. Mata wang asing yang digunakan pada ketika itu ialah Dolar
Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda. Selain penggunaan mata wang, perdagangan di
pelabuhan Johor juga mengamalkan sistem barter. Dalam sistem ini, para pedagang yang
berdagang di pelabuhan Johor-Riau juga boleh menjalankan aktiviti perdagangan yang
melibatkan pertukaran barang.

Selain kerajaan Johor, Kesultanan Melayu Kedah juga turut mewarisi sistem mata wang
Kesultanan Melayu Melaka. Dalam Kesultanan Kedah, mata wang yang digunakan ialah
berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa bentuk cincin. Namun begitu,
dalam Kesultanan Johor dan Kesultanan Kedah penggunaan mata wang emas telah
digunakan secara meluas pada abad ke-16. Manakala untuk mata wang Kelantan, mata
wang dikenali sebagai kijang. Tiap-tiap mata wang yang digunakan akan tertera nama
sultan yang memerintah. Pada bahagian belakang juga tertulis gelaran Islam Sultan seperti
Kahlifatul Muslimin. Oleh itu, jelaslah menunjukkan bahawa penggunaan sistem mata wang
di Johor dan Kedah misalnya membuktikan negeri terbabit merupakan kesinambungan
daripada Kesultanan Melayu Melaka.
Tradisi yang seterusnya pula adalah traidisi pembukaan Pelabuhan. Di mana pelabuhan
ini merupakan sumber pendapatan yang penting bagi kerajaan. Bagi menggalakkan
kemasukan kapal-kapal luar, sesebuah pelabuhan harus memiliki daya tarikan yang
tersendiri. Selain itu, kedudukan juga menjamin kejayaan sesebuah perdagangan. Bagitu
juga keadaannya dengan pelabuhan Melaka. Keadaan ini disebabkan, kedudukan
pelabuhannya yang strategik menyebabkan banyak kapal yang datang untuk berdagang
Melaka. Malah, perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan Malaka ketika zaman
kegemilangannya juga telah menyumbang kepada tarikan pedagang yang datang dari
pelbagai tempat untuk berdagang di pelabuhan Melaka. Di samping itu juga, bahan mentah
seperti rempah ratus, herba perubatan, emas dan lain-lain didagangkan di Melaka sehingga
menyebabkan Melaka menjadi sebuah pelabuhan entreport. Selain itu, kerajaan Melaka juga
turut mengutamakan keselamatan Melaka. Oleh itu, kerajaan Melaka menjalankan dasar
termasuklah menentukan agar perjalanan kapal-kapal pedagang yang hendak datang ke
Melaka ataupun belayar pulang dari Melaka berlayar dengan selamat. Kesultanan Melaka
juga turut menjaga kawasan di pantai barat Tanah Melayu dan pantai timur Sumatra.
Keadaan ini membolehkan kapal yang datang berdagang melintasi laluan tersebut berada
dalam keadaan selamat daripada serangan lanun.

Sistem pelabuhan Kesultanan Melayu Melaka telah diwarisi oleh kerajaan Johor-Riau
pada abad ke-17 dan abad ke-18. Kapal-kapal pedagang datang ke Johor kerana tertarik
dengan kemampuan kerajaan Johor untuk menyediakan peluang dan pasaran yang baik
bagi barang-barang di samping dapat mengadakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan
untuk menjalankan perdagangan yang cekap. Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Johor
untuk mengendalikan pelabuhannya telah mewarisi kerajaan Melaka dalam memajukan
pelabuhan Melaka sebelumnya. Kecekapan yang dikendalikan ini menyebabkan pedagang
asing terutamanya tertarik dengan pelabuhan Johor. Sesetengah barang yang didagangkan
ialah emas, kayu gaharu, sarang burung, gading, kapur barus, bijih timah, rotan, lilin, lada,
garam, beras, tembaga, kain sutera, tembikar, kuali besi China, benang emas Jepun dan
candu. Dengan pengahsilan barangan tersebut telah menjadikan Johor sebagai sebuah
pelabuhan entreport.

Seperti di Melaka, kerajaan Johor juga mengutamakan keselamatan perairannya


untuk kapal-kapal pedagang yang datang atau pergi dari pelabuhan Johor. Oleh yang
demikian, Johor telah menggunakan tenaga Orang laut untuk menjaga keamanan di
perairannya. Selain daripada menjaga keselamatan, Orang Laut juga telah menjadi penunda
dan penunjuk arah bagi kapal yang berdagang di perairan Johor ini, di mana mereka
mempunyai banyak pengetahuan dalam menentukan arah tiupan angin monsun dan juga
kedudukan terumbu karang di perairan tersebut. Orang laut membentuk golongan keempat
dan suatu golongan yang penting dalam struktur kekuasaan di Johor. Maka, peranan
pelabuhan Johor-Riau sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang menyediakan banyak
kemudahan kepada para pedagang menunjukkan bahawa negeri ini meneruskan
kesinambungan Melaka sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang terkenal. Malahan
pada abad ke-19, pelabuhan-pelabuhan ini masih dikekalkan dan ianya boleh dianggap
sebagi faktor dorongan/tarikan kenapa Barat atau kuasa Eropah umumnya British pada abad
ke-19 telah menunjukkan minat terhadap Tanah Melayu.

You might also like