You are on page 1of 4

Pengenalan

Perancah diketegorikan kepada pelbagai jenis mengikut cara binaannya. Ia biasanya


diketegorikan kepada keadaan rendah dan tingginya satu – satu binaan itu. Bagi kerja – kerja
rendah dan ringan, peranca yang biasa diaplikasikan ialah peranca jenis kuda – kuda, tangga
dan pendakap. Manakala peranca yang digunakan untuk pembinaan yang tinggi ialah peranca
jenis putlog tunggal, bebas ganda, julur dan peranca bergerak. Bahan – bahan yang digunakan
sebagai pembuatan kepada peranca adalah terdiri daripada kayu bakau, paip besi, aloi
aluminium, buluh dan sebagainya. Bahan – bahan peranca hendaklah ditentukan tidak memiliki
sebarang kerosakan atau kecacatan. Ini adalah untuk menjaminkan keselamatan pekerja yang
menggunakannya.
Selain itu, Scaffolding’ atau dalam terjemahan Bahasa Melayunya ialah perancah
merupakan sebuah struktur sementara yang direkabentuk untuk tujuan tertentu. Perancah
sering digunakan untuk kerja-kerja pembinaan. Ini kerana dengan adanya perancah, ia dapat
memudahkan kerja-kerja pembinaan di tempat yang tinggi. Di luar negara seperti Hong Kong
misalnya, scaffolding kebanyakannya mengunakan struktur perancah yang dibuat daripada
kayu buluh. Perancah juga boleh dibina dalam pelbagai kaedah serta mempunyai bentuk yang
sesuai. Bahan yang digunakan sama ada daripada besi, aluminium atau kayu. Bahan-bahan
perancah hendaklah ditentukan tidak memiliki sebarang kerosakan atau kecacatan. Hal ini
adalah untuk menjaminkan keselamatan pekerja yang menggunakannya. Terdapat lima
kegunaan perancah secara akronik iaitu:

S – Support – Menyokong sementara bagi kerja acuan dan pembinaan lantar


L – Loading – Pelantar sementara bagi meletakkan bahan kerja.
A – Acces – Menyediakan laluan sementara yang selamat dan selesa.
P – Protection – Menyediakan perlindungan sementara kepada pekerja dan orang ramai
berada berhampiran.
S – Storage – Tempat dan kaedah simpanan peralatan perancah
CIRI-CIRI PERANCAH
a) Mudah dipasang dan dibuka semula setelah selesai digunakan.

b) Mudah dipindahkan dari satu tapak ke tapak yang lain

c) Sebagai proses mengangkut, memasang dan membuka hanya mengambil masa yang singkat.

FUNGSI PERANCAH
1) Pelantar Tempat Kerja

Membolehkan pekerja melaksanakan tugas dengan mudah dan selamat. Hal ini kerana banyak
kerja yang terletak jauh dari aras tanah atau lantai bangunan. Sebagai contoh, kerja pada
dinding, siling dan bumbung. Perancah juga diperlukan untuk menghampirkan pekerja dengan
tugasnya.

2) Pelantar Untuk Menempatkan Bahan dan Loji


Bahan dan loji perlu disediakan berhampiran dengan pekerja supaya kerja berjalan lancar.

3) Pelantar dan Tangga Laluan

Perbezaan fungsi ini daripada fungsi atas adalah dari segi penumpuan beban. Selain itu, hanya
digunakan untuk menyokong pelantar yang digunakan sebagai laluan pekerja atau laluan untuk
mengangkut bahan-bahan dari loji. Sebagai contohnya, menghubungkan dua bangunan
berhampiran yang sedang dibina dengan salah satu daripadanya yang tidak mempunyai tangga.

Factor kemalangan perancah

Situasi

satu kemalangan telah berlaku melibatkan kegagalan sebahagian pepasangan perancah


jenis kerangka yang dipasang di kawasan tapak bina bangunan. Perancah yang dipasang
di tapak bina itu untuk membolehkan kerja-kerja lepaan simen dijalankan pada
bahagian-bahagian luar bangunan telah runtuh dan menyebabkankecederaan ke atas
tiga belas (13) pekerja pembinaan yang berada di atasnya. (jkkp 2018)
Factor berlakunya kemalangan tersebut :

1) Perancah itu dipasang dengan tidak mengikut spesifikasi kelulusan rekabentuk dan
pelan yang diluluskan oleh jurutera bertauliah,

2) Perancah yang runtuh tersebut tidak dipasang bilangan penambat belakang yang
mencukupi sepertimana yang disyaratkan oleh jurutera bertauliah.

3) Komponen-komponen perancah yang sudah berkarat dan using.

4) Pin penyambung dan kekunci lengan yang sudah usang juga masih digunakan semasa
pemasangan perancah tersebut.

5) Perancah tersebut juga tidak dijalankan pemeriksaan berkala oleh orang yang
berkebolehan (designated person).
KEGUNAAN PERANCAH
1) Kegunaan Ringan

• Mengecat, mencuci

• Satu pelantar sahaja dibenarkan

2) Serbaguna

• Sehingga 4 pelantar dibenarkan

• Agihan beban maksimum ialah 180 kg/m²

3) Kegunaan Berat

• 2 pelantar bekerja untuk kegunaan berat

• 2 pelantar untuk berjalan dan kegunaan ringan

• Agihan beban maksimum ialah 290 kg/m²

You might also like