You are on page 1of 6

Zaman Neolitik

Pengenalan

Zaman Neolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Baru. Zaman ini
dianggarkan berlangsung di seluruh dunia di antara 5,000 SM sehingga 3,000
SM. Tamadun awal manusia dikatakan bermula pada akhir Zaman Neolitik ini.
Daripada pelbagai bidang, Zaman Neolitik telah menunjukkan perubahan yang
amat besar. Contoh petempatan orang Neolitik ialah Lembah Indus, Lembah
Hwang-Ho, Lembangan Sungai Eupharates dan Tigris dan sebagainya.

Ciri-ciri :

Tempat Tinggal

Manusia Neolitik tinggal di rumah yang dibina oleh diri sendiri. Rumah
mereka dibuat daripada batu-bata, kayu dan sebagainya. Bukti yang
menunjukkan manusia Neolitik tinggal di rumah ialah penemuan tiang-tiang kayu
yang ditinggalkan oleh orang zaman ini di Switzerland. Tiang-tiang ini telah
ternampak apabila air tasik besar ini menjadi tohor. Setelah dikaji, didapati
rumah ini disambungkan antara satu sama lain dan tebing tasik dengan titi-titi
yang boleh diangkat pada waktu malam untuk menjaga keselamatan.

Cara Hidup

Orang Neolitik hidup secara tetap di rumah yang didirikan. Kini, cara
hidup mereka juga lebih teratur. Rumah-rumah dibina untuk membentuk sebuah
kampung. Kampung ini biasanya terletak di tepi sungai atau laut. Setiap
kampung mempunyai seorang ketua yang akan menyelesaikan sebarang
pertikaian yang berkaitan dengan pertanian dan hak milik tanah. Benteng dibina
untuk melindungi kampung itu daripada serangan musuh atau binatang liar.
Faktor utama yang mendorong orang Neolitik hidup secara tetap ialah mereka
perlu menjaga tanaman dan binatang ternakan mereka daripada dimusnah oleh
binatang dan serangga perosak.
Kegiatan Harian

Masyarakat Neolitik mencapai perkembangan dalam bidang pertanian


yang mengagumkan. Kini mereka menjadi petani dengan menanam sayur-
sayuran dan bijirin seperti barli, jagung dan gandum. Selain itu, mereka juga
menternak binatang seperti kambing, lembu dan memelihara anjing. Selain
daripada bercucuk tanam dan menternak binatang, masyarakat ini juga terus
memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Tujuan mereka
melakukan kegiatan ini ialah untuk mendapatkan bekalan makanan tambahan.
Selain itu, masyarakat ini juga mula menghasilkan alat tenunan, kain dan
tembikar.

Peralatan

Orang Neolitik telah mencipta alat-alat yang lebih elok dan halus seperti
kapak, beliung dan pisau daripada batu dan juga logam untuk memburu,
memotong dan bercucuk tanam. Selain itu, teknologi baru dalam bidang
pertanian seperti bajak, tajak atau cangkul juga diperbuat daripada granit juga
dicipta. Penggunaan peralatan yang disebutkan di atas telah membantu
masyarakat ini menghasilkan pelbagai jenis tanaman. Orang Neolitik juga pandai
menganyam bakul. Bakul yang dianyum ini digunakan untuk menyimpan bijirin,
mengangkap ikan dan memburu binatang. Selain itu, masyarakat Neolitik juga
pandai membuat alat tembikar daripada tanih yang dikeringkan. Alat tembikar ini
digunakan untuk memasak, mengisi makanan dan menyimpan air. Hasil
tembikar ini menjadi lebih bermutu apabila roda ceper digunakan.

Kepercayaan

Masyarakat primitif ini mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu


percaya bahawa semua benda di alam ini mempunyai roh. Selain itu, mereka
juga percaya bahawa semangat atau tuhan mengawal alam semesta. Sebab
itulah mereka cuba memuja semangat yang mengawal alam semesta seperti
banjir dan kemarau yang dianggap pemusnah pertanian. Masyarakat Neolitik
juga mengamalkan adat dan upacara yang lebih maju dripada masyarakat
sebelum ini. Contohnya, upacara pengebumian dan sebagainya.

Pakaian

Masyarakat Neolitik mula menenun kain daripada bulu binatang dan


gentian-gentian tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan. Kini, mereke
telah mula berpakaian kain dan jarang sekali mereka berpakaian kulit binatang.
Mereka mendapati pakaian yang dibuat daripada kain adalah lebih selesa jika
dipakai. Selain itu, berpakaian kain juga dapat menunjukkan bahawa mereka ini
lebih tinggi tamadunnya kalau dibandingkan dengan orang yang berpakaian kulit
binatang.

Aktiviti Perdagangan

Sejak Zaman Neolitik, aktiviti perdagangan telahpun mula dijalankan.


Perdagangan dijalankan di antara kampung-kampung. Mereka saling menukar
barang yang dikehendaki. Sistem tukar barang dikenali sebagai sistem barter.
Selain perdagangan antara kampung dijalankan, mereka juga menjalankan
aktiviti perdagangan dengan masyarakat yang berhampiran. Pada zaman ini,
wang memang langsung tidak digunakan. Sistem yang diamalkan juga menemui
pelbagai masalah, contohnya, kehendak yang serentak sukar dicapai di antara
satu sama lain, unit ukuran atau kadar pertukaran sukar ditentukan dan
sebagainya.

Organisasi Sosial

Organisasi sosial dalam bentuk kekeluargaan telahpun wujud pada


zaman ini. Setiap keluarga mempunyai seorang ketua yang akan memimpin
keluarga ini untuk melakukan aktiviti harian. Daripada kumpulan ketua keluarga
ini, seorang akan dipilih untuk memimpin kampung ini. Tanggungjawabnya
adalah menyelesaikan pertikaian di antara penduduk kampung dalam pelbagai
perkara. Beliau juga dikenali sebagai ketua kampung.

Teknologi Baru

Zaman Neolitik telah mencapai perkembangan yang amat pesat dalam


bidang infrastruktur. Pada zaman ini, roda buat pertama kali digunakan. Roda
telah dicipta untuk menjadikan sistem perhubungan yang lebih cepat. Sebagai
contoh, roda dipasang di kereta kuda membolehkan kereta kuda berjalan
dengan lebih cepat. Selain ciptaan roda, kapal layar juga telah diciptakan.
Ciptaan kapal layar membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain
dengan mudah walaupun dipisah oleh lautan yang luas. Bukti penggunaan kapal
layar ialah perjumpaan pelabuhan awal seperti Santubong dan Kuala Selinsing.

Bincangkan ciri-ciri antara zaman Paleolitik dengan zaman Neolitik

awapan cadangan: Perkembangan peradapan manusia dapat dibahagikan kepada dua


tahapiaitu zaman Batu dan zaman logam. Zaman Batu dapat dibahagikan kepada
tigaperingkat iaitu zaman batu lama (Paleolitik) yang bermula pada 500 000SMhingga 10
000SM, zaman batu pertengahan yang bermula pada 10 000SMhingga 7000SM dan zaman
batu baru (Neolitik) yang bermula 7000SM hingga3500SM. Manusia yang muncul pada zaman
Paleolitik dike nali sebagai homosapiens yang ditemui di Pulau Jawa (Orang Jawa) dan di
China utara (OrangPeking). Manakala manusia muncul pada zaman Neolitik pula berlaku
selepasrevolusi pertanian yang seterusnya membawa kepada perkembangan tamadunawal di
dunia seperti tamadun Mesir di lembah Nil. Kegiatan ekonomi masyarakat Paleolitik awal ialah
memburu binatang,menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Masyarakat pada zaman ini
tidakmempunyai pengetahuan menternak binatang dan bercucuk tanam. Kegiatanekonomi
pada zaman Paleolitik akhir pula ialah masyarakat memburu binatangdalam kumpulan dan
hasil buruan akan dikongsi bersama. Hasil kegiatanekonomi pada zaman Paleolitik hanya
dapat menampung keperluan semasasahaja. Berbanding dengan kegiatan ekonomi
masyaraka t pada zaman Neolitik,mereka amat mementingkan perkembangan aktiviti
pertanian danpenternakan binatang. Contohnya aktiviti pertanian bermula di Asia Baratsekitar
7000SM di Tepe Yahya, Jarmo, Jerico dan Hacilar. Antara tanaman yangditanam pada zaman
ini seperti gandum, kacang dan barli ditanam di AsiaBarat, penanaman padi sawah dan
menternak binatang dijalankan di t imur lautChina dan sebagainya. Kegiatan pertanian
dijalankan secara sistematik danlahir masyarakat yang bergantung kepada pertanian sebaga i
sumber makanan.Masyarakat Neolitik juga menternak binatang seperti kambing dan biri-
biri. Selain itu, kehidupan sosial masyarakat pada zaman Paleolitik awal ialahhidup secara
nomad atau berpindah-randah. Mereka berlindung di dalam guadan di bawah ranting
kayu yang ditutup dengan rumput. Tambahan lagi,terdapat juga kumpulan manusia yang
berlindung dalam lubang di bawahtanah yang digali oleh mereka. Masyarakat pada zaman
Paleolitik akhir pulatinggal dalam kelompok kecil dan mempunyai struktur sosial yang teratur.

Masyarakat zaman ini tinggal di dalam gua. Contohnya petempatan padazaman


Paleolitik ialah Bukit Jawa, Kota Tampan, Bukit Bunuh, Gua Niah danTingkayu. Berbanding
dengan kehidupan sosial masyarakat zaman Neolitik,masyarakat Neolitik tinggal menetap di
kampung-kampung dan membinarumah kediaman. Perkampungan Neolitik didirikan berham
piran sumber airyang diperlukan untuk pertanian dan penternakan. Rumah
mereka didirikandaripada kayu, batu dan tanah liat. Petempatan Neolitik terawal ditemui
diJarmo dan Catal Huyuk. Contoh petempatan kekal dapat dilihat dalamtamadun
Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates dan tamadun Mesir disungai Nil. Manusia
Paleolitik awal mempunyai kemahiran membuat pelbagaiperalatan daripada alat batu. Alat
batu yang dibuat adalah kasar dari segipembuatannya dan digunakan sebagai senjata dan
alat perhia san. Alat batuseperti alat repihan digunakan untuk meraut dan memotong. Contoh
alat batuyang digunakan dalam zaman ini ialah kapak genggam.
Manusia pada zamanPaleolitik akhir mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dalam
pembuatan alat -alat batu. Terdapat juga alat-alat yang dibuat daripada tulang, tanduk
dangading gajah. Jarum yang dibuat daripada tulang, mata kain,tempuling,lembing, dan anak
panah juga digunakan. Berbanding dengan peralatan padazaman Neolitik,
perkembangan aktiviti pertanian menyebabkan berlakukemajuan dalam teknologi peralatan.
Misalnya peralatan tenggala diciptasekitar 3000SM untuk membajak tanah pertanian.
Penciptaan roda pula padazaman ini menyebabkan kereta kuda dan lembu digunakan untuk
mengangkuthasil pertanian. Pengkhususan pekerjaan tidak berlaku pada zaman Paleolitik. Hal
inidisebabkan corak kehidupan manusia Paleolitik yang berpindah randah.Keadaan ini
menyebabkan kelompok manusia hanya terdiri daripada bilanganyang kecil sahaja.
Bertambah pula manusia zaman Paleolitik hanyamelaksanakan ekonomi bercorak sara diri
sahaja. Hal ini menyebabkanekonomi tidak berkembang maju dan pengkhususan pekerjaan
tidak wujudpada zaman Paleolitik. Berbanding dengan pengkhususan pekerjaanmasyarakat
zaman Neolitik, pengeluaran hasil pertanian yang berlebihanmenyebabkan berlaku
pengkhususan dalam pekerjaan. Perkembangan inimeyebabkan lahir golongan petani, artisan
dan tukang-tukang mahir. Keadaanini melahirkan masyarakat yang mempunyai struktur
sosial yang kompleks. Ciri kesenian dapat dilihat pada zaman Paleolitik akhir. Pada zaman
ini,berlaku kemajuan dalam bidang kesenian seni ukiran, lukisan dan mural.
Lukisan dan mural yang dihasilkan terdiri daripada gambar-gambar binatangseperti
rusa, bison, dan gajah. Mereka pandai dan mahir melukis pergerakkan.Pergerakkan anggota
badan binatang ditonjolkan dengan melukis garis -garistambahan. Kesenian merupakan ilmu
magis yang bertujuan menambahkanhasil perburuan. Contohnya lukisan dua ekor lembu liar
dilukis pada dindinggua Niah. Berbanding dengan kesenian pada zaman Neolitik, lukisan
padazaman Neolitik bercorak simbolisme. Kesenian yang bercorak simbolisme lebihkepada
tulisan yang bertujuan merekod hal-hal seperti hal pentadbiran,keagamaan, ekonomi dan
sebagainya. Contoh tulisan yang terdapat padazaman ini ialah tulisan cuneiform di
Mesopotamia, Heiroglif di Mesir Purba,Piktogram di India, Ideogram di China dan sebagainya.
Kewujudan sistemtulisan telah membantu dan mamudahkan kegiatan
ekonomi yangmemerlukan rekod untuk urusan perniagaan. Pada zaman Paleolitik awal,
kemajuan dalam aspek kerohanian jelasketara daripada amalan ritual yang dijalankan
semasa upacara pengebumian.Penemuan barang pengebumian jelas menunjukkan wujud
upacarapengebumian dan kepercayaan tentang kehidupan selepas mati. Pada
zamanPaleolitik akhir, masyarakat percaya kepada kuasa-kuasa ghaib. Merekamenjalankan
pelbagai upacara ritual semasa mengebumikan mayat.Berdanding dengan kerohanian
masyarakat Neolitik, mereka percaya kepadakuasa-kuasa luar biasa yang dianggap suci.
Mereka turut mempercayaisemangat atau tuhan yang mengawal alam semesta. Oleh
itu, merekamelakukan pemujaan untuk mententeramkan semangat unsur-unsur alamuntuk
mengelakkan sebarang bencana alam yang memusnahkan hasilpertanian. Contohnya
upacara ritual dan amalan korban dijalankan bagimeningkatkan kesuburan tanaman dan
tenakan.
Pada zaman Paleolitik, terdapat institusi organisasi atau politik yangringkas. Tiada
institusi politik yang kukuh dalam zaman ini kerana buda yahidup masyarakat yang berpindah-
randah. Berbanding dengan institusi-institusi politik zaman Neolitik, perkembangan pesat
dalam bidang pertanianmenyebabkan kerajaan yang berdaulat dan mempunyai autoriti
untukmemerintah perlu ditubuhkan untuk melakukan kawalan sosial selaras
denganperkembangan baru yang berlaku dalam masyarakat. Kewujudan kerajaan dansistem
pemerintahan yang teratur dapat menyelesaikan hak-hak masyarakatyang semakin kompleks,
menjamin pengagihan kekayaan yang seimbang,mewujudkan kawalan sosial dan
mempertahankan wilayah daripada ancamanmusuh.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa zaman Neolitik memperlihatkanperkembangan dalam
bidang politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, dankeagamaan. Kemajuan dalam bidang
pertanian meletakkan asas kepa dapeningkatan dalam petempatan atau tamadun manusia.
Perkembangan inimelahirkan masyarakat yang stabil, tinggal menetap dan menikmati
kehidupanyang makmur berbanding dengan zaman Paleolitik. Keadaan ini meletakkanasas
bagi kemunculan tamadun-tamadun awal di lembah sungai sepertitamadun Mesopotamia,
tamadun Mesir, tamadun Hwang Ho, dan tamadunIndus

You might also like