You are on page 1of 14

~~MASALAH PEMBELAJARAN

MATEMATIK~~
1. PENGENALAN
Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian
saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan. Aspek-aspek psikologi
dalam kajian meliputi tingkahlaku murid terhadap segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam situasi bilik darjah. Atan Long (1976) menghuraikan psikologi
pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana
pembelajaran dalam bilik darjah .Smith ( 1978)menjelaskan psikologi pendidikan
sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku dalam pendidikan, termasuk prinsip-
prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk
menyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menyatakan psikologi pendidikan
ialah kajian tentang murid,pengajaran dan pembelajaran yang mengfokuskan proses -
proses pengetahuan kemahiran nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid
dalam bilik darjah termasuk aplikasi prinsip- prinsip psikologi dalam pengajaran .Ilmu
psikologi merangkumi pelbagai topik yang boleh diaplikasikan di dalam berbagai- bagai
bidang khasnya bidang pendidikan seperti pemikiran dan tingkah laku manusia
terhadap pembelajaran.Kebanyakan teori berlandaskan hipotesis yang mengandungi
andaian-andaian berdasarkan daripada perhatian atau pengalaman yang
serupa.Hipotesis merupakan andaian-andaian yang belum dapat dibuktikan, manakala
teori merupakan definisi yang di bentuk daripada kajian saintifik.
Psikologi pendidikan ialah satu disiplin ilmu yang mengkaji tingkahlaku murid
dnganaplikasi prinsip-prinsip psikologi ke atas segala aktiviti pengajaran dan
pembelajarandalam situasi bilik darjah .Menurut Banks dan Thompson (1995)
psikologi adalah pengetahuan mengenai kajian tingkah laku manusia dan pendidikan
adalah profesion yang mengkaji dan membina metodologi dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
2. MASALAH PEMBELAJARAN
2.1 KESUKARAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT
2.1.1 Definisi
Pengetahuan matematik boleh dikategorikan dalam lima jenis iaitu fakta, algoritma,
konsep, hubungan antara konsep dan penyelesaian masalah.Penyelesaian masalah
merupakan satu aspek yang sangat penting dan merupakan objektif utama dalam
pembelajaran matematik. Ia
juga merupakan bentuk pembelajaran pada tahap yang tertinggi (Gagne, 1985). Pelajar
diharapkan dapat membina pengetahuan dan kemahiran baru melalui proses
penyelesaian masalah, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kurikulum
matematik serta mengaplikasikan pelbagai strategi penyelesaian masalah matematik
dalam konteks yang berbeza. Masalah matematik berayat sememangnya merupakan
komponen penting dalam kurikulum matematik KBSR. Menurut Lim (1982, dalam
Lim Beng Tin, 2000) dalam kajiannya mendapati pelajar menghadapi kesukaran dalam
masalah matematik yang dinyatakan dengan perkataan berbanding masalah yang
melibatkan simbol dan angka. Kesulitan ini mungkin merupakan sebab
mengapa mereka kurang berjaya dalam matematik. Menurut artikel yang di tulis oleh
David Tall dan /mohamad Rashidi Razali (1991), kesukaran mempelajari matematik
yang dihadapi oleh pelajar yang kurang berkebolehan (koordinasi proses mental)
adalah lebih tinggi daripada pelajar yang berkebolehan (manipulasi konsep mental).
Segolongan pelajar yang lemah pula tidak dapat menterjemahkan soalan yang
berbentuk ayat atau maklumat kepada persamaan atau ketaksamaan matematikk yang
betul untuk membuat pengiraan yang selanjutnya. Dalam mempelajari simbol-simbol,
tatatanda dan istilah-istilah matematik, seseorang pelajar seolah-olah menghadapi
sesuatu situasi pembelajaran bahasa asing (Radatz, 1979). Sebahagian tatatanda
matematik telah menimbulkan kesukaran intrinsik. Terdapat juga pelajar yang tidak
memahami kehendak soalan. Maka ini mengakibatkan mereka menggunakan
peraturan-peraturan atau strategi penyelesaian yang tidak berkaitan dengan kehendak
soalan tersebut. Kelemahan daya berfikir menjadi punca kelemahan pelajar
bumiputera dalam matematik. Tidak dapat di nafikan bahawa mata pelajaran
matematik memerlukan kuasa pemikiran kognitif yang tinggi dan perlu dimiliki oleh
pelajar. Juga penguasaan kemahiran matematik adalah penting bagi pelajar
menunjukkan inisiatif sendiri untuk membuat latihan dan menyelesaikan masalah
matematik dari semasa ke semasa. Bahasa matematik juga menjadi kesulitan kepada
pelajar. Bahasa matematik berbeza dengan bahasa biasa kerana ia mempunyai makna
yang tersendiri dan di gunakan dalam konteks matematik yang tertentu. Di samping itu,
banyak istilah matematik digunakan dalam kurikulum matematik tidak dapat di
fahami oleh pelajar. Kekeliruan tentang istilah merupakan satu masalah yang di hadapi
oleh pelajar yang menyebabkan mereka tidak dapat memahami maksud istilah
tersebut.

2.1.2 Ciri-Ciri
Masalah ini sering dihadapi oleh pelajar sekolah rendah. Pelajar biasanya didapati
kurang berminat untuk mencuba soalan penyelesaian masalah yang dianggap susah.
Sikap negatif ini sering menjadi penghalang kepada pelajar untuk mencapai kejayaan
dalam matematik. Menurut Polya (1957) penyelesaian masalah lazimnya dikaitkan
dengan penggunaan matematik dalam situasi di mana prosedur penyelesaian tidak
begitu nyata atau ketara. Pengajaran matematik di sekolah lebih menekankan kepada
kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran. Murid-murid yang berpencapaian
rendah menunjukkan perkembangan yang lambat dalam mendapat dan menggunakan
pelbagai kemahiran matematik. Mereka juga mempunyai keupayaan yang terhad
dalam pencapaian jika di bandingkan dengan rakan-rakan yang sebaya dengan mereka.
Montague (1993) melaporkan bahawa murid yang berpencapaian rendha menghadapi
kesukaran untuk memberi perhatian kepada langkah yang terlibat dalam pencapaian
masalah. Kesukaran ini boleh membawa kepada ketidakupayaan murid untuk
menyelesaiakan masalah yang melibatkan banyak langkah penyelesaian (multi step).
Selain itu, murid yang berpencapaian rendah dalam matematik juga menghadapi
kesukaran mengingat. Ini merupakan ketidakupayaan murid dalam menguruskan
maklumat untuk penyimpanan. Kesukaran mengingat meghalang murid daripada
menyimpan fakta dengan lama. Murid yang mempunyai masalah pembelajaran juga
menunjukkan kesukaran dalam keupayaan visual-ruang. Mereka menghadapi masalah
menulis dalam garis lurus, menggunakan garis nombor dan menentukan arah (Miller
dan Mercer, 1997). Terdapat juga antara mereka yang menunjukkan kesukaran dalam
penggunaan strategi kognitif dan metakognitif (Miller dan Mercer, 1997). Murid- murid
ini menghadapi masalah matematik menentukan dan memilih strategi yang betul dalam
menyelesaikan masalah. Mereka juga menghadapi masalah menguruskan maklumat,
membuat perancangan, membuat pengesanan terhadap proses penyelesaian masalah
dan membuat generalisasi kepada situasi yang serupa.

2.1.3 Penyebab Kepada Masalah

Guru-guru matematik di sekolah sering mengatakan bahawa pelajar menghadapi


kesulitan apabila mereka dikehendaki menyelesaikan masalah matematik berayat
berbanding soalan matematik berbentuk mekanikal. Adalah menjadi persoalan pula
sama ada cara pendekatan yang didapati sama dan dapat membantu pelajar untuk
menghadapi pelbagai penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian dan dalam mata
pelajaran matematik. Cabaran ini dapat membantu guru-guru dalam merancang
strategi yang lebih efektif untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam
menyelesaikan masalah penyelesaian masalah di samping menarik minat mereka
semula. Jika guru dapat mengenal pasti dan mendiagnos kelemahan pelajar di
peringkat awal maka pemulihan dapat diberikan untuk memperbaiki kelemahan dan
seterusnya dapat membantu pelajar menguasai kelemahan dan membina keyakinan
serta minat mereka terhadap matematik khususnya.

Cara penyelesaian masalah tidak dapat dihafal seperti sifir atau menyelesaikan soalan-
soalan bentuk mekanis. Ia perlu dilaksanakan secara sistematik dan berperingkat
dengan melibatkan kefahaman konsep asas matematik yang dikuasai di tahap satu.
Salah satu objektif pendidikan matematik sekolah rendah yang dinyatakan dalam
KBSR ialah untuk membolehkan pelajar menyelesaikan masalah bercerita atau
penyelesaian masalah dan penekanan diberi secara menyeluruh bagi semua tajuk
kerana ia merupakan komponen penting dalam Kurikulum Matematik KBSR. Pelajar-
pelajar telah mula didedahkan dengan unsur-unsur penyelesaian masalah atau masalah
matematik berayat pada tahap satu.

Pelajar dikehendaki memilih operasi tambah, tolak, darab dan bahagi bergantung
kepada arahan soalan yang melibatkan satu langkah penyelesaian sahaja. Kebanyakan
dapat diperhatikan pelajar cukup berminat dalam mengikuti kelas matematik dan
prestasi pencapaian pada tahap satu amat membanggakan dan ia mengambarkan
bahawa mata pelajaran matematik pada saat itu amat menyeronokkan. Tidak lupa juga
penekanan diberikan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang
berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan dalam sukatan pelajaran
matematik. Pada tahap dua pula pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yang
memerlukan lebih daripada satu langkah penyelesaian. Strategi penyelesaian dengan
memilih operasi yang betul sahaja mungkin tidak menepati arahan soalan kerana ia
juga mungkin mempunyai dua langkah penyelesaian untuk menghasilkan penyelesaian
yang sempurna. Maka kebanyakkan keseronokkan tadi akan berubah apabila minat
pelajar mula berkurangan terhadap mata pelajaran matematik yang juga menghantui
pelajar kepada bentuk soalan bertambah sukar bagi mereka. ‘Minat’ di sini bermaksud
tertarik kepada matematik atau merasa ingin memberi perhatian kepadanya. Prestasi
pelajar tahap dua juga kurang memuaskan berbanding dengan
tahap satu pelajar tersebut. Miller dan Mercer (1997) mengatakan murid yang
menghadapi kesukaran mengingat akan memberi kesan kepada keupayaannya
menyelesaikan masalah berayat dengan cara berikut:
i) Murid tidak berupaya menyimpan fakta-fakta matematik atau maklumat baru
ii) Murid tidak ingat langkah-langkah algoritma
iii) Murid-murid menunjukkan kelemahan dalam ulang kaji pelajaran
iv) Murid-murid menghadapi kesukaran menyatakan masa
v) Murid-murid menghadapi masalah menyelesaikan masalah yang melibatkan lebih dari
satu langkah.
Semua itu memberi kesan kepada kemahiran pengiraan dan penyelesaian masalah.
3. KAJIAN KES

Kelemahan pelajar dalam mata pelajaran matematik sering menjadi tajuk


perbincangan setiap lapisan masyarakat dan menjadi fokus utama media
terutamanya semasa keputusan peperiksaan diumumkan. Rata-rata mengatakan
prestasi pelajar dalam menjawab soalan penyelesaian masalah amat rendah. Program
Matematik KBSR bertujuan untuk membimbing pelajar menguasai kemahiran asas
mengira empat operasi iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Maka kandungan
sukatan matematik KBSR adalah asas untuk pelajar menangani masalah kehidupan
harian di samping persediaan mengikuti program matematik KBSM, (Mohd
Khairuddin Mohd Taib, 1992). Kemahiran penyelesaian masalah dapat memupuk
kemahiran berfikir, dan pelajar dapat menggunakannya untuk kegunaan harian serta
untuk masa depan apabila telah mahir
atau menguasainya. Menurut Ng See Ngean (1983), pembelajaran penyelesaian masalah
bukan bergantung kepada cara malahan lebih kepada pembelajaran strategi umum
yang mementingkan latihan dalam pemikiran. Kajian masalah dan kesukaran pelajar
peringkat pengajian tinggi dalam menyelesaikan masalah matematik berperkataan
telah banyak dikaji seperti Clement (1980;1982), Stern (1993), Rudnitsky (1995),
Noraini (1994) dan Hassan (1978). Namun begitu berdasarkan tinjauan yang dilakukan
oleh pengkaji kajian mengenai masalah pelajar di peringkat pengajian tinggi dalam
penyelesaian masalah matematik berperkataan masih kurang diberi perhatian. Selain
itu, masalah matematik berperkataan ini sebenarnya tidak terhad dalam mata
pelajaran matematik sahaja namun ia terdapat juga dalam matapelajaran lain
contohnya kimia, fizik dan sebagainya. Ini kerana subjek-subjek tersebut perlu
menggunakan matematik ketika melalui proses penyelesaian masalah. Kajian ini
memberikan gambaran sebenar kesukaran yang dihadapai oleh pelajar dalam
menyelesaikan masalah matematik berperkataan secara kualitatif. Menurut Lim
(1982,dalam Lim Beng Tin, 2000) dalam kajiannya mendapati pelajar menghadapi
kesukaran dalam masalah matematik yang dinyatakan dengan perkataan berbanding
masalah yang melibatkan simbol dan angka. Kesulitan ini mungkin merupakan sebab
mengapa mereka kurang berjaya dalam matematik. “Sebagai satu kajian sosial,
Matematik bukan sahaja membincangkan alat-alat dan tatacara yang berkaitan dengan
sistem-sistem nombor tetapi Matematik itu juga membicarakan masalah-masalah yang
dialami oleh orang semasa cuba memahami dan membuat penyelarasan yang sesuai
dengan semua jenis pengalaman yang
bersabit dengan kuantiti.” (Frank J. Swetz, Liew Su Tim, 1983).

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia , Datuk Abdul Rafie Mahat, mengatakan bahawa
pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah memerlukan kaedah yang sesuai
supaya tidak menimbulkan rasa ‘takut’ di dalam diri pelajar.(Hairulazim,2002). Oleh
itu, guru perlu bijak menggunakan kreativitinya serta inovatif dalam menyampaikan isi
pengajaran terutamanya tentang penyelesaian masalah agar dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang efektif dan kondusif.Kemahiran kognitif pelajar perlu
dijana dengan baik agar mereka dapat menggunakan kemahiran yang sedia ada untuk
menyelesaikan masalah Matematik. Menurut Radatz (1979), perwakilan menggunakan
simbol-simbol, tatatanda dan istilah-istilah Matematik merupakan ‘bahasa asing’
kepada pelajar kerana mereka perlu menghafal dan memahami simbol yang jarang
digunakan dalam kehidupan mereka seharian. Matematik adalah mata pelajaran yang
abstrak, maka pembentukan sesuatu konsep matematik tidak akan berjaya dengan
kaedah penghafalan sahaja. Masalah sebegini mungkin tidak akan dihadapi oleh
pelajar yang berada pada aras kebolehan yang tinggi. Namun bagi para pelajar ang
berada pada aras kebolehan yang rendah,
mereka merasakan Matematik ini adalah sukar untuk dikuasai dan membosankan
(Mohd Salahuddin Salleh, 2006). Stanic dan Kilpatrick, (1989), NCTM, (1989)
mengatakan bahawa mendekati matematik melalui penyelesaian masalah dapat
mencipta konteks yang mensimulasikan kehidupan nyata dan kerana matematik
daripada memperlakukannya. Penyelesaian masalah menjadi fokus utama dalam
matematik kerana, mereka berkata, itu meliputi kemahiran dan fungsi yang merupakan
bahagian penting dari kehidupan sehari-hari.
Kajian menunjukkan murid sekolah rendah belum berupaya menyelesaikan masalah
matematik berayat walaupun mereka menguasai kemahiran menjalankan operasi
secara prosedural (Mokhtar et al., 2001; Third International Mathematics and Science
Study [TIMSS], 1999; Fatimah, 1999; Hassan, 1998; Mohd. Daud et al., 1997).
Fenomena ini nampaknya secocok dengan kajian di luar negara seperti Verschaffel et
al. (1999), Bransford et al. (1996), dan Hegarty et al. (1995) yang mendapati masalah
matematik berayat menimbulkan banyak kesukaran dan kesilapan di kalangan murid
peringkat awal persekolahan. Mayer (1985, 1987) mengusulkan empat peringkat yang
harus dilalui oleh seseorang individu semasa penyelesaian masalah iaitu (1)
menterjemahkan masalah, (2) mengintegrasi masalah, (3) merancang dan mencari
strategi, dan (4) melaksanakan penyelesaian.

4. TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME


Menurut faham konstruktivis pengetahuan merupakan konstruksi (bentuk) dari orang
yang mengenal sesuatu (skemata). Pengetahuan tidak boleh dipindahkan dari guru
kepada orang lain, kerana setiap orang mempunyai skema sendiri tentang apa yang
diketahuinya. Pembentukan pengetahuan merupakan proses kognitif di mana terjadi
proses asimilasi dan akomodasi untuk mencapai suatu keseimbangan sehingga
terbentuk suatu skema yang baru. Seseorang yang belajar itu bererti membentuk
pengertian atau pengetahuan secara aktif dan terus-menerus (Suparno, 1997).

Kontruksi bererti bersifat membangun, dalam konteks falsafah pendidikan,


Konstruktivisme adalah suatu upaya membangun tata susunan hidup yang berbudaya
moden.Konstruktivisme merupakan landasan berfikir pembelajaran konstektual iaitu
pengetahuan dibangun oleh manusia sedikit demi sedikit, yang hasilnya diperluas
melalui konteks yang terbatas. Pengetahuan bukanlah seperti fakta-fakta, konsep, atau
kaedah yang siap untuk di ambil dan di ingat. Manusia harus mengkontruksi
pengetahuan itu dan memberi makna melalui pengalaman nyata. Menurut
Mahmud (2001, dalam Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi, 2008 ),
adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai
dapat digunakan dikalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka
dalam matapelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga dapatlah guru
mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar pelajar dapat
mempelajari matematik dengan lebih seronokdan bermakna . Kaedah Konstruktivisme
memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik,
khususnya di sekolah menengah. Untuk membantu murid membina konsep atau
pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada
mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan
sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu
pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan Konstruktivisme. Beberapa ahli
konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula dengan
pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Manakala Nik Azis Nik Pa ( 1999 )
menerangkan bahawa Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen
terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna
sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada
aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan suatu maklumat atau
pengajaran yang diterima secara pasif dari luar. Rutherford dan Algren berpendapat
bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara sama
ada betul atau salah.Jika kefahaman dan pandangan diabaikan dan tidak diatasi,
kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam
peperiksaan , mereka memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John
Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme dengan mengatakan bahawa pendidik
cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun
atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid
di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4.1 Scaffolding
Scaffolding merupakan pemberian sejumlah bantuan kepada pelajar pada tahap awal
pembelajaran, kemudian mengurangi bantuan dan memberikan kesempatan untuk
mengambil alih tanggung jawab yang semakin besar setelah ia dapat melakukannya
(Slavin, 1997). Scaffolding merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar untuk
belajar dan memecahkan masalah. Bantuan tersebut dapat berupa petunjuk,
dorongan, peringatan, menguraikan masalah ke dalam langkah-langkah pemecahan,
memberikan contoh, dan tindakan-tindakan lain yang memungkinkan pelajar itu
belajar sendiri. Ini merupakan teknik yang digunakan oleh seseorang yang memiliki
kemahiran yang lebih untuk membantu seseorang yang kurang berpengetahuan.
Pembelajaran dengan bantuan scaffolding memberi manfaat kepada pelajar yang
lemah. Pendekatan melalui scaffolding memberi dua sumbangan, iaitu is menjadikan
pelajar berminat untuk melibatkan diri dalam tugasan dengan efektif sehingga Berjaya.
Pelajar dapat mengembangkan aktiviti-aktiviti dan pengalaman-pengalaman
pembelajaran serta meningkatkan kadar keupayaan pembelajaran yang perlu di capai.
Sumbangan kedua ialah ia dapat mengembangkan prestasi dan zon perkembangan
proksimal pelajar. Zon perkembangan proksimal yang disarankan oleh Vygotsky
menghubungkan perbezaan antara apa yang boleh dipelajari oleh pelajar tanpa
bantuan dengan apa yang boleh dipelajari dengan bantuan guru atau rakan sebaya
yang berkebolehan. Menurut Hartman (2002), tujuan guru mengajar berpandukan
scaffolding adalah untuk pelajar menjadi seorang penyelesai masalah dan individu
pembelajar yang bebas. Pendekatan ini mnejurus kepada konstruktivisme sosial yang
disebut pendekatan konstruktivisme sosial. Pendekatan konstruktivisme sosial
memandang kebenaran matematik tidak bersifat tepat dan mengidentifikasi matematik
sebagai hasil dari pemecahan masalah dan pengajuan masalah (problem posing) oleh
manusia (Ernest, 1991). Dalam pembelajaran matematik, Cobb, Yackel dan Wood
(1992) menyebutnya dengan konstruktivisme sosio (socio-constructivism), pelajar
berinteraksi dengan guru, dengan pelajar lainnya dan berdasarkan pada pengalaman
tidak formal pelajar mengembangkan strategi-strategi untuk memberi respon
kepada masalah yang diberikan. Pendekatan ini sesuai dengan masalah pembelajaran
yang di hadapi pelajar. Menurut Roslina Radzali (2007) kepercayaan pelajar yang
naive tentang ciri penyelesaian masalah perlu diperbetulkan. Pelajar perlu diberi
kesedaran, bimbingan dan pengalaman bahawa memahami konsep yang mendasari
masalah adalah penting untuk berjaya dalam penyelesaian masalah matematik. Pelajar
perlu diberikan pendedahan melalui latihan, supaya mereka melihat masalah yang
hendak diselesaikan dari sudut prinsip asasnya dan tidak melihat masalah secara
permukaan. Kesedaran mesti diberikan kepada pelajar bahawa tidak ada satu prosedur
khusus tertentu, langkah demi langkah yang boleh menyelesaikan semua masalah
matematik. Oleh itu menyemai kepercayaan yang betul tentang ciri penyelesaian
masalah matematik adalah penting. Pendedahan kepada pelajar bahawa penyelesaian
masalah matematik adalah melalui kefahaman yang jelas terhadap situasi masalah yang
hendak diselesaikan, membuat gambaran mental dan kemudiannya membina
perwakilan bagi masalah tersebut, mesti diamalkan.

4.2 Pembelajaran Koperatif


Kerja dalam kumpulan adalah sesuai bagi murid yang mempunyai masalah
pembelajaran seperti ini iaitu seperti tutor rakan sebaya dan pembelajaran koperatif.
Ahli dalam kumpulan berkongsi maklumat dan bertanggungjawab dengan membantu
satu sama lain (Meese, 2001;Rivera,1996). Pembelajaran koperatif memberi peluang
kepada murid untuk mendekati sesuatu masalah dengan pelbagai cara (Effandi, 2003).
Bagaimanapun, kerja kumpulan haruslah terancang dan guru perlu banyak membantu.
Guru tidak boleh membiarkan murid begitu sahaja. Pembelajaran kooperatif telah
menjadi salah satu pembaharuan dalam pergerakan refomasi pendidikan.
Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan
pembelajaran. Asasnya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan
berkesan melalui pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan
inklutif. Ianya boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata
pelajaran.Pembelajaran koperatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-
pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi kandungan
pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya, pembelajaran kooperatif
melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif pembelajaran
(Johnson & Johnson, 1991). Pembelajaran jenis ini juga merujuk kepada kaedah
pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam
kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran
adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi
juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif
adalah (1) saling bergantung antara satu sama lain secara positif (2) saling berinteraksi
secara bersemuka (3) akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri (4)
kemahiran koperatif, dan (5)pemprosesan kumpulan.
Terdapat beberapa kaedah pembelajaran koperatif seperti (1) Kaedah Jigsaw II, (2)
Kaedah STAD, (3) TAI (Team Assisted Individualization). Untuk menyelesaikan
masalah pembelajaran ini, ketiga-tiga kaedah ini boleh di gunakan.

4.2.1. Kaedah Jigsaw II


Dalam kaedah ini, setiap ahli kumpulan menjadi ‘juru’ dalam sub-unit sesuatu topik.
Setelah masing-masing memahami bahagian masing-masing, setiap ‘juru’ mengajar
pula kepada ahli kumpulan yang lain. Soal-jawab atau perbincangan yang berlaku
semasa proses ini membolehkan ‘juru’ dan ahli sama-sama memikirkan pembentangan
yang diberi, ini meningkatkan pemahaman dan ingatan. Selain dari itu, kaedah ini juga
memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dan mengajar mereka untuk
menjadi ‘juru’ dan mengajar mereka yang mempunyai prestasi akademik lebih baik
daripadanya, secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka dalam subjek
Matematik terutamanya dalam masalah penyelesaian masalah ini.
4.2.2 Kaedah STAD
STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions. Pembelajaran
dalam kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah perbincangan ini boleh
menggunakan kaedah Jigsaw II atau pendekatan lain. Selepas itu kuiz bertulis secara
individu akan diberikan untuk menguji pemahaman pelajar. Setiap pelajar akan
mendapat markah individu, peningkatan kemajuan yang ditunjukkan oleh setiap
pelajar akan dikira dengan mengambil markah terbaru dan ditolak dengan purata
markah pelajar itu sendiri. Perbezaan markah individu akan dikumpulkan untuk
menjadi markah kumpulan. Di sebabkan markah kumpulan diperolehi berdasarkan
peningkatan ahli kumpulan, ahli kumpulan akan saling bekerjasama supaya mendapat
markah yang maksimum. Kaedah ini juga sesuai dalam mengatasi masalah ini kerana
ia akan menimbulkan minat kepada para pelajar untuk menyelesaikan masalah.
4.2.3. TAI
TAI( Team Assisted Individualization) dibentuk dengan menggabungkan antara
motivasi dan insentif kepada kumpulan. Program yang diberikan mestilah bersesuaian
dengan kemahiran yang dipunyai oleh setiap pelajar. Pelajar dalam setiap kumpulan
mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai keupayaan yang berbeza-beza. Ahli
kumpulan yang bekerja secara berpasangan akan bertukar-tukar helaian jawapan
kerja yang telah dibuat. Ahli kumpulan bertanggungjawab memastikan rakan-rakan
dalam kumpulan bersedia untuk menduduki ujian akhir setiap unit. Skor mingguan
yang diperolehi oleh kumpulan akan di jumlahkan , kumpulan yang melebihi skor yang
ditetapkan akan diberikan sijil. Kaedah ini sekaligus akan meningkatkan nilai motivasi
dalam diri murid dalam mempelajari subjek ini.

5. PENUTUP
Secara kesimpulannya, dengan sistem pembelajaran matematik yang menekankan
penghafalan dan dengan bebanan latihan yang tidak difahami oleh pelajar membuatkan
mereka tercicir dalam pembelajaran. Justeru ianya membuatkan minat mereka untuk
terus belajar semakin kabur. Pelajar seringkali membuat berbagai andaian apabila
mereka cuba memahami sesuatu pelajaran yang cuba di sampaikan oleh guru mereka
dan adakalanya andaian mereka salah. Ia bermaksud pembentukan konsep yang
berlaku di dalam fikiran mereka adalah berbeza dengan hasrat yang ingin dicapai oleh
pendidik. Menurut Mohd Salleh Abu (1991), seseorang pelajar yang tidak menunjukkan
penguasaan konsep dan kemahiran matematik akan menghadapi masalah pemahaman
dalam matematik. Menurut Wong Khoon Yoong (1987), kebolehan matematik yang
lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu dalam bentuk
hiraki. Ramai pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab-sebab tiada
penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya kesalahfahaman konsep. Laporan
Cockroft (1982), sesuatu pelajaran matematik yang baik lagi efektif harus mengandungi
unsur - unsur seperti eksposisi atau penyampaian isi pelajaran oleh guru, perbincangan
antara pelajar dan guru serta perbincangan antara pelajar itu sendiri. Di samping itu
pelajaran itu juga seharusnya mempunyai kerja praktik yang sesuai, latih tubi bagi
kemahiran asas, aktiviti penyelesaian masalah dan aktiviti menyelidiki pelbagai cara
penyelesaian masalah matematik.
Dewey (1859) melalui bukunya “The School and Society” (1899) dan “The Child and
The Curriculum” (1902) telah menyatakan bahawa asas pengajaran berbentuk
pembentukan kefahaman yang banyak mempengaruhi pendidikan masa kini baik dari
segi teori mahupun dari
segi praktiknya. Oleh yang demikian, pedagogi yang betul ialah dengan menyedari
pelbagai pemasalahan yang mungkin timbul dan bagaimana menggunakan daya kreatif
untuk menyediakan pelbagai peluang pembelajaran untuk menangani cabaran yang
mendatang. Menurut Webb (1989 dalam Tengku Shariffah bt Tuan Yusof 2004),
pengaruh guru terhadap pembelajaran adalah besar maknanya, oleh itu pengetahuan
guru dalam merancang strategi pengajaran dengan baik amat perlu. Mengikut kajian
yang telah dibuat ke atas pelajar rata-rata menunjukkan bahawa mereka tidak mampu
fahami soalan, tidak tahu merancang strategi dan sudah tentu tidak tahu melaksana
strategi. Pembelajaran adalah suatu proses yang aktif. Pelajar perlu membina skim-
skim matematik berasaskan penggunaan kalkulator atau pengalaman sendiri. Selain itu
pelajar juga perlu di beri peluang berbincang dan bertukar-tukar fikiran semasa
menyelesaikan masalah.

Matematik itu mudah....(^_^)

You might also like