You are on page 1of 5

Biodata tuan guru Haji Othman Al-Yunusi

Tuan Guru Haji Othman bin Haji Yunus

Hadirin sekalian adakah anda mengenali susuk tubuh ini……………

Insan bertubuh kecil ini telah diberi nama Almarhum Tuan Guru Haji Othman bin
Haji Yunus anak murid ulamak tersohor Tuan Guru Tok Kenali . Andainya beliau
masih ada beliau kini berusia 114 tahun.

Tuan Guru merupakan seorang pencinta Ilmu….. merantau jauh ke Kelantan


untuk menimba Ilmu di sana …..…

Sekembalinya Tuan Guru dari Kelantan, Tuan Guru telah mengasaskan Madrasah
Nahdzah pada tahun 1947

Tuan Guru seorang yang tegas dalam memberi didikan dan tarbiah kepada
masyarakat.

Itulah personaliti tokoh ini…

Dengan ketegasannya beliau di hormati oleh siapa saja…….

`Tuan Guru menghabiskan masa dan hayatnya mengembangkan risalah Islam di


bumi Bukit Besar ini. ….Masyarakat di sini amat mengagumi beliau…… Siang
malam menyebarkan Dakwah kepada anak didiknya di sini

Nahdzah pada ketika itu menjadi bumi pertapakan seluruh pelajar dari serata
tempat menimba ilmu….
(Pelajar2 puteri Islam naik ke pentas)

Bukan sahaja dari sekitar kedah ,malah seluruh semenjaung sehingga Sabah dan
Sarawak………. juga masyarakat antarabangsa….Brunei,Thailand dan Acheh.
mereka datang mahu menuntut ilmu dengan tok Guru..…. Pelajarnya mencecah
ribuan di bumi nahdzah ini…….

Tetapi hari ini guru ini tiada lagi Allahyarham Tuan Guru Haji Othman al-Yunusi
telah pergi menghadap pencipta Rabb Izzati pada tahun 1987.

Semasa hari pengkebumian beliau ribuan anak muridnya hadir memberi


penghormatan.
Sehingga kerandanya tidak perlu lagi di usung kerana masing-masing mahu
berbakti kepada guru ini buat kali terakhir.

Bermula perkebumian beliau tanah perkuburan menjadi saksi menerima alunan


al-Quran oleh anak muridnya dari seluruh pelusuk alam nusantara ini. Tanpa henti
selama 44 hari….

SubhanaAllah…….bertuahnya jasad ini menerima kunjungan tetemu tanpa


henti…..
Menerima iringan doa dari anak didik hingga ke hari ini…….

Andai anda bertanya kepada saya ….mahukah saya bertemu dengan insan ini ?

Jawapannya Yaaaaa……

Mahu sekali saya menatap raut wajah insan yang berjiwa kental ini….

Mahu sekali saya mengutip mutiara ilmu dari insan yang disegani ini…

Mahu sekali saya berbicara dengannya……


Tapi hari ini beliau tiada lagi…..
Beliau tinggalkan SMA Nahadzah yang tercergam ini untuk kami generasi hari ini…
Makanya akan kami berusaha…untuk menjadi manusia yang berguna seperti yang
beliau harapkan
Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia

Tuan guru Datuk Nik Aziz Nik Mat

Hadirin…………….

Insan hebat ini ialah Almarhum Tuan Guru Dato, Bentara Setia NIk
Abdul Aziz Nik Mat. Andainya beliau masih ada beliau kini berusia 84
tahun.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang kita kenali ialah seorang Menteri
Besar bagi negeri Kelantan…

Tapi tahukah hadirin………..Menteri besar ini juga seorang guru…..

Hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam solat subuh dan
kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid .

Beliau juga mengajar kelas mingguan di dataran Kota Bharu…


Guru inilah setiap kali beliau mengadakan kelas ,kuliah dan majlis ilmu
berbondong-bondong pelajar-pelajar hadir…

(pelajar2 Puteri Islam naik kepentas )

tanpa mengira pangkat dan darjat , muda mahupun sudah tua

berpapah bertongkat dan berkerusi roda ..

tidak ketinggalan anak2 kecil juga turut dikendong oleh si ibu .

Ribuan malahan puluhan ribu hadir ke dataran ilmu beliau semata-mata


mahu mendengar butir-butir kata dari murabbi ini….

(tayangan ……suara tuan guru)

Butir-butir katanya menjadi azimat ,semangat dan obor kepada anak-


anak muridnya…

…..Allah…Allah….besar jasanya ….tinggi sekali pengorbanannya


untuk mendidik generasi hari tanpa pernah jemu, letih dan perit. ,

Semata-mata mahu memastikan anak muridnya mengenal tuhan Allah


Rabbul Jallil…..hebat sungguh murabbi ini…..

Guru istimewa seperti ini seperti sebutir mutiara yang bergemerlapan di


langit nan tinggi …

Cahayanya….menerangi seluruh perusuk alam ini

Kini Allahyarham telah , telah meninggalkan kita . sudah setahun beliau


pergi meniggalkan kita

Pemergiannya ditangisi oleh semua ……….Seperti hilangnya sebutir


permata yang sangat berharga….

Sungguh…sungguh terasa kehilangannya….


Dunia seakan tiaada serinya lagi….

Tanyalah …tanyalah siapapun anak murinya…pasti terasa


kehilangannya…

Lalu siapa lagi yang mahu mewarisi kehebatan ilmu yang ada pada tuan
guru melainkan kitalah generasi yang abad 21 ini.

Di mana kan dicari ganti……….

Dimana kita hendak mencari ganti….

Dialah guru tiada galang gantinya……

You might also like