You are on page 1of 14

MENGENALI IMBUHAN APITAN MELALUI TEKNIK BURGER DALAM

KALANGAN MURID TAHUN 4

DANIAL BIN MOHD RIDZUAN

SK SRI PETALING

ABSTRAK

Kajian ini memfokuskan tentang perihal tatabahasa iaitu imbuhan apitan.


Dalam imbuhan mempunyai tiga bahagian iaitu imbuhan awalan, imbuhan
akhiran dan imbuhan apitan. Murid tahun 4 merupakan murid yang baharu
sahaja melangkah ke tahap dua. Mereka masih lagi keliru dalam mengenali
ketiga-tiga imbuhan tersebut. Jadi fokus kajian saya lebih kepada imbuhan
apitan yang menjadi masalah bagi murid tahun 4 Akasia. Saya telah mengenal
pasti masalah mereka semasa saya menjalankan pengajaran dan
pemudahcaraan (PDPC) dalam standard pembelajaran 5.2.1 Memahami dan
menggunakan imbuhan akhiran –an, -kan, –i, imbuhan apitan pada kata kerja,
kata nama dan kata adjektif serta imbuhan pinjaman dengan betul dalam
pelbagai situasi. Saya meminta mereka menyenaraikan imbuhan akhiran dan
imbuhan apitan ke dalam jadual namun mereka keliru antara imbuhan akhiran
dan imbuhan apitan. Jadi, saya telah mencipta satu teknik iaitu burger untuk
mereka mengenali imbuhan apitan. Seramai lima orang murid telah dipilih
untuk menggunakan teknik burger dalam mengenali imbuhan apitan. Hasil
daripada teknik ini mereka sudah dapat mengenali imbuhan apitan secara
mudah dan saya bersyukur kerana dapat menyelesaikan kekeliruan
murid-murid ini.

1.0. LATAR BELAKANG KAJIAN


Bahasa merupakan alat pertuturan manusia berhubung antara satu sama
lain. Menurut Nik Safiah Karim etc (2015) dalam bukunya tatabahasa dewan
edisi sekolah rendah menyatakan bahawa tujuan kita menggunakan bahasa
ialah untuk bercakap dan tujuan bercakap pula untuk berhubung antara satu
sama lain seperti berbual, bercerita dan berceramah. Oleh itu, bahasa
mempunyai peraturannya yang tersendiri yakni dipanggil sebagai tatabahasa.

Tatabahasa jika kita dapat pecahkan maksudnya ialah tata iaitu imbuhan
pinjaman yang bermaksud peraturan dan bahasa ialah sistem lambang bunyi
suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok
manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Jadi apabila digabungkan
akan membawa maksud peraturan dalam bahasa. Saya memfokuskan dalam
bidang tatabahasa untuk kajian saya. Tatabahasa mempunyai banyak
pecahan dan saya memilih imbuhan. Dalam imbuhan mempunyai empat iaitu
imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan sisipan dan imbuhan apitan.

Berdasarkan refleksi pengajaran saya, saya dapati murid keliru untuk


memahami imbuhan apitan. Menurut Nik Safiah Karim (2015), imbuhan apitan
ialah bentuk imbuhan yang ditambahkan serentak di hadapan dan di belakang
kata dasar untuk membentuk perkataan baru. Jadi, saya menggunakan teknik
burger dalam membantu murid mengenalpasti imbuhan apitan.

2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPERIHATINAN

Kajian yang dijalankan memfokuskan kepada permasalahn imbuhan apitan


bagi murid tahun 4 Akasia. Saya memilih isu ini berdasarkan tinjauan awal
saya mendapati murid keliru untuk mengenal pasti imbuhan apitan yang
terdapat dalam petikan. Saya telah memberikan tugasan kepada mereka
untuk mencari imbuhan apitan dalam teks tetapi saya mendapati ada 5 orang
murid yang keliru dengan imbuhan yang ada. Oleh itu, saya memilih imbuhan
apitan sebagai tajuk kajian saya dan kaedah burger sebagai langkah
penyelesaian bagi masalah ini. Saya berharap dengan mempraktikkan teknik
ini dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PDPc) murid dapat
memahami lebih mudah tentang imbuhan apitan.

3.0. OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan saya mengharapkan agar dapat mencapai


objektif yang berikut:

3.1. Objektif Umum

Mengenali imbuhan apitan dengan mudah agar tidak berlaku lagi


kekeliruan dalam kalangan murid.

3.2. Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini supaya murid dapat:

I. Mengenali imbuhan apitan dengan menggunakan teknik burger.

II. Murid boleh membezakan antara imbuhan awalan, sisipan dan apitan.

4.0. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran merupakan sampel bagi sesebuah kajian. Saya telah


memilih lima orang murid untuk menjadi responden dalam kajian ini. Mengikut
kod etika dalam menjalankan kajian pengkaji tidak boleh mendedahkan identiti
responden. Oleh itu, pengkaji telah membuat kod bagi setiap responden yang
telah terlibat dalam kajian ini. Responden saya terdiri daripada 3 murid lelaki
dan 2 orang murid perempuan.

5.0. PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian yang saya jalankankan berdasarkan model Kurt Lewin (1946) iaitu
seorang ahli psikologi pada tahun 1946. Beliau digelar sebagai Bapa
Penyelidikan. Berikut merupakan tindakan saya mengikut lingkaran model Kut
Lewin (1946):

Rancangan

Tindakan
Refleksi
Pemerhatian

Model Kurt Lewin (1946)

I. Rancangan

Fasa rancangan ini melibatkan refleksi dalam pengajaran dan


pemudahcaraan (PDPc) mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya membuat
refleksi bahawa murid tidak dapat mengenalpasti imbuhan apitan. Oleh itu,
saya mengambil masalah ini untuk dijadikan kajian saya dan teknik burger
adalah cara mengatasinya. Pada fasa ini juga saya perlu meneliti tentang
imbuhan apitan dengan menambahkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan,
Melayari internet dan kolaborasi bersama rakan guru.

Sebelum langkah lain dilaksanakan saya telah membuat tinjauan awal


untuk mengenal pasti masalah murid. Langkah-langkah telah dilakukan
berdasarkan pemerhatian, pemeriksaan buku murid dan ujian pra.

Pemerhatian Pemerhatian awal saya mendapati lima orang


murid tidak dapat mengenal pasti imbuhan apitan.
Pemerhatian ini dilakukan semasa PDPc
berlangsung di dalam kelas.

Pemeriksaan buku Latihan telah diberikan oleh saya. Buku diperiksa


murid untuk tujuan pengesanan dan sebagai refleksi
kepada saya sebagai guru. Seperti yang dijangka
lima orang murid tersebut didapati tidak
menunjukkan penguasaan dalam imbuhan apitan.

Ujian Pra Ujian pra telah dilaksanakan kepada lima orang


murid tersebut. Hasilnya masih tidak menguasai
melalui ujian pra yang telah dijalankan.

II. Tindakan

Fasa tindakan ialah fasa melaksanakan apa yang telah dirancang pada
peringkat rancangan. Pada fasa ini saya telah memanggil lima orang murid
tersebut dengan memperkenalkan teknik burger kepada mereka. Antara alat
yang diperlukan dalam melaksanakan teknik ini ialah projektor dan komputer
riba. Teknik ini lebih kepada pendekatan ICT.

III. Pemerhatian

Selepas melakukan tindakan, saya akan melakukan fasa yang ketiga


dalam model Kurt Lewin iaitu fasa pemerhatian. Pada fasa ini saya akan
melihat dan menilai sejauh manakah kaedah ini dapat dilaksanakan.

IV. Refleksi

Fasa ini merupakan fasa untuk melihat kembali sama ada teknik yang
telah dijalankan memberi kesan kepada murid atau tidak. Penilaian dibuat
berdasarkan pencapaian murid selepas memperkenalkan teknik yang
dijalankan.
5.1. ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Bahagian ini menjelaskan tentang analisis masalah murid dalam


mengenali imbuhan apitan. Saya telah meminta murid mengkelaskan lapan
imbuhan apitan yang ada dalam petikan. Berikut merupakan hasil
pemerhatian, pemeriksaan buku latihan dan ujian pra:

Responden Buku latihan Ujian Pra

Responden 1 3 2

Responden 2 4 3

Responden 3 2 1

Responden 4 3 2

Responden 5 3 3

Berdasarkan jadual di atas saya mendapati murid masih tidak mencapai


tahap memuaskan dalam mengenali imbuhan apitan. Data ini diambil sebelum
saya membuat pelaksanaan tindakan.

5.2. Tindakan yang dijalankan

Pada fasa ini saya akan menjelaskan tentang tindakan yang saya jalankan
untuk memperkenalkan teknik burger. Lima orang responden tersebut telah
saya panggil untuk sesi intervensi bersama. Berikut merupakan
langkah-langkah pengajaran menggunakan teknik burger:

Langkah Aktiviti Pengajaran Catatan


Pengajaran

Set induksi  Murid ditanyakan tentang Bahan bantu belajar:


burger.
 Komputer riba
 Murid dan guru bersoal
 Gambar.
jawab.

Langkah 1  Murid ditunjukkan tentang Bahan bantu belajar:


gambar burger.
 Komputer riba
 Penerangan kepada murid
 Projektor
tentang imbuhan apitan
melalui teknik burger.

Kem. Pelbagai:

 Verbal linguistik.

Langkah 2  Murid diberikan petikan Bahan bantu belajar:


dan diminta membaca
 Petikan petani
secara senyap petikan
moden.
tersebut.
 Kertas A4.
 Murid diminta mencari
imbuhan apitan
berdasarkan petikan
tersebut.

 Murid membentangkan
hasil pembelajaran.

Langkah 3  Murid diberikan ujian pos. Bahan bantu belajar:

 Murid menjawab soalan  Ujian pos


pos tersebut.

Penutup  Murid merumus isi


pembelajaran.

Langkah Pengajaran dan pemudahcaraan (PDPc) menggunakan teknik


Burger.
Jadual di atas menunjukkan tentang langkah-langkah pengajaran dan
pemudahcaraan (PDPc) untuk teknik burger. Selepas saya melaksanakan
intervensi kepada murid saya telah memberikan ujian pos kepada mereka
sebagai panduan kepada saya menilai kembali keberkesanan teknik burger
dalam memahami imbuhan apitan.

Teknik burger ini menggunakan pendekatan ICT. Saya menggunakan


perisian microsoft power point untuk menarik minat responden untuk terus
bersama dalam intervensi. Gambar burger telah saya tunjukkan kepada
mereka dengan mengandaikan bahawa dua roti yang ada pada burger ialah
imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Manakala, daging yang diapit tersebut
ialah imbuhan apitan. Berikut merupakan gambar yang lebih jelas mengenai
penggunaan gambar burger:

Imbuhan awalan

Kata dasar

Imbuhan akhiran

Berdasarkan gambar di atas, imbuhan apitan sebenarnya kata dasar yang


diapit oleh dua imbuhan iaitu imbuhan awalan dan imbuhan apitan. Jadi,
daging itu diibaratkan sebagai kata dasar manakala dua roti itu ialah imbuhan
awalan dan imbuhan akhiran. Contoh yang boleh diberikan ialah
mensasarkan, mencucikan dan merendahkan. Berikut merupakan contoh
penggunaan teknik burger untuk diperkenalkan kepada murid:

Men

sasar

kan

Mensasarkan

Berdasarkan gambar di atas, perkataan mensasarkan ialah imbuhan


apitan. Apabila menggunakan teknik burger men (imbuhan awalan)
ditunjukkan di atas roti atas dan -kan (imbuhan akhiran) ditunjukkan di roti
bawah. Manakala, sasar (kata dasar) ditunjukkan di daging sebagai benda
yang diapit.

5.4. Dapatan kajian

Setelah memperkenalkan teknik ini, saya telah memberikan ujian pos untuk
melihat keberkesanan penggunaan teknik burger. Ujian pos dan ujian pra
adalah ujian yang sama. Tujuannya melihat perubahan dalam memahami
imbuhan apitan oleh murid. Ujian ini dibina 10 soalan. Setiap soalan diberikan
1 markah. Markah perbandingan telah dicatatkan dalam jadual dan graf di
bawah:
Responden Ujian Pra Ujian Pos

Responden 1 2/10 8/10

Responden 2 3/10 9/10

Responden 3 1/10 8/10

Responden 4 2/10 9/10

Responden 5 3/10 10/10

PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS


RESPONDEN
10
9 9
8 8

3 3
2 1 2

RESPONDEN 1 RESPONDEN 2 RESPONDEN 3 RESPONDEN 4 RESPONDEN 5

Ujian Pra Ujian Pos

Berdasarkan data yang telah dibuat jelas menunjukkan berlaku


peningkatan dalam kalangan murid selepas melaksanakan teknik burger.
Terdapat seorang murid yang berjaya mendapat markah penuh dalam ujian
pos.

5.5. Refleksi Kajian

Berdasarkan kajian yang saya jalankan menunjukkan peningkatan yang positif


dalam usaha membantu murid memahami imbuhan apitan. Peningkatan yang
ditunjukkan oleh murid telah menunjukkan bahawa kajian saya ini berjaya.
Murid semakin memahami tentang imbuhan apitan. Apabila saya mengajar
dan menyebut tentang imbuhan apitan mereka akan memberi respon tentang
gambar buger. Ini menunjukkan bahawa murid dapat menerima dengan baik
apa yang telah saya jalankan.

Sebagai seorang guru saya sangat bangga melihat perubahan positif


murid. Mudah-mudahan mereka dapat mengaplikasikan teknik burger dalam
pembelajaran mereka. Murid menjadi tanggungjawab oleh seorang guru jadi
saya mengharapkan selepas ini mereka dapat membayangkan teknik burger
ini apabila belajar imbuhan apitan pada masa akan datang.

Setiap kajian semestinya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Jadi,


saya merasakan kekurangan dalam kajian saya ini ialah saya tidak
mewujudkan bahan bantu belajar secara nyata iaitu mencetak gambar dan
memberi kepada murid untuk mereka simpan pada masa hadapan. Saya juga
merasakan bahawa saya boleh menggunakan keychain burger yang dijual di
pasaran sebagai bahan bantu belajar.

6.0. Cadangan Kajian seterusnya

Sebagai seorang guru kita mestilah mempunyai beberapa teknik untuk


mengajar murid. Ini kerana, setiap murid mempunyai tahap pemikiran yang
berbeza. Mungkin di dalam kelas itu ada murid yang cepat menguasia dan ada
murid yang lambat menguasai. Jadi, kepelbagaian teknik ini dapat membantu
murid menguasai pembelajaran yang diajar oleh guru. Perubahan masa dan
zaman memerlukan kita sentiasa mengemas kini teknik pengajaran. Jika
dahulu pendidikan negara kita tidak berfokus kepada ICT tetapi sekarang telah
banyak medan untuk kita menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PDPc).

Kajian tindakan ini merupakan salah satu medan untuk guru memuat
inovasi tentang teknik pengajaran dalam kelas. Jadi, saya berharap pada
masa akan datang saya dapat melaksanakan beberapa lagi teknik yang
membantu murid. Kajian yang saya buat ini berfokus kepada tatabahasa
namun mungkin pada masa akan datang saya boleh fokus kepada kemahiran
membaca dan menulis. Kesimpulannya, saya berharap kajian saya ini berjaya
digunakan dengan baik oleh murid. Mungkin ada rakan guru boleh
menggunakan kajian saya ini dalam PDPc mereka.

Bibliografi :
Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS
Profesional Publishing Sdn Bhd.
Alis Puteh (2015_, Kelangsungan Bahasa Melayu dalam Sistem Pendidikan Malaysia,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian
Tindakan Teknologi Pendidikan
Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis
Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Nik Safiah Karim etc. All (2015), Tatabahasa Dewan Bentuk Kata Edisi Sekolah Rendah,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Ra’in Shaari (2006), Bahasa Melayu : Dimensi
Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor
Sdn Bhd.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD
3026.
http:// pengajaranbahasamelayu.blogspot.com
http:// mariasalamperpaduan .blogspot.com

You might also like