You are on page 1of 1

TARIAN KAUM INDIA

BHARATHANATYAM

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian kaum india. Tarian
klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang
mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat
pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk
mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh
dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian Selatan India.
Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari
wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam
peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan
Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan
Nritya ( Tarian Ekspressi ).

You might also like