You are on page 1of 4

Tarian Bharata Natyam

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian
klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi,
yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana
terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk
mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh
dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.
Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari
wanita.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam
peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan
Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan
Nritya ( Tarian Ekspressi ).

Latar belakang dan sejarah Tarian Bharata Natyam


Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu,
kebudayaan India sangat kaya dengan berbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian
India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh
gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam,
Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur
keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata
Natyam ialah seni bercerita, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi
menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.
Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:
BHA (ekspresi) + RA (muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata Natyam
Tarian Bharata Natyam berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian
Selatan India dan dikenali sebagai tarian kebangsaan India. Ini adalah bentuk tarian
abad ke-20 rekonstruksi Cathir, seni penari-penari di candi. Cathir pula, merupakan
turunan dari bentuk-bentuk tarian zaman dahulu. Tarian ini merupakan gaya tarian
klasik India yang paling banyak diamalkan di Selatan India. Bharata Natyam sebagai
bentuk tari dan muzik Carnatic menetapkannya dalam Bhakti. Bharata Natyam
dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual, upacara, dan sesuatu
tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic tidak dapat
dipisahkan dalam sesuatu persembahan. Ia adalah salah satu dari lima gaya besar

yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu unsur udara. Gerakan
penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api.
Bharata Natyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu kala iaitu
perayaan alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia.
Beberapa teknik dalam Bharata Natyam boleh dikesan balik pada gaya Kaisiki.
Semasa zaman pertengahan, raja-raja setempat sering mengundang penari-penari
di candi iaitu devadasi untuk menari di istana, peristiwa ini melahirkan penari-penari
kategori baru iaitu rajanarthakis. Seorang devadasi harus memenuhi jiwa sendiri
semasa menari dan berserah kepada Tuhan, tetapi rajanarthaki menari untuk tujuan
hiburan semata-mata. Walaupun sebahagian besar penari Bharata Natyam pada
masa itu adalah menari untuk tujuan hiburan, namum begitu, tarian gaya Natya
Shastra adalah tarian suci dalam upacara Hindu untuk meninggikan rohani para
penonton. Bharata Natyam adalah tarian yang dipersembahkan secara solo dengan
dua aspek, pertama ialah lasya iaitu wanita yang lemah lembut, dan kedua ialah
tandava iaitu aspek maskulin, yang sama konsep dengan Yin dan Yang di budaya
Cina. Kejatuhan kerajaan Hindu di selatan menandakan kehilangan tarian gaya
Natya Shastra. Tarian yang suci ini telah hilang ditelan zaman.
E. Krishna Iyer adalah salah satu orang yang menaikkan status sosial
Bharata Natyam dan mempopularkannya. Rukmini Devi Arundale pula menarik
perhatian Barat pada Bharata Natyam. Setelah belajar Bharata Natyam selama tiga
tahun, pada tahun 1936 Rukmini Devi Arundale mendirikan sekolah Kalakshetra luar
kota Madras untuk mengajar dan untuk mempromosikan muzik dan seni India. Dia
salah satu guru yang pertama memberi arahan kepada beberapa orang lelaki untuk
mempersembahkan tarian Bharata Natyam. Pada waktu itu, tarian ini secara
khususnya dilakukan oleh perempuan, sedangkan lelaki, disebut Nattuvanars, hanya
pernah mengajar Bharata Natyam tanpa benar-benar melakukannya.

Cara Bharata Natyam ditarikan


Tarian ini dianggap sebagai tarian api, yang ditunjukkan dengan jelas oleh
metafizik batin dan unsur api dalam badan manusia. Biasanya tarian ini diiringi
dengan muzik klasik Carnatic. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu
tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil
masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang
harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini
secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan.
Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang
penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam
peringkat dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan
Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan
Nritya. Seorang penari profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat,
antaranya kelihatan muda, langsing, bermata besar, berkeyakinan diri,
berkeupayaan mengikut alunan muzik dan menyanyi.
Menurut Abhinayadarpanam (dokumen yang sangat berkuasa berkaitan
Bharata Natyam), seorang penari profesional Bharata Natyam harus mempunyai
sepuluh sifat utama iaitu: Javaha (Ketangkasan), Sthirathvam (Kemantapan), rekha
(bentuk badan yang cantik), Bhramari (keseimbangan dalam pusingan), Drishti
(pandangan mata), Shramaha (kerajinan), Medha (kebijaksanaan), Shraddha
(kesetiaan), Vacho (pertuturan yang baik), dan Geetam (kemampuan bernyanyi).
Bharata Natyam dari campuran abstrak dan emosi yang berasal
daripada campuran dua unsur utama iaitu nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan)
& nritya (tarian yang mempunyai perasaan). Bharata Natyam berasal daripada
perbezaan yang banyak antara unsur-unsur yang digunakan. Nritta merangkumi
adavus, yang merupakan tarian asas Bharata Natyam. Setiap adavu mempunyai 3
elemen penting iaitu posisi berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari) dan
pergerakan tangan yang dihias (nritta-hasta).
Dari teks zaman dahulu, kita dapat melihat bahawa pakaian asli tidak
menutupi sebahagian besar badan penari Bharata Natyam. Pada zaman
pertengahan, amalan dan kepercayaan tok-tok alim menyebabkan devadasis
memakai pakaian sari yang khusus dan berat yang sangat membatasi gerakan
penari. Ada beberapa jenis pakaian Bharata Natyam, ada yang tidak membatasi
gerakan penari, manakala yang lain sebaliknya. Pakaian zaman sekarang sangat
simbolik, kerana tujuannya adalah untuk mengeluarkan aura penari pada zaman
kebendaan ini.
Muzik iringan untuk Bharata Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan.
Biasanya kumpulan pemain muzik Carnatic menggunakan instrumen iaitu
mridangam (drum), nagaswaram (paip panjang berbentuk tanduk yang dibuat
daripada kayu hitam), suling, biola dan veena (alat muzik dengan tali yang

dimainkan dengan menyentuh tali-tali dengan penggesek yang berkait dengan


Saraswati, dewi Hindu.Bahasa Tamil, Telugu, Kannada dan Sanskrit biasanya
digunakan dalam Bharata Natyam.
Biasanya perkara-perkara persembahan Bharata Natyam zaman sekarang
termasuk:

Ganapati vandana - Doa tradisional kepada dewa Hindu Ganesh, yang


menghilangkan halangan.

Alarippu - Persembahan daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari. Ini
adalah seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan.

Jatiswaram - Tarian abstrak dimana gendang mengatur rentak. Di sini penari


menampilkan kemahiran pegerakan kaki yang rumit dan gerak-geri tubuh yang
sopan.

Shabdam Tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat kebaktian atau
tema cinta kasih.

Varnam - Pusat bahagian persembahan. Ia adalah bahagian persembahan


yang paling lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks dan rumit. Posisi
tangan dan tubuh mengatakan cerita, biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih
sayang.

Padam Bahagian persembahan yang paling beremosi dimana penari


meluahkan beberapa aspek cinta: kecintaan kepada Maha Kuasa; atau kasih ibu
untuk anak, atau kasih dan cinta bagi kekasih.

Thillana - Bahagian terakhir adalah tarian tulen (nritta), dimana kemahiran


luar biasa muzik dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan
pergerakan penari yang menawan.

Angikam - Ini adalah lagu bersifat kebaktian kepada Tuhan Shiva dan salah
satu perkara Bharata Natyam. Juga dipersembahkan dalam gerakan lambat
byapti.

Selain perkara-pekara ini yang agak moden, terdapat perkara yang dahulu
kala seperti Kautuvam, Koothu, Shlokam, Swarajathi, dan Krithi. Persembahan
disimpulkan dengan lagu daripada beberapa ayat-ayat agama sebagai satu bentuk
ucapan syukur. Gaya tertentu mempunyai perkara-perkara yang lebih maju, seperti
Tharanga Nritham dan Suddha Nritham. Apabila seorang penari telah menguasai
semua elemen tarian Bharata Natyam, semasa persembahan, dia biasanya
mempersembahkan Arangetram (debut).

You might also like