You are on page 1of 12

PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD)-

INFO YANG WAJIB ANDA TAHU

Anda berada di sini kerana anda bercita-cita dan mahu menjadi Pegawai Tadbir
Diplomatik (PTD) bukan?

Ianya merupakan perkhidmatan utama yang membantu kerajaan dalam merencana


dan melaksanakan dasar-dasar negara.

Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi


kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, syarikat
milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan juga badan-badan antarabangsa.

Anda calon Peperiksaan Online PTD 2016? KLIK


SINI UNTUK DAPATKAN RUJUKAN EXAM
LENGKAP!

Sejarah Awal…

Skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik diwujudkan sebagai kesinambungan daripada


jentera pentadbiran negara semenjak sebelum kemerdekaan.

Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits


Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British
untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai
oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service
(MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya.

Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil
pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai
Tadbir Diplomatik..

Tugas-tugas Utama ..

Sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik,secara asasnya anda bertanggungjawab:

1.Merancang,menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan


sumber tenaga manusia dan organisasi,sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan
pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah.

2.Perancangan dan pentadbiran sosial.

3.Hubungan anatarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar
negeri).

4.Keselamatan/ketahanan.

5.Pengurusan teknologi maklumat.

(Sumber:spa.gov)

Syarat Kelayakan..

Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukanlah sesuatu yang
semudah yang disangka.

Oleh kerana itu, ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada
kelas yang tersendiri.

Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak
untuk memohon menjadiPegawai Tadbir Diplomatik.

Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan ptd, mungkin ada masalah dengan
kelulusan anda.
Syarat Kelulusan:

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji
Permulaan : RM2,253.00 ] atau

Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji Permulaan :
RM2,564.14 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [ Gaji
Permulaan : RM2,875.48 ] dan

Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;

Hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN); dan

Memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi


pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

(Sumber:spa.gov)

Proses Pemilihan dan Ujian…

Proses pemilihannya boleh dikategorikan sebagai salah satu proses yang agak ketat dan
sukar berbanding dengan jawatan-jawatan kerajaan yang lain.

Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD harus
melalui 3 peringkat ujian yang bekal menguji kemahiran dan ilmu yang ada.
1.Ujian Bertulis/online oleh SPA

Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang
secukupnya kerana ujian ptdmenuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat
penting.

Dalam kata lain, anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca itulah
persediaan utuh untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang


pengetahuan. Bagi exam tahun 2016, format telah ditukar dan tidak sama seperti
sebelum ini. Format terbaru adalah seperti berikut:

Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling.

Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.

2.PTD Assesement Centre

Setelah lulus ujian, anda akan dihadapkan ke Assessement Centre untuk dinilai dengan
lebih dekat.

Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil
untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC) yang
dikendalikan oleh Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN)

PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap
kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk
tujuan temu duga dan lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik

Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi
yang akan diuji adalah seperti berikut:

Tatakelakuan

-Mempunyai perilaku dan nilai murni selaras dengan nilai keIslaman dan budaya
ketimuran.

Penampilan

-Mempunyai imej dan penampilan diri yang membolehkan kehadirannya dirasai dan
disenangi dalam sebarang suasana
Keyakinan Diri

-Yakin terhadap kebolehan diri dan berani menghadapi tugasan serta mempunyai daya
tahan(tolerence level) yang tinggi terhadap cabaran dan masalah yang dihadapi
(mental dan fizikal)

Penggerak Kumpulan

-Keupayaan untuk mengurus dan bekerjasama sebagai satu pasukan

Potensi Kepimpinan

-Mempunyai potensi sebagai seorang pemimpin yang baik

Pengetahuan dan Kematangan Idea

-Berupaya mencetuskan idea yang matang, substantif, relevan dan diterima

Kemahiran berkomunikasi

-Berkebolehan berkomunikasi di kalangan rakan dengan yakin dan berkesanP

Pengucapan awam/Public speaking

-Kebolehan untuk menyampaikan idea, maklumat dan maksud dengan yakin dan
berkesan

Debat ala parlimen

-Kebolehan menyampaikan idea, maklumat dengan yakin dan berhemah

Selain itu,calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan
kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain.

3.Sesi Temuduga

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak
diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA.

Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia
dan menyelenggara satu pangkalan data markah.

Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya
akan dibentang serta diserahkan kepada SPA.

Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar
berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki
ke perkhidmatan PTD.
Mereka yang berjaya dalam proses temu duga akan menerima surat tawaran
pelantikan sebagai pegawai PTD.

Untuk menjadikan para pegawai muda ini memiliki tahap pengetahuan, kemahiran
dan budaya kerja yang cemerlang, program-program khusus dan latihan pegawai ptd
yang baru dilantik telah diatur bagi mencapai matlamat tersebut

Kesimpulannya..

Pemilihan untuk menjawat jawatan PTD tidak lah semudah yang disangka. Tapi kalau
anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan adalah milik anda dan ketika itu anda
layak menjawat jawatan keramat Pegawai Tadbir Diplomatik.

Anda calon Peperiksaan Online PTD 2016? KLIK


SINI UNTUK DAPATKAN RUJUKAN LENGKAP
EXAM PTD!
KERJAYA SEBAGAI PEGAWAI
TADBIR DIPLOMATIK

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) antara kerjaya di sektor perkhidmatan awam
yang diminati oleh lulusan universiti dan para graduan baru.Sekiranya pelajar
berminat menceburi kerjaya ini, mereka perlulah mempunyai kelayakan akademik
yang baik, dinamik, bercita-cita tinggi serta bersedia menghadapi cabaran masa
hadapan negara.

Jawatan ini digolongkan di bawah kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan


Profesional dan diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Jawatan ini
agak unik berbanding jawatan lain di sektor awam kerana calon-calon perlu melalui
beberapa tahap penilaian sebelum dilantik ke jawatan ini secara tetap. Calon-calon
yang memohon serta layak akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan memasuki
peperiksaaan perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik. Selepas itu, mereka akan
dipanggil untuk sesi temuduga.

Peringkat seterusnya ialah apabila berjaya melalui proses temuduga calon akan
dilantik ke jawatan itu secara sementara. Di peringkat ini, calon perlu mengikuti
latihan di institut tadbiran awam negara. Selepas menamatkan pengajian, bakal PTD
akan dianugerahkan Diploma Pengurusan Awam. Selepas mendapatkan Diploma
tersebut barulah calon dilantik secara tetap sebagai PTD.
TUGAS-TUGAS UMUM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD)

Secara umumnya, diantara tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh seorang PTD
termasuklah :

• Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan


sumber tenaga manusia dan organisasi

• Sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah,


tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.

Selain itu, mereka terlibat dengan tugas-tugas lebih mencabar meliputi:

• Hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara,keselamatan, Pertahanan negara serta


pengurusan teknologi maklumat.

Untuk melayakkan calon mendapat peluang berkhidmat di kedutaan dan Pesuruhjaya


Tinggi Malaysia, calon perlulah mempunyai ciri kepimpinan PTD yang ideal.

8 BIDANG TUGAS UTAMA PTD

Tanggapan seorang PTD hanya melakukan kerja-kerja berkaitan politik juga perlu
dikikis. Ini kerana tugas PTD pelbagai. Terdapat 8 bidang tugas utama PTD dan
seorang calon perlu “groom” diri masing-masing untuk 8 bidang yang telah
dikhususkan ini.

Berikut merupakan 8 bidang tugas utama PTD sekiranya anda hendak menjadi PTD.

1. Pengurusan sumber manusia dan pembangunan organisasi

2. Pengurusan kewangan

3. Keselamatan dan pertahanan negara.

4. Pengurusan teknologi maklumat

5. Perancangan dan pentadbiran sosial/infrastruktur

6. Pentadbiran dan pembangunan wilayah /perbandaran/tanah/daerah/tempatan

7. Pengurusan ekonomi

8. Hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri.


Peranan seorang PTD dan bidang tugas PTD berubah dari masa ke semasa mengikut
keperluan dan perubahan negara. Perubahan ini dipengaruhi struktur politik,
keselamatan, ekonomi dan sosial negara.Perkembangan pesat teknologi dan maklumat
kini mungkin akan mempengaruhi tugas dan peranan seorang PTD.

KENAPA NAK JADI PTD?

Untuk pengetahuan anda,soalan ini merupakan soalan penting yang tidak kurang
popular dalam sesi temuduga PTD.

Sebut sahaja kerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), pasti ia menjadi
jawatan idaman kebanyakan graduan lepasan universiti. Tidak mengira jenis
pengajian atau jurusan yang diambil, pasti jawatan PTD menjadi pilihan semasa
mengisi permohonan kerja melalui SPA. Hebat bukan? Itu penangan jawatan ini.
Ramai beria-ia mengisi kekosongan jawatan eksklusif kerja kerajaan ini.

Jika soalan yang sama diajukan kepasa anda calon PTD, apa jawab anda? Adakah
kerana skim gaji yang ditawarkan? Atau kerana taraf prima jawatan ini?

JADI KENAPA ANDA HENDAK MENJADI PTD?

Sebagai seorang calon dalam panggilan sebelum ini,maka ini jawapan saya:

“Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kerja ini adalah satu kerja dan profesion
yang begitu tinggi nilainya dan mereka yang terpilih merupakan calon best of the best”.

Terbaik dari segi intelektualnya, terbaik dari segi penampilanya, terbaik dari segi
percakapannya dan terbaik dari segala segi yang dicari sebagai seorang pegawai tadbir
dan diplomatik. Ratanya yang menjawat jawatan ini mempunyai ciri kepimpinan
terbaik sebagai seorang PTD.

Untuk mereka yang ingin menjadi PTD atas faktor kewangan atau skim gaji yang
ditawarkan, maka PTD bukan solusi yang tepat. Namun dalam jangkamasa panjang
sudah tentu jawatan PTD boleh memberi kelegaan dalam hal ini.

LULUS PEPERIKSAAN, LEPASI DAN DIPANGGIL TEMUDUGA

Untuk menjadi PTD, calon perlu lulus halangan peperiksaan, PAC dan temuduga
terlebih dahulu. Itu halangan awal anda. Calon tidak layak akan disisihkan melalui
halangan peringkat awal.
Lulusnya peperiksaan online PTD akan melayakkan anda menghadiri PSC.Lulus PAC
barulah anda akan dipanggil temuduga dan seterusnya menjawat jawatan ini.Untuk
mendapatkan panduan peperiksaan online pegawai tadbir diplomatik pastikan anda,
Klik sini:

KLIK SINI NAK DAPATKAN CONTOH SOALAN

MAKLUMAT JAWATAN : GAJI, SYARAT LANTIKAN DAN DESKRIPSI TUGAS


PTD

Jika anda benar-benar berminat dengan kerjaya PTD, maka anda perlu ketahui tentang
maklumat jawatan, gaji, syarat lantikan dan deskripsi tugas PTD. Persediaan awal
sedikit sebanyak akan menbantu anda menjawat jawatan ini.

Deskripsi Tugas PTD:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-asar awam mengenai pengurusan


sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan
pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial,
hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri.

Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab : Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual : Rm 2,252.80 (gaji minumum)

Syarat lantikan:

Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang iiktiraf setaraf dengannya (gaji
permulaan RM2,252.80) atau
Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan:
dan

Kepujian B.M (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Perhatian : calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan


memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri “Assesment
Centre” di INTAN. Hanya calon yang melepasi assesment itu akan ditemuduga. Calon-
calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk
perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti Diploma Pengurusan
Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam
perkhidmatan.

Di atas sedikit sebanyak yang pihak kami dapat kongsikan mengenai maklumat
jawatan: Gaji , syarat lantikan dan deskripsi tugas PTD. Semoga anda, calon dan
bakal calon PTD Malaysia mendapat sedikit maklumat dalam persediaan menjawat
pilihan anda.

Untuk lebih maklumat, sila rujuk contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir
diplomatik yang kami kongsikan ini.

DOWNLOAD SINI
SUMBER RUJUKAN:

1. http://examptdinfo.blogspot.my/

2. http://pegawai-tadbir-diplomatik-m41.blogspot.my/

3. http://exam-ptd-m41.blogspot.my/

4. http://rujukan-exam-ptd.blogspot.my/

5. http://tipsexamptdm41.blogspot.my/

You might also like