You are on page 1of 5

Laporan Kejohanan Catur MSSWPKL Wilayah Keramat 2019

Kejohanan Catur MSSWPKL Wilayah Keramat 2019 telah diadakan di SMK Keramat
Wangsa. Kejohanan ini diadakan pada 18 April sehingga 19 April 2019 bagi Kejohanan
Catur Berkumpulan manakala untuk Kejohanan Catur Individu ialah pada 22 April hingga
24 April 2018. Sekolah Kebangsaan Au Keramat telah menghantar 10 orang pemain bagi
kategori individu lelaki dan perempuan bawah 10 dan 12 tahun Manakala 2 pasukan
wanita dan lelaki telah dihantar untuk acara berkumpulan. Terdapat kira-kira 40 buah
sekolah yang menyertai kejohanan catur ini. Bagi acara individu pula lebih kurang 360
peserta telah menyertai perlawanan ini. Berikut merupakan senarai nama pasukan catur
Sekolah Kebangsaan Au Keramat.

1. Muhammad Hariz Hakimi b Mohd Fauzi


2. Muhammad Naqib Dinie b. Mohd Nasruddin
3. Muhammad Azhad b. Kamarul Bahrin
4. Mohd Afiq Leong b. Amin Leong
5. Muhammad Nurhan Danish Zarkasyi
6. Nik Nur Insyirah bt Alias
7. Nurraqibah bt Roslan
8. Nur Ain bt Amin Leong
9. Nur Ain Sakinah bt Hairul Nizam
10. Nurul Aqila Wardina

Pada tahun ini, SK Au Keramat telah berjaya menduduki tempat kedua bagi acara
berpasukan wanita. Pencapaian ini merupakan kejayaan terbaik pemain pasukan
sekolah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bagi kategori kumpulan, tempat pertama
hingga keenam akan dipilih untuk mewakili zon keramat di peringkat negeri.

Bagi kategori individu pula, seramai 3 orang pemain berjaya mendapat tempat ke 6,
9 dan 12 yang melayakkan penyertaan ke peringkat negeri yang akan diadakan pada
penghujung bulan Jun nanti di SK Jalan Air Panas. Pemain sekolah yang layak ialah
Muhammad Hariz Hakimi b Mohd Fauzi mendapat tempat ke 6 (Individu L12),
Nurraqibah bt Roslan mendapat tempat ke 9(Individu P12) dan Nurul Aqila Wardina
mendapat tempat ke 12 (Individu P10). Individu yang berjaya mendapat tempat pertama
hingga kedua belas sahaja yang akan dipilih untuk mewakili wilayah Keramat pada
kejohanan peringkat negeri nanti. Oleh itu hanya tiga orang wakil sekolah akan
mewakili keramat pada kejohanan di peringkat negeri nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam memberi kejayaan kepada pasukan catur sekolah. Terdapat
beberapa kekangan yang berlaku yang menyumbang kepada kurangnya jumlah wakil
sekolah yang berjaya ke negeri pada tahun ini. Antaranya ialah pertembungan dua orang
pemain yang bertemu sesame sendiri di pusingan akhir yang menyebabkan hanya salah
seorang pemain yang menang sahaja layak. Faktor kekangan waktu latihan juga juga
menyebabkan murid kurang latihan. Murid-murid juga kekurangan pengalaman dalam
pertandingan menyebabkan mereka berasa gementar untuk berhadapan dengan pihak
lawan.

Bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang, pasukan pelapis sekolah perlu
dicari dan dilatih dengan lebih awal bagi menggantikan pasukan sekolah yang
kebanyakannya di tahun enam. Wakil individu bawah 10 pula akan diperbanyakkan
kerana peluang untuk mewakili peringkat negeri lebih cerah bagi individu bawah 10.
Selain itu, pemain perlu didedahkan kepada pertandingan-pertandingan catur terbuka
yang sering diadakan oleh pihak luar. Hal ini membolehkan murid lebih bersedia bagi
menghadapi persaingan yang lebih hebat di peringkat negeri.

Sekian, Terima Kasih.


Disediakan oleh,

________________________
( NUR NADIYAH BT INDRA GUNAWAN )
Jurulatih Pasukan Catur SK Au Keramat
Kejohanan Catur Wilayah Keramat 2019
18-24 April 2019 di SMK Keramat Wangsa
\

You might also like